Anda di halaman 1dari 30

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

INTERNET DAN SOSIALISASI POLITIK GOLONGAN BELIA DI MALAYSIA


1.0 RINGKASAN ESEKUTIF
Internet pada awalnya bermula sebagai alat komunikasi dan kini telah menjadi alat bagi
interaksi sosial, pendidikan, perniagaan dan beberapa fungsi serta aktiviti lain yang dapat
dilakukan. Beberapa kajian lepas telah menunjukkan bagaimana internet digunakan dan
diaplikasi. Contohnya, Program Pembangunan Telecentre yang telah dilaksanakan di Sri
Lanka merupakan salah satu usaha yang menunujukkan penggunaan internet ini. Hal ini
turut tidak ketinggalan di Malaysia iaitu di mana pada 1986 Rangkaian Komputer
Malaysia (RangKom) mula menghubungkan Universiti Malaya, Universiti Putra
Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Cawangan Kejuruteraan Universiti Sains
Malaysia di Perak dan kemudiannya Universiti Sains Malaysia kampus induk di Pulau
Pinang (Tan Lee Ooi, 2010, ms17). Perkembangan internet di Malaysia dilihat bermula
sekitar tahun 1980an.

Dengan perkembangan di dalam teknologi ini, masih wujud perbezaan


terutamanya antara negara sedang membangun iaitu sejauh terhadap akses kepada
teknologi baru ini diambil kira. Hal ini terbukti dengan majoriti penduduk luar bandar di
Nigeria yang mempunyai populasi sebanyak 80 % masih kekurangan di dalam
infrastruktur asas seperti internet, perpustakaan dan pusat informasi (Kari, 2007). Namun
perkembangan internet di negara sedang membangun seperti di Malaysia agak awal dan
semakin berkembang dengan pesat.
1

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

Pengguna internet di Malaysia terus meningkat dari tahun 1998 hingga 2004.
Menurut sumber Malaysian Communication and Multimedia Commission (dipetik dari
Tan Lee Ooi, 2010), pada tahun 1998 pengguna internet mencatatkan jumlah 1,215,000
pengguna dan kemudiannya bertambah kepada 2,004,000 pengguna pada tahun 1999.
Jumlah pengguna internet dari tahun 2000 sehingga 2004 masing-masing ialah 6,345,000,
7,842,000, 8,643,000 dan 9,879,000. Kadar pertumbuhan pengguna internet melonjak
secara mendadak pada tahun 1998,1999 dan 2000, masing- masing mencatatkan jumlah
peratusan yang tinggi iaitu 97.6%, 64.9% dan 148.4% merupakan sesuatu yang menarik
perhatian.

Menurut Tan Lee Ooi (2010, ms. 19), antara sebab kadar pertumbuhan yang tinggi
ini berlaku adalah kerana rakyat Malaysia mula terdedah dan tertarik dengan internet
menerusi revolusi teknologi yang melanda dunia. Hal ini menyebabkan internet dijadikan
sebagai ruang bagi menyokong dan pemerhati politik memanipulasikan ruang ini sebagai
ruang untuk berpolitik. Hal ini diperkukuhkan oleh Tan Lee Ooi apabila krisis politik
tercetus pada tahun 1998 yang menjadikan internet sebagai ruang untuk berpolitik dan
sekali gus meningkatkan jumlah pengguna internet kepada 97.6% pengguna.

Menurut Hasim (2009), belia merupakan pemimpin masa depan yang perlu
menguasai teknologi terkini dan internet merupakan salah satu teknologi terkini yang
kerap kali digunakan oleh setiap lapisan masyarakat di dunia. Oleh itu, penggunaan
2

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

internet oleh golongan belia sangat penting bagi masa depan negara. Belia adalah aset
yang amat berharga negara. Mereka merupakan tonggak kekuatan generasi serta pewaris
kepimpinan masa depan negara. Menurut Kementerian Belia dan Sukan, golongan belia
adalah merujuk kepada mereka yang berumur diantara 15 hingga 40 tahun. Pada masa ini
golongan belia dianggarkan seramai 11.9 juta orang atau 41.5% daripada keseluruhan
penduduk negara ini yang berjumlah seramai 28 juta orang pada tahun 2009.

Peningkatan pengguna internet di Malaysia ini terdiri dari seluruh lapis


masyarakat di negara tersebut. Golongan belia tidak ketinggalan dalam penggunaan
media baru ini, malah mereka merupakan golongan yang mahir dan cekap dalam
penggunaan internet. Diana Owen (2006:20) menyatakan bahawa golongan belia sangat
pakar dalam mengadaptasi penggunaan media baru ini iaitu internet dalam mengaplikasi
penggunaannya dalam kehidupan harian mereka. Hal ini kerana di usia yang muda
mereka adalah lebih cekap mempelajari teknologi baru ini.
Akibat daripada penglibatan golongan belia ini dalam penggunaan internet ini,
pelbagai bidang yang diceburi oleh mereka. Diana Owen (2006: 20) menyatakan
golongan muda ini melihat teknologi baru ini sebagai medium bagi mereka mendapat
input yang lebih terutamanya dalam arena pendidikan, pekerjaan dan juga tidak
ketinggalan dalam dunia politik. Oleh itu tidak dinafikan internet dapat memainkan
peranannya di dalam politik. Hal ini menyebabkan internet dijadikan sebagai medium di
dalam politik. Maka tidak dapat dinafikan bahawa internet berperanan sebagai agen

