Anda di halaman 1dari 28

[Document subtitle]

MPU3123: PENGARUH TAMADUN BARAT TERHADAP


SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

NAMA AHLI:

MOHAMMAD FIRDAUS BIN BERHANNUDIN


( MBBS0915172)
MOHAMMAD AKLIS BIN AZMI ( MBBS0915185)
MOHD KUMAYL BIN MOHD REZA ( MBBS0915189)
AMIR SOFUAN BIN MOHD GHAZALI ( MBBS0915155)

NAMA PENSYARAH: ENCIK FAHMI ZAIDI BIN ABDUL RAZAK


TARIKH HANTAR: 29/12/2015

MPU3123: TAMADUN BARAT TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN..............................................................................................................2
1.1

PENGENALAN..........................................................................................................2

1.2

OBJEKTIF KAJIAN...................................................................................................3

1.3

SIGNIFIKAN KAJIAN...............................................................................................4

1.4

LIMITASI KAJIAN....................................................................................................4

SOROTAN LITERATUR...................................................................................................4

DAPATAN KAJIAN...........................................................................................................5
3.1

KESAN POSITIF........................................................................................................5

3.2

KESAN NEGATIF....................................................................................................17

KESIMPULAN.................................................................................................................25

RUJUKAN........................................................................................................................25

1 | 28

MPU3123: TAMADUN BARAT TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

1
1.1

PENDAHULUAN
PENGENALAN
Sejarah di alam Melayu menyaksikan bagaimana daerah tersebut pernah
menerima campurtangan dan pengaruh luar. Selain Hinduisme dan Islam, kehadiran
penjajah Barat, khususnya pihak kolonial British di Tanah Melayu dikatakan
memberikan kesan yang signifikan terhadap perkembangan politik, ekonomi dan
sosial masyarakatnya. Sebelum kedatangan kuasa penjajah, pendidikan di Tanah
Melayu berbentuk bukan formal dan tidak memberatkan perkembangan kongnitif
pe1ajar-pelajar. Corak pendidikan yang ada pada ketika itu berjalan seperti biasa
dengan pengajaran al-quran, tingkah laku, dan akhlak yang baik, pengetahuan
kerohanian dan seni mempertahankan diri. Ini termasuklah pelajaran awal dalam
bidang kraftangan serta perintis dalam bidang pertanian, perikanan dan perburuan.
Pada peringkat lebih teratur terdapat satu sistem pendidikan agama yang disebut
sekolah pondok yang ditubuhkan dan dikendalikan oleh ulama-ulama Islam yang
terkenal. Pelajar-pelajar menuntut di madrasah agama dan tinggal di pondok yang di
bina di sekelilingnya. Peringkat kedua dalam perkembangan sistem pendidikan di
Tanah melayu berlaku semasa zaman penjajahan Inggeris (1824-1957). Pada
peringkat ini pendidikan di Tanah melayu telah dikelola, dikendalikan, dikawal dan
diletakkan di bawah kuasa penjajah Inggeris tanpa mempunyai satu falsafah yang
konkrit atau Dasar pendidikan Kebangsaan.
Pentadbiran pendidikan di Tanah melayu semasa ini adalah mengikut dasar
penjajah iaitu pecah dan perintah serta dasar terbuka dan tiada campurtangan
tentang pendidikan vernakular. Matlamat utama sistem pendidikan penjajah ialah
semata-mata untuk memberi pendidikan kepada segolongan rakyat bagi membolehkan
sebahagian mereka memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi. Dengan itu, Inggeris
mula memberi tumpuan besar kepada pelajaran.
2 | 28

MPU3123: TAMADUN BARAT TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

Walau bagaimanapun perhatian kepada pelajar melayu hanya sekadar melepas


ditangga sahaja, iaitu menunaikan kewajipan kepada anak watan sesuai dengan
perjanjian Inggeris dengan pembesar pembesar tempatan. Pendidikan pada
peringkat ini telah berjalan secara mengejut tanpa dibendung oleh satu garis panduan
atau batasan-batasan yang konkrit. Ini adalah kerana pemerintah Inggeris tidak
menggangap pendidikan sebagai satu pelaburan dipihaknya untuk meningkatkan
kemahiran dan kebolehan rakyatnya bagi mencapai kemajuan. Sebaliknya mereka
mengendalikan pendidikan di bawah dasar kebajikan benevolen.
Oleh itu objektif pemerintahan Inggeris adalah bukan hendak mengubah atau
memajukan struktur sosial tetapi sekadar menjadikan keadaan struktur sosial yang
sedia ada itu sedikit efisien sahaja.Tegasnya, pendidikan pada zaman ini berkembang
secara sewenang-wenangnya tanpa satu dasar yang jelas dapat membina dan
memupuk unsur- unsur kebangsaan di kalangan rakyat. Akibat dasar Inggeris tersebut
maka wujudlah sistem pendidikan plural sesuai dengan keadaan struktur masyarakat
majmuk.
1.2

OBJEKTIF KAJIAN
Antara objektif utama kajian ini adalah mengenalpasti kesan-kesan pengaruh tamadun
barat terhadap sistem pendidikan di Malaysia sama ada dari sudut positif atau negatif
yang telah mengubah sedikit sebanyak sistem di Malaysia untuk kemajuan atau pun
kemunduran, megkaji sistem pendidikan dan sejarah perkembangan nasional.

1.3

SIGNIFIKAN KAJIAN
Setelah menjalankan kajian ini, kami telah mendapati bahawa sistem pendidikan negara
telah banyak dipengaruhi oleh tamadun barat dalam pelbagai aspek yang merangkumi
pelbagai aspek sama ada positif atau negatif. Selain itu juga kami mendapati sistem
3 | 28

MPU3123: TAMADUN BARAT TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

telah berkembang dan terdapat banyak perbezaan sistem digunakan ketika pra-merdeka
dan pasca-merdeka.
1.4

LIMITASI KAJIAN
Tidak termasuk dengan kesan-kesan pengaruh tamadun barat terhadap sistem selain
pendidikan di Malaysia seperti budaya, politik dan selainnya. Oleh itu, secara amnya
kajian ini hanyalah difokuskan kepada pengaruh barat terhadap sistem pendidikan
sahaja dan tidak bercampur dengan pengaruh selain dari sistem pendidikan.

