Anda di halaman 1dari 2

Prosedur kerja.

1. Baca arahan projek yang disampaikan oleh pensyarah.


2. Pastikan ukuran bahan kerja yang dipotong sesuai dengan proses pemesinan yang akan
dilakukan.
3. Ukuran yang hendak dipotong, hendaklah dilebihkan supaya bahan kerja selamat
digunakan semasa proses pemesinan dijalankan.
4. Sebelum menggunakan mesin larik, pastikan mesin larik berada dalam keadaan selamat
sebelum digunakan.
5. Pasangkan mata alat dan setkan mata alat dengan betul pada alatan belakang supaya
tepat.
6. Setkan kotak gear mengikut ukuran suapan yang sesuai dan hidupkan suis mesin larik.
7. Patuhi langkah-langkah keselamatan menggunakan mesin larik bagi mengelakkan
berlakunya kemalangan.
8. Mulakan melarik pada bahagian yang mudah dahulu dan diikuti dengan langkah yang
lebih susah sehingga kerja-kerja melarik selari.
9. Bersihkan mesin larik setiap kali menggunakan mesin.

Cara kerja.
1. Sebatang besi aluminium dipilih dengan diameter mm dan dipotong menggunakan
gergaji kuasa dengan panjang mm.
2. Selepas proses pemotongan siap, bahan kerja tersebut diikat pada bindu 3 rahang dengan
kuat supaya bahan kerja tidak longgar semasa mesin sedang berpusing.
3. Setkan kelajuan yang sesuai pada kotak gear.
4. Mulakan kerja melarik selari & menampang pada bahagian hadapan bahan kerja
sepanjang mm. (dapatkan diameter mm sepanjang mm).
5. Kemudian, lakukan kerja melarik selari sepanjang mm dan dapatkan diameter mm di
bahagian hadapan kerja dan lakukan kerja melarik selari sepanjang mm dan dapatkan
diameter mm di bahagian belakang bahan kerja.
6. Pada bahagian hadapan bahan kerja pula dapatkan hujung tirus dengan sudut 90.
7. Akhir sekali, buat kerja pengukuran dengan menggunakan angkup vinier supaya dapat
ukuran yang tepat dan buat kerja-kerja finishing.

Anda mungkin juga menyukai