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

sosialisasi politik golongan belia untuk bergerak aktif di dalam politik. Maka, pengaruh
internet ini menyebabkan ia menjadi salah satu agen sosialisasi politik yang baru.
Penggunaan internet kebanyakkannya digunakan oleh golongan muda. Pew
Research Center (2003) menyatakan bahawa bukti menunjukkan bahawa golongan muda
atau belia lebih cenderung dalam penggunaan internet berbanding golongan tua
terutamanya dalam menjalankan kajian dan mendapat maklumat mengenai internet,
termasuk semasa kempen pilihan raya. Hal ini terbukti bahawa terdapatnya penglibatan
belia menerusi penggunaan internet.
Mansoor Marican (1982:181) mendefinisikan sosialisasi politik sebagai satu
proses pembelajaran individu mengenai politik dan budaya politik dalam masyarakat.
Golongan belia merupakan salah satu golongan yang mengalami proses sosialisasi politik
ini. Aspek-aspek yang dipelajari dalam proses sosialisasi menurut Marican ialah sejauh
manakah pengetahuan tentang negara, kerajaan, peranan kakitangan kerajaan,
pengetahuan hak-hak politik, tanggungjawab rakyat dan budaya politik. Antara agen
sosialisasi utama yang mempengaruhi sosialisasi politik golongan belia ini ialah keluarga,
media, parti politik, sekolah dan rakan sebaya. Namun Kajian ini dijalankan lebih
tertumpu bagi mengkaji peranan internet dalam sosialisasi politik golongan belia di
Malaysia.
Menurut Samuel Beer (1985:32), budaya politik merangkumi sikap kepercayaan,
emosi dan nilai sesuatu masyarakat tentang cara kerajaan memimpin dan perkara yang
dilaksanakan oleh kerajaan dalam sistem politik dan isu-isu politik. Namun, golongan
belia kini kebanyakannya mempunyai kesedaran yang kurang dalam politik negara
mereka. Hal ini bukan sahaja berlaku di Malaysia tetapi turut berlaku di seluruh dunia.
4

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

Kesedaran yang kurang dalam kalangan belia ini dikenali sebagai political apathy
(Powell, 2003, ms. 29).
Oleh itu, proses sosialisasi politik boleh terjadi melalui penerapan atau maklumat
yang diperoleh melalui saluran media massa seperti internet. Golongan belia merupakan
pelapis kepimpinan negara dan mereka juga mengalami proses sosialisasi. Namun, proses
mereka agak berbeza berbanding generasi sebelum ini dimana tiadanya kewujudan
internet pada zaman sebelum ini iaitu penggunaan media seperti surat khabar, radio dan
televisyen. Hal ini kerana informasi yang diperoleh berbeza di internet di mana
terdapatnya saluran daripada parti alternatif yang menyebabkan cara pegangan politik
mereka mungkin berbeza.
Maka jelas disini bahawa internet mempunyai pendedahan yang lebih luas
berbanding media lain seperti surat khabar, radio dan televisyen. Kajian ini dijalankan
bagi mengkaji beberapa objektif yang ditetapkan bagi mengkaji hubungan di antara
peranan internet dan sosialisasi politik golongan belia di Malaysia.
2.0 KENYATAAN MASALAH
Keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, menunjukkan bahawa internet
memainkan peranan yang agak berpengaruh terhadap pandangan masyarakat Malaysia di
dalam politik di negara tersebut. Menurut Muhamad Nadri (2009), strategi laman web
politik Barisan Nasional (BN) dan Barisan Alternatif (BA) dalam konteks hegemoni
merupakan salah satu faktor kekalahan BN pada PRU 2008. Oleh itu, hal ini jelas
menunjukkan bahawa internet mempunyai pengaruhnya yang tersendiri dalam politik di
Malaysia.
Perkara ini terbukti dengan kekalah calon BN dari MCA bagi kerusi Parlimen
Petaling Jaya Utara iaitu Chew Mei Fun yang dikalahkan oleh calon DAP Tony Pua
5

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

dengan majoriti 20,000 undi (Jun E. Tan & Zawawi Ibrahim, 2008: 85). Kekerapan Tony
Pua dalam mengemaskini laman webnya semasa kempen PRU 2008 membanunya dalam
memenangi kerusi Parlimen tersebut. Berbanding Chew Mei Fun yang hanya
mengemaskini dalam ceramah yang dilakukannya. Hal ini jelas menunjukkan
keberkesanan internet dan kekerapan mengemaskini maklumat di laman web membantu
dalam kemenangan BA bagi beberapa kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri
(DUN) pada PRU 2008.
Transformasi perkembangan media baru yang pesat iaitu dalam penggunaan
internet di Malaysia terutamanya terhadap keputusan PRU 2008 sedikit sebanyak
mempengaruhi

penggunaan ruang siber ini dalam politik Malaysia. Internet sedikit

sebanyak telah membantu dalam mempengaruhi keputusan pilihan raya pada PRU 2008
di Malaysia. Hal ini menimbulkan persoalan oleh pengkaji iaitu adakah internet dapat
mempengaruhi golongan belia terhadap politik di Malaysia?
Oleh itu, hal ini menimbulkan beberapa kenyataan masalah dalam kajian ini iaitu
kesan daripada penggunaan internet golongan belia terhadap politik Malaysia.
Permasalahan kajian yang pertama iaah mengenai penularan laman web, blog dan saluran
rangakaian sosial (social networking) yang berunsurkan politik dan kesannya ke atas
kesedaran golongan belia terhadap politik di Malaysia. Selain itu, timbul juga
permasalahan mengenai internet iaitu melihat penggunaan media ini sebagai agen
sosialisasi politik golongan belia di Malaysia.
3.0 PERSOALAN KAJIAN
Akibat daripada perkembangan penggunaan internet yang tidak asing lagi kepada
golongan belia. Hal ini menimbulkan persoalan kepada pengkaji dalam menjalankan
kajian berkaitan internet dan golongan belia di Malaysia. Persoalan kajian yang ingin
6

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

dikaji oleh pengkaji dalam kajian ini ialah bagi meninjau peranan internet sebagai agen
sosialisasi politik golongan belia di Malaysia, khususnya golongan belia yang terdiri
daripada mahasiswa Universiti Utara Malaysia. Bagi menjawab persoalan ini beberapa
objektif ditetapkan dalam menjalankan kajian ini.
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Antara objektif kajian yang akan dijalankan di dalam kajian ini ialah seperti yang
disenaraikan di bawah ini iaitu:
i.
ii.

Mengenalpasti corak penggunaan internet dalam kalangan belia di Malaysia.


Melihat pengaruh internet terhadap penglibatan belia di dalam politik di Malaysia

iii.

dari sudut berita politik, pilihan raya dan status sebagai pengundi.
Menganalisa kesan daripada kekerapan penggunaan internet golongan belia dan

iv.

pengetahuan mereka mengenai politik di Malaysia


Melihat minat dan pengetahuan belia mengenai negara, kerajaan, hak-hak politik
dan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia menerusi penggunaan internet.

