Anda di halaman 1dari 5
PERUTUSAN TAHUN BARU SEMPENA SESI PERSEKOLAHAN 2016 PENGARAH PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU. Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala kerana dengan limpah kurnia-Nya kita masih dipanjangkan usia dan diberikan kekuatan untuk memulakan sesi persekolahan 2016 serta bersedia memikul amanah yang dipertanggungjawabkan. Dalam menyusuri ambang 2016, saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan selamat tahun baru, semoga kedatangan tahun ini membawa sinar yang lebih baik jika dibandingkan dengan tahun lepas. Marilah kita sama-sama membina azam dan menyemai tekad untuk berusaha dengan lebih gigih dan meningkatkan prestasi dengan kualiti yang lebih cemerlang. Seperti warga pendidikan Terengganu ketahui bahawa tahun 2016 merupakan tahun pertama kita berada dalam gelombang kedua Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) setelah kita berupaya menterjemahkan pelaksanaan gelombang pertama dengan jayanya. Gelombang kedua ini, memerlukan kita lebih meningkatkan kesanggupan, kesungguhan dan kesiap siaga kita dengan lebih pantas dan tepat bagi mendepani cabaran-cabaran dan tuntutan pendidikan abad ke-21. Seharusnya warga pendidikan Terengganu tidak terkeluar daripada kerangka PPPM tersebut. Selain itu, sebagai rakyat Terengganu kita hendaklah menghayati dasar transformasi kerajaan negeri iaitu Transformasi Terengganu Baharu (TTB) terutama prinsip yang ke-8 iaitu memperkasakan pendidikan. Prinsip ke-8 ini selari dengan gagasan pemikiran Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu iaitu Memperkasakan Transformasi Pendidikan (MTP). MTP. merupakan slogan yang merangkumi visi PPPM dan TTB yang memberikan fokus berkaitan. i Pembelajaran dan pengajaran yang berkualiti, mempunyai ciri-ciri Pembelajaran dan Pengajaran abad ke- 21 dan menepati standard 4 dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM). Kemenjadian murid yang holistik dan berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dengan menyerapi kemenjadian akhlak, sahsiah, disiplin, adab serta membugarkan potensi diri dari segi bakat dan kemahiran tanpa mengabaikan agama dan moral. Model guru yang mempunyai ciri-ciri guru abad ke-21 yang berketerampilan, berkemahiran, mempunyai sikap dan akhlak yang terpuji, personaliti, intra personal dan interpersonal yang menarik dan kasih sayang yang melimpah ruah dalam hubungan guru murid. Sekolah adalah tempat yang kondusif, menarik, ceria, bersih, selamat, | menyeronokkan dan meninggalkan nostalgia kepada semua warga pendidikan dan komuniti terutamanya sepanjang murid bersekolah di situ. Kepimpinan sekolah merupakan mereka yang menterjemahkan visi dan misi yang jelas, berketerampilan dan mempunyai limpah kasih sayang, ilmu pengetahuan dan hubungan pelbagai hala dengan stake holder serta sentiasa mengutamakan kejayaan sebagai role model. Teras kejayaan jabatan adalah komitmen dan pengurusan yang efisyen. Pencapaian serta kejayaan yang telah diperoleh tidak mungkin direalisasikan tanpa usaha padu semua pihak yang tidak mengenal erti jemu dan penat lelah. Penghargaan dan terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada kerajaan negeri Terengganu yang begitu komited dan sentiasa menyokong pelaksanaan program dan aktiviti pendidikan. Fokus utama kita pada tahun 2016 adalah meningkatkan usaha dan merentas halangan serta cabaran dengan membuat perancangan yang rapi, kebertanggungjawaban yang tinggi, kreatif dan inovatif. Saya mengharapkan dan berdoa kepada Allah S.W.T. agar segala perancangan dan pelaksanaan dapat direalisasikan. Setiap kejayaan yang dicapai perlu diteruskan dan ditambah baik, kelemahan perlu dibaiki dan kegagalan perlu dikenal pasti punca dan dicari jalan penyelesaian. Akhir kata, saya mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2016 kepada semua warga pendidikan negeri Terengganu. Harapan dan doa saya , semoga tahun 2016 dapat mengukir kejayaan yang lebih cemerlang serta mencapai matlamat, Selamat menjalankan tugas dan selamat maju jaya. Sekian, Wassalam dan terima kasih. HAJI SHAFRUDDIN BIN HAJI ALI HUSSIN, P..C., P.J.K Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu