Anda di halaman 1dari 48

BAB 1

PENGENALAN

1.0

PENDAHULUAN

Pendidikan memainkan peranan utama bagi pertumbuhan ekonomi dan pembangunan


sesebuah negara. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam bilik
darjah merupakan petunjuk terbaik bagi kemajuan masa depan sesebuah negara. Dalam
ekonomi global masa ini, kejayaan sesebuah negara amat bergantung pada ilmu
pengetahuan, kemahiran, dan kompetensi yang dimiliki rakyat. Oleh itu, tidak
menghairankan sekiranya negara yang mempunyai rakyat berpendidikan tinggi akan
berpeluang menikmati kemajuan ekonomi yang lebih tinggi. Selain itu, pendidikan juga
menjadi asas pembinaan negara bangsa dan pengukuhan perpaduan. Pendidikan
menyediakan peluang kepada individu untuk meningkatkan taraf hidup, menjadi ahli
masyarakat yang berjaya, dan menyumbang secara aktif kepada pembangunan negara.
Melalui interaksi dalam masyarakat membolehkan individu daripada pelbagai latar
belakang sosioekonomi, agama, dan etnik belajar memahami, menerima, dan
menghargai perbezaan, seterusnya berkongsi pengalaman dan aspirasi untuk membina
masa depan Malaysia. Melalui perkongsian pengalaman dan aspirasi inilah identiti
nasional dan perpaduan negara dapat dipupuk.

Sejak kebelakangan ini, sistem pendidikan negara telah menjadi perkara yang semakin
menarik perhatian dan menjadi perbahasan orang ramai. Ibu bapa meletakkan harapan
tinggi dan majikan menyuarakan kebimbangan akan keupayaan sistem pendidikan
melengkapkan generasi muda dengan persediaan secukupnya bagi menghadapi cabaran
abad ke-21. Menyedari hakikat bahawa sistem pendidikan adalah kompleks dan rencam,
tempoh yang panjang diperlukan untuk melihat impak transformasi yang dilaksanakan.
Oleh itu, Kementerian perlu mengambil tindakan yang berani dan pantas kerana
perubahan yang dihasratkan adalah penting dan mesti dilaksanakan dengan segera.
Kerajaan komited melaksanakan transformasi sistem pendidikan negara untuk tempoh
15 tahun akan datang. Transformasi pendidikan ini bermatlamat melengkapkan setiap
murid di negara kita dengan segala kemahiran baharu yang diperlukan oleh mereka
untuk merebut peluang dan menangani cabaran abad ke-21. Dalam usaha kita untuk
bersaing dengan negara termaju di dunia, sistem pendidikan kita perlu berupaya
melahirkan generasi muda yang berpengetahuan, mampu berfikir secara kritis dan
kreatif, mempunyai kemahiran kepimpinan yang mantap dan berupaya berkomunikasi
dengan berkesan pada peringkat global. Tidak kurang pentingnya, setiap murid di
negara kita perlu diterapkan dengan nilai, etika, dan rasa tanggungjawab sebagai
warganegara, agar mereka dapat membuat pilihan yang tepat untuk diri mereka,
keluarga, dan negara, serta berupaya mengharungi dan mengatasi cabaran masa depan.

1.1

LATAR BELAKANG KAJIAN

Pada Oktober 2011, Kementerian Pendidikan telah melancarkan kajian semula sistem
pendidikan negara secara menyeluruh dalam usaha membangunkan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia yang baharu. Keputusan melaksanakan kajian semula sistem
pendidikan dibuatdalam konteks standard pendidikan antarabangsa yang kian
meningkat, peningkatan aspirasi negara dalam mempersiapkan generasi muda untuk
menghadapi keperluan abad ke-21, dan peningkatan harapan ibu bapa serta masyarakat
terhadap dasar pendidikan negara. Dalam tempoh 15 bulan (Oktober 2011 hingga
Disember 2012), Kementerian telah memperoleh input daripada pelbagai sumber seperti
laporan penyelidikan yang dijalankan oleh pakar pendidikan dari UNESCO, Bank
Dunia, OECD, dan enam Institusi Pengajian Tinggi Awam. Kajian ini juga melibatkan
pemimpin sekolah, guru, ibu bapa, murid, dan orang ramai di seluruh negara. Hasilnya
ialah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang telah menilai prestasi semasa
sistem pendidikan negara dengan mengambil kira pencapaian lampau dan
membandingkannya dengan tanda aras antarabangsa. Pelan ini melakarkan visi sistem
pendidikan dan aspirasi murid yang dapat memenuhi keperluan negara pada masa
depan. Pelan ini juga mencadangkan 11 anjakan strategik dan operasi yang perlu
dilaksanakan oleh Kementerian bagi mencapai visi yang dihasratkan.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dibangunkan dengan mengambil
kira analisis, temu bual, tinjauan, dan kajian yang melibatkan panel pakar pendidikan
negara dan antarabangsa, selain turut melibatkan pegawai di Kementerian, guru,
pemimpin sekolah, dan ibu bapa. Selain itu, pelaksanaan beberapa siri Dialog Nasional
Pendidikan Negara yang dijalankan sejak awal tahun lalu telah berjaya mengumpul
input berupa pandangan, idea, dan maklum balas daripada hampir 12 ribu orang yang
mewakili kumpulan orang awam dan pelbagai pihak berkepentingan.
3

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 bakal mengupayakan pelaksanaan


berkesan inisiatif yang mendokong usaha transformasi sistem pendidikan kebangsaan
secara menyeluruh. Perancangan dan inisiatif strategik disusun kearah mewujudkan satu
sistem pendidikan yang menekankan kekuatan, kecekapan, kualiti, kelestarian, serta
kejayaan yang dapat dilihat tempoh terdekat. Sistem pendidikan di Malaysia menjelang
tahun 2025 seharusnya berupaya mencapai penyertaan menyeluruh pendidikan
peringkat menengah, menempatkan diri pada kedudukan kelompok sepertiga terbaik
dalam pentaksiran peringkat antarabangsa, memastikan semua murid menikmati
peluang yang sama kepada pendidikan berkualiti, dan seterusnya menyemai identiti
nasional dalam kalangan murid.
Strategi pelaksanaan dan sistem sokongan yang mantap, merangkum sistem
penyampaian yang berkualiti dan kepimpinan yang cekap danberkesan adalah kritikal
bagi merealisasikan usaha peningkatan kemenjadian murid. Sebagai Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia, saya amat yakin melalui sokongan semua pihak berkepentingan
dalam dan luar KPM, pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
akan merangsang dan melestarikan usaha transformasi sistem pendidikan Malaysia.
Kualiti pengajaran merupakan wahana paling berkesan untuk mentransformasikan
pendidikan rendah dan menengah, dan selanjutnya meningkatkan keberhasilan murid.
Kementerian beriltizam untuk meningkatkan kualiti pengajaran di sekolah dengan
memperkukuh amalan terbaik sedia ada, dan memberikan ganjaran kepada guru
berkualiti dalam bentuk laluan kerjaya yang lebih baik untuk mereka. Laluan ini
mestilah menyokong pembangunan kerjaya guru yang melaksanakan proses pengajaran
dan pembelajaran di sekolah.

Setiap guru yang mengajar pada hari ini haruslah mempelbagaikan teknik pengajaran
untuk mencapai objektif pembelajaran yang dirancang. Terkini, Kementerian
Pendidikan Malaysia telah melaksanakan program

i-THINK untuk membantu

meningkatkan tahap penguasaan murid di dalam pembelajaran. i-THINK bermaksud


innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk mempertingkatkan dan
membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke arah menghasilkan
pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. Program ini adalah hasil kerjasama Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia (AIM) serta telah dirintis
di 10 buah sekolah (6 SR dan 4 SM) sebelum diperkembangkan ke seluruh Malaysia.
Oleh yang demikian, satu kajian kes akan di jalankan untuk mengkaji kesan penggunaan
kaedah pembelajaran i-THINK di dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan islam
bagi pelajar Tahun 4 di SK Sri Tanjung Papat 2 Sandakan. Kajian ini dilihat mampu
untuk membuktikan keberkesanan kaedah ini disamping dapat mecapai objektif utama
untuk mencari kaedah yang terbaik untuk digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran.