5.0 KEPENTINGAN KAJIAN


Wujud beberapa faktor yang mendorong kajian ini untuk dilakukan. Malahan
kajian ini turut dijalankan berikutan masih ramai lagi golongan masyarakat yang tidak
menyedari bahawa fenomena ini semakin hari semakin meningkat dan penting dalam
kehidupan golongan belia. Oleh yang demikian, dapatan daripada kajian yang diterima
ini diharap akan dapat membantu dalam memberikan sedikit gambaran yang lebih jelas
mengenai peranan internet terhadap sosialisasi politik golongan belia.
Kajian ini juga penting dijalankan bagi mengenalpasti internet sebagai media baru
dalam memainkan peranannya sebagai agen sosialisasi politik. Selain itu, kajian ini juga
penting dijalankan bagi melihat masa depan politik di Malaysia akibat daripada

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

penggunaan internet oleh golongan belia yang merupakan generasi pelapis kepimpinan
negara pada masa akan datang.
Kajian ini juga dijalankan bagi melihat corak politik di Malaysia akibat
penggunaan internet yang merupakan ruang yang bebas tanpa sekatan kerajaan
pemerintah. Hal ini di aman ruang ini menjadi medan bagi perbincangan demokrasi
secara bebas. Melalui kajian ini, pengkaji inigin melihat peranan yang dimainkan oleh
internet dalam mencorakkan persepsi golongan belia terhadap perkembangan politik di
Malaysia.
Akhir sekali, kajian ini penting dalam membantu menyediakan maklumat terkini
mengenai perkembangan internet yang berperanan sebagai saluran alternatif kepada
golongan belia terhadap politik di Malaysia sebagai rujukan seluruh masyarakat
Malaysia. Malahan kajian berhubung corak penglibatan politik golongan belia agak
kurang dijalankan dan bagi penambahan informasi berhubung belia, maka kajian ini
dijalankan.
6.0 HASIL KAJIAN LEPAS
6.0.1 Peranan Internet Dalam Kajian Proses Sosialisasi Politik Golongan Belia.
Kajian sosialisasi politik lepas yang telah dijalankan bukannya tidak mengambil
kira keseluruhannya mengenai kemunculan internet, tetapi jarang menyentuh secara
menyeluruh terhadap peranan yang dimainkan oleh internet. Hal ini kerana peranan yang
dimainkan oleh internet agak baru di dalam pergerakan ruang informasi dan teknologi
maklumat atau pun ICT (Information and communication technology).

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

Terdapat beberapa jenis peranan internet dalam kajian sosialisasi politik. Kajian
jenis pertama tidak berfokus secara langsung kepada internet tetapi sekurang-kurangnya
menyentuh mengenai media massa yang merupakan cabang kepada internet. Bahagian ini
akan lebih berfokuskan kepada sosialisasi politik. Terdapat dua kajian yang dikenal pasti
yang berada di bawah bahagian ini iaitu pertama mengenai sosialisasi politik terhadap
tiga kelas pekerjaan di Singapura.
Kajian yang dijalankan oleh Robert E. Gamer (1965) ini menyentuh mengenai
hubungan di antara tiga kelas pekerjaan di Singapura, di mana ia mempengaruhi
sosialisasi politik di negara tersebut. Pengkaji menyatakan enam perkara penting yang
mempengaruhi sosialisasi politik iaitu dari segi pendapatan, budaya, umur, pekerjaan,
komunikasi dan keluarga. Kajian yang telah dijalankan oleh Robert E. Gamer ini
mempunyai kaitan dengan kajian yang akan dijalankan oleh pengkaji. Hal ini di mana
Robert menyatakan bahawa proses sosialisasi mengambil tempat semasa atau pada
peringkat belia di mana mereka merupakan generasi seterusnya yang bakal menjadi
pemimpin di dalam bidang politik kelak.

Kajian seterusnya yang dijalankan oleh Stephen A. Douglas (1970) menyentuh


mengenai sosialisasi politik dan aktivis mahasiswa di Indonesia. Douglas mendefinisikan
sosialisasi politik sebagai proses di mana individu menerima informasi dan tingkah laku
mereka terhadap politik dan menguji kesan daripada keluarga, pendidikan dan media
massa di Indonesia terhadap sosialisasi politik individu di negara tersebut pada

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

September 1965. Di dalam kajian yang telah dijalankan oleh Douglas, terdapat dua agen
sosialisasi yang menjadi pemangkin kepada pergerakan aktivis mahasiswa di Indonesia.

Agen sosialisasi politik di Indonesia ini ialah dari segi pendidikan yang
berpandukan demokrasi dan peranan media massa yang bebas berhubung realiti politik di
Indonesia. Walau pun kajian ini tidak menyentuh mengenai peranan internet, namun ia
menunjukkan bahawa peranan media dan pendidikan merupakan agen sosialisasi politik
yang berkesan di Indonesia. Hal ini terbukti dengan kemunculan aktivis mahasiswa di
Indonesia yang majoritinya terdiri daripada golongan belia.

Kajian jenis kedua pula ialah mengenai aspek yang menyentuh peranan internet
tetapi dari skop yang tidak menyentuh proses sosialosasi politik golongan belia secara
menyeluruh. Jun-E Tan dan Zawawi (2008), mengecilkan skop penggunaan internet
dalam kajian mereka kepada hanya melihat dari sudut penggunaan blog di dalam
internet.

Kajian mereka adalah mengenai penggunaan blog dan pendemokrasian di


Malaysia dalam pembentukan masyarakat sivil baru. Dalam kajian ini, mereka
menerangkan mengenai blog dan secara umumnya juga turut melihat internet sebagai
medium penghubung. Menurut Jun-E Tan dan Zawawi (ms. 2), blog atau weblog
didefinisikan sebagai sebuah laman web yang sering dikemaskini dan mengikut tarikh

10

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

kronologi yang ditetapkan secara terbalik supaya kenyataan yang baru mengenai sesuatu
isu akan dipaparkan dahulu.

Mereka juga turut membincangkan mengenai penggunaan internet sebagai


sempadan terakhir bagi Barisan Alternatif (BA) dalam mengembangkan sayap mereka di
arena politik Malaysia. The internet is referred to as a potent vehicle for publishing and
disseminating sensitive information often shunned by the mainstream press (George
2006:84). Hal ini menunjukkan bahawa hubungan internet dan pihak kerajaan sering
mengeluarkan kenyataan dari dua sudut pandangan. Perkara ini jelas dilihat di dalam
akhbar arus perdana seperti Utusan Malaysia dan akhbar dari internet seperti Malaysia
Kini sering menyampaikan informasidari dua pandangan yang berbeza.

Jun-E Tan dan Zawawi (2008), mengkaji masyarakat dari lapisan manakah yang
cenderung dalam membaca atau pun menulis blog. Hasil daripada kajian mereka
kebanyakkan pembaca blog di Malaysia adalah dari lingkungan usia 19-23 tahun iaitu
sebanyak 85 peratus. Manakala dari segi etnik pula sebanyak 69 peratus pembaca blog
terdiri dari etnik Cina, 23 peratus Melayu dan 3 peratus dari etnik India. Jumlah pembaca
blog yang tinggi daripada golongan etnik cina kerana kebanyakkan blog yang dibaca oleh
mereka adalah dalam bahasa inggeris dan mereka ini dikatakan mahir dalam membaca
blog berbahasa inggeris. Dari segi latar belakang pendidikan dan bidang kerjaya,
kebanyakkan pembaca blog adalah terdiri daripada golongan pelajar Universiti dan Kolej
iaitu sebanyak 58 peratus iaitu dari golongan berpendidikan.

11

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

Seterusnya, dari hasil kajian mereka, masyarakat sivil di Malaysia yang terdiri
dari golongan berpendidikan adan dari kelas pertengahan. Kecenderungan tahap akses
mereka terhadap internet sangat tinggi. Oleh itu, mereka lebih cenderung membaca blog
dan berita secara online berbanding membaca akhbar arus perdana. Disebabkan oleh
peningkatan

dalam

laman

berita

alternatif

yang

didapati

daripada

internet

kebanyakkannya dari laman web pembangakang. Hal ini menyebabkan cara pemikiran
masyarakat sivil ini berbeza. Mereka lebih terpengaruh dengan keinginan untuk
menjadikan Malaysia sebagai negara yang mengamalkan demokrasi secara menyeluruh.

Andaian Jun-E Tan dan Zawawi mengenai kemunculan masyarakat sivil dalam
menjadikan Malaysia sebuah demokrasi menerusi blog ini hampir menjadi realiti. Hal ini
terbukti akibat daripada keputusan Pilihan Raya Umum 2008 apabila kebanyakkan wakil
rakyat dan juga ahli parlimen adalah terdiri daripada bloggers. Contohnya ialah seperti
kes di Jelutong di mana seorang blogger iaitu Jeff Ooi bertanding untuk pilihan raya dan
menang.

Kaedah metadologi yang digunakan oleh Jun-E Tan dan Zawawi bagi kajian ini
adalah dengan menggunakan kaedah kuantitaif iaitu melalui tinjauan secara online dan
kaedah kualitatif dengan menjalankan temu ramah. Kajian yang dijalankan oleh Jun E.
Tan dan Zawawi ini sedikit sebanyak membantu pengkaji kerana data mengenai
kecenderungan belia dalam mengunjungi blog-blog berunsurkan politik dikenalpasti dari
hasil kajian mereka.

12

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

Kajian seterusnya ialah hasil kajian Muhamad Nadzri (2009) iaitu mengenai
Politik Malaysia di Persimpangan. Dalam kajian Nadzri ini, beliau menyentuh
mengenai Hegemoni Siber dalam penggunaan ruang maya pada Pilihan Raya Umum
(PRU) 2008. Internet merupakan salah satu media yang merupakan salah satu agen
sosialisasi politik di Malaysia. Nadzri (2009) mengatakan bahawa kerajaan Malaysia
mengawal agen sosialisasi politik iaitu Media Massa di Malaysia. Namun mereka terlepas
pandang kepada kewujudan internet yang juga merupakan salah satu agen sosialisasi
politik. Oleh itu, pihak pembangkang mengambil kesempatan dalam menggunakan media
alternatif ini dalam mengembangkan penyebaran propaganda politik parti mereka kepada
rakyat di Malaysia.

Hegemoni parti Barisan Nasional yang diutarakan oleh Nadzri (2009:23), boleh
ditafsirkan sebagai kaedah pendominasian kelas dominan termasuklah golongan
pemerintah ke atas Massa dari sudut minda dan fizikal dalam usaha untuk mendapat
kepatuhan dan sokongan. Kaedah ini dijalankan dengan menggunakan gabungan aparatus
hegemoni yang berbentuk halus dan keras bagi menjana kerelaan dan keterpaksaan agar
Massa bertindak dan berfikir mengikut rentak yang ingin dicorakkan oleh pemerintah.

Namun konsep dan kedudukan hegemonik yang dikemukan oleh Nadzri bukanlah
sesuatu yang kekal sebaliknya bagi Gramsci (1971) aktiviti penghegemonian perlu
dilakukan pada setiap masa di segenap ruang kehidupan masyarakat yang ada. Tun
Mahathir memperkenalkan penggunaan internet secar besar-besaran di Malaysia pada
tahun 1997. Internet bukan sahaja menyediakan kaedah bagi masyarakat Malaysia untuk
13

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

mendapatkan informasi dan interaksi tetapi juga turut menyediakan satu spektrum baru
bagi parti-parti politik, masyarakat sivil dan individu tertentu dalam mempengaruhi
masyarakat Malaysia secara maya atau atas talian (online).

Nadzri (2009), dalam membincangkan berkaitan isu hegemoni siber menyatakan


peluang yang dijanakan oleh ruang siber sebagai sebuah arena of political contestation di
Malaysia khasnya sebagai instrumen kontra hegemoni adalah sesuatu yang sukar
dielakkan oleh parti pembangkang. Antara pendekatan yang digunakan oleh Nadzri bagi
memahami persekitaran politik siber dalam pilihan raya umum 2008, menggunakan
kaedah analisis kandungan yang telah digunapakai. Antara kaedah yang digunakan oleh
Nadzri ialah dengan melawat secara arbitari laman web parti penjawat dan parti
pembangkang utama.

