Anda di halaman 1dari 16

Perancangan Program Latihan dalam Menjana Pembangunan Modal

Insan

ABSTRAK
Aspek penting dalam membangunkan

ekonomi Negara yang berasaskan

pengetahuan, berdaya saing dan berdaya tahan ialah penya modal insane
yang cukup ampuh untuk mendepani sebarang cabaran. Kepentingan
pembangunan modal insan ini dalam pembangunan ekonomi negara jelas
dapat dilihat, di mana teras kedua yang digariskan dalam Misi Nasional yang
menjadi asas kepada pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan ke arah
merealisasikan
menjelang

matlamat

tahun

pembangunan

2020,

modal

menjadikan
adalah

insan.

Malaysia

berkait

Dalam

sebuah

secara

sector

negara

langsung

pendidikan

maju

dengan

umpamanya,

pembangunan modal insan, terutamanya golongan akademik dan pelajar,


adalah sangat penting kerana golongan ini menjadi antara penyumbang
utama ke arah matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara maju.
Usaha membangunkan modal insan ini melibatkan perancangan
program latihan bagi menambah dan membangunkan mereka dengan input
dan kemahiran yang bertepatan dengan keperluan semasa. Latihan adalah
penting untuk membuat sesuatu perubahan yang positif, iaitu untuk
meningkatkan

pengetahuan,

memperkenalkan

kaedah

kemahiran

baru

bagi

dan

perubahan

melakukan

sikap

serta

pembaharuan

untuk

kemajuan individu.
Pastinya perancangan program latihan yang tepat untuk modal insane
Negara maju akan membantu menjana perkembangan yang selari dengan
kemajuan ekonomi Negara.
Kata kunci (Pembangunan, Modal Insan, Perancangan Program Latihan,
Menjana Modal Insan dan Pembangunan Modal Insan).
1

1. PENGENALAN
Modal manusia atau modal insan ditakrifkan sebagai ciri-ciri yang dimiliki oleh manusia
yang menyebabkan mereka lebih produktif. Modal ini tidak boleh dipindahkan kepada
seseorang kepada seseorang yang lain tetapi seseorang perlu melabur untuk
mendapatkannya. Ia dibentuk atau dipupuk melalui pelaburan terhadap pendidikan,
latihan sebelum bekerja, latihan semasa bekerja, kesihatan, penghijrahan dan usaha
mencari

maklumat

yang

dapat

meningkatkan

taraf

hidup

sesorang.Negara

memerlukan pekerja-pekerja terlatih, berkemahiran dan produktif dalam


berbagai bidang. Keperluan ini semakin meningkat selaras dengan peralihan
kepada ekonomi berasaskan pengetahuan. Tenaga mahir ini dilihat perlu
dilengkapkan dengan jati diri tinggi yang penuh dengan sifat-sifat jujur,
amanah, berwawasan demi mengutamakan kualiti pekerjaan.31 Oleh itu
modal insan yang ingin dilahirkan ialah modal insan berkualiti lagi seimbang
dari segi jasmani, rohani dan intelek. Ia juga untuk melahirkan tenaga kerja
terlatih lagi berdaya saing, baik di dalam negara mahupun di peringkat
antarabangsa. Sehubungan itu, pembangunan modal insan menjadi teras
kepada

Misi

Nasional

dalam

Rancangan

Malaysia

Ke-Sembilan

iaitu

rancangan Malaysia terpenting yang menjadi titik permulaan fasa kedua


negara menuju Wawasan 2020. Pembangunan modal insan ditekankan
dalam teras kedua melalui peningkatan keupayaan penduduk dalam aspek
pengetahuan, inovasi dan nilai. Melalui teras kedua ini rakyat dilihat sebagai
aset negara paling berharga. Ia merupakan satu inisiatif transformasi negara
untuk melangkah ke arah ekonomi berpaksikan pengetahuan dan menjadi
2

negara maju serta kekal pada tahap tersebut. Oleh itu modal insan adalah
satu keperluan bukan lagi satu kemewahan.

2. METODOLOGI
Penyelidikan

atau

kajian

adalah

sebagai

satu

kegiatan

pengumpulan, pengolahan dan analisis data yang dilakukan secara


sistematik dan cekap untuk memecahkan sesuatu persoalan. Dengan
itu,

tujuan

menjalankan

kajian

ialah untuk

memperoleh

jawapan

melalui penggunaan suatu langkah ilmiah yang sistematik dan saintifik


Justeru

mana-mana kajian memerlukan

kepada

metodologi sebagai

cara

memperoleh dapatan. Metodologi yang digunakan pula memerlukan teknik yang


bersistematik

bagi

menepati

kehendak

ilmiah,

kaedah

saintifik

dan

mempunyai kualiti.
Metodologi dalam bab ini merujuk kepada tatacara melaksanakan kajian
atau tatacara

mendapatkan maklumat

bagi

mencapai

matlamat

kajian.

Ahmad Mahdzan Ayob (1993:44) menetapkan kaedah kajian sebagai segala


langkah atau prosedur untuk mencapai segala objektif yang mana aktiviti
kajiannya sudah tentu dijalankan mengikut kaedah sains. Bagi pelaksanaan
kajian ini, penulis akan memastikan teknik-teknik kajian yang dipilih dapat
menjamin kajian dapat dilakukan secara lebih teratur dan teliti dalam semua aspek.
Secara umum,

kajian

ini menggabungkan

menghasilkan dapatan yang lebih berkualiti.


3

dua

bentuk

asas

kajian

bagi

3. SOROTON LITERATUR
3.1

DEFINASI LATIHAN DAN MODAL INSAN

Dalam usaha melakukan perubahan yang positif untuk meningkatkan


pengetahuan, kemahiran dan perubahan sikap serta memperkenalkan
kaedah baru bagi melakukan pembaharuan untuk kemajuan sesuatu
organisasi memerlukan latihan. Latihan merupakan aktiviti organisasi yang
dirangka secara sistematik untuk membawa perubahan kepada pekerjapekerja melalui proses pembelajaran dan pembangunan. Latihan juga
dikenali sebagai satu bentuk pelaburan yang mempunyai kaitan dengan
nilai-nilai produktif seseorang individu yang dilatih.
Cascio (1995) telah mentakrifkan latihan sebagai program-program
yang direkabentuk untuk meningkatkan prestasi di tahap individu, kumpulan,
dan organisasi. Menurut Rozhan (2002), latihan ialah segala usaha yang
dilakukan oleh organisasi untuk meningkatkan kemampuan seseorang untuk
melaksanakan tugasnya atau memainkan peranan yang telah ditetapkan
organisasi. Latihan tertumpu kepada usaha menyediakan pekerja secara
khusus bagi tugas yang telah diberikan kepadanya, dan lebih berorientasikan
masa kini. Peningkatan prestasi bermaksud wujudnya perubahan yang boleh
diukur dalam pengetahuan, kemahiran, sikap, dan tingkah laku sosial.
4

Pendefinisian yang agak similar diberikan oleh M.B. Muda (2003) terhadap
latihan iaitu ia terdiri daripada program terancang yang direkabentuk untuk
memperbaiki prestasi individu, kumpulan dan organisasi.
Menurut Oxford Advanced Learners Dictionary (2003), pula, latihan
ditakrifkan dalam dua pendefinisian. Pertamanya, latihan sebagai proses
pembelajaran

kemahiran-kemahiran

yang

diperlukan

seseorang

untuk

melaksanakan tugasnya. Keduanya, latihan didefinisikan sebagai proses


persediaan untuk turut serta dalam satu-satu pertandingan sukan dengan
membuat persediaan fizikal. Dalam konteks perbincangan artikel ini,
pendefinisian

yang

pertama

akan

digunapakai

kerana

latihan

yang

dilaksanakan dalam sesebuah organisasi lebih terfokus kepada proses


pembelajaran yang diwujudkan untuk memantapkan kemahiran-kemahiran
individu bagi memudahkan individu tersebut melaksanakan tugasnya.
Menurut Jaafar Muhammad (1985) pula, latihan bermaksud pendidikan
yang didapati untuk memahirkan atau memperolehi sesuatu kepandaian.
Konsep latihan selari dengan konsep pembelajaran di mana individu
mendapat kemahiran, pengetahuan dan kebolehan yang akan menimbulkan
perubahan tingkah laku yang kekal.
Mengikut Sibson (1976), latihan dibentuk untuk memberi kemahiran yang
diperlukan oleh kakitangan dalam melaksanakan tugas mereka. Hackett
(1979) pula berpendapat latihan ialah sejumlah masa yang ditetapkan oleh
pihak

pengurusan

kepada

pekerja-pekerja

baru

atau

lama

untuk

memberitahu serba sedikit tentang polisi organisasi, peraturan kerja dan


sebagainya. Ia bertujuan untuk melahirkan pekerja yang berpenge-tahuan
dan mahir dalam bidangnya. Secara formalnya, latihan ialah kursus-kursus
yang dibentuk untuk melahirkan pekerja yang berkualiti.
Latihan kakitangan di dalam sesebuah organisasi bermula dengan
analisis keperluan latihan. Menurut Wan Azmi Ramli (1994), berdasarkan
penemuan analisis ini sesebuah organisasi harus menyediakan latihan yang
diperlukan oleh kakitangannya. Latihan adalah perlu bagi melengkapkan
5

kakitangan dengan kemahiran dan pengetahuan serta sikap positif untuk


meningkatkan lagi prestasi mereka dalam menghasilkan keluaran atau
perkhidmatan yang berkualiti. Ini disokong oleh Mahadavan (1997) yang
mengatakan bahawa program latihan atau pembangunan staf mesti
mengambil kira keperluan dan keutamaan guru. Ini adalah kerana keperluan
bagi setiap peserta adalah berbeza-beza. Oleh itu, jika ia tidak dirancang
dengan teliti, ia boleh menimbulkan tanggapan yang negatif di kalangan
guru kerana mereka merasakan program latihan yang dihadiri tidak relevan
dan tidak dapat menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.
Nadler (1986) menunjukkan dengan jelas pembangunan sumber
manusia saling mempengaruhi perancangan dan penggunaan sumber
manusia. Nadler mengemukakan model ini bagi menunjukkan bahawa
aktiviti

utama

pembangunan

pembangunan
dapat

individu

menambah

iaitu

ataupun

latihan,

pendidikan

memperbaiki

dan

pengetahuan,

kemahiran, sikap dan tingkah laku (KSA) pekerja dalam melakukan tugasnya.
Sebagaimana contohnya German-Malaysian Institute (GMI) adalah projek
gabungan kerajaan Malaysia dan Jerman dalam usaha menghasilkan pekerjapekerja yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dengan mereka
bentuk program latihan bagi organisasi-organisasi yang memerlukan latihan
teknikal.

Selain

daripada

itu,

individu-individu

juga

perlu

berusaha

mendapatkan kemahiran dan pengetahuan baru dalam menempuh alaf baru


yang berasaskan teknologi digital melalui aktiviti-aktiviti pembelajaran
terancang.
Berbalik pula kepada Istilah modal insane, pada mulanya modal insan
dipercayai pertama kali dibincangkan oleh ArthurCecil Pigou (1877-1959)
dalam karyanya, A Study in Public Finance pada tahun1928. Kemudiannya
diikuti tokoh-tokoh seperti Jacob Mincer dalam artikelnyaInvestment in
Human Capital and Personal Income Distribution pada tahun 1958dan Gary
Becker
6

dalam

Human Capital

pada

tahun

1964.

Pada

aspek

yang

tertentu,idea mereka menyamai idea Karl Marx (1818-1883) iaitu konsep


labor power.Bagi definisi Barat, pembangunan modal insan didefinisikan
sebagai suatu carauntuk mengenal dan mengkategori kemahiran dan
kebolehan orang yang digunadalam pengambilan pekerja dan dalam hal lain,
mereka

memberi

sumbangankepada

pembangunan

negara.

Menurut

perspektif mereka, mereka begitu memberi fokus kepada pembangunan


sumber manusia dari sudut pengetahuan dankemahiran tertentu yang dapat
memberi pulangan kepada ekonomi sesebuah organisasi atau masyarakat.
Dewan bahasa dan pustaka menjelaskan modal insan sebagai sumbersumber intelek yang ada pada dir pada diri setiap manusia. Ia menunjukkan
seseorang yang mempunyai kemahiran, ilmu,berpengetahuan dan mampu
menyumbangkan kebaikan kepada dunia hari ini. Modal insane merupakan
sumber yang penting dalam membangunkan sesebuah Negara.

Malaysia sebagai sebuah Negara yang berada dalam era kemajuan tidak
menafikan bahawa pembinaan modal insan rakyatnya telah menyumbang ke
arah peningkatan perkembangan ekonomi. Walaupun Malaysia sebuah Negara
yang terdiri daripada pelbagai etnik dan bangsa, pelbagai latar belakang
kepercayaan dan budaya, namun Malaysia menggunakan pendekatan agama
dalam membangunkan modal insan. Sebagai rumusannya, dapat dikatakan
bahawa dalam mencapai usaha membangunkan modal insane, ia melibatkan
usaha membentuk program latihan yang diyakini mampu mempersiapan modal
insan yang mampu berdepan, dengan cabaran yang selaras dengan peredaran
zaman. Fungsi latihan kini juga dilihat sebagai asas kepada kelangsungan
sesuatu pembangunan. Jelas dalam usaha membangunkan modal insane
ini,pembangunan insan terlebih dahulu berlangsung sebelum pembangunan
yang lain termasuk pembangunan Negara dapat dilakukan.

3.2 KEPENTINGAN MODAL INSAN


Dalam usaha mencapai sebuah tamadun yang Cemerlang, Gemilang
dan Terbilang dan punya generasi Minda Kelas Pertama, memerlukan
persediaan melahirkan atau membentuk generasi pelapis yang menepati
keperluan-keperluan ini. Generasi muda hari ini merupakan modal insan
yang

mampu

memenuhi

keperluan

pembangunan

individu,

keluarga,

masyarakat, negara dan dunia yang merangkumi aspek penguasaan ilmu


yang tinggi, sikap proaktif, kekayaan moraliti, budaya menyumbang untuk
kepentingan bersama dan pembangunan yang bersifat holistik.Minda Kelas
Pertama memerlukan segenap usaha serta komitmen daripada setiap
peringkat masyarakat untuk melahirkan modal insan. Setiap etnik, kelas
sosial,

komuniti

dan

institusi

perlu

mengambil

bahagian

dalam

merealisasikan misi ini.Terdapat beberapa kepentingan modal insan dan


langkah-langkah untuk melahirkannya.

Kepentingan yang pertama adalah untuk menjadikan negara Malaysia


sebagai negara yang mampu berdaya saing dan berdaya maju dengan
negara-negara membangun yang lain agar mampu dijadikan contoh oleh
negara-negara di rantau Asia.Hal ini kerana modal insan merupakan
golongan tenaga muda yang mempunyai potensi yang amat bernilai untuk
dibangunkan bagi memajukan lagi segala sektor-sektor yang penting di
Malaysia .Golongan ini menjadi tulang belakang bagi memastikan negara
Malaysia akan sentiasa membangun seiring dengan negara-negara maju
yang lain.Golongan ini juga dianggap sebagai benteng harapan untuk maju
ke hadapan dan sebagai sumber penting bagi membentuk kemajuan negara.

Kedua, modal insan amat penting untuk menjana kemajuan negara


Malaysia dalam semua bidang agar mampu menempa kemajuan serta
perubahan keatas negara Malaysia dari pelbagai aspek penting.Hal ini
terbukti apabila golongan minda kelas pertama ini telah mencuba untuk
melakukan

tranformasi

secara

total

atau

perubahan

drastik

yang

menyeluruh terhadap cara dan gaya hidup,adat resam, budaya,dominasi


ekonomi

dan

kewangan,perkembangan

pendidikan,teknologi
masyarakat

dalam

maklumat,media
kalangan

rakyat

cetak

ilmu
dan

pengetahuan
eletronik

Malaysia.Tindakan

dan

terhadap

golongan

ini

melakukan tranformasi adalah bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup


rakyat Malaysia agar selaras dengan taraf hidup masyarakat di negaranegara membangun yang lain.

Strategi untuk melahirkan modal insan adalah melalui pendedahan


meluas terhadap penguasaan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang oleh
golongan modal insan.Hal ini menunjukkan bahawa golongan ini perlu
menyediakan diri dengan memiliki kemantapan informasi serta kemahiran
dalam pelbagai bidang untuk melahirkan golongan modan insan kelas
pertama.Melalui penguasaan ilmu pengetahuan ini,kita dapat mendedahkan
bidang sains dan teknologi kepada seantero masyarakat Malaysia.Tindakan
ini

merupakan

cara

bagi

melahirkan

modal

insan

kelas

pertama.Perkembangan era globalisasi adalah merupakan satu cabaran yang


perlu dihadapi oleh modal insan agar mampu menghasilkan modal insan
kelas pertama yang berpengetahuan,berinovasi serta berkualiti tinggi.

Seterusnya
umpamnya,melalui

dalam

kesediaan

pengenalan

Dasar

sistem
1

Murid

pendidikan
1

Sukan

Malaysia

juga

dapat

melahirkan modal insan yang memiliki keseimbangan antara keperluan


akademik dan keperluan fizikal.Hala tuju dasar pendidikan negara kita amat
jelas iaitu melahirkan modal insan berminda kelas pertama bukan sahaja
melalui pencapaian akademik malah melalui pencapaian dalam bidang
sukan. Oleh itu, Dasar 1 Murid 1 Sukan secara tidak langsung dapat
melahirkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani,emosi,rohani dan
intelek. Melalui dasar ini juga kerajaan mahu membina dan menjana modal
insan yang berguna kepada bangsa dan negara melalui bidang sukan.

Selain
menghasilkan

itu,Program
modal

Latihan

insan

Khidmat

yang

Negara

menjadi

(PLKN)

tunggak

juga

utama

dapat
kepada

pembangunan negara pada masa akan datang.Melalui program ini,modal


insan dapat dibentuk menjadi insan yang bertanggungjawab serta mampu
melakukan sesuatu perkara dengan usaha yang bersungguh-sungguh demi
mencapai kejayaan.Golongan yang menyertai PLKN ini adalah golongan
10

sasaran utama bagi melahirkan modal insan disebabkan oleh daya pemikiran
yang dinamik,progresif dan eksklusif yang ada pada mereka. Dengan
itu,mereka telah diletakkan sebagai generasi pelapis yang mampu mewarisi
tampuk pemerintahan negara suatu hari nanti berdasarkan corak dan acuan
modul kerajaan.

Kesimpulannya,dapatlah dirumuskan bahawa pembangunan modal insan


amat penting bagi menjadikan Malaysia bukan sahaja negara maju yang
beridentitikan diri sendiri,malah akan menjadi contoh bagi negara-negara di
seluruh pelosok dunia . Dalam konteks dunia global hari ini, modal insan
yang benar-benar berkualiti adalah satu kemestian, bukan lagi satu
kemewahan dan kemegahan. Oleh itu,bersama-samalah kita melangkah
maju ke hadapan berpaksikan pengetahuan serta bukan sahaja sekadar
semata-mata

ingin

menjadi

negara

maju

tetapi

negara

maju

yang

mempunyai identitinya sendiri serta mampu melahirkan lebih ramai lagi


modal insan kelas pertama.

3.3

PERANCANGAN PRORGAM LATIHAN DALAM MENJANA MODAL INSAN


Pakar ekonomi telah menyarankan satu reformasi ekonomi dan sosial

yang besar dijalankan bagi mencapai enjin pertumbuhan ekonomi yang baru.
Enjin kepada ekonomi tersebut ialah menyediakan polisi yang menjadikan
ilmu sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi yang utama. Oleh itu, sumber
utama pertumbuhan ekonomi kini bukan lagi dalam bentuk material seperti
tanah dan komoditi. Ilmu, inovasi dan teknologi telah menjadi sumber baru
ekonomi berasaskan pengetahuan yang menjadi pemacu penting kepada
pertumbuhan

ekonomi

global

menggantikan

modal

material.

