Anda di halaman 1dari 8

1transformation - aqual

.itative c
hang
e
shift, tr
ansmu
tation
alteration, change,mo
dification - an event
that occurs whensomet
hing passes fromone st
ate or phase toanother;
"the change wasintend
ed to increasesales"; "t
his storm iscertainly a c
hange for theworse"; "t
he neighborhoodhad u
ndergone fewmodificati
ons since hislast visit y
ears ago"
betterment, improvem
ent, advance - achang
e for the better; progres
s indevelopment

In an organizational context, a process of profound and


radical change that orients an organization in a new direction and takes it
to an entirely different level of effectiveness. Unlike 'turnaround' (which
implies incremental progress on the same plane) transformation implies a
basic change of character and little or no resemblance with the
past configuration or structure.
Read
more: http://www.businessdictionary.com/definition/transformation.html#
ixzz3mO6n8bd5

TRANSFORMATION (noun)
The noun TRANSFORMATION has 5 senses:
1. a qualitative change
2. (mathematics) a function that changes the position or
direction of the axes of a coordinate system

3. a rule describing the conversion of one syntactic


structure into another related syntactic structure
4. (genetics) modification of a cell or bacterium by the
uptake and incorporation of exogenous DNA
5. the act of changing in form or shape or appearance
Familiarity information: TRANSFORMATION used as a
noun is common.

.
NEGERI BERSIH RAKYAT SIHAT
Para
cendiakawan sering mengatakan bahawa rakyat yang sihat pasti berada bawah
naungannegeri yang bersih. Negeri bermaksud daerah yang berada di bawah
pemerintahan seorang Sultan ataugabenor. Manakala bersih membawa
makna bebas daripada segala bentuk pencemaran sama ada darisegi persekitaran
ataupun kehidupan sosial. Rakyat pula bererti seluruh penduduk bagi sesebuah
negeri.Akhir sekali, sihat didefinisikan sebagai tidak menghadapi sebarang
penyakit, baik dari segi fizikalmahupun mental. Justeru, kita sebagai rakyat
harus menitikberat akan perihal kebersihan ini untukmelahirkan rakyat yang
sihat serta bebas daripada segala ancaman penyakit. Secara tidak
lansung,negara kita juga akan untung dari segi pembangunan kerana memiliki
rakyat yang sihat akal, fizikal danmental. Jadi, negara kita pasti dapat duduk
sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negaramaju yang lain serta tidak
dipandang seperti anjing kurap.Bagi memastikan impian

Negeri Bersih Rakyat Sihat

dapat direalisasikan dengan sempurna , kitasebagai rakyat negeri mestilah


terlebih dahulu menyanjung tinggi kebersihan dalam kehidupan hariankita.
Kebersihan juga hendaklah dijadikan sebahagian daripada budaya bangsa, budaya
yang bukanhanya diperkatakan dan meniti dari bibir ke bibir sahaja tetapi juga
diamalkan dalamkehidupan hariandan berpatri kukuh di jiwa setiap insan. Hal ini
kerana, kebersihan membawa erti besar kepada kerajaannegeri serta
mempengaruhi lembayung kepimpinan negara.Mari kita sama-sama
menghayati hadis baginda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud , amat jelaskepada
kita semua. Ia secara langsung menekankan tentang peri pentingnya kebersihan
dalamkehidipan seorang muslim dengan meletakkannya sebagai sebahagian

daripada imannya .(riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn Majah)Jadi, di


