Anda di halaman 1dari 20

7 Petua Skor A

Pembuka kata
Kali ini saya ingin kongsikan dengan anda semua tentang 7 petua skor A untuk tahun 2008.
Sebagaimana yang anda sudah tahu, blog ini adalah ditujukan kepada sesiapa yang mahu
belajar teknik Belajar yang berkesan. Apabila seseorang itu memiliki kemahiran untuk belajar
dengan berkesan, dia akan jadi lebih bersemangat dan Motivasi dirinya akan menjadi lebih
tinggi. Jadi, teknik belajar boleh meningkatkan motivasi untuk belajar..kemudianwujudlah
MotivasiBelajar.com .
Apa yang ingin saya katakan ialah motivasi belajar selalu
dikaitkan dengan kecemerlangan akademik. Jika
seseorang itu mempunyai teknik belajar yang baik dan
tahap motivasi dirinya tinggi, tentu dia boleh capai
kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan. Benar,
saya setuju. Cuma, konsep motivasi dan teknik belajar
bukan sahaja boleh digunakan oleh pelajar, malah ia
sesuai untuk orang dewasa.
Kerapkali saya lihat orang dewasa menghadapi
kesukaran untuk mempelajari sesuatu yang baru. Lebih
buruk lagi, ramai orang dewasa yang takut untuk
mempelajari sesuatu yang baru. Contohnya ada orang
dewasa yang takut belajar menggunakan komputer dan
internet. Ada yang takut untuk belajar berniaga. Ada yang takut untuk menghadiri kursus kerana
bimbang gagal dalam ujian yang bakal diduduki.
Jadi, kepada pelawat setia blog ini, anda boleh gunakan tips dan teknik yang dikongsikan di sini
bukan sahaja untuk anak-anak atau saudara-mara tetapi untuk diri anda sendiri.
Insyaallah minggu depan saya akan kongsikan 7 petua untuk skor A tahun 2008.

Petua 1
Mari kita mulakan dengan petua yang pertama. Petua ini sudah berulang-ulang kali saya tuliskan
di dalam blog saya ini. Namun, kepentingannya menyebabkan ia tidak dapat dipisahkan daripada
7 petua penting untuk skor A dalam tahun 2008 ini. Petua pertama ialah, tulis di atas sekeping
kertas subjek apa yang anda mahu dapat gred A itu.
Menulis apa yang anda kehendaki mengaktifkan satu
bahagian dalam minda anda yang dinamakan RAS
(Reticular Activating System). Apabila bahagian minda ini
aktif, anda akan mula sedar dan peka kepada peluangpeluang yang boleh mendekatkan anda kepada apa
yang anda hendak capai. Contohnya jika anda mahu
gred A dalam subjek Bahasa Inggeris, RAS akan
membuat anda sedar tentang kawan baik anda yang
pandai Bahasa Inggeris. Mungkin dia boleh menolong
anda. Mungkin juga anda akan sedar kelas tambahan
Bahasa Inggeris yang diajar oleh seorang guru yang hebat. Selama ini anda tidak sedar kerana
anda tidak pernah menulis yang anda anda mahu gred A dalam subjek ini.
Bagaimana cara menulis gred A yang anda
mahukan ini? Mudah sahaja.
Cari sehelai kertas atau lebih baik lagi satu
buku khas yang akan sentiasa berada
bersama anda sepanjang tahun 2008 ini.
Buku khas akan memastikan ia tidak mudah
hilang atau rosak seperti sehelai kertas
biasa. Anda perlu ingat, buku ini tidak
semestinya mahal. Anda boleh beli satu
buku latihan biasa yang hanya berharga
sekitar RM0.70 ke RM1 sahaja. Kalau ada
buku latihan lama yang sudah tidak dipakai
pun boleh.
Banyak perkara anda boleh tulis tetapi saya cadangkan anda tulis 3 perkara ini.
1.

Tulis semua subjek yang anda ambil dalam tahun 2008 ini dan tulis gred yang anda
mahu untuk setiap subjek.

2.

Tulis 3 sebab mengapa anda mahu mendapat gred tersebut. (Jangan tulis .sebab
saya memang nak dapat gred A. Anda perlu perah otak sedikit untuk menjawab soalan ini

kerana soalan begini jarang difikirkan.)


3.
Tulis dalam bentuk ayat apa yang anda akan rasa kalau anda benar-benar mendapat
gred tersebut.
Lakukan dahulu langkah ini dan kita akan sambung lagi penjelasan mengenai langkah ini esok.
Selamat menulis.

Petua 1.1
Adakah anda sudah menulis langkah semalam? Kalau sudah, bagus. Kalau belum, lakukan
sekarang. Walaupun langkah ini nampak terlalu mudah atau kelihatan tidak penting, saya tidak
dapat gambarkan betapa hebatnya teknik ini untuk kita mencapai
sebarang cita-cita.
Untuk mencapai kecemerlangan akademik, anda perlu menulis
matlamat pencapaian akademik anda. Bagaimana jika anda tidak
tahu dan tidak pasti apa yang anda mahu capai? Hmmmada
beberapa kemungkinan mengapa anda tidak tahu apa yang anda
mahu capai.
1.

Anda tidak pernah fikirkan perkara ini. Anda pergi ke sekolah, kolej atau universiti hanya

kerana itulah yang anda sudah biasa lakukan.


2.
Anda mungkin tidak ada rujukan. Mungkin kawan-kawan, ahli keluarga anda atau
saudara mara anda tidak pernah bercerita tentang apa yang ingin dicapai dalam bidang
akademik. Jadi anda pun tidak fikirkan mengenainya.
3.

Anda mungkin takut hendak memikirkan apa yang bakal anda dapat. Ini mungkin sebab
utama. Disebabkan anda mungkin belum cemerlang sekarang, anda takut untuk memikirkan apa
yang bakal anda perolehi.
Jangan bimbang jika anda masih belum pasti. Mulai hari ini, fikirkan setiap hari apa yang ingin
anda capai. Satu cara untuk lakukannya ialah, jangan fikirkan tentang halangan atau kelemahan.
Contohnya, aku nak gred A subjek Sains, tapi selama ni aku asyik dapat gred E je. Mana boleh
dapat A kalau macam ni. Anda cuma perlu fikirkan begini, Kalau tidak ada halangan untuk
capai apa sahaja gred yang aku nak, gred apa yang aku nak pilih
agaknya?
Saya telah sediakan satu ruangan untuk anda isikan dibawah.
Untuk setiap subjek, anda perlu isikan gred sekarang (gred yang
biasa anda dapat dalam peperiksaan), dan gred serta markah
yang anda mahu dapat dalam peperiksaan sebenar. (80 markah
gred A, 100 markah juga gred A. Tetapi kalau anda mahu dapat
gred A dengan 100 markah, usaha anda pasti berbeza). Ini
adalah contoh sahaja. Senaraikan juga subjek anda yang tidak tersenarai di bawah.
Setelah anda isi jadual ini, kita boleh mula bincangkan tentang petua kedua, esok. Selamat
menulis.
p/s Jangan lupa tulis
sebab mengapa anda
mahu capai gred tersebut
dan apa anda akan benarbenar rasa kalau betul
dapat capai gred
tersebut.
Petua 2

Bagaimana dengan latihan menulis matlamat pencapaian akademik? Sudahkah anda jelas apa
yang anda hendak capai? Baiklah.kita teruskan dengan petua kedua. Petua kedua
berbunyi, kenal pasti kekuatan dan kelemahan anda. Mudah sahaja bukan?
Sebenarnya, apabila kita sudah tulis gred yang biasa kita dapat sekarang dan gred yang kita
mahu capai pada masa akan datang, kita boleh mendapat gambaran tentang kekuatan dan
kelemahan kita. Mari kita bincangkan tentang kekuatan dulu.
Mana-mana subjek yang kita rasa mudah nak faham, senang nak skor dalam exam termasuk
dalam kategori kekuatan kita. Kena ingat, subjek yang kita rasa mudah sahaja tidak bermaksud
kita mudah nak skor dalam peperiksaan. Semasa saya dalam tingkatan 3, saya ada kenal
seorang kawan melalui aktiviti silat. Kawan saya ni datang daripada sekolah lain. Semasa
berbual dengannya, saya kata kepadanya, subjek sains susah kan? dah belajar pun susah nak
skor.
Kawan saya tu ketawa kecil. Katanya, eh, subjek Sains la
senang. Aku kalau subjek Sains, setakat nak dapat 40 ke 50
markah tu memang senang je.
Saya terkejut juga ketika tu. Senang tu kalau boleh dapat 40-50
markah ke? Soal hati saya. Rupa-rupanya kawan saya ni
memang biasa dapat 40-50 markah untuk subjek Sains. Saya
pula biasa dapat 60-70 markah. Saya maksudkan susah kerana
susah nak skor A. Namun, saya tidak beri apa-apa komen
kepada kawan saya ni cuma ketika saya mula faham, subjek
yang senang memberi maksud yang berbeza kepada orang yang berbeza.
Apa yang penting kita tahu ialah, dalam petua ini, apabila kita kata subjek yang kita kuat, ia
bermaksud subjek yang kita boleh skor A atau boleh skor markah 80 ke atas.
Apabila kita sudah kenal pasti subjek yang menjadi kekuatan kita, usaha untuk mengulangkaji
akan jadi lebih mudah. Untuk subjek-subjek ini, kita perlu:

Jadikan sebagai sumber inspirasi. Jadikannya sebagai pendorong bahawa kita

mempunyai kekuatan dalam bidang akademik.


Luangkan masa untuk mengulangkajinya secara berterusan. Untuk subjek yang kuat,
kadangkala kita tidak perlu luangkan terlalu banyak masa kerana masa yang lebih perlu
diberikan kepada subjek yang lemah. Namun, dengan usaha yang berterusan (membuat hanya

beberapa latihan sehari tetapi berterusan) kita akan sentiasa mampu mengekalkan gred kita
yang baik untuk subjek ini.
Belajar dengan rasa bersemangat. Seseorang yang pandai subjek Sejarah contohnya
pasti rasa tidak sabar untuk mengulangkaji subjek Sejarah setiap kali. Cuba kenal pasti dengan
jelas apa yang kita rasa setiap kali mahu belajar subjek yang kita suka ini. Rasa seronok,
tenang dan selesa bukan? Rasa ini amat penting untuk kita gunakan semasa belajar subjek
yang kita lemah nanti.
Esok saya akan kongsikan apa yang patut kita lakukan dengan subjek yang kita lemah. Selamat
mengkaji kekuatan diri.
Petua 2.1

Setelah kita kaji kekuatan yang ada pada diri kita, kita juga akan sedar tentang kelemahan yang
selalu mengganggu keyakinan diri kita untuk berjaya. Apabila kita sudah tulis gred yang kita
mahu dapat dan gred yang kita dapat sekarang, kelemahan diri kita boleh nampak ketara. Apa
yang perlu dilakukan terhadap kelemahan ini? Ada beberapa perkara yang perlu kita lakukan.

Pertama, kita perlu ingat, kelemahan itu bukan sesuatu yang kekal. Ramai pelajar
cemerlang bermula dengan gelaran pelajar lemah dan tidak cemerlang. Jadi, jangan terlalu
risau.

Kedua, kelemahan masa kini merupakan satu cabaran


buat kita. Anggap ia seperti kita mahu memasuki
pertandingan sukan berlari contohnya. Jika kita sekarang
masih tidak ada stamina yang kuat untuk berlari (ini
merupakan satu kelemahan bukan?), apa yang perlu kita
lakukan? Ya.. kita perlu buat latihan untuk
meningkatkan stamina seperti berjogging atau buat senaman
berbentuk aerobik. Patutkah kita duduk menangis dan putus
asa kerana kita tidak ada stamina sekarang? Tidak bukan?
Sama seperti kelemahan akademik. Kita tidak perlu bersedih

atau putus asa jika pencapaian sekarang masih lemah. Kita


cuma perlu buat lebih banyak latihan untuk menguatkannya.
Ketiga, kita perlu buat rancangan untuk mengatasi
kelemahan kita. Rancangan itu termasuk rancangan untuk
buat lebih banyak latihan, berjumpa dengan guru lebih kerap
dan berkawan dengan kawan-kawan yang pandai subjek
tersebut.
Satu perkara lagi yang kita perlu sedar ialah apabila kita lemah
sesuatu subjek, kita akan rasa kurang minat atau benci subjek
tersebut. Ini adalah normal. Dalam petua seterusnya nanti, saya akan terangkan bagaimana cara
untuk menguruskan masa agar kita sentiasa memberi tumpuan kepada subjek yang kita kurang
minat ini.
Akhir sekali, cuba kita perhatikan cara kita duduk, cara kita membaca dan cara kita bergerak
semasa belajar subjek yang kita lemah ini. Tentu ia sangat berbeza berbanding subjek yang kita
suka kan? Mulai hari ini, cuba duduk dan bergerak seperti kita benar-benar suka subjek yang
kita lemah tu. Otak kita tidak dapat bezakan sama ada kita berlakon suka atau tidak. Apabila kita
bergerak dansenyum semasa belajar subjek yang kita lemah ini, otak kita akan menghantar
isyarat ke seluruh tubuh badan agar menjadi lebih berkesan kerana ia sangka kita sangat suka
subjek ini.
Selamat mencuba.
Petua 3
Setelah kita tulis matlamat gred yang kita hendak capai dan setelah kita kaji kekuatan dan
kelemahan kita, sekarang tiba masanya kita mulakan langkah kecemerlangan dengan
mempelajari petua yang ketiga. Petua ketiga ini berbunyi, uruskan masa berpandukan
matlamat.

Petua ketiga ini sangat berkesan untuk mengatasi satu masalah yang saya namakan gejala
azam tahun baru. Maksudnya, pada awal tahun, pelajar (atau orang dewasa) akan menanam
azam yang hebat untuk mencapai kecemerlangan dan kejayaan.
Namun, azam itu akan pudar dalam masa hanya beberapa minggu atau
beberapa bulan pertama sahaja. Sebab utamanya ialah azam itu tidak
disertakan dengan rancangan tindakan. Apa yang perlu kita lakukan untuk
tidak terjebak dengan gejala azam baru ini?
Begini.
Perkara paling penting dilakukan selepas kita ada matlamat
ialah merancang tindakan. Maksudnya, untuk mendapat gred A dalam subjek Matematik, kita
perlu tentukan apakah aktiviti yang perlu kita lakukan.
Contohnya, untuk dapat gred A, kita rasa kita perlu buat 20 latihan matematik setiap hari (tidak
termasuk kerja sekolah). Jadi, setiap hari fokus utama kita ialah menyiapkan 20 latihan tersebut
tidak kira berapa sibuk dan penat sekalipun.
Kalau boleh, tindakan itu mesti boleh dilakukan dalam masa 48 jam selepas kita menulis
matlamat. Mengapa? Jika ia mengambil masa terlalu lama untuk dilaksanakan, kita kan mula
hilang semangat. Jika ia dilaksanakan serta-merta, semangat yang masih membara itu akan
membantu menolak kita ke hadapan dan melakukan semua perkara yang patut dilakukan.
Saya lihat teknik ini digunakan oleh beberapa sahabat baik saya yang cemerlang dalam subjek
Matematik ketika di sekolah menengah berasrama penuh dulu. Mereka sudah tetapkan berapa
soalan mereka perlu buat dalam sehari.
Jika mereka rasa hari mereka akan sibuk dengan aktiviti sukan atau
kelab, mereka akan curi mana-mana masa yang terluang untuk
menyiapkan latihan tersebut. Kadang-kadang mereka buat latihan
semasa menunggu guru masuk ke kelas. Kadang-kadang mereka
buat latihan semasa menunggu giliran ke bilik air (kerana bilik air
penuh) dan kadang-kadang mereka buat latihan semasa menunggu
masuk waktu sembahyang di surau.
Ini menunjukkan bahawa jika kita ingin berjaya, jangan hanya fikirkan tentang hendak mendapat
gred A tetapi fikirkan juga apa yang perlu dilakukan setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan.
Tindakan ini semua lebih mudah kita kawal dan ia boleh menjadi kayu pengukur sama ada kita
sedang bergerak menuju matlamat kita atau tidak.
Jadi, tugas kita hari ini, senaraikan aktiviti atau tindakan yang perlu kita ambil untuk memastikan
kita dapat apa yang kita inginkan. Minggu depan saya akan terangkan lebih lanjut mengenai
petua ketiga ini terutamanya bagaimana menguruskan masa untuk subjek yang kita lemah.
Petua 3.1
Kita masih lagi dalam petua ketiga uruskan masa mengikut matlamat. Hari ini kita akan
bincangkan bagaimana hendak menguruskan masa untuk subjek yang kita lemah. Sebelum itu,
apa yang dimaksudkan subjek yang kita lemah? Secara mudahnya begini. Kalau satu subjek itu

kita hendak dapat gred A tetapi sekarang kita dapat gred C ke bawah, kita anggap ia subjek yang
kita lemah. Ini kerana kita perlu lompat sekurang-kurang dua tangga gred untuk sampai gred
matlamat kita itu. Setuju?
(Setuju je la ye untuk tujuan
perbincangan petua ini.
)
Baiklah. Mari kita bincangkan
masalah pengurusan masa
subjek lemah. Selalunya, jika
kita lemah sesuatu subjek, kita tidak akan suka untuk luangkan masa belajar atau ulangkaji
subjek tersebut. Betul kan? Maksudnya, kalau kita lemah subjek Bahasa Melayu, kita jarang
mahu belajar subjek ini apabila ada masa terluang. Kita lebih suka belajar subjek yang kita kuat
apabila ada masa terluang.
Ini adalah normal. Subjek yang kita lemah membuat kita rasa tidak selesa. Setiap kali mahu
belajar subjek itu, kita sudah mula rasa tekanan perasaan akibat kesusahan untuk memahami
subjek tersebut. Jadi, selagi ada peluang, kita akan tinggalkan subjek tersebut. Caranya begini.
Ada 3 perkara yang kita patut lakukan untuk uruskan masa
subjek yang kita lemah ini.

Pertama, buka buku subjek tersebut dan belajar


topik yang paling mudah dahulu. Belajar bersungguhsungguh hingga kita dapat kuasai topik tersebut. Biar kita
rasa topik itu sangat mudah bagi kita. Apabila ini berlaku,
motivasi dalam diri kita akan meningkat. Kita akan rasa
lebih bersemangat untuk belajar. Apabila motivasi diri ini
timbul, belajar beberapa topik lain yang paling mudah pula.
Akhirnya, tanpa kita sedari, kita sudah belajar hampir

semua topik. Lebih hebat lagi, semua topik kelihatan mudah sahaja.
Kedua, jika kita belajar subjek yang kita kuat 1 jam, kita perlu belajar subjek yang kita
lemah 2 jam atau lebih. Secara lojiknya, subjek yang kita lemah perlukan lebih perhatian
bukan? Satu perkara yang hebat ialah apabila kita boleh kuasai subjek yang kita rasa susah

selama ini, subjek lain akan terasa semakin senang. Lama-kelamaan, kita akan rasa mendapat
semua A dalam peperiksaan adalah sesuatu yang kita boleh capai.
Mula berkawan dengan pelajar yang pandai dalam subjek kita lemah ini. Tiru cara
mereka berfikir tentang subjek ini. Lebih baik lagi, eratkan hubungan kita dengan guru yang
mengajar subjek ini. Guru selalunya sangat suka apabila ada anak muridnya yang menunjukkan
kesungguhan untuk belajar. Jadi luangkan lebih masa dengan kawan-kawan yang pandai subjek
ini dan guru subjek ini.
Kita sambung esok.
Petua 3.2
Ini adalah bahagian terakhir petua ketiga. Kita akan bincangkan bagaimana cara hendak
menguruskan masa berpandukan matlamat. Mudah sahaja topik hari ini. Semasa kita
merancang masa untuk belajar atau buat sesuatu, fikirkan tentang keberkesanan, bukan
jumlah waktu. Maksudnya, jika kita mahu merancang masa untuk belajar, jangan terlalu fikirkan

berapa jam mahu belajar, tetapi fikirkan berapa lama kita boleh luangkan masa untuk belajar
sesuatu dengan berkesan.
Kita mungkin pernah dengar
pelajar merungut yang mereka
sudah belajar hampir 6 jam sehari
tetapi hasilnya masih tidak
memuaskan. Ada dua sebab
utama mengapa ia jadi begini.

Pertama, pelajar ini mungkin tidak gunakan teknik belajar yang betul. Mereka luangkan
banyak masa untuk belajar tetapi mereka lambat faham dan cepat pula lupa. Akibatnya, dalam
peperiksaan, mereka tidak dapat menghasilkan prestasi terbaik.
Kedua, walaupun masa terluang hampir 6 jam, hakikatnya masa yang digunakan secara
berkesan cuma 1 atau 2 jam sahaja. Bagaimana ini boleh berlaku?
Ada pelajar yang tidak fokus semasa mereka belajar. Ada yang leka dengan televisyen atau
radio. Ada yang leka dengan panggilan telefon dan sms. Ada yang leka dengan makan dan
minum. Akibatnya, walaupun sudah luangkan masa 6 jam, masa yang betul-betul digunakan
untuk belajar ialah 2 jam atau kurang. Pernahkah anda
melakukan kesalahan begini?
Jadi, mulai hari ini, apabila kita mahu merancang masa
untuk belajar, fikirkan berapa lama kita mahu benar-benar
fokus. Setelah luangkan masa untuk belajar selama 2-3
jam, fikirkan berapa banyak aku dah dapat dalam masa 23 jam tadi?. Apabila kita selalu berfikir begini, kita akan
habiskan masa dengan berkesan dan walaupun kita
luangkan sedikit masa untuk belajar, hasilnya akan jadi
lebih baik daripada yang kita jangkakan.
Selamat merancang untuk menguruskan masa.
Petua 4
Petua yang keempat untuk skor A 2008 ialah gandakan latih tubi. Latih tubi adalah aktiviti
membuat latihan bagi setiap subjek terutamanya latihan bagi soalan-soalan yang biasa disoal
dalam peperiksaan.
Saya kerap mendapat soalan mengenai situasi begini saya
sudah belajar semua topik dan sudah hafal semua maklumat
penting dalam setiap topik. Tetapi, saya masih gagal jawab
dengan baik dalam peperiksaan. Akibatnya, saya hanya dapat
gred yang sederhana baik.
Tahu dan hafal semua maklumat tidak menjamin kita
mendapat A. Gred A ialah untuk pelajar yang boleh jawab
soalan mengikut skema jawapan yang telah diberikan. Maksudnya, jika kita mahu dapat gred A,
kita kena tahu bagaimanakah bentuk soalan yang bakal ditanya dan kita perlu tahu bagaimana
mahu menjawabnya. Ini akan dapat dicapai dengan melakukan latih tubi.

Saya fikirkan tentang petua ini apabila saya terkenang satu subjek yang dianggap sangat sukar
ketika saya mengambil A-Level pada tahun 1996 dulu. Subjek itu ialah Economics. Subjek ini
terbahagi kepada 2 bahagian iaitu 50 soalan objektif dan lebih kurang 4 soalan subjektif. Entah
kenapa saya boleh jawab soalan subjektif tetapi soalan objektif begitu sukar buat saya.
Walaupun saya tahu banyak perkara dan sudah hafal banyak maklumat penting, saya
masih gagal mendapat 30 jawapan betul daripada 50 soalan. Paling tinggi markah yang saya
dapat pun mungkin 25 ke 29 markah.
Lebih kurang sebulan sahaja lagi sebelum peperiksaan sebenar, saya mula mengumpul semua
soalan sebenar daripada 10 tahun lepas (past year questions). Terdapat 20 set kertas soalan
semuanya (setahun ada dua peperiksaan begini dijalankan jadi ada 20 set kertas soalan untuk
10 tahun). Apa yang saya lakukan ialah saya betul-betul habiskan masa membuat semua soalan
ini dengan niat untuk menghabiskannya sebelum peperiksaan sebenar. Alhamdulilah, saya
selesaikan semua soalan itu dalam masa seminggu.
Setelah selesai semua soalan, saya sedar satu perkara. Ada satu corak yang boleh dikenalpasti
dalam soalan-soalan tersebut. Malah, ada soalan yang lebih kurang sama cuma diubah cara
penyampaiannya. Ini membuat saya sangat yakin bahawa saya pasti boleh menjawabnya
dengan baik. Pada hari peperiksaan sebenar, keyakinan dan latih tubi saya itu benar-benar
membuahkan hasil. Setelah pensyarah saya periksa jawapan saya yang saya tanda di atas
kertas soalan (kertas jawapan sebenar dihantar ke UK untuk diperiksa), saya berjaya mendapat
50 markah per 50. Markah penuh! Saya juga dapat jawab dengan baik dalam soalan subjektif
(esei) yang akhirnya memberikan saya gred keseluruhan A untuk subjek Economics. Saya
percaya itulah salah satu kehebatan petua keempat ini.
Saya mahu cadangkan satu cara belajar untuk dapat gred A. Katakan kita sedang belajar subjek
Sejarah. Selalunya pelajar akan baca dulu satu topik kemudian membuat latihan yang
disediakan di bahagian akhir topik tersebut. Apa kata kita mulakan dengan membuat soalansoalan itu semua dahulu. Hmmm.pasti ada yang yang rasa pelik. Macam mana nak buat
latihan kalau belum baca?
Begini.
Apabila kita baca soalan, kita
akan mula berfikir tentang
jawapannya. Apabila kita fikir
tentang jawapan, kita mula akan
jadi peka kepada maklumat
yang ada di dalam topik
tersebut. Dua perkara akan
berlaku:

Melalui soalan itu, kita akan tahu bahawa maklumat itu adalah penting dalam topik
tersebut. Sebab itulah ia disoal dalam soalan di bahagian akhir. Jadi, bila kita mahu belajar dan
baca topik itu nanti, kita perlu cari maklumat-maklumat itu.
Setelah kita buat soalan di bahagian akhir dan tahu apa yang akan disoal di dalam topik
itu, kita akan jadi lebih peka. Apabila kita baca topik tersebut selepas buat soalan, kita akan
terjumpa fakta-fakta dalam soalan tadi. Contohnya, jika tadi kita ada buat soalan pada tahun
berapakah Malaysia diisytiharkan merdeka?, kita akan segera nampak jawapan ini apabila kita
membacanya. Bukan itu sahaja, kita akan lebih ingat apa yang kita baca ini.

Jadi, kita perlu ingat, untuk skor A, kita perlu banyak buat latihan terutamanya latihan soalansoalan lepas dan juga latihan di bahagian akhir topik yang kita pelajari. Esok kita akan sambung
lagi bagaimana kita boleh manfaatkan petua keempat ini.
Petua 4.1
Kita masih lagi dalam petua keempat iaitu gandakan latih tubi. Hari ini saya akan terangkan
tentang konsep latih sampai dapat.
Dalam program-program SmartStudy yang biasa saya jalankan, ramai pelajar bertanya tentang
masalah di mana mereka sukar hendak memahami sesuatu. Bila saya tanya mereka berapa kali
mereka cuba untuk baca sesuatu atau belajar sesuatu, mereka kata hanya 1 atau 2 kali sahaja!
Hmmm. apabila kita belajar sesuatu, adalah normal jika kita sukar memahaminya terutamanya
apabila kita belajar sesuatu yang kita tidak biasa gunakan. Contohnya, jika selama ini kita tidak
pernah memancing, tentu sukar dan janggal apabila kita mahu belajar mengikat mata kail dan
memasang umpan. Bagaimana akhirnya kita pandai memancing? Dengan melakukan aktiviti
memancing berulang-ulang kali bukan?
Sama seperti belajar. Jika kita rasa subjek
Matematik, Sejarah, Sains, Geografi atau apa
subjek susah, itu adalah kerana kita belum cuba
membuat latihan yang mencukupi. Jadi mulai hari
ini, untuk skor A tahun 2008, ada 3 perkara yang
perlu kita lakukan.

Pertama, lebihkan membuat latihan daripada membaca. Apabila kita membuat


latihan, secara automatik kita juga perlu membaca. Namun apa yang lebih hebat, semasa kita
membuat latihan, kita akan membaca dan berfikir. Aktiviti berfikir ini mungkin memeningkan pada

mulanya tetapi lama-kelamaan kita akan rasa cergas dan cerdas. Kita juga akan lebih ingat apa
yang telah kita pelajari.
Kedua, dapatkan soalan-soalan lepas. Tidak kira kita berada di sekolah rendah atau
menengah, kolej atau universiti, soalan-soalan lepas adalah gambaran tentang apa yang perlu
kita tahu dalam setiap subjek. Contohnya, apabila kita banyak membuat latihan soalan lepas
subjek Sejarah, kita akan tahu maklumat mana yang penting dalam setiap topik. Jadi, kita tidak

perlu terlalu membuang masa belajar topik kurang penting dan maklumat yang jarang ditanya
dalam peperiksaan.
Ketiga, buat latih tubi ini secara berterusan. Semakin banyak latihan yang kita lakukan,
kita akan nampak soalan bagaimana yang bakal keluar nanti. Saya pernah lihat seorang kawan

yang begitu handal meneka apakah soalan yang bakal keluar semasa belajar di peringkat ALevel dulu. Rupa-rupanya dia banyak membuat latihan soalan lepas dan dia sudah nampak
dengan jelas bentuk-bentuk soalan yang akan ditanya. Apabila ini berlaku, proses pembelajaran
jadi ljauh lebih mudah.
Selamat membuat latih tubi.
Petua 5
Petua kelima ini adalah sangat penting untuk kita skor A dalam peperiksaan tahun 2008 ini. Saya
ada terangkan dengan jelas dan terperinci dalam buku kedua saya Menjadi remaja SmartStudy
Kemahiran Belajar iaitu tingkatkan kepantasan dan ketepatan.
Kebolehan kita untuk mendapat gred adalah bergantung kepada petua
ini. Ada pelajar mempunyai pengetahuan yang luas dan mendalam
dalam sesuatu subjek. Tanya apa sahaja dia boleh jawab. Jadi, pelajar
ini ada ketepatan. Ketepatan bermaksud kita tahu dengan tepat apa
yang diperlukan oleh soalan-soalan subjek atau soalan-soalan
peperiksaan. Namun sayangnya, kadangkala pelajar begini tidak ada
kepantasan. Kepantasan adalah berapa cepat anda dapat selesaikan
sesuatu soalan atau berapa cepat anda jawab sesuatu soalan di dalam dewan peperiksaan.
Dalam subjek Matematik contohnya, kerapkali saya dengar rungutan ibu bapa yang mengatakan
anak mereka boleh menjawab semua soalan dengan baik di rumah. Tetapi yang peliknya bila
tiba waktu peperiksaan, anak mereka ini cuma mendapat keputusan sederhana sahaja, tidak
cemerlang. Apabila ini berlaku, saya selalu rasa hampir pasti ia disebabkan anak ibu bapa tadi
tidak mempunyai kepantasan.
Untuk membuktikannya, saya uji pelajar tersebut dengan satu
atau dua soalan dan saya beri satu tempoh masa. Ternyata
pelajar itu gagal menyiapkan soalan tu dalam masa yang
diberikan. Jika diberi lebih masa, dia akan berjaya lakukannya.
Ini jelas menunjukkan bahawa, walaupun kita tahu banyak
perkara tentang sesuatu subjek, kita tidak akan dapat gred A
sekiranya kita tidak mempunyai kepantasan.
Dalam masa yang sama, ada pelajar yang mempunyai kepantasan tetapi tidak mempunyai
ketepatan. Pelajar ini cepat dapat selesaikan soalan-soalan peperiksaan tetapi mereka terlalu
lalai hingga boleh salah soalan yang paling senang sekalipun. Kepantasan tanpa
ketepatan akan menyebabkan kita lalai dan sukar mendapat markah yang baik.Ketepatan
tanpa kepantasan pula menghalang kita daripada menjawab soalan dalam masa yang
ditetapkan dan akibatnya kita akan gagal juga mendapat gred yang kita mahukan.

Kita akan bincangkan lagi bagaimana kita boleh tingkatkan


kepantasan dan ketepatan kita sekaligus.
Petua 5.1
Saya telah terangkan tentang peranan kepantasan dan ketepatan
dalam posting saya semalam. Kini saya akan terangkan
bagaimana kita boleh tingkatkan tahapketepatan kita dalam
usaha skor A
2008.
Untuk
meningkatkan
tahap ketepatan, kita memerlukan 3 kemahiran
belajar. Kemahiran belajar itu ialah
Kemahiran untuk fokus semasa belajar

Kemahiran menghafal
Kemahiran menulis nota kreatif
Kemahiran fokus semasa belajar - ialah kemahiran untuk kita tumpukan sepenuh perhatian
kepada apa yang sedang diajarkan. Ini adalah langkah pertama terpenting dalam skor A. Walau
kita hebat bagaimana pun, tanpa fokus, kita tidak akan mampu memahami apa yang sedang
diajarkan.
Saya selalu lihat cara pelajar cemerlang belajar semasa saya di zaman persekolahan dan
semasa saya menjadi guru. Jelas kelihatan bahawa pelajar cemerlang sangat fokus semasa
belajar. Bagaimana? Mereka lupakan semua perkara lain sewaktu belajar.
Mereka tidak peduli tentang orang yang sedang lalu-lalang di tepi kelas mereka dan mereka
tidak peduli sangat tentang apa yang berlaku di sekeliling
mereka.
Mereka kelihatan begitu khusyuk dalam usaha memahami
apa yang sedang diajarkan. Ia seperti seorang budak
yang sedang khusyuk menonton cerita kartun
kegemarannya. Bolehkah anda bayangkan bagaimana
rupa orang yang sedang khusyuk ini?
Jadi, untuk fokus seperti mereka, kita perlu lakukan
beberapa perkara:

Pertama, apabila cikgu mula mengajar, lupakan


semua perkara lain dan tumpukan sepenuh perhatian
kepada apa yang guru sedang katakan.
Lebih baik, ringankan mulut untuk bertanya. Apabila guru menerangkan sesuatu, fikir
betul-betul apa yang guru sedang terangkan. Kemudian apabila ada soalan timbul dalam kepala,
buka mulut untuk bertanya. Jangan risau jika kita kelihatan tidak pandai kerana tidak faham
kerana selalunya separuh daripada murid di dalam kelas kita itu juga tidak faham sebenarnya.
Cuma mereka malu hendak bertanya.

Duduk seperti seorang budak yang sedang menonton cerita kartun kegemarannya. Kalau
tidak pernah lihat bagaimana cara duduk begini, cuba kita fikirkan bagaimana cara kita duduk
apabila kita melakukan sesuatu yang menyeronokkan. Duduk dengan cara begini semasa
belajar di dalam kelas atau di mana-mana sahaja.
Petua 5.2
Cara kedua untuk meningkatkan ketepatan ialah dengan menguasai kemahiran menghafal atau
teknik memori. Teknik memori ialah teknik yang boleh membuat kita lebih mudah ingat apa yang
sedang dan telah kita pelajari.
Teknik ini bukanlah seperti satu ubat yang boleh
dimakan agar semua masalah LUPA hilang. Teknik
ini memerlukan latihan dan kesungguhan.
Namun apa yang bagusnya, setelah kita memahami
dan menguasai teknik ini, mengingati sesuatu akan
jadi lebih mudah.
Apa kaitan teknik memori dengan ketepatan? Apabila
kita menjawab soalan peperiksaan, kita perlu
mengetahui jawapannya dengan tepat untuk
memperolehi markah yang baik. Jawapan yang tepat
selalu perlu diingat dengan betul.
Contohnya, berapakah suhu takat didih air? Kalau
kita tidak ingat, mungkin kita boleh jawab lebih kurang
90 hingga 110 darjah celsius. Tetapi, itu tidak tepat. Kita perlu ingat dengan tepat bahawa takat
didih air ialah 100 darjah celsius.
Bagaimana caranya agar kita boleh kuasai teknik memori atau kemahiran menghafal ini?

Pertama, ikuti kursus, seminar atau bengkel kemahiran belajar yang dianjurkan di tempat
kita belajar atau mana-mana tempat yang kita boleh hadiri. Selalunya sekolah atau mana-mana
pusat pengajian ada menganjurkan program begini untuk pelajar. Saya juga kadangkala agak
sibuk memenuhi undangan menjalankan program berbentuk kemahiran belajar dan teknik
menghafal ini di sekolah-sekolah, kolej dan juga universiti. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk

mengikuti program sebegini.


Kuasai teknik ini melalui pembacaan. Kini terdapat banyak buku yang mengajar teknikteknik memori dan kemahiran menghafal. Ada yang ditulis dalam Bahasa Inggeris dan ada yang
ditulis dalam Bahasa Melayu (contohnya buku menjadi remaja SmartStudy Kemahiran Belajar).
Saya lihat kebanyakan pelajar cemerlang pasti ada melaburkan wang mereka membeli bukubuku berfaedah begini berbanding pelajar lain yang lebih suka membeli komik, majalah hiburan

dan bahan bacaan yang tidak menyumbang ke arah pembangunan diri.


Latih teknik ini setiap hari hingga kita rasa selesa menggunakannya. Salah satu tanda
rasa selesa ialah kita tidak perlu berfikir lagi untuk melakukannya. Contohnya, apabila kita
membaca buku, dengan secara automatik kita akan praktikkan teknik memori hingga kita tidak
sedar rupa-rupanya banyak maklumat yang kita telah ingat melalui pembacaan itu.
Mulakan usaha kita untuk menguasai teknik memori ini sekarang!

Petua 5.3
Teknik ketiga untuk meningkatkan ketepatan ialah dengan menguasai teknik menulis nota kreatif.
Nota adalah sangat penting buat pelajar. Apa yang dipelajari dalam Januari pasti akan hilang
dalam ingatan sebelum tiba bulan Mei atau Jun. Lebih buruk lagi, ada pelajar yang lupa
walaupun baru sahaja beberapa minggu lepas mempelajarinya. Walaupun ini perkara biasa,
sesuatu mesti dilakukan agar kita dapat ingat lebih lama apa yang telah dipelajari.
Jadi satu cara mudah untuk mengingat apa yang kita sudah pelajari (selain teknik menghafal)
ialah dengan menguasai teknik menulis nota kreatif. Nota kreatif berbeza dengan nota-nota
biasa. Biasanya nota pelajar hanya dipenuhi dengan tulisan dan juga warna terang daripada
highlighter. Nota begini tidak banyak dapat membantu pelajar sebenarnya. Mengapa?
Pertama, minda kita berfikir secara bergambar. Minda kita sukar untuk mengingat tulisan. Jadi,
nota yang hanya dipenuhi tulisan akan membuatnya sukar diingat. Kedua, nota begini selalunya
panjang dan sukar difahami. Bayangkan peperiksaan akan tiba dalam masa 2 minggu dan kita
perlu baca nota yang begitu tebal. Apa rasanya?
Jadi, mulai hari ini,

Tukarkan nota ke dalam bentuk gambar. Anda


boleh rujuk kompilasi tips dan petua tentang teknik memori

supaya faham bagaimana cara menulis nota bergambar.


Tukarkan nota ke dalam bentuk cerita. Dalam
kompilasi petua, topik 7 petua mudah ingat apa dipelajari ada
saya berikan contoh bagaimana mahu melakukan

perkara ini.
Sentiasa gambarkan nota yang telah kita tulis
dalam minda kita. Cerita bergambar memang lebih mudah
untuk dibayangkan.
Selamat mencuba.
Petua 5.4
Kita sudah berada dalam tips terakhir petua kelima ini. Dalam beberapa posting lepas, saya ada
terangkan tentang cara meningkatkan ketepatan. Hari ini, saya akan kongsikan satu tips
bagaimana kita boleh tingkatkan tahap kepantasan kita pula.
Diringkaskan cerita, cara paling mudah untuk kita meningkatkan kepantasan ialah
dengan membuat latihan dalam masa yang
ditetapkan. Apa maksud saya? Bagini.
Katakan kita sedang membuat latihan
matematik. Cuba buat satu soalan dan lihat
berapa banyak masa yang kita ambil untuk
menyiapkannya. Katakan masa yang diambil
ialah 7 minit. Kemudian, ambil satu kertas lain,
cuba buat lagi sekali soalan yang sama itu.

Bolehkah ia disiapkan dalam jangka masa kurang 7 minit? Kalau boleh, bagus. Tetapi, berapa
cepat? 5 minit? 4 minit? Atau 2 minit? Latihan berterusan dengan mengejar masa begini akan
membuat otak kita lebih peka, cerdas dan cekap dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
Satu cara lagi, setiap kali kita buat latihan daripada buku teks atau buku latihan, catatkan masa
yang kita ambil untuk menyiapkannya. Kemudian, cuba tambahkan kepantasan kita dari masa ke
semasa. Satu contoh yang biasa saya lakukan semasa saya mengajar Matematik untuk pelajar
UPSR, saya berikan mereka 100 soalan sifir mudah. Mereka perlu hafal sifir untuk menyiapkan
latihan ini dengan pantas.
Saya cuma beri masa 4 minit untuk menyiapkan 100 soalan itu. Selalunya, buat kali pertama,
jarang pelajar saya dapat selesailkan. Namun, setelah dilatih beberapa kali, mereka jadi semakin
cepat.
Lama kelamaan, ada pelajar saya yang apabila lihat sahaja soalan, mereka sudah tahu
jawapannya. Rekod terpantas yang dapat dicatatkan oleh pelajar saya ialah 2 minit untuk 100
soalan. Betul 100%. Alhamdulillah, pelajar ini mendapat gred A dengan mudah dalam subjek
Matematik pada peperiksaan UPSR.
Jadi, mulai hari, latih kepantasan untuk skor A tahun ini. Selamat mencuba.
Petua 6
Sudah beberapa minggu tergendala perbincangan kita mengenai petua skor A 2008 kan?
Hmm agak sibuk sedikit kebelakangan ini tetapi tidak mengapa, saya akan habiskan tulisan
saya mengenai 7 petua ini.
Petua yang ke-6 untuk skor A tahun 2008 ini ialah jaga kesihatan fizikal dan mental. Mudah
sahaja bunyi petua ini tetapi tahukah kita bagaimana menjaga kesihatan fizikal dan mental. Mari
kita mulakan dengan kesihatan fizikal dahulu.
Selalunya, apabila sudah terlalu bersemangat untuk skor A, pelajar lupa menjaga kesihatan
tubuh badan mereka. Mereka terperap dalam rumah atau bilik untuk membaca buku. Mereka
enggan keluar berjalan-jalan atau bersenam. Mereka juga mula tidak menjaga makan minum
mereka di mana mereka tidak makan dengan cukup, makan berlebihan atau makan makanan
yang tidak berkhasiat.
Saya percaya tidak perlu diterangkan mengapa kesihatan fizikal itu penting untuk
skor A. Kita kena ingat, minda tidak boleh berfungsi dengan baik jika fizikal kita
tidak berada dalam keadaan yang baik.
Sama seperti kereta, ia tidak berfungsi dengan baik jika ada sebarang kerosakan
pada enjinnya. Jadi, apa yang perlu kita lakukan untuk menjaga kesihatan fizikal
dalam usaha skor A 2008 ini?

Pertama, banyakkan makan makanan yang berkhasiat. Ia boleh dilakukan dengan


memakan buah-buahan segar atau sayur-sayur segar. Kebanyakan zat-zat yang kita perlukan
boleh didapati di dalam makanan-makanan ini. Jika sukar mendapat makanan berkhasiat,
penggunaan supplement atau zat tambahan yang boleh dibeli di pusat kesihatan atau farmasi
juga boleh membantu.

Kedua, banyakkan minum air yang bersih. Sukar untuk saya terangkan lebih lanjut

mengenai air bersih ini. Namun, air yang dicadangkan oleh Dr Bruce Miller (penulis buku-buku
kesihatan termasuk buku mengenai penyakit darah tinggi, kencing manis dan sebagainya)
mencadangkan air reverse osmosis atau air yang sudah disuling. Kalau kita pergi ke kedai, kita
boleh lihat banyak air minuman yang dijual dalam botol bukan? Selalunya kita hanya panggil air
minuman itu dengan nama air mineral. Tetapi bukan semua air itu air mineral. Ada diantaranya
ialah air reverse osmosis. Ia selalunya juga ditulis sebagai drinking water. Dapatkan nasihat

seseorang yang lebih pakar daripada saya mengenai perkara ini supaya tidak ada keraguan.
Luangkan masa 30 hingga 60 minit sehari untuk berpeluh. Mudah sahaja bunyinya kan?
Kalau kita berjalan kaki ke kedai pun kadang-kadang sudah ambil masa 30 minit dan kita akan
berpeluh. Itu pun sudah lebih baik daripada asyik terperap di dalam
rumah.
Lakukan senaman regangan otot 5 10 minit sehari. Apabila

kita asyik belajar dan duduk di atas kerusi sepanjang masa, otot kita
boleh jadi kejang dan tidak selesa. Perjalanan darah juga akan jadi
tidak lancar. Jadi dengan membuat senaman regangan otot, kita akan
rasa lebih segar dan selesa. Mudahlah nanti untuk kita sambung
belajar.

Lebih menarik lagi, luangkan masa bermain sukan dengan


kawan-kawan 30 hingga 60 minit sehari.
Petua 6.1
Petua yang ke-6 untuk skor A tahun 2008 ini ialah jaga kesihatan fizikal dan mental. Saya
telah terangkan mengenai tips menjaga kesihatan fizikal. Kali ini, kita bincangkan tips menjaga
kesihatan mental pula.
Kita perlu faham, kadangkala tekanan perasaan yang kita rasa sebagai pelajar boleh menjadi
terlalu hebat hingga ia memusnahkan kebolehan kita untuk berfikiran rasional. Ada ketikanya,
pelajar boleh jatuh sakit secara fizikal (demam, letih badan, pening kepala atau kerengsaan kulit)
atau secara mental (separuh gila, gila atau hilang akal). Berat juga perkara ini kerana saya
sendiri pernah menyaksikan sahabat saya sendiri jatuh sakit secara mental akibat tekanan
perasaan semasa belajar dan masih tidak pulih
sepenuhnya hingga ke hari ini.
Ada beberapa perkara yang kita boleh lakukan
untuk menjaga kesihatan mental kita ini.

Pertama, kekalkan imej positif di dalam minda


kita. Tekanan perasaan selalunya disebabkan
kita terlalu memikirkan perkara-perkara yang
menakutkan seperti gagal peperiksaan atau
tidak mampu menjawab dengan baik dalam dewan peperiksaan. Hari ini, senaraikan perkaraperkara yang boleh buat kita gembira setiap kali memikirkannya. Apabila kita rasa tertekan, terus

lihat pada senarai ini dan fikirkan tentang perkara tersebut. Saya pasti ia boleh membantu
mengurangkan tekanan yang kita rasakan.
Mula berkawan rapat dengan kawan-kawan yang ceria, cemerlang dan yang suka
memberi dorongan dan sokongan. Tujuan ini bukan untuk kita pergi kepada mereka dan luahkan
masalah kita kerana masalah yang kita bawa akan melemahkan mereka juga. Pergi kepada
mereka untuk tiru cara mereka hadapi tekanan perasaan mereka. Pelajar cemerlang

selalunya berfikiran positif dan menganggap tekanan perasaan sebagai satu cabaran yang

seronok untuk ditempuhi. Ia sama seperti kita bermain sukan. Semakin sukar permainan itu,
semakin seronok untuk kita cuba memenanginya.
Jaga ibadah harian. Selain daripada
menunaikan sembahyang wajib, luangkan juga
masa untuk melakukan ibadah sunat yang
digalakkan dalam agama kita. Saya selalu percaya
bahawa air sembahyang adalah satu senjata hebat
pelajar cemerlang untuk mengurangkan tekanan
perasaan mereka. Disamping itu, membaca AlQuran selepas Subuh dan Asar benar-benar boleh
menenangkan fikiran dan menambahkan
keselesaan dan kelapangan di dalam hati kita.
Selamat mencuba.
Petua 7
Petua ketujuh untuk skor A 2008 ini ialah dapatkan
sokongan daripada ibu bapa, guru dan rakan-rakan. Sekali lagi ringkas sahaja bunyi petua
ini tetapi adakah kita tahu mengapa sokongan mereka ini semua sangat penting dalam usaha
mencapai gred A dalam tahun ini?
Begini. Semasa kita berusaha untuk mencapai matlamat, kita akan menghadapi pelbagai
rintangan dan cabaran. Rintangan dan cabaran ini mungkin datang dalam bentuk kegagalan,
kekecewaan dan rasa sakit hati akibat macam-macam perkara. Contohnya, kalau kita nak skor A
dalam subjek
Bahasa Inggeris, mungkin kita tidak akan selalu
mendapat gred tersebut. Ada kalanya kita dapat gred
B, C, D atau gagal. Cabaran ini boleh menggugat
keyakinan dan semangat kita untuk berjaya.
Jadi, dalam keadaan begini, ibu bapa, guru dan
rakan-rakanlah yang boleh membantu menaikkan
semula semangat dan keyakinan diri yang semakin
jatuh itu. Namun, tidak semudah itu untuk mendapat
sokongan mereka. Di sini saya akan kongsikan
bagaimana caranya untuk mendapat sokongan
mereka. Mari kita mulakan dengan bagaimana mendapat sokongan daripada ibu bapa.
Secara umumnya, ibu bapalah yang paling mudah untuk menyokong dan memberi semangat
kepada kita. Ini adalah kerana kejayaan kita mencerminkan kejayaan buat diri mereka juga.
Malah, banyak ketikanya, ibu bapalah yang lebih risau berbanding pelajar apabila menjelang
peperiksaan (pernah lihat situasi begini?).
Walaupun mereka mudah menyokong, ada beberapa perkara yang perlu kita lakukan agar
mereka lebih mudah memahami cabaran yang sedang kita tempuhi.

Pertama, belajar untuk meluahkan apa yang terbuku di hati kepada ibu bapa. Masalah
biasa dikalangan pelajar dan ibu bapa ialah hilangnya kebolehan untuk mereka berkomunikasi
dengan baik. Perkara ini selalu saya lihat dalam sesi kaunseling yang saya jalankan terutamanya
apabila anak-anak meningkat dewasa (dari umur 12 hingga 17 tahun). Jika anda ada masalah
atau kerisauan, cuba bincangkan dengan ibu bapa. Saya faham ini bukan perkara mudah.
Namun setelah anda buka mulut dan berkongsi masalah dengan ibu bapa, fikiran mereka akan
jadi lebih terbuka untuk menyokong kita. Contohnya, jika kita sedang risau dan tertekan, jangan
hanya berdiam diri dan mula menunjukkan perangai-perangai yang tidak menyenangkan.
Perasaan tertekan tidak akan hilang dengan cara begitu. Apa kata jumpa ibu bapa, beritahu

mereka yang kita sedang rasa tertekan dan minta nasihat mereka untuk membantu diri kita.
Saya percaya mereka akan bantu.
Kedua, ceritakan kepada ibu bapa
tentang matlamat kita untuk mencapai kejayaan.
Ceritakan kepada mereka mengapa kita mahu
capai kejayaan. Kemudian, berterus-terang
dengan mereka yang kita perlukan sokongan
dan restu mereka untuk merasa lebih
bersemangat. Ibu bapa mana yang tidak akan
gembira dan menyokong jika anak-anak mereka

sudah bertekad untuk berjaya.


Ketiga, dalam masa yang sama,
walaupun sedang berusaha untuk berjaya, jangan lupa untuk membantu ibu bapa di rumah.
Kerja-kerja rumah selalunya tidak terlalu membebankan untuk kita. Setelah kita bantu
meringankan beban ibu bapa di rumah, hati kita akan jadi lebih tenang. Ibu bapa kita juga akan
rasa tenang. Jadi, lebih mudahlah untuk mereka membantu kita nanti.
Selamat mencuba.
Petua 7.1
Petua ketujuh untuk skor A 2008 ini ialahdapatkan sokongan daripada ibu bapa, guru dan
rakan-rakan. Semalam saya sudah terangkan bagaimana untuk mendapat sokongan ibu bapa.
Kali ini, mari kita bincangkan bagaimana untuk mendapat
sokongan guru dan rakan-rakan.
Para pembaca yang saya hormati sekalian, sokongan guru adalah
antara perkara terpenting dalam mencapai matlamat kejayaan kita.
Untuk skor A, saluran paling utama untuk mencapainya ialah
melalui guru kita.
Apabila guru kita bersungguh-sungguh untuk membantu dan
membawa kita ke arah kejayaan, lebih mudah untuk kita ke sana.
Banyak ketikanya pelajar dan ibu bapa merungut mengatakan guru
tidak bersungguh-sungguh dan tidak peduli dengan kejayaan
muridnya.
Malah ada yang menuduh guru hanya menganggap sekolah
sebagai tempat mencari duit dan tempat untuk mempunyai kerjaya sahaja. Saya percaya
tanggapan ini salah.

Mengapa? Sepanjang pengalaman saya berkenalan dengan guru sama ada di zaman
persekolahan atau dewasa, saya lihat semua guru mahu anak muridnya berjaya. Satu sebabnya
tentulah kerana itu tanggungjawab mereka.
Namun satu sebab yang boleh kita percayai ialah kejayaan
anak murid melambangkan kejayaan guru itu juga. Guru yang
hebat pasti boleh melahirkan anak murid yang hebat. Jadi,
persoalan guru tidak serius atau tidak bersungguh-sungguh
harus diketepikan.
Apa yang perlu kita fikirkan ialah mengapa guru lebih
bersungguh-sungguh mengajar murid lain berbanding kita?
Hmm sekali lagi, jangan buruk sangka. Lihat semula kepada
diri kita.
Adakah kita selalu melawan cakap cikgu, degil, tidak beri
tumpuan dalam kelas, terlalu loyar buruk, tidak hormat, tidak
pernah siapkan kerja sekolah dan mengutuk guru itu dibelakangnya? Jika kita pernah atau biasa
lakukan ini semua, adakah guru akan serius untuk membantu kita?Tentu tidak bukan?
Jadi, mulai hari ini, cari jalan untuk mendekati dan mendapat sokongan guru kita. Saya ada
tulis 7 petua untuk memikat hati guru di dalam blog ini. Untuk membaca kompilasinya, klik
disini. Dengan 7 petua ini, saya percaya kita akan lebih mudah mendapat perhatian dan

sokongan guru meskipun guru itu sibuk dengan tugas dan tanggungjawab hariannya.
Selamat mendapat sokongan guru dan selamat memikat hati mereka.
Petua 7.2
Kita sudah sampai ke tips terakhir dalam 7 petua skor A 2008 ini. Dalam petua ketujuh yang
lepas, saya sudah terangkan kepentingan menjaga hubungan baik dengan ibu bapa dan guru.
Kali ini saya akan terangkan kepentingan dan juga teknik untuk menjaga hubungan baik dengan
rakan sebaya.
Untuk pengetahuan kita semua, rakan sebaya adalah
orang-orang yang paling hebat dalam membantu kita
mencapai kejayaan akademik. Satu sebab utamanya
ialah mereka ini mempunyai tahap fikiran yang sama
dengan kita. Jadi jika mereka faham sesuatu, mereka
boleh terangkan kepada kita dengan lebih mudah.
Rakan sebaya juga boleh menjadi sumber rujukan dan
sistem sokongan kepada kita. Ada banyak ketikanya
kita tidak dapat luahkan masalah atau kerisauan hati
kita kepada guru atau ibu bapa tetapi rakan-rakan
rapat kita akan sentiasa bersedia mendengar dan menyokong kita.
Namun kita perlu berhati-hati. Tidak semua rakan sebaya boleh membantu kita. Ada yang akan
cuba menarik kita kearah kegagalan walaupun bukan itu niat mereka. Contohnya jika kita

berkawan dengan pelajar yang malas, walaupun dia baik dan rapat dengan kita, dia akan
membuat kita terikut-ikut dengan perangai malas atau nakalnya.
Untuk skor A 2008 ini, ada beberapa tips yang perlu kita praktikkan.

Pertama, dekati rakan-rakan berfikiran positif, rajin dan


bersemangat untuk berjaya. Dalam masa yang sama, kurangkan
masa yang kita luangkan dengan pelajar-pelajar yang malas,
bermasalah disiplin dan suka merungut. Gabungan tindakan kita ini

akan menaikkan semangat kita untuk belajar dengan lebih baik.


Belajar bagaimana mahu menambahkan jumlah kawan.
Kemahiran berkawan adalah satu kemahiran yang sangat penting
kerana tanpanya, tidak ramai pelajar yang mahu berkawan dengan
kita. Jadi, baca tips kemahiran berkawan (Klik disini) dan 7 petua
memikat hati rakan sebaya ( klik disini)
Selamat mencuba.
Petua 7.2
Alhamdulillah. Saya telah berjaya menulis 7 petua skor A untuk tahun 2008 ini. Petua-petua ini
sebenarnya adalah hasil bacaan saya selama ini dan juga hasil pemerhatian saya terhadap
pelajar-pelajar cemerlang yang saya kenali. Saya selalu percaya bahawa skor A dalam
peperiksaan adalah umpama kita sedang belajar memasak daripada seorang Chef yang handal.
Jika kita ikut satu-persatu apa yang dilakukan termasuk menggunakan sukatan yang 100%
sama, kita pasti akan dapat hasil yang sama.
Seperti pelajar cemerlang yang mampu skor A juga, kita boleh
jadi seperti mereka jika kita amalkan apa yang mereka amalkan.
Antara apa yang mereka amalkan ialah 7 petua yang saya
kongsikan di sini. Mari kita ulang semula ketujuh-tujuh petua ini.

1.
2.

Tulis gred yang kita mahu capai.


Kenal pasti kekuatan dan kelemahan.

3.
4.

Uruskan masa berpandukan matlamat.


Latih tubi.

5.
6.

Tingkatkan kepantasan dan ketepatan.


Jaga kesihatan fizikal dan mental.

7.

Dapatkan sokongan ibu bapa, guru dan rakan-rakan.


Saya ucapkan selamat mencuba petua-petua ini dan selamat berjaya!

Anda mungkin juga menyukai