Anda di halaman 1dari 2

Agromakanan merupakan sektor penting kepada pertumbuhan pendapatan rakyat dan negara.

Dasar Agromakanan.
Dasar Agro Makanan Negara, yang akan dijalankan selama 10 tahun, telah diluluskan oleh
Kabinet Malaysia pada 28 September 2011, dan telah menggantikan Dasar Pertanian Negara.
Dasar ini diadakan untuk menangani isu bekalan makanan di Malaysia. Dengan dasar ini, ia
memberi jaminan bahawa jumlah yang bekalan makanan mencukupi dan juga selamat untuk
dimakan di negara kita. Selaras dengan usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara
berpendapatan tinggi, adalah dijangka bahawa Dasar Agro Makanan Negara akan meningkatkan
pendapatan bagi golongan petani serta usahawan tani. Seterusnya, ia akan membolehkan
perkembangan sektor pertanian sebagai industri yang mantap dan berdaya tahan.
Dalam Belanjawan 2012 baru-baru ini, YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak
telah membangkitkan isu Dasar Agro Makanan Negara berkenaan dengan subjek kenaikan harga
bekalan makanan dan kesejahteraan rakyat Malaysia. Beliau menyatakan bahawa sejumlah
RM1.1 bilion telah diperuntukkan bagi sektor pertanian sahaja. Dengan permulaan yang
memberangsangkan kepada Dasar Agro Makanan Negara, adalah diharapkan bahawa masa
depan cerah untuk industri asas tani.

Objektif Agromakanan :
i.

menjamin bekalan makanan yang mencukupi dan selamat dimakan;

ii.

menjadikan industri agromakanan sebagai industri yang berdaya saing dan mampan; dan

iii.

meningkatkan tahap pendapatan usahawan tani.

Sumbangan Agromakanan Terhadap Pertumbuhan Ekonomi Negara.

1. Meningkatkan Pendapatan Negara Kasar (PNK) hasil sumbangan Industri Agromakanan.


- Pada 2009, Pendapatan Negara Kasar mencatatkan pengeluaran domestik
agromakanan dengan niali 16.6 billion yang merangkumi 80% lebih dari jumlah
keseluruhan sumbangan ini kepada pembangunan ekonomi negara.
2. Mengalakkan persaingan perusahaan agromakanan kerajaan dengan swasta.
- Bagi menggalakkan pelaburan swasta, persekitaran yang lebih mesra perniagaan,
telus, menyokong inovasi dan daya saing serta peluang perniagaan yang lebih
menarik akan diwujudkan. Dasar, peraturan dan prosedur perniagaan sedia ada akan
disemak semula bagi menggalak dan memacu pelaburan swasta dalam bidang
agromakanan.
3. Mengurangkan aliran wang keluar dan menambahkan aliran wang masuk.
- Sektor agromakanan yang diperkembangkan, secara tidak langsung mengurangkan
aliran wang keluar apabila negara tidak perlu lagi mengimport barangan dari luar.
Manakala nilai eksport dalamm negara yang tinggi akan meningkatkan pendapatan
negara sekaligus tidak berlakunya aliran wang keluar.
4. Membuka peluang pekerjaan kepada rakyat.
- Jumlah guna tenaga industri agromakanan menunjukkan arah aliran meningkat dalam
tempoh 2000 hingga 2010 dengan kadar pertumbuhan 2.5% setahun.
5. Mempromosi Produk Agropelancongan.
- Ketibaan pelancong ke pusat agropelancongan diunjurkan meningkat kepada 6 juta
orang menjelang 2020. Tarikan ke pusat agropelancongan akan dilaksanakan dengan
mempelbagaikan produk agropelancongan seperti agropelancongan berasaskan
pendidikan pertanian, makanan, kesihatan, inap desa, pameran, kraf tangan, agama
dan budaya.

Anda mungkin juga menyukai