Anda di halaman 1dari 3

http://fadzilmahasiswa.blogspot.

com
BAB 2 : KEMENTERIAN
Kementerian Pelajaran Malaysia
|
Kementerian Pelajaran Malaysia ialah sebuah kementerian yang bertujuan untuk
membangunkan sebuah sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi
memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara
Malaysia. Matlamatnya ialah untuk: melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan
bersatu padu melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan,
dan sejahtera menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara
memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia.
Pendidikan wajib
Pendidikan wajib adalah satu undang-undang yang memerlukan setiap ibu bapa
warganegara Malaysia (yang menetap di Malaysia) yang mempunyai anak mencapai
umur enam tahun mendaftarkannya di sekolah rendah. Tempoh pendidikan wajib adalah
selama selama enam tahun, iaitu tempoh pendidikan rendah.
Pendidikan wajib dilaksanakan mulai tahun persekolahan 2003. Kegagalan ibu bapa
memastikan anaknya mengikut pendidikan wajib merupakan satu kesalahan dari segi
undang-undang, dan jika disabitkan, ibu bapa berkenaan boleh dikenakan denda tidak
melebihi RM5,000 atau dipenjarakan tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali.
Senarai Menteri Pelajaran Malaysia
#

Nama

1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16

Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein


Mohamed Khir Johari
Abdul Rahman Talib
Mohamed Khir Johari
Tun Hussein bin Dato' Onn
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad
Tun Musa Hitam
Datuk Amar Dr. Sulaiman bin Hj. Daud
Abdullah bin Haji Ahmad Badawi
Tun Abdul Rahman Yakub
Datuk Seri Anwar bin Ibrahim
Datuk Amar Dr. Sulaiman bin Hj. Daud
Najib bin Tun Haji Abdul Razak
Tan Sri Dato' Seri Musa Mohamad
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Tan Sri Muhyiddin Yassin

Tempoh
perkhidmatan
1955 - 1957
1957 - 1959
1959 - 1965
1965 - 1968
1970 - 1973
1974 - 1978
1978 - 1981
1982 - 1984
1984 - 1986
1969-1970
1986 - 1991
1991 - 1995
1995 - 1999
1999 - 2004
2004 - 2009
2009 - Kini

Menteri:
Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd. Yassin
Timbalan Menteri: 1
Y.B. Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong
Timbalan Menteri: 2
Y.B. Dr. Haji Mohd Puad Bin Zarkashi

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Ketua Setiausaha
Y.Bhg. Dato' Dr. Rosli bin Mohamed
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Y.Bhg. Dato' Sri Abd. Ghafar bin Mahmud
Pengkhususan Negeri Terengganu
Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu,
En.Razali bin Daud
Pegawai Pelajaran Daerah Marang
Encik Md. Yasin bin Mohd Salleh
Pengkhususan Bahagian Teknik & Vokasional
Pengarah
Tuan Haji Ahmad Tajudin Bin Jab
Timbalan Pengarah Pengoperasian Sekolah
En. Zainuren Bin Mohd Nor
Timbalan Pengarah Pengurusan Akademik
Tuan Haji Wan Mohd Noor bin Wan Endut
Timbalan Pengarah Pembangunan
Puan Hajah Zalihar Bt. Abd. Ghani
Timbalan Pengarah Pembangunan Kejurulatihan PTV
Tuan Haji Zakaria Bin Md Noor

Kementerian Pengajian Tinggi


Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia mula ditubuhkan pada 27 Mac 2004. Ia
adalah hasil rombakan kabinet yang dilakukan oleh Perdana Menteri dengan
membahagikan Kementerian Pendidikan Malaysia kepada 2 kementerian iaitu
Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Menteri
yang pertama memikul tugas Jawatan adalah Datuk Dr. Mohd Shafie Salleh dan kini
disandang oleh Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin. Pada 15 Julai 2004, Kementerian
Pengajian Tinggi telah mula beroperasi di Blok E3, Parcel E, Pusat Perbadanan Kerajaan
Persekutuan Putrajaya.
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia terdiri daripada dua jabatan dan agensi. Jabatanjabatan di bawah Kementerian Pengajian Tinggi ialah Jabatan Pengurusan IPT (JPIPT)
dan Jabatan Pengurusan Politeknik & Kolej Komuniti . JPIPT pula terdiri dari dua sektor
pengurusan iaitu Sektor Pengurusan IPTA & Sektor Pengurusan IPTS. Sementara agensiagensi di bawah Kementerian Pengajian Tinggi ialah LAN, PTPTN,Yayasan TAR dan 20
Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) iaitu :

http://fadzilmahasiswa.blogspot.com

Objektif
Memastikan supaya sekurang-kurangnya 2 universiti negara disenaraikan sebagai
antara 200 universiti terbaik di dunia dan salah sebuah universiti berkenaan
disenaraikan di kalangan 50 universiti terbaik dunia.
Membangunkan sekurang-kurangnya 10 pusat kecemerlangan yang diiktiraf di
peringkat antarabangsa dari segi hasil penyelidikan, hakcipta, penerbitan,
kerjasama penyelidikan dan pengkomersilan hasil penyelidikan.
Memastikan sekurang-kurangnya 75% pensyarah institusi pengajian tinggi awam
mempunyai kelayakan ijazah Doktor Falsafah atau setaraf dengannya dan 30%
pensyarah politeknik dan kolej komuniti mempunyai kelayakan ijazah Sarjana,
Doktor Falsafah atau setaraf denganya.
Menghasilkan graduan-graduan yang kompeten untuk memenuhi keperluan guna
tenaga negara dan antarabangsa dengan sasaran 75% graduan mendapat
pekerjaan dalam bidang relevan dalam tempoh enam bulan selepas tamat
pengajian.
Menggalakkan pengantarabangsaan pengajian tinggi negara dengan menarik
pelajar-pelajar dari luar negara bersamaan dengan 10% dari keseluruhan jumlah
pelajar pengajian tinggi di peringkat diploma, ijazah dan lepasan ijazah
Mempertingkatkan kohort (17-23 tahun) yang mempunyai akses pengajian tinggi
kepada 40% dan memperluaskan peluang pembelajaran sepanjang hayat bagi
semua bentuk pengajian tinggi yang konvensional dan bukan konvensional
Memastikan terdapat peningkatan secara berterusan dari sumber-sumber lain
dalam pembiayaan universiti awam dengan nisbah 30% ditanggung oleh universiti
dan 70% oleh kerajaan.
Menyediakan kemudahan prasarana pengajian tinggi yang mencukupi, setanding
dengan amalan yang terbaik digunakan di peringkat antarabangsa
Menyediakan kemudahan pembiayaan untuk pelajar yang berpotensi dan layak
mendapat akses kepada pengajian tinggi.
Meningkatkan jalinan hubungan strategik diantara institusi pengajian tinggi
tempatan dengan institusi pengajian tinggi luar negara, serta institusi
penyelidikan ternama dalam dan luar negara dalam bidang penyelidikan,
pembangunan dan pengkomersilan.
Lima

Teras Utama
Mewujudkan perancangan pengajian tinggi yang strategik dan sistematik.
Mengukuhkan pengurusan pengajian tinggi negara.
Menambah kapasiti, akses dan penyertaan dalam bidang pengajian tinggi.
Meningkatkan kualiti pengajian tinggi negara setanding di peringkat antabangsa.
Mengantarabangsakan pengajian tinggi negara.

Senarai Menteri
Datuk Shafie Mohd Salleh 20042006
Dato' Mustapha Mohamed 20062008
Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin2008Kini

Anda mungkin juga menyukai