sini jelaslah bahawa kebersihan itu penting. Namun begitu bukan hanya
agama islam sahajayang mementingkan kebersihan tetapi semua agama di dunia ini
juga amat menekankan aspekkebersihan dalam kehidupan beragama. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa kebersihan amat pentingdalam kehidupan harian kerana
kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan sarwajagat.Bertunjangkan
kepada hal tersebut, langkah sederap untuk memberikan kesedaran masyarakat
dalammenggerakkan usaha kea rah negeri bersih harus dilakukan. Hal ini
disebabkan, peranan masyarakatmerupakan faktor dominan yang menjadi tunjang
kepada pihak kerajaan.Untuk merialisasikan amanat kebersihan ini, pelbagai
usaha perlu diambil dan dilaksanakan.
Contohnya, Jom Bersih! merupakan salah satu kempen
yang pernah diusahakan oleh pihak kerajaannegeri Terengganu. Kempen seperti
ini harus diperhebatkan lagi serta dimantapkan agar segala motif dan objektif
sampai ke peringkat agar umbi. Selain itu, segala promosi dalam media massa
haruslahdigerakkan dengan lebih hebat kerana segala maklumat yang ingin
disampaikan mesti menepatisasarannya. Hal ini adalah untuk memastikan segala
perancangan kerajaan mampu diterima dandihayati oleh rakyat jelata. Sebagai
intihan bicara, kerajaan negeri boleh mempromosikan kebersihandalam media
elektronik mahupun akhbar arus perdana. Seterusnya,penguatkuasaan undangundangharus menjadi satu aspek yang tidak boleh dipandang sebelah mata. Oleh
itu, pihak majlis perbandaraannegeri haruslah memainkan peranan dengan
memantau kegiatan orang awam yang bersikap buruk seperti membuang sampah di
merata-rata tempat.Jadi tindakan tegas seperti menyaman ataupunmemberikan
khidmat kaunseling atas tindakan yang telah dilakukan oleh mereka harus diambil.
Pihakmajlis perbandaraan juga haruslah menjalankan kerja-kerja yang telah
ditetapkan mengikut masa dan jadual yang telah ditetapkan untuk mereka
bertugas. Dengan cara ini, negeri akan bebas daripadasebarang pencemaran alam
yang akan mencacatkan pemandangan. Sejak dari ketamadunanmasyarakat dahulu
lagi, undang-undang merupakan perkara pokok yang menjadikan sesebuah
bangsaitu bertamadun. Justeru, gerakan kempen secara proaktif dan juga
penguatkuasaan undang-undangyang berkesan mampu mewujudkan suasana dan
persekitaran negeri Terengganu yang bersih sertaharmoni. Sekaligus, menjadikan
rakyat negeri sihat sejahtera
Indikator yang seterusnya, untuk memastikan hasrat murni kerajaan tersebut
dapat dirialisasikandengan jayanya, pihak kerajaan sendiri harus memainkan
peranan. Hal ini dapat dibuktikan apabilakerajaan negeri Terengganu telah
memperuntukkan lebih kurang 40juta setiap tahun bagi memastikannegeri
Terengganu dalam keadaan yang cukup bersih dan indah. Pelaburan yang

diusahakan oleh pihakkerajaan ini wajar diperkemaskan lagi dengan satu gerakgeri yang proaktif serta bernas. Peruntukkantersebut haruslah digunakan
semaksima yang mungkin dalam mengerakkan usaha kea rah negeri bersihseperti
mengadakan pertandingan kebersihan diperingkat akar umbi, penyediaan
kemudahan atauprasarana kebersihan dan sebagainya. Antara kemudahan yang
wajar dititikberatkan oleh pihakkerajaan adalah penyediaan tong sampah,
landskap yang indah serta penyediaan tandas yang berkualiti.Langkah awal yang
diambil ini sedikit sebanyak mampu mengelakkan masalah kekotoran dari
menjadipekung yang lama-kelamaan menjadi barah yang tidak mampu diubati lagi.
Hal ini bertepatan denganperibahasa melayu, sediakan payung sebelum hujan.
Prasarana yang dibangunkan ini mampumengurangkan masalah kebersihan yang
seringkali menggugat pandangan serta perspektif masyarakatluar terhadap
negara kita. Oleh itu, pihak kerajaan wajar melakukan gerak kerja yang proaktif
dengansegala kelengkapan kebersihan ag
ar segala yang dihajati terlaksana, Negeri Bersih Rakyat Sihat. Kita
juga patut berterima kasih kepada kerajaan negeri Terengganu kerana tidak
memandang entengterhadap isu kebersihan ini.Tak tumbuh tak melata, tak
sungguh orang tak kata. Kegiatan bergotong-royong juga memainkanperanan yang
amat penting sebagai agen kebersihan. Hal ini dikatakan sedemikian kerana
melaluikegiatan yang afdal ini, negeri kita bukan sahaja bersih persekitaran
malah bersih daripada masalahperkauman. Hal ini disebabkan kita dapat
menghapus sikap masyarakat yang seperti enau dalambelukar, melepaskan pucuk
masing-masing. Selain itu, kita juga dapat memupuk nilai murni dalamm sanubari
kita. Hal ini seperti yang dikatakan oleh Tun Dr. Mahathir, mantan Perdana
Menteri ke-4pernah menegaskan bahawa dengan melibatkan diri dalam kegiatan
bergotong-royong, kita berupayamenerapkan pelbagai nilai murni dalam diri.
Fenomena ini sama seperti sambil menyelam, minum air.Jelas beliau semasa
merasmikan kempen bergotong-royong pada peringkat nasional, awal tahun
2003.Kegiatan ini mampu memasyarakatkan rakyat oleh sebab bulat air kerana
pembetung,bulat manusiakerana muafakat. Dengan bersihnya masalah perkauman
ini, barulah gagasan 1 Malaysia yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri ke-6
,Dato Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul R

Hadis baginda Rasulullah s.a.w. bermaksud, amat jelas kepada kita semua. Ia secara langsung
menekankan tentang peri pentingnya kebersihan itu dalam kehidupan seorang muslim dengan
meletakannya sebagai sebahagian daripada imannya. (riwayat Ahmad, Muslim, al-Tirmidhi dan Ibn
Majah)

Potongan hadis di atas jelas menggambarkan bahawa agama Islam amat menekankan
aspek kebersihan. Malah, semua agama di dunia ini juga amat menekankan aspek kebersihan
dalam kehidupan beragama. Ini jelas menunjukkan bahawa kebersihan amat penting dalam
kehidupan seharian kerana kebersihan merupakan pemangkin kepada kesihatan manusia.
Bertunjangkan kepada perkara tersebut, langkah sederap telah diambil oleh pihak Kerajaan
Negeri Terengganu bagi memastikan semua rakyat di negeri bertuah ini sihat disamping
persekitarannya yang bersih. Negeri Bersih Rakyat Sihat. Menyelusuri bait kata Negeri
Bersih, Rakyat Sihat pelbagai perspektif mahupun lontaran idea dapat kita berikan. Hasrat
murni pihak kerjaan negeri dibawah lembayung kepimpinan insan berkaliber, Dato Seri
Ahmad bin Said dalam menjadikan negeri Terengganu sebuah Negeri dalam Taman wajar
diberikan pujian serta sokongan padu. Hasrat murni kerajaan tersebut merupakan satu
perlaburan yang akhirnya akan memberi pulangan faedah kepada masyarakat sendiri.
Sebelum kita berbicara panjang lebar serta merungkai mutiara yang tersurat mahupun yang
tersirat mengenai wahana keramat kerajaan negeri ini, satu persoalan ingin dilontarkan agar
segala yang kusut akan terlerai, segala yang bercelaru akan terungkai. Persoalannya, adakah
kita benar-benar memahami serta menghayati slogan Negeri Bersih Rakyat Sihat itu? Satu
persoalan yang patut kita renung kembali dan berfikiran luas seluas saujana bagi memastikan
visi serta misi murni kerajaan tersebut menjadi satu realiti.

Negeri bersih rakyatnya sihat


Terengganu makmur membawa berkat
Satu nawaitu satu hasrat
Satu tujuan satu matlamat

