Anda di halaman 1dari 10

Pagi Sabtu yang lalu, ibu telah mengingatkan saya supaya mencuci kasut sekolah

saya. Saya memberitahu ibu yang saya akan mencucinya nanti. Ibu menyatakan
bahawa keluarga Pak Long akan balik pada petang itu. Pada petang Sabtu, ketika
aku sedang menonton televisyen, Pak Long dan keluarganya datang dari Kuala
Lumpur. Mereka hendak menghabiskan cuti hujung minggu di kampung. Saya
sungguh gembira kerana dapat bermain-main dengan sepupu saya, Afiq.
Sepanjang petang kami telah bermain bola dengan kawan- kawan. Esoknya, kami
telah pergi memancing di kolam Pak Uda. Kami ingin memancing ikan toman di
dalam kolam itu. Kami pernah memancing di situ pada waktu cuti sekolah yang
lalu. Jika dapat kami mahu menggorengnya. Pak Long dan keluarganya balik ke
Kuala Lumpur lewat petang itu. Malam itu saya berasa sunyi kerana Afiq sudah
pulang. Ketika itu barulah saya sedar yang kasut sekolah saya masih belum
bercuci. Saya mesti mengapur kasut sekolah saya pada malam itu juga.

gvjhvkhbkjhkjhkjhkj

Anda mungkin juga menyukai