Anda di halaman 1dari 1

Forum 3

Buat satu rumusan ringkas tentang pembentukan FPK berdasarkan Falsafah klasik Yunani,
Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan moden. Bincangkan juga bagaimana FBK ini
diterapakan melalui sistem pendidikan negara.
Pada pendapat saya, rumusan ringkas bagi pembentukan FPK berdasarkan falsafah klasik
Yunani dan Falsafah Pendidikan Islam dan Falsafah Pendidikan moden adalah, FPK mempunyai
kandungan yang sempurna dan lengkap dengan mengambil pertimbangan tentang pembangunan
insan untuk menjadi cemerlang menerusi pendidikan. Manusia merupakan makhluk sempurna
yang mempunyai empat komponen iaitu intelek, rohani, emosi dan jasmani. Intelek adalah
berkaitan dengan organ otak. Manakala rohani melibatkan kepercayaan dan pegangan. Emosi
berkaitan dengan hati dan perasan dan jasmani adalah tubuh luaran diri manusia. Kesemua
komponen tersebut perlu dididik secara menyeluruh dan bersepadu agar lahir nanti insan yang
seimbang dan harmoni pertumbuhannya. Kandungan FPK tersebut selari dengan dengan
Falsafah Pendidikan Islam yang meletakkan manusia terdiri dari tiga komponen iaitu akal (dari
otak), roh (rohani) dan jasad (tubuh secara luaran). Ketiga-tiga komponen tersebut
mempengaruhi empat komponen yang ada dalam FPK. Begitu juga mazhab falsafah barat yang
mempengaruhi falsafah pendidikan barat dan seterusnya mempengaruhi perspektif mereka
terhadap perkembangan manusia dari segi kognitif (otak), afektif (jiwa dan perasaan) dan
psikomotor (tubuh luaran manusia). Jika dihubungkan dengan FPK maka persamaan tersebut
berlaku. Oleh itu, FPK adalah falsafah pendidikan yang mempunyai cirri-ciri gabungan antara
falsafah pendidikan barat dan falsafah pendidikan Islam. Abdul Rahman Arof & Zakaria Kasa
(1994) menamakan falsafah yang sedemikian sebagai falsafah eklektif. Rajah 2.5
menggambarkan bagaimana perkaitan yang berlaku di antara falsafah pendidikan barat
tradisional, falsafah pendidikan barat moden dan falsafah pendidikan Islam bertemu untuk
membentuk Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bersifat eklektik.

Anda mungkin juga menyukai