Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Remaja merupakan aset negara pada masa hadapan. Namun demikian, isu masalah sosial di kalangan
remaja kerap diperkatakan kerana didapati masalah ini telah bertambah dari setahun ke setahun.
Antara masalah sosial di kalangan remaja ialah budaya melepak, penagihan dadah dan pergaulan
bebas. Terdapat beberapa tindakan yang boleh dilakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk menangani
permasalahan di kalangan remaja.
Pihak yang boleh memainkan peranan utama dalam menangani gejala sosial ialah ibu bapa dan
keluarga. Kita sedia maklum bahawa kebanyakan masa para remaja banyak dihabiskan di rumah. Ibu
bapa sewajarnya memberikan perhatian dan kaslh sayang kepada anak-anak remaja. Oleh itu, ibu bapa
hendaklah bertanya kepada anak-anak remaja tentang permasalahan yang dihadapi dan membantu
mereka dalam menyelesaikan masalah tersebut. Sesungguhnya, anak-anak remaja amat mernerlukan
bimbingan ibu bapa dalam menghadapi kehidupan yang semakin mencabar.
Pihak masyarakat dan pemimpin setempat juga boleh membantu mengatasi masalah sosial remaja. Para
remaja merupakan ahli kepada masyarakat setempat. Jika masyarakat mendapati terdapat remaja
yang melakukan perbuatan negatif, maka mereka mestilah menegur dan memberi nasihat secara
berhikmah.
Selain itu, pemimpin setempat hendaklah memantau suasana cat tinggal di kawasan yang dipimpin
secara berterusan dan memastikan gejala sosial yang berlaku segera diatasi. Jika para remaja melihat
masyarakat mengambil berat tentang perlakuan mereka pasti para remaja akan memperbaiki tingkah
laku mereka.
Pihak media massa juga perlu memainkan peranan penting dalam mengatasi permasalahan remaja.
Umum mengetahui tentang keberkesanan media massa dalam mempengaruhi hati dan minda seseorang.
Media elektronik dan media cetak perlu menayangkan program yang dapat meningkatkan harga diri
remaja.
Pihak kerajaan juga boleh memainkan peranan yang penting dalam menangani permasalahan remaja.
Hal ini kerana pihak kerajaan mempunyai autoriti dalam negara kerana mempunyai kuasa sumber
kewangan dan boleh menggubal undang-undang. Beberapa program untuk remaja perlu dirangka dan
dilaksanakan secara berterusan agar nilai-nilai murni dapat diamalkan oleh golongan remaja.
Contohnya, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) adalah satu program yang baik kepada remaja di
Malaysia. Bagi remaja yang melanggar undang-undang negara, tindakan tegas hendaklah diambil oleh
pihak kerajaan bagi membendung perlakuan negatif tersebut.
kawasan sekolah. Misalnya, pelajar yang terlibat dengan vandalisme perlu dirotan atau
dikenakan hukuman gantung sekolah. Tindakan ini dapat menginsafkan pelajar yang
terlibat dan mampu menjadi pengajaran kepada pelajar-pelajar yang lain. Pihak sekolah
juga harus mengenepikan sikap pilih kasih semasa mengenakan tindakan terhadap
pelajar yang terlibat dengan vandalisme. Langkah ini bukan sahaja mampu menangani
masalah vandalisme, tetapi turut dapat mengurangkan masalah-masalah disiplin yang
lain.
Untuk mengelakkan keretakan perpaduan dalam kalangan manusia akibat dari perbuatan devein gejala
sosial, maka beberapa langkah pendekatan untuk mengurangkan masalah gejala sosial harus diambil.
