Anda di halaman 1dari 67

KANDUNGAN

BIL

PERKARA

MUKA SURAT

Pengenalan

Latar Belakang

Novel
3

Destinasi Impian

Sejambak Bakti

12

Formula Termodinamik

24

Pelari Muda

33

Cerpen
7

Hadiah

43

Kuih Bakul Limau Mandarin

45

Oren

47

Drama
10

Hadiah

49

Puisi Moden
11

Aku

52

12

Kita Umpama Sehelai Daun

54

13

Kuingin Berterima Kasih

56

14

Kunci Bahasa

58

Puisi Tradisional
15

Pantun Dua Kerat

61

16

Syair Pohon Buluh

63

Prosa Tradisional
17

Asal Padi

66

Pengenalan
Komponen Sastera dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (KOMSAS) dilaksanakan
selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk mempertingkat
daya mengekspresi dan kemahiran berbahasa ke tahap yang tinggi dalam kalangan
murid sehingga dapat menggunakan bahasa kiasan dan bahasa perbandingan. Pada
akhir pembelajaran sekolah menengah, murid diharapkan dapat:

memupuk minat membaca;

memperkukuh kemahiran berbahasa iaitu mendengar dan bertutur, membaca


dan menulis;

mengenali dan menghayati karya sastera;

memahami budaya;

menghasilkan karya sastera yang kreatif;

mengenal penulis; serta

mengurus emosi sendiri, mewujudkan empati dan mampu mengendalikan


hubungan baik dengan orang lain.

Dilaksanakan secara berperingkat, KOMSAS pertama kali dijalankan pada tahun 2000
bagi murid Tingkatan 1 dan 4, tahun 2001 bagi murid Tingkatan 2 dan 5 dan pada tahun
2002 bagi murid Tingkatan 3. Pada tahun 2010 teks KOMSAS ditukar kepada yang
baharu secara berperingkat bermula dengan Tingkatan 1 dan 4. Kini, teks KOMSAS
sekali lagi ditukar buat kali ke-3 bermula dengan Tingkatan 1 dan 4 pada tahun 2015,
Tingkatan 2 dan 5 pada tahun 2016 dan Tingkatan 3 pada tahun 2017.
Pertukaran teks ini dilakukan sejajar dengan perubahan zaman dan sebagai persediaan
kepada murid untuk menghadapi cabaran abad ke-21. Murid diharapkan dapat
memanfaatkan karya sastera dalam menjana pemikiran aras tinggi bagi penyelesaian
masalah, serta membentuk jati diri dan mengamalkan nilai murni termasuk perpaduan
dan patriotisme bagi memenuhi keperluan diri dalam urusan harian, perhubungan
sosial, pendidikan dan kerjaya.

Dua genre yang terdiri daripada novel dan antologi yang mengandungi kompilasi
cerpen, drama, prosa tradisional, puisi moden dan puisi tradisional telah diperkenalkan.
Dengan peruntukan dua waktu seminggu daripada enam waktu Bahasa Melayu sekolah
menengah, KOMSAS wajib dipelajari oleh semua murid dan turut diuji dalam
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah


(KSSM), karya dalam teks KOMSAS dijadikan bahan pengajaran dan pembelajaran
(PdP) untuk mencapai

bidang estetik iaitu bidang yang memberikan fokus kepada

keupayaan murid untuk memahami, menguasai dan menghasilkan penulisan kreatif


serta bukan kreatif. Melalui bacaan karya-karya ini, murid akan:

memahami dan memberikan respons peribadi tentang karya sastera;

mengulas karya sastera dari aspek watak dan perwatakan, latar, plot, gaya
bahasa dan sudut pandangan;

menguasai laras bahasa dan gaya bahasa dalam karya penulisan kreatif dan
bukan kreatif; serta

menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif.

Namun demikian, KOMSAS boleh dijadikan bahan PdP dalam bidang interpersonal
(keupayaan murid berinteraksi, memberikan pendapat, berunding serta membuat
pertimbangan) dan dalam bidang maklumat (keupayaan murid mendapat, memproses
dan menyampaikan maklumat). Tema karya KOMSAS yang pelbagai dalam bidang
sains, sosial, ekonomi dan politik sangat berkesan dijadikan bahan yang boleh diteroka
untuk menambahkan pengetahuan, menjana pemikiran aras tinggi, memupuk sikap
prihatin dan mengambil berat serta berfikiran terbuka. Melalui kebijaksanaan guru
merancang PdP berasaskan aktiviti, murid akan teransang untuk membaca
keseluruhan karya, seterusnya sedikit demi sedikit dapat memupuk budaya membaca
dan cinta akan karya sastera.

Latar Belakang
Komponen Sastera atau KOMSAS dalam mata pelajaran Bahasa Melayu telah
diperkenalkan pada tahun 1999. Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan
teks yang wajib dipelajari dan diuji dalam peperiksaan awam. Pelaksanaan KOMSAS di
sekolah dijalankan secara berperingkat mulai Mac, 2000 bagi murid tingkatan satu dan
empat, tahun 2001 bagi tingkatan dua dan lima, serta tahun 2002 bagi tingkatan lima.
Dengan terlaksananya dasar ini maka semua murid daripada tingkatan satu hingga
tingkatan lima telah mendapat pendedahan asas mengenai sastera Melayu. Mulai
2015, teks KOMSAS yang sedia ada telah ditukar kepada teks yang baharu bermula
dengan Tingkatan 1 dan 4, 2016 Tingkatan 2 dan 5, dan 2017 Tingkatan 3.
Teks yang dipilih bagi kesemua genre

merangkumi atau mencakupi pelbagai

tema. Antara tema yang dipilih adalah seperti patriotisme / sejarah, teknologi maklumat
dan komunikasi/sains dan teknologi, jati diri / kerohanian / moral, kemanusiaan /
keamanan sejagat, perpaduan / kemasyarakatan / kewarganegaraan, setiakawan /
persahabatan / kekeluargaan, alam sekitar / pembangunan, sukan / gaya hidup sihat/
kesihatan, budaya ilmu/ budaya saing, cinta dan kasih sayang, perniagaan dan
keusahawanan, dunia remaja, wawasan negara, kebebasan/ hak asasi, kesenian/ adat/
warisan, keselamatan selaras dengan perubahan pendidikan negara.

Pertimbangan juga melibatkan aspek-aspek intrinsik teks misalnya tema dan


persoalan,

plot, teknik penceritaan, watak dan perwatakan, latar (latar masa, latar

tempat dan latar masyarakat), nilai dan pengajaran, gaya bahasa dan sudut pandangan
dalam teks serta boleh dianalisis oleh guru dan murid. Pertimbangan turut mengambil
kira aras kesukaran untuk setiap teks agar murid yang mempelajari KOMSAS boleh
mengikuti pengajaran guru dengan berkesan.

Enam waktu seminggu telah diperuntukkan kepada murid bagi mengikuti mata
pelajaran Bahasa Malaysia dengan nisbah empat waktu untuk Bahasa Melayu dan dua
waktu untuk KOMSAS. Berdasarkan Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Bahasa
Melayu (KBSM) semakan 2002 yang telah diterbitkan oleh Bahagian Pembangunan
4

Kurikulum (BPK), Kementerian Pelajaran Malaysia, KOMSAS tergolong dalam bidang


estetik. Bidang ini memberikan fokus pada keupayaan murid untuk menguasai aspek
kebahasaan, keindahan dan kehalusan bahasa. Selain itu, ia juga menekankan kepada
penghayatan penghasilan dan persembahan sesebuah teks yang dikaji itu.

Objektif
Hasrat memasukkan komponen sastera (KOMSAS) dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu adalah untuk membolehkan murid:

Meningkatkan dan mengukuhkan minat membaca pelbagai genre sastera iaitu


novel, cerpen, drama, prosa tradisional, puisi moden (sajak), dan puisi tradisional

Mengenal, menghayati dan menghargai karya sastera bagi mengukuhkan


kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis

Mengenal dan menggunakan istilah sastera, iaitu tema dan persoalan, watak dan
perwatakan, gaya bahasa, latar, plot, sudut pandangan, nilai dan pengajaran

Mengenal pengarang berdasarkan karya yang telah diperakui seperti pengarang


Sasterawan Negara dan penulis terkenal

Menghayati nilai murni dan pengajaran daripada karya sastera yang dibaca

Menghasilkan karya sastera yang kreatif seperti menghasilkan novel, cerpen,


sajak dan drama yang bermutu tinggi dan boleh dibanggakan

Oleh itu pendedahan komponen sastera bertujuan membolehkan murid menikmati


dan mengapresiasi karya sastera, mengetahui ilmu sastera secara ringkas, mengenal
penulis dan sejarah perkembangan tanah air berdasarkan karya yang dibaca serta
mengukuhkan kemahiran berbahasa murid. Melalui pembacaan karya-karya ini, secara
tidak langsung murid dapat memupuk tabiat minat membaca.

NOVEL

Destinasi Impian
(Mohd Ismail Sarbini)
Sinopsis Keseluruhan Novel
Cerita ini bermula dengan situasi perjalanan mengayuh basikal oleh Johari,
Firdaus dan Azlina. Perjalanan mereka dari Kampung Bukit Kapar ke Pantai Morib Baru
adalah untuk menyahut cabaran datuk. Jarak perjalanan mereka sejauh 50 kilometer.
Firdaus sentiasa merungut sepanjang perjalanan kerana destinasi mereka sangat jauh
dan dia berasa letih. Johari dan Azlina memberikan dorongan semangat dan pelbagai
nasihat agar perjalanan mereka diteruskan. Tujuan Johari mengajak Firdaus dan Azlina
adalah untuk mengajar mereka supaya mereka menjadi lasak, berdikari dan berani.
Firdaus berasa bangga kerana berjaya mengayuh basikal hingga Pantai Morib Baru.
Kawan-kawan Firdaus berasa bangga atas kemampuan dan kejayaan Firdaus
mengayuh basikal. Akhirnya, Firdaus insaf dan sedar serta tidak bersikap angkuh.

Sinopsis Bab demi Bab


Bab 1
Johari, Firdaus dan Azlina mengayuh basikal dari Kampung Bukit Kapar ke
Pantai Morib Baru kerana menyahut cabaran datuk. Jarak perjalanan tersebut sejauh
50 kilometer. Firdaus sentiasa merungut sepanjang perjalanan kerana destinasinya
jauh dan berasa letih. Johari dan Azlina memberi dorongan semangat dan pelbagai
nasihat agar perjalanan mereka diteruskan. Tanpa kerelaan diri, Firdaus terpaksa
meneruskan perjalanan tersebut.

Bab 2
Firdaus terus merungut dan berasa menyesal sepanjang perjalanan. Beliau
berasa letih kerana lama mengayuh basikal. Kepanasan cahaya matahari yang begitu
lama menambahkan lagi keletihan Firdaus.

Firdaus menyatakan kekesalan kerana

menyertai Johari dan Azlina dan menganggap perjalanan sebagai perjalanan gila.
7

Bab 3
Azlina adik kepada Firdaus sangat berani dan tabah. Walaupun sebagai seorang
perempuan, dia mempunyai semangat dan daya juang yang tinggi. Meskipun berasa
letih, Azlina tetap ingin meneruskan perjalanan kerana mengikut sepupunya Abang
Johari. Johari sentiasa memberi nasihat dan dorangan kepada Azlina sebagai
pembakar semangat untuk meneruskan perjalanan.

Bab 4
Johari mempunyai hasrat tersirat sebab Firdaus dan Azlina perlu menyertai
perjalanan berbasikal. Tujuan Johari agar dapat mengajar Firdaus dan Azlina supaya
tabah dan kuat menghadapi cabaran. Selain itu, Johari mengharap agar Firdaus dan
Azlina menjadi seorang yang lasak, berdikari dan berani.

Bab 5
Firdaus berdendam terhadap adiknya, Azlina. Johari yang memainkan peranan
untuk mengubah sikap Firdaus. Johari berjanji

pada dirinya untuk menghentikan

perasaan api dendam dan benci akan Firdaus terhadap adiknya, Azlina. Johari tidak
menduga bagaimana Firdaus boleh mendendami adiknya sendiri, Azlina.

Bab 6
Firdaus mula berasa bangga kerana perjalanan mengayuh basikal telah berakhir
kerana berjaya sampai ke destinasi Pantai Morib Baru. Firdaus tidak terduga kerana
dapat berkayuh basikal sejauh 50 kilometer. Firdaus berasa bangga atas kejayaannya
sampai ke Pantai Morib Baru. Firdaus gembira kerana ketibaannya telah disambut oleh
kawan-kawannya Sazali, Mokhsin, Salim dan Mazlinda. Kawan-kawan Firdaus berasa
bangga atas kemampuan dan kejayaan Firdaus mengayuh basikal.

Bab 7
Firdaus sampai di Pantai Morib Baru dan bergembira dengan kawan-kawannya.
Johari dan Azlina sengaja membicarakan tindakan Firdaus menghabiskan masa
8

bersama dengan rakan-rakan. Johari dan Azlina turut gembira dan bangga kerana
Firdaus akhirnya berjaya sampai ke destinasi perjalanan, Pantai Morib Baru.

Bab 8
Azlina berbual-bual dengan Kasmadiana tentang perjalanan berbasikal di pantai.
Kasmadiana memuji ketabahan dan kemampuan Azlina berbasikal sejauh 50 kilometer.
Azlina memberitahunya bahawa dia mengikuti Abang Johari dan menyahut cabaran
datuknya. Kasmadiana memberitahu bahawa abangnya Karman bersama Johari dan
Tamrin merancang hendak mengelilingi Malaysia dengan berbasikal. Semasa
perbualan, mereka didatangi oleh Sazali dan Moksin bertanya sama ada benar
kenyataan yang diberikan oleh Firdaus bahawa dia sampai dahulu ke Pantai Morib.
Azlina menafikan dan mengatakan bahawa mereka berdua telah ditipu.

Bab 9
Firdaus bermimpi semasa tidur dalam khemah. Dalam mimpi itu, Firdaus banyak
mendapat pujian daripada Mazlinda. Selain itu, dia merasa bertuah kerana dapat
berjumpa dengan kawan pujaannya Mazlinda. Moksin dan Sazali telah mengetahui
kisah sebenar dan cuba mendapat kepastian daripada Firdaus. Firdaus cuba menafikan
tetapi setelah dipaksa, akhirnya dia mengaku bahawa dia telah berbohong. Dalam
mimpi itu, Firdaus telah lemas dan menjerit meminta tolong sehingga terjaga. Firdaus
menerima sindiran tajam daripada Mazlinda, Johari dan Azlina. Mulai saat itu, Firdaus
telah sedar dan insaf.

Bab 10
Johari membawa berita tentang Firdaus yang ingin pulang sendiri. Azlina terkejut
dengan tindakan abangnya dan merasa bimbang. Johari cuba menenangkan Azlina
dan memberi penjelasan bahawa Firdaus mampu, yakin dan boleh berdikari selepas
pengalaman yang dilalui.

Bab 11
Firdaus membuat keputusan untuk pulang sendiri. Dia mengetahui Johari dan
Azlina telah pulang dahulu. Kesempatan itu digunakan oleh Firdaus dan rakanrakannya untuk mandi manda di pantai. Semasa mandi, Firdaus betul-betul lemas
kerana cuba menyelamatkan

Mazlinda yang pura-pura lemas. Firdaus telah

diselamatkan oleh Mazlinda kerana dia sebenarnya pandai berenang. Peristiwa itu telah
menyedarkan dan menginsafkan Firdaus agar tidak bercakap bohong dan bersikap
angkuh lagi.

Tema
Novel ini membawa tema masalah dan konflik seorang remaja yang menghadapi
cabaran dalam hidup. Firdaus seorang individu yang berada dalam keadaan dicabar
dan mencabar. Bukan mudah untuk menghadapi cabaran dan bukan semua orang suka
dicabar. Firdaus seorang anak muda yang dicabar oleh orang yang akrab dalam
keluarga

Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini, antaranya:
i. Persoalan jiwa remaja yang mudah memberontak
Contoh: Firdaus seorang anak muda yang cepat mengalah dan tidak tahan
menerima cabaran. Akibatnya dia selalu sahaja merungut dan memberontak apabila
mengalami kesusahan.

ii. Persoalan keprihatinan dan kemurahan hati terhadap insan lain


Contoh: Johari sentiasa membantu sepupunya apabila ditimpa kemalangan. Beliau
cepat-cepat datang memberi bantuan kepada Firdaus dan Azlina ketika jatuh dari
basikal.

10

iii. Persoalan keberanian mengharungi rintangan


Contoh: Azlina seorang perempuan berumur 16 tahun, pelajar tingkatan 4 sanggup
menerima cabaran untuk mengayuh basikal sejauh 50 kilometer. Sebagai seorang
pelajar, dia mempunyai daya juang yang tinggi dan penyabar.

iv. Persoalan keinsafan setelah sedar dari kesilapan


Contoh: Firdaus akhirnya menyesal apabila sedar dari melakukan kesilapan. Beliau
seorang yang panas baran, pembohong dan bersifat angkuh. Selepas peristiwa
lemas di pantai, dia mula sedar dan insaf dari kesalahannya.

v. Persoalan usaha dan kerjasama menghasilkan kejayaan


Contoh: Johari, Firdaus dan Azlina berjaya mengayuh basikal dan sampai ke
destinasi Pantai Morib Baru. Mereka berjaya kerana usaha yang gigih dan
bekerjasama semasa dalam perjalanan.

11

Sejambak Bakti
(Rejab F.I)
Sinopsis Keseluruhan

Permulaan cerita menggambarkan keadaan fizikal Sekolah Menengah Seri


Kayangan yang disimbah cahaya matahari pagi yang segar dan nyaman. Empat buah
bangunan yang bercat kuning tersergam indah di dalam kawasan yang dihiasi dengan
beraneka jenis pokok bunga. Sebuah bangunan satu tingkat terletak berhampiran
dengan padang merupakan Kedai Koperasi Sekolah Menengah Seri Kayangan. Tuan
pengetua, Cikgu Syamsudin selaku pengerusi koperasi memaklumkan tujuan
penubuhan koperasi yang tercatat dalam Undang-undang Kecil Koperasi. Cikgu Zulkifli
selaku setiausaha mengemukakan usul. Yang pertama ialah melatih ahli-ahli koperasi
untuk memelihara dan menternak ayam telur untuk menambahkan hasil pendapatan
koperasi. Yang kedua ialah koperasi dicadangkan menjual makanan dan barangbarang keperluan untuk kemudahan ahi-ahli koperasi, guru dan kakitangan sekolah.
Yang ketiga ialah menubuhkan bilik bacaan. Tuan Pegawai Koperasi bersetuju dengan
usul yang dikemukakan. Koperasi Sekolah Menengah Seri Kayangan bersetuju untuk
menyertai pertandingan koperasi maju, berjaya dan baik pentadbirannya. Ahli Lembaga
Pengarah Koperasi dan guru-guru bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk
merealisasikan hasrat mereka. Sekolah Menengah Seri Kayangan mendapat tempat
pertama dalam pertandingan. Guru-guru dan pelajar berasa gembira.

Sinopsis Bab demi Bab


Bab 1
Sekolah Menengah Seri Kayangan mempunyai empat buah bangunan yang
bercat kuning. Sebuah bangunan satu tingkat terletak berhampiran dengan padang
merupakan Kedai Koperasi Sekolah Menengah Seri Kayangan. Pelbagai barang
kelengkapan sekolah ada dijual. Kedai koperasi itu dikendalikan oleh sebuah Lembaga
Pengarah dan ditubuhkan kira-kira lima tahun yang lalu. Semasa seorang pembantu
kedai tersebut bersama-sama tiga orang Ahli Lembaga Pengarah begitu sibuk melayani
pembeli-pembeli, terdapat seorang pelajar yang cuba mengambil sebatang pen dan
12

memasukkan ke dalam saku seluarnya. Hal ini disedari oleh Harun lalu menegur
perbuatan itu. Pelajar berasa malu lalu terus membayar harga pen sebelum keluar.
Tidak lama kemudian Encik Zulkifli datang dan memaklumkan Mesyuarat Lembaga
Pengarah akan diadakan. Ahli lembaga pengarah yang terdiri daripada Harun, Swee
Lan, dan Saridevi dan pembantu kedai koperasi iaitu Norlela dijemput hadir. Pegawai
daripada Jabatan Pembangunan Koperasi Negeri juga turut hadir.

Bab 2
Mesyuarat Lembaga Pengarah buat pertama kalinya diadakan di Bilik
Mesyuarat Sekolah Menengah Seri Kayangan. Tuan pengetua, Cikgu Syamsudin
selaku Pengerusi koperasi memaklumkan tujuan penubuhan koperasi yang tercatat
dalam Undang-undang Kecil Koperasi. Pertama, menerapkan budaya berjimat. Kedua,
koperasi menyediakan kemudahan menjual barang kepada murid sekolah. Ketiga,
koperasi juga membuat dan mengadakan alat kelengkapan persekolahan serta
menternak atau memelihara beberapa jenis binatang untuk kegunaan pelajaran ahliahli. Keempat, memberi sokongan kepada pengurusan sekolah bagi program yang
memberi manfaat kepada murid. Proram bermanfaat yang dijalankan mesti mendapat
persetujuan daripada Ketua Pendaftar. Pengetua menasihati guru dan pelajar supaya
menjalankan koperasi mengikut dasar kerajaan iaitu bersih, cekap dan amanah. Tidak
lama kemudian, Cikgu Zulkifli selaku setiasusaha mengemukakan usul, pertama
melatih ahli-ahli koperasi memelihara dan menternak ayam telur untuk menambahkan
hasil pendapatan koperasi. Kedua, selain menjual alat keperluan sekolah, dicadangkan
juga menjual makanan dan barang-barang keperluan untuk kemudahan ahli-ahli
koperasi, guru dan kakitangan sekolah. Ketiga, menubuhkan bilik bacaan. Usul tersebut
tidak ada bangkangan. Lantaran itu, pengerusi menjemput Tuan Pegawai Koperasi
untuk memberi pandangan. Tuan Pegawai Koperasi bersetuju dengan usul yang
dikemukakan dan berharap tidak ada penyelewengan berlaku. Namun begitu, terdapat
Ahli Lembaga Pengarah yang kurang berpuas hati.

13

Bab 3
Munir tidak berpuas hati Razali terpilih sebagai Penolong Setiausaha dan
berpakat dengan Silvam dan Leong supaya tidak bekerjasama dengan Razali. Mereka
masuk ke dalam kedai koperasi lantas mengganggu Razali yang pada ketika itu sedang
menyediakan minit mesyuarat. Munir bertambah sakit hati apabila dilihatnya Ramlah
membantu Razali. Ketiga-tiga sahabat itu melontar kata-kata sindiran yang tidak
disenangi oleh Razali dan Ramlah. Suasana agak tegang sebentar. Hal ini disedari oleh
Cikgu Robeah yang pada ketika itu sedang menghitung jumlah wang hasil jualan
koperasi. Cikgu Robeah menasihati Razali dan Ramlah

supaya menegakkan

kebenaran, jangan mempedulikan sindiran dan teruskan kerja-kerja yang baik. Razali
dan Ramlah mengangguk tanda mengerti.

Bab 4
Munir, Silvam dan Leong tidak menjalankan tanggungjawab mereka sebagai
jurujual koperasi pada hari itu. Tempat mereka diganti oleh Ramlah, Harun dan
Saridevi. Cikgu Zulkifli sangat kecewa dengan sikap pelajarnya dan akan menasihati
mereka kelak. Razali kemudiannya menghulurkan sehelai kertas yang tertulis senarai
barang yang perlu dibeli oleh Cikgu Zulkifli. Cikgu Zulkifli merungut kerana barang di
kedai lama sangat mahal. Tiba-tiba Swee Lan menyampuk, ayahnya akan menawarkan
barang-barang tersebut dengan harga yang murah. Cikgu Zulkifli kelihatan riang. Pada
petang itu Cikgu Zulkifli bersama-sama dengan Razali dan Ramlah ke Kedai Aik Hong
iaitu kedai kepunyaan ayah Swee Lan. Mereka dilayan baik oleh keluarga Swee Lan
malah mereka dihidangkan dengan minuman. Encik Aik Hong mengotakan janjinya
dengan menjual barang-barang yang diperlukan dengan harga yang murah. Dia juga
memberi nasihat supaya bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk maju. Selepas itu
Cikgu Zulkifli, Razali dan Ramlah menuju ke Kedai Buku Indera Store. Di Kedai Buku
Indera Store juga mereka disambut baik oleh Encik Aziz, tuan punya kedai. Mereka
membeli buku rujukan, buku bimbingan dan panduan termasuk juga buku teks sastera
tingkatan satu hingga lima. Novel dan majalah-majalah pengetahuan juga dibeli oleh
mereka untuk dipasarkan di kedai koperasi. Mereka mendapat potongan sebanyak dua
14

puluh peratus. Encik Aziz menasihati mereka supaya belajar berniaga betul-betul
kerana anak-anak bumiputera sangat kurang dalam dunia perniagaan.

Bab 5
Munir, Silvam dan Leong cuba mengajak Ramlah, Swee Lan dan Saridewi
menonton filem. Pelawaan mereka ditolak dengan baik oleh Ramlah kerana mereka
merancang untuk belajar di rumah Saridevi. Munir terus menuduh Ramlah hendak ke
rumah Razali malah menghina Razali dengan kata-kata yang tidak sepatutnya.
Keesokan harinya Munir, Silvam dan Leong masuk ke kedai koperasi mengganggu
Razali dan Ramlah yang sedang mengatur dan menyusun barang-barang di dalam
kedai. Kekecohan berlaku apabila Munir cuba memberi sepucuk surat kepada Ramlah
dan ditolak oleh Ramlah. Razali cuba menasihati Munir tetapi penghinaan yang
diterimanya. Cikgu Zulkifli tiba sejurus selepas peristiwa itu dan dapat mengesan
kekecohan yang berlaku. Beliau akan membuat tindakan. Cikgu Zukifli kemudian
memaklumkan Penolong Pengarah Pembangunan Koperasi akan melawat koperasi
mereka. Beliau mengajak Ramlah dan Razali membersihkan reban-reban ayam dan
mengemas bilik bacaan.

Bab 6
Guru-guru dan pelajar sekolah bergotong royong mengemas bilik bacaan dan
membersihkan reban-reban ayam, seperti biasa Munir menghilangkan diri. Ketiadaan
Munir disedari oleh Cikgu Zulkifli. Cikgu Zulkifli mencari Munir di padang sekolah dan
mendapati Munir sudah tidak bermain bola. Munir memberitahu gurunya itu dia dibuang
padang. Cikgu Zulkifli menasihati Munir supaya bermain dengan baik dan jangan
mengikut perasaan. Beliau juga menegur perlakuan Munir yang mengganggu Ramlah.
Munir memberi alasan bahawa dia hanya olok-olok sahaja untuk memberi surat kepada
Ramlah dan kandungan surat itu hanya memuji Ramlah kerana rajin menjalankan tugas
di koperasi. Walau bagaimanapun, Cikgu Zulkifli menegaskan perlakuan itu tidak baik
dan menasihati Munir supaya tidak mengulanginya lagi. Cikgu Zulkifli kemudiannya
mengajak Munir bergotong royong bersama-sama dengan pelajar lain.
15

Bab 7
Encik Mansur, Tuan Penolong Pengarah Pembangunan Koperasi Bahagian
Fungsi Sekolah-sekolah melawat koperasi Sekolah Menengah Seri Kayangan. Cikgu
Syamsudin membawa Encik Mansur melawat koperasi, kawasan ternakan ayam dan
bilik bacaan. Encik Mansur berpuas hati kerana buku-buku akaun dan penyata
perbelanjaan disediakan dengan baik. Kejayaan menternak ayam sehingga berjaya
memungut dua ratus biji telur ayam dan mendapat hasil sebanyak RM25.00 juga
menarik perhatian Encik Mansur. Begitu juga dengan kejayaan koperasi menyediakan
bilik bacaan disertai dengan pelbagai majalah dan akhbar dengan peruntukan kira-kira
RM30.00 sebulan. Dalam ucapannya sebelum pulang Encik Mansur berharap agar Ahli
Lembaga Pengarah Koperasi Sekolah Menengah Seri Kayangan terus menjalankan
usaha murni ini, demi kebaikan bersama-sama disamping pelajar tidak mengabaikan
pelajaran.

Bab 8
Cikgu Saiful mengajar mata pelajaran perdagangan dan menghabiskan
pengajarannya tentang prinsip akaun. Beliau mengatakan pelajaran prinsip akaun amat
berguna kepada Ahli Lembaga Pengarah Koperasi seperti Razali, Ramlah, Saridevi dan
Munir. Seperti biasa Munir tidak memberi perhatian malah mengganggu rakannya yang
lain. Perlakuan Munir disedari oleh Cikgu Saiful. Cikgu Saiful tidak membenarkan Munir
pulang ke rumah sehingga dia menyalin catatan di papan hitam. Munir meradang dan
duduk kembali meneruskan catatannya. Semua pelajar keluar dari kelas. Ramlah dan
rakan-rakannya bercadang untuk berbincang tentang pelajaran Penyata Wang Tunai di
rumah Razali. Razali bersetuju dengan cadangan Ramlah.

Bab 9
Pada petang itu, Ramlah, Saridevi dan Rozita muncul di halaman rumah Razali.
Mereka kemudian dibawa oleh Razali belajar di atas pondok kecil di atas permatang.
Pondok itu beratapkan rumbia dan tidak berdinding, cuma terdapat pelenggar untuk
tempat duduk. Mereka seronok belajar di situ sambil menjamah hidangan pisang
goreng dan air oleh Mak Sopiah, ibu Razali.
16

Bab 10
Munir disuruh berjumpa dengan Cikgu Muniam, guru kaunseling. Cikgu Muniam
menerima laporan daripada guru-guru Munir mengganggu pelajar lain dalam kelas, ada
juga yang mengadu Munir tidak membuat kerja sekolah. Pelajar-pelajar pula
melaporkan tindakan Munir yang mengganggu pelajar perempuan. Cikgu Zulkifli juga
mengadu yang Munir selalu tidak hadir bertugas di koperasi sekolah. Cikgu Muniam
bersama-sama dengan Cikgu Zulkifli menasihati Munir. Munir mengaku dan berjanji
tidak akan mengulanginya lagi.

Bab 11
Kemewahan yang dikecap oleh petani di Kampung Serdang ialah ekoran
daripada pembangunan yang berlaku. Ramai dalam kalangan mereka seolah-olah
tenggelam dalam kejutan budaya. Mereka seolah-olah terkejut dengan kemewahan
yang tiba-tiba mencurah ke daerah itu. Begitulah yang berlaku kepada Munir, Leong
dan Silvam menunggang motosikal masing-masing dengan penuh keangkuhan.
Desingan motosikal menyebabkan kerbau yang ditutun oleh petani terkejut. Kerbaukerbau itu lari lintang-pukang masuk ke dalam hutan sambil teracak ekornya. Petani itu
marah kepada mereka yang tidak bertimbang rasa itu. Pada suatu tempat yang
dijanjikan mereka berhenti. Mereka merancang untuk melakukan sesuatu kepada
Razali. Razali kemudiannya dibuli dan dipukul oleh kumpulan tersebut. Sejurus
kemudian, Ramlah, Rozita dan Saridevi melalui jalan tersebut untuk ke rumah masingmasing terserempak dengan Razali yang kelihatan berdarah di bibirnya. Setelah
mengetahui angkara Munir, Leong dan Silvam, mereka berasa marah dan bercadang
untuk melaporkan peristiwa itu kepada Cikgu Zulkifli. Razali menghalang mereka
daripada membuat laporan kerana hal itu akan membawa implikasi negatif.

Bab 12
Ketika Razali sampai di rumah, Mak Sopiah ibu Razali melihat pakaian Razali
yang kotor dan mulutnya yang berdarah. Mak Sopiah bertanya kepada Razali peristiwa
yang berlaku. Razali memberitahu dia dipukul. Tiba-tiba Pak Zakaria, ayah tiri Razali
bertanya kepada Mak Piah dan terus memarahi Razali dengan kata-kata yang kasar.
17

Mak Piah cuba mempertahankan anaknya. Petang itu Razali membawa buku-buku
pelajarannya ke pondok di tengah sawah. Di situ dia mendapat ketenangan, kerja-kerja
itu dapat disiapkannya dengan baik. Ketika itu, Mak Sopiah telah siap memasak
bengkang ubi kayu dan mengisikan kuih itu ke dalam piring. Kuih itu diletakkan di atas
dulang bersama-sama dengan seteko kopi panas dan sebutir cawan. Dia mengangkat
dulang, berjalan dengan hati-hati menuju ke tempat Razali belajar. Demikanlah kasih
seorang ibu. Razali yang kehilangan kasih sayang seorang ayah kemudiannya bertanya
kepada ibunya tentang ayahnya. Mak Piah tergamam dan meminta supaya Razali
jangan bertanya tentang hal itu lagi.

Bab 13
Cikgu Zulkifli membawa Razali, Munir, Leong dan Silvam ke bilik pengetua
kerana mendapat aduan bahawa mereka bergaduh. Munir mengaku setelah didesak
oleh Cikgu Syamsuddin. Alasannya kerana Razali mengadu kepada Cikgu Muniam
bahawa dia berbuat jahat dalam kelas dan mengganggu pelajar perempuan. Cikgu
Zulkifli menafikan, aduan itu sebenarnya daripada guru-guru dan pengawas. Silvam
pula mengaku bahawa dia dan Leong disuruh oleh Munir. Munir, Silvam dan Leong
kemudian dihukum rotan oleh pengetua sekolah.

Bab 14
Razali telah dipilih mengikuti kursus koperasi bersama-sama dengan wakil
koperasi koperasi sekolah di seluruh Malaysia. Razali akan berangkat ke Selangor.
Pada suatu petang, dia dihantar oleh Mak Sopiah, Cikgu Zulkifli, Harun, Ramlah dan
Swee Lan ke perhentian bas Kangar. Mak Sopiah dan Cikgu Zulkfili berpesan kepada
Razali supaya pandai membawa diri di tempat orang.

Bab 15
Pagi 24 Julai, Razali bersama-sama dengan peserta-peserta kursus seluruh
koperasi- sekolah di Malaysia memasuki bilik kursus di Maktab Kerjasama, Petaling
Jaya. Tujuan kursus ini diadakan untuk mendedahkan generasi muda

yang bakal

memimpin koperasi di negara tentang betapa pentingnya penubuhan koperasi dan


18

cara-cara mengurus atau mengendalikannya. Kemudian, mereka dibawa melawat


bandar raya Kuala Lumpur. Pihak Jabatan Pembangunan Koperasi juga membawa
mereka melawat Koperasi Anggota-anggota Polis Malaysia, Koperasi Bekas-bekas
Perajurit Tanah Air. Mereka kagum melihat koperasi-koperasi tersebut begitu berjaya
sehingga dapat mendirikan bangunannya sendiri.

Bab 16
Selama seminggu Razali meninggalkan rumah dan sekolahnya, kerinduan
tersemai jua di hatinya. Pagi itu Razali disambut baik oleh rakan-rakannya. Dalam
Mesyuarat Lembaga Pengarah Koperasi, Razali diminta berucap untuk menyampaikan
maklumat yang diperoleh semasa mengikuti kursus di Kuala Lumpur. Hasil daripada
mesyuarat, Koperasi Sekolah Menengah Seri Kayangan bersetuju untuk menyertai
pertandingan koperasi maju, berjaya dan baik pentadbirannya.

Bab 17
Ahli Lembaga Pengarah Koperasi dan guru-guru bekerja dengan besungguhsungguh untuk merealisasikan hasrat mereka untuk memasuki pertandingan koperasi
kecuali Munir, Leong dan Silvam sedang bermain bola di padang. Hal ini ditegur oleh
pengetua sekolah dan meminta mereka turut sama membantu. Munir masuk ke dalam
koperasi, dia kemudiannya ternampak kunci. Dia mengambil dan meneliti kunci
tersebut. Tidak lama kemudian, dia meletakkan kunci tersebut di tempat yang asal.
Sewaktu pulang dari sekolah, Munir mengajak Leong dan Silvam berhenti pada sebuah
tembok. Munir menyatakan ketidakpuasan hati terhadap Razali dan Ramlah yang
semakin jauh dengannya. Munir bertekad untuk memusnahkan Razali. Silvam cuba
menasihati Munir tetapi Munir tetap berkeras.

Bab 18
Satu lembaga hitam telah menyelongkar koperasi sekolah. Barang-barang
bersepah di sana sini dan berlonggok-longgok di atas lantai. Wang sebanyak RM52.00
telah hilang. Cikgu Zulkifli terkejut, tambahan pula pintu, tingkap, dinding, atap tidak ada
yang pecah. Cikgu Zulkifli telah membuat laporan polis.
19

Bab 19
Razali dan Cikgu Zulkifli disiasat. Munir dan Silvam menyindir dan menuduh Razali.
Walau bagaimanapun, Cikgu Zulkilfli, Cikgu Robeah dan Cikgu Syamsudin tetap
percayakan Razali. Cikgu Hassan bercadang untuk menyiasat dan memerangkap
pencuri tersebut.

Bab 20
Munir dan Leong mengadu kepada Pak Zakaria, Razali yang telah menceroboh
kedai koperasi sekolah. Ayah tiri Razali sangat marah dan menghalaunya keluar dari
rumah. Mak Sopiah mempertahan Razali dan mengugut jika Razali dihalau, dia akan
turut mengikuti Razali.

Bab 21
Razali berasa sedih kerana dihalau tanpa kesalahan yang nyata. Melalui pintu
rumah, Mak Sopiah melihat Razali sedang termenung di pondok tengah sawah. Dia
menuju ke pondok tersebut. Sekali lagi Razali bertanya tentang ayahnya. Mak Sopiah
merayu agar Razali tidak bertanya lagi kerana itu adalah sejarah hitam dalam hidupnya.

Bab 22
Kedai koperasi sekolah digeledah lagi. Cikgu Zulkifli meminta kebenaran
pengetua membuat pemeriksaan mengejut. Misteri berakhir, Munir didapati bersalah.
Munir melakukan perkara itu kerana cemburu tentang hubungan Razali dengan
Ramlah. Munir dilucut daripada jawatan Ahli Lembaga Pengarah Koperasi serta merta.

Bab 23
Munir dihukum rotan sebanyak tiga kali di hadapan perhimpunan di sekolah. Ibu
bapa Munir membenarkan pihak sekolah menghukum Munir. Munir benar-benar insaf
dan meminta maaf dengan Razali.

20

Bab 24
Munir ke rumah Razali menjelaskan perkara sebenar kepada Pak Zakaria dan
Mak Sopiah. Dia meminta maaf. Munir juga menyatakan kebimbangan dia digantung
sekolah selama seminggu. Razali bersedia untuk membantu Munir. Munir berasa dia
telah masuk ke dunia baru.

Bab 25
Tiga orang pengadil Pertandingan Koperasi Sekolah-sekolah dari ANGKASA
datang mengadili Koperasi Sekolah Menengah Seri Kayangan. Mereka masuk ke kedai
koperasi, meninjau projek ternakan ayam telur dan berkunjung ke bilik bacaan. Tidak
lama kemudian, satu perhimpunan diadakan. Turut hadir Tuan Pengarah Jabatan
Pembangunan Koperasi Negeri, termasuk beberapa orang ibu bapa yang dijemput
khas, terdiri daripada ahli-ahli keluarga Lembaga Pengarah Koperasi. Tuan Pengarah
mengumumkan Sekolah Menengah Seri Kayangan mendapat tempat pertama atau
johan. Guru-guru dan pelajar berasa gembira. Pada akhir majlis Cikgu Syamsudin
dapat mengesan ada rahsia antara Pak Zakaria, Pak Ramli dan Mak Sopiah.

Bab 26
Akhirnya Razali dapat berjumpa dengan ayah sebenarnya iaitu Pak Ramli.
Ramlah pula merupakan adik tirinya. Kejayaan koperasi Sekolah Menengah Seri
Kayangan berjaya menemukan anak dengan ayahnya.

Tema
Novel ini bertemakan perjuangan generasi muda untuk menubuhkan kedai
koperasi di sekolah. Tuan pengetua, Cikgu Syamsudin selaku Pengerusi koperasi
memaklumkan tujuan penubuhan koperasi. Cikgu Zulkifli selaku setiausaha telah
mengemukakan beberapa usul untuk menjayakan kedai koperasi. Cikgu Zulkifli
bersama-sama dengan murid bergotong-royong untuk mengemas bilik bacaan dan
membersihkan

reban

ayam

hasil

kedai koperasi.

Tuan

Penolong

Pengarah

Pembangunan Koperasi Bahagian Fungsi Sekolah-sekolah melawat Koperasi Sekolah


Menengah Seri Kayangan. Koperasi Sekolah Menengah Seri Kayangan bersetuju untuk
21

menyertai pertandingan koperasi maju, berjaya dan baik pentadbirannya. Ahli Lembaga
Pengarah Koperasi dan guru-guru bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk
merealisasikan hasrat mereka. Akhirnya, hasil daripada usaha guru-guru dan muridmurid, Koperasi Sekolah Menengah Seri Kayangan mendapat tempat pertama.

Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini, antaranya:
i.

Persoalan ekonomi
Contoh: Kemajuan ekonomi dalam kalangan penduduk Kampung Serdang.
Kesedaran tentang pentingnya semangat usahawan dalam kalangan generasi
muda. Penubuhan koperasi sekolah dapat melatih pelajar dalam bidang
perniagaan pada peringkat awal. Sudah ada orang Melayu yang berjaya dalam
dunia perniagaan. Contohnya Encik Aziz, pemilik Kedai Buku Indera Store.
Kesungguhan orang Cina dalam dunia perniagaan. Encik Aik mengatakan mesti
bersungguh-sungguh bekerja seperti orang Jepun untuk maju.

ii.

Persoalan kasih sayang seorang ibu


Contoh: Kasih sayang seorang ibu kepada anak dapat dikesan melalui watak
Mak Sopiah. Mak Sopiah sentiasa menjaga kebajikan Razali. Mak Sopiah
sentiasa

menghantar

minuman

petang

ke

tempat

Razali

belajar

dan

mempertahan Razali daripada kemarahan bapa tirinya.

iii.

Persoalan hubungan persahabatan yang positif


Contoh: Ramlah, Rozita dan Saridevi

pernah ke rumah Razali untuk belajar.

Razali berserta sahabatnya yang lain juga turut bersama-sama bergotong royong
bagi menjayakan koperasi sekolah.
Contoh: Razali sudi membantu Munir sewaktu Munir digantung sekolah selama
seminggu walaupun sebelum ini mereka bermusuhan.

22

iv.

Persoalan semangat kerjasama


Contoh: Semangat kerjasama antara pengetua, guru-guru, pelajar, Encik Aik
Hong dan Encik Aziz untuk menjayakan koperasi sekolah.

v.

Persoalan ketabahan
Contoh: Ketabahan Razali menghadapi gangguan Munir, Leong dan Silvam.
Contoh: Ketabahan Razali berdepan dengan bapa tirinya yang menghalaunya
dari rumah tanpa kesalahan yang nyata.
Contoh: Ketabahan pelajar dan guru-guru Sekolah Menengah Seri Kayangan
untuk menjayakan koperasi sekolah.

vi.

Persoalan kekeluargaan
Contoh: Hubungan kekeluargaan yang positif antara Mak Sopiah dan Razali.

vii.

Persoalan kepimpinan
Contoh: Pengetua sekolah sentiasa memberi sokongan kepada guru dan pelajar.
dalam menjayakan koperasi sekolah.

viii.

Persoalan gejala Sosial


Contoh: Pergaduhan dalam kalangan pelajar sekolah sehingga membawa
kepada kecederaan.

23

Formula Termodinamik
(Obasiah Haji Usman)
Sinopsis Keseluruhan
Cerita Formula Termodinamik digambarkan dengan latar kampung yang
dikelilingi sawah. Amir dan Asma mengimbau kenangan manis zaman kanak-kanak
mereka yang selalu bermain di sawah bersama-sama Usama, Adnin dan Zaid. Asma
anak kacukan Dusun dan Brunei, berjaya melanjutkan pelajarannya di maktab
perguruan manakala Amir dan Usama ke Politeknik. Usamah di Perak dan Amir di
Putatan. Mereka bertemu semula ketika Amir dan Usamah menghabiskan cuti semester
di rumah nenek mereka yang tinggal bersebelahan dengan rumah Asma. Amir dan
Usama telah merancang satu projek pengubahsuaian mesin rumput supaya berfungsi
sebagai pemotong rumput dan mencangkul tanah. Amir menggunakan formula
Termodinamik bagi memprogramkan mesin rumput terpakai dan projek ini dibantu oleh
Profesor Othman dengan Formula Dua Hukum Popular bagi memastikan kejayaan.
Sejak tersebar berita Amir dan rakan-rakannya mencipta mesin 2 dalam 1, Aswan
berasa kurang senang dan ingin menyaingi mereka. Aswan bercadang untuk mencipta
model yang sama, menggunakan mesin rumput yang panjang dan stor minyak
petrolnya digantung di belakang dan di hujung pemotong rumput itu diwujudkan tangan
robot. Namun begitu, semua nota telah hilang dan perkara tentang Formula Dua Hukum
Popular Termodinamik tidak diketahuinya. Amir sangat risau akan kehilangan Formula
Dua Hukum Popular Termodinamik dan tiba-tiba sahaja storan formulanya hilang.
Selain itu, Amir terkejut juga apabila didapati pencerobohan berlaku pada data syarikat
ayahnya. Amir cuba menerangkan perkara yang berlaku kepada Syarikat Bahagia
kepunyaan ayahnya tetapi gagal kerana ayahnya terlalu sibuk. Amir telah mengatur
strategi untuk menangkap penjenayah. Akhirnya Aswan telah meminta maaf kepada
Amir dan Usama kerana dialah yang mencuri Formula Termodinamik tersebut. Projek
mesin 2 dalam 1 ciptaan Amir dan Usama telah memenangi Anugerah Saintis Muda
dan mereka turut mendapat biasiswa kerajaan bagi melanjutkan pelajaran di luar
negara.

24

Sinopsis Bab demi Bab


Bab 1
Amir dan Asma mengimbau kenangan manis zaman kanak-kanak mereka yang
selalu bermain di sawah bersama-sama Usamah, Adnin dan Zaid. Asma adalah dua
pupu Amir dan Usamah. Asma anak kacukan Dusun dan Brunei, berjaya melanjutkan
pelajaran di maktab perguruan manakala Amir dan Usamah ke Politeknik. Usamah di
Perak dan Amir di Putatan. Mereka bertemu semula ketika Amir dan Usamah
menghabiskan cuti semester di rumah nenek mereka yang tinggal bersebelahan
dengan rumah Asma. Amir mula berasa ada perasaan indah yang terbit di hatinya
terhadap Asma tetapi Asma pula seperti menyimpan cerita yang sukar diungkapkan.
Dalam masa yang sama Amir dan Usamah telah merancang satu projek
pengubahsuaian mesin rumput supaya berfungsi sebagai pemotong rumput dan
mencangkul tanah. Amir menggunakan formula Termodinamik bagi memprogramkan
mesin rumput yang terpakai dan dibantu oleh Profesor Othman dengan Formula Dua
Hukum Popular bagi memastikan kejayaan projek tersebut.

Bab 2
Sejak tersebar berita Amir dan rakan-rakannya mencipta mesin 2 dalam 1,
Aswan berasa kurang senang dan ingin menyaingi mereka. Dia juga mahu menebus
kekecewaannya ketika di Politeknik dulu walaupun dia tahu dia tidak sehebat Amir dan
Usamah. Dia mahu membuktikan yang dia tidak lemah, dia bijak dan handal serta
mampu menyaingi Amir dan Usamah. Aswan bertekad akan menentang Amir dan
Usamah. Dia tidak akan membiarkan kedua-dua sepupu itu menempa nama di
Kampung Warisan. Aswan menyuarakan hasrat tersebut kepada kawan-kawan
baiknya, Fikri dan Majibon. Aswan bercadang untuk mencipta model yang sama,
menggunakan mesin rumput yang panjang dan stor minyak petrolnya digantung di
belakang dan di hujung pemotong rumput itu diwujudkan tangan robot. Fikri dan
Majibon agak kurang senang dengan hasrat dan tujuan Aswan yang ingin menyaingi
Amir dan Usamah sehingga berlaku sedikit percanggahan prinsip di antara mereka
dengan Aswan. Bagi Fikri dan Majibon persaingan biarlah sihat dan tidak bermusuhan.
25

Namun begitu, Fikri dan Majibon tidak sampai hati untuk menghampakan Aswan.
Projek tersebut akan dijalankan dengan bantuan Fikri dan Majibon namun yang menjadi
masalah ialah mereka tidak mempunyai formula. Fikri dan Majibon tidak pernah belajar
bidang kejuruteraan, hanya Aswan seorang pernah belajar teori kejuruteraan waktu di
Politeknik.

Namun begitu, semua nota-notanya telah hilang dan banyak perkara

tentang Formula Dua Hukum Popular Termodinamik tidak diketahuinya. Walaupun


dengan sedikit pengetahuan, Aswan tetap yakin mampu menyaingi Amir dan Usamah
kerana dia tidak mahu meminta bantu daripada Amir, Usamah dan Profesor Othman
seperti yang disarankan oleh Fikri dan Majibon.

Bab 3
Amir
memastikan

dan

Usamah

bertungkus

lumus

membuat

pengubahsuaian

bagi

projek mesin 2 dalam 1 mereka berjalan lancar. Mesin tersebut

menggunakan kuasa 6 kw, kincir angin model SAMA, iaitu singkatan Sabah, Malaysia.
Mana-mana komponen yang tidak boleh dibuat sendiri kerana kekurangan kelengkapan
seperti membentuk mata pisau cangkul dihantar ke kedai besi untuk dibentuk. Aswan,
Fikri dan Majibon telah datang melihat projek mesin 2 dalam 1 yang diusahakan oleh
pasangan sepupu itu.

Fikri dan Majibon sangat berminat dengan projek tersebut.

Mereka telah diberi penerangan terperinci tentang proses pengubahsuaian dan


pengendalian mesin 2 dalam 1 oleh Amir , penuntut tahun akhir Diploma Kejuruteraan
Am. Aswan lebih berminat melihat bilik operasi.

Bab 4
Setelah kerja-kerja pengubahsuaian mesin 2 dalam 1 siap, Zaid dan Adnin
mengajak Amir dan Usamah pergi memancing di sawah untuk menenangkan fikiran.
Semasa memancing itulah Zaid dan Adnin telah bercerita tentang kecurian baja subsidi
orang

Kampung Warisan dari stor dewan.

rakannya yang telah mencuri baja tersebut.

26

Zaid yakin bahawa Aswan dan rakan-

Bab 5
Aswan sangat gembira kerana telah berjaya memperoleh formula yang
diperlukan untuk melaksanakan projek impiannya, mencipta mesin menanam padi.
Mesin ini amat relevan untuk masa depan yang dapat mengurangkan risiko generasi
menjadi bongkok. Lakaran grafik yang telah disediakan oleh Aswan diperlihatkan
kepada Fikri dan Majibon. Aswan secara terperinci menerangkan cara projek itu akan
dimulakan sehinggalah ke peringkat operasi.

Bab 6
Amir sangat risau akan kehilangan Formula Dua Hukum Popular Termodinamik.
Tiba-tiba sahaja storan data formulanya hilang. Dia berasa kesal kerana cuai dan tidak
menyimpan storan dengan baik. Bertahun-tahun dia mengumpul data untuk
menyiapkan formula tersebut dan dibantu oleh Profesor Othman. Dia tidak tahu orang
yang telah menceroboh masuk ke bilik operasi mereka. Bukan mudah untuk dia
mengingati

formula tersebut.

Amir risau tidak dapat menunaikan janjinya kepada

nenek untuk membajak tapak semaian dengan mesin 2 dalam 1 tersebut.

Bab 7
Amir dan Usamah pulang ke Putatan. Sampai sahaja di rumahnya, Amir terus
ke pejabat persendirian ayahnya untuk mencari Formula Termodinamik dan melayari
data Syarikat Bahagia.

Amir amat terkejut mendapati ada pencerobohan sedang

berlaku pada data syarikat ayahnya.

Amir dan Usamah berusaha untuk menyekat

pencerobohan tersebut dengan menerbit kod baru Adang Keselamatan Rahsia.

Bab 8
Intan, ibu Amir amat terkejut apabila diberitahu oleh Amir tentang pencerobohan
data Syarikat Bahagia. Tetapi Amir tidak berpeluang untuk menceritakan peristiwa itu
kepada ayahnya kerana dia berada di Manila atas urusan perniagaan.

Amir dan

Usamah pulang semula ke Kampung Warisan. Mereka sangat gembira melihat Asma,
Zaid dan Adnin sedang menolong neneknya di tapak semaian. Adnin sedang menolak
27

mesin 2 dalam 1 untuk menyediakan tapak semaian. Neneknya tersenyum bangga.


Amir mewarisi kepintaran anaknya, Damit.

Bab 9
Amir bangga melihat semangat bergotong royong masih menjadi amalan
penduduk Kampung Warisan. Ramai penduduk kampung datang menolong menanam
padi di sawah neneknya. Usamah bersungut tentang mesin ciptaan Aswan yang belum
disiapkan lagi, jika tidak bolehlah digunakan oleh orang kampung pada musim
menanam kali ini. Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan suasana hingar bingar. Amir
dan Usamah terperanjat melihat nenek jatuh ke dalam air paya. Pak Cik Suib, ayah
Asma mengangkat nenek ke batas sawah. Nenek tidak bersuara. Amir dan Usamah
berusaha memberi pertolongan kepada nenek. Setelah sedar nenek dibawa pulang ke
rumah. Atas desakan Asma nenek kemudiannya dihantar ke hospital untuk
mendapatkan rawatan lanjut.