SOROTAN LITERATUR
Emeliana Elias (2009) dalam kajiannya menyatakan, sejarah dan perubahan yang berlaku
dalam aliran-aliran falsafah pendidikan cukup menarik dan indah untuk dipelajari dan
diambil iktibar. Ini membuktikan bahawa peranan pendidikan cukup besar dalam
pembangunan manusia dan tamadun. Asas pemikiran aliran-aliran falsafah ini terdapat
banyak perkaitan dengan falsafah pendidikan kebangsaan, yang mana falsafah
pendidikan tidak sekadar bertanyakan tentang asas metafizik, epistemologi dan aksiologi
malah ia juga akan membincangkan berkaitan dengan pendidikan. Disamping itu, ia juga
cuba memberi makna kepada konsep-konsep sejagat yang mendefinasikan proses
pendidikan, konsep pendidikan, tujuan pendidikan, kurikulum, pembelajaran dan
sebagainya. Tujuan atau matlamat pendidikan ialah untuk mengembangkan potensi
individu dan mencapai kesedaran kendiri. Kertas kerja ini akan membincangkan tentang
empat

aliran

progressivisme

pemikiran
dan

falsafah

eksistensialisme.

sahaja

iaitu

terdapatnya

essensialisme,
ciri-ciri

parennialisme,

falsafah

pendidikan

essensialisme, parennialisme, progresivisme dan eksistensialisme dalam pembentukan


Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hanya ciri-ciri yang sesuai sahaja yang akan diambil
untuk diserapkan kedalam sistem pendidikan di Malaysia. Falsafah pendidikan
kebangsaan adalah gabungan daripada aspek-aspek nilai yang baik yang terdapat dalam
4 | 28

MPU3123: TAMADUN BARAT TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

aliran falsafah pendidikan tradisional dan moden. Pendekatan falsafah pendidikan


kebangsaan ini boleh dipanggil sebagai falsafah pendidikan eklektisisme yang berasal
daripada perkataan eclectic yang membawa maksud memilih daripada pelbagai sistem
atau falsafah, atau tercipta daripada pelbagai sumber (Tajul,1992).
3
3.1

DAPATAN KAJIAN
KESAN POSITIF
1. Perkembangan tulisan rumi
Sejarah awal penggunaan tulisan Rumi bahasa Melayu telah dilakukan oleh pedagang,
penggembara dan penjelajah dari Eropah ke Nusantara secara perseorangan. Pada
ketika itu bahasa Melayu menggunakan sistem ejaan tulisan huruf Rumi Latin.
Mereka telah tertarik dengan tatabahasa yang terdapat dalam sistem ejaan ini.
Bermula pada abad ke-16 itu para pedagang, sarjana dan penjelajah terus
menggunakan tulisan Rumi Latin dalam bahasa Melayu.
Pada tahun 1902 perancangan awal terhadap sistem ejaan telah dilakukan
oleh kerajaan tanah melayu pada ketika itu. Hal ini bermula apabila kerajaan Negerinegeri Melayu Bersekutu telah menubuhkan sebuah jawatankuasa ejaan yang telah
diketuai oleh R.J Wilkinson. Hal ini telah menghasilkan sistem ejaan Wilkinson yang
telah diterbitkan pada Oktober, 1904. Ejaan Wilkinson ini telah digunakan di semua
sekolah Tanah Melayu serta turut diaplikasikan dalam kamus bahasa Melayu iaitu
Kamus Jawi-Melayu-Inggeris (1903).
Sistem ejaan Rumi terus berkembang mengikut peredaraan masa dan
keadaan sekeliling ketika itu. Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) telah ditubuhkan
pada tahun 1922 adalah bagi meneruskan perkembangan sistem ejaan di Tanah
melayu. Beberapa buku bahasa dalam tulisan Rumi dan tulisan Rumi yang
memperluaskan sistem ejaan sekolah yang berasaskan sistem ejaan Wilkinson telah
disusun, digubal dan diterbitkan oleh tokoh-tokoh bahasa, pengkaji bahasa dan tenaga
5 | 28

MPU3123: TAMADUN BARAT TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

pengajar di maktab perguruan tersebut. Contoh bahan ilmiah yang telah berjaya
dihasilkan seperti Kitab Loghat Melayu, Kitab Kumpulan Nama Melayu (IBrahin
Dato Muda Linggi) dan Kitab Pelita Mengarang (rumi).
Perkembangan sistem ini bukan hanya terhenti disitu, malah kemunculan
Sistem Ejaan Zaaba telah memartabatkan lagi sistem ejaan Rumi di Tanah Melayu
yang wujud pada tahun 1972. Sistem ejaan Zaaba telah diperkenalkan oleh Maktab
Perguruan Sultan Idris (SITC).
Selain daripada sistem ejaan Zaba, dalam zaman pendudukan Jepun tahun 19421945, terdapat penggunaan "Ejaan Fajar Asia". Ianya berbeza sedikit daripada ejaan
Zaba di Tanah Melayu dan ejaan van Ophuijsen di Indonesia. Angkatan Sasterawan
50 kemudiannya menjadikan Ejaan Fajar Asia ini sebagai ejaan rasmi mereka. Selain
daripada itu, terdapat juga "Ejaan Bebas" yang berupa ejaan Rumi tanpa sistem apaapa, atau sistem yang menyatukan ciri-ciri ejaan daripada sistem- sistem yang ada,
termasuk daripada sistem ejaan di Indonesia. Ejaan Bebas digunakan dengan agak
meluas dalam urusan bukan rasmi dan dalam beberapa penerbitan akhbar, majalah
dan buku.
Sistem ejaan Rumi Zaba daripada satu segi memperlihatkan kaedah penggunaan
lambang huruf yang beraneka ragam yang mengakibatkan ketidakseragaman
pengejaan kata dalam amalan penulisan sehari-hari dalam semua urusan yang
menggunakan tulisan Rumi. Penggunaan Sistem Ejaan Rumi Zaba menjadi
bertambah sukar kerana adanya pengejaan kata yang masih menurut Sistem Ejaan
Rumi Wilkinson (1903) dan beberapa sistem ejaan Rumi yang lain yang digunakan di
dalam pelbagai jenis kamus ekabahasa dan dwibahasa yang terbit serta tersebar
semenjak tahun 1920-an.
Pada tahun 1956, satu perhatian serius yang penting dan besar telah diberikan
terhadap sistem ejaan di tanah Melayu. Lantaran itu satu kongres telah diadakan iaitu
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu. Beberapa pembaharuan telah dirancang dan
6 | 28