1.2

PENYATAAN MASALAH

Kurikulum Standard Pendidikan Islam Sekolah Rendah dibina bagi memenuhi


keperluan pendidikan islam secara menyeluruh dan bersepadu selaras dengan kehendak
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam. Pendidikan Islam
sekolah rendah memberi penekanan kepada ilmu, nilai dan kemahiran asas syariah yang
perlu dikuasai oleh setiap murid islam.

Kurikulum ini merangkumi tujuh modul iaitu al-Quran, Hadis, Akidah, Ibadah, Sirah,
Adab dan Jawi. Proses pembelajaran dan pengajaran hendaklah diolah dan disampaikan
dengan berkesan melalui pelbagai kaedah dan teknik yang lebih menarik dan sentiasa
dikaitkan dengan pelbagai aspek ilmu dan amalan yang dapat diaplikasikan dalam
kehidupan. Elemen merentas kurikulum juga diterapkan bagi melahirkan generasi yang
mampu mengharungi cabaran abad ke 21. Penilaian dan Pentaksiran yang bersifat
holistik dan autentik juga dijalankan secara berterusan bagi memastikan keberkesanan
pembelajaran dan pengajaran.

Daya kreativiti dan inovatif murid perlu dibangunkan ke tahap optimum supaya murid
mampu menyumbang ke arah pembangunan agama, masyarakat, bangsa dan negara.
Guru yang kreatif dan inovatif dalam proses pembelajaran dan pengajaran akan
merangsang dan memotivasikan murid untuk meneroka bidang ilmu yang baru, menjana
idea untuk menghasilkan tugasan dengan lebih kreatif, menilai kualiti kerja dan
mengerah pemikiran bercapah seterusnya menyerlahkan personaliti individu kreatif.

iTHINK bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk


mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke
arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. Program ini adalah hasil
kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia
(AIM) serta telah dirintis di 10 buah sekolah (6 SR dan 4 SM) sebelum
diperkembangkan ke seluruh Malaysia. Dapatan pentaksiran antarabangsa (TIMSS dan
PISA) mendapati kedudukan Malaysia semakin menurun dalam subjek bahasa, Sains
dan Matematik. Kajian mendapati murid berpengetahuan, tetapi tidak tahu untuk
mengaplikasikannya. Jadi pengenalan Program i-THINK ialah adalah bertujuan untuk
melahirkan modal insan masa depan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan

inovatif serta memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan mampu berdaya
saing.

Pengenalan kaedah pembelajaran iTHINK adalah amat bertepatan dengan objektif yang
hendak di capai di dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Islam. Oleh
yang demikian, satu kajian dijalankan di SK Sri Tanjung Papat 2 Sandakan bagi
mengkaji keberkesanan kaedah Pembelajaran iTHINK dalam pembelajaran dan
pengajaran Pendidikan Islam. Guru matapelajaran akan mengunakan kaedah ini dalam
menyampaikan isi kandungan Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Islam .
Dapatan daripada kajian ini akan membuktikan kesesuaian kaedah pembelajaran
iTHINK dalam pengajaran pendidikan islam di sekolah rendah.

1.3

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan secara amnya bertujuan untuk mengkaji kesan penggunaan keadah
pembelajaran iTHINK di dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di
sekolah rendah. Ini adalah untuk mencari kaedah yang terbaik untuk digunapakai dalam
pengajaran pendidikan islam sepertimana yang dikehendaki di dalam Kurikulum
Standard Pendidikan Islam. Kajian ini akan melihat beberapa aspek di dalam proses
pengajaran dan pembelajaran serta impaknya di dalam pembelajaran murid. Ini
membawa kepada beberapa objektif yang khusus seperti di bawah.
1) Melihat penglibatan murid di dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
2) Menilai persepsi murid terhadap kaedah pembelajaran iTHINK di dalam
pembelajaran pendidikan islam.
3) Menilai persepsi guru terhadap kaeadah pembelajaran iTHINK di dalam
pengajaran Pendidikan Islam.
4) Menilai hasil prestasi murid selepas penggunaan kaedah pemelajaran iTHINK.
5) Membuat rumusan keseluruhan terhadap kaedah Pembelajaran iTHINK bag
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.

1.4

PERSOALAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan bakal menjawab beberapa persoalan yang berkaiatan dengan
pembelajaran pendidikan islam seperti di bawah;
1) Adakah kaedah pembelajaran iTHINK ini sesuai digunakan di dalam pengajaran
dan pembelajaran pendidikan islam khususnya di dalam Kurikulum baru KSSR
Tahun 4.
2) Adakah kaedah pembelajaran iTHINK ini mampu meningkatkan prestasi murid
di dalam pendidikan islam dan pembelajaran keseluruhan amnya.
3) Adakah pelaksanaan kaedah ini mampu membantu guru dalam melaksanakan
tanggungjawab sebagi pendidik ataupun sebaliknya.
4) Bagaimana kaedah pembelajaran iTHINK ini boleh digunakan sepenuhnya di
dalam sistem pendidikan sekolah rendah.
5) Bagaimana kaedah pembelajaran iTHINK dapat meningkatkan motivasi pelajar
untuk belajar matapelajaran Pendidikan Islam.

Untuk menjawab kesemua persoalan di atas, satu rangka kerja kajian yang menyeluruh
akan dijalankan bagi mengumpul dan menganalisis data bagi membuat rumusan yang
relevan dengan objektif kajian ini.

1.5

KEPENTINGAN KAJIAN

Caar & Kemmis (1986) menjelaskan tentang kepentingan Kajian Penyelidikan .


Menurut mereka, Terdapat dua tujuan penting dalam kajian tindakan iaitu untuk

membaiki dan melibatkan diri. Kajian bertujuan untuk memperbaiki dalam bidang
berikut; pertama, memperbaiki amalan pengajaran; kedua, memperbaiki atau
meningkatkan kefahaman terhadap amalan pengajaran; dan ketiga membaiki situasi
dimana pengajaran dijalankan. Sesiapa yang terlibat dalam pengajaran boleh
dianggap sebagai melibatkan diri di dalam proses penyelidikan tindakan melalui semua
fasa merancang, melaksana, memerhati dan mereflek (Caar & Kemmis 1986:165).

Kajian

yang dijalankan ini merupakan satu medium untuk mengenalpasti kaedah

pembelajaran yang terbaik untuk pengajaran dan pembelajaran pendidikan islam di


sekolah rendah. Secara keseluruhannya, kajian yang dijalankan ini akan

memberi

manfaat seperti di bawah;


1) Menyediakan satu laporan khas penggunaan kaedah pembelajaran iTHINK di
sekolah rendah khususnya untuk pembelajaran pendidikan islam.
2) Membantu guru dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran di sekolah rendah. Guru
boleh menguasai teknik baru dalam menyampaikan topik di dalam standard
kandungan pelajaran.
3) Hasil dapatan kajian ini boleh digunapakai untuk penambaikan proses pembelajaran
pendidikan islam di sekolah rendah.