Kaedah yang digunakan oleh Nadzri ini sedikit sebanyak dapat memberi idea
kepada pengkaji dalam menjalankan kajian ini. Walau pun kajian yang dilakukan oleh
Nadzri tidak mempunyai kaitan dengan kajian yang bakal dijalankan, namun beliau
menerangkan dengan jelas peranan yang dimainkan oleh internet sebagai agen sosialisasi
politik di Malaysia.

Kesimpulan yang dapat dilakukan daripada kajian-kajian lepas yang telah


dijalankan mengenai peranan penggunaan internet kebanyakannya menyentuh mengenai
impak terhadap pilihan raya umum di Malaysia. Kajian-kajian lepas juga turut melihat
corak keputusan pilihan raya yang tidak begitu konsisten walau pun penggunaan internet
14

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

semakin meluas di Malaysia. Hanya sejak akhir-akhir ini internet memberi perubahan
yang sangat drastik apabila penggunaan blog menerusi internet oleh parti pembangkang
semakin rancak.

Kajian jenis ketiga seterusnya pula adalah mengenai kajian lepas yang mempunyi
kaitan dengan peranan internet, belia dan hubungan kaita kedua-dua perkara ini dengan
politik. Kajian yang dijalankan oleh Kaila K. (2008) membincangkan mengenai Youth
and Politics, the Disengaged Generation. Dalam kajian Kaila, beliau menyentuh
mengenai sejarah perkembangan penglibatan belia di dalam politik. Hal ini di mana,
akibat daripada revolusi industry membentuk golongan beliau ini terlibat di dalam politik.

Menurut Kaila (2008), golongan belia terlibat dengan ketenteraan akibat daripada
perang dunia. Mengikut pemerhatian ketua ketenteraan umur yang sesuai untuk
berkhidmat di dalam ketenteraan adalah dari lingkungan 18-24 thaun. Oleh itu
disebabkan penyertaan belia didalam ketenteraan, hal ini menyebabkan ciri kepimpinan
mereka terpupuk sejak menyertai ketenteraan. Hal ini menyebabkan kemahiran sebagai
pemimpin terpupuk dan menjadi pemangkin kepada mereka untuk terlibat dalam bidang
politik. Oleh itu, dapat disimpulkan disini bahawa penglibatan mereka dalam ketenteraan
juga secara tidak langsung mempengaruhi proses sosialisasi politik golongan belia sejak
dahulu lagi.
Seterusnya, Kaila membincangkan mengenai kurangnya minat golongan belia di
Jepun terhadap politik. Menurut Japan Times (2007), pada pilihan raya 2007 di

15

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

Jepun,seramai 34% golongan belia dari lingkungan usia 20 tahun ke atas keluar
mengundi berbanding jumlah keseluruhan mereka sebanyak 59% di negara tersebut.
Penglibatan belia terhadap politik di Jepun agak kurang kerana gaya hidup mereka yang
berkerja keras dan kemajuan dalam teknologi yang mempengaruhi kurangnya
kecenderungan mereka untuk terlibat di dalam politik.

Akibat daripada kurangnya penglibatan belia di Jepun dalam politik, internet


dijadikan sebagai alat untuk menglibatkan mereka di dalam politik. Perdana Menteri
Jepun pada ketika itu iaitu Yasuo Fukuda mempunyai salurannya sendiri di You Tube.
Namun, ahli politik di jepun tidak dibenarkan untuk menggunakan internet sebagai
saluran bagi mereka berkempen semasa pilihan raya.

Walaupun kerajaan Jepun cuba menarik penyertaaan golongan belia terhadap


politik menerusi pendekatan internet, namun penyertaan ini terbatas apabila kempen
pilihan raya tidak di jalankan menerusi internet. Selain itu, golongan belia juga tidak akan
melihat politik sebagai sesuatu yang serius pada masa akan dating. Hal ini kerana semua
yang terdapat di dalam internet kini adalah lebih kepada hiburan.

Hasil kajian Kaila K. (2008) ini mengenai kurangnya penglibatan golongan belia
di Jepun di dalam politik menerusi internet sedikit sebanyak membantu pengkaji dalam
melihat gambaran penglibatan belia terhadap politik di negara luar. Walau pun kemajuan
teknologi seperti internet yang maju di Jepun yang boleh dijadikan sebagai medium atau

16

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

pun ruang untuk berpolitik, namun ruang ini tidak digunakan secara menyeluruh untuk
tujuan tersebut. Malah, masyarakat Jepun lebih gemar menggunakan internet sebagai
ruang hiburan dan meningkatkan ekonomi mereka sendiri.
7.0 METOD KAJIAN
Metodologi kajian adalah merupakan elemen yang menjadi pemain utama dalam
setiap kajian yang dijalankan. Hal ini kerana metodologi kajian akan menentukan hala
tuju kajian yang dijalankan. Bukan itu sahaja, metodologi kajian juga akan menjadi faktor
terpenting dalam memastikan data dapat dikumpulkan dengan sewajarnya. Dalam
bahagian ini metodologi kajian dan kaedah yang digunakan dalam menjayakan kajian
yang dilakukan akan dibentangkan. Aspek pensampelan juga akan turut dibentangkan
dalam bahagian ini.

8.0 LOKASI KAJIAN


Kajian yang akan dijalankan ini mengambil tempat di Universiti Utara Malaysia
(UUM) yang merupakan salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia.
Kawasan ini dipilih sebagai lapangan kajian kerana mahasiswa UUM terdiri daripada
golongan belia yang berusia dalam lingkungan 15-40 tahun. Selain itu, lokasi ini dipilih
oleh pengkaji kerana di UUM golongan belianya terdiri daripada pelbagai bidang
pengkhususan.

17

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

9.0 REKA BENTUK KAJIAN


Reka bentuk penyelidikan yang akan digunakan dalam kajian ini ialah dari segi
kaedah penyelidikan berbentuk kuantitatif. Hal ini bertujuan untuk mendapatkan
maklumat dan pengumpulan data dari responden. Kajian ini akan menggunakan kaedah
kuantitatif. Metodologi kuantitatif digunakan dalam melihat pecahan demografi di mana
umur, jantina, taraf pendidikan, status sebagai penundi berdaftar dan beberapa lagi
perkara yang berkaitan dengan kajian yang dikaji. Metodologi ini juga dipilih berikutan
bagi menyediakan data empirikal yang dapat dijadikan sebagai bukti dan sandaran
kepada kajian yang dijalankan.

10.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA


Dalam kajian yang akan dijalankan ini beberapa kaedah pengumpulan data akan
diguna pakai. Kepelbagaian penggunaan kaedah pengumpulan maklumat ini dilakukan
memadangkan wujudnya maklumat yang hanya boleh diperolehi dengan menggunkan
kaedah yang tertentu. Bukan itu sahaja, penggunaan kepelbagaian kaedah juga dapat
membantu dalam meneliti semula setiap maklumat yang dimiliki di mana ia dapat
membantu dalam memastikan tahap kebolehpercayaan dan kebergantungan yang dimiliki
sesuatu maklumat.

Data dan maklumat kajian akan diperolehi melalui borang soal selidik yang
merangkumi persoalan-persoalan yang terdiri daripada kehendak dan objektif kajian yang

18

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

akan diberikan kepada responden yang berkenaan. Borang soal selidik yang akan
diedarkan ini berbentuk soalan-soalan seperti open-ended dan close-ended yang
terbahagi kepada empat bahagian yang utama iaitu Bahagian A yang terdiri mengenai
maklumat peribadi dan latar belakang responden. Bahagian B pula berkaitan dengan
maklumat berhubung isu, minat dan tingkah laku responden terhadap politik secara
umum. Manakala Bahagian C mengenai maklumat penggunaan internet secara umum.
Akhir sekali Bahagian D berhubung maklumat penglibatan politik responden melalui
internet.

11.0 KAEDAH MEREKOD DATA


Data-data yang telah dikumpul menggunakan borang soal selidik telah direkodkan
ke laman aplikasi Statistical Procedure for Social Sciences (SPSS) versi 17.0. Data-data
ini penting untuk direkodkan secara konsisten bagi memastikan data yang dimiliki tidak
hilang apabila analisis data hendak dilakukan bagi mendapatkan dapatan kajian.

12.0 SAMPEL KAJIAN


Dalam kajian yang akan dijalankan ini, kaedah persampelan stratifikasi secara
rawak atau stratified random sampling akan digunakan. Sampel merujuk kepada
sejumlah responden yang digunakan dalam penyelidikan yang dilakukan mewakili satu
populasi yang besar. Dalam penyelidikan kajian ini, populasi kajian yang digunakan ialah
mahasiswa UUM yang terdiri dari golongan belia yang berusia dalam lingkungan 18
19

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

tahun ke 35 tahun. Bagi kajian ini seramai 500 orang responden daripada jumlah
mahasiswa UUM tersebut akan digunakan.

Responden ini dipilih secara rawak dalam lingkungan 18 tahun ke 35 tahun


dengan menggunakan kaedah persampelan stratifikasi. Daripada kajian yang telah
dijalankan sebanyak 7 orang responden dari lingkungan 18-20 tahun, 86 orang daripada
lingkungan 21-23 tahun, 10 orang daripada linkungan 24-26 tahun dan 2 orang responden
dari lingkungan umur 27-29 tahun.
Dalam kajian yang dijalankan sebanyak 15 orang responden dipilih daripada
setiap 7 fakulti yang dipilih. Daripada jumlah 15 orang responden bagi setiap fakulti itu,
9 orang terdiri daripada pelajar perempuan dan 6 orang pelajar lelaki. Wajaran 60:40
peratus bagi pilihan responden mengikut pelajar perempuan dan lelaki ini adalah
disebabkan jumlah populasi pelajar IPTA di Malaysia menunjukkan majoriti pelajarnya
didominasi oleh pelajar perempuan. Kajian yang dijalankan sebanyak 61 orang responden
adalah perempuan dan 44 orang adalah lelaki.

13.0 SASARAN KAJIAN


Bagi borang kaji selidik yang akan diedarkan, ia disasarkan pada Mahasiswa
UUM. Borang kaji selidik ini akan diedarkan di kawasan di sekitar UUM di mana ia
diedarkan di tujuh daripada lapan Fakulti yang terdapat di UUM.

20

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

14.0 DATA
Dalam kajian yang dijalankan ini, terdapat dua jenis data yang dilibatkan. Data
yang pertama atau data primer dimiliki melalui pengedaran borang soal selidik dan juga
temu ramah yang dijalankan. Bukan itu sahaja, data primer juga turut melibatkan data
yang dimiliki melalui proses pemerhatian yang dijalankan. Mankala data kedua atau data
sekunder pula adalah merupakan data yang telah sedia ada wujud. Data-data ini
merangkumi buku-buku jurnal-jurnal, kajian dan data simpanan organisasi yang terbabit
dalam kajian yang dijalankan ini.

15.0 ANALISIS DATA


Bagi kaedah soal selidik, data-data yang diperoleh akan dianalisis menggunakan
SPSS (Statistical Procedure for Social Sciences). Beberapa analisis akan dijalankan ke
atas data yang akan dimasukkan ke dalam perisian ini. Salah satu analisis yang akan
dijalankan ialah analisis frekuensi atau kekerapan yang dilihat amat perlu bagi melihat
corak demografi dan kekerapan perulangan kelakuan.

16.0 JANGKA MASA KAJIAN


Secara kasar, kajian ini akan mengambil masa selama lima bulan iaitu bermula
pada bulan Januari 2012 hingga Mei 2012. Jangka masa ini dikira berdasarkan keupayaan
21

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

dalam mengumpulkan data dan maklumat yang diperlukan setelah mengambil kira
limitasi kajian. Selepas data dan maklumat dikumpul, analisis perlu dilakukan dengan
betul dan sistematik dan proses tersebut dijangka akan memakan masa kerana perlu
dilakukan dengan berhati- hati dan teratur supaya hasil kajian ini boleh dipercayai.

22

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

LAMPIRAN

Universiti Utara Malaysia


Borang soal selidik bagi kajian:
Internet Dan Sosialisasi Politik Golongan Belia Di Malaysia
Kajian Kes: Mahasiswa Universiti Utara Malaysia

Kajian ini mengupas hubungan antara internet dan proses sosialisasi politik golongan
belia di Malaysia. Kajian ini tertumpu kepada mahasiswa UUM yang menjadi kajian
kes.

