Anda di halaman 1dari 2

Ya Allah, pada pagi yang berkat ini, kami berhimpun di sini sebagai tanda kesyukuran kami atas nikmat-Mu

bersempena dengan majlis perkahwinan yang diadakan oleh keluarga kedua-dua mempelai dengan
selamat dan sempurna bagi pernikahan anakanda mereka.
Ya Allah Ya Tuhan Kami Yang Maha Sempurna, rahmatilah majlis ini semoga ianya berjalan dengan
sempurna seperti mana yang telah Engkau kehendaki dan berkatilah majlis yang diadakan ini dengan
keberkatan dari permulaan hingga ke akhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu.Ya
Allah Ya Tuhan kami Yang Amat Mengasihani, limpahkanlah rahmat dan keampunanMu kepada pasangan
pengantin. Kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap
dugaan dan cubaan hidup berumahtangga lebih lebih lagi di akhir zaman yang penuh pancaroba ini.
Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina ini di kurniakan zuriat yang soleh dan solehah serta
berkekalan hingga ke akhir hayat.
Ya Allah kurniakanlah restu dan kasih sayang di antara kedua pengantin ini serta eratkan hubungan
keduanya sepertimana telah Engkau hubungkan di antara air & tanah, Adam & Hawa, Ibrahim & Siti Hajar,
seperti Yusuf & Zulaika, Ayub & Rahmah, Musa & Safurah, Sulaiman & Puteri Balqis dan seperti Baginda
Muhammad s.a.w & Khadijah. Ya Allah, satukalah keduanya dalam inayah dan barakahMu. Semoga
menjadi Nur ibadah yang mendambakan rahmatMu.
Ya Rahman Ya Rahim,
Anugerahkanlah keberkatan dan kerahmatan kepada kedua pasangan mempelai pada hari ini kerana
mereka telah menunaikan salah satu daripada sunnah junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..
Mantapkanlah iman, ikatan kasih sayang dan perasaan hormat-menghormati sesama mereka. Perkasakan
akhlak dan budi bahasa mereka. Anugerahkanlah kepada pasangan pengantin yang diraikan hari ini
keintiman, kecenderungan dan perasaan tenteram sentiasa. Jalinkahlah perhubungan mereka dengan
ikatan kasih sayang, persefahaman, kebahagiaan dan belas ihsan. Sungguh benarlah firmanMu Ya Allah:
21. dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, Bahawa ia menciptakan
untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan
hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas
kasihan. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan
kesedaran) bagi orang-orang Yang berfikir.
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Kami sedar bahawa engkau telah menyediakan jalan yang paling mudah untuk menghalalkan cinta
sepasang anak Adam ini. Bahagiakanlah pasangan ini dahulu, kini dan selamanya. Engkau semaikanlah
putik dan bunga-bunga kasih yang mekar dalam mahligai pasangan ini. Jadikanlah pasangan ini merpati
dua sejoli yang berkongsi kasih, kehidupan dan segalanya. Engkau tegakkanlah pintu ketenteraman dan
kedamaian dalam kehidupan pasangan ini biar apapun badai yang melanda. Ya Allah, engkau
anugerahkanlah pepohon cinta yang berpanjangan dan hubungan yang berkekalan dan semaikanlah bibit

cinta mereka keranaMu ya Allah. Kami merakamkan ucapan Barakallahulakuma Wa BarakaAlaikuma Wa


Jamaa Bainakuma Fil Khair (Mudah-mudahan Allah melimpahkan barakah kepada pasangan yang
diraikan perkahwinan mereka hari ini dan semoga Allah melimpahkan kebahagiaan ke atas mereka dan
mempertemukan mereka dalam kebaikan.
Segala puji-pujian adalah milik Allah. Kami memujiMu, memohon pertolongan dan keampunan kepadaMu
Ya Allah. Kami berlindung kepada Mu Allah daripada segala kesalahan dan keterlanjuran kami. Sesiapa
yang dianugerahkan hidayah oleh Allah s.w.t., maka tiada seorangpun yang mampu menyesatkannya.
Barang siapa yang disesatkanNya, maka tiada seorangpun yang memberi petunjuk kepadanya. Kami
bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah kecuali Allah semata-mata yang tiada sekutu bagiNya
dan kami bersaksi bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah hamba dan rasulNya. Bersempena dengan
majlis walimah ini, kami memohon inayah dan rahmatMu.
Kami mohon keampunan dosa dosa kami ya Allah, keampunan dari dosa yang sengaja kami lakukan dan
dosa yang tidak sengaja kami lakukan. Dosa yang kami lakukan sejak kami kecil ya Allah sehingga kami
dewasa ya Allah.
Rahmatilah kehidupan kami ini ya allah, panjangkan lah umur kami dalam keredhaan kamu ya Allah.
tenangkanlah kehidupan kami dengan keberkatan dan kerahmatan kamu. Jadikanlah keluarga kami,
keluarga yang penuh dengan sakinah ya Allah. Ketenangan yang turun daripada kamu ya Allah diberikan
dalam kehidupan keluarga kami ya Allah.
Rabbana..