Perkara pertama yang menjadi faktor dominan dalam merealisasikan hasrat murni kerajaan
adalah kesedaran masyarakat dalam menggerakkan usaha kearah negeri bersih. Peranan
masyarakat amatlah besar dalam menjayakan aspirasi kerajaan kerana masyarakat merupakan
faktor dominan yang menjadi tunjang kepada pihak kerajaan. Jika ingin dianalogikan,
masyarakat merupakan tiang-tiang ataupun cerucuk menara kerajaan yang sentiasa
menyokong serta mendukung segala hasrat serta harapan kerajaan. Jika tiada kerjasama serta
sokongan yang padu daripada umum, mungkin menara yang dibina berlandaskan misi
kemajuan akan tersungkur dan tumbang menyembah bumi. Sebenarnya, jika ingin dianalisis
serta dibedah siasat, amalan kebersihan ini wajar bermula dari rumah masing-masing. Setiap

penduduk atau anak jati negeri ini harus memainkan peranan dengan memastikan persekitaran
rumah masing- masing dalam keadaan bersih. Walaupun ianya nampak kecil namun
implikasinya amatlah besar kepada negeri ini. Sekiranya semua orang menjalankan
tanggungjawab mereka, sudah tentu negeri Terengganu akan manjadi negeri terbersih di tanah
air. Di samping itu pula, di peringkat akar umbi, pemimpin masyarakat wajar menghidupkan
budaya gotong royong yang sekian lama menjadi nadi kepada masyarakat Malaysia. Melalui
budaya gotong-royong ini, persekitaran kampung ataupun perumahan mahupun persint akan
bertambah bersih dan indah. Sebenarnya, amalan gotong-royong ini sedikit sebanyak
meringankan bebanan kita untuk menjaga kebersihan, kata orang berat sama dipikiul, ringan
sama dijinjing. Disamping itu, aktiviti permuafakatan ini mampu mengeratkan hubungan
antara individu selari dengan gagasan yang dibawa oleh YAB Perdana Menteri, gagasan
1Malaysia. Natijahnya, amalan gotong royong ini menjadi satu medium mahupun pentas
kepada kita dalam merealisasikan negeri bersih, rakyat sihat.
Indikator kedua yang mampu merealisasikan hasrat murni kerajaan tersebut adalah
peranan yang harus dimainkan oleh pihak kerajaan. Kita patut bersyukur dan berterima kasih
kepada kerajaan negeri Terengganu kerana tidak memandang enteng terhadap isu kebersihan.
Hal ini kerana kerajaan negeri memperuntukkan lebih kurang RM 40 juta setiap tahun bagi
memastikan negeri Terengganu dalam keadaan yang cukup bersih dan indah. Pelaburan yang
diusahakan oleh pihak kerajaan ini wajar diperkemaskan lagi dengan satu gerak kerja yang
proaktif serta bernas. Peruntukan tersebut haruslah digunakan semaksima yang mungkin
dalam mengerakkan usaha kearah negeri bersih seperti mengadakan pertandingan kebersihan
diperingkat akar umbi, penyediaan kemudahan atau prasarana kebersihan dan sebagainya.
Antara kemudahan yang wajar dititik beratkan oleh pihak kerajaan adalah penyediaan tong
sampah, landskap yang indah serta penyediaan tandas yang berkualiti tinggi. Langkah awal
yang diambil ini sedikit sebanyak mampu mengelakkan masalah kekotoran menjadi pekung
yang lama-kelamaan menjadi barah yang tidak mampu diubati lagi. Hal ini bertepatan dengan
peribahasa melayu, sediakan payung sebelum hujan. Prasarana yang dibangunkan ini mampu
mengurangkan masalah kebersihan yang seringkali menggugat pandangan serta perspektif
masyarakat luar terhadap negeri kita ini. Oleh itu, pihak kerajaan wajar melakukan gerak kerja
yang proaktif dengan penyediaan segala kelengkapan kebersihan agar segala yang dihajati
terlaksana, negeri bersih rakyat sihat.
Jom Bersih! merupakan salah satu kempen yang pernah diusahakan oleh pihak
kerajaan. Kempen-kempen ini harus diperhebatkan lagi serta dimantapkan agar segala motif
dan objektif sampai ke peringkat akar umbi. Segala promosi dalam media massa haruslah
digerakkan dengan lebih agresif kerana segala maklumat yang ingin disampaikan mesti
menepati sasarannya. Hal ini adalah perlu kerana dalam memastikan segala perancangan
kerajaan mampu diterima dan dihayati oleh rakyat jelata. Sebagai contoh, kerajaan negeri
boleh mengambil langkah sederap dengan mempromosikan kebersihan dalam media
elektronik mahupun akhbar arus perdana. Selain itu, penguatkuasaan undang-undang harus
menjadi satu aspek yang tidak boleh dipandang sebelah mata. Sejak dari ketamadunan
masyarakat dahulu lagi, undang-undang merupakan perkara pokok yang menjadikan sesebuah
bangsa itu bertamadun. Lihat sahaja ketamadunan masyarakat negara matahari terbit atau
Negara Samurai yang berjaya mewujudkan satu kondisi negara yang amat bersih. Hal ini
kerana, disiplin yang ada pada setiap anak watannya disulamkan pula dengan penguatkuasaan