Bab 10
Nenek menjalani pembedahan kecil pada buku lalinya untuk memastikan tidak
ada pendarahan dan bagi mengelakkan jangkitan kuman ke anggota lain. Semua ahli
keluarga Amir, ayah, ibu dan adik-adiknya serta Usamah turut berada di hospital
menemani nenek. Nenek sangat terharu dengan layanan dan kasih sayang daripada
anak cucunya.

Bab 11
Aswan tidak lagi memberi fokus kepada projek mesin menanam padinya tetapi
banyak masanya dihabiskan di hadapan komputer.

Dia tidak berpuas hati selagi

pencariannya belum berhasil.

Aswan mencuba meramal beberapa nombor digital

sehinggalah dapat ditembusi.

Maklumat yang ditemui beberapa hari lalu muncul

semula. Pengaliran data itu tidak dapat disekat lagi. Aswan terpukau melihat jumlah
aset syarikat tersebut. Dia sangat teruja dan memperlihatkan data tersebut kepada
Fikri dan Majibon. Aswan bercadang memindahkan wang sejumlah RM1.3 juta itu ke
dalam akaunnya.

Majibon membantah keras hasrat Aswan itu atas prinsip agama


28

melarang mengambil hak orang lain. Aswan kemudiannya bercadang untuk mengambil
RM10,000.00 sahaja sebagai modal menjalankan projek mereka. Fikri pula menentang
hasrat Aswan dan mengingatkan mereka perlu berpegang teguh pada etika kerja serta
bersaing secara sihat. Dalam masa yang sama, Amir dapat mengesan pencerobohan
dan data syarikat ayahnya dibocori lagi. Usamah berusaha keras mengesan kebocoran
data tersebut dan cuba menyekatnya. Akhirnya mereka bersepakat untuk menyiasat
perkara tersebut.

Bab 12
Amir cuba menerangkan peristiwa yang berlaku kepada Syarikat Bahagia
kepada ayahnya tetapi gagal kerana ayahnya terlalu sibuk. Intan, ibu Amir telah
menceritakan pencerobohan dan kebocoran maklumat syarikat mereka. Pada masa
yang sama Amir dan Usamah telah kembali semula ke Kampung Warisan. Nenek
mereka telah beransur sihat dan akan keluar dari hospital. Amir berasa bangga melihat
mesin 2 dalam 1 ciptaan mereka digunakan oleh bapa Zaid dan orang-orang kampung
untuk membajak tanah. Hasil ciptaan mereka telah dapat berbakti kepada orang
kampung. Zaid dan Adnin pula telah melaporkan peristiwa yang telah dapat menjejak
penjenayah Kampung Warisan yang menyimpan barang-barang curi di sebuah pondok
tidak jauh dari pangkalan. Amir telah mengatur strategi untuk memerangkap
penjenayah itu.

Bab 13
Dua hari membuat persiapan dan mengatur strategi, Amir dan rakan-rakannya
bergerak selepas Isyak menuju ke pondok yang dinyatakan oleh Zaid. Setengah jam
perjalanan mereka sampai di pangkalan. Dari situ mereka bergerak ke sebuah pondok
dan bersembunyi di tempat yang sukar dikesan oleh penjenayah. Dari situ mereka
mengatur strategi untuk memerangkap penjenanyah tersebut. Akhirnya Lahop dan
Oyong pemuda Kampung Warisan yang diupah menjaga pondok tersebut dapat
diberkas dan dihantar ke balai polis. Amir menemui CD yang menyimpan seribu rahsia
yang sukar ditafsir.
29

Bab 14
Semalaman Amir tidak dapat tidur memikirkan CD yang ditemukan semasa
operasi penangkapan dua orang pemuda di pondok berhampiran dengan pangkalan.
Amir dan Usamah berasa kehilangan Formula Termodinamik ada kaitan dengan CD
tersebut. Tiba-tiba ada e-mel masuk. Orang yang tidak dikenali menghantar mesej
meminta maaf. Mereka kehairanan dan mengesyaki itulah orang yang telah mencuri
formula mereka. Mereka cuba bertanya tentang penghantar e-mel itu tetapi tiada
jawapan.

Kemudian Zaid datang membawa berita bahawa Asma akan berkahwin.

Adnin pula menyusul dalam keadaan basah kuyup dan mengajak mereka membantu
memindahkan orang kampung kerana air telah naik melepasi satu meter.

Bab 15
Aswan , Fikri dan Majibon dibawa arus deras.
sebatang kayu untuk menyelamatkan diri.

Mereka hanya berpaut pada

Aswan rasa menyesal tidak mendengar

nasihat ibunya supaya tidak menghadiri majlis sambutan Krismas di rumah Majibon
kerana cuaca buruk. Dia juga mulai sedar mungkin itu adalah balasan Allah terhadap
dosa-dosa yang telah dilakukannya. Dalam suasana gelap malam mereka bertiga terus
berpaut pada sebatang kayu sehinggalah diselamatkan oleh Amir dan rakan-rakannya.
Aswan telah meminta maaf kepada Amir dan Usamah serta mengaku dialah yang
mencuri Formula Termodinamik dan penghantar e-mel.

Bab 16
Projek mesin 2 dalam 1 ciptaan Amir dan Usamah telah membolehkan mereka
memenangi Anugerah Saintis Muda dan mereka turut mendapat biasiswa kerajaan bagi
melanjutkan pelajaran di luar negara.
berada di lapangan terbang.

Pada hari keberangkatan, semua ahli keluarga

Aswan, Fikri dan Majibon turut sama.

Asma datang

mengucapkan tahniah kepada mereka berdua dengan menghulurkan sejambak mawar


putih buat Usamah dan mawar merah buat Amir.

30

Tema
Novel ini membawa tema sains dan teknologi. Dua orang anak muda iaitu Amir
dan Usamah yang berwawasan tinggi dan masih menuntut telah memanfaatkan ilmu
yang dipelajari dengan melakukan inovasi terhadap mesin rumput terpakai. Inovasi
tersebut dinamakan mesin 2 dalam 1 yang berfungsi sebagai pemotong rumput dan
boleh membajak tanah. Mesin 2 dalam 1 ini akhirnya telah digunakan secara meluas
oleh penduduk Kampung Warisan. Amir dan Usamah pula telah menerima Anugerah
Saintis Muda.

Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dalam novel ini, antaranya :

i. Persoalan tanggungjawab melakukan inovasi untuk kepentingan masyarakat


Contoh : Amir dan Usamah berusaha melakukan pengubahsuaian terhadap mesin
rumput terpakai bagi memudahkan neneknya dan orang kampung membajak tanah
untuk pertanian.

ii. Persoalan mengamalkan etika


Contoh : Fikri sangat berpegang teguh kepada etika kerja yang bersih iaitu
bersaing secara sihat dan tidak menganggap Amir dan Usamah sebagai musuh
dalam melaksanakan projek masing-masing.

iii. Persoalan taat kepada ajaran agama


Contoh : Fikri menentang keras hasrat Aswan yang ingin memindahkan wang RM
1.3 juta milik syarikat yang telah diceroboh ke dalam akaunnya. Dia mengingatkan
Aswan bahawa agama melarang kita mengambil hak orang lain, perbuatan yang
tidak bermoral.

iv. Persoalan perniagaan dan keusahawanan


Contoh : Bapa Aswan seorang usahawan import eksport.
31

v. Persoalan kasih sayang nenek terhadap anak cucunya


Contoh : Nenek sentiasa menyokong usaha Amir dan Usamah dalam menjayakan
Projek mesin 2 dalam 1 dan nenek juga banyak mengajar serta mendidik mereka.
Walaupun baru saja menjalani pembedahan, nenek sudah teringat hendak
membuat kuih bahulu kegemaran bapa Usamah. Nenek juga berjanji untuk
membuat kuih jala untuk Amir.

vi. Persoalan tanggungjawab terhadap seorang sahabat


Contoh: Zaid, Amir, Usamah dan Adnin telah menyelamatkan Aswan, Fikri dan
Majibon daripada mati lemas dalam kejadian banjir di kampung mereka.

vii. Persoalan mengamalkan budaya ilmu


Contoh: Amir dan Usamah telah mempraktikkan ilmu yang dipelajari di politeknik
untuk menghasilkan projek mesin 2 dalam 1 bagi membajak tanah pertanian untuk
kegunaan orang kampung dan tidak lokek berkongsi ilmu dengan orang lain (ingin
membantu Aswan dalam projek mesin menanam padi).

32

Pelari Muda
(Ghazali Ngah Azia)
Sinopsis Keseluruhan
Cerita ini mengisahkan pengalaman watak utama iaitu Kamarul seorang pelajar
tingkatan 5 yang berjaya dalam acara sukan olahraga. Beliau perah terpilih mewakili
negara dalam kejohanan sukan SEA di Brunei. Kamarul terpilih untuk mewakili negara
dalam kejohanan sukan SEA di Bangkok dua bulan lagi. Dia dilatih oleh Encik Kadir.
Kejayaan ini telah menjadikan Kamarul dikenali ramai, disanjung dan popular. Walau
bagaimanapun, di sebalik kejayaan

ini sikap Kamarul pada pandangan kawan-

kawannya sudah berubah. Kamarul bersikap sombong, ego, menjauhkan diri daripada
kawan-kawan, malah tidak berdisiplin menjalani latihan di bawah bimbingan Encik
Kadir. Akibat sikapnya yang rendah moral itu, Kamarul ditegur oleh kawan baiknya
Saridah. Teguran Saridah menjadi punca dia menyepikan diri daripada Saridah.
Kamarul juga menunjukkan sikap tidak menghormati jurulatihnya. Teguran-teguran
yang diberikan oleh Encik Kadir dibalas dengan jawapan dan tindakan yang tidak
bermoral. Suatu hari, dalam perjalanan balik daripada latihan Kamarul dilanggar kereta.
Dia dimasukkan ke hospital. Sepanjang berada di hospital, Encik Kadir dan Saridah
tetap menziarahi Kamarul. Sikap bertanggungjawab Encik Kadir dan keprihatinan
Saridah menjadikan titik mula Kamarul insaf dan berubah sikap. Setelah sembuh
daripada kecederaan, Kamarul menjalani semula latihan di bawah bimbingan Encik
Kadir. Hubungan Kamarul dengan Encik Kadir bertambah baik. Hasrat Kamarul untuk
mewakili nergara telah direstui pihak sekolah. Kamarul dan delegasi Malaysia berlepas
ke Bangkok untuk menyertai kejohanan sukan SEA ke-14 di Bangkok. Di Bangkok,
Kamarul mengambil kesempatan bertemu De Wega, atlit sukan lari Filipina yang
terkenal. Berita tentang Kamarul sebagai atlit Malaysia tersiar dalam media massa di
Bangkok. Dalam acara lari 100m dan 400m kejohanan tersebut Kamarul berjaya meraih
pingat emas. Kejayaan Kamarul mendapat pujian dan ucapan daripada Encik Kadir dan
rakan-rakan, termasuk rakan-rakan sekelasnya di Malaysia. Kamarul mengucapkan
terima kasih atas bimbingan yang diberikan oleh Encik Kadir dan menjadi pendorong
kejayaan. Kamarul terkejut dan terharu apabila Encik Kadir menyatakan hasrat untuk
33

bersara. Setelah kejohanan Sukan SEA tamat, Kamarul dan delegasi Malaysia
berangkat pulang ke Malaysia membawa kejayaan cemerlang untuk negara, sekolah
dan untuk dirinya sendiri. Di lapangan terbang Kamarul telah disambut meriah dengan
ucapan tahniah daripada ibu bapa dan rakan-rakannya.

Sinopsis Bab demi Bab


Bab 1
Setelah pulang berjoging Kamarul menunjukkan sikap yang berbeza daripada
biasa. Perubahan sikap Kamarul disedari ibunya Mak Jah. Mak Jah mengesyaki
perubahan itu kerana pergaduhan dengan Saridah. Sangkaan Mak Jah itu benar,
apabila Kamarul mengakui bahawa berlaku sedikit salah faham dengan Saridah.
Saridah menegur sikap Kamarul yang menjauhkan diri daripadanya dan juga kawankawan lain setelah Kamarul menjadi terkenal sebagai atlit sukan lumba lari 100 m di
peringkat antarabangsa. Kamarul berasa resah mengenangkan pertengkaran yang
berlaku itu dan mencari Saridah untuk memohon maaf.

Bab 2
Sures kecewa kerana Kamarul mungkir janji untuk hadir pada sesi latihan di
Pusat Sukan Kampung Pandan. Sikap Kamarul telah menimbulkan tanda tanya Sures.
Encik Kadir selaku jurulatih pula risau dengan prestasi Kamarul. Latihan pada petang
itu dijalankan seperti biasa. Oleh sebab, Kamarul tidak hadir, acara 100 m terpaksa
dibatalkan. Setelah tamat latihan, Sures pulang ke rumah. Sewaktu sampai di laman
rumah, Saridah datang bertemu Sures bertanyakan tentang Kamarul. Sures pula
musykil dengan punca masalah yang berlaku di antara Saridah dengan Kamarul. Walau
bagaimanapun, Saridah berharap masalah yang dihadapinya tidak diperbesarbesarkan.

34

Bab 3
Saridah berada di perpustakaan dan berharap dapat berjumpa dengan Kamarul.
Walau bagaimanapun, dia kecewa kerana Kamarul tidak muncul. Saridah berasa
kecewa dan merasakan dirinya

dipersalahkan

atas sikap dingin Kamarul. Dalam

keadaan sedih dan resah itu muncul kawan rapatnya, Juriah dan bertanya tentang
masalah Saridah. Setelah diberitahu Saridah, Juriah meminta Saridah tidak terlalu
memikirkan tentang Kamarul, sebaliknya percaya masih ada masa untuk Saridah
memperbaiki persahabatannya dengan Kamarul. Saridah tidak terus pulang ke rumah
walaupun loceng tamat persekolahan hari itu telah berbunyi, sebaliknya dia
berseorangan di dalam bilik darjah memikirkan masalahnya dengan Kamarul. Saridah
membuat keputusan untuk menulis surat kepada Kamarul. Juriah yang menjengok ke
bilik itu terkejut mendapati Saridah belum pulang ke rumah. Kesempatan Juriah datang
ke situ, Saridah meminta pertolongan Juriah untuk menyampaikan surat yang dituliskan
itu kepada Kamarul

Bab 4
Mak Jah memerhatikan gelagat anaknya ketika Kamarul

hendak keluar

berjoging. Mak Jah terbayang keresahan yang dialami Kamarul. Apabila Kamarul mula
hendak pergi, Mak Jahpun memberikan surat yang diterima kepada Kamarul. Kamarul
pula berasa musykil tentang pengirim surat itu tetapi tidak dinyatakan oleh Mak Jah
pengirimnya. Sambil berlari, Kamarul membaca surat yang diterima itu. Kamarul
terkejut kerana surat itu datangnya daripada Saridah. Hatinya terharu dengan kejujuran
Saridah menulis. Kamarul terus berjoging masuk ke Stadium Merdeka. Melihat suasana
stadium yang luas itu, Kamarul terbayang dirinya sedang beraksi dan penonton pula
bersorak

dengan

bersemangat

menjerit-jeritkan

namanya.

Khayalan

Kamarul

kemudiannya terganggu dan dia meraung sekuat hati ke dalam stadium dan
kemudiannya berlari keluar dari stadium dengan perasaan sayu mengingatkan Saridah.

Bab 5
Saridah kecewa kerana Juriah yang ditunggu tidak datang pada masa yang
dijanjikan. Dalam jemu menunggu Saridah teringat Kamarul yang juga tidak datang
35

menemuinya di perpustakaan. Sewaktu menatap sekeping gambar dalam album di bilik


rumahnya, Saridah teringat kenangan manis bertemu Kamarul sewaktu menyertai
sukan MSSM di Stadium Merdeka. Kenangan itu amat menyentuh perasaan Saridah,
kerana hubungan baik dengan Kamarul berpanjangan dari padang permainan ke bilik
darjah hingga ke rumah. Saridah teringat kemesraan ibu bapa Kamarul terhadapnya.
Walau bagaimanapun, setelah Kamarul terkenal dan glamour sebagai atlit sukan,
sikapnya terhadap Saridah mula berubah. Perubahan inilah yang membuatkan Saridah
kecewa dan sedih.

Bab 6
Encik Kadir menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kemerosotan prestasi
Kamarul. Manakala prestasi Sures kian cemerlang. Encik Kadir sangat bangga akan
pencapaian prestasi Sures. Dia mahu semua pelatihnya mengatasi rekod terpantas
yang dibuat oleh pelari sukan negara lain. Encik Kadir memanggil Kamarul bertanya
tentang masalah yang dihadapi Kamarul, tetapi Kamarul tidak menceritakan
masalahnya, sebaliknya menunjukkan respon yang angkuh terhadap Encik Kadir.
Kamarul memberitahu bahawa dia boleh berlatih sendiri dan tidak perlu latihan daripada
orang lain. Sikap Kamarul ini amat memeranjatkan Encik Kadir.

Bab 7
Kamarul melepaskan kemarahan kepada Encik Kadir setelah membaca
kenyataan Encik Kadir dalam akhbar. Sikap itu ditegur oleh Mak Jah. Pada ketika itu
juga Kamarul menerima panggilan telefon daripada Saridah. Saridah menyatakan
kemaafannya dan mendoakan kejayaan Kamarul di Bangkok nanti. Pada sebelah
petang di sekolah, Saridah bertemu dengan Juriah.

Mereka berbual-bual di kantin

begitu lama. Saidah meluahkan perasaan hatinya yang terpendam terhadap Kamarul
untuk dikongsi bersama-sama dengan Juriah. Juriah memahami perasaan yang dialami
Saridah dan memberi kata nasihat supaya Saridah lebih mengutamakan pelajaran.
Setelah lama berbual-bual, merekapun pergi ke padang sekolah.

36

Bab 8
Kamarul dipanggil oleh Cikgu Zainal ke bilik guru. Sebelum keluar, berlaku
sedikit perang mulut antara Kamarul dengan Adibah, Ketua Kelas apabila Kamarul cuba
keluar kelas sebelum loceng berbunyi. Sikap angkuh Kamarul menimbulkan rasa tidak
puas hati Adibah. Apabila loceng berbunyi, Kamarul terus pergi menemui Cikgu Zainal.
Cikgu Zainal memberitahu bahawa Kamarul diberi kebenaran untuk bercuti bagi
mewakili negara. Cikgu Zainal mengucapkan syabas kepada Kamarul dan menasihati
Kamarul supaya memberi perhatian terhadap peperiksaan SPM di samping kegiatan
sukan yang diceburinya.

Bab 9
Kamarul menjalani latihan seperti biasa bersama-sama dengan Sures dan rakanrakan pelatih lain. Sures menunjukkan prestasi yang cemerlang, manakala Kamarul
masih tidak berjaya mencapai rekod lamanya. Encik Kadir tidak berpuas hati dengan
pencapaian Kamarul. Beliau menasihati Kamarul agar lebih serius dan berdisiplin
menjalani latihan. Kamarul tidak menunjukkan sikap patuh, sebaliknya Kamarul
berpendapat tanpa disiplin pun dia boleh berjaya. Encik Kadir memberikan sebutir
pingat yang pernah dimenanginya sebagai pendorong Kamarul. Namun, Kamarul tidak
mahu menerima pingat itu dan bertindak melemparkannya di hadapan Encik Kadir.
Encik Kadir terkejut dengan tindakan Kamarul. Dalam perjalanan pulang, Kamarul
teringat-ingat perbuatan terhadap Encik Kadir. Terbayang juga dalam ingatan akan
sikap angkuh dan menyoal diri sendiri dengan sikapnya itu. Tanpa menoleh ke kiri dan
kanan ketika melangkah menyeberangi jalan raya, Kamarul dilanggar sebuah
kenderaan.

Bab 10
Kamarul dirawat di hospital kerana kecederaan yang dialami dengan ditemani
ibunya Mak Jah. Saridah dan Encik Kadir datang menziarahi Kamarul tetapi dia masih
tidur di katil. Sebelum beredar Encik Kadir menenangkan Mak Jah dengan harapan
kesihatan Kamarul segera pulih. Setelah sedar, Kamarul dapati Saridah ada di sisinya.
Mereka bertanya khabar dan Saridah menyampaikan salam daripada Encik Kadir dan
37

Sures. Dalam pada itu, Saridah masih berharap kesalahannya yang lalu dimaafkan
Kamarul. Doktor memberitahu bahawa kecederaan Kamarul tidak serius dan boleh balik
ke rumah. Kunjungan kawan-kawan ke hospital membuatkan Kamarul berasa terharu,
terutama pada Saridah dan Encik Kadir. Kamarul mengelamun tentang sikap buruknya
terhadap Encik Kadir, Cikgu Zainal, Saridah dan kawan-kawan yang lain. Timbul
keinsafan dalam dirinya dan mula timbul keazaman untuk serius dalam latihan. Encik
Kadir datang menyebabkan lamunan Kamarul terganggu. Encik Kadir memberitahu
bahawa dia akan membawa Kamarul balik ke rumah. Kamarul berasa terharu dengan
keikhlasan Encik Kadir tetapi dalam masa yang sama dia ceria dan gembira kerana
dapat keluar dari hospital.

Bab 11
Pihak KOAM mengeluarkan kenyataan akhbar meletakkan harapan yang tinggi
pada Kamarul dalam sukan SEA di Bangkok. Kenyataan ini membuatkan Kamarul
resah. Walau bagaimanapun, Kamarul telah bersedia untuk berlatih bersungguhsungguh. Kedatangan Kamarul di pusat latihan menggembirakan Encik Kadir. Encik
Kadir menguji kepantasan Kamarul, namun prestasi Kamarul masih tidak memuaskan
hati Encik Kadir. Namun, Encik Kadir meyakinkan Kamarul bahawa prestasinya akan
meningkat apabila kesihatannya kembali normal. Di rumah, Kamarul menilik gambargambar atlet sukan olahraga yang terkenal. Daripada situ, beliau berazam untuk
membuat catatan terbaik sebagaimana tokoh-tokoh atlet yang berjaya itu.

Bab 12
Suasana di lapangan terbang sebelum Kamarul dan atlet lain berlepas ke
Bangkok. Dalam keriuhan dan suara kawan-kawan yang memberi semangat, Kamarul
masih tercari-cari Saridah yang masih tidak muncul. Keresahan Kamarul menjadi
usikan kawan-kawannya Adibah dan Fazilah. Tidak lama kemudian Saridah sampai di
situ dan disambut riang oleh Kamarul. Saridah dengan mesra mengucapkan selamat
jalan dengan harapan semoga Kamarul berjaya.

38

Bab 13
Kontinjen Malaysia sampai di Bangkok. Kamarul dan Sures tinggal sebilik.
Mereka seronok kerana inilah kali pertama mereka ke Bangkok. Kamarul masih dilanda
perasaan muram kerana bimbang akan kecergasannya yang belum mencapai tahap
terbaik. Walau bagaimanapun, ia ditenangkan oleh Sures dengan kata-kata semangat
dan keyakinan untuk berjaya. Kamarul dan atlet lain menjalani latihan kepantasan di
gimnasium A. Seusai latihan Kamarul mencari De Wega, atlit Filipina yang diminatinya.
Pertemuan dengan De Wega amat mengembirakan Kamarul. Mereka berkenalan dan
berbual panjang tentang publisiti De Wega, tentang semangat kesukanan, disiplin dan
pengalaman diri. Banyak maklumat yang diperoleh oleh Kamarul daripada De Wega
dan banyak pula pengajaran yang meningkatkan semangatnya. Kamarul berasa
gembira dengan pertemuan itu dan semangatnya untuk berjaya semakin berkobarkobar.

Bab 14
Berita tentang Kamarul muncul dalam televisyen dan akhbar di Bangkok.
Kamarul terkejut mendengar hal itu apabila diberitahu oleh Abdul Rahman. Pada
sebelah petang berlangsung upacara pembukaan rasmi Sukan SEA Ke-14. Kamarul
dan Sures menyertai perbarisan

kontingen Malaysia. Pertandingan acara bermula

selepas itu. Pada hari pertama, Malaysia telah memenangi beberapa pingat emas,
perak dan gangsa. Encik Kadir dan penolong jurulatihnya memberi perangsang dan
semangat kepada Kamarul dan atlit Malaysia yang lain. Encik Kadir memberikan
Kamarul sebutir pingat emas yang pernah dimenanginya sebagai perangsang Kamarul.
Kamarul menerima dan mengikatnya di pinggang. Acara 100m bermula. Kamarul
berjaya meraih kejayaan menewaskan peserta lain termasuk atlit Filipina, De Wega
yang diminatinya. Pada sebelah petang, Kamarul memenangi satu lagi pingat emas
menerusi acara 400m. Kejayaan Kamarul mendapat pujian dan ucapan tahniah
daripada rakan-rakan atlit dan pegawai-pegawai, termasuk ucapan tahniah daripada
rakan-rakan di Malaysia terutamanya Saridah. Encik Kadir berasa puas dengan
kejayaan Kamarul. Kamarul terkejut apabila Encik Kadir memberitahu cadangannya
39

untuk bersara selepas kejohanan sukan ini. Kamarul terharu dan terkilan apabila
diberitahu Encik Kadir sepatutnya bersara pada tahun ini tetapi menangguhkannya
demi kejayaan sukan SEA ini.

Bab 15
Kejohanan Sukan SEA Ke-14 di Bangkok telah berakhir. Malaysia menduduki
tepat kedua. Di hotel penginapan, Kamarul dikunjungi De Wega.

De Wega

mengucapkan tahniah kepada Kamarul. De Wega memberi nasihat

dan kata

perangsang kepada Kamarul. Kemudian Kamarul memberikan cenderamata kepada De


Wega sebagai kenang-kenangan. Demikian juga De Wega turut memberikan
cenderamata berupa sebutir pingat emas yang pernah dimenangi dalam sukan SEA di
Brunei kepada Kamarul. Penerbangan pulang atlit Malaysia mendarat di Lapangan
Terbang Subang Kuala Lumpur dan disambut meriah oleh emak, ayah,kakak, Saridah
dan beberapa orang kawan-kawannya. Semua mengucapkan tahniah atas kejayaan
Kamarul.

