Anda di halaman 1dari 2

PETIKAN (AUTOBIOGRAFI)

Aku tinggal di dalam laut. Badanku


sangat keras. Aku sangat kuat berenang.
Aku dapat berenang beribu-ribu kilometer
jauhnya. Apabila aku berasa jemu tinggal di
laut, aku bersiar-siar di daratan. Aku tidak
boleh duduk lama di daratan. Badanku akan
menjadi lemah.
Pada suatu hari aku singgah di sebuah
pantai. Suasana di pantai itu sungguh
nyaman. Pemandangannya sungguh indah.
Pasirnya sungguh halus dan bersih. Aku pun
mengorek lubang. Selepas itu aku pun
bertelur. Ketika itu beberapa orang datang
untuk melihat aku bertelur. Aku berasa
sangat malu. Aku tidak dapat berbuat apaapa. Aku bertelur dengan banyaknya.
Selepas bertelur aku menimbus lubang itu
dengan pasir. Tujuan aku berbuat demikian
kerana hendak menyembunyikan telurtelurku. Setelah itu aku pun meninggalkan
pantai itu.
Sebaik saja aku meninggalkan pantai
itu, orang-orang yang datang melihatku tadi

mengambil telur-telurku untuk dijual. Aku


berasa sangat sedih kerana kaum aku
semakin pupus akibat daripada sikap
manusia.