MPU3123: TAMADUN BARAT TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

dilaksanakan. Semangat yang tinggi dalam memperjuangkan sistem ejaan pada ketika
itu telah mendapat perhatian dan sokongan dari kerajaan sehingga sebuah
Jawatankuasa Ejaan telah berjaya dibentuk. Pada tarikh 17 April 1959 satu perjanjian
persahabatan telah dimenterai Tanah Melayu dan negara Republik Indonesia. Hasil
dari perjanjian tersebut maka terbentuklah sistem Ejaan Kongres.
Ejaan Kongres adalah sistem ejaan Rumi bagi bahasa Melayu yang dipersetujui oleh
Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang ketiga pada tahun 1956. Perkara ini
dirumuskan atas empat dasar pengejaan bahasa Melayu dengan huruf Rumi. Antara
dasar yang telah dipersetujui adalah ejaan di Malaya dan di Indonesia hendaklah
disatukan atau disamakan, peraturan ejaan hendaklah mudah; dan sistem fonologi
diterima sebagai sistem yang lebih baik daripada sistem fonetik dan satu fonom
hendaklah digambarkan dengan hanya satu tanda (huruf) saja.Pengejaan hendaklah
tetap sekata mengikut kaedah yang satu dan semacam.Kata-kata dari bahasa-bahasa
asing hendaklah disusunkan pengejaannya dengan hukum-hukum fonologi Melayu.
Ejaan Rumi Baharu tahun 1972 ialah hasil daripada pemikiran yang matang yang
berlandaskan prinsip-prinsip perancangan bahasa yang baik. Ejaan Rumi Baharu
merupakan penyataan pertama daripada perancangan korpus pada peringkat
supranasional yang menjadi asas bagi pembinaan dan pengembangan bahasa Melayu
serantau seterusnya. Sebagai sistem ejaan yang dirancang untuk keperluan dua buah
masyarakat bahasa yang berlainan latar belakang sosiolinguistik dan sejarah
pertumbuhannya, Ejaan Rumi Baharu dirumuskan sedemikian rupa supaya dapat
diterima oleh semua golongan pengguna kedua-dua bahasa Melayu dan bahasa
Indonesia
2. Penubuhan sekolah vernakular
Pada peringkat pertama sistem pendidikan sebelum merdeka yaitu sebelum
kedatangan British pendidikan pada umumnya merupakan pendidikan yang tidak
menekankan soal formal. Penekanan hanyalah kepada pengajaran kitab suci Al7 | 28

MPU3123: TAMADUN BARAT TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

Quran, tingkah laku dan akhlak yang baik, pengetahuan dan juga sifat kerohanian.
Terdapat juga sebilangan pelajar yang mempelajari pendidikan agama di sekolahsekolah pondok yang ditubuhkan oleh para ulama Islam yang terkenal pada zaman
tersebut. Sekolah-sekolah jenis ini masih boleh dilihat sekarang di negeri-negeri
seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah. Me
Perkembangan sistem pendidikan semasa penjajahan British(1984-1986) pula
bermula setelah Francis Light mengambil Pulau Pinang hingga menjelang Perang
Dunia Kedua. Pada masa itu, kerajaan British mula memberi perhatian terhadap
pendidikan

di

negeri-negeri

Selat.

Blundell(Gabenor

negeri

Selat)

telah

mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah-sekolah Vernakular Melayu di negerinegeri Selat dengan bantuan kerajaan British. Pada tahun 1856, Blundell dengan
bantuan kewangan daripada DYMM Temenggung Johor telah menubuhkan dua buah
sekolah Vernakular Melayu di Singapura. Selepas itu, pada tahun 1858 hingga 1863,
kerajaan British telah menubuhkan beberapa buah sekolah Melayu di Pulau Pinang
dan Melaka.
Mata pelajaran-mata pelajaran yang biasa diaplikasikan di sekolah-sekolah Vernakular
ialah Bacaan, Mengarang, Ejaan, Menulis, Ilmu Hisab, Latihan Jasmani dan Ilmu
Alam. Pada awal kurun ke-20, mata pelajaran Perkebunan dan Anyaman telah
ditambah ke dalam kurikulum sekolah. Murid-murid akan memasuki Darjah I hingga
Darjah IV. Selepas itu, hanya sebilangan kecil pelajar sahaja yang berpeluang
melanjutkan pelajaran ke Special Malay Class, di mana mereka dapat meneruskan
persekolahan di sekolah Inggeris kelak.
Sekolah Vernakular Cina yang pertama telah didirikan oleh Persatuan Mubaligh
London di negeri Melaka pada tahun 1815, dan kemudiannya di Singapura pada tahun
1819. Pada tahun 1900, dua orang menteri dan pendidik dari negeri China, Kang You
Wei dan Liang Qi Chau telah mendirikan sekolah Vernakular Cina dan
menggabungkan pengajaran Confucious dengan pengajaran sains Barat. Kurikulum
8 | 28

MPU3123: TAMADUN BARAT TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

yang diperkenalkan adalah berorientasikan kepada negara China. Sesetengah sekolah


dijadikan pusat untuk menyebarkan sentimen anti British. Pentadbiran Inggeris
kemudiannya telah mengawal segala aktiviti sekolah dan kurikulumnya menjadi
bertambah baik.
Perkembangan sekolah Vernakular Tamil bermula semasa perkembangan ladang
getah, kelapa sawit, kopi dan gula di Tanah Melayu. Terdapat ramai buruh dari negara
India telah diambil untuk bekerja di estet-estet. Pendidikan dalam bahasa Tamil diberi
di salah sebuah sekolah cawangan Singapore Free School mulai tahun 1834.
Kumpulan-kumpulan mubaligh Kristian banyak memberi sumbangan kepada
perkembangan pendidikan formal dalam bahasa Tamil pada peringkat awalnya.
Sehingga tahun 1938, terdapat 13 buah sekolah Tamil kerajaan, 511 buah sekolah
estet, 23 buah sekolah mubaligh dan 60 buah sekolah Tamil swasta di seluruh
Semenanjung Tanah Melayu. Kurikulum sekolah-sekolah Tamil berorientasikan
negara asal mereka, India. Buku-buku dan tenaga pengajar dibawa dari Sri Lanka dan
India.
Sementara itu, perkembangan bagi sekolah Inggeris pula bermula apabila pada
peringkat awal penubuhannya, kebanyakan sekolah Inggeris didirikan daripada hasil
usaha kaum mubaligh Kristian. Sementara itu, perkembangan sistem pendidikan
untuk tempo kedua selepas kedatangan British pula bermula dari tempo 1946-1957.
Perkembangan pendidikan terbantut apabila pihak Jepaun telah menakluki Tanah
Melayu pada tahun 1941 sehingga tahun 1945 iaitu pada Perang Dunia Kedua. Pada
zaman ini, kebanyakan sekolah terpaksa ditutup dan hanya sebilangan kecil
daripadanya digunakan untuk mengajar bahasa Jepang.
Selepas kekalahan pihak Jepun ke atas pihak Inggeris, kurikulum asal telah
diaplikasikan semula. Walau bagaimanapun, beberapa laporan cadangan terhadap
kurikulum baru telah digubal. Laporan-laporan yang dimaksudkan ialah Laporan

