P. 1
Khairat Kematian SAH

Khairat Kematian SAH

|Views: 746|Likes:
Dipublikasikan oleh syamsul363

More info:

Categories:Types, Brochures
Published by: syamsul363 on Apr 05, 2010
Hak Cipta:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF or read online from Scribd
See more
See less

01/09/2011

pdf

SURAU AL-HIJRAH

JAI.SEL.BMP./01/034/310 Jalan Seri Putra 6/3 Bandar Seri Putra 43000 Bangi Selangor Darul Ehsan

PENGURUSAN KHAIRAT KEMATIAN

SURAUAL-HIJRAH
JAI.SEL.BMP./01/034/310

Jalan Seri Putra 6/3, Bandar Seri Putra 43000 Bangi, Selangor Darul Ehsan

PENUBUHAN KHAIRAT KEMATIAN SURAU AL-HIJRAH BANDAR SERI PUTRA

Haji Abu Hassan Sidek Pengerusi Khairat Kematian No 21, JSP 6/3 (019 2806312)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Hasil daripada mesyuarat AJK Surau Al-Hijrah yang diadakan pada tarikh 5 Disember 2009, ahli Jawatankuasa Surau Al-Hijrah telah bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa Pengurusan Khairat Kematian selaras dengan Jawatankuasa Induk yang telah ditubuhkan oleh Surau As-Syakirin bagi menguruskan jenazah orang Islam bagi kawasan perumahan sekitar Bandar Seri Putra. Tanah Perkuburan Islam Bandar Seri Putra telah diwartakan dengan rujukan berikut : Nama Rasmi No. Rujukan PTDUL No. Warta Tarikh Warta : Tanah Perkuburan Islam Bandar Seri Putra Bangi, Kajang : 16/3/19-2005 : 2714 : 07 September 2008

Selaras dengan itu, pihak Surau As-Syakirin telah mengambil satu inisiatif dengan memecahkan pengurusan setempat kepada beberapa zon mengikut bilangan Surau yang ada dan Surau Al-Hijrah merupakan sebahagian daripadanya. Penubuhan Pengurusan Khairat Kematian untuk kariah Surau Al-Hijrah diwujudkan bagi menyediakan kemudahan kepada para penduduk beragama Islam dipersekitarannya. Dalam masa yang sama juga, diharapkan taman-taman perumahan di dalam kariah Surau Al-Hijrah dapat membentuk jawatankuasa Pengurusan Khairat Kematian sendiri ataupun bergabung dengan Pengurusan Khairat Kematian sedia ada jika telah cukup segala kemudahan dan kepakaran. Pengurusan Khairat Kematian bernaung di bawah Surau Al-Hijrah yang berdaftar dengan JAIS dengan nombor pendaftaran JAI.SEL.BMP./01/034/310 dan memperolehi Kebenaran Menjalankan Khairat serta Kutipan Sumbangan Ahli dari Pejabat Agama Islam Daerah Hulu Langat dengan nombor rujukan Bil. (3) dlm. PAIDHL 008/035. Adalah diharapkan, projek perintis ini akan diikuti oleh pengurusan kawasan perumahan itu sendiri supaya urusan Fardhu Kifayah ini dapat kita luas dan dekatkan di hati kita semua. Surau Al-Hijrah hanya menyediakan inisiatif dan prasarana, selebihnya terpulanglah atas usaha kita semua. InsyaAllah. Semoga hasil positif yang diperolehi pada sesi Pertemuan & Penerangan di Surau Al-Hijrah baru-baru ini akan mempertingkatkan lagi kesungguhan dan usaha kita semua agar lebih ramai lagi yang akan menyertai Khairat Kematian ini serta mendalami ilmu untuk bekalan kita semua di alam Akhirat kelak. Wassalam

