Anda di halaman 1dari 44

PENGERUSI

:
AHLI PANEL PERTAMA :
AHLI PANEL KEDUA
:
AHLI PANEL KETIGA
:
PEMBICARA

SKRIP

PENGERUSI

Percubaan Pertama,
Forum remaja penjana
minda kelas pertama

AHLI PANEL 1

Percubaan kedua, Forum


remaja pencetus minda
remaja kritis.

AHLI PANEL 2

Percubaan ketiga ,Forum


remaja pencetus minda
remaja kreatif.

AHLI PANEL 3

Percubaan keempat ,Forum


remaja penjana kelahiran
generasi berinformasi.

SEMUA

Forum remaja pemangkin


kecemerlangan budaya
masyarakat berilmu.

Pengerusi

Bismillahirahmannirrahi
m
Alhamdulillahirabbilalam
in
Wassolatuwassalamu
ala asrafil ambiyai wal
mursalin
Wa ala alihi wasahbihi
ajmain
Assalamualaikum
warahmatullahitaalahiw

abarakatuh,
Salam sejahtera, salam
satu Malaysia,
Ahli panel dan sidang
hadirin yang
dirahmati Allah
Segala puji-pujian ke
hadrat Allah Subhanahu
Wataala kerana dengan
limpah kurnia dan izinNya dapat kita bersamasama
bersua
dalam
pertandingan
forum
remaja peringkat daerah
Klang
pada
pagi
nirmala
yang bening
lagi ceria ini
Hadirin yang
dihormati
Sebelum
saya
memperkenalkan
ahliahli panel kita yang
segak-segak
lagi
tampan bergaya pada
hari ini, izinkan saya
untuk
mengupas
terlebih dahulu tajuk
forum remaja kita pada
hari ini.
Tajuk forum kita
berkisar
tema alam
sekitar iaitu peranan

Remaja
penggunaan
hijau.

dalam
teknologi

Dunia marcapada
menyaksikan
kita
berhadapan
dengan
senario kemelut alam
sekitar
yang
mengancam
dunia
amnya
dan
umat
manusia khususnya.
Dalam hal ini ,remaja
sebagai
generasi
pelapis
kepimpinan
negara seyogianya turut
dituntut
untuk
bergerak seiring dengan
ahli masyarakat yang
lain
demi
merealisasikan aplikasi
teknologi
hijau
di
negara kita.
Pada
hari
ini,
perubahan iklim dunia
berlaku
secara
mendadak dan tidak
menentu
sehingga
mengancam kehidupan
manusia . Perubahan
cuaca global ini juga
menjejaskan
kelestarian alam sekitar
dan
mengundang
bencana alam .

Kenaikan aras laut,


kenipisan lapisan ozon,
pencairan bongkah ais,
kejadian
ribut
dan
gempa bumi
adalah
antara fenomena yang
menakutkan
umat
sejagat.
Seandainya,
tindakan proaktif dan
progresif
tidak
dilaksanakan
secara
tekal
, dunia akan
musnah dalam musibah
alam angkara manusia.
Dalam
hal
ini,
peranan remaja turut
dituntut.
Kata orang
tua-tua, yang bulat
tidak akan datang
bergolek dan yang
pipih
tidak
akan
datang melayang .
Justeru
,remaja
seyogianya tidak terusterusan
mendakap
tubuh tanpa sebarang
inisiatif , sebaliknya,
ramaja harus bangkit
untuk
turut
memainkkan peranan
menyokong
sebarang
prakarsa
bagi
mengatasi
masalah
alam sekitar dengan
pengaplikasian
teknologi hijau dalam

kehidupan seharian .
Baiklah
sidang
hadirin, sebelum kita
menelusuri
lebih
mendalam
topik
perbincangan
molek
kiranya kita berkenalan
dengan ketiga-tiga ahli
panel kita pada hari ini.
Di sebelah kanan
saya,
saudara..........................
..................yang
merupakan ahli panel
yang pertama, selamat
datang saudara, apa
khabar ?
Ahli panel 1

Terima kasih saudara


pengerusi,
Alhamdulillah, saya
baik-baik sahaja .

Pengerusi

Seterusnya,
saya
perkenalkan ahli panel
kedua, yang berada di
sebelah
saudara ahli
panel
pertama
iaitu
saudara..........................
...........................,
selamat datang saudara
Saudara.........................
...........................apa
khabar ?

Ahli panel 2

Alhamdulillah, khabar
baik saudara pengerusi.

Pengerusi

Berada di sebelah
ahli panel kedua, tak
lain tak bukan tentulah
ahli panel kita yang
ketiga
iaitu
saudara..........................
................................
Walaupun
Nampak
pemalu, namun petah
bicaranya. Apa khabar
saudara?