yang tegas telah berjaya menatijahkan sebuah negara yang mahsyur dengan persekitarannya
yang amat bersih. Bukti sudah terpampar dihadapan mata. Pihak berwajib sewajarnya
menjalankan serta menggerakkan undang-undang yang ada bagi menjamin persekitaran negeri
ini dalam keadaan yang amat memuaskan. Amanah yang dipikul usah dijalankan sekadar
melepaskan batok di tangga sahaja kerana peraturan kebersihan yang diwujudkan adalah
untuk membentuk masyarakat yang berdisiplin serta berketerampilan bagi menjamin tahap
kebersihan di negeri ini berada pada tahap yang optimum. Justeru itu, gerakan kempen secara
proaktif dan juga penguatkuasaan undang-undang yang berkesan mampu mewujudkan kondisi
negeri Terengganu yang bersih serta sekaligus menjadikan rakyat di negeri ini sihat sejahtera.
Kata orang melentur buluh biarlah dari rebungnya. Aspek pendidikan juga merupakan
salah satu modus operandi yang menjadi penggerak kepada wawasan kerajaan dalam melihat
negeri ini dalam keadaan bersih dan rakyatnya sihat. Pendidikan kebersihan dan kesihatan
wajar diterapkan dari peringkat rebungya lagi. Pendekatan ini harus disemai kepada para
pelajar sejak dibangku sekolah dan langkah kerajaan dalam melaksanakan pertandingan
kebersihan atau pertandingan 3K antara sekolah di negeri ini wajar mendapat pujian umum.
Hal ini berpatutan dengan aspirasi kerajaan untuk menerapkan nilai kebersihan dan kesihatan
ini dalam kalangan pelajar. Pihak sekolah juga harus memberikan sokongan padu serta jitu
dalam menggalas aspirasi kerajaan tersebut. Guru merupakan pembentuk generasi akan
datang yang mementingkan aspek kebersihan dan kesihatan dalam kehidupannya. Selain itu,
arkitek utama dalam pembentukan nilai pendidikan kebersihan terhadap anak watan pasca
merdeka ini ialah ibu bapa. Kata orang anak-anak merupakan sehelai kain putih yang suci
dimana ibu bapalah yang bertanggungjawab dalam mencorakkannya serta menghiaskannya.
Pendidikan awal kanak-kanak amat penting dan berupaya membentuk jati diri anak-anak yang
menekankan aspek cinta terhadap kebersihan dan peka terhadap kesihatan dalam setiap inci
kehidupan mereka kelak. Kesimpulannya, pendidikan awal kanak-kanak mengenai kebersihan
dan kesihatan wajar diambil peduli sepenuhnya agar negeri Terengganu bakal melahirkan
rakyat yang sihat natijah daripada negeri yang bersih.
Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Peribahasa itu mampu
diterjemahkan sekiranya pihak swasta atau badan bukan kerajaan NGO memainkan peranan
yang sama besar dalam memastikan kebersihan negeri terjamin dan kesihatan rakyat dalam
keadaan baik. Peranan atau sumbangan pihak NGO amat dialu-alukan serta amat dinantikan
kerana pihak ini mampu menjadi pelengkap kepada usaha kerajaan ini. Kopi tanpa gula pahit
rasanya, baju tanpa benang tidak akan menjadi. Itulah analoginya peranan NGO yang amat
besar sebagai penambah perisa terhadap setiap hidangan gagasan ataupun wawasan yang
diwara-warakan oleh pihak kerajaan. Pihak terbabit ini mungkin boleh mengadakan ceramah
kesedaran, mahupun tajaan peralatan kebersihan atau program khidmat masyarakat. Segala
usaha ini dijanggka mampu melonjakkan lagi tahap kebersihan di negara ini. Kerjasama
dengan Kementerian Kesihatan juga wajar diperkemaskan lagi agar objektif wawasan ini
digagaskan akan terlaksana. Peranan kementerian dalam memberikan kempen
kesedaranmahupun rawatan percuma serta pemeriksaan kebersihan terhadap premis
perniagaan dan rumah-rumah mampu mengurangkan kadar peasakit di hospital yang berpunca
daripada masalah kesihatan. Sudah terang lagi bersuluh, bahawa kerjasama yang padu
daripada pelbagai pihak dan sentiasa bergerak seiringan seia sekata, senada sesuara, selangkah
sejiwa dalam memastikan visi Negeri Bersih Rakyat Sihat terlaksana adalah amat penting.