Tema
Cerita dalam novel ini membawa tema keinsafan yang membawa kajayaan.
Moral menjadi isu utama yang dibebankan pada watak Kamarul. Kejayaan menjadi
atelit sukan olahraga yang terkenal di peringkat sukan SEA di Brunei telah merubah
sikap Kamarul menjadi seorang yang rendah moralnya, kerana bersikap angkuh,
sombong dan ego dengan kawan-kawan, bersikap tidak sopan dan biadap terhadap
jurulatihnya Encik Kadir, melawan cakap dan bersikap tidak mengenang berbudi. Walau
bagaimanapun, kemalangan telah menjadikan Kamarul insaf. Keinsafan adalah titik
yang merubah sikap buruk Kamarul kepada sikap yang baik dan bermoral. Dengan
moral yang baik itu juga Kamarul kembali bersemangat berusaha untuk berjaya dalam
pertandingan dan akhirnya dia berjaya mencapai cita-cita membawa kejayaan dalam
sukan SEA di Bangkok. Keinsafan menjadi asas kejayaan dan sokongan padu jurulatih
serta kawan-kawannya.

40

Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dalam novel ini, antaranya :
i. Persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap anak
Contoh: Mak Jah menyayangi anaknya Kamarul dan sentiasa mengambil berat
terhadap segala masalah anaknya.

ii. Persoalan tekanan perasaan yang dihadapi oleh remaja akibat persaingan dan
harapan tinggi yang dipertaruhkan kepadanya
Contoh: Tekanan perasaan yang dihadapi oleh Kamarul akibat persaingan dengan
Sures yang lebih cemerlang daripadanya dan harapan tinggi yang dipertaruhkan
kepadanya.

iii. Persoalan kepentingan ilmu pengetahuan untuk masa depan


Contoh: Juriah mengingatkan Saridah tentang peperiksaan SPM lebih penting
daripada mengingati Kamarul.

iv. Persoalan persahabatan dalam kalangan remaja


Contoh: Gambaran persahabatan erat Saridah dengan Juriah.

v. Dunia kehidupan pelajar


Contoh: Gambaran suasana pelajar-pelajar tingatan 5 di sebuah sekolah.

vi. Persoalan kepentingan menjaga disiplin


Contoh: Mereka berkenalan dan berbual-bual tentang publisiti De Wega, tentang
semangat kesukanan, disiplin dan pengalaman diri.

vii. Persoalan kepentingan sukan untuk sekolah dan negara


Contoh: Kepentingan sukan untuk menaikkan imej sekolah dan negara. Kamarul
dan delegasi Malaysia ke Bangkok dan Kamarul berjaya dalam acara 100m dan
400m.
41

CERPEN

42

Hadiah
(Tie Camar)
Sinopsis
Cerpen ini mengisahkan Azizah yang merupakan seorang pelajar miskin tidak
mampu membeli hadiah untuk guru kesayangannya iaitu Cikgu Zaleha. Azizah
mencuba meminta wang daripada ibu dan bapanya namun hampa. Ibu Azizah
mencadangkan agar Azizah membuat tudung saji untuk dijadikan hadiah Hari Guru
untuk Cikgu Zaleha. Setelah mempelajari cara menganyam tudung saji, Azizah
berusaha untuk menyiapkan tudung saji yang cantik sebagai hadiah untuk guru
kesayangannya. Pada Hari Guru, setelah menyerahkan hadiah kepada Cikgu Zaleha,
Azizah dikejutkan oleh Cikgu Zaleha yang menawarkannya supaya menyertai sebuah
pertandingan. Azizah bersetuju lalu berusaha sedaya upaya untuk menghasilkan
pelbagai rekaan yang berkualiti dan menarik. Gadis ini berjaya memenangi
Pertandingan Kraftangan Peringkat Daerah dan seterusnya ke peringkat negeri.
Akhirnya, dia telah berjaya menambat hati juri dan hakim di peringkat kebangsaan.
Usaha gigih dan kerajinan yang ditunjukkan oleh Azizah ialah kejayaan Cikgu Azizah
yang terbesar.

Tema
Tema cerpen Hadiah karya Tie Camar ialah kegigihan dan kecekalan seorang murid
yang berjaya memperoleh kejayaan. Watak utama cerpen iaitu Azizah gigih dan cekal
menyiapkan tudung saji untuk Cikgu Zaleha serta menyertai Pertandingan Kraftangan
Peringkat Daerah. Seterusnya, Azizah berjaya melayakkan diri ke pertandingan
peringkat negeri seterusnya ke peringkat kebangsaan.

43

Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam cerpen ini, antaranya:
i. Penghargaan kepada guru yang telah berjasa
Contoh : Azizah dan rakan-rakannya teruja untuk memberikan hadiah kepada guru
masing-masing yang telah berjasa sempena sambutan Hari Guru.
ii. Persoalan kegigihan dan kerajinan seorang murid
Contoh : Azizah gigih dan rajin menghasilkan tudung saji yang ingin dihadiahkan
olehnya kepada Cikgu Zaleha. Selain itu, dia juga gigih dan rajin menghasilkan
pelbagai rekaan yang berkualiti dan menarik sehingga memenangi Pertandingan
Kraftangan Peringkat Daerah.
iii. Persoalan kebijaksanaan menyelesaikan masalah
Contoh : Ibu Azizah mencadangkan pembuatan tudung saji sebagai ganti hadiah
untuk Cikgu Zaleha kerana mereka tidak berwang.

44

Kuih Bakul Limau Mandarin


(Mohd. Helmi Ahmad)
Sinopsis
Cerpen ini mengisahkan Sim Pau, seorang ibu yang gembira apabila menerima
panggilan telefon daripada Lim Meng yang hendak pulang beraya. Namun berita
gembira itu tidak disenangi oleh Lim Pooi, si ayah yang masih menyimpan kemarahan
terhadap anak perempuannya itu. Anak bongsu keluarga berbangsa Cina itu
dipersalahkan atas segala musibah yang menimpa keluarga mereka termasuklah
kematian anak sulung lelaki mereka, Lim Foong. Sim Pau yang selama ini bersabar,
akhirnya bersuara menentang suaminya. Lim Pooi terkejut melihat keberanian isterinya.
Sim Pau menceritakan segala-galanya termasuklah punca kematian Lim Foong. Lim
Pooi menginsafi kesalahannya. Sehari sebelum Tahun Baru Cina, kepulangan Lim
Meng disambut oleh kedua-dua orang tuanya dengan perasaan terharu. Akhirnya,
mereka berkumpul sebagai sebuah keluarga semula.

Tema
Kasih sayang keluarga yang kembali terjalin menjadi tema kepada cerpen Kuih Bakul
Limau Mandarin karya Mohd. Helmi Ahmad. Lim Pooi, Sim Pau dan Lim Meng
berkumpul semula sebagai sebuah keluarga setelah mereka melupakan konflik yang
melanda mereka.

Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam cerpen ini, antaranya:
i.

Persoalan kepercayaan pada perkara khurafat


Contoh : Lim Pooi mempercayai bahawa kelahiran Lim Meng membawa malang
kepada keluarga dan perniagannya.

45

ii.

Persoalan keegoan seorang bapa


Contoh : Lim Pooi tidak mahu menerima kepulangan Lim Meng kerana dia
berpendapat bahawa Lim Meng ialah punca segala kesedihannya.

iii.

Persoalan keberanian menyuarakan pendapat


Contoh : Sim Pau berani menyuarakan pendapatnya tentang perkara sebenar
yang berlaku yang berkaitan dengan Lim Foong.

iv.

Persoalan keinsafan seorang bapa


Lim Pooi menginsafi kesalahannya terhadap Lim Meng setelah mendengar
perkara sebenar daripada Sim Pau.

46

Oren
(Saifullizan Yahaya)
Sinopsis
Kehilangan Oren iaitu seekor kucing jantan membimbangkan ayah sekeluarga.
Aku berpendapat bahawa kehadiran Kelabu, juga seekor kucing jantan telah
menyebabkan Oren membawa diri. Ayah teringat ketika Oren dibawa pulang olehnya.
Hal ini membuatkan ibu tertanya-tanya kerana ayah tidak suka akan kucing. Kemudian,
pertanyaan ibu terjawab kerana ibu kepada Oren dilanggar oleh ayah tanpa disedari.
Akibat terlalu bimbang, ayah bermimpikan Oren yang pulang ke rumah. Keesokannya,
Anis menemukan Oren yang telah mati. Air menggenangi mata ayah.

Tema
Tema cerpen Oren ialah kasih sayang antara manusia dengan haiwan. Ayah membawa
Oren pulang selepas kematian ibu Oren malahan ayah sekeluarga amat bimbang
apabila Oren hilang dari rumah.

Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam cerpen ini, antaranya:
i.

Persoalan belas kasihan terhadap haiwan


Contoh : Ayah membawa Oren pulang ke rumah setelah ibu Oren mati.

ii.

Persoalan keprihatinan terhadap haiwan


Contoh : Ayah menunjukkan keprihatinannya terhadap Oren apabila memelihara
Oren selepas kematian ibu Oren.

iii.

Persoalan sikap pilih kasih


Contoh : Layanan yang diberikan oleh ayah dan keluarganya terhadap Kelabu
berbeza dengan layanan mereka terhadap Oren. Kelabu lebih mendapat
perhatian mereka berbanding Oren.

47

DRAMA

48

Hadiah
(Aripin Said)
Sinopsis
Setelah kematian Sarjan Akhbar, keluarga Sarjan Akhbar mengalami masalah
kewangan. Hayati tidak dapat menjelaskan bayaran asrama lalu mengambil keputusan
pulang ke kampung buat sementara waktu. Keluarga Hayati hanya bergantung hidup
kepada datuknya, Pak Mail yang menerima pencen yang sedikit. Masalah mereka telah
diadukan kepada penghulu kampung dan guru besar. Mereka berjanji akan membantu
keluarga Hayati. Nasib menyebelahi Hayati sekeluarga apabila wakil daripada
Kementerian Pertahanan menyampaikan bantuan sebanyak RM10,000.00 atas jasa
ayahnya yang terkorban semasa mempertahankan negara. Dengan bantuan yang
diperoleh, Hayati dapat meneruskan persekolahannya.

Pemikiran
Pemikiran drama Hadiah tulisan Aripin Said ialah hikmah kesabaran ketika berhadapan
dengan dugaan hidup. Buktinya, Hayati dan keluarganya bersabar dalam mendepani
masalah kewangan. Kesabaran mereka terbalas apabila mereka memperoleh hadiah
berbentuk wang tunai.

Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam drama ini, antaranya:
i. Persoalan ketabahan menghadapi dugaan dalam kehidupan
Contoh : Fauziah tabah menerima kematian suaminya, Sarjan Akhbar yang
terkorban semasa bertempur di sempadan.

ii. Persoalan penghargaan terhadap jasa seseorang


Contoh : Kementerian Pertahanan telah menghantar Encik Musa sebagai wakil
mereka untuk menyerahkan sekeping cek bernilai RM10,000.00 kepada Fauziah
sekeluarga sebagai penghargaan atas jasa Sarjan Akhbar.

49

iii. Persoalan berusaha untuk menyelesaikan masalah


Contoh : Pak Mail berusaha untuk mengatasi masalah kewangan yang dihadapi
oleh keluarganya dengan mengadukan hal mereka kepada Datuk Penghulu.

iv. Persoalan adab menerima tetamu


Contoh : Pak Mail menjemput Datuk Penghulu dan Encik Musa naik ke rumah lalu
menjemput mereka duduk sebagai adab melayan tetamu.

50

PUISI MODEN

51

Aku
(Rosli K.Matari)
Maksud Sajak
Rangkap 1
Penyajak mendapati dirinya keseorangan tanpa ada manusia lain di pantai ini.

Rangkap 2
Penyajak menyusuri sepanjang pesisir pantai sambil membayangkan dirinya ialah Nabi
Adam.

Rangkap 3
Penyajak menggambarkan hari tersebut seolah-olah merupakan hari Nabi Adam iaitu
manusia pertama yang dicipta oleh Tuhan. Pada hari itu, baginda dapat melihat
keindahan alam ciptaan Tuhan buat kali pertama.

Rangkap 4
Sebelum baginda dicipta oleh Tuhan, baginda tidak pernah mendengar deruan ombak.

Rangkap 5
Baginda juga tidak pernah merasai tiupan angin.

Rangkap 6
Baginda juga tidak pernah mengetahui kewujudan hidupan laut dan tumbuh-tumbuhan
di situ.

Rangkap 7
Baginda percaya akan kekuasaan Tuhan yang Maha pencipta kerana baginda baru
sahaja dicipta.

52

Tema
Tema sajak Aku karya Rosli K. Matari ialah percaya akan kewujudan Tuhan.
Penyajak menyatakan kewujudan Tuhan dengan membuktikannya melalui manusia dan
alam yang dicipta oleh-Nya.

Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam puisi ini, antaranya:
i. Persoalan kesyukuran terhadap kurniaan Tuhan
Contoh : Penyajak menyatakan bahawa manusia harus bersyukur kepada Tuhan
yang mencipta hidupan dan alam ini.

ii. Persoalan ketaatan kepada Tuhan


Contoh : Penyajak menyatakan bahawa manusia sebagai ciptaan Tuhan harus taat
kepada Tuhan.

iii. Persoalan kedamaian alam semula jadi


Contoh : Penyajak menggambarkan keindahan alam semula jadi melalui angin yang
bertiup di mana-mana dan bunyi ombak.

53

Kita Umpama Sehelai Daun


(SMahadzir)
Maksud Sajak
Rangkap 1
Kehidupan manusia di muka bumi ini ibarat sehelai daun. Manusia dilahirkan,
membesar dan menjadi dewasa. Manusia harus mampu menyumbangkan jasa kepada
insan lain agar dapat menerangi kehidupan mereka seterusnya keluar daripada
belenggu penderitaan.

Rangkap 2
Sekiranya kita gagal untuk menjadi manusia yang berbuat jasa, tiada ruang dan
peluang untuk sesiapa yang hidup dalam kepayahan untuk bergantung harap.