Ahli Panel 3

Alhamdulillah, saya
berada dalam keadaan
yang baik,maka saya
berada di sini bersama
saudara
dan
para
hadirin. Salam forum
buat semua.

Pengerusi

Usai salam perkenalan


daripada semua ahli
panel,kembali kita
kepada topik forum kita
tentang peranan remaja
dalam penggunaan
teknologi hijau.
Sidang hadirin yang
dihormati
Sidang
hadirin,
Apakah
sebenarnya
teknologi hijau
dan

sejauh manakah remaja


diberikan
pendedahan
tentang
konsep
teknologi hijau ?. Bagi
menjawab persoalan ini,
izinkan
saya
mengajukan
soalan
pertama
kepada ahli
panel
pertama.
Saudara..........................
......., mohon saudara
memberikan penjelasan
tentang maksud atau
konsep
teknologi
hijau .Silakan saudara.
Ahli panel 1

Terima kasih saudara


Pengerusi .
Bismillahirahmanirrahin
Terima kasih saudara
pengerusi
Assalamualaikun dan
salam sejahtera
kepada siding hadirin
yang dihormati
Takrif
teknologi
hijau yang saya petik
daripada portal Profil
Malaysia iaitu pmr.
penerangan.gov.
my/indek
php/alam
sekitar /485 teknologi
hijau
ialah
pembangunan
dan

aplikasi
produk,
peralatan serta sistem
untuk memelihara alam
semula
jadi
dan
meminimumkan
atau
mengurangkan
kesan
negatif
daripada
aktiviti manusia..
Teknologi ini dijangka
dapat
membantu
meminimumkan degrasi
kualiti persekitaran iaitu
mempunyai
pembebasan gas rumah
hijau GHG yang rendah
atau sifar.
Apa yang menariknya
ya saudara pengerusi
dan
sidang
hadirin,
teknologi hijau ini juga
selamat
digunakan
untuk
menyediakan
persekitaran yang lebih
sihat dan lebih baik
untuk semua hidupan.
Hal
ini
demikian
kerana
teknologi
ini
merupakan
teknologi
rendah
karbon
dan
lebih
mesra
alam
berbanding
teknologi
sedia ada
Sehubungan dengan
itu, teknologi tersebut

juga
mestilah
membantu
usaha
menjimatkan
tenaga
dan sumber asli serta
menggalakkan sumber
yang
dapat
diperbaharui.
Teknologi hijau ini
selaras
dengan
pembangunan mapan
iaitu
pembangunan
yang dilaksanakan perlu
memenuhi
keperluan
semasa
tanpa
perlu
menjejaskan keperluan
generasi masa depan.
Dalam erti kata lain,
kita
turut
bertanggungjawab
memastikan
generasi
akan
datang
dapat
menikmati
kualiti
kehidupan
sebagaimana yang kita
nlkmati atau yang lebih
baik daripada yang kita
peroleh pada hari ini
dengan
aplikasi
teknologi hijau.
Menurut
laman
web
Wikipedia
Bahasa Melayu, antara
contoh
bidang
tumpuanTeknologi hijau

ialah, yang pertama


tenaga sumber alam
semula jadi. Isu penting
dalam teknologi ini ialah
pembangunan
bahan
bakar alternatif
atau
sumber tenaga yang
boleh
diperoleh.
Contohnya
ialah
penggantian
arang
batu
sebagai
bahan
bakar yang tidak mesra
alam dan penggunaan
kereta hybrid
Tumpuan yang kedua
ialah bangunan hijau
yang
merangkumi
semua
tahap
pembangunan
iaitu
daripada
pemilihan
bahan
bangunan
kepada pemilihan lokasi
bangunan.
Tamsilnya
ialah
penggunaan
sistem solar dan sistem
ventilator
untuk
mengurangkan haba di
dalam
bangunan
seterusnya
mengurangkan
penggunaan tenaga
Tumpuan
yang
ketiga pula ialah bidang
nanoteknologi
hijau
melibatikan manipulasi

bahan pada skala nano


meter
atau
pe
milymeter. Bidang ini
mungkin
melibatkan
penambahbaikkan
dalam
aktiviti
kitar
semula.
Bidang
tumpuan
yang
keempat
ialah
alamtologi iaitu satu
teknologi
yang
jelas
mengikut fitrah alam
dan
kita
hanya
mengembangkannya
mengikut
susunan
yang lebih teratur. Pada
pendapat saya bidang
tumpuan inilah yang
paling mudah dikaitkan
dengan penglbatan atau
peranan remaja.
Setakat ini sahaja
saudara pengerusi
tentang takrif
teknologi hijau. Saya
serahkan semula
kepada saudara
pengerusi. Terima
kasih.
Pengerusi

Sidang hadirin,
demikian
tadi
penjelasan
tentang
takrif teknologi hijau
yang pada pandangan

saya
merupakan
penjelasan
terperinci
dan menarik daripada
saudara
ahli
panel
pertama.
Seterusnya,
saya mohon penjelasan
daripada
ahli
panel
kedua,saudara...............
...........................
tentang persoalan
sejauh manakah remaja
mendapat pendedahan
dan mempunyai
pengetahuan sedia ada
tentang teknologi
hijau ?
Ahli panel 2

Assalamualaikum dan
salam sejahtera
Terima kasih Saudara
pengerusi .
Sidang hadirin yang
dihormati.
Saya
berani
menegaskan
di
sini
bahawa
golongan
remaja
sememangnya
mempunyai
pengetahuan sedia ada
tentang teknologi hijau
yang akan membantu
remaja
mengamalkan
budaya
hijau
dalam
kehidupan
seharian.
Hal ini demikian kerana

golongan
remaja
di
negara kita rata-ratanya
merupakan remaja yang
sekurang-kurangnya
mendapat pendidikan
sehingga di peringkat
Sijil pelajaran Malaysia.
Remaja yang bersekolah
sudah pasti akan secara
langsung
memperoleh
pengetahuan
tentang
teknologi hijau melalui
sukatan pelajaran yang
menerapkan pendidikan
alam sekitar.
Menurut kertas kerja
yang
dibentangkan
dalam
Seminar
Kejuruteraan
dan
alam
sekitar
UKM
pada
tahun
2009
menyebutkan bahawa
Dasar
Alam
Sekitar
Negara ditubuhkan pada
tahun 2002. Pendidikan
dan kesedaran alam
sekitar terdapat dalam
Strategi hijau Malaysia.
Salah satu komponen
yang digariskan ialah
alam
sekitar
dan
pembangunan
akan
diintegrasikan ke dalam
aktiviti pendidikan dari
peringkat
rendah
sehingga ke peringkat

institusi
tinggi.

pengajian

Pendidikan Alam
sekitar
merentas
kurikulum
dan
kokurilkulum
dilaksanakan
di
sekolah.
Proses
pembelajaran
dan
pengajaran
tentang
alam
sekitar
berlangsung
dalam
beberapa
mata
pelajaran seperti Sains,
Pendidikan
Moral,
Sivik,Geografi
dan
Bahasa Melayu. Proses
ini dijalankan melalui
aktiviti luar bilik darjah
melallui kelab Pencinta
Alam, kelab Kembara
dan
aktiviti
badan
beruniform
seperti
pengakap .
Bukan itu sahaja,
daripada
informasi
yang
saya
peroleh
melalui
laman
web
UKM.my/lestari/en/sla
s, Jabatan Alam sekitar
telah menyemarakkan
budaya hijau melalui
pengaugerahan
Sekolah
Lestari.
Melalui
program
ini

pelajar
diperkenalkan
dengan
beberapa
teknologi hijau seperti
program kitar semula.
Antara
aktiviti
yang
dijalankan ialah pelajar
digalakkan
menghasilkan barangan
kreatif daripada bahan
kitar semula.
Oleh
itu,
rasarasanya , kita, golongan
remaja
ini
tidak
menghadapi
masalah
untuk mengaplikasikan
atau mengguna pakai
teknologi
ini
dalam
kehidupan
seharian
saudara pengerusi dan
sidang
hadirin
yang
dihormati .
Pengerusi

Terima kasih atas


penjelasan
yang
panjang
lebar
berhubung
pengetahuan
sedia
ada golongan remaja
tentang teknologi hijau .
Saya yakin dengan
pendidikan alam sekitar
yang dilaksanakan dari
peringkat sekolah ke
peringkat
Iinstitusi

pengajian tinggi akan


melahirkan pelajar yang
cakna
akan
kepentingan
melestarikan
alam
sekitar.
Selanjutnya.,
fenomena
ini
akan
membantu
dalam
pengaplikasian
teknologi hijau dalam
kalangan remaja.
Oleh itu, soalan saya
yang seterusnya kepada
ahli
panel
ketiga,
saudara..........................
.....................bagaimana
kah
remaja
dapat
membantu
dalam
aplikasi teknologi hijau
ini ?. Dipersilakan ahli
panel
ketiga
untuk
menjawab persoalan ini
Ahli panel 3

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum dan
salam sejahtera
Terima kasih Saudara
pengerusi.
Sahabat-sahabat ahli
panel dan sidang
hadirin yang
dihormati.
Persoalan
,
bagaimanakah
remaja

dapat
memainkan
peranan
dalam
teknologi
hijau
ini
merupakan
persoalan
yang
menarik.
Apabila membicarakan
tentang teknologi hijau ,
kedengarannya
teknologi
ini
agak
kompleks dan mencabar
untuk direalisaikan.
Peribahasa Melayu
menyatakan
hendak
seribu
daya
tak
hendak seribu dalih..
Remaja
sebenarnya
mampu
memainkan
peranan
berkesan
asalkan
mempunyai
kesedaran alam sekitar
yang
tinggi
dan
mempunya
iltizam
serta
rasartanggungjawab
untuk
melestarikan
alam sekitar
Remaja
yang
mempunyai kesedaran
alam sekitar menyedari
bahawa manusia dicipta
oleh
Allah
SWT
sebagai khalifah yang
ditugaskan
untuk
mentadbir
dan
memakmurkan alam .

Surah Hud ayat 61


bermaksud
Dialah
yang
menjadikan
kamu
daripada
bahan-bahan
bumi
serta
menghendaki
kamu
memakmurkannya
Selanjutnya,isebagai
pemimpin masa depan
dan
bakal
mewarisi
bumi ini, remaja perlu
memahami
dan
mendukung
konsep
teknologi
hijau
ini.
Remaja
boleh
mempraktikkannya dari
rumah, bermula dalam
lingkungan keluarga dan
rakan. Tentu ada antara
kita
yang
pernah
melihat
atau
didedahkan
kepada
kempen pembuangan
sampah
dan
kitar
semula
melalui
penyediaan empat tong
sampah berasingan di
hampir setiap kawasan
kejiranan
Persoalannya,
adakah
kita
faham
sebab
plastik,
kaca,
kertas
dan
sisa
makanan
perlu

diletakkan ke dalam
tong
yang
berbeza?
Sejauh manakah pula
kita
mempraktikkannya ?.
Saudara pengerusi
dan sidang hadirin.
Sebenarnya , inilah
antara
usaha
dan
contoh mudah ke arah
penggunaan
teknologi
hijau . Botol, kaca dan
kertas
boleh
dikitar
semula.
Konsep
pengasingan sampah ini
juga
boleh
mendatangkan hasil jika
remaja
bijak
menggunakan
kesempatan i ni. Botol,
kaca, tin minuman dan
kertas surat khabar
serta majalah di rumah
boleh
dijual kepada
pengusaha kitar semula
daripada dibuang begitu
sahaja
untuk
mendapatkan
duit
poket.
Dengan cara ini
remaja bukan sahaja
membantu
ke
arah
teknologi hijau , malah
remaja
tidak
terlalu

bergantung
kepada
keluarga
selain
mengajar
remaja
berdikari
dan
menghargai setiap sen
yang diperoleh.
Setakat ini sahaja
saudara pengerusi.
Terima kasih.
Pengerusi

Terima kasih
saudara..........................
................................ahli
panel kita yang ketiga.

Ya sidang hadirin
yang
dihormati dan
dirahmati Allah. Kita
masih lagi berada dalam
majlis Forum
remaja
tahun 2014 di dewan
SMK Klang utama yang
ceria dan indah ini.
Pada ketika dan saat
ini, kita masih lagi
mengupas
tajuk
peranan remaja dalam
teknologi hijau.
Selamat
datang
kepada
saudara dan
saudari yang baharu
mengambil tempat di
dewan ini. Kita teruskan
bual bicara kita pada

hari yang berbahagia


ini.
Saya
tertarik
dengan
pendapat
semua ahli panel kita
yang
membayangkan
ahli-ahli panel
terdiri
daripada para remaja
yang
berinformasi
tentang teknologi hijau
ini . Yang pasti saudara
sekalian tentu
telah
mula
memainkan
peranan masing-masing
ke arah pemantapan
teknologi hijau. Bukan
begitu ahli-ahli panel
kita ?
Ahli panel 1 2. 3

(Masing-masing
mengangguk dan
tersenyum apabila
pengerusi memandang
ke a rah ahli panel
seorang demi seorang

Ahli panel 1

Ya sudah pasti saudara


pengerusi.
Kita perlu melibatkan
diri
dalam
pelbagai
program yang berkaitan
dengan
teknologi
hijau . Kita harus cakna
bahawa
penggunaan
teknologi hijau ini telah
lama
diteroka
oleh
negara
maju
untuk

memelihara
alam
semula
jadi
atau
melestarikan alam.
Faedahnya begitu
banyak
seperti
meningkatkan
produktiviti
sumber
semula
jadi
dan
populasi
serta
mengurangkan
perbelanjaan
kerajaan
untk merawat setiap
pencemaran
yang
berlaku.
Di negara kita
beberapa
usaha
telahpun
digerakkan
oleh
pihak
kerajaan
dalam menangani isu
global
seperti
pencemaran
alam
sekitar,
penipisan
lapisan
ozon,
pemanasan global dan
isu
yang
berkaitan
dengannya.
Antara langkah yang
diambil oleh kerajaan
termasuklah
menstrukturkan semula
dan menambah fungsi
beberapa kementerian
dengan
mewujudkan
Kementerian
Tenaga

Teknologi Hijau dan Air


yang
sebelum
ini
dikenali
sebagai
Kementerian
Tenaga,
Komunikasi
dan
Multimedia .
Usaha
usaha
tersebut
jelas
menunjukkan
keseriusan
Malaysia
dalam melindungi alam
sekitar.
Yang
paling
penting adalah untuk
mengajak
rakyat
termasuk
golongan
remaja
bersama-sama
melakukan sesuatu bagi
melindungi alam sekitar
daripada
terus
dicemarkan semula. .
Ahli panel 2

Saudara pengerusi,
izikan
saya
menyuarakan
buah
fikiran
tambahan
berdasarkan
ulasan
saudara ahli panel yang
pertama tadi.

Pengerusi

Silakan
saudara..........................
................Kita
masih
lagi
membicarakan
tentang peranan yang
boleh dimainkan oleh

Ahli Panel 2

remaja dalam aplikasi


tenaga hijau.
Terima kasih saudara
pengerusi.
Sebagai
mana
yang diperkatakan oleh
ahli panel pertama tadi,
kerajaan begitu serius
dalam
memantapkan
teknologi
hijau
di
negara
kita
kerana
kesan
minimum
teknologi hijau terhadap
alam sekitar berbanding
teknologi sedia ada.
Oleh
itu,
peranan
remaja
seyogianya
sangat dituntut kerana
remaja
merupakan
tonggak
kepimpinan
negara
dan
pewaris
bumi pada masa akan
datang.
Usaha kerajaan tidak
membawa
sebarang
makna, ibarat menyiram
air di daun keladi atau
mencurah garam ke
dalam laut jika kita
semua tidak menukar
minda dan tidak mahu
membuat
sebarang
perubahan
untuk
memelihara
dan
memulihara alam kita.

Antara usaha yang


pernah saya dan rakanrakan
ahli
panel
lakukan
dalam
membantu
kerajaan
melaksanakan
dasar
teknologi hijau ialah
memanfaatkan
masa
terluang
kami
menyertai aktiviti kelab
Pencinta Alam sama ada
di sekolah, mahupun
yang melibatkan badan
bukan kerajaan (NGO).
Selaku Pengerusi
kelab Pencinta Alam di
sekolah, saya bersama
ahli-ahli persatuan telah
membantu
pihak
sekolah dalam projek 1
Pelajar 1 pokok. Setiap
pelajar
perlu
mendermakan sepohon
pokok
kepada
pihak
sekolah dengan objektif
serampang 3 mata iaitu
memperindah kawasan
sekolah, menyamankan
kawasan sekolah dan
menyemai
semangat
cinta akan alam sekitar
dalam kalangan pelajar.
Alhamdulillah
,
sekarang ini sekolah

kami telah bertukar


menjadi sekolah dalam
taman
dan
sedang
berusaha untuk meraih
kedudukan
sebagai
sekolah lestari, program
yang dilaksanakan oleh
Unit Sekolah, Seksyen
Promosi Pendidikan dan
kesedaran Alam Sekitar,
Bahagian
Komunikasi
Strategik, Jabatan Alam
Sekitar.
Terima kasih, kembali
kepada saudara
pengerusi forum.
Penerusi

Terima kasih kepada


ahli
panel
kedua,
saudara..........................
...........kerana
sudi
berkongsi pengalaman
beliau
berhubung
peranan beliau dalam
projek
1 pelajar 1
pokok yang saya kira
merupakan
antara
prakarsa perdana ke
arah teknologi hijau.
Penghijauan bumi
akan
membantu
mengurangkan
kesan
rumah hijau
kerana
suhu
di
kawasan
persekitaran
menjadi
lebih dingin, seterusnya

mengurangkan
pergantungan terhadap
penggunaan
tenaga
yang
selama
ini
membantu
proses
pendinginan
hawa
seperti kipas elektrik
dan penyaman udara.
Nampaknya
dua
orang ahli panel kita
telah
berkongsi
pengalaman
mereka
dalam
projek
hijau,
saya percaya, Bukan
sahaja diri saya , malah
sidang
hadirin
juga
turut ingin mendengar
pengalaman ahli panel
kita yang ketiga iaitu
saudara..........................
.............,........silakan
saudara.
Ahli panel 3