Ayuh, anjakan paradigma seluas saujana. Kita berganjak pula kearah penjuru kesan
sekiranya motto keramat Negeri Bersih Rakyat Sihat tersebut mencapai matlamatnya.
Sekiranya sesebuah negara itu bersih, sudah tentu masyarakatnya akan hidup dalam keadaan
sihat dan aman. Dalam melangkah kedalam era melinium serba moden ini, kos untuk
mendapat rawatan telah meningkat berlipat kali ganda. Oleh itu, penjagaan kesihat adalah
amat perlu kerana zaman kemelesetan ekonomi ini amat memerlukan wang bagi membiayai
kos perubatan yang mungkin akan mencecah jutaan ringgit. Tambahan lagi, baru-baru ini, kita
digemparkan dengan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri yang
menyatakan peningkatan kes denggi di negeri ini. Jika dilakukan bedah siasat terhadap kes
tersebut, puncanya adalah disebabkan persekitaran rumah yang kotor dan sekaligus memberi
peluang kepada nyamuk aedes untuk membiak. Sekiranya telah berlaku kehilangan nyawa
adakah baru ingin kita sibuk membersihkan halaman rumah atau sebagainya? Sudah terhantuk
baru terngadah. Sepatutnya pendapat cegah sebelum parah harus dipandang serius oleh
segenap lapisan masyarakat bagi mengelakkan nasi menjadi bubur.
Ironinya, menghayati konsep kebersihan ini adalah tanggungjawab kita semua
tidak kira muda ataupun tua, kecil ataupun besar semuanya memainkan peranan masingmasing.

Masyarakat

sebagai

pemacu

utama

kepada

matlamat

murni

ini

wajar

menggerakkan usaha kearah landasan membentuk serta melahirkan negeri yang bersih
serta rakyat yang sihat. Disamping itu, peranan kerajaan dalam mempebanyakkan lagi
prasarana dan kemudahan bagi kegunaan umum mampu merealisasikan harapan
tersebut. Selain itu, pengiklanan atau promosi yang agresif serta penguatkuasaan
undang-undang yang berkesan juga menatijahkan satu hasil yang cukup membanggakan
kita semua. Melalui pendidikan kebersihan sejak setahun jagung mampu mendidik serta
melahirkan masyarakat bertamadun dan mementingkan aspek kebersihan. Hal ini
diserikan lagi dengan kerjasama yang padu daripada agensi-agensi luar serta NGO yang
sedikit sebanyak membantu kerajaan melaksanakan wawasan tersebut. Kesemua bahan
perisa diatas jika digaul dengan doa dan kesedaran akan menghasilkan satu adunan yang
cukup baik bagi melihat negeri Terengganu sebuah negeri yang bersih dan indah serta
rakyatnya sihat dan senyum sokmo. Negeri Bersih, Rakyat Sihat.

Marilah kita sama muafakat,


Sama bersatu membawa berkat,
Menghayati slogan penuh hikmat,
Negeri bersih rakyatnya sihat.
Sebagai rakyat negeri tercinta,
Marilah kita menyalakan cita,
Bersama kita gembleng tenaga,
Memacu wawasan Terengganu sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai