Anda di halaman 1dari 1

Pantun

( nasihat )

Berjalan-jalan ke rumah Marlia,


Kaki lenguh tidak terasa;
Kalau mahu dipandang mulia,
Hendak baik budi bahasa.

Masak lemak pucuk paku,


Makan selepas mengaji;
Kalau silap cepat mengaku,
Itulah sikap yang terpuji.

Kalau pergi ke rumah Mamat,


Jangan lupa ajak Jusuh;
Kalau mahu hidup selamat,
Jangan suka mencari musuh.

Kalau pergi ke kebun kelapa,


Jangan lupa membawa raga;
Jikalau berjaya jangan lupa,
Kepada orang tua dan keluarga.