Anda di halaman 1dari 4

MODUL PENINGKATAN PRESTASI TINGKATAN 5

TAHUN 2014
MAJLIS PENGETUA SEKOLAH MALAYSIA (KEDAH)

MODUL 1
PENDIDIKAN SENI VISUAL
Kertas 2
SENI HALUS
Tiga Jam

1. Kertas soalan ini mengandungi enam soalan.


2. Jawab satu soalan sahaja.
3. Kertas soalan ini hendaklah diberikan kepada calon sekurang-kurangnya seminggu
sebelum tarikh peperiksaan kertas ini.

Kertas soalan ini mengandungi 4 halaman bercetak

2611/2

Arahan kepada calon


(a)

Kertas soalan ini hendaklah dibawa ke tempat peperiksaan pada hari yang
ditetapkan. Tuliskan dengan terang Nombor Kad Pengenalan, Nombor Pusat,
Angka Giliran, Kod Mata Pelajaran, Nombor Soalan dan Ruang Markah
mengikut susunan yang ditetapkan di sudut kanan sebelah atas muka belakang
kertas lukisan anda. (Lihat gambar rajah di bawah).
Sudut Kanan Sebelah Atas Muka Belakang Lukisan.

5 cm

NO. KAD PENGENALAN: ..


NO. PUSAT: ..
ANGKA GILIRAN: ...
KOD MATA PELAJARAN: .
NO. SOALAN: ...
MARKAH : ....
8 cm

(b)
(c)
(d)
(e)

(f)

2611/2

Hasil kerja anda hendaklah yang asli.


Hasil kerja anda hendaklah memenuhi atau hampir memenuhi kertas lukisan
kecuali ruang 5 cm x 8 cm yang ditetapkan.
Anda tidak boleh menggunakan bahan pengilat atau syelek pada permukaan
hasil kerja yang sudah siap.
Anda bebas menggunakan apa jua teknik kecuali teknik semburan dan asemblaj.
Jika teknik kolaj digunakan, anda hendaklah menggunakan kertas berwarna atau
bahan terbuang yang nipis seperti kulit majalah, perca kain dan lain-lain yang
dibawa sendiri.
Hasil kerja anda hendaklah dalam bentuk 2D (Dua Dimensi) sahaja.

[Lihat sebelah]
SULIT

Arahan kepada Ketua Pengawas.

2611/2

(a)

Kertas lukisan yang disediakan bagi peperiksaan percubaan SPM berukuran


lebih kurang 28 cm x 38 cm akan dibekalkan oleh Unit Peperiksaan Sekolah.
Calon tidak boleh menggunakan kertas sendiri.

(b)

Pastikan semua hasil kerja calon telah kering sebelum dikutip. Hasil kerja
tersebut jangan dilipat atau digulung untuk mengelakkan daripada sebarang
kerosakan.

(c)

Jika calon menggunakan krayon atau pastel, permukaan lukisan tersebut


hendaklah dilapik dengan kertas yang sesuai. Setiap hasil kerja calon tidak
boleh di bungkus keseluruhannya dengan kertas atau plastik.

(d)

Jika calon menggunakan teknik kolaj atau teknik campuran, mereka boleh
menggunakan kertas berwarna atau bahan terbuang yang nipis seperti kulit
majalah, perca kain dan lain-lain yang dibawa sendiri oleh calon.

[Lihat sebelah]
SULIT

SULIT

2611/2
SENI HALUS

Pilih satu soalan sahaja

1.

Pemandangan di tepi kolam, kelihatan sekumpulan kanak-kanak sedang menangkap


ikan. Berhampiran mereka terdapat pelbagai alatan menangkap ikan.
Gambarkan suasana tersebut dengan memberikan penekanan kepada bentuk, aksi dan
ruang.

2.

Di suatu sudut ruang tamu, terdapat perhiasan tembikar yang terdiri daripada pelbagai
saiz dan bentuk. Ada di antaranya telah jatuh dan pecah.
Gambarkan keadaan tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada
ruang, bentuk, dan jalinan.

3.

Anda telah menemui sebuah penempatan aneh di dasar laut. Kelihatan makhluk ganjil
menghuni penempatan yang dihiasi flora dan cengkerang berwarna-warni.
Lukiskan suasana ini mengikut imaginasi anda dengan memberikan penekanan kepada
jalinan dan warna.

4.

Di dalam sebuah aquarium, seekor ikan arowana mempunyai sisik yang berwarna
keemasan sedang menghampiri permukaan air. Kelihatan buih-buih kecil keluar dari
mulutnya.
Lukiskan gambaran tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan terhadap
bentuk, jalinan dan warna.

5.

Keadaan berjerebu melanda bandaraya Kuala Lumpur. Bangunan seperti menara


berkembar Petronas dan bangunan sekitarnya kelihatan samar-samar.
Gambarkan suasana tersebut dengan memberi penekanan terhadap bentuk,warna dan
ruang.

6.

Di sebuah kebun pisang, seorang lelaki tua sedang berehat sambil bersandar pada
sebatang pokok dengan wajah yang keletihan. Beberapa tandan pisang dan pelepahpelepah dilonggokkan di sekitarnya.
Gambarkan situasi tersebut dengan menitik beratkan pada komposisi, bentuk dan jalinan.

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai