Anda di halaman 1dari 3

SEKOLAH KEBANGSAAN PPR LEMBAH SUBANG

JALAN PJU 1A / 40 (70), LEMBAH SUBANG, PETALING JAYA,


47301 SELANGOR DARUL EHSAN
TEL: 03-79632329
KOD SEK: BBA 8276
_________________________________________________________________________________________

MINIT CURAI
TARIKH
HARI
MASA
TEMPAT
PERKARA
NAMA GURU

29-30 April 2015


Rabu- Khamis
8.00 4.30 PTG
Bilik Komputer, SMK Seksyen 8, Kota Damansara
Kursus TMK KSSR Tahun 6
PUAN SAFIZA BINTI MD ISA @ ISHAK

MAKLUMAT DITERIMA
29 April 2015 (Rabu)
1. Ucapan alu-aluan daripada En Zuraidi, Pegawai Pendidikan Daerah Petaling Utama.
2. Slot pertama Senarai semak, tugasan Ketua Panitia dan Taklimat umum KSSR dan DSKP.
a. Di sampaikan oleh Tuan Haji Wan Zaini, pensyarah daripada IPG Kota Bharu.
b. Ketua Panitia mesti mengambil masa untuk membincangkan jawapan di dalam modul 1-4
sebelum pdp bermula.
c. Laporan pencapaian murid mesti dikeluarkan sebagai bukti dan dimasukkan ke dalam fail
perkembangan murid dan mesti disahkan oleh Ketua Panitia. (boleh dipermudahkan dalam
bentuk excel)
d. Isikan pelaporan / rekod prestasi murid di dalam ms excel.
3. Slot Kedua Mod Pengajaran / Pedagogi
a. Di sampaikan oleh Tuan Haji Saiful, pensyarah daripada IPG Kota Bharu.
b. Modul Pengaturcaraan terdapat 4 modul.
c. Terdapat 8 kaedah dalam strategi pengajian dan pembelajaran TMK.
i. Pembelajaran kendiri
ii. Kolaboratif
iii. Pembelajaran berasaskan projek
iv. Inkuiri penemuan
v. Penyelesaian masalah
vi. Pembelajaran masteri
vii. Konstruktivisme
viii. Pembeljaran penerokaan
4. Slot Ketiga Standart Kandungan 1 & 2 bersama Modul Pengaturcaraan.
a. Di sampaikan oleh Tuan Haji Wan Zaini, pensyarah daripada IPG Kota Bharu.
b. Pengaturcaraan dengan Pembelajaran Abad ke 21.
c. Pemikiran Komputasional menggunakan algoritma, menggunakan alat berfikir dan peralatan
digital.
d. Pembelajaran Abad ke 21 globalisasi kolaboratif generasi digital pembangunan aplikasi
e. Pengenalan kepada Modul 1 terdapat 3 modul.
f. Modul adalah sekadar bimbingan tapi tidak semestinya diikut terutamanya contoh yang diberi
tetapi penilaian mesti mengikut modul. Sesuaikan aktiviti dan contoh dengan sosioekonomi
pelajar.
g. Pengenalan kepada Modul 2 terdapat 5 modul bermula dengan definisi algoritma, pseudokod
dan carta alir sehinggalah pelajar dapat membuat sendiri algoritma, pseudokod dan carta alir.

30 April 2015 (KHamis)


1. Ucapan alu-aluan daripada En Zuraidi, Pegawai Pendidikan Daerah Petaling Utama.
2. Slot pertama Standart Kandungan 3 & 4 bersama Modul Pengaturcaraan dan instrument pentaksiran.
a. Di sampaikan oleh Tuan Haji Saiful, pensyarah daripada IPG Kota Bharu.
b. Penerangan tentang penggunaan scratch sebagai salah satu medium pengajaran
pengaturcaraan.
c. Guru juga boleh menggunakan program pengaturcaraan lain yang mudah.
d. Guru hendaklah mengikut modul yang diberikan sehinggalah murid berjaya membina
pengaturcaraan sendiri menggunakan scratch atau program lain. (paling mudah gunalah
program scratch kerana sangat bersesuain dengan modul yang diberikan)
e. Guru perlu mengkaji sendiri cara penggunaan scratch sebelum mengajarnya kepada murid.
3. Slot Kedua RPH, Membina Instrumen Pentaksiran dan Pelaporan
a. Di sampaikan oleh Tuan Haji Wan Zaini, pensyarah daripada IPG Kota Bharu.
b. Penulisan lesson plan - Pemilihan SK dan Sp, Objektif, Strategi pembelajaran, aktiviti pdp
i. teori pembelajaran,
ii. gaya pembelajaran,
iii. pelbagai kecerdasan.
Ditambah dengan unsur-unsur: EMK,Kbat,
Aspek: didik hibur, kecindaan, kajian, demonstrasi
c. Perlukan infrastruktur dan prasarana yang baik dan up to date.
d. Rancangan Pengajaran Harian mestilah membuat penerangan terperinci tentang aktviti yang
dirancang untuk mencapai strategi yang dipilih. Begitu juga dengan instrument pentaksiran
mengikut standart yang disediakan. Ini mengambilkira memudahkan guru rilif yang
mengendalikan kelasnya.
4. Slot Ketiga Tugasan Kumpulan dan Pembentangan Kumpulan
a. Di sampaikan oleh Tuan Haji Saiful, pensyarah daripada IPG Kota Bharu.
b. Pembentangan kumpulan bermula daripada modul 1.1 hingga 4.1.

TINDAKAN PERLU DIBUAT


1. Guru perlu membuat in house secepat mungkin.
2. Guru perlu meneliti modul sebelum kelas dijalankan.
3. Laporan in house mesti di hantar sebelum 30 Mei 2015.
BAHAN-BAHAN DIBEKALKAN OLEH PENGANJUR
Bahan softcopy- 1) modul 1-4
2) DSKP
3) program scratch

Disediakan oleh

(SAFIZA BINTI MD ISA @ ISHAK)

SEKOLAH KEBANGSAAN PPR LEMBAH SUBANG


JALAN PJU 1A / 40 (70), LEMBAH SUBANG, PETALING JAYA,
47301 SELANGOR DARUL EHSAN
TEL: 03-79632329
KOD SEK: BBA 8276
_________________________________________________________________________________________

MINIT CURAI
TARIKH
HARI
MASA
TEMPAT
PERKARA
NAMA GURU

8 MAC 2013
JUMAAT
12.00 TGH 4.00 PTG
BILIK WACANA MINDA, TINGKAT 1, PPDPU
MESYUARAT JAWATANKUASA KECIL BAHASA INGGERIS (RENDAH) DAERAH
PETALING UTAMA BIL 2/2013
PUTERI MARINA BINTI MOSTAFA

MAKLUMAT DITERIMA
1. Beberapa program untuk guru-guru BI telah berjaya dilaksanakan dan ada lagi yang akan menyusul.
Antara program yang telah dilaksanakan termasuk Using Dictionary Skills (28 Februari 2013) dan
Bengkel Penandaan Kertas (7 Mac 2013). Program lain yang akan diadakan termasuk English-In-Camp
(23 Mac 2013) dan Bengkel Penutur Jati Using Authentic Materials (4 April 2013). Guru-guru yang telah
menghadiri kursus berkenaan perlu mengadakan latihan dalaman dan menyebarkan maklumatmaklumat penting yang diterima kepada guru-guru Bahasa Inggeris lain di sekolah.
2. Puan Leong daripada SK Taman Megah membentangkan program English-In-Camp (EIC) yang pernah
diadakan di sekolah tersebut pada tahun lalu. Mesyuarat memutuskan setiap sekolah di dalam daerah
Petaling Utama perlu menghantar 2 orang wakil guru dan 2 orang wakil murid. Yuran sebanyak RM20
dikenakan untuk setiap sekolah.
3. Pembahagian tugas telah dilaksanakan di kalangan guru-guru yang hadir sebagai persediaan
penghasilan modul BI untuk murid berprestasi rendah.
TINDAKAN PERLU DIBUAT
1. Guru perlu menyediakan dan membawa bahan-bahan yang sesuai untuk penyediaan modul BI untuk
murid berprestasi rendah. Kompilasi bahan akan dilakukan di dalam mesyuarat akan datang. Guru perlu
membawa laptop masing-masing di dalam mesyuarat yang dijadualkan pada 21 Mac 2013.
BAHAN-BAHAN DIBEKALKAN OLEH PENGANJUR
-tiadaDisediakan oleh

(PUTERI MARINA BINTI MOSTAFA)

Anda mungkin juga menyukai