Anda di halaman 1dari 21

Assalamualaikum Dear Mummies and Daddies,

Welcome!!
Saya menyediakan puzzle yang berkualiti untuk anak-anak kecil dan kanak-kanak pra sekolah pada
harga yang berpatutan. Puzzle -puzzle ini datang dalam pelbagai bentuk, saiz, warna dan tema yang
pasti saja menarik minat anak dan juga anda. Bermain dengan puzzle bukan sahaja menyeronokkan
untuk anak-anak, malah ia dapat membantu dalam membentuk kordinasi tangan dan mata (untuk
kanak-kanak kecil) dan menjana kreativiti dan imaginasi untuk kanak-kanak pra sekolah. Jika anda
perlukan nasihat saya untuk pemilihan produk yang sesuai untuk anak anda, sila baca Product Guide
Puzzle kami duat dari sumber kayu yang sentiasa diperbaharui, inilah yang menjadikan puzzle ini lebih
tahan lasak dan kuat. Puzzle Kayu mempunyai tekstur semulajadi yang dapat meransang deria
sentuhan kanak-kanak. Setiap puzzle dibuat dengan berwarna-warni dan menarik serta mempunyai
berbagai tema seperti Animal Kingdom dan Underwater World. Puzzle kami juga bebas dari bebas dari
bahan cetakan yang mengandungi toksik, tiada bucu yang tajam dan menepati piawaian standard
keselamatan permainan kanak-kanak (EN71, CSPC & ASTM European & American Standard of safety
of toys).
Kami boleh menghantar ke mana sahaja di seluruh Malaysia samada menggunakan Pos Berdaftar, pos
Laju atau Perkhidmatan Kurier. Kami juga menyediakan perkhidmatan membalut disertakan bersama
kad ucapan jika anda mahu memberinya sebagai hadiah.

Panduan Pemilihan Produk


Puzzle kami sesuai untuk kanak-kanak bermula dari umur 2 hingga 5 tahun. Anda juga boleh
memperkenalkan puzzle bila mereka berumur 18 bulan jika mereka menunjukkan minat dan pastikan
mereka bermain dengan tunjuk ajar serta dibawah pengawasan anda. Puzzle kami memang dibuat
sesuai untuk tangan si kecil seperti peg puzzle. Kanak-kanak pra sekolah pula sesuai dengan raised
puzzle (puzzle timbul)
Puzzle Untuk Kanak-kanak Kecil (18 bulan hingga 3 tahun)
Puzzle khusus untuk kanak-kanak kecil ini direka khusus untuk membantu mereka dalam
perkembangan kordinasi tangan dan mata, mengenali bentuk dan membentuk pemikiran secara logic.
Mereka juga akan belajar mengenal binatang, warna, objek serta aktiviti harian melalui puzzle yang
pelbagai jenis dan tema.
1. Untuk permulaan, pilih puzzle yang mempunyai kepingan puzzle yang sedikit seperti Small Puzzle
yang mempunyai 5 keping peg puzzle.
2. Bila mereka telah Berjaya melengkapkan small puzzle, anda boleh memperkenalkan kepada mereka
puzzle yang mempunyai antara 8 hingga 10 keping peg puzzle seperti puzzle Hexagonal, Triangular dan
Medium.
3. Bila mereka telah mahir bermain dengan peg puzzle, anda boleh memperkenalkan mereka dengan
Medium Puzzle yang mempunyai kepingan puzzle yang timbul.
4. Anda juga boleh cuba memperkenalkan Jigsaw Puzzle yang ringkas seperti Chicken, Cow, Duck,
Horse mempunyai 5 keping puzzle, manakala Tortoise, Whale, Dolphin, Owl mempunyai antara 10
12 keping puzzle). Puzzle-puzzle ini membantu mereka dalam membentuk pemikiran secara logik.
Puzzles for preschoolers (age between 3 and 5 years)
Puzzles for preschoolers are more complex and are designed to:-

You can place your order through :1. E-mail at early.education@yahoo.com

Pilih Permainan Selamat


Share on facebook Share on twitter Share on email Share on print More Sharing Services 30
Oleh: EDITORIAL PAMA
Tarikh: 7 Disember 2011

Kanak-kanak dan permainan sukar dipisahkan. Mereka membentuk dunia tersendiri dengan
permainan mereka. Ada kalanya mereka boleh leka berjam-jam lamanya dalam dunia khayalan
ciptaan mereka.
Ada ibu bapa terlalu teruja membelikan pelbagai barangan permainan untuk si kecil yang baru
pandai bermain. Anak-anak kecil tentu sahaja seronok dengan permainan yang diberikan tetapi
terfikirkah anda, siapa tahu mereka mungkin menjerit kesakitan kerana kemalangan yang tidak
diduga.
Alat permainan kanak-kanak kadang kala boleh mengundang padah sekiranya tidak berhati-hati
memilihnya. Hakikatnya, bukan semua permainan sesuai untuk kanak-kanak.
Terdapat pelbagai barangan permainan yang dijual di pasaran sekarang disesuaikan dengan
kanak-kanak mengikut usia dan jantina. Untuk anak lelaki, kereta mainan dan blok binaan
mungkin sesuai bagi mereka manakala anak patung pula sesuai untuk anak perempuan.
Namun, anda perlu bijak memilih permainan untuk mengelakkan kecederaan yang tidak diduga.
Permainan itu mungkin kelihatan cantik tetapi tidak sesuai dengan tahap usia dan perkembangan

mereka.
Tip Pilih Permainan
1. Baca label pada permainan sebelum membelinya.
2. Elak beli mainan seperti anak patung yang mempunyai bulu yang banyak untuk anak berusia
di bawah satu tahun.
3. Pilih permainan seperti baby gym yang boleh merangsang fizikal dan deria.
4. Beli permainan yang mempunyai permukaan yang tidak tajam.
5. Jangan membeli permainan yang mempunyai bahagian-bahagian kecil atau mudah tertanggal.
Ia boleh membuatkan anak tercekik.
6. Bahan-bahan yang mempunyai toksik tidak sesuai dijadikan bahan permainan kerana boleh
meracuni mereka.
7. Jangan beli permainan yang mempunyai cat yang mudah tertanggal.
Kemungkinan barang permainan yang berkualiti agak mahal harganya tetapi yang penting anak
anda selamat semasa bermain. Dapatkan nasihat dan bantuan daripada petugas kedai untuk
memilih permainan yang sesuai untuk anak.
Paling penting, sentiasa berada di sisi anak semasa mereka bermain. Ia akan membuatkan anakanak rasa lebih dihargai selain keselamatan mereka terjamin.

Mengapa pendidikan awal penting?


Sebenarnya ransangan minda yang anak-anak dibawah usia 6 tahun dapat, adalah jauh lebih
memberi kesan kepada peningkatan IQ dan EQ anak. Seorang pakar pendidikan awal kanakkanak, Glen Doman selepas 40 tahun mengkaji tentang perkembangan kanak-kanak menyebut
tentang kepentingan pendidikan awal kanak-kanak berkata:
"Every child born has, at the instant of birth, a higher potential intelligence than Leonardo Da
Vinci ever used and It is easier to give a one-year-old encyclopedic knowledge than it is to give it
to a six-year-old."
Maksudnya :
"Setiap kanak-kanak dilahirkan dengan potensi kebijaksanaan yang lebih tinggi dari Leonardo
Da Vinci. Mengajar seorang bayi berusia satu tahun pengetahuan ensiklopedia adalah lebih
mudah berbanding budak berusia 6 tahun".
Sebab itu, tahun-tahun pertama seorang anak itu dipanggil oleh Doman sebagai tahun-tahun
EMAS.
Selepas anak berusia 6 tahun, 90% dari perkembangan otaknya telahpun sempurna.
Perkembangan pesat otak seorang manusia berlaku pada 6 tahun pertama kehidupannya.
Bak kata pepatah Melayu, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Pepatah Arab pula menyebut
mendidik anak ketika kecil umpama mengukir di atas batu, mendidik ketika anak dewasa
umpama mengukir di atas air. Sebab ituah kita harus bertindak lebih awal dalam mendidik anakanak. Jangan sampai sudah menjadi buluh baru nak dilentur!
Mengajar anak kecil adalah umpama mengukir di atas batu... ukiran jenis apakah yang
akan kita tinggalkan?

10 Panduan beli alat permainan


15 September 2013 by Shahrul in Peralatan - No Comments

Alat permainan dan kanak-kanak memang tidak boleh dipisahkan. Biarpun hanya objek biasa
pada pandangan kita tetapi boleh menjadi satu alat pemainan yang unik bagi mereka. Alat
permainan bukan sahaja memberi keseronokan kepada mereka malah dapat membantu membina
pemikiran dan meningkatkan imaginasi mereka.
Majoriti ibu bapa sekarang gemar atau kerap membelikan anak-anak mereka pelbagai alat
permainan dan anak kecil pasti teruja menerima permainan tersebut. Jarang sekali ibu bapa yang
terpikir samada permainan yang dibeli itu selamat digunakan atau tidak.
Alat permainan kanak-kanak kadangkala boleh mengundang kecelakaan sekiranya tidak berhatihati. Hakikatnya, tidak semua alat permainan yang ada di pasaran selamat dan sesuai untuk
kanak-kanak. Ibu-bapa memainkan peranan yang penting dalam memastikan alat permainan
anak-anak selamat digunakan.
Berikut merupakan antara panduan yang boleh diikuti dalam membeli alat permainan:

1. Baca label pada permainan sebelum membelinya.


2. Elakkan dari membeli mainan seperti anak patung yang mempunyai
bulu yang banyak untuk kanak-kanak di bawah tiga tahun.
3. Pilih permainan yang berteraskan aktiviti kecergasan seperti baby
gym yang boleh meransang fizikal dan deria.
4. Dapatkan permainan yang mempunyai permukaan dan bucu yang
tajam.
5. Jangan membeli permainan yang mempunyai bahagian kecil atau mudah
tertanggal. Kebiasaanya bayi cenderung memasukkannya kedalam
mulut dan boleh mengakibatkan tercekik.
6. Elakkan permainan yang diperbuat daripada bahan yang mempunyai
kandungan kimia yang tinggi kerana dikhuatiri akan meracun kanakkanak.
7. Kenal pasti berat permainan yang dibeli agar bersesuaian dengan anak
kecil. Hal ini kerana bimbang boleh mendatangkan kemudaratan jika
terjatuh.
8. Pastikan keadaan fizikal anak-anak bersesuaian dengan alat permainan
yang dibeli. Kebiasaanya ibu bapa akan membeli alat permainan
yang lebih besar agar dapat digunakan lebih lama. Hal ini boleh
mendatangkan kecederaaan kepada anak-anak dan memerlukan
perhatian yang sepenuhnya dari orang dewasa.
9. Elakkan beli permainan yang mempunyai cat yang mudah tertanggal.

10. Paling penting sentiasa bersama anak-anak ketika bermain, bukan


sahaja dapat memastikan keselamatan anak-anak malahan dapat
mengeratkan hubungan dan anak-anak akan rasa lebih dihargai.

Sumber Rujukan : HarianMetro 4 september 2013,

BARANG PERMAINAN BOLEH MEMBAHAYAKAN


Kita mesti berasa agak ganjil apabila dikatakan bahawa barang permainan boleh membahayakan.
Pada hal barangan seumpama ini bertujuan untuk menyeronokkan dan melekakan kanak-kanak
(mungkin juga dewasa) dan bukan sebaliknya. Apa lagi di banyak tadika, permainan menjadi
satu daya tarikan yang dipentingkan. Tetapi pada hakikat ramai kanak-kanak mengalami
kecederaan, kadangkala dengan tidak sengaja, akibat barang permainan ataupun hobi kegemaran
mereka. Salah satu sebab mengapa ini berlaku adalah kerana bahan yang gunakan untuk

membuat barang permainan tersebut mengandungi racun ataupun boleh memudaratkan


kesihatan.
Sebagai contoh, baru-baru ini terdapat laporan yang mengatakan bahawa industri permainan
tidak sangat menghiraukan tentang hal-hal keselamatan pelanggan mereka apabila terdapat bahan
pthalate terkandung dalamnya. Ini adalah sejenis bahan yang terbit daripada permainan diperbuat
daripada PVC (polivinil klorida, sejenis plastik keras) terutama sekali apabila dihisap, kunyah
ataupun tekanan dikenakan padanya. Akibatnya kanak-kanak mudah termakan atau tertelan
bahan tersebut dan ini boleh membahayakan kesihatan seperti kerosakan buah pinggang dan
paru-paru. Dalam satu kajian, 63 barang permainan daripada 17 negara menunjukkan
mengandungi bahan bahaya pthalate, umumnya antara 10 hingga 40 peratus berat permainan
tersebut.
Satu lagi contoh adalah penggunaan cat atau bahan warna yang mengandungi plumbum untuk
mewarnai permainan tersebut. Banyak kajian telah menunjukkan bahawa plumbum ini boleh
mengancam keselamatan kanak-kanak terutamanya. Kesan plumbum kepada kesihatan telah
disiarkan dalam PenawaRacun Bil. 6, Januari 1996. Plumbum pada paras yang agak rendah
sudah boleh menjejaskan prestasi pembelajaran kanak-kanak walaupun gejala keracunan masih
tidak ketara.
Antara bahan-bahan hobi maupun permainan yang patut dielakkan untuk kanak-kanak adalah
seperti dalam senarai di bawah. Setiap satu daripada bahan-bahan ini boleh mengeluarkan atau
mengandungi bahan beracun dan tidak selamat jika digunakan oleh kanak-kanak terutama sekali.
Misalnya,

tanah liat khususnya dalam bentuk kering


gam segera
pewarna atau pencelup (untuk mencelup kain)
perekat berasaskan pelarut
pelarut
pen marker berdakwat tetap
penyembur aerosol
pengilat (glaze), dan
bahan epoksi
serbuk pewarna tempera

Jika diperlukan juga, sebelum menggunakan bahan-bahan ini, pastikan kanak-kanak tidak
terdedah padanya dengan mengambil langkah-langkah pencegahan. Antaranya:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Pertimbangkan usia, minat serta perkembangan dan keupayaan kanak-kanak (Lihat juga
nasihat/saranan syarikat pembuat).
Pertimbangkan ruang yang ada untuk bermain dan menyimpan permainan tersebut.
Carikan permainan yang tidak banyak memerlukan penyeliaan atau penjagaan.
Cari permainan yang tidak mengandungi bahan berbahaya dan beracun.
Tentukan tiada bahagian yang boleh mudah tertanggal atau tercabut; tarik-tarik bahagian tertentu
untuk menentukan ini tidak berlaku.
Tentukan bahagian yang boleh bergerak dipasang dengan baik dan tidak boleh menimbulkan
masalah, seperti terkepit jari; atau yang bersendi-sendi tajam
Pilih permainan diperbuat daripada kain, yang kukuh buatannya, boleh dibasuh serta tidak
mudah terbakar.

Pembuatan yang kemas dan tahan lasak adalah ciri-ciri penting untuk permainan kanak-kanak.
Elakkan daripada permainan yang menggunakan pancutan (khususnya bergas), atau yang
bermata tajam seperti anak panah, maupun senjata. Tentukan juga permukaannya licin serta
halus
10. Periksa dan semak yang permainan sentiasa dalam keadaan baik dan selamat. Cuci jika perlu.
Buang permainan yang rosak dan tidak selamat sekiranya ia tidak boleh diperbaiki dengan
sempurna.
8.
9.

Pendek kata permainan boleh mengancam keselamatan kerana rekacipta atau bentuknya yang
tidak sempurna. Oleh itu perlu diambilkira keselamatan kanak-kanak sebelum membeli atau
membenarkan mereka berseronok dengan permainan tertentu.
Setelah mengambilkira hal-hal yang berkenaan dan pasti yang barang permainan itu adalah
selamat untuk kanak-kanak, pastikan pula ia disimpan dengan baik. Penyimpanan yang kurang
sempurna boleh menyebabkan kanak-kanak cedera oleh kerana letaknya tidak teratur maupun
sesuai. Oleh yang demikian
1. cara yang baik untuk menyimpan permainan ialah dirak terbuka yang stabil. Ini
memudahkan kanak-kanak daripada mengambil permainan yang diingininya tanpa
banyak halangan dan lebih selamat.
2. bakul plastik juga sesuai jika rak tidak dapat disediakan.
3. penggunaan kotak-kotak kayu atau besi yang berat tidak digalakkan kerana:
o
o
o

tutup kotak tersebut boleh terhempas dan menghimpit bahagian badan kanak-kanak,
khususnya tangan dan jari mereka,
penjurunya yang agak tajam, dan pembuatan yang tidak kemas boleh mencederakan,
tidak memberi kanak-kanak pemilihan yang baik kerana ada barang permainan yang
terlindung di bahagian bawah kotak tersebut.

Dengan lain perkataan, keselamatan kanak-kanak perlu diutamakan dan para pengguna, terutama
sekali ibubapa, penjaga dan guru bertanggungjawab memastikan kanak-kanak tidak terdedah
kepada apa-apa bahaya yang tidak diingini sama ada secara sengaja atau tidak.

Alat mainan sesuai usia


0 0 Google +0 0 0
Cetak

Oleh Rosmaliana Aida Mohd Adnan


SETIAP kali ke pasar raya untuk membeli keperluan harian, antara tempat wajib yang akan
dikunjungi khususnya ibu bapa yang ada anak kecil ialah bahagian permainan. Penulis sendiri
kadang-kadang rambang mata untuk membuat pilihan alat mainan mana yang bersesuaian
dijadikan teman si kecil. Semuanya comel, cantik dan menarik, apatah lagi dengan adanya
promosi harga sempena Jualan Mega, akhir tahun kini.
Namun pernahkah anda terfikir apakah setiap alat mainan yang kita belikan untuk anak itu
selamat digunakan? Ramai ibu tertanya-tanya bentuk dan jenis alat mainan yang sesuai untuk
diberikan kepada si kecil supaya ia tidak mendatangkan kemudaratan kerana pada usia ini
mereka masih belum mengenal makna bahaya.

Bagi kanak-kanak terutama yang masih kecil (di bawah usia lima tahun), kebanyakannya masih
belum faham apa yang dikatakan berbahaya kerana bagi mereka, semua barang boleh dijadikan
alat mainan.
Menurut Pengarah PlushHaven Sdn Bhd, Chelsea Cheng, semua ibu bapa berasa bahagia apabila
melihat anak bermain dengan gembira kerana ia merangsang proses pembelajaran dan
perkembangan anak-anak baik dari segi fizikal mahupun mental.

Malah katanya, alat mainan adalah harta karun yang berada dekat di hati kanak-kanak. Oleh itu,
adalah penting untuk membantu perkembangan tumbesaran mereka dengan memiliki jenis alat
mainan yang bersesuaian dengan usia serta kemampuan mereka.
Keadaan ini disebabkan perkembangan awal kanak-kanak dipengaruhi perkara yang berlaku di
sekeliling mereka kerana kanak-kanak belajar daripada apa yang dilihat, dipegang, dirasa dan
sebagainya.
Oleh itu, pemilihan jenis alat mainan bersesuaian penting bagi menjamin keselamatan di
samping meningkatkan kemahiran kognitif (mental) kanak-kanak berkenaan agar ia memberikan
kesan positif kepada tumbesaran mereka, katanya ketika ditemui di butik permainannya di One
Utama, Petaling Jaya, Selangor.
Dia yang turut menjadi pengedar eksklusif barangan permainan berkualiti tinggi, Steiff berkata,
pada peringkat awal, ibu dan bapa boleh memilih jenis permainan seperti kad bergambar sama
ada dalam bentuk haiwan, bunga, angka ataupun huruf kerana ia mampu merangsang daya
ingatan serta proses pengenalan terhadap bentuk berkenaan.
Chelsea berkata, ibu bapa juga perlu memerhatikan panduan pembelian alat mainan yang tertera
pada bungkusan sama ada ia bersesuaian dengan umur bayi mereka atau sebaliknya.

Namun harus diingatkan bahawa peranan alat mainan untuk membantu meningkatkan
perkembangan si anak dan bukannya menggantikan kepentingan peranan ibu bapa dalam
mendidik anak. Ketelitian dalam membuat pilihan satu kemestian supaya keselamatan si anak
terjamin, katanya.
Selain itu, antara panduan yang boleh digunakan untuk memilih permainan yang selamat
terutama bagi bayi dan kanak-kanak seperti berikut:
Berat alat mainan yang dibeli. Pastikan ia tidak menyebabkan sebarang kemudaratan
kepada bayi sekiranya mainan berkenaan jatuh menimpanya. Jika ia berat, batalkan saja niat
anda untuk membelinya walaupun ia sangat menarik.
Pastikan keadaan fizikal anak bersesuaian dengan mainan yang dibelikan. Ibu bapa
biasanya akan membelikan anak mereka barangan permainan yang jauh lebih besar
berbanding keadaan fizikal anak supaya barangan itu boleh digunakan lama (tidak perlu lagi
diulang beli), contohnya basikal.
Namun anda perlu ingat, keadaan ini sangat berbahaya kerana ia boleh menyebabkan
kecederaan jika anda tidak boleh memberikan sepenuh perhatian ketika anak bermain. Oleh
kerana agak mustahil untuk kita memberikan sepenuh tumpuan kepada seorang anak saja,
lebih baik jika perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan dihindarkan.
Pastikan mainan dibeli tidak mudah tanggal dan patah terutama akibat hentakan dan
tarikan. Periksa bahagian mainan seperti hidung, mata (bagi anak patung atau patung beruang)
dan bahagian yang bercantum sama ada ia dilekatkan dengan kuat dan tidak mudah tanggal.
Elakkan membeli mainan yang memiliki besi berani kecil didalamnya kerana boleh
menyebabkan bayi tertelan dengan mudah dan ia amat membahayakan.
Elakkan daripada memberikan bayi mainan bertali terutama jika panjangnya melebihi 30
sentimeter (12 inci). Ini boleh menyebabkan tali berkenaan mudah terbelit di leher anak
sekiranya tidak diawasi sebaik mungkin.
Elakkan membeli barangan permainan yang diperbuat daripada bahan plastik nipis kerana
ia mudah patah dan pecah dan meninggalkan bahagian tajam yang boleh melukakan bayi.
Jika anda membeli mainan yang boleh dipicit atau ditekan bagi mengeluarkan bunyi,
pastikan ia lebih besar daripada mulut bayi anda kerana mereka suka memasukkan barangan
ke dalam mulut.
Akhir sekali, jangan sesekali membiarkan bayi anda bermain sendirian dan pastikan ada
orang dewasa di sisi bayi bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini daripada berlaku.
Sementara itu, ikuti panduan mudah memilih alat permainan mengikut usia anak anda:
Bagi bayi baru lahir (0 hingga dua bulan)
Disebabkan keupayaan pergerakan yang terhad, bayi pada usia sebegini kebiasaannya akan

menumpukan perhatian terhadap perkara yang dia boleh lihat dan dengar.
Jarak pandangannya juga masih terhad iaitu antara 20.3 sentimeter hingga 35.6 sentimeter
(lapan hingga 14 inci) daripada matanya.
Selain itu, bayi juga mudah terpikat kepada bentuk yang memiliki perbezaan ketara, warna
terang serta objek yang bergerak perlahan-lahan dan menghasilkan bunyi lembut.
Antara alat permainan yang digalakkan adalah mainan tangan, kotak muzik (alunan muzik
lembut), muzik mudah alih, mainan yang memiliki bunyi-bunyian sama ada diletakkan pada
pergelangan tangan atau kaki dan menghasilkan bunyi ketika bayi bergerak.
Bayi berusia tiga bulan hingga enam bulan
Ketika ini bayi anda sudah mula membuka genggaman tangannya dan berasa selesa dengan
tangannya sendiri. Malah dia turut menghisap jarinya dan mula mencapai barangan
permainannya sendiri.
Namun pastikan semua permainan yang diberikan selamat memandangkan bayi anda mula
memasukkan barangan ke dalam mulutnya.
Selain itu, jangan sesekali mengikat alatan mainan anjal kepada alatan lain kerana ia boleh
menyebabkan bayi anda tercekik.
Jenis mainan yang disarankan adalah pusat aktiviti, alat permainan ringan yang mengeluarkan
bunyi, anak patung lembut dan pastikan semua bahagian dijahit dengan kemas dan tidak
mudah tanggal.
Bayi berusia enam bulan hingga sembilan bulan
Pada usia ini bayi mula boleh memegang mainan dengan kedua-dua tangan dan menghentak
alat berkenaan bersama. Pergerakannya menjadi lebih tepat dan dia mula menyedari setiap
objek yang ada sungguhpun dia tidak memegangnya.
Di samping itu, bayi anda juga makin bergerak bebas daripada duduk hinggalah mula
merangkak. Ketika ini, ibu bapa boleh memberikan blok kayu yang lembut, alat mainan yang
bergerak serta buku.
Bayi berusia 12 bulan hingga 18 bulan
Pada usia ini kebanyakan bayi sudah boleh bergerak dengan lebih bebas, malah ada
sesetengahnya mula berdiri dan berjalan.
Dia juga lebih berminat kepada bentuk permainan interaktif antaranya bercakap di telefon serta
mula memahami perkataan serta nama objek tertentu. Antara bentuk mainan yang disarankan
ialah bola, telefon mainan serta buku.
Artikel ini disiarkan pada : 2011/12/20

DISYORKAN

Sabtu, November 12, 2011


Awas! Ada alat permainan gugat keselamatan
Susunan : Bawang Goreng pada 11/12/2011 10:15:00 PG

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Pemilihan alat permainan tidak harus dipandang ringan
oleh ibu bapa yang mempunyai anak kecil. Walaupun alat
permainan sepatutnya menyeronokkan dan menghiburkan,
tidak semua dimainkan sebagaimana tujuan alat mainan
itu dicipta.
Kanak-kanak belajar mengendalikan sesuatu objek dan
meneka fungsinya sendiri. Ini antara sebab mengapa
keselamatan dan kesesuaian alat permainan itu penting.
Pilihan alat permainan harus sesuai dengan umur kanakkanak dan juga tingkat perkembangan dan bakat mereka.
Keadaan fizikal, sosial dan pendidikannya juga harus
diambil kira dalam hal ini.

Kemalangan ketika bermain alat mainan sering disebabkan tiga


punca utama :
* Penyalahgunaan, seperti apabila blok kayu dilontarkan
kepada seseorang.
* Tidak sesuai, seperti apabila set bahan kimia diberikan
kepada anak berusia enam tahun atau guli diberikan
kepada anak berusia tiga tahun.

* Barangan tidak selamat iaitu mainan kayu yang


berselumbar atau anak patung yang pinnya terkeluar dan
sebagainya.
engan mengetahui bagaimana kemalangan berlaku, ibu
bapa boleh membantu mengelak kemalangan dengan
memilih alat permainan yang dapat menjauhkan kanakkanak daripada ditimpa kemalangan. Beg plastik yang
selalu ditinggalkan berselerak di merata rumah dan sering
dianggap tidak mendatangkan masalah, boleh melemaskan
kanak-kanak menyarungnya pada kepala dan muka.

Beli alat permainan mesra alam


Antara sedar dan tidak kita banyak mendedahkan anakanak kepada permainan yang mengandungi plumbum
berlebihan hingga boleh merosakkan otak dan menjejaskan
tumbesaran. Oleh sebab itu, marilah kita menggalakkan
ibu bapa di luar sana untuk kembali mengamalkan
permainan yang dekat dengan persekitaran sekaligus
membina hubungan yang lebih erat.
Banyak laporan media yang menyatakan alat permainan di
tarik dari pasaran kerana menjejaskan kesihatan dan

berbahaya untuk kanak-kanak. Dalam masa yang sama,


tidak ramai yang mempunyai bajet untuk membeli mainan
yang selamat, tidak bertoksid dan juga mesra alam. Ibu
bapa harus menilai barang mainan yang dibeli untuk anakanak. Alat permainan adalah kemestian dan kanak-kanak
banyak belajar melaluinya tetapi ia tidak perlu menggugat
keselamatan dan kesihatan mereka. Apa yang penting,
lakukan yang terbaik untuk anda dan keluarga.

Membeli alat permainan sepatutnya menjadi kerja yang


mudah bagi ibu bapa, namun sebenarnya ia antara tugas
yang agak sukar kerana ibu bapa perlu memikirkan
beberapa perkara sebelum membeli. Antaranya ialah ia
perlu menyeronokkan, mempunyai unsur pendidikan serta
anak-anak menyukainya. Semaikan ini dalam minda
bahawa masa bermain dengan kanak-kanak tidak perlu
banyak alat mainan kerana yang lebih penting ialah
bagaimana mereka mengisi masa tersebut.Walau
bagaimanapun, alat permainan yang baik akan
merangsang minda kanak-kanak supaya lebih kreatif.
Terdapat beberapa perkara penting yang perlu
diperhatikan sebelum membeli permainan. Oleh itu, di
bawah ini disenaraikan tips mudah untuk para ibu bapa.
Panduan membeli barangan mainan :
* Pilih alat mainan yang bersifat semulajadi seperti
diperbuat daripada kayu (tanpa kilatan toksid) dan juga

fabrik organik (kain kapas, kain felt dan sebagainya).


Sebaik mungkin, pilih barangan yang organik dan bersifat
mesra alam yang menggunakan bahan asas semulajadi,
pencelup tumbuhan, fabrik bebas bahan kimia dan
sebagainya.
* Cari syarikat pengeluar yang berkualiti dengan melayari
laman webnya serta bertanya tentang kandungan bahan
tersebut. Sokong syarikat yang menggunakan bajet untuk
kajian dan penyelidikan terlebih dahulu terutamanya yang
menggunakan bahan bebas kimia.
* Pastikan setiap bahagian alat mainan dipasang
sempurna. Contohnya, tayar kereta mainan atau kapal
terbang dan juga mata anak patung dan butang baju anak
patung yang senang dicabut. Berhati-hati dengan alat
perhiasan kanak-kanak yang senang pecah dan mudah
ditelan. Kanak-kanak gemar memasukkan benda-benda ini
ke dalam mulut. Sebarang bahagian tertonjol harus tumpul
dan pastikan ia tidak boleh mencederakan.
* Beli alat permainan yang dilabelkan dengan bebas bahan
kadmium.
* Alat mainan sepatutnya tidak boleh pecah meninggalkan
kesan tajam atau selumbar. Begitu juga barangan plastik
yang boleh lentur. Pastikan tiada pin atau dawai kokot
terlekat pada alat mainan terutama anak patung.
* Choking Hazard- dibimbangi tercekik jika barang
permainan diaplikasikan oleh kanak-kanak yang tidak
sesuai tahap umurnya. Alat mainan kecil yang senang
ditelan atau disedut melalui hidung tidak sesuai untuk bayi
hingga kanak-kanak pra-sekolah. Jadi, ikuti arahan yang
disarankan seperti jika ia sesuai untuk umur tiga tahun ke
atas, jadi jangan beli untuk anak yang berusia setahun.
Fikir tentang kemungkinan siapa yang akan bermain alat
permainan tersebut. Jika barangan tersebut sesuai untuk
anak yang lebih besar dan dalam masa berbahaya untuk
adik-adiknya, tidak bermakna ibu bapa perlu menafikan
hak anak yang lebih besar. Namun apa yang perlu
dilakukan ialah peraturan serta tempat permainan itu

disimpan.
* Permainan stuffed toys harus menggunakan bahan-bahan
yang tidak mendatangkan alahan atau alergi. Pastikan alat
permainan tidak menggunakan cat bertoksid.
* Alat permainan sepatutnya boleh dicuci untuk
memastikan ia tidak terlalu kotor dan mengumpul kuman
yang boleh menyebabkan jangkitan.
* Pastikan tali yang diikat pada alat mainan tidak melebihi
30 sentimeter panjang. Tapi yang melebihi ukuran ini boleh
menyebabkan kanak-kanak terbelit leher mereka dengan
mudah.
* Jadi kreatif dengan menjadikan buku, alat sukan, muzik
dan kad permainan sebagai permainan anak-anak anda.
Mungkin bersifat tradisional namun ia juga mengembalikan
kenangan ketika anda di zaman kanak-kanak.
* Untuk alat permainan yang perlu dicantum atau dibina,
ibu bapa perlu sentiasa berada bersama anak-anaknya
kerana dikhuatiri boleh menjerut atau membahayakan
anak-anak. Antara yang perlu diperhatikan ketika anakanak sedang bermain tali atau sedang memusingkan tayar
yang boleh menarik rambut, pakaian atau apa sahaja
perkara buruk. Paling penting baca label dan gunakan akal
fikiran ketika mengedalikan mereka.
* Tidak dinafikan banyak barangan mainan yang
mengandungi magnet seperti bangunan, kereta hinggakan
baju untuk patung. Namun begitu magnet yang kecil boleh
menyebabkan kanak-kanak tercekik. Jadi, elakkan kanakkanak yang suka memasukkan segala benda ke dalam
mulut daripada bermain permainan tersebut.
* Banyak juga barang mainan yang terhakis warnanya
terutamanya jika dimasukkan ke mulut. Jadi, elakkan
barang mainan yang mempunyai pewarna mengandungi
bahan kimia. Kenali alat permainan terlebih dahulu
sebelum anda membeli seperti material, dari negara mana
dan baca arahan sebelum membelinya.

* Kurangkan pencemaran alam sekitar dengan membeli


barang permainan yang diyakini tidak menggunakan bahan
yang mudarat.
* Elakkan barang permainan berunsurkan barangan
kosmetik dan perhiasan murah yang sebenarnya berisiko
tinggi. Perhiasan ini mengandungi kandungan cadmium
yang tinggi sementara permainan kosmetik pula
mengandungi kandungan bahan kimia yang
memudaratkan.
Ibu bapa juga boleh menggunakan alat sedia ada namun
dengan kreativiti berbeza seperti kotak permainan yang
dijadikan alat permainan ajaib. Alat permainan berkualiti
tinggi sememangnya lebih mahal namun ia sebenarnya
berbaloi untuk poket anda kerana ia boleh diturunkan
kepada generasi seterusnya dan jika anda bercadang
untuk menjual, ia masih berbaloi bukan?
Semoga bermanfaat!

kompilasi dari sumber : BHarian 21/07/2011 dan Nur


November 2011 Pastikan permainan kanak-kanak ada
tanda MC
Pada 2008 pula, kira-kira 22 juta produk kanak-kanak di pasaran Amerika Syarikat dan Kanada
ditarik semula setelah produk itu menyebabkan 168 kecederaan dan 10 kematian manakala
pada 2007 alat permainan dari China ditarik balik di seluruh dunia disebabkan mengandungi
plumbum dan logam berat yang boleh menyebabkan keracunan pada kanak-kanak.

Kebanyakan kes kecederaan dan kematian ini berlaku kerana piawaian keselamatan alat
permainan kanak-kanak tidak dipatuhi.
Pengguna pula terlalu ghairah untuk memuaskan kehendak anak-anak dan tidak mementingkan
ciri-ciri keselamatan terhadap alat permainan itu.