Rangkap 3
Kehidupan manusia ibarat sehelai daun yang bakal menjadi tua lalu mati. Oleh itu, kita
tidak seharusnya bersikap sombong dengan kelebihan yang kita miliki sehingga
melupakan kesusahan hidup orang lain yang bergantung harap kepada kita.

Rangkap 4
Jadikanlah hidup kita seperti sehelai daun yang menyumbangkan jasa semasa hidup
malahan setelah mati, jasa dan bakti kita masih dapat dimanfaatkan oleh orang lain.

Tema
Tema sajak, Kita Umpama Sehelai Daun tulisan SMahadzir ialah manusia seharusnya
berbuat jasa dalam kehidupan.

54

Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam puisi ini, antaranya:
i.

Persoalan berbuat jasa kepada orang lain


Contoh : Penyajak menyarankan pembaca agar hidup berjasa kepada orang lain
seperti daun yang mampu menjadi teduhan unggas daripada panas matahari.

ii.

Persoalan sikap rendah hati


Contoh : Penyajak menyarankan pembaca agar mengamalkan sikap rendah hati
iaitu tidak sombong akan kebolehan diri.

iii.

Persoalan keprihatinan terhadap orang lain


Contoh : Penyajak menyarankan pembaca supaya prihatin akan kesusahan
hidup orang lain.

55

Kuingin Berterima Kasih


(Ihsan Noorzali)
Maksud Sajak
Rangkap 1
Penyajak berterima kasih kepada hujan yang turun membasahi bumi. Kehadiran hujan
menyejukkan suasana dan jiwa manusia. Kedinginan yang dibawa mampu meredakan
api kemarahan.

Rangkap 2
Penyajak juga ingin berterima kasih dan berbakti kepada tanah yang subur. Tanah yang
subur telah memberikan rezeki dan pendapatan kepada para petani.

Rangkap 3
Penyajak juga ingin berterima kasih kepada ikan-ikan di laut kerana memberikan rezeki
kepada nelayan.

Rangkap 4
Penyajak juga berasa amat kagum atas pengorbanan para perajurit yang telah banyak
berkorban jiwa dan raga demi mempertahankan tanah air daripada ancaman musuh.
Pengorbanan mereka itu mempamerkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi seorang
rakyat terhadap tanah air.

Rangkap 5
Kadangkala penyajak teringin untuk menjadi sukarelawan yang dapat mengubati
kedukaan

dan penderitaan mangsa peperangan. Penyajak juga berharap dapat

memberikan kesedaran kepada masyarakat dunia betapa peperangan hanya akan


menimbulkan lebih banyak kehancuran dan penderitaan.

56

Rangkap 6
Penyajak berpendapat bahawa dunia akan lebih aman dan damai jika semua pihak
dapat berfikir secara waras dan bersama-sama berganding bahu menuju kejayaan dan
keamanan sejagat.

Tema
Manusia yang bersyukur atas nikmat yang diterima menjadi tema kepada sajak Kuingin
Berterima Kasih karya Ihsan Norzali. Jika semua manusia mengamalkan nilai
kesyukuran, dunia akan menjadi sebuah tempat yang aman untuk didiami oleh
manusia.

Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam puisi ini, antaranya:
i.

Persoalan kepentingan hujan kepada hidupan


Contoh : Penyajak menyatakan bahawa hujan yang turun mampu menyejukkan
suasana dan jiwa manusia.

ii.

Persoalan kepentingan berbakti kepada tanah


Contoh : Penyajak menyatakan bahawa petani yang rajin bercucuk tanam akan
memperoleh hasil yang lumayan.

iii.

Persoalan penghargaan kepada perwira negara


Contoh : Penyajak menyatakan bahawa dia berasa kagum akan semangat
patriotisme yang dimiliki oleh perwira negara dalam mempertahankan kedaulatan
negara.

iv.

Persoalan kesedaran untuk mengekalkan keamanan dunia


Contoh : Penyajak menyatakan bahawa dunia akan menjadi tempat yang indah
apabila semua orang menyedari kepentingan hidup bersama-sama dengan
aman.
57

Kunci Bahasa
(Abdul Hadi Yusof)
Maksud Sajak
Rangkap 1
Penyajak menegaskan bahawa bahasa yang bermaruah digambarkan oleh penutur
yang berbicara dan bertutur dengan bahasa yang betul dan penuh kesantunan.

Rangkap 2
Penyajak menyatakan bahasa yang maju sentiasa mengalami perubahan yang dinamik
dan bersistematik walaupun berlaku perubahan zaman.

Rangkap 3
Sejak dahulu lagi, susunan bahasa dibuat begitu sistematik sehingga tidak timbul
sebarang kekeliruan.

Rangkap 4
Penggunaan bahasa yang bersusila menjadi pengikat hubungan sesama insan.

Rangkap 5
Bahasa juga digunakan untuk berkomunikasi.

Rangkap 6
Bahasa didapati begitu indah melalui ungkapan-ungkapan dan susunan kata serta
bahasa yang puitis.

58

Tema
Tema yang ingin disampaikan oleh Abdul Hadi Yusof dalam sajaknya Kunci Bahasa
ialah kepentingan bahasa kepada setiap masyarakat di dunia amnya dan Malaysia
khasnya. Bahasa memiliki pelbagai kepentingan dalam kehidupan masyarakat misalnya
bahasa itu digunakan dalam komunikasi sesama manusia. Tanpa bahasa kehidupan
masyarakat akan terbatas.

Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam puisi ini, antaranya:
i.

Persoalan penggunaan bahasa yang bersusila


Contoh: Penyajak menyatakan bahawa bahasa yang digunakan secara bersusila
menggambarkan keperibadian penuturnya serta mengelakkan hati orang lain
tergores .

ii.

Persoalan silaturahim yang terjalin melalui bahasa


Contoh: Penyajak menyatakan bahawa hubungan sesama manusia terjalin
melalui bahasa yang difahami oleh kedua-dua pihak.

iii.

Persoalan perkembangan bahasa


Contoh:

Penyajak

menyatakan

bahawa

bahasa

seharusnya

menerima

perkataan-perkataan baharu untuk membolehkan bahasa itu berkembang.

59

PUISI TRADISIONAL

60

Pantun Dua Kerat


(Pantun kanak-kanak)
Maksud Pantun
Rangkap 1
Hubungan antara Tuhan dengan manusia amat dekat kerana manusia diciptakan oleh
Tuhan. Oleh itu, manusia harus mentaati perintah Tuhan dan menjauhi larangan-Nya.

Rangkap 2
Penyajak berpendapat bahawa orang yang berselimut iaitu kiasan kepada orang yang
tidak mahu melakukan apa-apa akan menyebabkan orang itu menjadi malas.

Rangkap 3
Setiap manusia dilahirkan dengan warna kulit yang berbeza namun orang yang berkulit
hitam manis tetap cantik pada pandangan penyajak.

Rangkap 4
Penyajak menyatakan bahawa orang yang tidak mahu berusaha tidak akan dapat
menikmati kehidupan yang senang.

Rangkap 5
Menurut penyajak, kedua-dua belah tangan memiliki fungsi masing-masing. Keduaduanya mesti kita gunakan dengan baik untuk berusaha memajukan diri.

Tema
Tema pantun kanak-kanak di atas ialah kepelbagaian ragam manusia. Menurut penyair,
manusia memiliki perwatakan dan tingkah laku yang berbeza-beza.

61

Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam puisi tradisional ini, antaranya:
i. Persoalan sikap malas merugikan diri
Contoh: Penyajak menyatakan bahawa manusia yang malas berusaha akan
terus hidup dalam kedaifan.

ii. Persoalan ketaatan kepada Tuhan


Contoh: Penyajak menyatakan bahawa manusia sebagai ciptaan Tuhan harus
taat kepada Tuhan.

iii. Persoalan setiap manusia memiliki keistimewaan tersendiri


Contoh: Penyajak menggambarkan orang yang berkulit hitam manis tetap cantik
dipandang.

iv. Persoalan kegigihan untuk mencapai kejayaan


Contoh: Penyajak berpendapat bahawa kedua-dua belah tangan mesti
digunakan untuk mencapai kejayaan dalam hidup.

62

Syair Pohon Buluh


(Mohd. Yusof Md. Nor dan Dr. Abd. Rahman Kaeh)
Maksud Syair
Rangkap 1
Serumpun buluh digambarkan ibarat sebuah menara yang tinggi yang bertingkat-tingkat
tetapi tidak memiliki bilik dan tangga. Setiap ruas buluh dikawal oleh miang buluh.
Rangkap 2
Dedaun buluh umpama kibaran bendera dari pangkal rumpun buluh hingga puncak
buluh yang paling atas. Secara umumnya, saiz daun buluh adalah sama.
Rangkap 3
Kepelbagaian saiz buluh dalam rumpun yang sama menggambarkan kesatuan yang
kuat.
Rangkap 4
Sifat buluh adalah licin sama ada di luar atau di dalam buluh. Bahagian dalam batang
buluh diumpamakan gelap seperti malam malah boleh menakung air tanpa tumpah.
Rumpun buluh yang banyak menyebabkan kawasan sekitar menjadi teduh.

Tema
Keistimewaan pohon buluh merupakan tema bagi syair Pohon Buluh yang terdapat
dalam puisi tradisional tingkatan satu . Pohon buluh digambarkan hidup dalam rumpun
yang saling membantu dan memberikan manfaat kepada manusia boleh diumpamakan
dengan manusia yang hidup bermasyarakat.

Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam puisi tradisional ini, antaranya:
i. Persoalan sikap saling melengkapi dalam semua perkara
Contoh: Penyajak menyatakan bahawa buluh menjadi kuat kerana setiap batang
buluh berperanan untuk melengkapi batang-batang yang lain.
63

ii. Persoalan kesamarataan darjat


Contoh: Penyajak menyatakan bahawa saiz daun buluh adalah sama dari
pangkal perdu buluh hingga pucuk yang teratas.

iii. Persoalan keteguhan melalui penyatuan


Contoh: Penyajak menyatakan bahawa rumpun buluh hidup subur dan kuat
walaupun terdapat saiz buluh yang berbeza-beza di dalam rumpunnya.

64

PROSA TRADISIONAL

65

Asal Padi

Sinopsis
Cerita ini mengisahkan sepasang suami isteri yang kaya telah meninggal dunia.
Kedua-dua orang anak lelaki mereka yang masih kecil dianiaya oleh penjahat. Harta
yang tinggal hanyalah sebuah kolam ikan. Suatu hari, Si Bongsu melihat tujuh orang
perempuan sedang bersiap-siap untuk pulang ke kayangan. Si Bongsu mendapat
keizinan untuk ke kayangan. Di kayangan, Si Bongsu ditinggalkan sendirian.

Dia

melihat sesuatu yang berkilau-kilau seperti emas, sedang dijemur di tengah-tengah


dusun. Rupa-rupanya, sesuatu yang berkilau-kilau itu ialah padi. Si Bongsu ingin
meminta sedikit padi untuk ditanam di bumi tetapi tidak dibenarkan oleh empunya padi
itu. Apabila berpeluang, Si Bongsu mengambil segenggam padi lalu melarikan diri. Dia
dapat ditangkap lalu dicederakan oleh empunya padi hingga tumitnya luka. Si Bongsu
bermohon supaya dia dibenarkan bekerja dengan empunya padi. Si Bongsu berjaya
menyembunyikan segenggam padi dan memberitahu empunya padi bahawa dia mahu
kembali ke bumi. Di bumi, Si Bongsu menanam padi dan berbuah dengan lebat tetapi
padi di kayangan sudah tidak menjadi kerana daya hidup padi di kayangan telah hilang.
Empunya padi telah menghantar burung pipit untuk menyiasat jika padi hidup di bumi.
Burung pipit pulang ke kayangan lalu melaporkan bahawa tiada tanaman padi di bumi.
Namun empunya padi tidak percaya lalu menghantar Si Tekuri pula. Si Tekuri akan
membunuh pipit jika di bumi ada padi jika sebaliknya, pipit akan membunuh Si Tekuri.
Sebaik-baik tiba di bumi, Si Tekuri mendapati burung pipit berkata bohong, lalu Si
Tekuri berkelahi dengan burung pipit. Burung pipit telah kalah lalu kerongkongnya
disepit oleh Si Tekuri dengah kuat hingga temboloknya telah beralih ke arah
tengkuknya. Itulah punca tembolok burung pipit berada di tengkuknya dan inilah asal
usul padi di bumi.

66

Tema
Tema cerita Asal Padi yang terdapat dalam Prosa Tradisional Tingkatan Satu ialah
kebijaksanaan

seseorang

dalam

menyelesaikan

masalah.

Si

Bongsu

bijak

menyelesaikan masalah dalam usahanya mendapatkan padi yang berasal daripada


kayangan untuk dibawa pulang ke bumi.

Persoalan
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam cerita ini, antaranya:
i. Persoalan keberanian melakukan sesuatu tindakan
Contoh: Si Bongsu dengan berani memasukkan padi itu ke dalam mulutnya dan
melarikan diri namun dapat ditangkap oleh empunya padi sehingga tumitnya luka.
ii. Persoalan kebijaksanaan mencari akal
Contoh: Si Bongsu mencari akal agar dia dapat menyembunyikan tanaman padi itu
di dalam sebuah tempat yang tidak akan diketahui oleh empunya padi.
iii. Persoalan persoalan mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain
Contoh: Orang-orang jahat telah mengambil segala harta yang ditinggalkan oleh
pasangan suami isteri kepada anak-anak mereka yang masih kecil.
iv. Persoalan bersungguh-sungguh menjaga hak
Contoh: Empunya padi benar-benar memastikan padi yang ditanamnya tidak dicuri
orang.

67