Anda di halaman 1dari 2

KEMAHIRAN ASAS KAUNSELING (KEMAHIRAN

MENDENGAR)
1) Kemahiran Mendengar
Kemahiran mendengar merupakan satu kemahiran yang paling asas dan penting
dalam sesi kaunseling. Dalam hal ini, kaunselor perlu lebih banyak meluangkan
masanya mendengar daripada menyampuk percakapan klien. Untuk benar-benar
memahami apa yang telah diperkatakan oleh klien, kaunselor perlu memberikan
tumpuan dan pemerhatian yang sepenuhnya untuk mendengar semua percakapan
klien tersebut.
Selain dari tutur kata, gerak geri klien semasa bercakap juga patut dilihat dan
didengar sama. Dikatakan bahawa segala tingkah laku klien itu turut memainkan
peranan yang penting dalam menyampaikan makna sesuatu pengucapannya itu.
Gerak geri bukan lisan seseorang dikatakan dapat menggambarkan perasaannya
yang sebenar. Ini termasuklah perasaan hatinya, pemikiran mental dan fizikalnya. Ia
dapat menunjukkan sama ada klien berada dalam keadaan yang selesa ataupun
sebaliknya.
Mendengar merupakan kemahiran yang paling penting dalam proses kaunseling.
Pemahaman yang tepat hanya akan diperolehi dengan adanya pendengaran yang
baik. Di dalam konteks kaunseling, terdapat beberapa perkara yang perlu di dengar
iaitu isi kandungan yang diperkatakan, perasaan yang dilahirkan melalui tingkah
laku tanpa lisan dan juga mendengar perasaan yang dinyatakan.
Oleh itu dikatakan proses mendengar melibatkan seluruh deria yang terdapat pada
diri kaunselor. Telinga digunakan untuk mendengar apa yang diperkatakan, mata
untuk melihat bagaimana gerak laku semasa perkataan atau ayat dituturkan,
hidung juga turut menghidu bau-bau yang ada di sekeliling dan kadang kala deria
sentuhan sebagaibersalaman dan sebagainya.
Apabila kita memberikan tumpuan sepenuh pada klien tanpa berbelah bahagi, ini
bererti kita menyediakan diri untuk mendengar. Di sini terdapat beberapa panduan
dalam meningkatkan kemahiran seperti dinyatakan di bawah;
Kaunselor mesti memahami tujuan klien berada di situ. Untuk mendapatkan
maklumat yang terperinci, kaunselor perlu memberi fokus bukan sahaja kepada
perkataan tetapi juga kepada nada dan cara yang diperkatakan. Kaunselor perlu
mengelak daripada membuat penilaian kepada klien terlebih awal.
Kaunselor perlu lebih tahan berhadapan dengan gangguan-gangguan sama ada
yang datang dari luar seperti bunyi bising atau gangguan dari dalam diri seperti
bisik-bisikan hati sendiri.

Oleh yang demikian, amat penting bagi kaunselor mendengar dan memahami
dengan lebih peka, sama ada dari segi suara mahupun tingkah laku bukan lisan
klien. Dengan berbuat demikian, barulah kaunselor dapat benar-benar memahami
mesej klien dengan lebih sempurna. Secara tidak langsung, tindakan ini dapat
menunjukkan kesediaan kaunselor untuk berhadapan dengan klien. Kaunselor boleh
menunjukkan kemahiran mendengarnya dengan beberapa cara seperti berikut ;

1. Menyatakan semula
Kaunselor menyebut semula apa yang telah dikatakan oleh kliennya dengan tepat.
2. Menggambarkan semula
Kaunselor akan memfokus pada isi kandungan serta perasaan klien. Akan tetapi,
kaunselor perlulah menggunakan perkataannya sendiri supaya menunjukkan
kaunselor benar-benar faham dan mendengar percakapan klien tadi.
3. Memberikan respons
Jones (2004) menjelaskan terdapat 10 kemahiran mendengar dengan aktif iaitu
seperti di bawah;
Kemahiran 1: Memiliki sifat menghormati dan menerima
Kemahiran 2 : Memahami sudut pandangan klien
Kemahiran 3 : Menghantar mesej suara yang baik
Kemahiran 4 : Menghantar mesej badan yang baik
Kemahiran 5: Gunakan kata-kata pembuka, ganjaran dan soalan terbuka.
Kemahiran 6: Parafrasa
Kemahiran 7: Membuat refleksi perasaan
Kemahiran 8: Menunjukkan kefahaman konteks perbualan
Kemahiran 9: Mengurus resistan di peringkat awal
Kemahiran 10 : Elakkan perkataan jangan