Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN PERTANDINGAN INOVASI SK (L) JALAN PASAR 1

Nama Program

: Pertandingan Inovasi Sk (L) Jalan Pasar 1

Tarikh

: 7 Oktober 2015

Hari / Masa

:Rabu (8.00 pg-12.00 t/h)

Tempat

:SK Danau Kota

Objektif

1.

Memberi pengalaman kepada murid tentang pertandingan inovasi dan


penghasilan produk yang mendapat permintaan.

2.

Melahirkan murid yang kreatif dan inovatif.

3.

Mengasah bakat murid dalam mencipta sesuatu yang kreatif dan


inovatif

4.

Memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan bakat dalam


keusahawanan

Sasaran:
Ahli kelab olahraga sekolah.
Butiran aktiviti:
Pertandingan inovasi telah dijalankan pada 7 oktober 2015 di SK Danau
Kota.Pihak SK (L) Jalan Pasar 1 telah menghantar 4 orang wakil dari kelab olahraga
sekolah untuk menyertai pertandingan ini.Murid telah dibawa oleh guru pengiring
iaitu En.Khairul Nazri Bin Mohd Yatim ke sekolah Danau Kota.Semasa di sekolah
tersebut,murid perlu menyediakan satu sudut pameran produk inovasi dan menghias
sudut tersebut dan mempamerkan produk inovasi yang telah dicipta.Di samping
itu,sudut tersebut perlu dijaga oleh dua murid dan memberi penerangan kepada
pihak juri dan pegawai yang hadir serta orang ramai yang ingin tahu berkenaan
prodk yang dicipta.Seterusnya,dua orang murid perlu membuat persediaan untuk
pembentangan tentang produk yang dibuat kepada juri atau hakim pertandingan di

dalam bilik atau ruang yang telah di khaskan.Akhir sekali,pengumuman pemenang


dibuat pada hari tersebut.
Penilaian Program :
Pertandingan ini telah memberi pengalaman berguna kepada murid yang
telah menyertainya.Melalui pertandingan ini,pihak sekolah dapat mengesan bakat
dan

semangat

dalam

kalangan

murid

yang

betul-betul

ingin

menyertai

pertandingan.Guru-guru juga memberi kerjasama yang baik dalam menyediakan


murid untuk menyertai pertandingan ini.Disamping itu juga,guru-guru juga sanggup
berkongsi duit untuk membeli kelengkapan yang diperlukan.
Namun terdapat juga kekurangan atau kelemahan dimana masa latihan dan
persediaan untuk murid-murid menyertai pertandingan ini adalah terhad kerana
kebanyakan guru sibuk dengan pemanatauan SPSK di peringkat sekolah.
Pada masa akan datang,pihak sekolah akan lebih memberi fokus dan melatih
murid yang akan dihantar bertanding dengan lebih awal kerana telah mengesan
bakat yang sesuai dan mencipta idea-idea baru yang lebih kreatif supaya dapat
bersaing dan layak menyertai pertandingan ini lagi pada masa akan datang.
Dokumentasi Bergambar :

Disediakan :

Khairul Nazri Bin Mohd Yatim


Guru Pengiring Pertandingan Inovasi