9 | 28

MPU3123: TAMADUN BARAT TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

Barnes 1951, Laporan Fenn-Wu 1951, Ordinan Pelajaran, Dasar Pelajaran


Kebangsaan dan Laporan Razak 1956.
Sistem pendidikan di Malaysia pada awal kemerdekaan bermula setelah Parti
Perikatan merebut 51 daripada 52 kerusi dalam Pilihan Raya Umum pertama di
Persekutuan Tanah Melayu.Sistem pendidikan pada zaman ini masih berorientasikan
sistem yang telah tercatat di dalam Laporan Razak. Pada tahun 1959, cawangan
Universiti Malaya telah ditubuhkan di Kuala Lumpur. Kursus-kursus yang ditawarkan
ialah Kejuruteraan, Sastera dan Sains. Pada tahun ini juga Laporan Rahman Talib
diwujudkan iaitu pada tahun 1960.
3. Perkembangan falsafah
Tamadun barat juga telah menyumbang dalam sistem pendidikan Malaysia dari segi
falsafah .asas pemikiran aliran-aliran tamadun barat yang sesuai banyak diterapkan
dalam falsafah pendidikan

kebangsaan.Falsafah pendidikan ini bertujuan untuk

melahirkan insan yg cemerlang dari segi akademik dan ko-kurikilum

serta

melahirkan khalifah yang boleh mentadbir Negara pada masa hadapan kelak. Falsafah
pendidikan tidak sekadar bertanyakan tentang asas metafizik, epistemologi dan
aksiologi malah ia juga akan membincangkan berkaitan dengan pendidikan.
Disamping itu, ia juga cuba memberi makna kepada konsep-konsep sejagat yang
mendefinasikan proses pendidikan, konsep pendidikan, tujuan pendidikan, kurikulum,
pembelajaran dan sebagainya. Tujuan atau matlamat pendidikan ialah untuk
mengembangkan potensi individu dan mencapai kesedaran kendiri. Kertas kerja ini
akan membincangkan tentang empat aliran pemikiran falsafah sahaja iaitu
essensialisme, parennialisme, progressivisme dan eksistensialisme.
Essensialisme
Menurut Emeliana Elias(nd, p.2)
10 | 28

MPU3123: TAMADUN BARAT TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

Pendidikan essensialisme bersifat fleksible dimana ia terbuka untuk


perubahan, toleran dan tidak terikat dengan dokterin tertentu. Nilai yang jelas
dan tahan lama serta guru yang memiliki sifat authoriti. Falsafah aliran ini
mementingkan pembentukan peribadi dan kurikulumya disusun dari topik
yang mudah kepada yang lebih kompleks serta menekankan kemahiran 3M
iaitu menulis, mengira dan membaca. Ahli-ahli essensialisme mengkaji semula
perkara-perkara yang +akan dimasukkan kedalam kurikulum dan membezakan
program-program sekolah kepada pelajaran yang penting dan kurang penting
serta membentuk authoriti guru didalam bilik darjah.
Menurut Mok Soon Sang (2004), guru menurut fahaman essensialisme hendaklah
memainkan peranan yang penting dalam proses pendidikan. Mereka berperanan
dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan mengajar mereka memperolehi
keperluan dan +kualiti kehidupan orang dewasa supaya mereka boleh berjaya dalam
hidup. Guru juga hendaklah bersifat demokratik, kretif, mempuyai inisiatif dalam
pengajaran dan mahir menggunakan taktik ganjaran dan denda kepada pelajar (Abdul
Rahman dan Zakaria Kasa, 1986).
Pendidikan membolehkan setiap individu menyedari keupayaannya. Kanak-kanak
akan hadir kesekolah agar dapat memahami keadaan dunia sekelilingnya dan dapat
mentafsirkannya mengikut minat dan kemahuannya. Fahaman ini mementingkan
pengalaman masyarakat daripada pengalaman perseorangan. Sesuatu kebudayaan
yang kompleks memerlukan sistem pendidikan yang baik, oleh itu guru yang
berdisiplin dan berdedikasi dalam melaksanakan amatlah dikehendaki (Mok Soon
Sang, 2010). Selain itu, kurikulum essensialisme di bahagikan kepada dua bahagian
kepada mata pelajaran penting seperti matematik dan sains manakala mata pelajaran
yang kurang penting ialah seni, musik, Pendidikan jasmani dan vokasional. Bahan
11 | 28

MPU3123: TAMADUN BARAT TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

pengajaran juga disediakan dengan sempurna dan dirancang dengan sistematik (Azizi
Jaafar, 2009).
Parennialisme
Parennialisme berasaskan daripada falsafah tradisional yang banyak dipengaruhi oleh
fahaman idealisme. Mengikut ahli parennialisme, nilai moral dan rasional manusia
semakin merosot (Mok Soon Sang, 2010). Oleh itu, untuk meyelamatkan umat
manusia daripada kelenyapan fungsi utama pendidikan hendaklah mengutamakan
perkembangan potensi rasional individu, membantu mencari prinsip mutlak dan
memahami dunia yang sebenar. Maka parennialisme memandang pendidikan sebagai
jalan iaitu proses mengembalikan kebudayaan sekarang. Ahli-ahli parennialisme
menganggap bahawa ciri-ciri asas semulajadi manusia berbentuk universal dan tiada
had masa (Abdul Rahman dan Zakaria Kasa, 1986). Manusia itu bersifat rasional.
Rasionaliti serta intelek ini hendaklah disemai melalui

12 | 28

MPU3123: TAMADUN BARAT TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

pendidkan. Tujuan pendidikan adalah untuk mengajar nilai dan pengetahuan yang
berbentuk universal dan tiada had masa (Azizi Jaafar, 2009). Selain itu, mereka
menganggap tujuan sejagat pendidikan adalah untuk mencari dan menyebarkan
kebenaran. Ini kerana, kebenaran merupakan perkara yang universal dan tidak
berubah-ubah.
Maka, proses utama dalam pendidikan adalah mendisiplinkan mental dan jiwa pelajar
disamping megembangkan potensi penaakulan. Oleh itu, pembacaan tulisan-tulisan
agung dan bahan-bahan masa lampau merupakan tugas yang penting bagi para pelajar.
Dengan pembacaan ini,secara tidak langsung pelajar dapat idea daripada pemikiran
para cendiakawan. Dengan ini pelajar dapat menonjolkan bakat yang ada pada dirinya
yang selama ini terpendam disebabkan tiada asuhan atau tunjuk ajar daripada pihak
luar. Kurikulum parenialisme pula berpegang kepada kembali ke asal kerana yang asal
itulah yang benar. Pendidikan adalah sama bagi semua orang kerana manusia
mempunyai potensi yang sama dan guru mempunyai kuasa autoriti di dalam kelas. Isi
kandungan kurikulum adalah tetap dan tidak berubah tetapi ia boleh menggunakan
kaedah pembelajaran Socrates. Kebenaran dalam kurikulum parenialisme adalah
sejarah dan sekolah merupakan agensi masyarakat yang bertujuan untuk membentuk
manusia menjadi manusia yang rasional (Azizi Jaafar, 2009). Mata pelajaran yang di
utamakan adalah matematik, bahasa, doktrin-doktrin dan buku-buku ternama. Ia juga
menekankan 3M dalam kurikulum dan mewujudkan kelas vokasional bagi pelajar
yang kurang pandai. Kaedah pengajaran yang dicadangkan adalah ingatan,
pembacaan, penulisan, latih tubi dan ulangkaji.
Progressivisme
Pengajaran progressive pula, mereka menggunakan pendekatan induktif dalam
mencapai matlamat pendidikan kerana pendekatan induktif tidak memerlukan teori
13 | 28

MPU3123: TAMADUN BARAT TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

tetapi memerlukan mereka membentuk penerangan sendiri yang akan menerangkan


fenomena yang didedahkan. Menurut Mok Soon Sang (2010), guru hanyalah
berfungsi sebagai pembimbing atau penasihat dalam penyelesaian masalah.
Kurikulum mereka memberi tumpuan kepada proses pelajaran manakala kurikulum
essensialisme dan parenialisme memberi tumpuan kepada mata pelajaran (Abdul
Rahman dan Zakaria Kasa, 1986). Pelajar bebas memilih dan membuat keputusan ke
atas dirinya jika ianya dianggap baik. Mereka menggambarkan pendidikan adalah
penghidupan dan bukan persedian untuk hidup (Azizi Jaafar, 2009). Pencarian
kebenarannya melalui pengalaman dan isi kandungan kurikulum adalah pengetahuan
asas dan pengalaman. Kaedah pengajaran secara inquiri iaitu secarapenyelidikan.
Kebenaran merupakan milik masyarakat. Sekolah merupakan tempat menggalakan
kerjasama bukannya persaingan serta sekolah juga menggalakkan demokrasi.
Pelajar akan diberikan kebebasan secara fizikal dan mental untuk mengembangkan
bakat dan kemampuan yang terpendam dalam diri mereka tanpa dikekang oleh
rintangan daripada orang lain (Azizi Jaafar, 2009). Oleh itu, falsafah ini tidak
bersetuju dengan fahaman parennialisme dan essensialisme yang bersifat autoriti. Ini
disebabkan autoriti akan mematikan pengembangan dan daya kretiviti pelajar.
Fahaman ini menyatakan kurikulum yang paling wajar diakukan ialah kurikulum yang
bersifat fleksibel dan terbuka. Kurikulum jenis ini mudah diubah dan dibentuk sesuai
dengan peredaran zaman. Kurikulum hendaklah berpusatkan kepada pengalaman atau
eksperimen. Guru hendaklah menggalakkan pelajar mengambil inisiatif sendiri dan
menggunakan kaedah praktikal dan pengalaman dalam mencari ilmu pengetahuan.
Hanya ilmu sains sahaja merupakan ilmu yang benar. Oleh itu, peranan guru hanyalah
sekadar pembimbing dan penasihat kepada pelajar. Bagi mereka, pelajar merupakan
seorang individu yang berpengalaman, berfikiran dan suka mengembara. Buku pula
14 | 28

MPU3123: TAMADUN BARAT TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

dianggap sebagai alat dalam proses pembelajaran dan bukan sebagai sumber
pengetahuan yang tidak boleh dipersoalkan. Sekolah pula tempat pelajar bekerjasama
bukannya tempat untuk bersaing.
Eksistensialisme
Aliran fahaman eksistensialisme mengutamakan pembelajaran kendiri dan bukan
mencari ilmu pengetahuan. Pelajar tidak seharusnya mengorbankan individualiti
mereka untuk memperolehi ilmu pengetahuan. Oleh itu hanya pembelajaran yang
berkesan sahaja yang mempunyai makna kepada individu berkenaan. Fokus utama
kurikulum hendaklah dipindahkan daripada perkara alam dunia kepada dunia
personaliti. Kurikulum eksistensialisme pula mementingkan kebebasan. Kurikulum
eksistensialisme tidak tetap kerana kurikulumnya berdasarkan minat pelajar itu sendiri
(Tajul dan Noraini, 1992). Pelajar akan memilih program pelajaran tanpa ada paksaan
atau hasutan dari sesiapa.Guru bukan penyebar ilmu tetapi membantu pelajar berjaya
dalam usaha mencari kesedaran kendiri. Mereka menyokong kaedah pembelajaran
Socrates. Kebenaran eksistensialisme berakhir pada diri.
Bahan pembelajaran, cara pembelajaran, kuantiti pembelajaran dan nilai pembelajaran
hendaklah ditentukan oleh pelajar itu sendiri. Keputusan yang dibuat oleh pelajar itu
sama ada betul atau silap adalah dibawah tanggungannya. Guru hendaklah
menghormati pandangan dan pemilihan pelajar dan tidak mempengaruhi pelajar
dalam membuat keputusan (Azizi Jaafar, 2009).Sekolah pula tempat untuk
menyediakan peluang untuk memupuk kemahiran berfikir reflektif untuk menilai diri
serta keupayaan disiplin diri (Abdul Rahman dan Zakaria Kasa, 1986). Ahli
eksistensialisme ini tidak memberi perhatian kepada kewujudan kebenaran muktahir.
Mereka menolah kebenaran adalah mutlak. Semua makna dan kebenaran adalah hak
15 | 28

MPU3123: TAMADUN BARAT TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

individu. Mereka menggangap semua kehidupan di dunia ini hanyalah sesuatu yang
tidak bermakna (Tajul dan Noraini, 1992).
Perkara yang paling penting dalam pendidikan eksistensialisme ini ialah individu
hendaklah mendidik diri sendiri dan juga berupaya mambuat keputusan mengenai
kelakuan,

kursus

yang

ingin

diambilnya

dan

kaedah

pembelajaran

yang

dikehendakinya. Pendidikan tidak terarah kepada peningkatan intelek semata-mata


tetapi perlu diberi perhatian kepada sikap, perasaan, nilai dan komponen-komponen
subjektif yang lain. Menurut Mok Soon Sang (2010), mata pelajaran merupakan
pengetahuan yang disusun dan bukan dianggap sebagai satu matlamat atau satu cara
untuk menyediakan pelajar kepada pekerjaan. Sebaliknya ia digunakan sebagai satu
cara untuk mencapai perkembangan diri. Oleh itu, dalam proses pembelajaran,
seseorang itu berkuasa ke atas buku teks. Ahli-ahli fahaman ini mengatakan bahawa
sukar untuk menyatakan bahawa sesuatu mata pelajaran itu penting atau tidak kerana
kebaikan sesuatu mata pelajaran akan ditentukan oleh pelajar itu sendiri.

16 | 28

MPU3123: TAMADUN BARAT TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, tamadun barat banyak menyumbang dalam sistem pendidikan
negara kita.Sebagai contoh,perkembangan tulisan rumi bahasa melayu daripada
tulisan jawi bahasa melayu telah pesat sejak sebelum merdeka lagi.Selain itu, sekolah
jenis vernakular banyak seperti cendawan tumbuh selepas hujan di tanah
melayu.Tamadun barat jugak telah menyumbang dalam segi falsafahnya yang sesuai
yang telah diterapkan dalam falsafah pendidikan kebangsaan seperti essensialisme,
parennialisme, progressivisme dan eksistensialisme.Namun begitu, tamadun ini juga
banyak memberi kesan negatif pada

sistem pendidikan negara.Sekolah

jenis

vernakular ini telah mewujudkan jurang perpaduan antara kaum kerana sekolah ini
mengasingkan kaum mengikut sekolah serta menggunakan bahasa ibunda
sendiri.Tambahan pula tamadun barat juga telah mengasingkan antara sains dan
agama serta menyebarkan fahaman sekular.Tuntasnya, sistem pendidikan negara
seharusnya mengkaji strategi yang bagus dan melaksanakannya sebaik mungkin bagi
mengukuhkan institusi pendidikan negara.

3.2 KESAN NEGATIF


Antara kesan negatif pengaruh tamadun barat terhadap sistem pendidikan
negara adalah

pemisahan agama daripada cabang ilmu sains dan teknologi.

Epistemologi ilmu Barat sekular atau moden yang digunakan oleh umat Islam masa
17 | 28

MPU3123: TAMADUN BARAT TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

kini, khususnya di negara kita tidak menjadikan agama sebagai tapak atau landasannya.
Manusia jika diibaratkan seperti sebatang pokok, akar yang menyuburkan dahan,
ranting, daun dan buah adalah berasaskan rasionalisme, saintisme, humanisme,
liberalisme dan modernisme Barat maka kesannya amat berbahaya kepada akidah. Akar
tunjang yang berasaskan rasionalisme semata-mata menghasilkan bunga dan buah
pemikiran yang sifatnya sekular berasaskan fakta, data dan dapatan hasil uji kaji dan
pemerhatian yang menggunakan akal dan pancaindera semata-mata. Nilai, etika dan
estetika dilihat sebagai nisbi (subjektif) dan sifatnya normatif atau berubah-ubah dalam
kegunaan dan pemakaiannya. Ini jelas sekali bercanggah dengan epistemologi ilmu
islam, di mana epistemologi ilmu dalam Islam terbentuk dalam acuan yang sepadu.
Ilmu fardu ain seperti akidah, ibadah, akhlak, syariah dan lain-lain menjadi tunjang dan
membentuk gandingan dengan ilmu fardu kifayah seperti sains, teknologi dan ilmuilmu kemanusiaan. Dr. Maurice Bucaille menemui titik persamaan yang amat menarik
antara sains moden dan al-Quran itu sendiri. Menurut Dr. Zakir Naik terdapat hampir
2000 ayat tentang sains sahaja dalam al-Quran. Ilmu-ilmu akal ialah ilmu yang
berkaitan bidang sains, sastera, matematik, astronomi dan seumpamanya yang
dipelajari dan difahami berdasarkan keupayaan pancaindera dan pemahaman akal. Ia
tidak bersandarkan kepada nubuwwah atau wahyu. Bagaimanapun, dalam Islam,
pemahaman dan huraian ilmu-ilmu tersebut adalah berdasarkan kepada metafizika
Islam atau prinsip-prinsip yang berasaskan tauhid, kerana tauhid adalah penentu segalagalanya dalam Islam. Dalam sistem pendidikan Malaysia, jelas ditonjolkan pemisahan
antar ilmu sains dan agama yang dipelopori oleh barat. Sukatan pelajar jarang
menekankan kesinambungan agama dengan sains dan teknologi, jika ada, itu adalah
atas inisiatif guru tersebut yang sedar akan kepentingan penerapan nilai agama kita
mengajar subjek sains. Jika hanya berlandaskan sukatan mata pelajaran, nescaya pelajar
18 | 28

MPU3123: TAMADUN BARAT TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

tidak akan mampu untuk mengaitkan antara agama dan sains lalu mewujudkan fahaman
sekular barat yang jelas bertentangan dengan norma epistemologi islam itu sendiri.
Kesan pengaruh ini turut melibatkan guru, di mana guru lebih menekankan pendidikan
sains emperikal (fardhu kifayah) berbanding fardhu ain yang mengakibatkan penularan
pemikiran barat di kalangan pelajar bahawa sains dan teknologi tidak pernah berkait
rapat dengan agama.
Sains empirikal atau sains pasti seperti matematik dan fizik bagi Islam adalah suatu ilmu
yang boleh menghubungkan alam ghaib dengan alam nyata. Dengan mengguna simbolsimbol matematik, kita dapat menterjemahkan peraturan-peraturan yang disediakan di alam
zahir oleh Allah s.w.t dalam bentuk yang boleh difahami oleh manusia. Rahsia-rahsia yang
terdapat di alam zahir boleh dimanfaatkan untuk kepentingan manusia sambil memberi tandatanda bagi kebesaran dan kebijaksanaan Allah s.w.t. Oleh itu ulama yang benar-benar alim
dalam Islam diisyaratkan baginya sebagai orang yang takut kepada Allah s.w.t. Asas inilah
yang melahirkan sejumlah besar ilmuwan dan saintis Islam yang memulakan tradisi ilmu
dengan tradisi hafazan, tafsir, bahasa, falsafah, logik, muzik dan kemudian menekuni bidang
yang pelbagai seperti matematik, astrofizik, perubatan, sains dan teknologi hingga akhirnya
mampu menampilkan tamadun unggul selama lebih 600 tahun. Pencapaian silam itu sudah
tentu relevan dengan zamannya dan perkembangan sains dan teknologi hari ini sudah tentu
berbeza dengan apa yang berlaku pada masa yang lalu. Pencapaian silam membuktikan
terdapat roh integrasi yang perlu diteladani disamping sikap kreatif dan reflektif yang tinggi
supaya sains dan the signs of the creator dapat didekati secara fikir dan bijaksanaan.
Kehebatan ilmu-ilmu sains ini berkembang ke Barat dan banyak kitab utama hasil karya
ilmuwan Islam diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan Ibrani. Sejarah membuktikan Barat
terhutang ilmu dengan tamadun Islam dan kebangkitan Barat dalam ilmu pengetahuan dan
kemajuan

tamadunnya

adalah

kesan

daripada

kebangkitan

Baghdad

dan

19 | 28

MPU3123: TAMADUN BARAT TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

Andalusia.Penjajahan yang berlaku lebih 400 tahun di negara-negara umat Islam


menyebabkan fahaman sekular bertapak dan berkembang. Sejak itu sumber ilmu dan corak
pendidikan menjadi dualistik. Dominasi ilmu fardu kifayah memberikan acuan dasar-dasar
pembangunan sistem pendidikan negara hingga akhirnya menghasilkan anak didik yang
bercitarasa Barat yang memandang remeh terhadap tradisi dan agamanya. Jika diibaratkan
sebatang pokok yang akar tunjangnya dan akar-akar lain ialah rasionalisme, saintisme,
humanisme, utilitarianisme, pragmatisme dan lain-lain maka nescaya akan menghasilkan
cabang dan ranting, bunga dan buah yang sifatnya sekular. Darinya mencambahkan ilmuilmu sains tulen yang terputus dengan akidah, nilai dan sains kemanusiaan yang tercabut dari
pandangan alam yang berasaskan nilai-nilai agama.
Ilmu sebegini mempengaruhi pemikiran pelajar dan dalam masa yang sama tradisi ilmu
dalam Islam menjurus kepada pengukuhan ilmu fardu ain dan ilmu fardu kifayah pula
diteroka oleh anak didik yang bercita rasa Barat. Situasi ini menyebabkan dasar-dasar utama
negara dalam bidang pengilmuan, pendidikan dan bidang-bidang lain menjadi sekular.
Kesannya lahirlah konflik yang berpanjangan dalam kalangan kelompok tradisi dengan
kelompok moden yang terpancar dalam gelanggang politik, pendidikan, kebudayaan dan
juga sosial. Jelas sekali, dapat disimpulkan disini bahawa, pengaruh tamadun barat telah
meninggalkan kesan negatif terhadap sistem pendidikan di negara kita dari segi pecah sains
dan teknologi daripada agama, yang mana ini jelas dapat dilihat bertentangan dengan
epistimologi islam itu sendiri.

Selain itu juga, penyebaran fahaman sekular turut memberikan kesan buruk terhadap
sistem pendidikan negara. Fahaman sekular membawa maksud kekinian atau kontemporari
yang dirujuk dari bahasa Latin sebagai saeculum. Fahaman kekinian ini menolak faktor20 | 28

MPU3123: TAMADUN BARAT TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

faktor kesilaman yang merujuk kepada agama, falsafah dan tamadun yang berasaskan nilai
dan etika. Ilmu-ilmu moden yang bersifat ilmu-ilmu kemanusiaan sama ada sosiologi,
antropologi, psikologi mahupun ekonomi dan pengurusan mengambil faktor empiris sebagai
landasan perkembangannya. Manusia dan benda dilihat sebagai alat. Ia tidak dilihat sebagai
suatu proses penciptaan dan pengembangannya berlaku secara kebetulan (by accident) dan
tertakluk kepada pengaruh persekitaran dan juga fenomena. Sebarang faktor agama untuk
dijadikan hujah empiris tertolak kerana dianggap sebagai dogma iaitu tidak mempunyai asas
pembuktian secara saintifik. Konsep dan pendekatan saintifik masih berlegar sekitar bendabenda wujud dan maujud tetapi tidak ada asas-asas yang dikatakan wujud dalam ghaibiyyat
(hal-hal yang tak dapat di sangkal oleh pancaindera). Dalam dua abad yang silam, Eropah dan
seluruh dunia Barat telah mencapai kemajuan yang cemerlang dalam bidang kebendaan dan
pemikiran sementara dunia orang Islam ketinggalan di belakang. Untuk menjamin supaya
semua orang Timur terutama sekali orang Islam terus terbelenggu pemikirannya kepada
Barat, satu penaklukan budaya yang meluas telah direncanakan dan dilaksanakan. Kaedah
yang paling berkesan ialah melalui pembaratan sistem pendidikan. Penggunaan teknologi
Barat telah mempercepat proses penaklukan pemikiran melalui penyebaran suatu idea
bahawa kemajuan kebendaan boleh dicapai hanya dengan membebaskan pemikiran manusia
daripada unsur keagamaan. Berdasarkan kepada pengalaman pahit mereka dalam menghadapi
cengkaman pemikiran gereja Kristian yang tidak rasional selama beratus tahun, para pemikir
Barat telah mengembangkan idea sekularisme sebagai strategi dasar dalam semua bidang
pembangunan kehidupan manusia. Bidang ilmu dan pendidikan juga turut dibangunkan atas
dasar sekularisme yang dibantu oleh fahaman rasionalisme, empirisme dan pragmatisme.
Mengikut fahaman sekular, tujuan mencari dan mempelajari ilmu bukanlah untuk menjadi
hamba Allah yang salih atau khalifah Allah yang berperanan mengejar hasanah di dunia
dan hasanah di akhirat, tetapi bermatlamat sama ada ilmu untuk ilmu atau ilmu
21 | 28

MPU3123: TAMADUN BARAT TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

untuk dimanfaatkan. Konsep ilmu untuk ilmu memberikan rasa ingin tahu manusia yang
tak terbatas. Ia terus mencari dan mengumpul ilmu. Manakala konsep ilmu
untuk dimanfaatkan membawa kepada pemenuhan dorongan asasi dalam diri manusia, iaitu
keinginan untuk menggunakan ilmunya untuk memenuhi kepentingan dirinya yang bersifat
kebendaan. Dengan itu wujudlah pihak-pihak yang mencari, mengumpul dan memperluaskan
bidang ilmu pengetahuan secara berterusan dan pihak yang tidak henti-henti berusaha untuk
memperbaiki taraf hidup kebendaan tanpa mempedulikan unsur-unsur kerohanian dan nilai
akhlak. Sebagai contoh Teori Evolusi yang dikemukakan oleh ilmu kaji hayat pada abad ke
sembilan belas telah didapati berperanan dalam tamadun oleh para pemikir Barat. Tetapi
berlaku kekeliruan apabila Teori Evolusi ini digunakan kepada sifat manusia dan kepada
fenomena sosial, lalu dibuatlah kesimpulan bahawa manusia dan masyarakatnya sedang
mengalami evolusi ke arah kesempurnaan. Dengan ini telah lahir beberapa aliran moden
dalam ilmu sejarah, politik, ekonomi, sosiologi dan antropologi sosial di barat. Faktor yang
tidak berubah (immutable) dalam diri manusia, iaitu rohnya telah diabaikan oleh aliran-aliran
itu. Mereka lupa bahawa roh manusia sentiasa mencari sesuatu yang bersifat berkekalan. Ia
selalu berhadapan dengan pilihan antara benar dan salah, kebenaran dan kepalsuan, keadilan
dan kezaliman. Dengan adanya ukuran yang tidak berubah itu, pemikiran Muslim dapat
menentukan apakah manusia dapat dikatakan telah menjadi manusia yang lebih baik
(daripada nenek moyangnya) dengan adanya alat-alat ketamadunan yang lebih baik melalui
pencapaian ilmu pengetahuan yang saintifik. Ia dapat menentukan sama ada seorang pemikir
moden seperti Bertrand Russell misalnya adalah lebih baik daripada seorang Yunani kuno
seperti Socrates kerana ia telah menggunakan ilmu pengetahuan, alat-alat serta kemudahankemudahan moden. Apa yang berlaku ialah ilmu pengetahuan moden Barat yang kita perolehi
daripada ilmu-ilmu tabii (natural sciences), ilmu-ilmu terapan (applied sciences) dan ilmuilmu kemasyarakatan (social sciences) telah mengabaikan faktor kerohanian dalam diri
22 | 28

MPU3123: TAMADUN BARAT TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

manusia dan wahyu Allah. Ia hanya terhad kepada apa yang dikenali sebagai bidang empiris
dan sekular kerana mazhab-mazhab pemikiran di Barat telah mengasingkan yang sekular
(profane) daripada yang bersifat ketuhanan (sacred). Justeru itu, ilmu pengetahuan saintifik
hari ini gagal melihat hubungan yang saling berkaitan yang memadukan kedua-dua bidang
tersebut. Natijahnya, ia hanya mampu memberikan kita teknik yang berkesan untuk
menganalisis perkara-perkara lahiriah sahaja dan gagal melahirkan suatu teknik yang
mengintegrasikan roh dengan jasad, yang mutlak dengan yang berubah, yang fana
(Sementara) dengan yang abadi, unsur keduniaan dengan unsur keagamaan. Ketiadaan haluan
dan konflik mental yang melanda masyarakat moden terutama dalam sistem pendidkan hari
ini adalah akibat dari pengembangan ilmu yang menafikan kewujudan dan kekuasaan Allah
yang hanya dapat dipelajari melalui wahyu Ilahi. Sistem pendidikan yang diimport dari Barat
oleh negara-negara orang Islam untuk membangunkan negeri mereka sedang menuju kepada
memenuhi tuntutan dan keperluan kebendaan semata-mata. Ia memberikan kepada orangorang Islam ilmu pengetahuan yang dapat membantu mereka untuk mencapai kemajuan
fizikal dan teknologi. Sekiranya ilmuwan-ilmuwan Islam dari jurusan ilmu al-Din dan ilmu
Dunia tidak bergabung untuk menciptakan aliran-aliran ilmu masyarakat dan kemanusiaan
mereka sendiri dan bangkit untuk mencabar usaha-usaha membuat hipotesis oleh para sarjana
sekularis yang mengabaikan operasi Iradah ketuhanan, maka masyarakat orang Islam akan
terus mengalami pola-pola pembangunan yang pincang dengan segala konsekuensinya dalam
bidang sosial, ekonomi, budaya dan politik.
Secara amnya, tidak terdapat sistem pendidikan kebangsaan di Tanah
Melayu semasa penjajahan British. Dasar British yang kurang memberi
perhatian kepada bidang pendidikan telah mewujudkan sistem pendidikan
vernakular. Sistem Pendidikan Vernakular bermaksud sistem pendidikan
yang

berasaskan

bahasa

ibunda

masing-masing

sebagai

bahasa
23 | 28

MPU3123: TAMADUN BARAT TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

pengantar. Pendidikan Vernakular gagal memupuk perpaduan kaum di


Tanah Melayu kerana mereka terpisah diantara satu sama lain. Empat
aliran sekolah yang berbeza telah wujud semasa penjajahan British iaitu
Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris.
Sistem pendidikan berbentuk vernakular dihasilkan dengan mengekalkan
setiap kaum dengan identiti bahasa dan negara asal mereka. Sejarah
membuktikan perkembangan untuk orang Melayu disekat dan dibantutkan
oleh strategi kolonial British bagi mengelakkan pembentukan kesedaran
kebangsaan. Perkembangan yang berlaku menyebabkan British terpaksa
menyediakan sistem pendidikan berbeza kepada tiga kaum tersebut.
Penyediaan

pendidikan

bukanlah

untuk

membentuk

masyarakat

enlightened tetapi bagi mengesahkan alasan alasan kehadiran British ke


Timur

adalah

untuk

mentamadunkan

masyarakatnya.

Oleh

yang

demikian., British telah mewujudkan satu system pendidikan yang


berbentuk vernacular bagi merealisasikan impian mereka.
Tujuan

utama

pendidikan

dan

adalah

unutuk

tamadun

membantutkan

orang

Melayu.

Ia

dasar
juga

perkembangan
dilakukan

bagi

memudahkan pengaliran keluar segala hasil kekayaan negeri negeri


Melayu ke Britain tanpa melaui proses audit atau soal jawab daripada
pemilik asal yang merujuk kepada orang Melayu. Sekatan pendidikan
turut dikenakan terhadap orang India yang menetap di ladang ladang
bagi mengekalkan status quo mereka sebagai anak ladang. Orang India
yang tinggal di bandar bandar seperti Pulau Pinang dan Melaka, seperti
juga orang Melayu telah di beri peluang untuk memasuki sekolah Inggeris.
24 | 28

MPU3123: TAMADUN BARAT TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

Keadaan ini telah mendirikan dua buah sekolah yang gah di bawah
pimpinan pendidikan colonial British iaitu Penang Free School dan Malacca
Free School bagi melahirkan segelintir loyal servant kepada
pemerintah British. Orang Cina pula mempunyai sistem pendidikan
tersendiri yang dibiayai oleh pedagang pedagang dan pelombong Cina.
Ternyata orang Cina mempunyai system pendidikan yang jauh lebih maju
daripada pendidikan orang Melayu dan India.
Isu pendidikan vernakular perlu difahami kerana melalui pendidikan inilah
terbentuknya polarisasi kaum. Polarisasi ini pula terus menerus
menyalurkan British dengan sumber manusia tanpa sebarang tentangan
dan kesulitan dalam kerangka pengkhususan kerja masing masing. Jika
diteliti, pendidikan vernakular pra-merdeka ini jugalah yang menjadi asas
kepada pembentukan sstem pendidikan moden di negara kita sehingga
kini. Walau bagaimanapun, terdapat kesan negatifnya, iaitu menyebabkan
orientasi terhadap negara ibunda masing-masing. Sekolah yang memberi
kebebasan wujudnya sekolah-sekolah Cina dan India, telah menyebabkan
masyarakat negara ini tidak menuju kepada perpaduan kaum, dan ini
disedari bercangah dengan kepentingan terhadap perpaduan

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, tamadun barat banyak menyumbang dalam sistem pendidikan negara
kita.Sebagai contoh,perkembangan tulisan rumi bahasa melayu daripada tulisan jawi bahasa
melayu telah pesat sejak sebelum merdeka lagi.Selain itu, sekolah jenis vernakular banyak
seperti cendawan tumbuh selepas hujan di tanah melayu.Tamadun barat jugak telah
menyumbang dalam segi falsafahnya yang sesuai yang telah diterapkan dalam falsafah
25 | 28

MPU3123: TAMADUN BARAT TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

pendidikan

kebangsaan

seperti

essensialisme,

parennialisme,

progressivisme

dan

eksistensialisme.Namun begitu, tamadun ini juga banyak memberi kesan negatif pada sistem
pendidikan negara.Sekolah jenis vernakular ini telah mewujudkan jurang perpaduan antara
kaum kerana sekolah ini mengasingkan kaum mengikut sekolah serta menggunakan bahasa
ibunda sendiri.Tambahan pula tamadun barat juga telah mengasingkan antara sains dan
agama serta menyebarkan fahaman sekular.Tuntasnya, sistem pendidikan negara seharusnya
mengkaji strategi yang bagus dan melaksanakannya sebaik mungkin bagi mengukuhkan
institusi pendidikan negara.

RUJUKAN

Abdul Rahman dan Zakaria Kasa (1986). Falsafah dan Konsep Pendidikan: edisi ketiga.
Serdang: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd
AnnickM.Brennen(1999).PhilosophyofEducation.ExtensionCenterSchoolofEducation
NorthernCaribbeanUniversity

AziziJaafar(2009).AliranAliranFalsafahPendidikan,diambilpada7September,2010,
fromhttp://abuakhyar1.blogspot.com/

26 | 28

MPU3123: TAMADUN BARAT TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

27 | 28

Anda mungkin juga menyukai