Menurut Penolong Pengurus Kualiti, Standard dan Informasi Persatuan Pengguna Standard
Malaysia, Sam Wong Chin Kah, di Malaysia bermula 1 Febuari lalu, semua alat permainan
kanak-kanak perlu mempunyai tanda MC (Malaysian Conformity) sebagai bukti mematuhi garis
panduan yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK).
"Mulai tarikh berkenaan, kementerian akan menyita semua alat permainan yang gagal mematuhi
peraturan berikutan lambakan alat permainan yang gagal memenuhi garis panduan serta
berupaya mengundang bahaya kepada kanak-kanak," katanya.
Tambahnya, penguatkuasaan itu tidak terhad kepada alat permainan keluaran tempatan tetapi
juga alat permainan diimport.
Menurut Wong, pada 2007, penarikan alat permainan dari China di seluruh dunia menyebabkan
Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) menjalankan kajian ke atas alat permainan
kanak-kanak dan mendapati sesetengah alat permainan ini mempunyai plumbum dan logam
berat berbahaya.
"Ini dapat dilihat menerusi permukaan alat permainan yang mengandungi plumbum dan logam
berat yang tinggi yang boleh merencatkan pertumbuhan otak sekiranya bahagian luar ini terhakis
seterusnya memasuki mulut kanak-kanak.
"Justeru, Fomca menghantar memorandum kepada KPDNKK supaya menguatkuasakan standard
alat permainan di bawah Akta Perlindungan Pengguna Julai 2010," katanya.
Walaupun di Malaysia tiada rekod menunjukkan kemalangan disebabkan alat permainan seperti
di luar negara, penjagaan keselamatan kanak-kanak harus dititikberatkan. Ini kerana kebanyakan
ibu bapa tidak mengambil tahu mengenai alat permainan yang diberikan kepada anak mereka
disebabkan tidak mempunyai pendidikan kepenggunaan.
"Justeru, ada ibu bapa membeli alat permainan yang dijual secara lambak di pasar malam dengan
harga murah tanpa mengambil tahu sama ada alat permainan itu selamat atau tidak.
"Sebagai pengguna berhemat, seharusnya ibu bapa menyedari mengenai bahaya yang terdapat
pada sesetengah alat permainan kanak-kanak serta mengawasi alat permainan yang diberikan
kepada mereka," jelasnya.
Tambahnya, walaupun pengeluar ada menyatakan mengenai kesesuaian usia untuk alat mainan,
perlu diingat pemikiran kanak-kanak berbeza dengan orang dewasa dan kadangkala mereka lebih
kreatif serta inovatif menukar permainan. Misalnya, ada permainan seperti pistol atau senapang
yang tajam dan boleh mencederakan mereka, ada juga bola yang boleh luntur sekiranya dipegang
basah manakala alat permainan kecil boleh memasuki mulut kanak-kanak sehingga
menyebabkan mereka tercekik dan lemas.

"Sehubungan itu, barangan mainan yang tidak selamat perlu dikeluarkan daripada pasaran
dengan segera dan produk mainan baru perlu diteliti dengan lebih ketat sebelum dibenarkan
untuk dijual.
"Ini terutamanya alat permainan yang dijual murah di pasar malam yang sudah tentu menarik
perhatian ibu bapa untuk mendapatkannya," jelasnya.
>Panduan mengelak kemalangan disebabkan alat permainan
1. Pilih alat permainan selamat
- Sebelum membeli pastikan alat permainan sesuai dengan usia anak, minat dan tingkat
kemahiran mereka.
- Apabila membeli baca label. Lihat bentuk, jenis bahan digunakan, ikuti panduan umur dan
maklumat keselamatan yang tertera pada belakang kotak.
- Pastikan tiada benda kecil pada permainan yang boleh menyebabkan anak tercekik.
2. Periksa alat permainan yang boleh membahayakan kesihatan
- Periksa sekiranya alat permainan boleh rosak dan menjadi serpihan kecil sehingga
menyebabkan tercekik.
- Segera perbaiki atau elakkan membeli alat permainan yang mudah rosak.
- Kanak-kanak tidak boleh bermain alat permainan bertali yang boleh menyebabkan mereka
terjerut.
- Elakkan membeli alat permainan menggunakan elektrik bagi kanak-kanak di bawah usia lapan
tahun.
- Alat permainan yang mempunyai hujung yang tajam boleh menyebabkan luka atau tertikam.
- Elakkan alat permainan mengandungi bahan berbahaya seperti logam berat dan plumbum yang
terdapat dalam cat.
3. Sentiasa mengawasi anak-anak ketika bermain
- Awasi kanak-kanak ketika mereka bermain alat permainan bergerak, mempunyai bebola kecil,
magnet, menggunakan bateri dan kuasa elektrik, bertali serta beroda yang boleh membahayakan
mereka.
4. Pastikan alat permainan boleh digunakan dalam suasana selamat.
- Permainan bergerak tidak boleh digunakan berhampiran tangga, jalan raya dan kolam mandi.
Ini kerana permainan ini boleh menyebabkan kematian dan kecederaan apabila kanak-kanak
jatuh daripada alat permainan.
- Sentiasa berinteraksi dan membabitkan diri ketika anak-anak bermain kerana ini akan
membuatkan permainan menjadi lebih bermakna.
5. Pastikan alat permainan disimpan di tempat selamat
- Ajar anak-anak untuk menyimpan alat permainan di tempatnya semula selepas bermain.