Anda di halaman 1dari 6

SK KAMPUNG SOEHARTO

FELDA KAMPUNG SOEHARTO,


KUALA KUBU BHARU
BBA 5015

KERTAS KERJA:

KE ARAH PENGKOMPUTERAN
(PENGAUTOMASIAN)
Budi Dikenal, Ilmu Diamal
PUSAT SUMBER SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN
KAMPUNG SOEHARTO

Budi Dikenal, Ilmu Diamal

KERTAS KERJA :
KE ARAH PENGKOMPUTERAN (PENGAUTOMASIAN)
PUSAT SUMBER SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN KAMPUNG SOEHARTO
oleh

PN. SHAZWIN BT AHMAD SUHAIMI


Guru Perpustakaan dan Media
Pendahuluan
Pusat Sumber Sekolah (PSS) SK Kampung Soeharto telah diwujudkan pada
tahun 1976 iaitu 11 Tahun selepas sekolah ini mempunyai bangunannya
sendiri pada tahun 1965. Kini SK Kampung Soeharto sudah berusia lebih
kurang 40 tahun. PSS memainkan beberapa peranan penting dalam
proses pengajaran dan pembelajaran dengan menyediakan pelbagai jenis
perkhidmatan kepada semua penggunanya iaitu para pelajar, guru-guru
dan staf sokongan sekolah.
Matlamat
Matlamat utama pengautomasian PSS adalah untuk menaikkan
taraf PSS sekolah tradisional kepada Pusat Sumber Berelektronik
supaya dapat memainkan peranan yang lebih berkesan dalam
mempertingkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran
demi mencapai kecemerlangan di sekolah.
Objektif
Objektif pengautomasian PSS adalah untuk:
1.
Meningkatkan kecekapan sistem pengurusan organisasi bahan PSS dari segi perolehan
bahan, pengkatalogan, sirkulasi dan perkhidmatan pengguna.
2.
Meningkatkan kecekapan sistem pentadbiran dan pengurusan PSS dari aspek pengurusan
sumber manusia, pembangunan prasarana, perkakasan dan peralatan.
3.
Menggalakkan perkembangan literasi komputer dan teknologi maklumat di kalangan
kakitangan sekolah dan warga sekolah.
4.

Memudahkan urusan mengakses maklumat atau data koleksi PSS.

5.

Memudahkan pengurusan analisis data dan penilaian PSS.

Rasional
Masalah utama sistem manual semasa ialah pengkatalogan. Sebelum proses pengkatalogan,
PSS perlu menghadapi masalah pengemaskinian buku rekod perolehan buku dan bahan bukan buku.
Banyak borang dan butir-butir terpaksa dicatat dalam buku-buku tersebut. Selain itu, terdapat
masalah hinggakan dalam pengkatalogan buku-buku dan bahan bantu mengajar. Ini kerana proses
pengkatalogan buku dan bahan bantu mengajar mengambil masa dan tenaga kerja yang banyak.
Misalnya, nombor panggilan untuk setiap buku terpaksa ditentukan dengan menggunakan sistem
pengelasan Perpuluhan Dewey. Selain itu, butir-butir bibliografi termasuk trasing perlu dicatat dalam
satu slip kerja. Seterusnya, kad-kad katalog akan ditaip. Selain itu, satu kad senarai rak juga perlu
disediakan untuk setiap judul. Semua kad katalog yang telah disediakan akan disusun mengikut
abjad dalam satu kabinet secara terpisah. Tambahan pula, guru-guru PSS terpaksa mengajar di kelas
dan tidak dapat menyelesaikan tunggakan buku-buku pada masa yang ditetapkan. Ekoran daripada
tunggakan itu, pengguna-pengguna PSS tidak mendapat mengesan dengan cepat dan tepat koleksi
PSS.
Selain itu, wujud masalah sirkulasi dimana peminjam yang
lambat memulangkan buku tidak diingatkan dengan cepat kerana
kerja mengenalpasti mereka mengambil masa dan proses peringatan
agak rumit dilakukan sama ada secara bertulis atau lisan.
Tambahan pula, ada peminjam yang memberi alasan bahawa
buku pinjaman mereka telah dipulangkan tetapi tidak tercatat.
Memandangkan wujudnya pelbagai masalah dalam pengurusan PSS
adalah wajar diautomasikan PSS demi kebaikan semua pihak supaya
PSS dapat memainkan peranan yang lebih berkesan sebagai pusat maklumat untuk menjayakan
proses pengajaran dan pembelajaran.
Jawatankuasa
Penasihat

USTAZ SAMSUDIN BIN AHMAD,


Guru Besar

Pengerusi

EN. MOHD RAZI BIN BARIK,


Penolong Kanan Pentadbiran

Pengurus Program

PN. SHAZWIN BT AHMAD SUHAIMI,


Guru Perpustakaan dan Media
(Penyelaras Pusat Sumber Sekolah)

Setiausaha

PN. YUHAILA BT MAT YUSOP,


Penolong Penyelaras Pusat Sumber Sekolah

Ahli Jawatankuasa

TN. HJ MOHAMED ZUHAINI B. A SHUKOR,


Penolong Kanan HEM
EN. MOHD TOHA B. AYOB,
Penolong Kanan Kokurikulum
Semua Guru Kanan

Kumpulan Sasaran
Semua pengguna perpustakaan sekolah, yakni kakitangan dan pelajar-pelajar.

Strategi
Beberapa persediaan adalah perlu dalam perancangan pengkomputeran perpustakaan.
Persediaan ini merangkumi peruntukan kewangan, perlantikan penyelaras projek, persediaan
kakitangan, penyediaan tempat dan perhatian dan tindakan terhadap rekod-rekod perpustakaan.

i. Kewangan

Persediaan utama dan terpenting dalam projek pengkomputeraan perpustakaan ialah


kewangan. Selain daripada peruntukan kewangan untuk memperolehi sistem komputer asas,
peruntukan kewangan lain juga perlu disediakan untuk membiayai kos-kos lain seperti: kos
permulaan retrospektif, kos penyenggaraan, pemasangan kabel eletrik, peralatan sampingan dan
perabot, pita magnetik, disket komputer, kabel kod palang, alat pembaca label kod palang dan
sebagainya. Pemerolehan sistem komputer bukanlah merupakan pembelian satu kali, bahkan
melibatkan perbelanjaan dari masa ke semasa.
ii. Penyelaras Projek
Perkara kedua yang dianggap penting ialah menyediakan kakitangan. Sama ada sesuatu
perpustakaan itu merancang untuk melaksanakan sistem yang kecil atau yang besar adalah
mustahak untuk melatik seorang penyelaras projek sepenuh masa. Beliau perlu memberi sepenuh
perhatian kepada beberapa fasa projek dan beliaulah yang mengambil perhatian terhadap perkaraperkara bersangkutan dengan pentadbiran dan teknikal, mempastikan aktiviti-aktiviti mengikut
jadual dan seterusnya bertanggungjawab untuk melatih kakitangan kelak.
iii. Persediaan Guru
Sistem perpustakaan berkomputer melibatkan pembelian dalam proses-proses dan
perjalanan kerja dan sudah semestinya memberi kesan kepada kakitangan. Dari itu persediaan
terhadap kakitangan harus diambilkira. Semua kakitangan hendaklah dimaklumkan tentang
rancangan pengkomputeran dan memberi kesedaran mengenai apa yang akan berlaku. Mereka juga
harus diberitahu bagaimana sistem baru ini akan memberi kesan kepada perjalanan kerja di
perpustakaan dan bagaimana hubungannya dengan kerja masing-masing. Di samping itu,
pendedahan awal terhadap komputer dan pengetahuan asas mengenainya adalah perlu bagi
mereka. Menghadiri kursus-kursus pengenalan komputer menjadi satu langkah penting ke arah ini,
kerana penghargaan terhadap komputer dan pembiasaan diri dengannya akan membantu
kakitangan untuk lebih bersedia dalam menghadapi sistem baru kelak.

iv. Penyediaan Tempat


Satu aspek yang harus diselesaikan sebelum sistem perpustakaan dipasang dan dilaksanakan ialah
penyediaan tempat. Aspek ini meliputi:

Kemudahan hubungan dalam talian dan

Penempatan terminal

v. Rekod-Rekod Perpustakaan
Beberapa persedian boleh dibuat terhadap rekod-rekod perpustakaan yang terlibat secara
langsung alam projek komputer. Rekod-rekod yang dimaksudkan meliputi rekod pembekalan,
peruntukan, kewangan, terbitan bersiri, katalog, butiran nashkah dan pengguna.

Keterangan Projek
Perkhidmatan yang ditawarkan oleh perpustakaan telah bertambah dengan pantas seiring dengan
perkembangan teknologi. Perkembangan ini menyebabkan pertambahan dari segi saiz dan
kerumitan operasi perpustakaan. Lantaran itu kebanyakan pengurus perpustakaan memerlukan
sistem yang efektif untuk mendapatkan maklumat tambahan. Pengurusan yang berkesan adalah dari
maklumat yang baik, dalam ertikata pengurusan sebagai fungsi interpretasi maklumat untuk
membuat keputusan.
Oleh itu sistem automasi (menggunakan komputer) bukan sahaja berkeupayaan menguruskan data
harian tetapi juga berkeupayaan mengurus dan memberikan maklumat kepada pihak pengurusan.
Pengautomasian PSS ialah penggunaan komputer untuk melaksanakan operasi-operasi asas
pemerosesan bahan-bahan koleksi seperti perolehan dan pengkatalogan serta fungsi sirkulasi bahanbahan yang sebelum ini dikendalikan secara manual oleh kakitangan PSS. Dengan itu,
pengautomasian PSS berlaku apabila wujud proses mengintegrasikan teknologi maklumat dan
komputer dengan sumber pengurusan dan pentadbiran PSS. Proses ini kemudiannya akan
melibatkan pengintegrasian teknologi maklumat dengan sumber pengajaran dan pembelajaran di
dalam dan di luar sekolah ke arah pusat sumber berelektronik yang semestinya dapat meningkatkan
kecemerlangan dan mutu pendidikan di sekolah.

Jadual Pelaksanaan
Awal Februari 2016
Bahan / Sumber Yang Diperlukan

3 buah PC FUJITSU D581(DESKTOP PC)


D5811CL10068/ Intel Core i5-2400 / RAM 4GB DDR3 1333MHz /
HDD 500GB SATA 7200RPM/ Genuine Windows 7 Pro/ Monitor
19" Wide TFT LED Monitor / Graphic Intel HD/ DVDRW/ Black /
USB Port x 6 (Front x 2, Rear x 4) / PS/2 Keyboard Port x 2/ RJ45
x 1/VGA x 1/ PS/2 Keyboard and USB Optical Mouse/ Warranty
1 year
RM 6,597.00

Pencetak laser: RM 350.00

Perisian Sistem Automasi PSS e-Kutub Khanah: RM 4,000.00

JUMLAH : 10,947.00

Kewangan
Memohon bantuan kewangan daripada Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), dermawandermawan dan wakil-wakil rakyat tempatan.
Penutup
Dengan wujudnya sistem automasi di perpustakaan maka segala urusan pentadbiran dan
juga urusan perkhidmatan kepada pengguna dapat berjalan dengan baik dan berkesan. Beban kerja
yang ditanggung oleh kakitangan perpustakaan di dalam sistem manual dapat dikurangkan dan
kerja-kerja pengendalian bahan-bahan perpustakaan dapat berjalan dengan sistematik.

Suasana di dalam perpustakaan - Julai, 2015


Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

T.T
...

T.T
.

SHAZWIN BT AHMAD SUHAIMI


Guru Perpustakaan dan Media
SK Kampung Soeharto
44010 Felda Soeharto
Kuala Kubu Bharu

SAMSUDIN BIN AHMAD


Guru Besar
SK Kampung Soeharto
44010 Felda Soeharto
Kuala Kubu Bharu