Jawatankuasa Pengurusan Khairat Kematian Surau Al-Hijrah Bandar Seri Putra

Jawatankuasa Pengurusan Khairat Kematian Surau Al-Hijrah
Selaras dengan keperluan badan Khairat Kematian itu sendiri yang lebih bersifat TEMPATAN maka jawatankuasa pengurusan Khairat kematian Surau Al-Hijrah telah ditubuhkan bagi menguruskan sendiri proses penyempurnaan jenazah baik lelaki mahupun wanita. Perkara ini dipertimbangkan setelah mengambilkira beberapa faktor. a. Keperluan bagi menyempurnakan tuntutan Fardhu Kifayah itu sendiri. b. Jenazah akan diuruskan dengan lebih cermat oleh rakan-rakan dan jiran yang mengenalinya. c. Mementingkan hidup bermasyarakat dengan mengutamakan Anak Kariah yang telah berdaftar dan juga jemaah Surau Al-Hijrah. d. Menambah ilmu dan juga memanfaatkan kelebihan warga itu sendiri. e. Menyediakan satu persekitaran yang lebih mesra kejiranan dengan semangat musyawarah dan gotong-royong.

SENARAI JAWATANKUASA LANTIKAN PENGURUSAN KHAIRAT KEMATIAN SURAU AL-HIJRAH .
PENAUNG PENGERUSI SETIAUSAHA BENDAHARI : : : : Datuk Haji Mohd Johar bin Haji Abas Tuan Haji Abu Hassan bin Sidek Encik Syamsul Akmal bin Mohd Saad Encik Mazlan bin Abdullah

Alamat
05 Jln Seri Putra 6/4 21 Jln Seri Putra 6/3 59 Jln Seri Putra 6/4 40 Jln Seri Putra 6/7

AHLI JAWATANKUASA 1. 2. Birokrasi dan Urusan Keluarga Pengurusan Jenazah Lelaki : : : : : : 3. Pengurusan Jenazah Wanita : : : : : : : : 4. Solat Jenazah & Talkin : : : : 5. Penasihat Faraid & Tuntutan : Mejar Mohammad Kayum bin Badaruddin Haji Maat bin Suki (Ketua) Encik Hanafiah bin Abu Hussin Encik Saiful Hisham bin Mansor Encik Wan Abdul Aziz bin Wan Khalid Encik Sahari bin Pardi Puan Siti Zuriah binti Haji Basiron (Ketua) Puan Hasliza binti Ahmad Puan Rosnani binti Said Puan Zaiton binti Ab Hamid Puan Khairah binti Ismail Puan Nooriza binti Romli Puan Normah binti Ismail Puan Rozi Hamidah binti Kamaruddin Imam Nik Hilmizam bin Nik Ismail Imam Ahmad Bakhtiar bin Jelani Imam Azmi bin Hamzah Imam Mohd Azham Bachok Encik Abdullah Omar bin Bawadi 47 Jln Seri Putra 6/4 39 Jln Seri Putra 6/5 35 Jln Seri Putra 6/6 42 Jln Seri Putra 6/2 39 Jln Seri Putra 6/6 65 Jln Seri Putra 6/3 39 Jln Seri Putra 6/5 39 Jln Seri Putra 6/6 25 Jln Seri Putra 6/5 40 Jln Seri Putra 6/7 47 Jln Seri Putra 6/4 53 Jln Seri Putra 6/4 35 Jln Seri Putra 6/6 38 Jln Seri Putra 6/4 20 Jln Seri Putra 6/4 41 Jln Seri Putra 5/6 31 Jln Seri Putra 6/6 51 Jln Seri Putra 6/4 23 Jln Seri Putra 6/5

Jawatankuasa Pengurusan Khairat Kematian Surau Al-Hijrah Bandar Seri Putra

Model struktur Khairat Kematian Bandar Seri Putra 1.1 Kerangka Utama Pengurusan
Surau As-Syakirin menyediakan kelengkapan mandi jenazah menguruskan pengangkutan van jenazah menyediakan khidmat penggalian kubur menguruskan lot-lot penempatan kubur menyediakan Takaful khairat kematian * tanggungjawab syari’e kariah

Surau Al-Mustaqim

Surau Khoiratul Islamiyah

Surau Al-Hijrah menghebahkan kematian dalam kariah menguruskan hal ehwal birokrasi menyempurnakan jenazah solat / talkin untuk jenazah menguruskan tahlil arwah

1.2

Kariah-kariah di dalam Surau Al-Hijrah
a. b. c. d. Putra Tropika Putra 96 Anjung Suasana Mencakupi Seksyen 5, 6 & 8 di dalam Bandar Seri Putra

1.3

Pejabat Urusan Unit Pengurusan Perkuburan (UPP)
Alamat Pegawai Setiausaha AJK : : : : : : Surau Asy Syakirin, Jalan seri Putra 3/1, Bandar Seri Putra Hj Abdul Rani Hj Mohamed 016 4460838 Hazmi Abdul Hamid 017 2266238 Mohd Nor Sulong 016 2353524 Sukiman Awang 012 6059051 Mahyudin Zainuddin 013 2994677

1.4

Perkhidmatan yang disediakan
a. b. c. d. e. Menyelaraskan kegiatan serta penubuhan khairat kematian mengikut kariah Surau Kelengkapan serta pusat memandikan jenazah di Surau As-Syakirin dan kerusi bergerak 1 buah kenderaan jenazah (dengan kerjasama Surau Al Kauthar BB Bangi) beserta pemandu Pengurusan, pentadbiran dan penyelenggaraan Tanah Perkuburan Islam Bandar Seri Putra Memanfaatkan penggunakan tapak kubur yang masih kosong untuk kegiatan yang membawa manfaat kewangan

Jawatankuasa Pengurusan Khairat Kematian Surau Al-Hijrah Bandar Seri Putra

Proses Pengurusan Kematian 1.1 Prosedur Kerja Pengkebumian yang telah ditetapkan oleh Unit Pengurusan Pengkebumian (UPP)
a. Waris mendapatkan Sijil Kematian Yang telah disahkan oleh pihak berwajib (Hospital ataupun Polis) dengan menyerahkan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran simati. b. Waris menghubungi UPP untuk tempahan lot kubur dengan mengisi Borang Permohonan Perkhidmatan Pengkebumian dan menyerahkan Sijil Kematian c. Membuat bayaran tempahan mengikut bayaran yang telah ditetapkan iaitu RM50 untuk pendaftaran dan RM400 untuk kerja-kerja pengkebumian (tertakluk kepada pindaan). d. Jenazah diuruskan sendiri oleh waris ataupun ahli kariah termasuk penghantaran ke kubur dan talkin. e. Pengkebumian disempurnakan oleh waris dengan bantuan petugas UPP.

1.2

Carta Alir Kerja Pengkebumian yang telah ditetapkan oleh Unit Pengurusan Pengkebumian (UPP)
KEMATIAN

Pengeluaran Sijil Kematian dan kebenaran pengkebumian oleh pihak Polis / Hospital

Tempahan pengkebumian

Permohonan tidak diluluskan ingatkan pemohon tentang peraturan

Pengesahan dokumen bayaran tempahan OK YA

dan

TIDAK

Pengkebumian dibenarkan, lot kubur ditentukan dan rekod pengkebumian

Jenazah dibawa perkuburan

ke

tanah

Rekod dan pengesahan lokasi lot kubur oleh penyelia perkuburan

Pengkebumian dijalankan dengan sempurna

SELESAI

Jawatankuasa Pengurusan Khairat Kematian Surau Al-Hijrah Bandar Seri Putra

Kronologi Pengurusan Jenazah Khairat Kematian Surau Al-Hijrah
KEMATIAN

Waris menghubungi Pengerusi Khairat dan memberikan butir-butir kematian serta dimana jenazah hendak disemadikan

Pengerusi Khairat akan memberitahu Jawatankuasa Pengurusan dan menentukan langkah seterusnya serta membuat hebahan

PENGENDALIAN JENAZAH & KEBUMI DI BSP

PENGENDALIAN JENAZAH & KEBUMI DI DITEMPAT LAIN

PENGENDALIAN JENAZAH DI BSP & KEBUMI DITEMPAT LAIN

DOKUMENTASI & BIROKRASI - Setiausaha semak rekod jenazah - Bendahari akan mengeluarkan dana awal - Urusan birokrasi dan dokumentasi didahulukan

DOKUMENTASI & BIROKRASI - Setiausaha semak rekod jenazah - Bendahari akan mengeluarkan dana awal - Urusan birokrasi dan dokumentasi didahulukan

DOKUMENTASI & BIROKRASI - Setiausaha semak rekod jenazah - Bendahari akan mengeluarkan dana awal - Urusan birokrasi dan dokumentasi didahulukan

PENGURUSAN JENAZAH Yassin & Tahlil terakhir Mandi jenazah Kafan jenazah Solat jenazah mengikut permintaan keluarga : rumah / surau

PENGURUSAN JENAZAH - Yassin & Tahlil terakhir -

PENGURUSAN JENAZAH Yassin & Tahlil terakhir Mandi jenazah Kafan jenazah Solat jenazah mengikut permintaan keluarga : rumah / surau

PENGKEBUMIAN - Surat mati & tempahan lot kubur - Urusan van jenazah - Jenazah di bawa ke tanah perkuburan - Pengkebumian - Talkin - Menyelesaikan urusan berkaitan perkuburan

PENGKEBUMIAN - Urusan van jenazah - Jenazah di bawa ke tempat persemadian

PENGKEBUMIAN - Urusan van jenazah - Jenazah di bawa ke tempat persemadian

URUSAN KELUARGA - Tahlil Arwah - Bantuan tuntutan Khairat - Sebarang bantuan lain yang difikirkan perlu

URUSAN KELUARGA - Tahlil Arwah - Bantuan tuntutan Khairat - Sebarang bantuan lain yang difikirkan perlu

URUSAN KELUARGA - Tahlil Arwah - Bantuan tuntutan Khairat - Sebarang bantuan lain yang difikirkan perlu

Jawatankuasa Pengurusan Khairat Kematian Surau Al-Hijrah Bandar Seri Putra

Pelan Tabung Khairat & Takaful
Dari cadangan-cadangan asal yang telah dikemukakan oleh ahli Kariah, telah dicadangkan supaya Jawatankuasa Pengurusan Khairat Kematian menyediakan Skim Tabung Khairatnya sendiri. Skim yang disediakan oleh Pengurusan Khairat Kematian Surau As-Syakirin tidak menyediakan pendahuluan tetapi bantuan dalam bentuk tuntutan. Oleh kerana itu, Pengurusan Khairat Kematian perlu mempunyai tabungan sendiri bagi membeli peralatan dan kelengkapan serta menyediakan bantuan awal dengan segera tanpa menunggu wang tuntutan takaful.

1.1

Tabung Khairat Kematian Surau Al-Hijrah
Jawatankuasa Pengurusan Khairat Kematian telah menentukan jumlah kutipan dan menyimpannya dalam Akaun Surau Al-Hijrah. Bantuan segera akan dikeluarkan oleh Bendahari untuk tujuan pengurusan jenazah. Caruman : Kutipan Tahunan RM50 untuk sebuah keluarga tanpa mengira hubungan dan bilangan ahli keluarga. Tabungan : RM10,000 bagi 200 buah rumah di Putra Tropika. Pengeluaran : RM2000 untuk satu kematian a. Pengeluaran sehingga RM1500 bagi bantuan pengurusan meliputi urusan van jenazah, kelengkapan jenazah dan urusan pengkebumian. b. Bantuan saguhati RM500 kepada keluarganya. c. Tahlil Arwah mengikut permintaan keluarga dan dijalankan mengikut keselesaan keluarganya (di surau ataupun di rumah) d. Bantuan khidmat nasihat Faraid serta tuntutan.

1.2

Skim Takaful anjuran Surau Asy Syakirin
Skim tambahan ini disediakan bagi mereka yang ingin menyertai skim Takaful Berkelompok yang disediakan oleh Surau Asy Syakirin. Skim ini mempunyai 3 Pelan yang boleh dipilih mengikut kemampuan. Jawatankuasa Pengurusan Khairat Kematian akan menguruskan penjadualan dan kutipan serta proses membuat tuntutan.

Pelan 1

Pelan 2

Pelan 3

Sumbangan Sumbangan Sumbangan RM20 setahun RM30 setahun RM60 setahun Ahli : RM1000 Ahli : RM2000 Ahli : RM4000 Pasangan : RM1000 Pasangan : RM2000 Pasangan : RM4000 Anak : RM500 Anak : RM1000 Anak : RM2000 (had 3 orang sahaja) (had 3 orang sahaja) (had 3 orang sahaja) 1.3 Urusan kendalian Jenazah bagi ahli kariah yang tidak mencarum serta ahli keluarga terdekat
Bagi warga kariah yang tidak mencarum serta jika ada keluarga terdekat yang jenazahnya ingin dikebumikan di BSP dan jenazahnya diuruskan oleh Khairat Kematian maka Pengurusan Khairat Kematian akan mengeluarkan kos pendahuluan urusan jenazah dan tuntutan akan dibuat kepada keluarganya dalam masa seminggu.

1.4

Skim Mesra Usia Emas Kerajaan Negeri Selangor
Pengurusan Khairat Kematian akan membantu proses pendaftaran ahli kariah yang telah meninggal dunia dan menepati kriteria yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Mana-mana ahli kariah yang merupakan anak jati ataupun telah menetap di negeri Selangor melebihi 15 tahun serta berusia 60 tahun ke atas semasa meninggal dunia, layak mendapat tuntutan sehingga RM2500 yang akan dibayar dua kali. Tuntutan akan dimajukan kepada Pejabat ADUN Bangi.

TARIKH CARUMAN
JALAN SERI PUTRA 6/3 BANDAR SERI PUTRA 43000 BANGI SELANGOR DARUL EHSAN
JAI.SEL.BMP./01/034/310

JSP

/

JAWATANKUASA PENGURUSAN KHAIRAT KEMATIAN SURAU AL-HIJRAH BANDAR SERI PUTRA

BORANG PENYERTAAN SKIM KHAIRAT KEMATIAN SURAU AL-HIJRAH
NAMA KETUA KELUARGA NO. KAD PENGENALAN TARIKH LAHIR ALAMAT : : : : ............................................................................................................................. ............................................................................................................................. ............................................................................................................................. ............................................................................................................................. ............................................................................................................................. NO. TELEFON : : : E-MAIL : ..................................................................... (RUMAH) ..................................................................... (BIMBIT) ..................................................................... (PEJABAT) .............................................................................................................................

TANGGUNGAN (ISTERI DAN AHLI KELUARGA YANG TINGGAL BERSAMA) NAMA TARIKH LAHIR NO KP / SURAT BERANAK

Dengan ini saya mengesahkan bahawa butir-butir peribadi di atas adalah betul. Saya juga bersetuju dengan pembayaran sebanyak RM 50.00 setahun bagi tahun 2010 untuk keluarga saya bagi Pengurusan Khairat Kematian dan juga sebarang kegunaan yang difikirkan perlu. Saya juga akur jika saya gagal memberikan maklumat yang tepat dan cuai, maka Pengurusan Khairat Kematian Surau Al-Hijrah tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang risiko.
DISAHKAN OLEH TANDATANGAN TARIKH : ............................................................ ............................................................

sila sertakan cop rasmi Khairat Kematian

Sila serahkan Borang & Yuran kepada Hj. Abu Hassan Sidek (No 21 JSP 6/3 - 019 2806312)

Jawatankuasa Pengurusan Khairat Kematian Surau Al-Hijrah Bandar Seri Putra

PERATURAN KUMPULAN WANG KHAIRAT KEMATIAN SURAU AL-HIJRAH, JALAN SERI PUTRA 6/3 BANDAR SERI PUTRA
1. NAMA PERATURAN 1.1 Peraturan ini dinamakan Peraturan Kumpulan Wang Khairat Kematian Surau Al-Hijrah, Bandar Seri Putra. 1.2 Peraturan ini diwujudkan untuk mengurus kewangan berkenaan di bawah kelolaan Bendahari Surau Al-Hijrah. 1.3 Peraturan ini dilaksanakan selepas Mesyuarat Agung Surau Al-Hijrah dan berkuatkuasa mulai bulan Januari 2010. 2. TAFSIRAN 2.1 “Kumpulan Wang Khairat Kematian” ertinya satu kumpulan wang tabungan oleh seseorang anggota Khairat Kematian ini untuk maksud kebajikan bagi menguruskan jenazah dan sumbangan kepada keluarga simati. 2.2 “Anggota” ertinya anggota-anggota yang telah mendaftar, membayar yuran dan telah disahkan oleh Pengerusi Khairat Kematian. 2.3 “Keluarga Anggota” ertinya suami, isteri, anak, anak angkat yang sah disisi undang-undang dan ahli keluarga yang telah dinamakan di dalam borang pendaftaran Khairat Kematian. 2.4 “Sumbangan” ertinya pemberian wang tunai oleh Bendahari Surau Al-Hijrah mengikut peraturan ini. 2.5 “Ahli Jawatankuasa Khairat Kematian Surau Al-Hijrah” ertinya satu badan pengelola yang dilantik oleh Mesyuarat Agung Tahunan Surau Al-Hijrah. 3. TUJUAN 3.1 Untuk menyempurnakan keperluan tuntutan Fardhu Kifayah setempat. 3.2 Jenazah akan diuruskan dengan lebih cermat oleh rakan-rakan dan jiran yang mengenalinya. 3.3 Mementingkan hidup bermasyarakat dengan mengutamakan Anak kariah yang berdaftar serta merupakan jemaah Surau Al-Hijrah. 3.4 Menambah pengetahuan dan pengalaman serta memberikan keinsafan dalam menguruskan jenazah. 3.5 Menyediakan satu persekitaran yang lebih mesra kejiranan dengan semangat musyawarah dan kerjasama. 3.6 Menanggung urusan pengkebumian, mempercepatkan urusan birokrasi dan memberi bantuan kewangan secara tunai kepada anggota semoga dapat mengurangkan beban keluarga anggota. 3.7 Melakukan tahlil arwah secara berkala dan melihat apa-apa keperluan dan tuntutan yang boleh diberikan kepada ahli keluarga simati. 3.8 Menjaga kebajikan keluarga yang ditinggalkan dengan memberikan nasihat ke atas faraid serta membantu dengan sebarang tuntutan yang layak diperolehi oleh keluarganya. 4. PENYERTAAN 4.1 Semua penduduk Putra Tropika yang beragama Islam dan semua ahli kariah Surau Al-Hijrah boleh mendaftar untuk menjadi anggota Khairat Kematian Surau Al-Hijrah. 4.2 Anak-anak belum berkahwin, anak-anak yang masih ditanggung oleh ibubapa, ahli keluarga yang bermastautin di Putra Tropika serta pembantu rumah yang sah dikira sebagai ahli keluarga yang boleh didaftarkan di dalam borang Khairat Kematian. 4.3 Semua borang pendaftaran hendaklah disertakan sumbangan RM50.00 setahun dan telah disahkan oleh Pengerusi Khairat Kematian. 4.4 Yuran Tahunan sebanyak RM50.00 akan dikutip pada setiap bulan Januari. Sebarang perubahan dan penambahan anggota boleh dilakukan melalui borang yang disediakan dan disahkan oleh Pengerusi Khairat Kematian.

