Anda di halaman 1dari 2

Semasa Perang Tiga Segi, Jambi yang berada di bawah kekuasaan Johor menjadi

tumpuan ekonomi dan politik. Pada tahun 1666, Jambi cuba membebaskan diri
daripada kekuasaan Johor dan di antara tahun 1666 hingga tahun 1673 terjadilah
peperangan di antara Johor dan Jambi. Ibu kota Johor iaitu Batu Sawar
dimusnahkan oleh angkatan Jambi. Hal ini menyebabkan ibu kota Johor sentiasa
berpindah-randah.
Sepanjang perang itu, Jambi yang sentiasa mendapat keuntungan. Tetapi pada
tahun 1679, Laksamana Tun Abdul Jamil mengupah askar upahan Bugis untuk
bersama-sama dengan tentera Johor menentang Jambi. Tidak lama kemudian Jambi
pun tewas.
Krisis antara Johor dan Jambi bermula apabila kedua-dua pihak berselisih faham
mengenai perebutan kawasan yang bernama Tungkal. Pada masa ini Johor
diperintah oleh Sultan Abdul Jalil Shah III dan peranan pentadbiran lebih banyak
dimainkan oleh Raja Muda. Dalam usaha untuk mendapatkan semula Tungkal dari
tangan orang Jambi, orang Johor telah menghasut penduduk Tungkal untuk
memberontak. Hal ini menimbulkan kemarahan Pemerintah Jambi. Namun kekuatan
ketenteraan Johor yang disegani pemerintah Jambi pada waktu itu menyebabkan
Jambi memilih untuk berdamai. Ketegangan antara Johor dan Jambi telah dapat
diredakan menerusi perkahwinan antara Raja Muda Johor dengan Puteri Sultan
Jambi pada tahun 1659.
Namun persengketaan antara Johor dan Jambi kembali meletus berpunca daripada
tindakan kedua-dua pihak yang saling menghina kedaulatan dengan Jambi apabila
menghantar 7 buah kapal untuk menyerang perkampungan nelayan Jambi pada
bulan Mei 1667. Kegiatan perdagangan semakin merosot akibat perperangan yang
berlaku kerana tiada jaminan keselamatan kepada pedagang untuk menjalankan
urusniaga di kawasan bergolak ini. Hal ini menyebabkan kerugian ekonomi kepada
Johor. Kemuncak peristiwa perperangan ini berlaku apabila Pangeran Dipati Anum
mengetuai sebuah angkatan perang untuk menyerang dan memusnahkan Johor
secara mengejut pada 4 April 1673. Serangan ini telah melumpuhkan sistem
pentadbiran kerajaan Johor. Dalam usaha menyelamatkan diri, Raja Muda bersama
seluruh penduduk Johor telah lari bersembunyi di dalam hutan. Bendahara Johor
telah ditawan dan dibawa pulang ke Jambi.
Sultan Abdul Jalil Shah III pula melarikan diri ke Pahang. Baginda akhirnya
meninggal dunia di sana pada 22 November 1677. Perperangan yang menyebabkan
kekalahan kerajaan Johor ini telah mengakibatkan kerugian yang besar kepada
Johor kerana Jambi telah bertindak merampas semua barang berharga milik
kerajaan Johor termasuk 4 tan emas, sebilangan besar senjata api yang merupakan
simbol kemegahan dan kekuatan Johor. Kehilangan senjata api dan tentera yang
ramai menyebabkan kerajaan Johor tidak berupaya berbuat apa-apa secara tidak
langsung menyebabkan kerajaan Johor runtuh.

Syarikat Hindia Timur Belanda (Verenigde Oostindische


Compagnie atau VOC dalam bahasa Belanda, yang bermaksud
"Syarikat Hindia Timur Bersatu") telah ditubuhkan pada 20 Mac,
1602, apabila Jeneral negeri-negeri Belanda memberikannya hak
monopoli menjalankan aktiviti penjajahan di Asia. Syarikat ini
dianggap syarikat pertama yang menerbitkan syer saham.
VOC terdiri dari 6 kamars (Kamers) di Amsterdam, Middelburg
(untuk Zeeland), Enkhuizen, Delft, Hoorn dan Rotterdam.
Perwakilan kamar-kamar tersebut berjumpa sebagai Heeren XVII
(Tujuh belas Raja). Setiap Kamers menyumbang seorang
perwakilan kepada anggota tujuh belas ini mengikut kadar kapital
yang mereka langgan; perwakilan Amsterdam bernama lapan.
Syarikat ini berpusat di Batawi (kini dipanggil Jakarta) di Jawa,
Indonesia. Syarikat ini juga mempunyai penempatan di Kepulauan
Rempah (Maluku), termasuk Kepulauan Banda dimana VOC telah
secara paksa mendapat monopoli ke atas penanaman buah pala.
Mereka juga mengawal penempatan di Melaka pada 1641 dan
juga Afrika Selatan.

Anda mungkin juga menyukai