Remaja Kini, beliau telah menggariskan beberapa peranan yang harus dimainkan oleh pihak sekolah
dalam membendung penularan masalah sosial ini. Sekolah mempunyai fungsi yang tersendiri dalam
mendidik generasi baru dengan akhlak Islam. Antara lain sekolah boleh menggandakan keberkesanan
institusi pendidikan, menambahkan produktivitinya, meningkatkan kewibawaannya di kalangan setiap
anggotanya baik mereka itu pelajar atau petugas. Boleh juga memperbaiki suasana persekolahan,
mendaulatkan undang-undang atau peraturan Islam khasnya yang berkaitan dengan persekolahan,
memperbaiki hubungan antara sesama anggota sekolah atau institusi. Pihak sekolah juga perlu
memancangkan dengan teguh akan nilai-nilai murni dan akhlak yang baik seperti ketaatan atas dasar
kesedaran menghormati peraturan dan pihak yang berwewenang, menjaga perasaan orang lain, menjaga
standard layanan dalam berinteraksi, berkorban untuk kepentingan ramai, bekerjasama, melakukan selfcriticism, mengawal diri, menghargai ilmu, menghormati ulama' dan sebagainya. Membaiki prestasi
persekolahan murid-murid dari segi kualiti dan kuantiti, mendidik mereka dari segi agama, akhlak dan
sosial secara wajar dan sihat, mempersiapkan mereka agar dapat memikul tugas dan tanggungjawab
yang bakal mereka hadapi; di samping melatih mereka menghukum atau menilai diri sendiri sebagai
seorang yang berfikiran matang dan bebas.
Bimbingan dan nasihat yang lemah lembut tetapi tegas kadang-kadang lebih meninggalkan kesan di
dalam hati serta dipatuhi. Hukuman atau penderaan bukanlah langkah utama yang merupakan satusatunya penyelesaian. Penderaan adalah langkah terakhir apabila contoh yang baik, nasihat dan
hubungan kasih sayang antara anak dan bapa atau guru tidak mampu lagi untuk digunakan. Rasulullah
bersabda yang bermaksud :
"Suruhlah anak-anak kamu menunaikan solat ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka
(kerana enggan sembahyang) apabila umur mereka sepuluh tahun". (Hadith diriwayatkan oleh Abu
Daud).
Demikianlah dalam Islam pembelajaran tidak dimulai dengan rotan atau hukuman. Malah di dahului oleh
berbagai cara dan pendekatan untuk memupuk kebiasaan dan akhlak yang terpuji seperti melatih
bersembahyang dengan menggunakan kecenderungan meniru yang menjadi pembawaan kanak-kanak
dan dengan rasa yang penuh kasih sayang dari orang dewasa. Misalnya dengan memaparkan contoh,
nasihat, perkataan yang baik, teguran yang lemah lembut tetapi tegas dan sebagainya. Sekiranya caracara tersebut gagal barulah dikenakan sedikit kekerasan yang bertujuan mendidik bukan yang
menimbulkan kecacatan fizikal dan sebagainya. Firman Allah :
"Dengan rahmat Allah kepadamu itu maka engkau berlemah lembut menghadapi mereka. Seandainya
hatimu keras dan (sikapmu) kasar nescaya mereka bubar dari sekelilingmu. (Surah Ali Imran : ayat 159)
3.0 Peranan Media Massa
Menurut Asnah Hamid (2007) melalui artikel dalam blognya yang bertajuk Masalah Sosial Di Kalangan
Remaja Kini, beliau telah mengatakan media massa merupakan satu mekanisme yang mempunyai
pengaruh yang amat besar dan berkesan di dalam pembentukan keperibadian manusia. Ia merupakan
agen sosialisasi dan memainkan peranan penting di dalam menanam dan menggalakkan amalan-amalan
berakhlak di dalam masyarakat. Media massa mampu mencorakkan hati budi, mentaliti dan sahsiah umat
khasnya yang beroperasi 24 jam. Media massa tersebut perlu bebas dari cengkaman faham sekularisme,
budaya komersial yang melampau, faham kebendaan dan dorongan untuk hidup secara mewah dan
berpoya-poya. Media massa hendaklah mempunyai asas falsafah dan dasar-dasar komunikasi yang
selaras dengan nilai-nilai akhlak Islam. Para petugas media massa hendaklah meningkatkan rasa
akauntabiliti, tanggungjawab dan kewajipan mereka untuk memihak dan menegakkan nilai-nilai luhur
seperti kebenaran, kejujuran dan sebagainya.
Para pengguna media massa terutama golongan yang bertanggungjawab seperti ibubapa, guru,
pemimpin politik dan pentadbir hendaklah lebih bijaksana dalam mengarah, membimbing, meningkatkan
rasionaliti, kematangan dan kewaspadaan serta keupayaan memilih siaran yang lebih bermanfaat untuk
ditontoni oleh anak-anak atau orang-orang yang di bawah jagaan mereka. Media massa juga sebenarnya
boleh menjadi wahana cultural domination dan imperialisme melalui berbagai saluran teknologi maklumat
yang canggih seperti internet, multimedia dan sebagainya.
