Anda di halaman 1dari 20

Pelaksanaan Komsas dalam pelajaran Bahasa Melayu di sekolah menengah:

Satu Tinjauan
Oleh:
Mohd Rasdi bin Saamah
Jabatan Pengajian Melayu
Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan

1.0 Pendahuluan
Kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah sekali lagi mengalami perubahan setelah
disemak semula selepas digunakan selama lebih 10 tahun semenjak penggubalan
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1987. Penyemakan
kurikulum ini bertujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi cabaran pendidikan
pada abad 21 (Abdul Shukor 2000). Namun perubahan tersebut sama sekali tidak
mengubah matlamat asal pendidikan Bahasa Melayu yang bertujuan mendukung hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani.
Dalam perubahan ini kurikulum Bahasa Melayu digubal berdasarkan penggunaan
bahasa yang merangkumi tiga bidang utama iaitu Bidang Interpersonal, Bidang
Maklumat dan Bidang Estetika (Kementerian Pendidikan Malaysia 2000). Penumpuan
kepada bidang-bidang tersebut bertujuan untuk membolehkan murid menggunakan
bahasa Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian, bidang kerjaya, dan
seterusnya sebagai bahasa ilmu yang boleh dimanfaatkan sepanjang hidup mereka.
Manakala dalam hasil pembelajaran Bidang Estetika tersebut murid akan memahami,
menguasai, dan menghasilkan penulisan kreatif. Dengan ini Komponen Kesusasteraan
Melayu (Komsas) telah dimasukkan dalam perubahan sukatan ini dengan harapan akan
dapat memupuk minat membaca dan melahirkan kenikmatan membaca serta
penghayatan terhadap bahan sastera.
Pelaksanaan Komsas dalam mata pelajaran Bahasa Melayu baru diperkenalkan pada
tahun 2000, oleh itu kajian terperinci terhadap hasil perlaksanaannya masih belum
banyak dilakukan oleh mana-mana penyelidik bahasa atau mana-mana ahli pendidik
setakat ini. Walau bagaimanapun sudah banyak kajian serta penulisan yang berkaitan
dengan penggunaan bahan sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah yang
telah dibuat oleh para pengkaji bahasa atau ahli-ahli akademik serta para pelajar di
institusi pengajian tinggi.
Othman (2001) dalam artikelnya Strategi Pengajaran Bahan Sastera Dalam Bahasa
Melayu antara lain menulis, bagi mencapai keberkesanan maksimum dalam pengajaran
dan pemelajaran komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, haruslah
wujud perancangan atau strategi yang mantap dari pihak guru, pelajar, dan teks yang
dipilih. Guru yang mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang

kesusasteraan akan membawa pengajaran di dalam kelas ke tahap yang lebih tinggi
yang mendorong pelajar-pelajar melalui proses pemikiran aras tinggi (Cohen 1991).
Menurut Baharum (1995) kepentingan bahan sastera dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Ini kerana
dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah
rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia
(STPM) bahan sastera ialah pilihan utama apabila menyediakan soalan-soalan
peperiksaan. Dengan menggunakan petikan-petikan daripada bahan sastera sama ada
berbentuk prosa atau puisi dan diajukan soalan-soalan terutamanya soalan pemahaman.
Pelajar-pelajar diminta memberikan maksud rangkai kata, memberikan maksud
perkataan, membuat ayat-ayat daripada perkataan yang dipilih, memberikan pendapat,
menjawab soalan berdasarkan petikan dengan cetusan idea yang bernas dan bahasa
yang baik. Oleh itu dapat dilihat bahawa bahan sastera sememangnya penting dalam
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu kerana banyak faedah diperoleh daripada
bahan-bahan tersebut.
Kajian Subadrah Nair (2000) menunjukkan pengajaran skema sastera secara
terancang dengan menggunakan model skema sastera dapat meningkatkan pencapaian
kefahaman bacaan subjek secara signifikan bagi setiap petikan. Implikasi penyelidikan
ini menunjukkan model skema sastera yang dihasilkannya sangat berkesan dan dapat
digunakan oleh guru-guru untuk meningkatkan kefahaman bacaan Komsas di kalangan
pelajar. Komponen kesusasteraan menawarkan pelbagai peluang kepada guru untuk
mewujudkan wacana menyelesaikan masalah, membuat keputusan, membuat inferens,
mencadangkan idea baru dan menilai sesuatu tindakan.
Kajian di Barat misalnya, telah membuktikan bahawa sastera dapat membantu
pelajar dalam pembelajaran bahasa. Fauziah (1999) telah memetik kenyataan penulispenulis teks sastera dan bahasa seperti Brumfit dan Carter (1986), Carter dan Long
(1991), Sage (1989), Lazar (1993), dan Collie dan Slater (1990) yang menyatakan bahawa
sastera dapat digunakan untuk meningkatkan dan menggalakkan pemelajaran Bahasa
Inggeris. Mereka bersependapat bahawa nilai kesusasteraan terletak pada aspek
instrinsik sastera kerana sesuatu teks sastera kaya dengan ciri dan sifat bahasa, sama
ada dari segi semantik mahupun pragmatik.
Dengan kajian-kajian serta pendapat-pendapat yang dikemukakan tersebut
diharapkan lebih banyak lagi kajian lain mengenai pelaksanaan Komsas dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu yang baru dilaksanakan dalam kurikulum persekolahan
negara kita dapat dibuat demi meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu serta dapat mencapai objektif pelaksanaan komponen wajib tersebut.
Kajian-kajian berkaitan boleh dijadikan asas serta panduan kepada guru-guru bahasa
khususnya Bahasa Melayu bagi tujuan melihat keberkesanannya apabila hasil
perlaksanaan Komsas diuji buat pertama kalinya melalui peperiksaan SPM pada akhir
tahun 2001 yang lepas.
1.2 Komponen Sastera Dalam Bahasa Melayu

Komponen Kesusasteraan Melayu telah dijadikan komponen wajib dalam pengajaran


Bahasa Melayu di peringkat sekolah menengah dengan tujuan mendorong para pelajar
untuk membaca bahan-bahan sastera, menikmati dan mengapresiasi hasil karya sastera,
mengetahui latar belakang para penulis serta sumbangannya dan mengetahui sejarah
perkembangan sastera tanah air. Pelaksanaan kesusasteraan Melayu sebagai komponen
wajib dalam mata pelajaran Bahasa Melayu akan memberi pendedahan kepada para
pelajar tentang aspek-aspek asas dalam memahami genre sastera, antaranya ialah:
Mengenal genre cerpen, drama, novel dan prosa tradisional.
Mengenal puisi moden dan puisi tradisional.
Memahami istilah-istilah kesusasteraan bagi karya prosa dan puisi.
Memahami binaan dan teknik plot.
Menilai dan mengulas mesej, pengajaran, nilai-nilai kemanusiaan, kemasyarakatan
dan kebudayaan.
Menaakul tema atau pemikiran, mesej dan pengajaran, serta nilai kemanusiaan dan
kemasyarakatan.
Menilai dan mengulas gaya bahasa, unsur bunyi dan nada.
Kertas Bahasa Melayu yang berteraskan teks Komponen Kesusasteraan Melayu ini
juga bertujuan untuk mengukuhkan kemahiran berbahasa pelajar yang merangkumi
kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Oleh itu format baru kertas
Bahasa Melayu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2001 ini
adalah berteraskan teks Komsas yang dipelajari oleh pelajar-pelajar sekolah menengah
di Tingkatan 4 dan 5 (Lampiran 1). Pelaksanaan pengajaran Komsas telah bermula sejak
Mac tahun 2000, iaitu semasa pelajar-pelajar Tingkatan 5 sekarang berada di Tingkatan 4
(Lembaga Peperiksaan Malaysia 2000).
1.3 Konsep Pelaksanaan Komponen Sastera
Dari segi pelaksanaannya, para pelajar sekolah menengah akan mempelajari sebanyak
56 waktu dalam tempoh 26 minggu setahun bermula Mac 2000 (Jadual 1). Kementerian
Pendidikan telah memperuntukan waktu yang relevan untuk pengajaran dan
pembelajaran dengan menetapkan konsep 4 + 2 iaitu empat waktu untuk mempelajari
aspek bahasa dan dua waktu lagi untuk Komsas. Setiap orang pelajar akan membaca
130 karya sastera dalam tempoh lima tahun persekolahan dari tingkatan satu hingga
tingkatan lima (Lihat Jadual 2). Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan oleh Pusat
Perkembangan Kurikulum bagi tujuan memilih karya sastera dengan mengambil kira
beberapa ciri seperti isi kandungan, nilai dan pengajaran yang baik, serta aspek gaya
bahasa. Judul teks yang terpilih dimasukkan dalam senarai buku teks yang diedarkan
melalui Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT).

Jadual 1: Peruntukan Jadual Waktu untuk Komponen Wajib Kesusasteraan


dalam Bahasa Melayu Tingkatan 1 5
Genre
Novel

Ting.1
11

Ting.2
11

Ting.3
11

Ting.4
11

Ting.5
11

Jumlah
55

Cerpen
Drama
Puisi Moden (Sajak)
Puisi Tradisional
Prosa Tradisional
Jumlah

11
11
6
6
11
56

11
11
6
6
11
56

11
11
6
6
11
56

11
11
6
6
11
56

11
11
6
6
11
56

55
55
30
30
55
280

Sumber: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia


Jadual 2: Jumlah Karya untuk Komponen Kesusasteraan
dalam Bahasa Melayu Tingkatan 1 5
Genre
Novel
Cerpen
Drama
Puisi Moden (Sajak)
Puisi Tradisional
Prosa Tradisional
Jumlah

Ting.1
1
6
3
6
6
4
26

Ting.2
1
6
3
6
6
4
26

Ting.3
1
6
3
6
6
4
26

Ting.4
1
6
3
6
6
4
26

Ting.5
1
6
3
6
6
4
26

Jumlah
5
30
15
30
30
20
130

Sumber: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia


1.4 Latar Belakang Masalah
Sejak tahun 1984 unsur sastera telah diperkenalkan secara formal dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Namun demikian teks sastera
tersebut tidak dijadikan komponen wajib yang termasuk dalam mana-mana
peperiksaan awam seperti SPM atau PMR bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Teks
sastera yang dicadangkan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu itu hanyalah
tertakluk kepada pihak sekolah memilih bahan tersebut untuk diajar dalam kelas
Bahasa Melayu. Teks sastera diajar dalam konteks unsur sastera bukannya komponen
wajib yang perlu dipelajari oleh semua pelajar. Justeru itu keberkesanan dari segi
pelaksanaannya masih dapat dihujah dan penggunaannya tidaklah mantap
sebagaimana yang diharapkan.
Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pendidikan Malaysia dengan
itu telah memperkenalkan Komsas sebagai komponen wajib dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu, yang akan dimasukkan dalam peperiksaan PMR pada
tahun 2002 dan SPM mulai 2001. Dua waktu telah diperuntukkan untuk pengajaran
Komsas dari jumlah 6 waktu asal Bahasa Melayu dalam seminggu bagi setiap kelas.
Sebelum Komsas dilaksanakan hanya satu waktu sahaja diperuntukkan untuk
pengajaran unsur sastera. Sehubungan dengan itu PPK telah mengeluarkan unjuran
waktu mengajar bagi pengajaran Komsas iaitu sebanyak 56 waktu setahun meliputi
genre novel, cerpen, drama, prosa tradisional, puisi tradisional dan sajak. Setiap
tingkatan perlu mempelajari 26 karya yang meliputi semua genre tersebut.

1.5 Pernyataan Masalah


Pelaksanaan Komsas yang bermula sejak Mac 2000 antara lain bertujuan untuk
membolehkan pelajar memberikan pendapat dan hujah yang kritis dan analitis dalam
pelbagai situasi serta dapat membuat tafsiran, penilaian dan rumusan yang wajar ke
atas pelbagai bahan yang dibaca. Namun di sebalik tujuan yang ideal tersebut timbul
pula pelbagai masalah setelah ianya diperkenalkan di sekolah mulai tahun lepas.
Antaranya kandungan sukatan pelajaran yang perlu diajar oleh guru terlalu banyak
berbanding peruntukan waktu mengajar Komsas. Penjadualan semula subjek Bahasa
Melayu sebanyak enam kali seminggu dan dua sahaja diperuntukkan untuk Komsas
juga boleh menjejaskan subjek Bahasa Melayu. Ini kerana untuk memberi kemahiran
yang tinggi kepada pelajar dalam subjek Bahasa Melayu , masa untuk empat waktu
tidak sesuai (Berita Harian 4 April 2001).
Menurut Durokhman Mohd. Basri (Berita Harian 17 April 2001) sekarang ini yang
menjadi modal utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran komponen sastera di
sekolah adalah buku teks berbentuk novel, drama, puisi dan cerpen, sementara cara
pengajarannya dengan menyeluruh pelajar membacanya di dalam kelas. Sedanngkan
waktu yang tersedia hanya dua pertemuan setiap minggu, jumlah yang dianggap tidak
mencukupi berbanding dengan bahan yang akan diajar. Gangguan-gangguan masa
pengajaran Bahasa Melayu seperti guru menghadiri mesyuarat, kursus atau seminar,
cuti umum dan lain-lain sudah tentu akan menjejaskan unjuran kandungan pengajaran
Komsas yang begitu banyak untuk dihabiskan.
Guru-guru juga tidak mempunyai pendedahan atau kursus yang sempurna untuk
mengajar Komsas. Hassan Baseri Budiman dalam rencananya Polemik Pembelajaran
Sastera Berterusan (Berita Harian 21 Februari 2001) menyatakan, oleh kerana komponen
sastera adalah berbeza daripada unsur sastera dari segi penilaian pemahamannya, guru
Bahasa Melayu memerlukan maklumat terperinci dalam memastikan pelajarnya dapat
menjawab soalan Bahasa Melayu format baru yang akan menjadi pengukur
keberkesanan pengajaran mereka. Setelah setahun Komsas diperkenalkan, guru Bahasa
Melayu terus dibiarkan membina latihan untuk pengujian dan penilaian berkaitan
Komsas berdasarkan agakan rambang. Komsas tidak boleh dipastikan sejauh mana
berkesannya kalau tidak dirancang dengan teliti. Pelajar dan guru harus diberikan
ruang yang banyak untuk menikmati bahan bacaan tersebut, bukan secara memaksa
mereka bekerja keras untuk menjawab soalan peperiksaan. Hasil sastera sepatutnya
dinikmati estetikanya, bukan untuk dihafal dan diatur strategi untuk lulus peperiksaan
sahaja.
Mohamad Abdul Ghani (Berita Harian 21 Februari 2001) pula dalam rencananya
Cabaran Komsas Wajar Diatasi Segera melalui tinjauan rambangnya terhadap
pelaksanaan Komsas di sekolah setelah menghadiri pemantauan latihan guru-guru
Bahasa Melayu sekolah menengah dan juga melalui pemantauan latihan guru kursus
Sijil Perguruan Khas (KSPK) selama satu tahun mendapati kepelbagaian latar
pendidikan guru yang mengikuti kursus menjadikan kursus tersebut tidak berjaya.

Sebahagian guru yang mengikuti kursus tidak mahir mengaplikasikan kemahiran


berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) dalam pengajaran dan pembelajaran secara
terancang. Beliau menyimpulkan bahawa masalah pembelajaran Komsas ialah guru
yang pelbagai opsyen, kategori dan pengalaman sastera serta pelajar yang terdiri
daripada pelbagai kaum, latar belakang dan kemahiran bahasa.
Salbiah Ani (Berita Harian 20 Mac 2001) melalui rencana bertajuk Kemelut Komponen
Sastera Dalam Bahasa Melayu telah mengemukakan hasil tinjauannya di beberapa buah
sekolah di sekitar Kuala Lumpur mendapati masih ada lagi guru yang terpinga-pinga
dengan kaedah pengajaran Komsas, khususnya bagi guru yang tidak mempunyai latar
belakang sastera. Lebih malang lagi mereka terpaksa pula menghadapi pelajar yang
tidak pernah didedahkan dengan unsur sastera seperti pelajar-pelajar aliran sains,
perdagangan, pertanian, vokasional dan teknikal. Keadaan ini akan menimbulkan satu
lagi masalah iaitu masalah guru berhadapan dengan pelajar yang tidak berminat
kepada Komsas.
Selain itu kaedah pengajaran serta penggunaan alat bantu mengajar penting dalam
menentukan pengajaran Komsas berjaya atau tidak. Alat bantu apakah yang sesuai
digunakan dalam sastera? Tidak semua genre sastera boleh diajar secara berkesan
melalui metode ceramah yang sudah pasti menuntut penguasaan bahan oleh guru,
contohnya genre puisi dan drama (Durokhman Mohd Basri, Berita Harian 17 April
2001). Metode pengajaran yang tidak sesuai dengan bahan pengajaran boleh
menimbulkan kesukaran kepada guru dan rasa tidak minat kepada pelajar terhadap
sastera terutama sekali bagi mereka yang bukan daripada aliran sastera. Akhirnya
mengakibatkan proses pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak berkesan.
Kajian ini akan meneliti semua permasalahan tersebut dari aspek persepsi guru-guru
yang terlibat secara langsung dalam pengajaran Komsas. Kajian ini diharapkan dapat
mengesan unsur-unsur yang boleh menghalang keberkesanan pelaksanaan pengajaran
Komsas dalam mata pelajaran Bahasa Melayu serta boleh dijadikan panduan kepada
guru-guru atau ahli-ahli akademik yang ingin membuat kajian lanjut tentang Komsas
pada masa akan datang.

1.6 Objektif Kajian


Kajian ini dijalankan untuk:
1. Mengenalpasti persepsi guru terhadap pelaksanaan Komsas dalam pelajaran
Bahasa Melayu.
2. Mengenalpasti persepsi guru terhadap minat pelajar semasa pengajaran dan
pembelajaran Komsas.
3. Mengenalpasti strategi yang digunakan oleh guru dalam pengajaran Komsas.

1.7 Persoalan Kajian


Kajian ini akan cuba menjawab soalan-soalan berikut:

1. Apakah persepsi guru terhadap pelaksanaan Komsas dalam pelajaran Bahasa


Melayu?
2. Apakah persepsi guru terhadap minat pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran
Komsas.
3. Apakah strategi yang digunakan oleh guru dalam pengajaran Komsas.

2.0 METODOLOGI KAJIAN


2.1 Rekabentuk Kajian
Kajian ini dibuat dengan menggunakan kaedah kajian kes dan dilaksanakan dalam
bentuk tinjauan. Dapatan yang diperolehi dalam kajian ini akan memberikan gambaran
tentang aspek-aspek yang terdapat dalam objektif kajian ini serta dapat menjawab
persoalan-persoalan kajian yang berkaitan dengan persepsi guru terhadap pelaksanaan
Komsas, minat pelajar terhadap Komsas dan strategi digunakan dalam pengajaran
Komsas.
2.2 Subjek kajian
Subjek kajian terdiri daripada 30 orang guru Bahasa Melayu di tiga buah sekolah
menengah di Daerah Pasir Mas, Kelantan. Sekolah-sekolah tersebut ialah:
1. Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas, Kelantan.
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan, Pasir Mas, Kelantan.
3. Sekolah Menengah Sultan Ibrahim (2), Pasir Mas, Kelantan.
Subjek kajian diambil berdasarkan kaedah purposeful sampling (Miles &
Huberman 1984) iaitu semua guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di
Tingkatan 4 dan 5 di ketiga-tiga buah sekolah berkenaan diambil sebagai subjek kajian.
Pemilihan ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas yang lebih jelas kerana
semua subjek kajian terlibat dengan pengajaran Komsas dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu.
2.3 Instrumen Kajian
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah soal selidik kerana alat ini mampu
memberikan data yang lebih lengkap dan menyeluruh dibandingkan dengan alat
pungutan data yang lain (Musa Daia 1987; Bergam 1989; Mohd Jonit Johari 1994). Selain
itu soal selidik juga digunakan kerana alat ini dapat menjimatkan masa dan belanja
(Cates; Mohd Majid Konting 1990). Soal selidik kajian ini merupakan soal selidik yang
terbahagi kepada tiga bahagian (Lampiran 2), iaitu:
Bahagian A - Maklumat latar belakang guru dari segi jantina, taraf pendidikan
akademik dan pengkhususan, dan pengalaman mengajar Bahasa Melayu.
Bahagian B - a) Mengandungi item-item yang berkaitan dengan persepsi guru Bahasa
Melayu terhadap pelaksanaan Komsas menggunakan Skala Likert 5 mata

dengan skala 1. Sangat Tidak Setuju, 2. Tidak Bersetuju, 3. Tidak pasti, 4.


Bersetuju dan 5. Sangat Bersetuju.
b) Mengandungi item-item berhubung dengan persediaan guru-guru
Bahasa Melayu dalam pengajaran Komsas, persepsi guru terhadap minat
pelajar dalam pengajaran Komsas, strategi guru dalam pengajaran
Komsas, minat guru terhadap pengajaran Komsas, peruntukan waktu
mengajar Komsas, kursus pendedahan tentang pelaksanaan Komsas dan
kesesuaian kandungan tersebut kepada guru-guru yang menghadirinya.
2.4 Analisis Data
Data kajian akan dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan analisis frekuensi
dan peratus berdasarkan item-item yang diberikan dalam soal selidik berkenaan iaitu
latar belakang guru, persepsi guru terhadap pelaksanaan Komsas, persediaan guru,
minat pelajar dan strategi pengajaran guru dalam pengajaran Komsas. Segala dapatan
yang dianalisis akan dihuraikan bagi memperjelaskan lagi objektif serta persoalan kajian
ini.
3.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN
3.1 Maklumat Latar Diri
Kajian ini melibatkan 30 orang populasi guru Bahasa Melayu yang mengajar Bahasa
Melayu Tingkatan 4 dan 5 di 3 buah sekolah iaitu Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas,
Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan
Ibrahim 2 yang kesemuanya terletak di sekitar bandar Pasir Mas, Kelantan. Daripada
jumlah 30 orang tersebut 9 (30.0%) orang daripadanya lelaki dan 21 (70.0%) orang
adalah terdiri daripada perempuan. Mereka terdiri daripada 21 (70.0%) orang
berkelulusan Sarjana Muda dengan Diploma Pendidikan, seramai 8 (26.7%) orang
berkelulusan Sarjana Muda Pendidikan dan hanya 1 (3.3%) orang mempunyai kelulusan
Diploma/Sijil Guru. Dari segi pengalaman mengajar BM pula seramai 12 (40.0%) orang
mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun, 8 (26.7%) orang mempunyai pengalaman 6
hingga 10 tahun, 2 (6.7%) orang mempunyai pengalaman 3 hingga 5 tahun dan 8 (26.7%)
orang berpengalaman kurang dari 3 tahun (Rujuk Jadual 3).

Jadual 3: Maklumat Latar Diri Responden


Profil

Frekuensi
9
21

%
30.0
70.0

Jantina

Lelaki
Perempuan

Taraf
Pendidikan
Akademik

Diploma/Sijil Guru
Sarjana Muda Pendidikan
Sarjana Muda dgn Dip. Pend.

1
8
21

3.3
26.7
70.0

Pengalaman

Kurang daripada 3 tahun

26.7

Mengajar BM

3 5 tahun
6 10 tahun
Lebih daripada 10 tahun

2
8
12

6.7
26.7
40.0

Manakala daripada Jadual 4 di bawah pula didapati 7 orang (23.3%) daripada 30


orang guru Bahasa Melayu yang dijadikan subjek kajian bukan dari kalangan mereka
yang berlatarbelakangkan Bahasa Melayu dan Sastera. Daripada jumlah tersebut 2
orang (6.7%) dari bidang Ekonomi atau Perdagangan dan masing-masing 1 orang (3.3%)
bagi bidang Sains Kemasyarakatan, Komunikasi, Psikologi, Pendidikan Bimbingan dan
Kaunseling dan Pendidikan Jasmani. Mereka untuk mengajar Bahasa Melayu kerana
kekurangan guru dalam mata pelajaran tersebut di sekolah masing-masing. Peratus
keseluruhan guru BM yang tidak mempunyai asas Bahasa Melayu dan sastera ialah
23.2% iaitu 7 orang. Manakala daripada jumlah tersebut seramai 23 orang guru atau
76.8% mempunyai asas Bahasa Melayu dan sastera kerana masing-masing daripada
jurusan yang berasaskan bahasa dan kesusasteraan.

Jadual 4: Pengkhususan Semasa di Maktab Perguruan/Universiti


Pengkhususan/Opsyen

Frekuensi & %

Pengajian Melayu dan Geografi

6 (20.0)

Pengajian Melayu dan Sastera

5 (16.6)

Kesusasteraan dan Sejarah

4 (13.3)

Pendidikan Bahasa Melayu

3 (10.0)

Pengajian Melayu dan Sejarah

3 (10.0)

Persuratan Melayu

2 (6.7)

Ekonomi/Perdagangan

2 (6.7)

Sains Kemasyarakatan

1 (3.3)

Komunikasi

1 (3.3)

Psikologi

1 (3.3)

Pendidikan
Bimbingan
Kaunseling
Pendidikan Jasmani

dan

Jumlah

1 (3.3)
1 (3.3)
30 (100.0)

3.2 Persepsi Guru BM Terhadap Pelaksanaan Komsas


3.2.1

Persediaan Guru-guru BM Dalam Pengajaran Komsas

10

Kajian ini mendapati semua subjek kajian (30 orang) bersetuju (Skala Agak Setuju, Setuju
dan Sangat Setuju) dengan item yang menyatakan mereka mengkaji dan membaca
terlebih dahulu semua teks Komsas sebelum mereka mengajar mata pelajaran tersebut
(Lihat Jadual 5). Semua subjek kajian juga bersetuju dengan item yang menyatakan
mereka merujuk buku-buku lain selain teks Komsas demi untuk melengkapkan
pengetahuan mereka dalam mata pelajaran Bahasa Melayu yang melibatkan Komsas.
Manakala dalam item yang menyatakan sama ada mereka banyak menggunakan buku
ulasan-kajian, seramai 20 orang guru (66.6%) bersetuju dan 10 orang lagi (33.3%) tidak
bersetuju dengan pernyataan tersebut. Seramai 24 orang guru atau 80.0% bersetuju yang
mereka menggunakan pelbagai bahan dalam pengajaran Komsas dan selebihnya 6
orang (20.0%) tidak bersetuju. Namun demikian, meskipun kebanyakan mereka
bersetuju dengan item-item di atas tetapi 86.6% atau 26 orang daripada mereka
bersetuju dengan pernyataan Komsas merupakan beban baru bagi guru-guru Bahasa
Melayu. Peratus tersebut juga sama dengan peratus persetujuan mereka yang
menyatakan mereka terpaksa mengejar sukatan pelajaran. Keadaan ini ada
hubungannya dengan pernyataan dalam Jadual 9 yang mana 83.3% daripada subjek
kajian berpendapat peruntukan waktu mengajar Komsas tidak mencukupi.

Bagi mencapai keberkesanan maksimum dalam pengajaran dan pembelajaran


Komsas, guru haruslah mewujudkan perancangan atau strategi yang mantap.
Pelaksanaan Komsas memerlukan guru yang bukan sahaja menguasai bahan dengan
baik tetapi juga harus cekap, bijaksana dan yakin diri dalam lapangannya serta kreatif
dan berketerampilan dalam memanfaatkan multiteknik pengajaran yang relevan
dengan tahap prestasi pelajar, situasi dan persekitaran bagi mencapai objektif-objektif
pengajaran Komsas. Penguasaan guru terhadap bahan Komsas, sama ada isi
kandungan, jenis atau kategori cerita dan keupayaan pelajar penting bagi tujuan
keberkesanan pengajaran.
Meskipun begitu pada masa yang sama guru Bahasa Melayu juga perlu
menumpukan pengajaran mereka terhadap Kertas 1 Bahasa Melayu yang terdiri
daripada 6 soalan karangan daripada jenis-jenis karangan yang telah ditetapkan dalam
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Guru juga perlu memberikan penekanan kepada
aspek-aspek lain dalam Kertas 2 Bahasa Melayu seperti Rumusan yang membawa 30
markah, Pengetahuan Bahasa dan Kemahiran Tatabahasa yang membawa 20 markah
dan pemahaman petikan umum yang membawa kira-kira 10 markah. Keadaan ini
sebenarnya menjadikan guru Bahasa Melayu berkecenderungan untuk mengejar dan
menyelesaikan sukatan pelajaran yang akhirnya memberi kesan kepada tahap
persediaan mereka untuk mengajar dengan baik.

Jadual 5: Persediaan Guru Dalam Pengajaran Komsas

a. Mengkaji & membaca


semua teks Komsas

STS
-

TS
-

AS
2 (6.7)

S
17 (56.7)

SS
11 (36.6)

11

b. Merujuk buku lain


selain teks Komsas
c. Banyak menggunakan
buku ulasan-kajian
d. Guna pelbagai alat
bantu mengajar
e. Komsas menjadi
beban baru guru BM
f. Terpaksa mengejar
sukatan pelajaran

2 (6.7)

17 (56.7)

11 (36.6)

3 (10.0)

7 (23.3)

6 (20.0)

12 (40.0)

2 (6.7)

6 (20.0)

11 (36.6)

11 (36.6)

2 (6.7)

1 (3.3)

3 (10.0)

8 (26.6)

7 (23.3)

11 (36.6)

2 (6.7)

2 (6.7)

6 (20.0)

12 (40.0)

8 (26.6)
N = 30

3.2.2

Persepsi Guru Terhadap Minat Pelajar

Kajian ini menunjukkan bahawa 90.0% atau 27 orang guru bersetuju bahawa pelajarpelajar mereka hanya berminat kepada genre tertentu sahaja dalam Komsas (Rujuk
Jadual 6). Manakala 90.0% atau 27 orang guru bersetuju bahawa pelajar-pelajar mereka
berminat kerana Komsas termasuk dalam peperiksaan Kertas 2 Bahasa Melayu. Selain
itu 22 orang atau 73.3% daripada mereka bersetuju bahawa pelajar-pelajar yang mereka
ajar tidak berminat kepada Komsas. Bagi item yang menyatakan Komsas membosankan,
seramai 17 orang (56.6%) guru bersetuju dengan pernyataan tersebut berdasarkan
pengalaman mereka di kelas masing-masing.
Jadual 6: Pandangan Guru Terhadap Minat Murid Kepada Komsas

a. Minat genre tertentu


b. Minat kerana
peperiksaan
c. Tidak minat Komsas
d. Komsas
membosankan
N = 30

STS
1 (3.3)

TS
3 (10.0)
2 (6.6)

AS
7 (23.3)
4 (13.8)

S
14 (46.6)
10 (33.3)

SS
6 (20.7)
13 (43.3)

1 (3.3)
1 (3.3)

7 (23.3)
12 (40.0)

15 (50.0)
8 (26.6)

2 (6.6)
2 (6.6)

5 (16.6)
7 (23.3)

Pola minat pelajar terhadap Komsas dalam kajian ini menunjukkan ada perkaitan
antara pelaksanaan sistem SPM sijil terbuka yang di mana mata pelajaran Kesusasteraan
Melayu tidak lagi menjadi mata pelajaran wajib bagi pelajar aliran sastera, tetapi hanya
dijadikan mata pelajaran elektif. Manakala pelajar-pelajar daripada aliran Sains,
Teknikal, Vokasional dan Perdagangan pula tidak berminat kepada mata pelajaran
sastera kerana mata pelajaran tersebut tidak langsung diperkenalkan dalam aliran-aliran
tersebut. Kini mata pelajaran Kesusasteraan Melayu dijadikan mata pelajaran elektif
yang boleh diambil oleh mana-mana calon yang berminat tanpa mengira aliran. Namun
demikian mata pelajaran tersebut tetap menjadi fobia kepada mereka, disebabkan
tanggapan umum bahawa sastera bukan merupakan kombinasi yang mempunyai nilai
komersial kepada mereka berbanding mata pelajaran Matematik, Matematik Tambahan,
Fizik, Kimia dan lain-lain lagi. Keadaan ini berlarutan dan terpaksa dihadapi oleh guru
Bahasa Melayu dalam proses pengajaran dan pembelajaran Komsas.

12

3.2.3

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Komsas

Dalam aspek strategi pengajaran dan pembelajaran Komsas (Jadual 10), kajian ini
mendapati 16 orang subjek kajian atau 53.3% bersetuju (masing-masing 23.3% agak
bersetuju dan bersetuju dan 6.6 sangat setuju) bahawa mereka mengarahkan pelajar
membaca buku teks wajib Komsas, manakala 46.7% lagi tidak bersetuju. Bagi item guru
mengarahkan pelajar membaca buku teks wajib dan buku ulasan Komsas, kajian ini
mendapati 27 orang subjek kajian (90.0%) bersetuju dan hanya 3 orang atau 10% sahaja
yang tidak besetuju. Bagi item yang menyatakan guru hanya menggunakan kaedah
chalk and talk, didapati 14 orang subjek kajian (46.6%) bersetuju manakala selebihnya
16 orang atau 53.4% tidak bersetuju bahawa mereka hanya menggunakan kaedah
tersebut.
Dalam item guru mengadakan aktiviti kumpulan pula didapati 50% subjek kajian
ada melaksanakan dan 50% lagi tidak bersetuju mereka gunakan strategi itu. Keadaan
ini menunjukkan item tersebut hampir sama dengan item penggunaan kaedah bestari
yang melibatkan penggunaan alat bantuan elektronik seperti OHP, LCD dan lain-lain,
yang mana 16 orang (53.3%) bersetuju mereka gunakan, manakala 14 orang lagi (46.6%)
tidak bersetuju. Akhir sekali bagi item yang menyatakan sama ada guru menyediakan
modul pengajaran, kajian ini mendapati 26 atau 86.6% bersetuju di samping hanya 4
orang sahaja tidak bersetuju item tersebut.
Jadual 7: Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Komsas

a. Saya hanya mengarahkan


pelajar membaca buku
teks wajib Komsas.
b. Saya hanya mengarahkan
pelajar membaca buku
teks wajib dan buku
ulasan Komsas.
c. Saya hanya
menggunakan kaedah
Chalk & Talk.
d. Saya mengadakan
aktiviti berkumpulan
berdasarkan genre
Komsas.
e. Saya menggunakan
kaedah bestari (LCD,
OHP, komputer)
f. Saya menyediakan modul
Komsas.
N = 30

STS
2 (6.6)

TS
12 (40.0)

AS
7 (23.3)

S
7 (23.3)

SS
2 (6.6)

1 (3.3)

2 (6.6)

1 (3.3)

17 (56.6)

9 (30.0)

4 (13.3)

12 (40.0)

7 (23.3)

5 (16.6)

2 (6.6)

5 (16.6)

10 (33.3)

9 (30.0)

5 (16.6)

1 (3.3)

5 (16.6)

9 (30.0)

10 (33.3)

5 (16.6)

1 (3.3)

2 (6.6)

2 (6.6)

12 (40.0)

11 (36.6)

3 (10.0)

13

Strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh subjek kajian dalam
kajian ini nampaknya masih lebih bermirip kepada pedagogi yang tradisional. Guru
masih lagi mengarahkan pelajar membaca buku teks dan diikuti dengan penerangan.
Lebih malang lagi penggunaan buku ulasan Komsas turut digunakan dalam strategi
tersebut. Penggunaan kaedah pengajaran yang lebih dinamik seperti aktiviti kumpulan
dan pengajaran kaedah bestari masih berada pada tahap yang tidak memuaskan iaitu
masing-masing 50% dan 53.3% sahaja subjek kajian yang menggunakannya. Guru
sepatutnya membawa menjadikan pengajaran Komsas lebih menarik dengan pedagogi
yang sesuai. Dalam konteks ini, Prof. Tan Sri Datuk Awang Had Salleh ketika
merasmikan Seminar Pedagogi Sastera 2001, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka
menegaskan, Pedagogi akan menjadikan pelajaran kesusasteraan amat memikat serta
dapat diterapkan dengan lebih cepat serta berkesan. Jika pendekatan pelajaran
kesusasteraan tanpa pedagogi disogokkan kepada pelajar, ia akan melemahkan
matlamat mata pelajaran itu sendiri kerana penerimaan pelajar menjadi agak lemah
(Utusan Malaysia, 16 Jun 2001).
3.2.4

Minat Guru Terhadap Pengajaran Komsas

Dalam hal minat guru terhadap pengajaran Komsas, kajian ini mendapati 18 subjek
yang dikaji atau 62.1% berminat mengajar Komsas iaitu 12 orang (40.0%) berminat
kerana memang mempunyai pengkhususan dalam bidang sastera dan 6 orang (20.0%)
berminat walaupun sastera bukan pengkhususan mereka. Selebihnya 5 orang guru
(16.6%) hanya berminat mengajar Bahasa Melayu tanpa Komsas, manakala 7 orang
(23.3%) tidak berminat langsung kerana sastera terlalu asing bagi mereka (Lihat Jadual
8).
Pola minat guru dalam jadual tersebut dapat dikaitkan dengan bidang
pengkhususan mereka semasa di universiti atau maktab perguruan sebagaimana yang
dapat dilihat dalam Jadual 4 pada bahagian awal perbincangan ini. Berdasarkan jadual
tersebut didapati 7 orang (23.3%) daripada 30 orang guru Bahasa Melayu yang dijadikan
subjek kajian bukan dari kalangan mereka yang berlatarbelakangkan sastera. Peratusan
23.3% dari kalangan guru yang menganggap sastera terlalu asing bagi mereka tetapi
diberi tugas mengajar Bahasa Melayu (Jadual 8) ada hubungannya dengan peratusan
mereka yang tidak mempunyai pengkhususan dalam bidang sastera tersebut.

Jadual 8: Minat Guru Terhadap Pengajaran Komsas

a. Minat kerana memang


bidang pengkhususan
b. Minat walaupun bukan
bidang pengkhususan
c. Hanya minat BM tanpa
Komsas

Frekuensi & %
12 (40.0)
6 (20.0)
5 (16.6)

14

d. Tidak minat & sastera


terlalu asing
Jumlah

7 (23.3)
30 (100.0)

Jadual 8 juga menunjukkan bahawa purata 2 orang guru bagi setiap sekolah yang
tidak berminat langsung kepada pengajaran Komsas merupakan perkara yang tidak
sepatutnya berlaku. Lebih malang lagi bagi mereka yang tidak langsung terdedah
dengan bidang sastera ini tidak diberi latihan atau kursus pendedahan sebagaimana
yang dapat diperhatikan dalam Jadual 10. Kekurangan guru berlaku di mana-mana
tetapi pihak pentadbiran sekolah seharusnya menangani masalah ini dengan bijaksana.
Membiarkan guru-guru yang tidak berminat mengajar Komsas dalam Bahasa Melayu
tanpa memberikan bimbingan dan pendedahan kepada mereka adalah satu kesilapan
besar yang perlu diperbaiki segera oleh pihak pentadbiran sekolah. Dalam hal ini sudah
tentu para pelajarlah yang menjadi mangsanya, terutama bagi mereka yang akan
menduduki peperiksaan awam sama ada SPM atau PMR.
Peranan guru dalam sesuatu kelas bahasa amat penting, lebih-lebih lagi bagi
kelas yang melibatkan pengajaran unsur sastera. Dalam kelas yang melibatkan unsur
sastera, seseorang guru yang baik perlu mengetahui karya yang diajar dan menguasai
genre dengan baik seperti dapat mendeklamasikan sajak, berpantun, bersyair dengan
nada dan irama yang sebenar serta berdrama. Kreativiti guru amat perlu dalam usaha
menanam minat dan kefahaman pelajar terhadap pengajarannya. Seseorang guru
kesusasteraan perlu peka terhadap keperluan memilih strategi dan aktiviti yang sesuai
untuk membawa wacana dalam kelas ke aras tinggi (Rajendran 2000). Pengajaran
kesusasteraan lebih berkesan sekiranya seseorang guru dapat menggabungkan
kebolehan semulajadi murid, matlamat dan kebolehan bersastera guru itu sendiri (Block
1997). Namun apa yang menjadi masalah ialah tidak semua guru yang mengajar kelas
bahasa sama ada kelas mata pelajaran Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris boleh
mengajar kesusasteraan. Lebih malang lagi terdapat sesetengah guru Bahasa Melayu
yang tidak berminat kepada sastera, apa lagi bagi guru yang terpaksa mengajar mata
pelajaran Bahasa Melayu disebabkan kekurangan guru bagi mata pelajaran berkenaan.
3.2.5

Peruntukan Waktu Mengajar Komsas

Dari aspek peruntukan waktu mengajar Komsas, kajian ini mendapati hanya 5 orang
atau 16.7% sahaja subjek kajian yang menyatakan masa yang diperuntukan mencukupi
dan sesuai dari semua aspek. Manakala seramai 25 orang (83.3%) menyatakan
peruntukan masa tidak mencukupi iaitu 16 orang (53.3%) daripadanya mencadangkan
isi pelajaran perlu diubahsuai dan 9 orang (30.0%) lagi mencadangkan peruntukan
waktu seminggu perlu ditambah (Rujuk Jadual 9).
Sehubungan dengan itu di bawah topik Konsep Pelaksanaan Komponen Sastera telah
dinyatakan kandungan Komsas dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu terlalu banyak
untuk diajar oleh guru Bahasa Melayu sedangkan masa yang ditetapkan cuma 2 waktu
sahaja seminggu. Berdasarkan Jadual 1 dan Jadual 2 dalam bahagian tersebut, semua
enam genre sastera iaitu novel, cerpen, drama, puisi moden (sajak), puisi tradisional dan

15

prosa tradisional dengan jumlah 26 karya setiap kelas perlu diajar dengan peruntukan
56 waktu setahun. Keduanya, meskipun salah satu daripada soalan sama ada cerpen
atau drama akan keluar dalam Soalan 3(b) Kertas 2 Bahasa Melayu, begitu juga dengan
Soalan 3(d) iaitu sama ada puisi moden atau puisi tradisional akan keluar, namun
semua tajuk perlu dihabiskan dalam tempoh yang ditetapkan kerana guru tidak boleh
meneka soalan genre manakah yang akan keluar daripada pilihan tersebut.
Jadual 9: Peruntukan Masa Mengajar Komsas

Mencukupi & sesuai dari


semua aspek
Tidak mencukupi & isi
perlu diubahsuai
Tidak mencukupi & masa
perlu ditambah
Jumlah

3.2.6

Frekuensi & %
5 (16.7 )
16 (53.3)
9 (30.0)
30 (100.0)

Guru Menghadiri Kursus Pendedahan Komsas

Dalam aspek guru menghadiri kursus pendedahan Komsas, kajian ini mendapati
seramai 14 orang (46.7%) daripada guru Bahasa Melayu yang dijadikan subjek kajian
tidak pernah menghadiri sebarang kursus yang berkaitan dengan Komsas. Seramai 5
orang (16.6%) pernah menghadiri kursus di peringkat sekolah, hanya 1 orang (3.3%)
menghadiri kursus peringkat PKG/Zon, 4 orang (13.3%) menghadiri kursus di
peringkat PPD dan 6 orang (20.0%) yang pernah menghadiri kursus di peringkat JPN
(Lihat Jadual 10). Enam orang yang pernah menghadiri kursus di peringkat Jabatan
Pendidikan ini terdiri daripada ketua-ketua bidang dan ketua-ketua panitia di ketigatiga sekolah berkenaan.
Apa yang sepatutnya berlaku kesemua 6 orang peneraju utama mata pelajaran
Bahasa Melayu di sekolah-sekolah tersebut yang pernah menghadiri kursus di peringkat
JPN mesti mengadakan kursus dalaman (inhouse training) untuk memberi pendedahan
kepada ahli panitia di sekolah masing-masing. Dalam hal ini pihak pentadbir sekolah
seharusnya memainkan peranan utama dan bertanggungjawab memantau keadaan
tersebut kerana mata pelajaran Bahasa Melayu merupakan mata pelajaran yang wajib
lulus dalam peperiksaan SPM dan Komsas merupakan komponen yang wajib dijawab
oleh semua calon dalam Kertas 2 Bahasa Melayu SPM.
Jadual 10: Guru BM Menghadiri Kursus Komsas

Peringkat JPN
Peringkat PPD
Peringkat PKG/Zon
Peringkat Sekolah

Frekuensi & %
6 (20.0)
4 (13.3)
1(3.3)
5 (16.6)

16

Tidak pernah kursus


Jumlah

14 (46.7)
30 (100.0)

Pelaksanaan Komsas dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu


memerlukan pendedahan yang menyeluruh kepada semua guru Bahasa Melayu di
sekolah. Pada peringkat awal pelaksanaan atau sebelum pelaksanaannya, Guru Kanan
Mata Pelajaran (Ketua Bidang) Bahasa dan Ketua Panitia Bahasa Melayu dihantar
berkursus di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk tujuan pendedahan
tersebut. Guru-guru berkenaan kemudiannya akan balik ke sekolah masing-masing dan
memberikan pendedahan kepada ahli panitia masing-masing melalui kursus dalaman
(inhouse training). Dengan ini semua guru Bahasa Melayu mendapat pendedahan secara
menyeluruh di samping kursus-kursus lain yang dianjurkan di peringkat Pusat
Kegiatan Guru (PKG) atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dari semasa ke semasa.
3.2.7 Pendapat Guru Tentang Kesesuaian Kandungan Kursus
Dari aspek ini seramai 16 orang (53.3%) daripada jumlah 30 subjek kajian telah
menghadiri kursus Komsas. Daripada jumlah tersebut kajian ini mendapati seramai 6
orang subjek kajian (37.5%) menyatakan kursus itu sesuai dan mencakupi semua aspek,
4 orang atau (25.0%) menyatakan sesuai tetapi perlu ditambah kandungannya dan 6
orang lagi (37.5%) menyatakan kursus tersebut tidak mencakupi sepenuhnya aspekaspek dalam pengajaran Komsas (Lihat Jadual 11).
Jadual 11: Pendapat Guru BM Tentang Kandungan Kursus

Sesuai dan mencakupi dari


semua aspek
Sesuai tetapi kandungan
kursus perlu ditambah
Tidak mencakupi sepenuhnya
aspek-aspek dalam Komsas
Jumlah

Frekuensi & %
6 (37.5)
4 (25.0)
6 (37.5)
16 (100.0)

Dapatan kajian di atas juga ada hubungannya dengan Jadual 10 di atas yang mana 6
orang (37.5%) yang menyatakan kursus yang mereka hadir sesuai dan mencakupi
semua aspek adalah terdiri daripada mereka yang menghadiri kursus di peringkat JPN.
Oleh kerana kursus tersebut merupakan kursus pendedahan yang asas, maka sudah
tentu kursus tersebut lebih lengkap. Mereka yang hadir adalah terdiri daripada ketua
bidang bahasa dan ketua panitia yang akan memberikan kursus kepada guru-guru
Bahasa Melayu di sekolah masing-masing. Manakala 4 orang (25.0%) subjek kajian yang
menyatakan kursus yang mereka hadir sesuai tetapi kandungannya perlu ditambah
adalah terdiri daripada mereka yang menghadiri kursus di peringkat PPD dan di
peringkat PKG/Zon. Bagi mereka yang menghadiri kursus di peringkat sekolah (inhouse
training) pula menganggap kursus yang dilaksanakan di peringkat tersebut tidak
mencukupi sepenuhnya aspek-aspek dalam Komsas.

17

4.0 Kesimpulan
Pada kesimpulannya, matlamat untuk menjadikan bahan sastera sebagai agen bagi
memupuk minat membaca dan melahirkan kenikmatan membaca serta penghayatan
terhadap bahan sastera memang wajar. Sebagaimana yang dibincangkan terdahulu,
banyak kajian telah membuktikan bahawa sastera dapat membantu pelajar dalam
pembelajaran bahasa terutama sekali di Barat. Fauziah (1999) memetik bahawa penulis
teks sastera dan bahasa seperti Brumfit dan Carter (1986), Carter dan Long (1991), Sage
(1989), Lazar (1993), dan Collie dan Slater (1990), menyatakan sastera dapat digunakan
untuk meningkatkan dan menggalakkan pemelajaran Bahasa Inggeris. Mereka
bersependapat bahawa nilai kesusasteraan terletak pada aspek instrinsik sastera kerana
sesuatu teks sastera kaya dengan ciri dan sifat bahasa, sama ada dari segi semantik
mahupun pragmatik. Justeru itu pelaksanaan Komsas dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu oleh Kementerian Pendidikan Malaysia amat kena pada masanya. Namun
demikian di sebalik pelaksanaannya timbul pula pelbagai masalah yang dihadapi
pelajar serta guru.
Kajian ini sebenarnya telah memperlihatkan sebilangan kecil daripada pola
permasalahan yang wujud setelah perlaksanaan Komsas dibuat mulai tahun 2000 yang
lalu. Permasalahan yang kemudiannya telah bertukar menjadi isu di kalangan guruguru Bahasa Melayu ini sebenarnya boleh dijadikan pemangkin kepada langkahlangkah yang perlu diambil oleh pihak-pihak tertentu bagi mermurnikan lagi
perlaksanaan komponen wajib tersebut dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Dalam
hal ini Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia
menganggap segala permasalahan yang timbul hanyalah bersifat sementara kerana
Komsas baru diperkenalkan dan guru belum mahir mengenai perkara tersebut. Dalam
keadaan sebenarnya untuk melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran Komsas,
tidak terdapat satu kaedah yang ditetapkan oleh mana-mana pihak, ianya bergantung
kepada kreativiti guru dengan mempelbagaikan teknik mengajar sesuai dengan tahap
kebolehan dan keupayaan pelajar.

4.1 Cadangan
Beberapa cadangan dianggap penting bagi mengatasi masalah atau isu-isu yang timbul
setelah Komsas dilaksanakan sebagaimana yang telah dibincangkan dalam kajian ini.
Antara cadangan-cadangan tersebut ialah.
1. Kandungan Komsas dalam Bahasa Melayu hendaklah dikaji semula terutama sekali
dalam soal pemilihan genre novel dan cerpen. Pemilihan novel dan cerpen yang
tidak bermutu boleh menjejaskan objektif pelaksanaan Komsas itu sendiri.
2. Kandungan bagi sesetengah genre hendaklah dikurangkan untuk disesuaikan
dengan peruntukkan waktu mengajar komponen tersebut dalam seminggu.
Misalnya pelajar dikehendaki mempelajari 6 karya bagi genre cerpen, puisi moden

18

(sajak) dan puisi tradisional bagi semua tingkatan berbanding 3 bagi drama dan 4
bagi prosa tradisional. Adalah dicadangkan semua genre tersebut diajar 3 tajuk
sahaja bagi setiap kelas untuk mengelakkan guru terlalu mengejar Sukatan Pelajaran
sehingga menjejaskan mutu pengajaran mereka.
3. Pihak berkenaan khususnya pihak PPD dan pentadbiran sekolah hendaklah
memastikan semua guru Bahasa Melayu diberikan pendedahan yang secukupnya
mengenai Komsas melalui kursus, bengkel dan seminar secara serius dan memantau
hasilnya selepas program tersebut dilaksanakan.
4. Pihak berkenaan juga perlu menerbitkan satu buku panduan tentang Komsas
sebagai buku pegangan yang mengandungi garis panduan kepada guru-guru
Bahasa Melayu. Ini bertujuan untuk mengelakkan kekeliruan guru dalam
mentafsirkan perbezaan antara pengajaran Komsas dengan pengajaran
Kesusasteraan Melayu.
5. Pihak atasan sama ada di peringkat Jabatan Pendidikan atau PPD hendaklah
memastikan pentadbir sekolah mengambil berat tentang pelaksanaan Komsas dalam
mata pelajaran Bahasa Melayu. Pengetua, Penolong Kanan, Ketua-ketua Bidang dan
Ketua Panitia hendaklah sama-sama memantau pengajaran guru kerana mata
pelajaran Bahasa Melayu menjadi penentu sama ada seseorang calon peperiksaan itu
layak mendapat sijil atau tidak.
6. Bagi mengatasi masalah guru yang tidak berminat mengajar Komsas, pihak Jabatan
Pendidikan di setiap negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah/Bahagian hendaklah
mendapatkan statistik sebenar sekolah-sekolah yang kekurangan guru
berpengkhususan BM dan sastera. Unjuran mengenainya perlu dibuat dengan tepat
dan dikemaskinikan pada setiap masa bagi mengelakkan adanya guru-guru yang
terpaksa mengajar Bahasa Melayu
meskipun mereka bukan mempunyai
pengkhususan dalam bidang berkenaan.
7. Bagi meningkatkan minat semua pelajar, guru seharusnya sentiasa membuat
persediaan yang rapi dan kreatif. Panitia Bahasa Melayu perlu menyediakan modul
pengajaran Komsas yang bersepadu bagi meningkatkan minat pelajar terhadap
komponen ini. Pihak sekolah perlu memberikan sokongan yang padu dalam soal
penyediaan bahan-bahan pengajaran dan segala perkaitannya yang melibatkan
Komsas.
Cadangan-cadangan yang dikemukakan ini bertujuan agar Komponen Wajib
Kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dapat dilaksanakan
dengan lebih sempurna dan benar-benar mencapai objektif asal perlaksanaannya.
Kajian kecil ini walaupun tidak menggambarkan sepenuhnya populasi guru-guru
Bahasa Melayu yang mengajar di Tingkatan 4 dan 5 di seluruh negara, tetapi gambaran
awal pola permasalahan yang wujud di dalamnya adalah jelas dan boleh dianggap
universal dalam situasi sistem pendidikan negara kita sekarang. Sehubungan dengan itu
diharapkan kajian ini akan menjadi salah satu daripada kajian rintis yang berguna

19

kepada guru-guru atau ahli-ahli akademik yang berhasrat untuk membuat kajian
tentang Komsas pada masa akan datang.

BIBLIOGRAFI

Abdul Shukor Abdullah. 2000. (Kata Pengantar)Sukatan Pelajaran Kurikulum


Bersepadu Sekolah Menengah): Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Baharum Hj. Sulaiman. 1995. Bahan Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Pelita
Bahasa. Disember: 18 21
Bergam, T. 1989. The Teacher as Moral Agent. Journal of Moral Education 20(2) 2124.
Berita Harian. 2001. 21 Februari.
Berita Harian. 2001. 20 Mac.
Berita Harian. 2001. 4 April.
Berita Harian. 2001. 17 April.
Block, Cathy Collins. 1997. Teaching The Language Arts. Ed. ke-2. Massachusettes: Allyn &
Bacon.
Cates A. W. 1985. Teaching Strategies For Value Analysis. WashingtonDC: National
Council for Social studies.
Fauziah Ahmad. 1999. Pemelajaran Bahasa Melalui Sastera: Bahasa Inggeris Sebagai
Bahasa Kedua. Jurnal Dewan Bahasa 43(11).
Kementerian Pendidikan Malaysia.1989. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia.
Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2000. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (Edisi
Penyesuaian). Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia .2000. Draf Pemetaan Kerja Pengajaran dan Pembelajaran
Komsas. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia .2000. SPM Format Baru Kertas Bahasa Melayu dan
Kriteria Penskoran Ujian Lisan. Kuala Lumpur: Lembaga Peperiksaan

20

Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia.2000. Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah: Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Miles, M. B. & Huberman, A. M. 1984. Quantitative Data Analysis. Beverly Hills, CA:
Sage.
Misran

Rokimin. 1998. Era Globalisasi: Pendidikan Sastera Masih


Kepentingannya Lagi?. Prosiding Seminar Isu-Isu Pendidikan Negara,
hlm. 220 - 237.

Adakah

Mohd. Joint Johari. 1994. Pengajaran Kemahiran Menulis Dalam Mata Pelajaran Bahasa
Melayu Pada Peringkat Sekolah Menengah Atas. Tesis Dr. Falsafah. Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Mohd Majid Konting. 1990. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Rajendran, N. S. 2000. Kesusasteraan Sebagai Wahana Mengajar Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi. Prosiding Seminar Kebangsaan Penyelidikan & Pembangunan Dalam
Pendidikan 2000, hlm. 201 211.
Musa Daia. 1992. Alat Panang Dengar Untuk Pengajaran Dalam Kaedah dan Teknik
Pengajaran. Badan Book Store Sdn. Bhd.
Othman Puteh .2001. Strategi Pengajaran Bahan Sastera dalam Bahasa Melayu.
Dewan Siswa, Mac: 20-21.
Subadrah Nair. 2000. Kesan Skema Terhadap Kefahaman Bacaan Bahan Sastera.
Prosiding Seminar Kebangsaan Penyelidikan & Pembangunan Dalam Pendidikan 2000,
hlm. 113 125.
Utusan Malaysia. 2001. 16 Jun.

Anda mungkin juga menyukai