Terima kasih saudara


pengerusi majlis
Ahli panel dan
sidang hadirin yang
dihormati
Sebagai remaja yang
masih berada dalam
jagaan ibu bapa, saya
sangat terkesan dengan
sikap kedua ibu bapa
saya
yang
sangat

menitikberatkan
peri
pentingnya
kita
melestarikan
alam
sekitar. Ibu bapa saya
merupakan
suri
teladan
yang
menyemarakkan
semangat cinta akan
alam sekitar sejak saya
kecil.
Saya
diasuh
untuk
melaksanakan
projek kitar semula di
rumah.
Ayah mengecat 4
buah
tong
sampah
dengan
warna
berasingan agar saya
dan tiga adik beradik
saya yang lain. Ayah
kemudiannya
menjual
barang kitar semula ke
pusat kitar semula dan
wangnya di bahagikan
kepada
kami empat
beradik.
Kami juga digalakkan
menyertai aktiviti NGO
yang berkaitan dengan
aktiviti pencinta alam.
Pada bulan November
tahun
lepas
saya
menyertai
projek
kolaboratif
antara
Pensatuan
Pencinta
Alam
Malaysia(MNS)

dengan
Petronas
Pulau Tioman.

di

Di
sana
kami
menyertai
projek
menyelamatkan
batu
karang dan menyertai
bengkel
mengelakkan
pencemaran
laut.
Menyertai
aktiviti
sedemikian memberikan
pengetahuan
dan
pengalaman
serta
menimbulkan kesedaran
tentang
kepentingan
menjaga alam sekitar.
Selain itu kami juga
diberikan
pendedahan
tentang teknologi hjau
dan beberapa bidang
kerjaya yang boleh kami
ceburi dalam teknologi
hijau pada masa akan
datang.
Satu lagi peranan
yang
kita
sebagai
remaja
boleh
melaksanakannya
sebagai
menyokong
teknologi hijau ialah
menyokong earh hour
yang mula dilancarkan
oleh
Tabung
Alam
Sedunia(WWF)
pada
tahun .
Baru-baru ini

iaitu lebih kurang 29


hari yang lepas pada
tanggal 29 Mac 2014.
Earth
hour
telah
berlangsung.
Pada malam tersebut
, seluruh dunia diseru
mematikan lampu dan
peralatan elektrik yang
tidak digunakan selama
1 Jam.
Program ini
dilaksanakan
untuk
membangkitkan
kesedaran
tentang
perubahan iklim dunia.

Pengerusi

Sekian sahaja , kembali


kepada saudara
pengerusi forum
Terima
kasih
saudara..........................
............................ahli
panel kita yang ketiga .
kita
masih
lagi
membicarakan tentang
peranan remaja dalam
teknologi hijau
Saya
memang
tertarik
dengan
pandangan
saudara
tentang peranan ibu
bapa dalam mendidik
anak-anak agar anakanak
akan
sentiasa
menghargai
alam

dengan
mendorong
mereka
menyertai
program hijau .
Sehubungan dengan itu,
ibu bapa juga perlu
menjadi suri teladan
kepada
anak-anak.
Bagaimana
acuan,
begitulah kuihnya,
bapa
borek
anak
rintik,
ke
mana
tumpahnya
kuah
kalau tidak ke nasi
demikian
antara
peribahasa
tentang
ampuhnya
pengaruh
ibu
bapa
terhadap
anak-anak. Jelaslah di
sini bahawa Ibu bapa
perlu
menunjukkan
teladan kepada anakanak dalam melahirkan
rasa cakna dan peka
terhadap alam sekitar.
Jika ibu bapa sebagai
orang
dewasa
melakukan sebaliknya,
contohnya
melakukan
pembakaran
terbuka
atau
membuang
sampah di merata-rata
tempat di depan anakanak,
maka
usah
diharapkan
anak-anak
akan
membesar

menjadi
insan
yang
akan melibatkan diri
dalam teknologi hijau.
Sikap ibu bapa yang
sebegini
bertepatan
dengan
peribahasa
bagaikan
ketam
mengajar
anaknya
berjalan betul.
Ahli panel dan sidang
hadirin yang
dihormati
Demikian
tadi,
perbincangan menarik
berhubung
peranan
kita, peranan remaja
dalam teknolgi hijau ,
teknologi
yang
menyumbang terhadap
pembangunan
mapan
dan kelestarian alam
sekitar.
Selanjutnya,
sebelum
mengakhiri
perbincangan,saya ingin
memperpersilakan ahliahli
panel
kita
merumuskan
topik
perbincangan kita pada
hari ini. Silakan manamana ahli panel kita
membuat rumusan
Ahli panel 1

Saudara pengerusi ,

izinkan saya
memulakan rumusan
perbincangan kita
Pengerusi
Ahli panel 1

Silakan saudara.
Saya mohon kepada
ahli panel dan sidang
hadirin
merenungkembali data
yang
saya
peroleh
daripada
WWF
ini.
Menjelang tahun 2030
penggunaan
tenaga
utama
dunia
akan
menngkat
1.6
%
setahun
atau
45%
dalam
tempoh
21
tahun. Di Malaysia pula,
keperluan
tenaga
elektrik mencecah 18,
947 megawatt. pada
tahun
2020,
dan
mencapai penggunaan
23 092 megawatt pada
tahun tahun 2030.