Maklumat yang dikumpulkan adalah sulit dan hasil kajian akan digunakan untuk
laporan dalaman sahaja.

Diharap kerjasama yang diberikan dapat membantu pengkaji mencapai objektif kajian
yang ditetapkan. Terima kasih.

A. Maklumat Demografi.
Sila tanda [/] pada kotak yang disediakan.
1. Kumpulan umur

5. Tempat utama anda melayari internet

18-20 Tahun
21-23 Tahun

Rumah
Kolej Kediaman
23

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

24-26 Tahun
27-29 Tahun
30-32 Tahun
33-35 Tahun

Kafe Siber
Perpustakaan
Lain-lain. Sila nyatakan ______________

2. Jantina

6. Jenis capaian internet

Lelaki
Perempuan

Dialan (Dial-Up)
Jalur Lebar (Broadband)
Wi-fi/ Wi-Max
Lain-lain. Sila nyatakan ____________

3. Bangsa/ Etnik
Melayu
Cina
India
Iban
Bidayuh
Lain-lain. Sila nyatakan.______________
4.

Fakulti di UNIMAS
Fakulti Sains Sosial
Fakulti Ekonomi dan Perniagaan
Fakulti Kejuruteraan
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
Fakulti Sains Kognitif dan Pembangunan Manusia
Fakulti Sains dan Teknologi Sumber
Fakulti Sains Komputer dan Informasi Teknologi

B. Maklumat berhubung isu, minat dan tingkah laku responden terhadap politik secara
umum. Sila tanda [/] pada kotak yang disediakan.
1. Nyatakan isu atau perkara yang paling penting kepada anda.
Inflasi
Pembangunan yang tidak seimbang antara negeri
Jenayah dan keselamatan awam
Isu etnik dan ketidaksamarataan etnik
Masalah moral dan sosial
Rasuah
Masalah ekonomi yang lain
Politik dunia
Masalah alam sekitar
Politik nasional
Peluang pekerjaan
Tidak tahu
Lain-lain. Sila nyatakan.__________________________________________________________

24

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

2. Berapa kerapkah anda berbincang tentang dasar


kerajaan dan isu semasa dengan ahli keluarga/ rakan/ rakan sekolah atau sekerja?
Selalu
Kadang-kadang
Tidak pernah
3. Adakah anda seorang pengundi berdaftar?
Ya

Tidak

4. Mengapakah anda belum mendaftar sebagai pengundi?


Dibawah umur untuk mengundi
Tidak tahu bagaimana dan di mana untuk medaftar
Tidak ada masa
Tidak bersedia
Tidak berminat
Lupa untuk medaftar
5. Pada pandangan anda, parti politik manakah yang lebih cenderung kepada aspirasi dan
kepentingan anda?
Barisan Nasional
Parti Keadilan Rakyat
PAS
DAP
BEBAS
Lain-lain. Sila nyatakan.__________________________________________
6. Adakah anda berpuas hati dengan prestasi Najib Razak sebagai Perdana Menteri?
Puas hati
Tidak berpuas hati
Tidak tahu
C. Maklumat Penggunaan Internet Secara Umum.
Sila tanda [/] pada kotak yang disediakan.
1. Secara purata di dalam seminggu, berapa jamkah anda meluangkan masa melayari
internet?
<1
1-2
2-3
3-4
4-5
>5
2. Apakah aktiviti yang sering anda lakukan semasa mengakses internet?
25

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

Membaca dan membalas E-mel


Mendapatkan berita
Mencari maklumat
Menjalankan transaksi kewangan secara online
Berkomunikasi menerusi rangkaian sosial
Bermain permainan online
Memuat turun lagu dan cerita
Membeli barangan secara online
Melakukan urusan berhubung pendidikan
Mengakses tanpa tujuan yang spesifik
Lain-lain. Sila nyatakan ________________
3. Senaraikan 3 laman web yang sering anda kunjungi.
i.___________________________________________________________________
ii.__________________________________________________________________
iii.__________________________________________________________________
4. Pernahkah anda mengikuti berita dan perkembangan semasa politik apabila anda
melayari internet?
Ya
Tidak
Jika ya, sila teruskan ke bahagian D Borang Soal Selidik.
D. Maklumat Penglibatan Politik Responden Melalui Internet.
Sila tanda [/] pada kotak yang disediakan.
1. Melalui saluran manakah anda memperoleh maklumat dan berita mengenai politik?
Media Tradisional (Contoh: Televisyen, Radio, Surat Khabar)
Internet
Lain-lain. Sila nyatakan. ______________________________
2. Adakah anda bersetuju dengan kenyataan di bawah mengenai media tradisional dan
internet? Sila tanda [ / ] pada ruangan yang berkenaan.
Bil .

Kenyataan

1.

Media tradisional lebih banyak penapisan berbanding internet.

2.

Internet menyalurkan informasi


berbanding media tradisional.

3.

Perspektif maklumat yang disalurkan menerusi internet adalah


pelbagai.
Media tradisional hanya menyalurkan komunikasi sehala
berbanding internet yang bersifat dua hala.

4.

Setuju

yang

lebih

terperinci

5.

Internet membolehkan pengguna bertindak sebagai pengeluar


dan pengguna.

6.

Informasi yang disalurkan di dalam internet boleh dipercayai.