1.6

SKOP KAJIAN

Kajian penggunaan keadah pembelajaran iTHINK ini tertumpu kepada pengajaran


pendidikan islam berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi

10

matapelajaran pendidikan islam di sekolah rendah. Oleh yang demikian, skop bagi
kajian ini adalah seperti yang dinyatakan di bawah.
1) Kumpulan sasaran.
Kajian ini akan tertumpu kepada pelajar Tahun 4 di SK Sri Tanjung Papat 2
Sandakan. Kajian ini akan tertumpu kepada pengajaran di dalam 1 kelas
sahaja iaitu kelas 4A. Pemilihan pelajar adalah berdasarkan kecerdsan dan
kebolehan mereka memberi respon terhadap soal selidik yang dijalankan.
2) Lokasi Kajian.
Kajian dijalankan di SK Sri Tanjung Papat 2 Sandakan, Sabah. Pemilihan lokasi
adalah berdasarkan tempat bertugas dan majoriti pelajar adalah

beragama

Disamping itu, bilangan enrolmen yang sesuai di dalam kelas

juga iaitu 25 orang

adalah sesuai untuk memberi data yang sesuai untuk

digunapakai

di

islam.

dalam

kajian.
3) Matapelajaran.
Kajian ini khusus dijalankan untuk pembelajaran pendidikan islam di sekolah
rendah. Pemilihan pelajar tahun 4 adalah berdasarkan pelaksanaan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR).

1.7

KESIMPULAN

Penguasaan murid di dalam pembelajaran merupakan agenda utama Kementerian


Pendidikan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Dengan

11

kurikkulum baru yang diubah suai, pelbagai transformasi di dalam pendidikan perlu
dilakukan bagi mencapai aspirasi pendidikan negara. Oleh yang demikian, kajian di
dalam pengajaran dan pembelajaran perlu dijalankan bagi mencari formula terbaik yang
mampu menghasilkan pelajar yang terbaik dan mampu membawa imej Malaysia ke
peringkat yang lebih tinggi.

BAB 2

12

TINJAUAN LITERATUR

2.0

PENDAHULUAN

Kajian ini merupakan satu kajian kes kesan penggunaan kaedah pembelajaran iTHINK
di dalam Pengajaran dan Pembelajaran matapelajaran Pendidikan Islam Tahun 4 di SK
Sri Tanjung Papat 2 Sandakan.

Kajian ini akan melihat sejauh mana penggunaan

kaedah Pembelajaran iTHINK ini mampu menambah penguasaan pelajar serta


meningkatkan prestasi di dalam pentaksiran yang dijalankan. Dalam bab ini akan
diterangkan secara terperinci kaedah pembelajaran iTHINK dan kupasan tantang terma
dan contoh kajian yang lepas yang relevan.

2.1

KAEDAH PEMBELAJARAN

Menurut Abdul Rahim Abdul Rashid (1992), kaedah dan teknik adalah dua istilah yang
kerap digunakan bersama atau bersilih ganti. Kaedah ditafsirkan sebagai peringkat
sesuatu teori pengajaran itu cuba untuk dipraktikkan. Pemilihan dibuat untuk
menentukan kemahiran-kemahiran tertentu yang hendak diajar. Susunan bagaimana isi
pelajaran itu akan disampaikan juga akan ditentukan sekali. Berdasarkan tafsiran ini,
kaedah merupakan satu aktiviti pengajaran yang mengandungi langkah-langkah yang
tersusun dan tiap-tiap langkah mempunyai kemahiran dan latihan yang terancang.
Hassan Langgulung (1981) pula menyatakan kaedah bermaksud jalan untuk mecapai
tujuan. Jadi apa sahaja tindakan dan aktiviti yang dijalankan oleh guru untuk memberi
kefahaman kepada pelajar bagi mencapai objektif pembelajaran boleh diterima sebagai

13

satu kaedah. Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa kaedah ada cara untuk kita
mecapai objektif tertentu dan ianya tidak terhad kepada satu sahaja. Bagi mencapai
objektif yang tertentu seperti di dalam pembelajaran, guru khususnya boleh
menggunakan pelbagai kaedah yang difikirkan sesuai untuk mencapai objektif
pembelajaran yang dirancang.

2.2

KAEDAH PEMBELAJARAN iTHINK

iTHINK bermaksud innovative thinking (Pemikiran Inovatif) yang bertujuan untuk


mempertingkatkan dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan pelajar ke
arah menghasilkan pelajar yang kreatif, kritis dan inovatif. Program ini adalah hasil
kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Agensi Inovasi Malaysia
(AIM) serta telah dirintis di 10 buah sekolah (6 SR dan 4 SM) sebelum
diperkembangkan ke seluruh Malaysia

Dapatan pentaksiran antarabangsa (TIMSS dan PISA) mendapati kedudukan Malaysia


semakin menurun dalam subjek bahasa, Sains dan Matematik. Kajian mendapati murid
berpengetahuan, tetapi tidak tahu untuk mengaplikasikannya. Jadi pengenalan Program
i-THINK ialah adalah bertujuan untuk melahirkan modal insan masa depan yang
mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif serta memupuk kemahiran berfikir
aras tinggi (KBAT) dan mampu berdaya saing.

2.2.1

PETA PEMIKIRAN iTHINK

Kaedah pemebelajaran iTHINK merupaka keadah pembelajaran menggunakan peta


pemikiran. Peta Pemikiran adalah alat berfikir yang dipersembahkan dalam 8 bentuk
peta pemikiran secara visual yang mudah digunapakai dan difahami merentasi

14

kurikulum. Ia boleh digunapakai oleh murid seawal usia 4 tahun. Ada 8 jenis peta
pemikiran yang boleh digunakan.

Circle Map (Peta Bulatan)


Circle Map digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia
berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut konteks.

Rajah 1: Peta Bulatan

Bubble Map (Peta Buih)


Bubble Map digunakan untuk memperkaya kebolehan murid bagi mengenalpasti atau
menunjukkan kualiti. Biasanya menggunakan perkataan deskriptif atau huraian.
Rajah 2: Peta Buih
15

Double Bubble Map (Peta Buih Berganda)


Double Bubble Map digunakan untuk membanding beza sesuatu.
Rajah 3: Peta Buih Berganda

Tree Map (Peta Pokok)


Tree Map digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea.
Rajah 4: Peta Pokok
16

Brace Map (Peta Dakap)


Brace Map digunakan untuk menganalisis objek fizikal. Garisan sebelah kiri adalah
nama atau imej keseluruhan objek. Garisan pada bahagian kedua adalah bahagian
utama.
Rajah 5:

Peta Dakap

Flow Map (Peta Alir)


Flow Map digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses.

17

Rajah 6:

Peta Alir

Multi-flow Map (Peta Pelbagai Alir)


Multi-flow Map digunakan untuk menunjukkan dan menganalisis hubungan sebab dan
akibat. Segiempat yang berada di tengah adalah peristiwa yang penting. Bahagian
sebelah kiri adalah sebab-sebab peristiwa tersebut, manakala bahagian sebelah kanan
pula adalah akibat daripada peristiwa tersebut.
Rajah 7: Peta Pelbagai Alir

Bridge Map (Peta Titi)

18

Bridge Map digunakan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan
proses analogi dengan menggunakan faktor penghubungan.
Rajah 8: Peta Titi

2.2.2

PELAKSANAAN iTHINK DI SEKOLAH

Kementerian Pelajaran menerusi Jabatan Pelajaran Negeri telah megadakan ebberapa


sesi latihan iTHINK bertujuan untuk mendedahkan guru-guru di sekolah rendah tentang
cara pelaksanaan kaedah pembelajaran iTHINK mengikut matapelajaran masingmasing. Kemudian, perkara ini dilanjutkan ke semua sekolah di seluruh Malaysia untuk
melaksanakan program pembelajaran iTHINK bermula 2013.

Namun demikian,

pelaksanaan menyeluruh hanya bermula pada tahun 2014. Pemantauan semasa


dijalankan oleh pihak Jabatan Pelajaran ke sekolah bagi meninjau pelaksanaan program
iTHINK di sekolah berjalan dengan lancar.

19

2.3

KURIKULUM

STANDARD

PENDIDIKAN

ISLAM

SEKOLAH

RENDAH
Kurikulum Standard Pendidikan Islam Sekolah Rendah dibina bagi memenuhi
keperluan pendidikan islam secara menyeluruh dan bersepadu selaras dengan kehendak
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Islam. Pendidikan Islam
sekolah rendah memberi penekanan kepada ilmu, nilai dan kemahiran asas syariah yang
perlu dikuasai oleh setiap murid islam.

Kurikulum ini merangkumi tujuh modul iaitu al-Quran, Hadis, Akidah, Ibadah, Sirah,
Adab dan Jawi. Proses pembelajaran dan pengajaran hendaklah diolah dan disampaikan
dengan berkesan melalui pelbagai kaedah dan teknik yang lebih menarik dan sentiasa
dikaitkan dengan pelbagai aspek ilmu dan amalan yang dapat diaplikasikan dalam
kehidupan. Elemen merentas kurikulum juga diterapkan bagi melahirkan generasi yang
mampu mengharungi cabaran abad ke 21. Penilaian dan Pentaksiran yang bersifat
holistik dan autentik juga dijalankan secara berterusan bagi memastikan keberkesanan
pembelajaran dan pengajaran.

Kurikulum Standard Pendidikan Islam Sekolah Rendah diharapkan mampu membentuk


murid-murid

yang

berilmu,

beriman,

berakhlak

mulia,

berketrampilan

bertanggungjawab, beramal soleh dan bertakwa. Ia jua berupaya membentuk modal


insan yang bercita-cita tinggi, berdaya tahan, bersemangat juang, gigih berusaha dan
mampu mengubah diri untuk menyumbang kepada tamadun bangsa dan negara.

20

2.3.1

ORGANISASI
PENDIDIKAN

KANDUNGAN

KURIKULUM

STANDARD

ISLAM

Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Islam dibangunkan dengan memberi


penekanan kepada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu diketahui
serta boleh dilakukan oleh murid. Standard Kandungan Pendidikan Islam sekolah
rendah dibahagikan kepada tujuh modul iaitu
1) Modul al-Quran.
2) Modul Hadis
3) Modul Akidah
4) Modul Ibadah
5) Modul Sirah
6) Modul Adab
7) Modul Jawi

2.4

STRATEGI PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN

Transformasi kurikulum menegaskan penggunaan pelbagai strategi pembelajaran dan


pengajaran yang memberi penekanan kepada pembelajaran secara Hans-on Learning.
Dalam konteks Pendidikan Islam, pembelajarn dan pengajaran memberi penekanan
kepada kesepaduan ilmu dan amali. Strategi pembelajaran dan pengajaran yang
dirancang merangkumi pendekatan, kaedah dan teknik bagi mencapai standard
pembelajaran.
Pendekatan dimaksudkan ialah arah atau hala yang diambil untuk menuju sesuatu
sasaran. Pendekatan pengajaran merupakan haluan atau aspek yang digunakan
berasaskan teori-teori, model-model atau generalisasi yang tertentu untuk memulakan

21

proses pengajaran sesuatu isi pelajaran atau kemahiran.. Antara pendekatan yang
dicadangkan dalam Pendidikan Islam adalah seperti berikut;
1) Pendekatan induktif dan deduktif
2) Pendekatan berpusatkan guru
3) Pendekatan Berpusatkan murid
4) Pembelajaran Konstruktivisme
5) Pembelajaran Kontekstual
6) Pembelajaran Masteri

2.4.1

iTHINK SEBAGAI SATU STRATGEI PEMBELAJARAN

Berdasarkan konsep dan strategi pembelajaran yang dirumuskan di dalam kandungan


Standard Pendidkan Islam Sekolah Rendah, penggunaan kaedah iTHINK boleh
dimasukkan di dalam pembelajaran berbentuk kostruktivisme. Berdasarkan gambarajah
yang ditunjukkan sebelum ini, pelajar mengambarkan topik yang dipelajari
menggunakan peta pemikiran yang sesuai. Oelh yang demikian, kaedah iTHINK ini
boleh dianggap salah satu kaedah yang boleh digunakan untuk pengajaran dan
pembelajaran pendidikan Islam di sekolah rendah.

22

2.5

KESIMPULAN

Berdasarkan tinjauan literatur yang telah dijalankan, kaedah pembelajaran iTHINK


merupakan satu kaedah pembelajaran yang menarik dan memberi kesan kepada pelajar.
Kajian kes ini diharap dapat memberi gambaran sebenar tentang kesesuaian penggunaan
keadah pemebelajaran iTHINK dalam pengajaran pendidikan islam di sekolah rendah
khususnya pelajar Tahun 4 di SK Sri Tanjung Papat 2 Sandakan Sabah.

23

BAB 3

METODOLOGI

3.0

PENDAHULUAN

Mohd. Majid (1994:107) menyatakan bahawa,kajian kes adalah penyelidikan yang


dilakukan secara intensif oleh penyelidik ke atas satu unit kecil sosial seperti individu,
satu keluarga, satu kampung, satu kelab, satu sekolah atau satu masyarakat. Pengkaji
mengkaji dan memeriksa individu atau satu unit sosial secara terperinci. Di dalam bab
ini akan diterangkan secara terperinci kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan
menganalsis data bagi menyatakan hasil kajian.

3.1

REKABENTUK KAJIAN

Kajian kes ini merupakan satu kajian tindakan yang dirancang dengan teliti. Kajian
dijalankan berdasarkan keperluan pengajaran pendidikan islam di sekolah rendah.
Rekabentuk kajian adalah berdasarkan kepada kajian tindakan atau action research
dimana bentuk kajian tindakan ini dilaksanakan dalam bentuk gelung yang merangkumi
aktiviti mengenalpasti isu atau masalah, merancang, bertindak, memerhati dan mereflek.

24

Pengumpulan Data Awal


Ujian Pra untuk menilai prestasi awal
pelajar

Pelaksanaan Pengajaran dan


Pembelajaran menggunakan keadah
pembelajaran iTHINK

Pengumpulan Data Akhir


Ujian Pos
Soal Selidik

Analisis dan Persembahan Data

Rajah 8:

3.2

Rekabentuk kajian

SAMPEL KAJIAN

25

Kajian yang dijalankan ini tertumpu kepada pelajar Tahun 4 di SK Sri Tanjung papat 2
Sandakan. Kelas yang dipilih adalah kelas 4 Arif iaitu seramai 25 orang pelajar.
Pemilihan kelas ini adalah atas beberapa faktor seperti di bawah;

Keupayaan murid menjawab soalan soal selidik .

Bilangan pelajar yang sesuai.

Pelaksanaan KSSR bermula di tahun 4 pada Tahun 2014 untuk Tahap 2.

Selain daripada itu, kajian juga mengambil kira pendapat guru-guru mengenai kaedah
pembelajaran iTHINK. Oleh yang demikian, 10 orang guru dipilih guru yang mengajar
matapelajaran pendidikan islam dan pentadbir sekolah. Mereka akan diberikan soalan
soal selidik

bagi mendapatkan pandangan dan pendapat warga guru lain tentang

keberkesanan kaedah i-THINK.

3.3

INSTRUMEN KAJIAN

26

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini terdiri daripada dua siri ujian dan soalan
soal selidik.

3.3.1

Ujian Pra

Ujian pra yang terdiri daripada 10 soalan untuk menguji ingatan , pengetahuan dan
kefahaman pelajar tentang tajuk yang akan dipelajari. Tujuan ujian ini diadakan ialah
untuk mendapatkan maklumat dan gambaran awal pencapaian pelajar dalam menguasai
tajuk yang akan dipelajari.

3.3.2

Ujian Pos

Ujian Pos dijalankan setelah beberapa sesi pembelajaran menggunakan kaedah

i-

THINK dijalankan. Penilaian ini dijalankan untuk mengkaji sejauh mana keberkesanan
kaedah ini dalam membantu meningkatkan kefahaman pelajar.