Angka-angka
ini
menakutkan kita dan
teknologi
hijau
merupakan
penyelesaiannya.
Sudahkah kita golongan
remaja
bersedia

menyahut cabaran ini ?


Bukan
setakat
mempunyai kesedaran
alam sekitar sematamata, malah menjadi
sumber modal insan
berkualiti
menggerakkan
teknologi hijau. Terlalu
banyak sumber semula
jadi mesra alam yang
perlu
diperbaharui
seperti solar,
angin,
mini
hidro
dan
geotermal
menggantikan
minyak
dan arang .
Justeru, marilah kita
membantu
menyelamatkan
bumi
ini
dengan
menjadi
salah
seorang
penggerak
teknologi
hijau dan bukan setakat
menjadi
pengguna
sahaja.
Sesungguhnya,negara
dan dunia memerlukan
kita
untuk
menyelamatkan
bumi.
Renungkan dan fikirfikirkanlah
wahai
remaja sekalian.
Tuntasnya,
peranan
remaja
sememangnya

sangat dituntut dalam


merealisasikan
penggunaan
teknoiogi
hijau secara optimum
dalam
menangani
pelbagai
isu
alam
sekitar
Sekian,
wassalam.
Kembali kepada saudara
pengerusi
pengerusi

Ahli Panel 2

Terima kasih kepada ahli


panel
pertama,
kita
dengar pula rumusan
daripada ahli panel kita
yang
kedua.
Silakan
saudara.
Terima kasih
pengerusi

saudara

Ahli-ahli panel dan


sidang hadirin yang
dirahmati Alllah.
Pada pendapat saya,
cukup jelas kepada kita
bahawa
remaja
sememangnya
dapat
memainkan
peranan
yang signifikan untuk
membantu
ke arah
teknologi hijau.
Seandainya, kita
dapat
membentuk
generasi
muda
kita

untuk
mempunyai
kesedaran yang tinggi
dalam
memastikan
kualiti alam sekitar tidak
terjejas,
saya
rasa
insya-Allah,
generasi
yang akan datang akan
dapat
menikmati
keindahan alam sekitar
dan
memperoleh
pelbagai kemaslahatan
daripadanya.
Saya teringat katakata Sayidina Umar
Al
Khatab
Radiaullahu
anhu
Didiklah
anakmu
mengikut zamannya
dan bukan mengikut
zamanmu bermaksud
ibu bapa seharusnya
mendidik
anak-anak
mengikut
peredaran
zaman.
Justeru
,
dalam
zaman
yang
menyaksikan
manusia
rakus
mengejar
pembangunan
fizikal
dengan mengetepikan
alam sekitar, anak-anak
perlu
diddik
untuk
mempunyai kesedaran
alam
sekitar
yang
tinggi.
Saudara pengerusi,

saya turut bersetuju


dengan pendapat ahli
panel pertama tadi agar
remaja
didik
bukan
sahaja untuk menjadi
pengguna
teknologi
hijau malah penggerak
dan pencipta teknologi
hijau.
Kesimpulannya, remaja
merupakan
aset
manusia paling bernilai
untuk
menggerakkan
aplikasi hijau ke arah
pembangunan
mapan
dan pelestarian alam
sekitar.
Sekian sahaja sidang
hadirin. Saya serahkan
semula kepada saudara
pengerusi. Wassalam.
Pengerusi

Terima kasih kepada


saudara .........................
..........................atas
rumusan yang menarik
tadi. Saya persilakan
pula ahli panel ketiga.

Ahli panel 3

Terima kasih saudara


pengerusi
kerana
memberikan
peluang
kepada
saya
untuk
menyampaikan penutup

bicara tentang teknologi


hijau
dan
peranan
remaja.
Saudara pengerusi,
ahli panel dan sidang
hadirin yang
dihormati
Saya
tidak
menyangkal pandangan
kedua-dua rakan saya
ahli panel pertama dan
kedua, justeru
saya
ingin
membuat
penambahan.
Remaja
hari ini harus serius dan
bersama-sama
mendukung
usaha
kerajaan
dalam
melaksanakan teknologi
hijau.
Tidak
ada
gunanya
kerajaan
memperuntukkan
berbillion-billion ringgit
contohnya pada tahun
2014 sebanyak 1.84
billion untuk pelbagai
program
mempromosikan
teknologi
hijau
jika
remaja
tidak
mempunyai kesedaran
alam
sekitar
dan
beriltizam
memainkan
peranan dalam pelbagai
cara.

Saya
berharap
rakan-rakan remaja di
sini ringan-ringankan
tulang,
panjangpanjangkan
langkah
untuk
menjadi
sukarelawan
alam
sekitar
pelbagai
pertubuhan
pencinta
alam di negara ini.
Khidmat
saudara
saudari
diperlukan
untuk
menjaga
kebersihan alam sekitar
contohnya
membantu
membersihkan sampah
sarap
di
kawasan
rekreasi
seperti
tepi
pantai dan di kawasan
air terjun.
Akhir

kata, saya
ingin
berkonsi
ungkapan menarik yang
pernah diujarkan oleh
Bapak
presiden
Pertama
Indonesia,
Presiden
Sukarno
berkaitan
generasi
muda untuk renungan
kita bersama.
Katanya jika kita
ingin melihat rupa
wajah
sesuatu
bangsa pada masa

hadapan,
lihatlah
rupa
wajah
anak
mudanya hari ini. Jika
tampak molek maka
moleklah pada masa
hadapan . Namun ,
jika
Nampak
jelik,
maka jeliklah bangsa
itu
pada
zaman
mendatang
Tegasnya,
Jelaslah
kepada
kita bahawa
kelestarian alam sekitar
melalui
pembangunan
teknologi
hijau
ini
memerlukan
kita
golongan remaja untuk
menjadikannya
kenyataan
bukan
sekadar impian atau
harapan palsu.
Sekian sahaja hadirin
sekalian.
Kembali
kepada
saudara
pengerusi .
Pengerusi

Terima
kasih
saudara..........................
.......................,
ahlii
panel ketiga.
Demikian
tadi
rumusan perbincangan
daripada semua ahli

panel
kita
tentang
peranan remaja dalam
aplikasi teknologi hijau.
Konklusinya, remaja
memainkan
peranan
yang penting
untuk
mempromosikan
teknologi hijau. Antara
peranan yang
boleh
dimainkan oleh remaja
adalah melalui aktiviti
kitar semula yang boleh
dilakukan sama ada di
rumah, di sekolah atau
di
tempat
awam.
Semudah memetik jari,
remaja
hanya
perlu
memasukkan
sampah
ke dalam tong sampah
pelbagai
warna
mengikut jenis sampah.
Seterusnya, peranan
remaja
yang
kedua
melalui
penyertaan
dalam kegiatan alam
sekitar yang dijalankan
oleh persatuan pencinta
alam
sama ada di
sekolah
atau
yang
dianjurkan oleh NGO
seperti MNS dan WWF,
Selain itu, remaja
juga perlu menyokong
segala program yang

dilaksanakan
untuk
mengurangan
penggunaan tenaga dan
menghijaukan
bumi
seperti Earth Hour
yang dilancakan oleh
WWF sejak tahun 2008.
Dalam pada itu
remaja
disarankan
menggali
sedalamdalamnya ilmu tentang
teknologi
hijau
agar
remaja bukan setakat
menjadi
pengguna,
malah
pencipta
teknologi hijau.
Terima kasih kepada
semua ahli panel yang
sudi
hadir
untuk
membicarakan peranan
remaja dalam teknologi
hijau. Semoga forum ini
menjadi
wadah
melahirkan remaja yang
cakna terhadap isu-isu
alam
sekitar,
selanjutnya membantu
menyelamatkan
bumi
kita.
Harapan
saya
forum ini juga mampu
memberikan informasi
bermanfaat buat semua
hadirin yang dihormati.
Sidang hadirin yang

dihormati..
Kalau
berjalan
dah
sampai ke batas
kalau
berkayuh
dan
sampai ke pulau
Kalau
mendaki
dah
sampai ke puncak
Kita
telah
sampai
kepada
penghujung
bicara
Entah sireh salah sarung
Entah kata salah tutur
Entah maksud salah
sampai
Terimalah
salam,
salam bersantun,
Salam yang minta maaf,
salam
yang
minta
ampun
Saya
mewakili
semua
ahli
panel
mengucapkan setinggitinggi
terima
kasih
kepada semua hadirin
yang
sudi
hadir
menyaksikan
pertandingan
Forum
remaja ini.
Lantaran keterbatasan
waktu,
saya
mohon
mengakhiri bicara ini
selanjutnya
mohon
mengundur diri.

Sekian,
wabillahitaufik
wal
hidayah,
wassalam
mualaikum
warah
matullah
,
salam
sejahtera,
salam
1
Malaysia.