Anda di halaman 1dari 1

Baca petikan di bawah ini dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang langkah langkah

menanam minat membaca dalam kalangan pelajar dan faedahnya. Panjang rumusan anda
hendaklah tidak melebih 120 patah perkataan.
Amalan membaca dalam kalangan pelajar di negara ini berada pada tahap yang cukup
membimbangkan. Secara puratanya, pelajar membaca satu halaman buku setiap tahun. Hal ini
menunjukkan bahawa tahap pembacaan para pelajar masih lemah. Memang kita akui, ramai pelajar
yang membaca kerana desakan peperiksaan. Apabila peperiksaan telah tamat, tabiat membaca ini
tidak diteruskan. Sehubungan dengan itu, semua pihak harus bertanggungjawab dan berusaha untuk
memupuk minat membaca khususnya dalam kalangan pelajar.
Minat membaca dalam kalangan pelajar dapat dipupuk oleh ibu bapa dengan cara
menunjukkan model yang baik kepada anak anak. Sikap ibu bapa yang sering membaca buku di
hadapan anak anak menyebabkan anak anak mencontohi ibu bapa mereka. Selain itu, ibu bapa
juga perlu menyediakan bilik bacaan atau perpustakaan mini dan menyediakan pelbagai bahan
bacaan yang sesuai dengan peringkat umur mereka.
Selain ibu bapa, guru turut memainkan peranan dalam usaha memupuk minat membaca
dalam kalangan pelajar. Ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan misalnya, guru
hendaklah menekankan kemahiran asas iaitu membaca, mengira dan menulis. Dorongan daripada
guru supaya pelajar berkunjung ke perpustakaan sangat penting. Semasa di perpustakaan, pelajar
digalakkan membaca buku buku yang berunsur ilmiah, membuat rujukan atau menyiapkan kerja
kerja sekolah yang belum selesai. Pihak sekolah juga boleh menyediakan Medan Membaca atau
mewajibkan pelajar membuat ulasan terhadap sebuah buku yang mereka baca pada hari
perhimpunan sekolah. Usaha ini penting kerana pelajar berasa bahawa membaca itu
menyeronokkan.
Kempen kempen yang dapat memberi kesedaran kepada pelajar tentang faedah membaca
perlu dipergiatkan dari semasa ke semasa. Penggunaan kata kata yang menarik seperti Membaca
jambatan ilmu, Hidup membaca, hidup bahagia mampu merangsang minat pelajar untuk membaca.
Pertandingan perbahasan, pidato dan bercerita di peringkat sekolah, turut menyemai minat membaca
dalam kalangan pelajar. Melalui pertandingan ini, pelajar yang muncul juara perlu diberi ganjaran
sebagai motivasi agar terus membaca. Pembinaan pondok pondok bacaan di kawasan sekolah
yang dilengkapi dengan bahan bahan bacaan seperti surat khabar lama, buku buku cerita mampu
menyemai minat pelajar. Sebagai contoh, ketika waktu rehat, sesetengah pelajar tidak ke kantin, jadi
kesempatan ini mereka gunakan untuk duduk di pondok bacaan sambil membaca buku.
Pihak kerajaan turut berperanan dalam menyemai minat membaca dalam kalangan pelajar.
Kerajaan misalnya, boleh mengurangkan cukai import bahan bacaan bermutu yang diimport dari
negara luar. Selain itu, penubuhan lebih banyak perpustakaan di tempat tempat yang lebih strategik
perlu disegerakan. Perpustakan bergerak juga perlu disediakan oleh kerajaan untuk kemudahan
pelajar yang tinggal di kawasan pedalaman atau luar bandar. Kesimpulannya, minat membaca dalam
kalangan pelajar hendaklah ditekankan di peringkat awal lagi. Peribahasa Melayu ada mengatakan,
melentur buluh biar dari rebungnya. Oleh itu, semua pihak haruslah bekerjasama untuk menanam
minat membaca dalam kalangan pelajar.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada: Semua pihak Membantu

Anda mungkin juga menyukai