Anda di halaman 1dari 16

TAMADUN ISLAM

&
TAMADUN ASIA
KEUNIKAN
KONSEP
MALAYSIA ( 1 M )
BIL
.

NAMA PELAJAR

1.

AZLAN BIN MISLI

2.

ERMA ABDUL RAHIM

3.

ISNIAH MADJAL

4.

LINGUAN BIN GOLOK

5.

AG. MOHD. RIDHWAN BIN YA2012DAUD


2082

SATU

NO.
KAD NO.
KAD
MATRIK
TELEFON
YA2012010 2258834
2139
YA2012019 8937819
2052
YA2010013 5587295
2050
YA2012010 2660215
2080
016 8258183

KONSEP 1 MALAYSIA
Cabaran globalisasi yang melanda seluruh dunia ketika ini, memerlukan
setiap negara menyusun strategi masing-masing agar tidak tersisih

daripada arus kemajuan dunia dan menjadi mangsa penindasan pihak


tertentu. Bagi menghadapi keadaan ini, seluruh rakyat Malaysia, tanpa
mengira keturunan dan anutan agama, perlu bergerak seiring sebagai
satu bangsa, yakni Bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah
mencapai matlamat yang sama iaitu membina sebuah negara yang lebih
maju, selamat, aman dan makmur serta mampu bersaing dengan
masyarakat lain di dunia.

Bagi melahirkan Bangsa Malaysia yang lebih berdaya tahan dalam


menghadapi pelbagai cabaran

yang

dibawa

oleh arus

globalisasi,

termasuk dalam bidang sosial, ekonomi dan politik, maka Perdana


Menteri, YAB Dato Sri Mohd Najib Tun Razak memperkenalkan Gagasan
1Malaysia yang berpaksikan prinsip Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan. Konsep ini bertepatan dengan cita rasa rakyat Malaysia dan
sejajar

dengan

peruntukan

yang

termaktub

dalam

Perlembagaan

Persekutuan dan Prinsip-Prinsip Rukun Negara.


Gagasan 1Malaysia menurut penjelasan YAB Dato Sri Mohd Najib Tun
Abdul Razak: Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa
Malaysia. Dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak
semua kumpulan etnik dalam negara kita;

Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk menolong
kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil
dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak
mendapat sesuatu pertimbangan daripada kerajaan. Kita keluar daripada
cara bertindak dalam tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian
lama1.

KUALA LUMPUR, 15 Jun 2009 (Bernama), Datuk Seri Najib Tun Razak

1 Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan


rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai
penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Ia bukan
satu dasar baru yang terpisah dari dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional
sebelum ini, sebaiknya merupakan pelengkap kepada pendekatanpendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi
menjamin kestabilan ke arahmencapai kemajuanyang lebih tinggi bagi
rakyat dan negara Malaysia. Dalam erti kata yang lain 1 Malaysia
digagaskan sebagai satu formula yang akan membantu memastikan
aspirasi Negara, iaitu Wawasan 2020 tercapai jika ia diterapkan ke dalam
sanubari rakyat dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat.Syarat
yang paling utama yang perlu ada untuk mencapai Wawasan 2020 ialah
adanya sebuah negara yang kukuh dan stabil dan ini hanya akan dapat
dicapai apabila rakyatnya bersatu padu.2
Perpaduan yang digambarkan oleh gagasan 1 Malaysia ini amat berbeza
daripada konsep asimilasi yang diamalkan di negara-negara lain di mana
identiti kaum-kaum etnik dilenyapakndan diganti dengan satu identity
nasional yang sama. Hal yang demikian amat berbeza dengan konsep
yang diketengahkan dalam konsep 1 Malaysia, di mana dalam konsep ini
ia lebih menghormati dan menghargai prinsip-prinsip Perlembagaan
Persekutuan serta identity etnik setiap kaum di Malaysia. Hal ini
sepatutnya menjadi satu asset dan kebanggaan serta kelebihan kepada
Malaysia.
1 Malaysia menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang
kaum. Sebagai contoh, sesuatu kaum itu menerima keunikan kaum yang
lain seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan yang saling
menghormati sebagai rakyat dalam satu negara. Prinsip keadilan adalah
menjadi asas kepada timbulnya idea 1 Malaysia ini, di mana ia membawa
2

sumber: [www.1malaysia.com.my] Booklet 1Malaysia


(http://www.1malaysia.com.my/images/1Malaysia/Booklet/pdf_download.php)

maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana
pihak akan dipinggirkan. Oleh yang demikian, dalam idea 1 Malaysia ini, ia
mestilah mengambil kira taraf kemajuan kaum-kaum yang berada pada
tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar-dasar dan peruntukan-peruntukan
Perlembagaan

kepada

golongan

yang

memerluakn

tetap

akan

dilaksanakan. Justeru idea ini boleh diguna pakai untuk meneruskan


agenda membina negara. Untuk mencapai kemajuan dalam sesebuah
negara itu, rakyat perlulah dimajukan terlebih dahulu, dan ini perlu
dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum yang
membawa kepada perpaduan yang kukuh dan utuh.Apabila perpaduan
tercapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan
lancar3.

2.sumber: [www.1malaysia.com.my] Booklet 1Malaysia


(http://www.1malaysia.com.my/images/1Malaysia/Booklet/pdf_download.php)

ASPEK ASPEK UTAMA 1 MALAYSIA


Konsep 1 Malaysia digagaskan akan terlaksana dalam dua aspek utama
seperti berikut :
Aspek Penerapan Teras-teras Perpaduan
Menerapkan
amalansemua

teras-teras
rakyat

perpaduan

Malaysia.

Teras

sebagai

budaya

perpaduan

ini

dan
adalah

komponen asas yang menguatkan semangat bersatu padu di


kalangan rakyat berbilang kaum. Teras perpaduan ini didokongi oleh
nilai-nilai murni yang seharusya mendasari cara hidup rakyat
Malaysia.
Aspek Penerapan Nilai-nilai Aspirasi
Nilai-nilai aspirasi yang digagaskan dalam konsep 1 Malaysia lalah
nilai-nilai yang perlu ada pada masyarakat progresif dan dinamik
yang akan memacu negara ke arah mencapai status negara maju.
Nilai-nilai aspirasi ini akan membantu dalam mewujudkan tenaga
kerja yang berdaya majudan mampu bersaing dalam persekitaran
global dan ini seterusnya membantu melonjakkan kedudukan
ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh dan mantap4.

sumber: [www.1malaysia.com.my] Booklet 1Malaysia


(http://www.1malaysia.com.my/images/1Malaysia/Booklet/pdf_download.php)

TERAS TERAS PERPADUAN


Penerimaan
1 Malaysia menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat
berbilang kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum
lain yang seadanya agar dapat kita hidup bersama dalam keadaan
saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara.Ia
adalah peningkatan ketara dari sikap toleransi semata-mata.
Prinsip-prinsip Kenegaraan yang berasaskan :
Perlembagaan persekutuan
Rukun negara
Keadilan Sosial
Semua rakyat Malaysia akan terbela dan tiada mana-mana pihak
akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf
kemajuan kaum-kaum yang berada pada tahap berbeza Oleh itu,
dasar-dasar kerajaan dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan
yang

memberikan

pembelaan

kepada

golongan

memerlukannya akan tetap dilaksanakan5.

sumber: [www.1malaysia.com.my] Booklet 1Malaysia


(http://www.1malaysia.com.my/images/1Malaysia/Booklet/pdf_download.php)

yang

PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI


Ketiga-tiga Teras Perpaduan ini akan didokongi oleh nilai-nilai murni.
Antara nilai-nilai yang perlu dititikberatkan adalah seperti yang berikut :
Hormat Menghormati
Hormat

menghormati

antara

semua

kaum

termasuklah

menghormati adat resam serta budaya kaum lain. Rasa hormat ini
juga menuntut kita tidak mengeluarkan kata-kata kesat tentang
kaum lain dan juga tidak mempersoalkan peruntukan-peruntukan
undang-undang yang menyentuh sensitivity kaum.
Rendah Hati ( Tawadhuk )
Rasa rendah hati atau Tawadhuk adalah perasaan insaf bahawa kita
semua adalah rakyat dalam satu negara yang sama dan kita perlu
hidup bersama secara harmoni. Ia juga merangkumi pengertian
bahawa setiap kaum, malah setiap individu ada kelemahan dan
kelebihannya yang tersendiri, oleh yang demikian kita haruslah
memanfaatkan

kelebihan

masing-masing

demi

untuk

memperkukuhkan masyarakat dan negara.


Kesederhanaan
Kesederhanaan ialah pendekatan sederhana dalam apa jua isu yang
berbangkit. Dalam negara bermasyarakat majmuk seperti Malaysia
ini, tindakan dan tutur kata bersifat ekstrem langsung tidak boleh
diterima kerana ia boleh membawa kepada ketidakstabilan social
yang lebih parah.
Berbudi Bahasa
Budi bahasa ialah tuturkata dan tingah laku yang tertib dan
berpaksiakn kesantunan dalam segala interaksi dan perhubungan

dengan pihak lain bagi menjana kerjasama dan permuafakatan yang


lebih erat lagi6.

sumber: [www.1malaysia.com.my] Booklet 1Malaysia


(http://www.1malaysia.com.my/images/1Malaysia/Booklet/pdf_download.php)

NILAI NILAI ASPIRASI

( RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN )


Dalam melaksanakan aspek kedua gagasan 1 Malaysia, nilai-nilai berikut
perlulah diberikan penekanan:
Budaya Berprestasi Tinggi
Sifat memastikan setiap perkara dan setiap tugas yang dilakukan
mencapai tahapyang terbaik. Sikap sambil lewa dan acuh tak
acuh tidak boleh wujud dalam masyarakat yang berdaya maju.
Budaya Ketepatan
Sebagai rakyat sebuah negara yang berhasrat mencapai status
negara maju, rakyat Malaysia perlu dikenali dengan budaya
ketepatan,

termasuklah

menepati

waktu

dan

mengutamakan

kecekapan dalam melaksanakan semua tugas dan kewajipan.


Budaya Ilmu
Sesebuah negara hanya akan benar-benar maju dan berjaya apabila
rakyatnya memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Budaya ilmu
ialah kecenderungan untuk sentiasa memburu pengetahuan yang
terkini dan kesediaan untuk menimba ilmu sepanjang hayat.
Integriti
Rakyat

Malaysia

perlu

memiliki

integrity

yang

tinggi

dalam

melaksanakan sebarang tugas dan tanggungjawab agar bangsa


sentiasa

disegani

dan

dihormati

oleh

semua

pihak.Integriti

merangkumi sifat-sifat amanah, bersih dan cekap dalam melakukan


sebarang tugas dan melaksanakan tanggungjawab7.

NILAI NILAI ASPIRASI

sumber: [www.1malaysia.com.my] Booklet 1Malaysia


(http://www.1malaysia.com.my/images/1Malaysia/Booklet/pdf_download.php)

( RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN )


Ketabahan
Ketabahan

dalam

mengharungi

masalah

dan

cabaran

yang

mendatang. Rakyat Malaysia seharusnya bersifat tidak mudah


mengaku kalah, sebaliknya perlu memiliki

keyakinan diri yang

tinggi serta semangat juang yang kental dalam apa jua bidang yang
diceburi.
Kesetiaan
Kesetiaan sepenuhnya kepada negara Malaysia dan kesediaan untuk
berbakti dan berkorban demi negara tercinta.
Kebijaksanaan
Merupakan cara berhadapan dengan sebarang masalah dengan
penuh berhemah dan teliti agar tidak berlaku perkara-perkara yang
menyinggung hati dan perasaan mana-mana pihak yang lain.
Budaya Inovasi
Aspek ini menuntut kita sebagai rakyat Malaysia untuk mencuba
perkara baru dan berinovasi dalam apa jua lapangan yang kita
ceburi. Rakyat Malaysia perlu dikenali sebagai individu-individu yang
mampu menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing. Kita
mestilah berani berubah untuk kebaikan, berani untuk mencari
penyelesaian baru dalam menangani masalah dan sentiasa bersedia
untuk menjadi perintis dalam setiap bidang yang diterokai 8.

sumber: [www.1malaysia.com.my] Booklet 1Malaysia


(http://www.1malaysia.com.my/images/1Malaysia/Booklet/pdf_download.php)

KONSEP
1MALAYSIA
POLARISASI KAUM

HAPUS

SELARAS dengan konsep 1Malaysia yang mempromosikan perpaduan dan


semangat kekitaan di kalangan rakyat Malaysia melalui prinsip hormat
menghormati dan kepercayaan di antara satu sama lain, pelajar dan belia
daripada pelbagai kaum perlu menghapuskan polarisasi kaum.Sebaliknya
mereka harus berusaha untuk mengenali antara satu sama lain dan
menjalinkan persahabatan dengan mereka yang berlainan kumpulan
etnik.
Kesedaran dan usaha berterusan harus dilakukan kerajaan termasuk
pembaharuan sistem pendidikan, bagi membantu generasi pemimpin
negara yang akan datang untuk mencapai objektif penting iaitu membina
perpaduan

dalam

kepelbagaian.Belia

dan

remaja

sepatutnya

tidak

menganggap bahawa seseorang yang sedang duduk di sebelah mereka


adalah

berlainan

bangsa

dan

agama.

Sebaliknya,

mereka

harus

menyedari bahawa yang duduk di sebelah mereka adalah seorang rakan.


Warga belia daripada pelbagai bangsa harus berusaha memperkukuhkan
lagi integrasi kaum yang menjadi tunggak perpaduan negara. Dalam
semua jenis acara, sama ada dalam sukan mahupun aktiviti kokurikulum,
usaha yang praktikal harus diambil bagi menyatupadukan belia negara
supaya mereka dapat berinteraksi di antara satu sama lain.
Sekolah adalah tempat terbaik untuk mempromosikan integrasi kaum.
Guru dan ibu bapa harus memainkan peranan masing-masing dalam
membantu proses itu. Ibu bapa harus menggalakkan anak mereka untuk
bergaul dengan mereka yang berlainan kaum bagi mewujudkan lebih
persefahaman di antara agama, budaya dan cara hidup.Usaha berterusan
juga harus di ambil bagi menghapuskan polarisasi kaum, terutama di
kalangan pelajar yang berlainan kaum.Pelajar pada hari ini adalah

pemimpin

pada

masa

akan

datang.

Di

bahu

mereka

terletaknya

tanggungjawab dalam membina negara yang bersatu-padu dengan satu


matlamat yang dikongsi bersama9.Usaha untuk menyemai nilai-nilai murni
dan objektif mulia berkaitan dengan perpaduan ini harus dimulakan di
peringkat sekolah rendah lagi supaya kita dapat menghasilkan generasi
akan datang yang sedar mengenai tanggungjawab mereka terhadap
pembinaan negara.
Kita harus mengambil semua langkah berpatutan bagi memastikan sistem
pendidikan pada peringkat pra universiti tidak menyumbang ke arah
polarisasi yang tidak sihat di kampus universiti kita.Sekolah, kolej dan
institusi pendidikan swasta perlu mengambil usaha bagi mencegah
polarisasi kaum pada peringkat institusi masing-masing.Kita perlu kembali
ke

pengetahuan

asas

iaitu

mematuhi

Rukun

Negara

dan

lima

prinsipnya.Antara prinsip tersebut ialah Kepercayaan Kepada Tuhan,


Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan
Undang-Undang dan Kesopanan dan Kesusilaan yang menjadi cahaya
pedoman untuk membina Malaysia yang bersatu-padu.Perpaduan dan
keharmonian kaum harus menjadi sebahagian daripada budaya kita serta
dapat mewujudkan lebih banyak peluang kepada orang ramai dari
pelbagai kaum untuk berjumpa dan menjalinkan persahabatan yang lebih
akrab demi masa depan negara10.
Sebagai kesimpulannya, konsep satu Malaysia akan membawa aspirasi
untuk memperkukuh hubungan kaum bagi memastikan rakyat Malaysia
dapat menjalinkan perpaduan yang lebih erat berlandaskan kehendak
prinsip Rukun Negara. Melalui konsep 1 Malaysia ini tidak akan wujud
9

Sumber : Berita Harian ( 27 Mei 2009), TAN SRI LEE LAM THYE

10

sumber: [www.1malaysia.com.my] Booklet 1Malaysia


(http://www.1malaysia.com.my/images/1Malaysia/Booklet/pdf_download.php)

perasaan tidak berpuas hati kepada mana-mana kaum kerana semua


rakyat ialah bangsa Malaysia dan rakyat Malaysia yang mempunyai satu
hala tuju dan cita rasa untuk bersama-sama memajukan negara. Rakyat
perlu menumpahkan kesetiaan dengan sepenuhnya kepada negara.
Kerajaan khususnya perlu menagih komitmen dan pengertian menyeluruh
semua pihak terhadap kepentingan perpaduan negara dan peranan
gagasan 1 Malaysia dalam membantu merealisasikan impian dalam
membentuk sebuah negara bangsa. Keharmonian negara yang dikecapi
dan keamanan menyirup udara segar hasil kemerdekaan perlu dikekalkan
supaya keaman dan perpaduan ini tetap berterusan hingga kepada
generasi akan datang.

Anda mungkin juga menyukai