Anda di halaman 1dari 5

Peranan Ulama Dalam Kemerdekaan Tanah Melayu

PENGENALAN
Perjuangan kemerdekaan di setiap inci bumi umat Islam adalah dipelopori oleh alim
ulama walaupun sejarah ini cuba dipadamkan oleh kelompok sekular pragmatis yang
memerintah umat Islam. Dalam negara tercinta ini juga, sejarah perjuangan ulama
dalam menentang penjajahan tidak didokumentasikan dengan baik sehingga pernah
dituduh bahawa ulama tidak memperjuangkan kemerdekaan.
Pada dekad 1920 an berlaku 'revolusi mental' yang digerakkan oleh ulama-ulama
muda yang mendapat pendidikan tinggi di Universiti Al-Azhar di Mesir. Syed Syeikh
Al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaludin, Abas Mohd Taha, adalah sebaris nama-nama yang
berjasa besar meniupkan api perjuangan untuk mengislahkan diri bangsa Melayu
yang serba terpuruk akibat penjajahan dan kesalahfahaman terhadap Islam yang
syumul.

PERKEMBANGAN
Kejatuhan Melaka ke tangan portugis pada tahun 1511 telah menandakan runtuhnya
tamadun orang Melayu apabila kita terus dijajah oleh Portugis, Belanda, British Siam,
dan Jepun untuk satu tempoh hampir 450 tahun. Menjadi bangsa yang dijajah
hampir setengah alaf meletakkan orang Melayu sebagai bangsa yang mundur dan
diperintah. Pengalaman orang-orang India amat berguna untuk memahami hakikat
bangsa yang dijajah. Lihat sahaja bagaimana tamadun India yang diiktiraf sebagai
bangsa pertama mencipta tulisan, pada hari ini menjadi bangsa yang paling ramai
buta huruf. Dakwaan sarjana Barat bahawa bumi yang dijajah adalah lebih baik
daripada tidak dijajah langsung adalah propaganda yang tidak bermaruah.
Kebangkitan semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu pada awal abad ke20, kemudian memuncak selepas Perang Dunia Kedua adalah langsung daripada
gerakan ulama. Bahkan ulama terus berjuang melalui parti politik seperti Hizbul
Muslimin dan PAS untuk menuntut kemerdekaan. Malangnya, selepas begitu lama
berjuang, secara tiba-tiba baton perjuangan ini dirampas oleh tokoh-tokoh yang

hanya mula bercakap soal kemerdekaan pada 1951, iaitu para pemimpin UMNO.
Sebagai anak didik British mereka memperoleh manfaat dan dikenang sebagai
pejuang kemerdekaan. Ulama yang sekian lama gigih berjuang, sehingga hari ini
terus terpinggir dan tidak diingati sebagai pahlawan negara.
Sejarah juga tidak dapat memadamkan jasa gerakan Hizbul Muslimin dalam
perjuangan kemerdekaan. Ditubuhkan pada Mac 1948 di Gunung Semanggol, Perak
dan dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar Al-Baqir. Gerakan ini dengan jelas menyatakan
matlamatnya untuk membebaskan Tanah Melayu daripada penjajahan asing dan
menegakkan darul Islam. Hizbul Muslimin telah diberi perhatian yang ketat oleh
pihak risikan British kerana potensi mereka mampu menggugah kesedaran rakyat
untuk memperjuangkan kemerdekaan.
Para muallimin turut sama memegang bebanan amanah dalam urusan dawah
daripada Baginda Rasulullah Shollallahu alaihi wassalam. Penjajahan barat yang
dibawa dengan pelbagai slogan jelas merupakan satu perangkap kepada gerakan
kristianisasi umat Melayu yang masih teraba-raba dalam gelap tanpa cahaya agama
pada waktu itu.
Justeru, telah bangkit para alim ulama dengan menyising lengan, berkorban masa
bersama keluarga atas tujuan menyedarkan rakyat yang kelabu pandangan kerana
tidak disuluhi cahaya pemahaman Islam yang syumul. Bahaya keberadaan penjajah
di bumi Tanah Melayu lantas diapikan oleh para ilmuan dalam usaha menolak
penjajahan barat.

Jika diteliti dengan hati yang bersih tanpa sangkaan, maka terbukti bahawa ulama
adalah golongan pemula kepada perjuangan memartabatkan kemerdekaan Tanah
Melayu.
Bukan mahu menidakkan golongan nasionalis yang dipasak fahaman songsang
sekularisme. Lalu, diminta diangkat sebagai watak utama kepada pembebasan
Tanah Melayu daripada belenggu penjarah darah bangsa. Tetapi ini adalah realiti

kepada pengkisahan perjuangan para ulama dalam menegakkan sebuah negara


yang dikenali Malaysia sehingga kini.