26

Tidak
Setuju

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

3. Nyatakan sebab utama anda menggunakan internet sebagai sumber berita dan
informasi politik.
Mudah dicapai
Mudah digunakan
Tidak memerlukan kos kewangan yang tinggi
Maklumat yang terkini
Lain-lain.
Sila
nyatakan.
__________________
4. Sumber manakah yang selalu dikunjungi oleh
anda bagi mencari berita dan
informasi mengenai politik?
Tanda [ / ]

Nyatakan

Blog
Laman audio/visual / video.
Laman berita
Laman rangakaian sosial.
Laman web parti politik.
Lain-lain. Sila nyatakan. ______________________________
5. Bagaimanakah anda sedar akan kewujudan sumber di atas?
Hyperlink dari laman internet yang lain
Keluarga
Rakan
Pensyarah
Ahli politik
Lain-lain.
Sila
nyatakan.
___________________
6. Pernahkah anda menerima sebarang permintaan atau jemputan untuk menyokong
agenda/ program politik atau menyertai aktiviti yang berunsurkan politik
Ya

Tidak

Jika ya, sila jawab soalan 6 (a), manakala jika tidak, sila jawab soalan 6 (b).
6 (a). Pernahkah anda menyokong sebarang agenda/ program politik atau mengambil
bahagian di dalam aktiviti politik hasil dari jemputan atau permintaan politik yang anda
terima.
Ya
Tidak
Jika ya, sila nyatakan aktiviti tersebut.
____________________________________________________________________.
6 (b).Pernahkah anda menghantar sebarang permintaan atau jemputan untuk
menyokong sebarang agenda/ program politik atau terlibat di dalam aktiviti
politik kepada masyarakat sekeliling anda (keluarga, rakan dan lain-lain).
Ya
Tidak
7. Adakah melalui pembacaan berita dan maklumat politik mempengaruhi atau
mengubah persepsi anda terhadap kumpulan politik atau isu berhubung politik dan
sosial.
Ya
Tidak
Jika ya, sila nyatakan sebab anda.
_____________________________________________________________________
___________________________________________________________________
27

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

8. Pernahkah anda memberi sebarang komen atau berkongsi pandangan mengenai berita
dan informasi politik secara online?
Ya
Tidak
Jika ya, sila jawab soalan 9. Jika tidak teruskan dengan soalan berikutnya.
9. Melalui sumber online manakah anda memberi komen dan berkongsi pandangan
mengenai maklumat dan berita mengenai politik? [Boleh tanda lebih dari satu pilihan]
Tanda [ / ]

Nyatakan

Blog
Laman audio/visual / video.
Laman berita
Laman rangakaian sosial.
Laman web parti politik.
Lain-lain. Sila nyatakan. _______________________________
10. Adakah melalui maklumat di dalam internet ini membantu anda dalam mempelajari
sistem politik di Malaysia?
Ya
Masih kurang jelas
Tidak
Tidak pasti
11. Adakah selepas membaca mengenai berita dan maklumat politik menerusi internet ini
mendorong anda untuk mengundi pada pilihan raya umum ke -13 akan datang?
Ya
Tidak

Tidak layak mengundi


Tidak pasti

- Terima Kasih di Atas Kerjasama Anda -

28

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

RUJUKAN
Andersen. J, 2006. In Hoff.J, 2006. Internet, Governance and Democracy: Democratic
transitions from Asian and European Perspectives, Nordic Institute of Asian
Studies(NIAS), Denmark
Beer, Samuel & Ulan, Adam (1958), Patterns of Government: The Major Political System of
Europe, David McKay Company INC, New York.
Bell.G.F, 2008. Footness to History: The Premier on the American Political Character, Mercer
University Press, Georgia
Browning.G, 2005. Electronic Democracy: Using the Internet to Transform American Politics.
Information Today, Inc. Medford, New Jersey.
Burcher. N, 2011. Facebook usage statistics Dec 31st 2010 vs Dec 31st 2009 vs Dec 31st 2008,
Dicapai pada: http://www.nickburcher.com/2011/01/facebook-usage-statisticsdec-31st-2010.html, akses pada 20 Februari 2011
Doughlas, S.A. 1970. Political Socialization and Student Activism in Indonesia, University of
Illinois Press, Chicago
Facebook, 2011.
1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower, Dicapai pada:
http://www.facebook.com/NoMegaTower?sk=info, akses pada 21 Mac 2011
Gamer, R.G. 1965. Political Socialization in Three Working Class Neighborhoods of Singapore,
Department of Political Science, University of Singapore, Singapore
Gibson et al., 2005 in Stanyer.J, 2007. Modern Political Communication: Mediated Politics in
Uncertain Times, Polity Press, United Kingdom
Kaila, K. 2008. Youth and Politics: The Disengaged Generation, Dicapai pada:
http://www.youthandpolitics.info, akses pada 10 Oktober 2010.
Kaiser Family Foundation and National Public Radio in Browning.G, 2005. Electronic
Democracy: Using the Internet to Transform American Politics. Information
Today, Inc. Medford, New Jersey
Kazmee,

2010. Internet Usage among The Youth Today, Dicapai


http://technology.ezinemark.com/internet-usage-among-the-youth-today171455f31bc.html, akses pada 12 Mac 2011
29

pada:

SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL

Malaysian Communication and Multimedia Commission. 2005. Maklumat Pengguna


Langganan Internet Dial-up, 1998-2004. Diambil daripada : Ooi, Lee Tan,
2010. Dinamik Ruang Siber dalam Gerakan Reformasi di Malaysia, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
Marican, Y. Mansoor (1982), Dasar Ilmu Politik, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Merdeka Centre, 2010. Peninsular Malaysia Voters Opinion Poll Quarter 4 / 2010, Dicapai
pada: http://www.merdeka.org/pages/02_research.html, akses pada 18 Mac 2011
Nadzri, Muhamad (2009), Politik Malaysia di Persimpangan: Praktik Politik dalam PRU 2008
dan Kontemporari, Strategic Information and Research Development Centre
(SIRD), Petaling Jaya.
New Straits Times, 2010 . Is political apathy taking root among youth?, Dicapai pada:
http://findarticles.com/p/news-articles/new-straitstimes/mi_8016/is_20101109/political-apathy-root-youth/ai_n56231752/, akses
pada 17 Mac 2011
Norris, 2003 in Stanyer.J, 2007. Modern Political Communication: Mediated Politics in
Uncertain Times, Polity Press, United Kingdom
Ooi, Lee Tan, 2010. Dinamik Ruang Siber dalam Gerakan Reformasi di Malaysia, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
Stanyer.J, 2007. Modern Political Communication: Mediated Politics in Uncertain Times, Polity
Press, United Kingdom
Tan,Jun-E & Ibrahim, Zawawi. 2008. Blogging and Democratization in Malaysia: A New Civil
Society in the Making, Petaling Jaya: Strategic Information and Research
Development Centre (SIRD)

30