3.3.3

Borang Soal Selidik

Borang soal selidik digunakan untuk mengumpul data berbentuk kualitatif. 1 set soalan
akan diedarkan kepada murid dan guru-guru bagi menilai persepsi peribadi terhadap
kaedah pembelajaran iTHINK. Borang soal selidik ini terdiri daripada 10 pernyataan
yang mana setiap responden akan memberikan skor berdasarkan pemberatan skala
Likert seperti di bawah.

Jadual 1: Pemarkahan item-item (Skala Likert)

27

Pernyataan
Sangat tidak setuju (STS)
Tidak setuju (TS)
Kurang setuju (KS)
Setuju (S)
Sangat Setuju(SS)

3.3

Nilai Skala
1
2
3
4
5

KAJIAN RINTIS

Kaedah pembelajaran i-THINK merupakan satu kaedah baru yang diperkenalkan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha menerapkan kemahiran berfikir aras
tinggi (KBAT) dikalangan pelajar. Setakat ini, belum ada kajian menyeluruh tentang
keberkesanan penggunaan kaedah ini di dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Namun demikian, pelbagai kajian telah dijalankan oleh banyak pihak tentang teknikteknik mengajar yang sesuai diaplikasikan di dalam pengajaran dan pembelajaran.

3.3.1

Penggunaan Kaedah Koperatif dalam Pembelajaran

Satu kajian telah dijalankan berkenaan strategi pengajaran pembelajaran koperatif


dalam tajuk rekabentuk dan penghasilan projek bagi matapelajaran kemahiran hidup
telah dijalankan pengkaji dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Kajian ini
berbentuk kuantitatif dijalankan terhadap pelajar Tingkatan Satu SMK Tun Aminah
Batu Pahat Johor. Kajian meliputi aspek aras pengetahuan, aras kefahaman, tahap
motivasi dan rumusan aspek-aspek tersebut dalam pelaksanaan kaedah koperatif.

Dapatan kajian menunjukkan setiap aspek yang dikaji merumuskan bahawa pelajar
menerima kaedah ini sebagi pendekatan pengajaran berdasarkan minat yang
ditunjukkan berada pada tahap yang tinggi. Kesimpulan kaedah ini boleh digunakan
28

khususnya bagi tajuk-tajuk yang sukar dan memberi gambaran posittif terhadapa
matapelajaran Kemahiran Hidup.

3.3.2

Hubungan Kajian Rintis dengan Kajian yang dijalankan

Secara amnya, kajian yanng akan dijalankan ini mempunyai objektif dan konsep yang
sama dengan kajian rintis ini iaitu menentukan kesesuaian kaedah yang diperkenalkan
di dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh yang demikian, mode kajian yang
dijalankan adalah hampir sama dapatan kajian memberi gambaran yang serupa cuma
berbeza kaedah yang diperkenalkan.

3.6

PROSEDUR PENGUMPULAN DATA

Data-data bagi kajian ini dijalankan secara kualitatif dan kuantitif. Data-data
dikumpulkan melalui ujian dan soal selidik yang dijalankan mengikut jadual yang
ditetapkan. Tempoh kajian ini melibatkan masa lebih kurang selama 6 bulan. Sepanjang
tempoh ini, beberapa sesi pembelajaran akan dijalankan disamping pelaksanaan ujian
dan soal selidik. Selain daripada data mentah yang diperolehi melalui ujian dan soalselidik ini, pemerhatian juga dijalankan sepanjang tempoh kajian ini. Aspek-aspek
seperti penglibatan pelajar dan reaksi mereka terhadap kaedah i-THINK akan dipantau
sepanjang kajian.

Selain daripada itu, dalam tempoh kajian juga terdapat beberapa sesi penyeliaan yang
dijalankan oleh penyelia yang layak. Data daripada perbincangan dengan penyelia juag
dapat membantu dalam membuat analisis data kajian ini. Rumusan akhir tentang
keberkesanan kaedah i-THINK di dalam pengajaran pendidikan islam bagi tajuk adab

29

berjiran ini mengambil kira semua data yang dikumpul dari ujian, soal-selidik,
pemerhatian dan perbincangan yang dijalankan sepanjang kajian ini.

3.7

PROSEDUR ANALISIS DATA

Data yang dikumpulkan dari instrumen kajian akan dianalisis dalam bentuk statistik
bagi mencari frekuensi, perbandingan skor min, peratus Ujian Pra dan Ujian Pos.
Maklumat mengenai jantina pelajar akan memberikan peratus bilangan pelajar
perempuan dan lelaki. Analisi data juga dilakukan dengan melihat pencapaian gred
masing-masing. Kadar skor markah ditentukan seperti di dalam jadual 2 di bawah.

Jadual 2: Skor markah Ujian Pra dan Ujian Pos


Kadar Skor
80-100
60-79
40-59
20-39
0-19

Gred
A
B
C
D
E

Skema pemarkahan kebolehan pelajar pada peringkat awal dan akhir kajian dilihat
berdasarkan skor markah yang diperolehi pelajar untuk setiap item soalan dan markah
keseluruhan. Kelemahan dan kesilapan pelajar sewaktu menjawab soalan ujian
dibincangkan oleh pengkaji.
Bagi maklumat bahagian A, data akan menunjukkan latarbelakang responden
yang menjawab soalan kajian ini. Latarbelakang responden yang ingin diketahui ialah
jantina, bangsa dan lokasi tempat tinggal responden. Bagi bahagian B pula, data akan
menunjukkan tindakbalas responden terhadap persoalan kaedah yang dijalankan.
Pengukuran item ini menggunakan Skala Likert. Untuk memudahkan proses
30

menganalisa data, penyelidik telah menggunakan interprestasi skor min yang


dikemukakan oleh Wiersma (1995) sebagi rujukan interprestasi skor min seperti yang
ditunjukkan di dalam jadual 3 di bawah.
Jadual 2: Interprestasi Skor Min
Skor Min
1.00 2.33
2.34 3.67
3.68 5.00 ke atas

Tahap Pengetahuan
Rendah
Sederhana
Tinggi

BAB 4

31

ANALISIS DATA

4.0

PENDAHULUAN

Dalam bab ini, data yang telah dikumpul melalui ujian dan soal selidik yang dijalankan
akan dipersembahkan dalam bentuk graf dan jadual. Data-data ini akan di analisis
mengikut keperluan kajian yang dijalankan ini. Hasilnya akan menjawab persoalan
kajian yang membawa kepada kesimpulan akhir bagi seluruh kajian ini.

4.1

PROFIL RESPONDEN
Kajian ini dijalankan melalui 2 cara iaitu ujian dan soal selidik. Ujian terbahagi

kepada 2 iaitu Ujian Pra dan Ujian Pos. Ujia Pra merujuk kepada ujian yang dijalankan
sebelum Kaedah Pembelajaran i-THINK dilaksanakan dan Ujian Pos pula selepas
selesai sesi pembelajaran. Responden untuk ujian ini adalah terdiri daripada 25 orang
pelajar kelas 4 Arif di SK Sri Tanjung Papat 2 Sandakan. Mereka akan diberikan satu set
ujian yang berkaitan dengan tajuk Adab Berjiran dalam subtopik Pendidikan Islam
Tahun 4. Perbandingan keputusan ujian akan dibuat bagi mengkaji kesan kaedah
pembelajaran i-THINK yang dikaji.