TOKOH ULAMA ZAMAN KEMERDEKAAN


Antara tokoh Ulama Islam yang perlu diberikan perhatian adalah :
1. Almarhum Tokku Paloh

Nama
Panggilan
Tarikh Lahir
Bidang

: Sayid Abdul Rahman bin Sayyid Muhammad Al-Aidrus


: Tokku Paloh, Engku Sayyid Paloh
: 1233 Hijrah ( 1817 Masihi)
: Tasawwuff dan pentadbiran serta diplomatik di

Sejarah hidup

Terengganu

Tokku Paloh diizinkan oleh ALLAH SWT untuk hidup dan berbakti dalam zaman
pemeritahan lapan orang sultan silih berganti; paling lama dan paling kuat pengaruh
beliau ialah semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III, Sultan Terengganu ke-II.
Kewibawaan Tokku Paloh dibuktikan dengan perkenan Sultan untuk mewakili
Baginda dalam sebarang diplomasi bersama British. Selain daripada mandat yang
diberikan oleh Sultan untuk Tokku Paloh memerintah kawasana Paloh di Hulu
Terengganu.
Tokku Paloh jika ditanggapi secara halus adalah antara pelopor dan penggerak
kepada semangat kesedaran di kalangan umat Islam khususnya di Tanah Melayu
dalam bengkit menentang penjajahan Inggeris.
Kemunculan tokoh ulama seperti Haji Abdul Rahman Limbong dan pondok-pondok
yang terkenal dengan markas-markas penentangan terhadap penjajah seperti di
Kampung Lalang, Padang Rengas dan di Gunung Semanggol semua ini
membuktikan bahawa pejuang Islam tidak hanya memperjuangkan ideologi yang
sempit tetapi lebih daripada itu mereka juga adalah pejuang bangsa dan
kemerdekaan (Siddiq Fadzil, Ulama-Umara dan Hala Tuju Kemerdekaan, 2007:3).

2. Syeikh Abdullah Fahim

Nama
: Tuan Guru Haji Abdullah II bin Haji Ibrahim Ahmad
Nama Panggilan : Abdullah Fahim
Tempat Lahir: Kampung Shaab Ali berdekatan Masjidil Haram
Terkenal pada
: 1930-1950
Bidang
: Astronomi ( Falak)
Sejarah hidup
:

Merupakan datuk kepada Mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Abdullah bin
Ahmad Badawi. Jasa datuk kepada Perdana Menteri Malaysia ini adalah antara yang
tidak ternilai sehingga kepakaran beliau dalam bidang agama dan astronomi telah
diberi pengiktirafan negara. Pada waktu itu, Syeikh Abdullah Ibrahim telah diminta
pendapatnya oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Allahyarham Tun Saadon
Jubir pada 1955 sejurus sebelum menyertai rombongan Almarhum Tunku Abdul
Rahman ke London. Abdullah Fahim juga mencadangkan 31 Ogos 1957 sebagai
tarikh kemerdekaan selepas membuat pengiraan hisab berdasarkan takwim hijrah.
Beliau juga harus diingati adalah tokoh ulama yang begitu lantang menolak fahaman
mujassimmah wahabbiah, antara kata-kata Almarhum Syeikh Abdullah Fahim
mengenai kesatuan Islam-Melayu dalam menolak fahaman wahabbiah ini ialah;

Sekarang sudah ada timbul di Malaya mazhab Khawarij yakni mazhab yang keluar
dari mazhab 4 mazhab Ahlis Sunnah wal Jama`ah. Maksud mereka itu hendak
mengelirukan faham awam yang sebati dan hendak merobohkan pakatan bangsa
Melayu yang jati. Dan menyalahkan kebanyakan bangsa Melayu. Hukum-hukum
mereka itu diambil daripada kitab Hadyur-Rasul yang mukhtasar daripada kitab
Hadyul-'Ibad dikarang akan dia oleh Ibnul Qayyim al-Khariji, maka Ibnul Qayyim dan
segala kitabnya ditolak oleh ulama Ahlus Sunnah wal Jama`ah.
Almarhum Tuan Syeikh Abdullah Fahim juga adalah pencipta kepada Takwim Solat
pertama bagi umat Islam di Tanah Melayu.
3. Syeikh Junid Tola

Nama
Nama asal
Tempat persemadian
Parti
Sejarah Hidup

: Haji Junid Tola Rangkuti


: Simanonga ( 1897- 10 Mac 1948)
: Madrasah Al Junidiah Sumatera Utara
: Parti Islam Se- Malaysia (PAS)
:

Syeikh Junid Tola yang merupakan pengasas kepada institusi pondok Madrasah
Diniah Padang Rengas. Almarhum Tuan Syeikh berasal daripada Tapanuli dengan
menjadikan Madrasah Dinniah sebagai pusat gerakan merdeka.
Di Madrasah inilah lahirnya tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dilupakan seperti
Burhanuddin al-Helmi, Ishak Hj. Muhammad, Abu Bakar al-Baqir dan Shamsiah
Faqeh.
Pengaruh Syeikh Junid Tola adalah antara pembentuk draf kemerdekaan terawal
Tanah Melayu dan diisytihar di Masjid Hurriyyah yang bermakna Masjid Merdeka.
Kaum wanita tidak dinafikan akan sumbangan mereka oleh Syeikh Junid Tola
dengan turut sama menggalakkan mereka turut berarak berjalan kaki daripada
Padang Rengas ke Kuala Kangsar sejauh 10 kilometer. Tidak sebagaimana fatwa
wahabbi yang menidakkan hak kaum wanita seperti memandu [oleh ibn baz dalam
Fatwal Marah,]m/s:192, darul watan, Riyadh] dan berseluar[oleh ibn baz dalam
Majalah Dakwah, bilangan:1493, tahun 1995. m/s:28] .

Ketika itu, perjuangan para ulama dan ada di kalangan mereka adalah syuhada
telah diisytihar oleh British sebagai golongan kiri. Segala golongan agama dianggap
sebagai pemberontak. Maka, sorakkan para Nasionalis kedengaran dalam mengisi
kekosongan peranan Ulama akibat sekatan British sepanjang tahun 1948-1951.

Anda mungkin juga menyukai