Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN KEM ISKANDAR

JALAN SEKAKAP 86800 MERSING

KERTAS KERJA : KEMPEN BUDI BAHASA DAN NILAI-NILAI MURNI SEKOLAH


KEBANGSAAN KEM ISKANDAR

1.0 PENDAHULUAN.

Dalam era kebangkitan menuju kearah Konsep Islam Hadhari, kita harus
menerima hakikat bahawa kemajuan sains dan teknologi banyak mempengaruhi
serta mencorakkan kehidupan manusia. Perkembangan dan kemajuan ini terus
menerus menggerakkan keinginan manusia menjadi kompleks. Malah cita rasa ,
nilai budi dan keperluannya juga turut berubah. Namun demikian, dalam
keghairahan kita mengejar kemajuan dan pembangunan, ciri-ciri ketertiban dan
kemanusiaan perlu seiring. Kemajuan dan pembangunan yang kita capai akan
menjadi lebih bermakna, sekiranya kemurnian moral dan agama sentiasa
menjadi landasan hidup sepanjang hayat.
Sebenarnya tugas membentuk peribadi dan disiplin pelajar-pelajar
bukan sahaja dipertanggungjawabkan kepada sekolah semata-mata, bahkan
ibubapa dan seluruh masyarakat turut dipertanggungjawabkan. Apa yang
terpenting ialah pelajar-pelajar sendiri hendaklah sanggup mengubah sikap ke
arah yang lebih dinamik, produktif dan terbuka selaras kehendak-kehendak
pendidikan kini dan pembangunan Negara semasa.
Justeru itu Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan
Kebangsaan Kem Iskandar telah melancarkan Kempen Budi Bahasa dan NilaiNilai Murni selaras gengan pelancarannya di peringkat kebangsaan.
2.0

RASIONAL

Sekolah merupakan institusi masyarakat yang penting. Di


sekolahlah seorang anak itu menimba pengetahuan, membentuk perwatakannya
dan seterusnya diasuh untuk menghadapi hidup sebagai seorang dewasa.
Dengan tertanamnya ciri-ciri ini di jiwa mereka dapatlah mereka berfungsi
sebagai seorang warganegara yang bertindak dengan penuh tanggung jawab.
Tetapi, sejak akhir-akhir ini masalah keruntuhan tatatertib, sifat-sifat
luhur serta kesantunan budi bahasa di kalangan pelajar amat dirasai. Identiti
dan jati diri di kalangan pelajar-pelajar semakin luntur. Jika perkara ini tidak
dicegah, masalah sosial yang lebih serius yang boleh mengancam masa depan
Negara mungkin terjadi. Kepincangan yang tersua dalam sistem sosial pada hari
ini mengakibatkan keciciran budi bahasa dan amalan yang baik. Pertumbuhan
pusat-pusat hiburan secara mendadak di kota-kota malah di pecan-pekan kecil ,
kelonggaran ikatan kekeluargaan akibat ibubapa yang terlalu sibuk di luar,

pengaruh budaya luaran yang permisif yang dibantu media antara bangsa dan
domestik menyumbang kepada perkelilingan sosio-budaya kita pada hari ini
terutama dikalangan pelajar sekolah rendah.
Sebelum budaya pelajar-pelajar kita merosot, Badan Disiplin dan
Pengawas sekolah bersama-sama dengan Unit Bimbingan dan Kaunseling
sekolah berhasrat untuk mempraktikkan semula budi bahasa dan nilai-nilai murni
warisan kita kepada para pelajar.

3.0

MATLAMAT

Matlamat utama Program Budi Bahasa Budaya kita ialah untuk


membentuk pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Kebangsaan Kem Iskandar
mempunyai sifat-sifat mulia, beradab, bersopan-santun, tersisip dengan
semangat perpaduan dan tolong menolong, bertoleransi, saling memahami,
cintakan kedamaian dan kebersihan dan cintakan Negara. Tanggungjawab ini
mengisi prinsip kelima Rukunegara iaitu kesopanan dan kesusilaan yang
hakikatnya menganjurkan kelakuan terpunji dan amalan murni.

4.0

OBJEKTIF

Objektif Program Budi Bahasa Budaya kita memberi tumpuan kepada:


4.1

Pemupukan dan penghayatan budi bahasa dan nilai-nilai murni di


kalangan pelajar sekolah.

4.2

Menjadikannya sebagai satu amalan dalam kehidupan mereka seharihari samada di sekolah maupun di rumah

.
4.3

5.0

Melahirkan pelajar yang berilmu, bermoral, berbudi bahasa seperti yang


digariskan dalam prinsip-prinsip Rukunegara.

SASARAN

Semua warga Sekolah Kebangsaaan Kem Iskandar .

6.0

PERLAKSANAANNYA:

Pelancaran Kempen Budi Bahasa dan Nilai-Nilai Murni dijalankan


serentak di semua sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran
pada:Hari
:
Selasa
Tarikh
:
21 Jun 2015
Masa
:
8.00 pagi.
Tempat
:
Tapak Perhimpunan
Sekolah Kebangsaan Kem Iskandar
Perasmian :
En. Wan Mohd Ghazali Wan Mat
Guru Besar, SK Kem Iskandar
7.0

JAWATANKUASA PROGRAM BUDI BAHASA BUDAYA KITA.


PENASIHAT

PENGERUSI

SETIAUSAHA

EN. WAN GHAZALI WAN MAT


GURU BESAR, SK KEM ISKANDAR.
PN AZIZAH ABD.HAMID
GPK HAL EHWAL MURID.
EN A.MURAT BIN ABD.RANI
(GURU BIMBINGAN)

AJK:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

8.0

EN. KHAIRUL ASMADI ABU BAKAR


PN. HASANIAH OMAR
PN. SITI SARA MUSTAFA
CIK SALBIAH IBRAHIM
ENCIK MOHD FARID ITHNIN
PN. ZANARIAH MOHD SAID
PN. NOORHAYATI BT. MOHAMAD

PENUTUP

Dalam usaha melahirkan pelajar-pelajar yang mempunyai identiti positif,


berfikiran luas, terbuka serta bertanggungjawab bukan sahaj terhadap diri sendiri
malahan terhadap keluarga, rakan, jiran, pemimpin, guru serta persekitaran.
Adalah diharapkan melalui program ini akan dapat membentuk persepsi yang
tegas tentang amalan berbudi bahasa, kesan serta nilai-nilai kekeluargaan
dikalangan pelajar yang merupakan generasi muda Malaysia. Merekalah bakal
menjadi pemimpin masa depan Negara. Pepatah mengatakan;

Tegak rumah kerana sendi,


Runtuh sendi rumah binasa,
Sendi bangsa ialah budi,
Runtuh budi, runtuhlah bangsa.
Kecemerlangan, kegemilangan dan keterbilangan kita akan muncul , jika
sekiranya kita menjadi satu bangsa yang berpekerti mulia, berbudi tinggi dan
bebahasa baik.

Disediakan oleh,
..
(A.MURAT ABD.RANI)
Setiausaha
Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni
SK Kem Iskandar

SEKOLAH KEBANGSAAN KEM ISKANDAR


JALAN SEKAKAP
86800 MERSING

LAPORAN PELANCARAN KEMPEN BUDI BAHASA DAN NILAI-NILAI MURNI

Tanggal 21 Jun 2015, Unit Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling


kebangsaan Setiawangsa, Kuala Lumpur telah melancarkan Kempen Budi
Bahasa dan Nilai-nilai Murni untuk semua murid-murid Sekolah Kebangsaan
Taman Setiawangsa. Majlis pelancaran itu di adakan pada hari Selasa jam 8.00
pagi di Tapak Perhimpunan Sekolah Kebangsaan Kebangsaan Kem Iskandar.
Ianya di rasmikan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kebangsaan
Kem Iskandar , iaitu Encik Wan Mohd Ghazali Wan Mat
Objektif Program Budi Bahasa Budaya kita adalah tertumpu kepada :
1. Pemupukan dan penghayatan budi bahasa dan nilai-nilai murni di
kalangan pelajar sekolah.
2. Menjadikannya sebagai satu amalan dalam kehidupan mereka sehari-hari
samada di sekolah maupun di rumah
3. Melahirkan pelajar yang berilmu, bermoral, berbudi bahasa seperti yang
digariskan dalam prinsip-prinsip Rukunegara.
Kempen ini adalah kempen yang telah dilancarkan oleh Kementerian Seni dan
Warisan. Sehubungan dengan itu setiap sekolah dikehendaki melamcarkan
kempen ini secara serentak dengan membaca perutusan daripada Menteri
Pelajaran Malaysia.
Majlis pelancaran tersebut dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan
pengerusi majlis iaitu Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid iaitu Puan Azizah
Abd.Hamid dan Ucapan perasmian nya ialah Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Kebangsaan Kem Iskandar. Majlis tersebut berakhir dengan nyanyian lagu Budi
Bahasa Budaya kita oleh Koir Tahun 5 dan di iringi oleh semua murid.
Adalah diharapkan melalui program yang dilancarkan ini akan dapat
membentuk persepsi yang tegas tentang amalan berbudi bahasa, kesan serta
nilai-nilai kekeluargaan dikalangan pelajar yang merupakan generasi murda
Malaysia. Merekalah bakal menjadi pemimpin masa depan Negara. Pepatah
mengatakan:
Tegak rumah kerana sendi,

Runtuh sendi rumah binasa,


Sendi bangsa ialah budi,
Runtuh budi, runtuhlah bangsa.
Kecemerlangan , kegemilangan dan keterbilangan kita akan muncul , jika
sekiranya kita menjadi satu bangsa yang berpekerti mulia, berbudi tinggi dan
berbahasa baik.

Sekian.

Laporan disediakan oleh,


.
(A.MURAT ABD.RANI )
Unit Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling,
Sekolah Kebangsaan Kebangsaan Kem Iskandar,
86800 Mersing.