Justeru,

pembangunan modal insan adalah pembangunan yang menumpukan kepada

11

manusia. Matlamat utamanya ialah untuk meningkat dan memajukan


individu bagi mendapatkan pulangan pada masa akan datang.
Secara asas, ia berkaitan kecekapan dan komitmen seseorang dalam
organisasi yang dilihat dari aspek kemahiran, pengalaman, potensi dan
kapasiti. Modal insan mengumpul mereka yang mempunyai kemampuan
bagi memastikan sesebuah perniagaan dan pentadbiran itu berjaya. Namun
demikian, bagaimanakah modal insan ini dapat dibangunkan atau dengan
perkataan yang lebih tepat dilaburkan. Program-program pembangunan
modal insan yang lengkap dan menepati matlamat menjadikan manusia
sebagai modal untuk mendapat pulangan adalah merangkumi program
latihan dan pembangunan.
Pembangunan modal insan wajar melahirkan manusia yang memiliki
ilmu pengetahuan dan nilai moral yang tinggi serta memiliki kemahirankemahiran tertentu yang boleh dimanfaatkan dalam bidang pekerjaan dan
kehidupan seharihari secara berkesan dan berkualiti. Negara memerlukan
pekerja-pekerja terlatih, berkemahiran dan produktif dalam berbagai bidang.
Keperluan ini semakin meningkat selaras dengan peralihan kepada ekonomi
berasaskan pengetahuan. Tenaga mahir ini dilihat perlu dilengkapkan
dengan jati diri tinggi yang penuh dengan sifat-sifat jujur, amanah,
berwawasan demi mengutamakan kualiti pekerjaan. Oleh itu modal insan
yang ingin dilahirkan ialah modal insan berkualiti lagi seimbang dari segi
jasmani, rohani dan intelek. Ia juga untuk melahirkan tenaga kerja terlatih
lagi

berdaya

saing,

baik

di

dalam

negara

mahupun

berkesan

dengan

di

peringkat

antarabangsa.
Membentuk

program

latihan

yang

menggunakan

pendekatan sistem akan melibatkan empat fasa penting iaitu fasa menilai
keperluan, fasa mereka bentuk, fasa perlaksanaa dan fasa penilaian.
Berdasarkan penilaian empat fasa utama ini, terdapat berbagai-bagai jenis
latihan yang boleh diberikan kepada generasi muda. Namun begitu, dalam
12

membentuk latihan tersebut, kita juga perlu tahu apakah jenis latihan yang
diperlukan, di mana latihan diperlukan, siapa yang perlu menghadiri latihan
dan apakah kaedah yang terbaik untuk menyampaikan latihan kepada
pekerja. Analisis keperluan latihan (training need analysis) merupakan titik
permulaan bagi merancang dan membentuk latihan yang berkesan melalui
pendekatan sistem. Analisis keperluan latihan juga

merupakan satu

pendekatan sistematik untuk mengenalpasti keperluan latihan bagi pekerja


tertentu.
Dalam

usaha

negara

membangunkan

modal

insan

yang

berkualiti,kebanyakan organisasi sekarang ini dilanda dengan pelbagai


bentuk peubahan dari segi ekonomi, teknologi dan trend sosial. Ini telah
menjadikan latihan sebagai satu perkara yang sangat penting bagi
memastikan prestasi dan produktiviti pekerja yang tinggi. Bagi memastikan
program

latihan

berkesan,

adalah

dicadangkan

agari

menggunakan

pendekatan sistem yang mempunyai empat fasa iaiatu fasa keperluan


latihan, fasa rekabentuk, fasa peleksanaan program latihan dan fasa
penilaian program latihan. Program latihan yang berkesan sememangnya
sesuatu yang diidamkan oleh semua majikan. Melalui pendekatan sistem ini,
suatu program latihan yang terancang dapat dilaksanakan. Oleh yang
demikian, semua pihak dalam organisasi perlu terlibat dalam membentuk
program latihan supaya latihan yang disediakan betul-betul memenuhi
keperluan organisasi dan akan memberi pulangan yang sepatutnya kepada
organsiasi. Sebegitu jualah hasrat dalam membentuk modal insan melalui
rekaan latihan yang bersesuaian dan mampu mencapai matlamat akhir
latihan yang dibina.
Pihak kerajaan juga harus mengubah suai program pengajian di semua
institusi

pengajian

tinggi

dan

latihan

mengikut

keperluan

semasa

pembangunan ekonomi Negara. Selain itu pihak kerajaan juga hendaklah


mempergiat program latihan dan kemahiran , menyediakan dana bagi
mempergiat
13

program

industrial

skill

enhancement

di

pusat

latihan

kemahiran negeri untuk meningkatkan kemahiran graduan kejuruteraan dan


pekerja teknikal. Usaha mengembangkan latihan dan pembangunan ini juga
boleh

melibatkan

mengembangkan
pentauliahan
pengurusan

graduan

jurusan

kompentensi

dan

lain

supaya

kebolehpasaran

professional,pembangunan
kebolehpasaran

digalakkan

siswazah

dan

melalui

untuk

program

sukan,keusahawanan,skim
teknologi

maklumat

dan

komunikasi (ICT). Usaha kerajaan melaksanakan Program Latihan 1 Malaysia


dengan tujuan menambah ilmu pengetahuan melalui peningkatan kemahiran
dan mempelajari kemahiran baharu. Dengan ini selari dengan kehendak
kerajaan

yang

menggalakkan

pembelajaran

sepanjang

meningkatkan peluang bekerja dan produktiviti tenaga buruh.

14

hayat

untuk

4. KESIMPULAN
Pendidikan dan latihan sebenarnya memainkan peranan yang lebih
penting dalam pertumbuhan tersebut. Pendidikan dan latihan akan
meningkatkan produktiviti pekerja di mana pengetahuan dan kemahiran
yang

ada

pada

pekerja

tersebut

akan

meningkatkan

penjanaan

pendapatan mereka. Teori ini juga menekankan kepentingan pendidikan


dan latihan sebagai kunci untuk terlibat dalam ekonomi global yang baru.
Oleh itu pendidikan tinggi merupakan satu komponen penting dalam
mengukuhkan produktiviti modal manusia.
Modal manusia atau modal insan merupakan faktor pengeluaran yang
penting dalam semua aktiviti ekonomi. Keperluan terhadap modal
manusia yang pelbagai menggambarkan peri pentingnya pembangunan
modal manusia yang sesuai dengan keperluan pasaran pekerjaan. Ini
adalah kerana modal manusia mempunyai kaitan yang rapat dengan
pertumbuhan ekonomi dan sebagai penggerak kepada ekonomi dalam era
globalisasi. Ini diperkukuhkan lagi oleh kenyataan yang dikemukakan oleh
Venhorst et al. (2010) bahawa modal manusia merupakan kunci kepada
teori pertumbuhan ekonomi moden.
Kepentingan pendidikan ini telah membawa kepada inisiatif kerajaan
untuk mengukuhkan sistem pendidikan melalui peruntukan pendapatan
negara untuk tujuan pembangunan pendidikan. Pembangunan pendidikan
terutamanya

pada

peringkat

tinggi

adalah

sangat

penting

dalam

pembinaan modal insan yang lebih produktif untuk meningkatkan


produktiviti ekonomi. Tambahan pula pembinaan modal insan pada
peringkat ini menjadi teras dalam menjana ekonomi negara yang
berasaskan pengetahuan. Oleh itu, perancangan dan pembentukan
15

latihan yang bersesuaian dan bersifat tepat dengan keperluan semasa


adalah yang terbaik dalam usaha mencapai matlamat negara melahirkan
modal insan yang cemerlang.

RUJUKAN
1.

Abdullah Ahmad Badawi (2007), Human Development: The Engine of

Economic Growth dalam Abdullah Ahmad Badawi (ed), Islam Hadhari


Approach: Towards a Progressive Islamic Civilisation, Putrajaya: JAKIM.
2.

Abdul Rahman Ahmad (2006), Pembangunan Modal Insan: Apa dan

Kenapa Perlu Dalam Konteks Organisasi di Malaysia, Kuala Lumpur: Human


Resources Academy.
3.

Dhesi, Autar S. (1979), Human Capital Formation and its Utilization,

New Delhi: Sterling Publishers Pvt. Ltd.


4.

Hideo Seki (1985), Greeting, dalam Nihon Rodo Kyokai (ed), Toward

Better Utilization of Human Resources In Asian Countries, Asian Regional


Conference on Industrial Relations, Tokyo: The Japan Institute of Labour, h.
177.
5.

INTAN (2006), Pentadbiran dan Pengurusan Awam di Malaysia, Kuala

Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).

16