4.0 Peranan Rakan Sebaya
Menurut Asnah Hamid (2007) lagi melalui artikel dalam blognya yang bertajuk Masalah Sosial Di
Kalangan Remaja Kini, beliau menyatakan bahawa rakan merupakan antara agen sosial yang
berpengaruh di dalam membentuk sikap dan akhlak individu ialah rakan sebaya. Rakan sebaya
merupakan kelompok rujukan bagi remaja di dalam tingkah laku mereka. Perasaan "sense of belonging"
kepada kumpulan adalah suatu yang lumrah. Remaja akan mengubahsuai dan mengadaptasikan nilainilai rakan sebayanya untuk mendapat penerimaan dan pengakuran mereka. Remaja memang
menyedari adanya jurang generasi antara mereka dengan kumpulan dewasa dan mereka sering
berhadapan masalah dalam mewujudkan hubungan dengan generasi yang lebih tua. Kajian yang
dilakukan oleh Lambert dan rakan-rakannya (1972) menunjukkan remaja menghadapi berbagai konflik
apabila mereka berusaha merentasi jurang generasi (generation gap) tersebut antara pemikiran mereka
dan pemikiran ibubapa mereka. Kajian menunjukkan bahawa masalah remaja lelaki dan perempuan
adalah :
kesukaran untuk membincangkan permasalahan mereka dengan para ibubapa mereka dan para
penjaga mereka
kesukaran untuk memberitahu ibubapa dan penjaga mereka mengenai apa yang mereka lakukan
wujudnya jarak yang agak lebar antara jalan fikiran mereka dengan jalan pemikiran ibubapa dan
penjaga mereka.
Oleh kerana itu golongan remaja umpamanya sering merujuk rakan sebaya dan kelompok sosial tertentu
untuk mendapat bimbingan ke arah menyelesaikan masalah mereka. Kesilapan di dalam memilih
kelompok rakan setara samada bersahabat dengan penagih dadah, kutu lepak, gangster atau kumpulan
samseng, bohsia dan sebagainya pasti akan mengakibatkan kemusnahan akhlak golongan remaja dan
dewasa.
5.0 Peranan Rumah Ibadah
Menurut Asnah Hamid (2007) lagi melalui artikel dalam blognya yang bertajuk Masalah Sosial Di
Kalangan Remaja Kini, beliau menyatakan bagi umat Islam, rumah ibadat yang paling penting ialah
masjid. Di sinilah umat Islam sering berkumpul untuk menyembah Allah secara berjemaah. Sebab itulah
di mana sahaja dalam negara umat Islam, bahkan di kota-kota besar dunia kewujudan bangunan masjid
yang berbagai bentuk dan rupa. Ada yang kecil dan ada pula yang besar. Masjid sentiasa menjadi
lambang kemegahan umat dan pemerintah Islam. Sebagai tempat ibadah masjid mempunyai peranan
dan pengaruh yang besar dalam meneruskan penghayatan nilai-nilai akhlak dalam masyarakat Islam.
Kelangsungan budaya, cara hidup dan syiar Islam lumrahnya diperkukuhkan oleh institusi ini. Sebab itu
perkara pertama yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W ketika baginda berhijrah ke Madinah al
Munauwarah ialah membina Masjid Quba' dan Masjid Nabawi.
Ilmu yang dipelajari di masjid pada masa dahulu bersepadu dengan nilai tauhid, roh Islam dan akhlak. Ia
mengimbaukan ketakwaan dan mengukuhkan ubudiah manusia kepada Allah. Ilmu yang dipelajari
membawa berkat dan meningkatkan ciri khasyatullah atau takut kepada Allah. Sebab itu lahir para ulama
dan ilmuan yang jujur, soleh dan dedikasi. Apabila semangat dan imbauan seperti ini sudah tiada lagi ilmu
disalut dengan semangat kebendaan dan keserakahan manusia. Sebab itu muncullah ilmuan-ilmuan
sekular yang amat benci kepada Islam dan ajaran Allah itu sendiri .
Ada berbagai bentuk kegiatan keilmuan, kebudayaan dan kemasyarakatan yang boleh dijalankan di
dalam atau di pekarangan masjid untuk tujuan mengukuhkan akhlak dan sahsiah umat . Antaranya ialah: