Anda di halaman 1dari 5

Panduan skima pemarkahan Bahasa Melayu Kertas 2

PEMARKAHAN MENGIKUT BAHAGIAN

A. Pemberian Markah

Bahagian A = 10 markah
Bahagian B = 30 markah
Bahagian C = 20 markah
Jumlah keseluruhan = 60 markah = ?/60 x100 markah =/100%

Bahagian A 10 markah
Membina ayat
1.Ayat yang ditulis mestilah ada kena mengena dengan bahan grafik yang diberi.
2.Pemilihan kata kerja yang tepat dan sesuai dengan aktiviti dalam gambar yang diberi.
3.Ayat yang ditulis mestilah ayat majmuk dan gramatis.
4.Jika kesalahan yang dilakukan oleh murid lebih dariada 4 kesalahan dalam kelima-lima ayat yang
dibina markah yang patut diberi tidak lebih daripada 7 markah.
5.Jika ayat yang dibina terlalu banyak kesalahan dan tidak menepati tatabahasa yang tepat dan
sesuai markah yang harus diberi tidak lebih daripada 3 markah keseluruhan ayat.

Bahagian B
(penulisan)

1. Penilaian aspek isi ( 15 markah )

Isi mestilah terdiri daripada 4 atau 5 isi penting:


Setiap isi memerlukan HURAIAN, KETERANGAN dan CONTOH yang sesuai. Huraian isi perlu jelas
dan tepat. Contoh yang diberikan mestilah bersesuaian dengan isi atau tema yang hendak ditulis.
2 markah x 4 isi yang lengkap = 8 markah
1 markah pendahuluan = 1 markah
1 markah penutup = 1 markah
Jumlah markah isi = 10 markah

2. Penilaian aspek Bahasa ( 15 markah )

Aspek bahasa terbahagi


a. Perbendaharaan kata = 3 markah
b. Struktur ayat = 3 markah
c. Imbuhan = 3 markah
d. Tanda baca = 3 markah
e. Ejaan = 3 markah

Jadi jumlah markah keseluruhannya ialah 15 + 15 = 30 markah untuk satu soalan.

Markah penuh diberi untuk satu-satu isi yang dapat disampaikan dengan baik iaitu
pengolahannya menarik dan sangat berkesan.

1 markah diberi untuk satu-satu isi yang pengolahannya kurang menarik. Maksudnya tidak
dapat markah penuh.

markah pula untuk satu-satu isi yang pengolahannya lemah.

Penulisan yang kemas, bersih, teratur serta senang dibaca juga mempengaruhi markah.

Pembahagian markah adalah sama banyak bagi kedua-dua soalan tersebut. Adik-adik mesti
menjawab kedua-dua soalan untuk lulus dengan gred yang baik.

* Peringatan:

Karangan yang terpesong, markah yang diberi tidak melebihi 5 markah daripada 30
markah. Ini bermakna walau baik sekali pun karangan tersebut , jika terpesong, markah tertinggi
hanyalah 5 markah sahaja.

Isi yang berunsur negatif tidak akan diberi markah. ( ukuran nilai ialah yang berteraskan
budaya Melayu / Islam )

Tambahan markah
1.

Ada markah tambahan (bonus) diberikan untuk karangan yang mempunyai susunan isi dan
jalinan idea yang baik.

2.

Kata aluan dan ucap terima kasih bagi karangan berbentuk surat kiriman dan ucapan adalah
dikira sebagai format.

3.

Markah tambahan juga mungkin akan diberikan bagi karangan yang bertulisan cantik.
B. Potong Markah: Perkara yang perlu dielakkan semasa menulis karangan.
1. Bilangan perkataan tidak mencukupi(Panjang karangan antara 80-120
patah perkataan.

kurang daripada 40 perkataan ( markah penuh tidak melebihi 10 )

41 hingga 50 patah ( tolak 3 markah )

51 hingga 60 patah ( tolak 2 markah )

61 hingga 70 patah ( tolak 1 markah )

2. Bagi setiap satu kesalahan:

imbuhan tolak markah

tanda baca tolak markah

ejaan tolak markah

3. Karangan yang terpesong langsung:

markah yang diperolehi tidak melebihi 10 markah

4. Format:

salah format tolak 3 markah daripada jumlah markah (markah keseluruhan) yang diperolehi
untuk soalan itu.

Contoh pemotongan markah surat kiriman:

tiada alamat = tolak 1

tiada nama pengirim = tolak 1

tiada tanda tangan = tolak 1

tiada tarikh tolak =

tiada kata panggilan hormat = tolak 1

tiada ucapan terima kasih = tolak 1

Salah letak format = tolak

tiada tajuk bagi surat rasmi = tolak

Perlu diketahui

Kesalahan yang melebihi enam (6) kali bermakna anda tidak mendapat sebarang markah, (0
markah) bagi setiap satu aspek tatabahasa.

Tiada potongan bagi kesalahan ejaan yang berulang.

Potongan keseluruhan bagi tiap-tiap 5 aspek tatabahasa tidak lebih daripada 3 markah.

TANDA MEMERIKSA

isi

salah guna perkataan _____________________

kesalahan struktur ayat

kesalahan ejaan

/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\/\

kesalahan ejaan yang berulang //

tanda yang tertinggal /

kesalahan imbuhan

kesalahan tanda baca O

isi yang tidak berkaitan ( )

Tips : Cara membilang perkataan


Nama khas yang terdiri daripada beberapa patah perkataan dikira sebagai satu perkataan saja
contoh 'Bahasa Melayu Tahun Enam'

Bahagian C
Menulis ulasan (20 markah)

1.

Pastikan ada lima nilai murni/amalan-amalan baik/pengajaran yang boleh diperoleh


daripada petikan.

2. 1 nilai beserta huraian dan contoh markah penuh = 4 markah darab 5 nilai = 20
markah.
3. Nilai yang dipilih mestilah tepat dan sesuai dengan cerita yang diberi.
4. Panjang ulasan tidak lebih daripada 50 patah perkataan tetapi jika lebih boleh
diterima tetapi tidak melebihi 65 patah perkataan.
5. Aspek tatabahasa harus diberi penekanan ketika menanda kertas.Pemotongan
markah hendaklah bersesuaian dengan persembahan jawapan yang diberi.