Jawatankuasa Pengurusan Khairat Kematian Surau Al-Hijrah Bandar Seri Putra

5. SUMBER KEWANGAN 5.1 Sumber kewangan Khairat Kematian Surau Al-Hijrah adalah melalui sumbangan oleh setiap anggota sebanyak RM50.00 (Ringgit Malaysia lima puluh sahaja) setiap tahun. 5.2 Sumbangan atau derma dari pihak lain yang berminat. 6. FAEDAH-FAEDAH YANG DIPEROLEHI 6.1 1 Bantuan urusan birokrasi dengan pihak berkaitan seperti polis, hospital, van jenazah serta tempahan lot kubur. 2. Khidmat bantuan nasihat guaman untuk tuntutan faedah simati serta pembahagian faraid. 6.2 Kumpulan Wang Khairat Kematian Surau Al-Hijrah akan menanggung semua urusan pebelanjaan sehingga RM1500.00 (Ringgit Malaysia satu ribu lima ratus sahaja) bagi urusan pengurusan jenazah yang meliputi : 1 Urusan mandi dan kafan jenazah 2 Pendaftaran lot kubur 3 Urusan penggalian liang lahad 4 Kereta jenazah 5 Bacaan talkin 6 Lain-lain bayaran yang diperlukan semasa urusan pengkebumian 6.3 Untuk setiap kematian anggota (ketua keluarga ataupun ahli keluarga), sumbangan wang tunai RM500.00 (Ringgit Malaysia lima ratus sahaja) akan diberikan kepada ahli keluarganya oleh Bendahari Kumpulan Wang Khairat Kematian Surau Al-Hijrah. 6.4 Bagi kematian Pembantu Rumah yang didaftarkan sebagai anggota, Kumpulan Wang Khairat Kematian Surau Al-Hijrah akan membantu urusan pengkebumian di Bandar Seri Putra sahaja dan kematian itu juga berlaku di Bandar Seri Putra. segala urusan biokrasi dan urusan pengkebumian ditempat lain hendaklah diuruskan oleh majikan beliau. 7. PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN 7.1 Kumpulan Wang Khairat Kematian Surau Al-Hijrah dikelolakan oleh Bendahari Surau Al-Hijrah. Dasar pengelolaan wang tersebut ditentukan oleh Ahli Jawatankuasa Pengurusan Khairat Kematian Surau Al-Hijrah. 7.2 Bendahari Surau Al-Hijrah hendaklah bertanggungjawab kepada Ahli Jawatankuasa Pengurusan Khairat Kematian Surau Al-Hijrah dengan tugas-tugas berikut : 1 Mengumpul dan membahagi bahagian sejumlah wang atas keperluan-keperluan yang telah dipersetujui. 2 Mengurus dan mentadbir Kumpulan Wang Khairat Kematian dengan cermat dan amanah. 3 Merancang dan menyusun strategi pelaburan Kumpulan Wang Khairat Kematian. 4 Menyediakan akaun untuk diaudit oleh Jawatankuasa Audit Dalaman. 5 Menyediakan Laporan Kewangan untuk dibentangkan di dalam Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Surau Al-Hijrah dan juga Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pengurusan Khairat Kematian Surau Al-Hijrah. 8. KEWANGAN 8.1 Tahun Kewangan Kumpulan Wang Khairat Kematian Surau Al-Hijrah bermula pada 1 Januari dan berakhir pada 31 Disember tiap-tiap tahun. 8.2 Akaun Kumpulan Wang Khairat Kematian hendaklah dibuat berasingan dalam mana-mana bank yang ditentukan oleh Bendahari Surau Al-Hijrah. 8.3 Akaun Kumpulan Wang Khairat Kematian hendaklah diaudit oleh Audit Dalaman Surau Al-Hijrah sebelum dibentang dalam Mesyuarat Agung Tahunan Surau Al-Hijrah.

Jawatankuasa Pengurusan Khairat Kematian Surau Al-Hijrah Bandar Seri Putra

9. PERTIKAIAN 9.1 Sebarang pertikaian atas tafsiran ini hendaklah dirujuk kepada Ahli Jawatankuasa Pengurusan Khairat Kematian Surau Al-Hijrah. 9.2 Aturan-aturan ini telah dibentang, dibincang dan diluluskan di dalam Mesyuarat Agung Khas Surau Al-Hijrah di Surau Al-Hijrah Jalan Seri Putra 6/3, Bandar seri Putra, 43000 Kajang Selangor Darul Ehsan.

.................................................... Haji Abu Hassan Sidek Pengerusi Khairat Kematian

.................................................... Syamsul Akmal Hj. Mohd Saad Setiausaha Khairat Kematian

.................................................... Mazlan Abdullah Bendahari Khairat Kematian

You're Reading a Free Preview

Mengunduh
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->