Anda di halaman 1dari 4

Kebanyakan orang ingin berjaya dalam hidup.

ada tujuan ditetapkan dan kemudian mula


bekerja keras untuk mencapai tujuan tersebut. persoalannya apakah itu kejayaan?
sebenarnya, kejayaan boleh diertikan dalam maksud yang berbeza bagi setiap orang.
contohnya, seseorang yang memiliki bengkel perkhidmatan menukar minyak kereta sendiri
boleh menetapkan tahap kejayaan mereka pada perkhidmatan 50 kereta sehari sementara
seseorang yang mencintai muzik mungkin menganggap kejayaan sebagai menghasilkan cd
album mereka sendiri. selain itu, kejayaan tidak selalu harus melibatkan wang. Kejayaan juga
adalah seperti mendapat gred yang hebat di kelas yang sukar atau belajar bagaimana
membuat kek coklat yang sempurna.
Kejayaan datang dalam pelbagai bentuk dan cara. Kejayaan adalah penting dan ia
memerlukan usaha untuk mencapainya.
1. Kenali Potensi Diri Anda
Dalam rangka untuk berjaya dalam bidang apa pun, anda perlu melihat bahawa
anda mempunyai potensi untuk mencapai matlamat anda.contohnya, jika anda
ingin menjadi seorang artis rakaman tetapi tidak memiliki kemampuan menyanyi,
kejayaan dalam bidang ini tidak mungkin tercapai. Namun, jika anda suka bekerja
membaiki kereta dan ternyata anda mempunyai bakat dan kemahiran , dan untuk
anda, kejayaan bererti mempunyai bengkel membaiki kereta sendiri, dan anda
mempunyai potensi untuk belajar dan mencapai kejayaan yang cemerlang
2. Jangan Pandang ke Belakang (Ini bukan filem tu..)
Setiap orang pernah gagal pada masa lalu. Untuk berjaya, anda perlu belajar dari
masa lalu dan ambil iktibar daripadanya tetapi jangan terlalu memikirnya. Anda
perlu maju ke hadapan dan buat yang lebih baik, keputusan yang lebih bijak
daripada apa yang telah dipelajari
3. Berani Bermimpi
Untuk berjaya, anda mesti mempunyai mimpi dan aspirasi. Jujur dengan diri
sendiri untuk apa yang anda inginkan dari hidup dan apa yang ingin anda berikan
untuk hidup anda. biarkan fikiran anda untuk bermimpi dan 'Think Big'.
4. Jangan Mudah Putus Asa
Untuk mencapai kejayaan, anda perlu tabah dan bertahan. Bahkan Thomas Edison
juga tidak mudah putus asa. Ketika dia mencipta mentol lampu , ia memerlukan
lebih dari 10.000 kali untuk dia menghasilkannya dengan betul. Terus berusaha
walaupun ketika menerima cabaran yang hebat.

Setiap manusia didunia ini punyai cita-cita besar iaitu ingin berjaya dalam
kehidupan. Tetapi sejauh manakah kita mengetahui cara ingin berjaya? Adakah
sekadar meletakkan cita-cita tanpa usaha? Adakah jalan pintas untuk berjaya?
Jawapan logiknya TIADA kecuali jika anda seorang yang memang "BERTUAH".
Ingin berjaya dalam hidup tidak semudah seperti yang difikirkan kerana usaha
berterusan adalah kunci sesebuah kejayaan. Kita mungkin selalu terfikir, bagaimana
orang lain boleh jadi kaya raya punyai kereta mewah, rumah besar dan kehidupan
yang serba mewah. Kenapa bukan kita? Tidakkah anda terfikir, mereka juga
mempunyai pemikiran yang sama seperti anda sebelum mereka berjaya? Bezanya
hanyalah mereka telah mencuba. Jadi anda bila lagi?

Disini kami kongsikan 6 tip untuk pembaca yang ingin berjaya tetapi anda harus
"nekad" jika ingin mencuba. Jangan "hangat-hangat tahi" ayam sahaja.

1- Tentukan Impian
Pertama sekali, perlu tentukan apakah impian yang ingin digapai, target haruslah
realistik dan masuk akal. Apabila sudah jelas impian yang ingin dicari, maka usahausaha ke arah mengapai impian perlu dimulakan seberapa segera. Awas! Jangan
terlalu lama menyimpan impian.

Sumber foto : ww.startofhappiness.com

2- Yakin Pada Diri Sendiri


Yakin pada diri sendiri adalah perkara paling sulit untuk dilakukan. Seringkali kita
terfikir, mampukah aku lakukan? Namun percayalah setiap manusia yang dicipta
punyai kelebihan tersendiri, tiada yang lebih dan tiada yang kurang. Anda hanya
perlu yakin dan tentukan target impian yang betul selari dengan kebolehan diri
sendiri.

Sumber foto : blog.alexbuisse.com

3- Berani Gagal

Kegagalan adalah satu dugaan dalam mencapai sesuatu impian. Perlu diingat,
jangan sesekali takut atau putus asa apabila menemui kegagalan, kerana kegagalan
adalah satu pengalaman berguna dimasa hadapan. Bangkit dan terus cuba lagi.

Sumber foto : www.self-improvement-advice.org

4- Sentiasa Berfikiran Positif

Dalam usaha mencapai kejayaan, pasti banyak dugaan mendatang terutamanya dari
segi mental. Mental perlu sentiasa stabil untuk menganalisa sesuatu masalah yang
dihadapi, kita jangan terlalu memikirkan sesuatu masalah sebagai satu "beban
besar" yang sukar untuk dihadapi. Jika pemikiran negatif menguasai diri, ini adalah
punca kenapa kita selalu gagal lebih awal. Ingat!!! Setiap masalah ada jalan

penyelesaiannya.

5- Jangan Abaikan Kritikan

Andai anda menerima kritikan, jangan sesekali mengabaikannya. Ambil dan kaji
setiap kritikan yang diterima, namun anda adalah penentu sesuatu keputusan.
Dalam hal ini anda perlu bijak dan tidak emosi dalam menentukan keputusan
seterusnya.

Anda mungkin juga menyukai