Soalan soal seldik pula merujuk kepada dua set soal selidik bagi menilai tahap
motivasi murid dan keberkesanan penggunaan kaedah i-THINK di dalam pembelajaran
Pendidikan Islam. Satu set soal selidik dibina khas untuk mengetahui pandangan murid
terhadap kaedah pembelajaran i-THINK manakala satu set lagi untuk mengenalpasti
pandangan guru terhadap kaedah ini. Oleh sebab itu, responden bagi kaji selidik ini ada
25 orang murid yang sama dan 10 orang guru. Guru yang terpilih adalah terdiri daripada

32

guru Pendidikan Islam dan pentadbir sekolah. Rasional pemilihan guru ini kerana skop
untuk kajian ini iaitu mengkaji kesan penggunaan kaedah i-THINK di dalam pengajaran
pendidikan islam untuk tajuk adab berjiran. Pentadbir pula dipilih kerana pendapat
mereka boleh mengambarkan secara keseluruhan guru di sekolah kajian.

4.2

LAPORAN DAPATAN KAJIAN

Dapatan bagi kajian ini di analisis mengikut persoalan kajian yang dinyatakan di
dalam bab 1 kajian ini. Ini bagi menjelaskan secara keseluruhan kenapa kajian ini
dijalankan dan dapat mengambarkan hasil kajian ini dengan lebih jelas.

4.2.1

Persoalan Kajian 1: Apakah tahap aras pengetahuan pelajar semasa

mempelajari tajuak Adab Berjiran.


Tahap pengetahuan asal murid diuji melalui ujian pra yang dijalankan lebih awal. Ini
dijalankan sebelum pengubahsuaian di dalam teknik mengajar iaitu sebelum
pelaksanaan kaedah i-THINK. Hasil dapatan ditunjukkan di dalam jadual 4 di bawah.

Jadual 4:
Ujian
Pra

Keputusan Ujian Pra mengikut Gred


Gred
A
B
C
D
E

Jumlah
Jadual 5:

Bilangan responden
2
10
13
0
0
25

Peratus %
8
40
52
0
0
100

Statistik Ujian Pra


33

Ujian
Pra

Kadar Skala
Tinggi
Sederhana
Rendah

Frekuensi (f)
2
10
13

Peratus %
8
40
52

Jadual menunjukkan kadar skor responden menjawab soalan Ujian Pra. Sebanyak 8%
responden dapat menjawab dengan skor yang tinggi. Seterusnya 40% responden dapat
menjawab dengan skor yang sederhana dan 52% pula menjawab dengan skor yang
rendah. Ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan pelajar berada di tahap yang
rendah sebelum kaedah i-THINK dimulakan. Skor min kaedah ini ialah

4.2

Persoalan Kajian 2: Apakah tahap aras kefahaman pelajar semasa

mempelajari tajuk Adab Berjiran dengan menggunakan kaedah i-THINK.

Bahagian ini digunakan untuk menjawab persoalan kajian 2 iaitu Apakah tahap aras
kefahaman pelajar semasa mempelajari tajuk Adab berjiran dengan menggunakan
kaedah i-THINK. Di mana pada bahagian ini, ujian pos yang mengandungi 10 soalan
yang perlu dijawab oleh responden berkaitan tajuk yang sama. Ujian pos ini dijalankan
selepas sesi pengajaran menggunakan kaedah i-THINK. Tujuan ujian ini adalah untuk
melihat keberkesanan pembelajaran menggunakan kaedah i-THINK berbanding
pembelajaran yang menggunakan kaedah biasa.

Jadual 6:
Ujian
Pra

Jumlah

Keputusan Ujian Pos mengikut Gred


Gred
A
B
C
D
E

Bilangan responden
10
12
3
0
0
25

Peratus %
40
48
6
0
0
100
34

Jadual 7:
Ujian
Pra

Kadar Skala
Tinggi
Sederhana
Rendah

Statistik Ujian Pra


Frekuensi (f)
10
12
3

Peratus %
40
48
3

Berdasarkan jadual 4.2.1 menunjukkan bahawa 40% pelajar menjawab dengan kadar
skor yang tinggi, diikuti 48% pada kadar yang sederhana dan 6% dengan skor yang
rendah. Selepas pelajar selesai menjalani sesi pembelajaran secara i-THINK ini,
didapati pencapaian pelajar meningkat dan kadar pelajar lemah menurun. Ini
membuktikan bahawa kaedah pembelajaran menggunakan i-THINK berkesan
digunakan dalam pengajaran tajuk adab di dalam matapelajaran Pendidikan Islam tahun
4.

Jadual 8:

Jadual Skor Min antara Ujian Pra dan Ujian Pos

Ujian
Pra
Pos

Skor Min
60.35
77.44

Berdasarkan jadual di atas, jelas sekali kaedah pengajaran i-THINK memberi kesan
yang positif dalam pembelajaran murid untuk tajuk adab berjiran ini. Ini bermaksud,
pelajar lebih mudah memahami pembelajaran yang disampaikan dan dapat
menterjemahkan ilmu yang mereka pelajari dengan menjawab soalan-soalan dengan
baik serta mencapai skor yang baik. Dengan itu, satu kesimpulan boleh dibuat iaitu
keadah i-THINK ini sangat berkesan.

4.3

Persoalan Kajian 3: Sejauhmanakah tahap motivasi pelajar semasa

mempelajari mata pelajaran Pendidikan Islam bagi tajuk adab berjiran


menggunakan kaedah i-THINK.

35

Satu kaji selidik dijalankan bagi mengenalpasti pandangan pelajar mengenai kaedah
pembelajaran i-THINK dalam pengajaran Pendidikan Islam bagi tajuk adab berjiran.
Pelajar diberikan 10 item soalan yang berkaitan bagi mengetahui tahap motivasi pelajar
sepanjang pelaksanaan kaedah pelmbelajaran i-THINK. Skala likert digunakan iaitu
terbahagi kepada iaitu sangat tidak setuju, tidak setuju, kurang setuju, setuju dan sangat
setuju. Dapat bagi soal selidik ini dipaparkan di dalam Jadual 4.3.1 di bawah:

Jadual 9:

Jadual min bagi setiap item

Item 1

10

Min

Min

3.97

3.77

4.09

3.60

3.86

4.23

4.06

3.89

4.67

Keseluruhan
4.01

4.31

Min keseluruhan bagi 10 item soal selidik ini adalah 4.01. Ini bermaksud, purata pelajar
yang menjawab soalan soal selidik ini setuju dengan penggunaan kaedah
i-THINK dalam pembelajaran Pendidikan Islam bagi tajuk adab berjiran.

4.4

Persoalan Kajian 4: Adakah kaedah i-THINK lebih berkesan untuk

menarik minat pelajar belajar jika dibandingkan dengan kaedah berpusatkan


guru.

Bagi menjawab persoalan di atas, satu set soalan soal seldik telah diedarkan kepada
guru-guru yang mengajar di sekolah SK Sri Tanjung Papat 2 Sandakan untuk menilai
keberkesanan kaedah i-THINK di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 10 item
soal selidik diedarkan kepada semua guru pendidikan islam dan juga pentadbir sekolah.

36

Jumlah responden dihadkan kepada 10 orang sahaja. Dapatan kajian ditunjukkan di


dalam jadual 10 di bawah.

Jadual 10:
Item 1
Min

4.31

3.97

3.77

4
4.09

Jadual min bagi setiap item


5
3.60

6
3.86

7
4.23

8
4.06

9
3.89

10

Min

4.67

Keseluruhan
4.01

Min keseluruhan bagi 10 item soal selidik ini adalah 4.01. Ini bermaksud, purata pelajar
yang menjawab soalan soal selidik ini setuju dengan penggunaan kaedah
i-THINK dalam pembelajaran Pendidikan Islam bagi tajuk adab berjiran.

BAB 5

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

37

5.1

PENDAHULUAN

Bab ini seterusnya membincangkan tentang dapatan-dapatan yang diperolehi dan


diketengahkan dalam bab 4 sebelum ini. Perbincangan ini meliputi kesan dan sebab bagi
setiap dapatan kajian dan seterusnya memberikan sedikit sebanyak cadangan yang boleh
diaplikasikan bagi membantu mengatasi masalah yang dihadapi oleh penyelidik semasa
kajian ini dijalankan.

5.2

RUMUSAN KAJIAN

Secara umumnya, kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji kesan penggunaan kaedah
pembelajaran i-THINK di dalam pengajaran Pendidikan Islam bagi tajuk Adab
berjiran Tahun 4. Sepertimana yang kita sedia maklum, kaedah pembelajaran i-THINK
merupakan satu teknik pengajaran baru yang diinovasikan dan diimplementasikan di
dalam sistem pendidikan masa kini dalam menbantu negara melahirkan pelajar yang
mempunyai kemahiran aras tinggi. Oleh yang demikian, satu kajian perlu dijalankan
secara khusus bagi membuktikan keberkesanan teknik ini khususnya di dalam
pengajaran Pendidikan Islam di sekolah rendah.
Terdapat empat persoalan utama yang dikaji di dalam kajian ini iaitu seperti di bawah;

Apakah tahap aras pengetahuan pelajar semasa mempelajari tajuak Adab

Berjiran.
Apakah tahap aras kefahaman pelajar semasa mempelajari tajuk Adab Berjiran

dengan menggunakan kaedah i-THINK.


Sejauhmanakah tahap motivasi pelajar semasa mempelajari mata pelajaran

Pendidikan Islam bagi tajuk adab berjiran menggunakan kaedah i-THINK.


Adakah kaedah i-THINK lebih berkesan untuk menarik minat pelajar belajar
jika dibandingkan dengan kaedah berpusatkan guru.

38

Justeru itu, satu kajian menyeluruh meliputi Ujian Pra, Ujian Pos dan soal selidik
dijalankan bagi mendapatkan data yang diperlukan. Responden dan lokasi kajian adalah
pelajar dan guru di SK Sri Tanjung Papat 2 Sandakan. Hasil dapatan kajian
menunjukkan kesan yang positif dan memberi reaksi yang baik terhadap kaedah
pembelajaran i-THINK di sekolah rendah.

5.3

PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

Kajin yang dijalankan menjurus kepada persoalan-persoalan kajian yang dinyatakan


sebelum ini. Oleh yang demikian, langkah pertama yang diambil bagi kajian ini ialah
untuk menentukan aras pemahaman sedia ada pelajar berkenaan dengan tajuk adab
berjiran. Ujian Pra dijalankan ke atas responden yang terdiri daripada 25 orang pelajar
kelas 4 Arif di SK Sri Tanjung Papat 2 Sandakan. Hasilnya, didapati bahawa prestasi
pelajar pada ujian pra ini adalah berada di tahap yang sederhana. Seperti yang
ditunjukkan di dalam data ujian sebelum ini, kebanyakkan pelajar berada di skor B
dan C. Hanya 2 orang pelajar yang berada di skor yang cemerlang iaitu A. Pada tahap
ini, pelajar di ajar menggunakan kaedah pengajaran sedia ada iaitu pengajaran
berpusatkan guru atau Teacher Centered Strategy.

Kemudian, guru membuat inovasi di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran iaitu
dengan mengimplementasikan kaedah pembelajaran i-THINK. Kaedah ini sepertimana
yang di terangkan di dalam kajian literatur adalah sebuah kaedah yang menggunakan
beberapa set Thinking Map seperti Peta Buih untuk menerangkan topik adab berjiran.
Kaedah ini lebih interaktif dan lebih kepada pengajaran berpusatkan pelajar. Isi
kandungan pelajaran diterang menggunakan cara yang berbeza dan dilakukan di dalam

39

kerja berkumpulan. Selepas itu, sesi presentation melibatkan pelajar menguji


pemahaman pelajar terhadap topik yang mereka pelajari. Pada ketika ini, guru cuma
bertindak sebagai fasilitator dalam sesi pembelajaran yang sedang berjalan.

Setelah selesai beberapa sesi pembelajaran menggunakan kaedah i-THINK ini, Ujian
Pos dijalankan untuk menguji pengetahuan terkini murid berkaitan tajuk adab berjiran.
Data ujian yang dikumpul menunjukkan peningkatan yang mendadak bagi bilangan
pelajar yang mencapai skor A. Bilangan pelajar yang mendapat A adalah 10 orang, B
seramai 13 orang dan bilangan pelajar yang mencapai skor C menurun kepada 2 orang.
Peningkatan ini membawa kepada satu rumusan bahawa kaedah pembelajaran i-THINK
berkesan di dalam pengajaran tajuk adab berjiran untuk matapelajaran Pendidikan Islam
Tahun 4.

Melalui min data bagi dua ujian yang dijalankan, kenaikan prestasi pelajar dapat dilihat
di mana min markah pelajar meningkat daripada 60.35% kepada 77.44%. Berdasarkan
data yang diperolehi ini, beberapa kesimpulan boleh dibuat iaitu seperti di bawah;

Secara umumnya, prestasi pelajar meningkat menunjukkan pengajaran


menggunakan kaedah i-THINK berkesan.

Pelajar lebih mudah memahami isi kandungan pelajaran melalui kerja


berkumpulan dan pembelajaran menggunakan keadah i-THINK.

Isi kandungan metapelajaran dapat diterangkan dengan lebih jelas menggunakan


kaedah pembelajaran i-THINK.

40

Persoalan kajian yang ketiga pula merujuk kepada pendapat responden atau pelajar
tentang kaedah pembelajaran i-THINK. Untuk tujuan itu, satu set soalan soal selidik
yang mengandungi 10 item yang relevan dan boleh menilai tahap motivasi pelajar
semasa mempelajari matapelajaran pendidikan islam bagi tajuk adab berjiran
menggunakan kaedah i-THINK. Hasilnya, min keseluruhan bagi semua item yang diuji
oalah 4.01. Ini bermaksud purata responden setuju dengan pernyataan bahawa kaedah iTHINK ini berkesan dan meningkatkan minat pelajar untuk belajar pendidikan islam
khususnya tajuk adab berjiran ini. Responden bersetuju bahawa kaedah ini menarik,
mudah digunakan dan pemahaman tentang isi kandungan pelajaran meningkat. Hakikat
ini dapat dibuktikan melalui data ujian pos yang menunjukkan peningkatan yang ketara
dan hasil daripada pemerhatian sepanjang kajian ini dijalankan. Sesi pembelajaran yang
dijalankan bertambah aktif dan semua pelajar terlibat di dalam sesi pembelajaran yang
dijalankan. Ini adalah berdasarkan rumusan pemantauan yang dijalankan oleh penyelia
kajian ini.

Selain daripada itu, input daripada guru juga dikumpul untuk menilai pendapat mereka
tentang kaedah pembelajaran i-THINK. Oleh yang demikian, satu set soalan selidik
yang mengandungi 10 item soalan diedarkan kepada responden yang terdiri daripada
guru matapelajaran pendidikan islam dan pentadbir sekolah. Rasional pemilihan
responden adalah kerana skop kajian ini tertumpu kepada penggunaan kaedah i-THINK
untuk pengajaran pendidikan islam dan juga menilai pendapat pentadbir bagi tentang
keadah i-THINK. Data analisis menunjukkan min keseluruhan bagi semua item ialah
3.87. Ini menunjukkan bahawa hampir semua responden setuju dengan pelaksanaan dan
penggunaan kaedah i-THINK. Responden bersetuju bahawa kaedah ini memudahkan
guru menerang isi kandungan pelajaran dan penyampaian lebih berkesan. Ini sekaligus
membantu guru meningkatkan prestasi matapelajaran pendidikan islam secara

41

keseluruhan. Disamping itu, kaedah ini memudahkan guru menjalankan pentaksiran


KSSR bagi Tahun 4.

5.4

IMPLIKASI DAPATAN KAJIAN

Secara keseluruhannya, kajian yang dijalankan ini telah berjaya mencapai objektif
pelaksanaannya. Semua persoalan kajian telah terjawab melalui beberapa instrumen
yang digunakan dan berjaya dianalisis mengikut keperluan kajian. Hasil kajian yang
dijalankan memberikan satu data yang sangat relevan bagi mengambarkan secara
keseluruhan keberkesanan kaedah pembelajaran i-THINK yang sedang hangat
diperkatakan dalam dunia pendidikan di negara kita.

Secara keseluruhannya, kajian ini memberikan beberapa implikasi kepada sistem


pengajaran dan pembelajaran khususnya matapelajaran pendidikan islam dan kepada
hala tuju sistem pendidikan yang diamalkan di sekolah. Antara implikasi kajian yang
telah dijalankan ini ialah seperti berikut;

5.5.1

Pendekatan pengajaran i-THINK sesuai diamalkan oleh semua guru


matapelajaran islam khususnya di dalam setiap sesi pengajaran yang
dijalankan.

5.5.2

Kajian ini menunjukkan bahawa kaedah ini dapat membantu pihak


sekolah dalam meningkatkan prestasi pelajar di dalam peperiksaan. Oleh
yang demikian, wajar bagi pihak sekolah mewajibkan guru-guru

42

mengaplikasikan dan mengimplementasikan kaedah i-THINK di dalam


pengajaran mereka.

5.5.3

Kajian ini juga menunjukkan peningkatan dalam penglibatan pelajar di


dalam sesi pembelajaran menggunakan kaedah i-THINK. Murid lebih
mudah belajar dan lebih aktif.

5.5.4

Kajian ini juga menunjukkan bahawa kaedah i-THINK ini memudahkan


guru mengajar terutamanya matapelajaran yang melibatkan fakta seperti
pendidikan islam.

5.5.5

Kajian ini juga bakal mengubah senario pengajaran guru yang sebelum
ini lebih cenderung kepada pengajaran berpusatkan guru iaitu Teacher
Centered Strategy.

5.5

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Kajian yang dijalankan ini merupakan satu contoh yang terbaik dalam usaha untuk
membantu negara meningkatkan kualiti pendidikan di negara pada masa kini. Oleh yang
demikian, wajar bagi guru-guru lain yang mempunyai ruang dan peluang untuk
membuat kajian berkaitan i-THINK ini lebih lanjut bagi memurnikan data kajian sedia
ada.
Beberapa cadangan penambahbaikan telah dikenalpasti atas perbincangan dengan
penyelia dan komen yang diterima daripada responden kajian. Antaranya ialah seperti
dinyatakan di bawah;

43

5.6.1

Meluaskan skop kajian kepada matapelajaran yang berbeza seperti


matematik dan bahasa melayu. Ini bagi menilai secara keseluruhan
keberkesanan kaedah i-THINK di sekolah rendah khususnya.

5.6.2

Skop pemilihan responden dikalangan pelajar diperluaskan. Ini


bermaksud kajian ini wajar dijalankan kepada semua tahap pelajar. Ini
mungkin memberikan perspektif berbeza dalam penilaian keberkesanan
kaedah ini.

5.6.3

Tempoh kajian ini juga perlu dilanjutkan kepada satu tempoh masa yang
lebih lama dan tidak terhad kepada satu topik sahaja.

5.6.4

Skop kajian juga mungkin boleh diperluaskan lagi dengan melibatkan


ibubapa pelajar sebagi responden agar PIBG sekolah sedar atas usaha
murni yang dijalankan oleh Kementerian Pelajaran. Pendapat ibu bapa
pelajar juga harus dititikberatkan dalam usaha memajukan prestasi
murid.

5.6.5

Kesedaran pelajar terhadap penggunaan i-THINK harus dititikberatkan


oleh guru bagi memudahkan pengajaran dan pembelajaran. Ilmu
berkenaan i-THINK secara keseluruhan harus disampaikan kepada murid
terlebih dahulu sebelum diaplikasikan di dalam kelas.

5.6

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, objektif kajian ini telah tercapai dengan jayanya. Hasil dapatan
kajian menunjukkan bahawa kaedah i-THINK ini berkesan dalam membantu
meningkatkan pemahaman murid dalam pembelajaran matapelajaran pendidikan islam
khususnya tajuk adab berjiran.

Kaedah ini secara keseluruhannya membantu

44

meningkatkan pemahaman pelajar dan prestasi pelajaran mereka. Oleh yang demikian,
amat wajar bagi semua guru khususnya guru matapelajaran pendidikan islam bagi
mengaplikasikan keadah i-THINK di dalam pengajaran mereka demi membantu
meningkatkan prestasi akademik pelajar dan sekolah amnya.

PENUTUP

Secara keseluruhannya, kajian tentang kesan penggunaan keadah pembelajaran


i-THINK dalam pengajaran matapelajaran pendidikan islam bagi tajuk adab berjiran
telah berjaya dijalankan dengan jayanya. Kajian berjaya dijalankan sepertimana yang
dirancangkan dan berjaya menjawab semua persoalan kajian serta mencapai objektif
yang dicadangkan. Hasil dapatan kajian menunjukkan prestasi pelajar meningkat setelah
penggunaan kaedah i-THINK di dalam pengajaran dan pembelajaran tajuk adab berjiran
bagi matapelajaran pendidikan islam. Kajian mendapati bahawa pelajar lebih mudah
memahami isi kandungan pembelajaran dan pengajaran menjadi lebih interaktif . Kajian

45

juga mendapati bahawa semua guru bersetuju bahawa kaedah ini dapat membantu
meningkatkan prestasi pelajar dan memudahkan pengajaran bagi matapelajaran
pendidikan islam khususnya. Oleh yang demikian, rumusan dibuat bahawa kaedah ini
wajar diaplikasikan oleh semua guru yang mengajar pendidikan islam dan juga
matapelajaran yang lain. Kajian yang dijalankan ini boleh dijadikan panduan kepada
guru-guru yang lain dalam menjalankan kajian berterusan berkenaan kaedah i-THINK
bagi mendapatkan gamabaran dan perspektif yang lebih luas tentang keberkesanan
kaedah ini di dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

RUJUKAN

Manual Kajian Tindakan (2006). Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar


Pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia.
AB. Rahim Selamat (2000). Kemahiran Dalam Sekolah Bestari. Badan Cemerlang Sdn.
Bhd. Kuala Lumpur.
Kertas Kerja Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan ke-XII (2005). Bahagian
dan Perancangandan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia.

46

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Dokumen Standard Sekolah Rendah (KSSR)


Pendidikan Islam, Bahagian Pembangunan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
2013-2025, Kementerian Pendidikan Malaysia.
http://www.ithink.gov.my
Johnson, B., & Christensen, L. (2000). Education reasearch: Qualitative and
qualitative approarches. Boston: Ally and Becon.
Joyce, B., Weil, M., & Calhoun, E. (2000). Models of teaching (6th ed.). Boston: Ally
and Becon.
Mason, J. (2001). Researching your own practice. London: Routledge Falmer.
Mc Niff, J. (2003). You and your action research project. London: Routledge Falmer.
Osnow, R.L. & Rosenthal, R. (1984). Understanding behavioral science - Research
methods for research consumers. New York: McGraw-Hill, Inc.
Othman Mohamad. (2001). Penulisan tesis dalam bidang sains sosial terapan. Serdang:
Penerbitan Universiti Putera Malaysia.
Rashidi Azizan & Abd. Razak Habib. (1995) Pengajaran dalam bilik darjah: Kaedah
dan strategi. Kajang: Masa Enterprise.
Walker, R. (1985). Doing research - Handbook for teachers. London: Routledge.

47

LAMPIRAN

1.

Borang Soal Selidik Murid

2.

Borang Soal Selidik Guru

3.

Borang Rumusan Pemantauan Penyelia

4.

Ringkasan Mengajar

48

Anda mungkin juga menyukai