Anda di halaman 1dari 11

Pengenalan kepada Perundangan Keselamatan dan

Kesihatan Pekerja di Malaysia


Pengenalan

Keselamatan dan kesihatan pekerjaan meruapakan satu bidang


yang bertujuan melindungi keselamatan dan kesihatan pekerja.
Keselamatan tempat kerja merupakan suatu aspek penting di
dalam sesebuah organisasi syarikat. Kerajaan telah mengambil
langkah-langkah perlu dengan memperkenalkan Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 pada 25 Februari
1994.
Antara faktor yang membawa kepada pengenalan Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 adalah kerana
terdapatnya banyak kelemahan di dalam Akta Kilang dan
Jentera 1967 dan statistik kemalangan di tempat kerja yang
tinggi. Sebagai contoh, insiden letupan kilang mercun di Sungai
Buloh yang berlaku pada 1994 yang mengakibatkan berpuluhpuluh pekerja terperangkap dan terkorban di dalam insiden
tersebut. Di bawah Akta Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan
1994, ianya merupakan salah satu tanggungjawab majikan
untuk mengambil berat tentang keselamatan dan kesihatan
para pekerja ketika bekerja dan juga orang lain yang turut
berada di kawasan tersebut. Akta ini dikawalselia oleh Jabatan
Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan dari Kementerian
Sumber Manusia dan dibahagikan kepada limabelas b ahagian
iaitu Pe rmulaan (Preliminary), Perlantikan Pegawai
(Appointment of Officers), Majlis Negara bagi Keselamatan &
Kesihatan (National Council for OSH) , Kewajipan Am Majikan &
Orang Yang Bekerja Sendiri (General Duties of Employers and
Self-Employed Persons), Kewajipan Am Perekabentuk, Pengilang
& Pembekal (General Duties of Designers, Manufacturers and
Suppliers), Kewajipan Am Pekerja (General Duties of
Employees), Organisasi Keselamatan & Kesihatan (Safety and
Health Organizations), Pemberitahuan Mengenai Kemalangan,
Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan & Penyakit Pekerjaan
& Siasatan (Notification of Accidents, Dangerous Occurrence,
Occupational Poisoning and Occupational Diseases and Inquiry),
Larangan Terhadap Penggunaan Loji atau Bahan (Prohibition
Against Use of Plant or Substance), Tataamalan Industri
(Industry Codes of Practice), Penguatkuasaan & Penyiasatan
(Enforcement and Investigation), Liabiliti bagi Kesalahan

(Liability for Offences), Rayuan (Appeals), Peraturan-peraturan


(Regulations), dan Pelbagai (Miscellaneous). Artikel ini akan
membincangkan tentang keselamatan dan kesihatan di tempat
kerja dengan merujuk kepada Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerja 1994.
Tujuan dan Skop
Tujuan utama Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
adalah untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan
kebajikan orang-orang yang sedang bekerja, melindungi orangorang di tempat kerja selain daripada orang-orang yang sedang
bekerja, mengalakkan suatu persekitaran pekerjaan yang
bersesuaian dengan fisiologi dan psikologi orang-orang yang
sedang bekerja, mengadakan suatu sistem perundangan yang
berasas kepada peraturan-peraturan dan tata amalan industri
disamping peruntukan Akta. Secara ringkasnya, akta ini
bertujuan untuk menjamin keselamatan bukan sahaja kepada
pekerja tetapi juga kepada orang lain yang berada di tempat
kerja.Orang lain tersebut merujuk kepada tetamu atau sesiapa
sahaja yang mempunyai urusan dengan organisasa berkenaan.
Manakala skop akta ini antara lain adalah merangkumi dan
melindungi semua orang yang bekerja dalam semua aktiviti
ekonomi termasuk perkhidmatan awam, badan berkanun dan
sektor swasta kecuali mereka yang bekerja di atas kapal
perdagangan, angkatan tentera. Sektor-sektor yang dirangkumi
akta ini adalah sebagaimana peruntukkan dinyatakan dalam
jadual pertama di bawah seksyen 1(2) iaitu pengilangan,
perlombongan dan kuari, pembinaan, pertanian, perhutanan
dan perikanan, kemudahan elektrik, gas, air dan perkhidmatan
kebersihan, pengangkutan, penyimpanan dan komunikasi,
perdagangan borong dan runcit, hotel dan restoran, kewangan,
insurans, hartanah dan perkhidmatan perniagaan,
perkhidmatan awam dan pihak berkuasa berkanun.
Organisasi Keselamatan dan Kesihatan Pekerja
Organisasi Keselamatan dan Kesihatan Pekerja terbahagi
kepada tiga iaitu Jabatan Keselamatan dan Kesihatan
(Department of Safety and Health), Majlis Negara (National
Council), Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara
(National Institute of Safety and Health). Di antara fungsi-fungsi
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan adalah menguatkuasakan
Akta Kilang dan Jentera 1967 dan Akta Keselamatan dan

Kesihatan Pekerjaan 1994, menjalankan kerja galakan dan


promosi, mengkaji perundangan sedia ada, memberi khidmat
nasihat dan kepakaran, menjadi sekretariat kepada Majlis
Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan
Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di
bawah Kementerian Sumber Manusia adalah sebuah badan
tertinggi yang bertanggungjawab menentukan hala tuju dan
dasar negara berhubung dengan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan di Malaysia. Ia ditubuhkan oleh Menteri Sumber
Manusia pada tahun 1995 mengikut kehendak Seksyen 8 Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Majlis Negara
ditubuhkan bertujuan sebagai usaha berterusan pihak kerajaan
untuk menjadikan semua tempat kerja di Malaysia selamat di
samping meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan
pekerja seterusnya menjadikan amalan kerja selamat dan sihat
sebagai sebahagian daripada budaya rakyat Malaysia, yang
mana pelaksanaannya adalah berlandaskan kepada proses
tripatisme. Di antara fungsi-fungsi Majlis Negara adalah
membincangkan, mengkaji dan menyiasat melalui proses
tripatisme dan seterusnya mengemukakan cadangan-cadangan
kepada Menteri Sumber Manusia, berhubung dengan perkaraperkara yang selaras dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan, bagi tujuan meningkatkan tahap keselamatan dan
kesihatan di semua sektor industri dan, tanpa menjejaskan
keluasan makna peruntukan Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan, dalam hal-hal berkenaan:i.

Perubahan yang dianggapnya wajar bagi perundangan keselamatan dan


kesihatan pekerjaan;

ii. Pemajuan pentadbiran dan penguatkuasaan perundangan keselamatan dan


kesihatan pekerjaan;
iii. Menggalakkan hubungan kerjasama perundingan antara pihak pengurusan
dengan buruh tentang keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja wanita,
orang-orang cacat dan golongan-golongan lain dalam masyarakat;
iv. Penubuhan kaedah-kaedah kawalan yang mencukupi bagi kimia industri di

tempat kerja;
v.

Penganalisian statistik mengenai kematian dan kecederaan yang berhubungan


dengan pekerjaan;

vi. Pengadaan kemudahan penjagaan kesihatan di tempat kerja;


vii. Penggalakan Pembangunan dan penerimaan melaui undang-undang tataamalan
industri yang berhubungan dengan keselamatan, kesihatan dan kebajikan
pekerjaan;
viii. Pembangunan rancangan dan kemudahan pemulihan untuk membantu orangorang yang cedera di tempat kerja.
Ahli MNKKP adalah terdiri daripada tidak kurang daripada dua belas (12)
orang dan tidak lebih daripada lima belas (15) orang yang dilantik oleh Menteri
Sumber Manusia. Keanggotaan adalah terdiri daripada:i. tiga (3) orang daripada organisasi yang mewakili majikan
ii. tiga (3) orang daripada organisasi yang mewakili pekerja
iii. tiga (3) orang atau lebih daripada Kementerian atau Jabatan yang
tanggungjawabnya adalah berhubungan dengan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan
iv. tiga (3) orang atau lebih, yang daripadanya sekurang-kurangnya seorang
wanita daripada organisasi atau badan professional yang aktiviti anggotanya
adalah berhubungan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan yang
pada pendapat Menteri Sumber Manusia boleh menyumbang kepada
MNKKP
Seseorang atau organisasi boleh mencalonkan anggotanya
untuk menganggotai Majlis Negara bagi Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan. Sekiranya memenuhi syarat-syarat
berikut:i. seseorang yang didapati atau diisytiharkan tak sempurna akal
ii. seseorang yang bankrap

iii.seseorang yang telah disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan


fraud, kecurangan atau keburukan akhlak, atau apa-apa kesalahan yang
berhubungan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di bawah manamana undang-undang yang dibuat dengannya.
iv. Seseorang yang tak dapat atau tak upaya melaksanakan fungsi sebagai
anggota Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara
Institute ini ditubuhkan pada 24 Jun 1992 bertujuan untuk
menyediakan latihan dan penyelidikan berkaitan keselamatan
dan kesihatan pekerja dalam pelbagai industri.
Keselamatan di Tempat Kerja
Tanggungjawab Majikan dan Orang yang Bekerja Sendiri
Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap majikan dan tiap-tiap orang
yang bekerja sendiri untuk memastikan setakat yang praktik,
keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja semua
pekerjanya. Kegagalan mematuhi peruntukan ini boleh
menyebabkan majikan didenda RM 50,000 atau 2 tahun
penjara atau kedua-duanya. Seterusnya di bawah seksyen
15(2) memperuntukkan bahawa majikan hendaklah setakat
yang praktik melindungi keselamatan, kesihatan dan kebajikan
orang-orang yang bekerja untuk mereka termasuklah
mengadakan dan menyelenggara loji dan sistem kerja yang
selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan, membuat perkiraan
tentang langkah-langkah yang perlu diambil dalam
penyimpanan, pengendalian, penyimpanan dan pengangkutan
loji dan bahan, menyediakan maklumat, arahan, latihan dan
pengawasan ke atas aktiviti-aktiviti berbahaya, menyelenggara
tempat kerja serta menyediakan keluar dan masuk yang
selamat, dan menyediakan persekitaraan tempat kerja yang
bebas daripada bahaya-bahaya yang tidak diingini seperti
bising, habuk dan sebagainya. Kewajipan lain majikan dan
orang yang bekerja sendiri adalah menyediakan Polisi
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, memastikan orang lain
selain daripada pekerjanya tidak tertedah kepada bahaya yang
dihasilkan daripada aktiviti yang dijalankan oleh beliau serta
memberitahu orang lain tentang aktiviti yang dijalankannya,
dan memberi maklumat kepada orang lain berkenaan dengan

aspek cara pengusahaannya yang boleh menyentuh


keselamatan dan kesihatan orang lain.
Perkataan yang digunakan bagi meletakkan tanggungjawab
majikan dan orang yang bekerja sendiri adalah setakat yang
praktik. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja tidaklah
memperincikan secara menyeluruh tentang apa yang
dimaksudkan dengan perkataan setakat yang praktik, apa yang
dinyatakan hanyalah faktor-faktor yang perlu diambil kira
dalam menentukan maksud perkataan ini. Faktor-faktor
tersebut adalah seperti berikut:1.

Teruknya bahaya atau risiko yang terlibat.

2.

Keadaan pengetahuan mengenai bahaya atau risiko


tersebut dan cara mengawalnya.

3.

Kewujudan cara yang sesuai untuk menghapus atau


mengurang bahaya atau risiko itu.

4.

Kos yang terlibat bagi menghapus atau mengurangkan


bahaya atau risiko itu.

Faktor-faktor ini penting sebagai rujukan atau panduan majikan


dan orang yang bekerja sendiri dalam mempraktikkan
tanggungjawab yang terpikul di bahu mereka. Dalam pada itu,
faktor-faktor ini juga adalah penting bagi Mahkamah dalam
membuat keputusan sama ada sesuatu tindakan majikan dan
orang yang bekerja sendiri adalah boleh dipraktikkan atau
tidak.
Rujukan boleh dibuat kepada beberapa kes yang telah
diputuskan oleh Mahkamah dalam memutuskan tanggungjawab
majikan dan orang yang bekerja sendiri dengan maksud
perkataan setakat yang dipraktikkan. Di dalam kes Mat Jusoh
bin Daud v Syarikat Jaya Seberang Takir Sdn Bhd, plaintif telah
diambil bekerja sebagai seorang penggergaji di kilang papan
defenden. Beliau telah tercedera semasa bekerja dan akibatnya
tiga jari kanannya putus. Kemalangan tersebut berlaku kerana
majikannya tidak mengambil pekerja yang mencukupai untuk
melakukan kerja tersebut dan mesin yang digunakan juga tidak
mencukupi. Mahkamh telah memutuskan bahawa defenden
cuai kerana tidak menyediakan jumlah pekerja yang mencukupi

untuk melakukan kerja tersebut dan tidak menyediakan sistem


kerja yang betul dan efektif.
Dalam kes Teong Wee Meow v Goh Poh Chan & YL, perayu yang
merupakan majikan telah mengupah beberapa orang pekerja
termasuk si mati. Semasa bekerja, si mati telah terhiu gas
beracun dalam perigi. Sebelum insiden ini, telah terdapat
pakerja yang bekerja dalam perigi tersebut yang pengsan dan
hal ini adalah di dalam pengetahuan majikan. Mahkamah telah
memutuskan bahawa majikan telah gagal menyediakan sistem
kerja yang selamat kerana gagal bertindak setelah mengetahui
tentang kewujudan gas beracun dalam perigi tersebut.
Manakala, di dalam kes Lian Ann Lorry Transport & Forwarding
Sdn Bhd lwn Govindasamy, Mahkamah telah memutuskkan
bahawa menyediakan sistem kerja yang selamat adalah
tanggungjawab majikan. Kegagalan ini melayakkan pekerja
membuat tuntutan ganti rugi. Fakta kes ini adalah pekerja telah
mengalami kecederaan serius akibat kemalangan semasa
pemunggahan gulungan permaidani daripada lori majikannya.
Seterusnya di dalam kes Galau Anak Paeng v Lim Phek San &
YL, plaintif seorang pekerja buruh telah diarahkan oleh
majikannya untuk mencuci roller dengan kayu semasa enjin
masih bergerak. Beliau telah mengalami kecederaan pada
tangan. Berdaskan fakta, Mahkamah Tinggi memutuskan
bahawa majikan mempunyai kewajipan untuk mengambil
langkah yang munasabah untuk melindungi pekerja daripada
semua risiko.
Dalam kes Chang Fah Lin v United Engineers (M) Sdn Bhd & YL,
plaintif yang bekerja sebagai buruh binaan telah jatuh semasa
bekerja memasang kepingan zink pada bumbung setinggi 25
kaki dan mengalami kecederaan parah. Majikan di dalam kes ini
telah gagal menyediakan tali pinggang keselamatan untuk
digunakan plaintif sebagai langkah keselamatan. Plaintif telah
menuntut ganti rugi terhadap defenden pertama,kedua, dan
ketiga atau mana-mana satu daripada mereka. Terdapat
penafian tanggungjawab antara defenden-defenden tersebut.
Defenden pertama menghujahkan bahawa oleh kerana kontrak
pembinaan telah dimasuki maka defenden kedua telah menjadi
kontaktor bebas dan implikasinya defenden pertama tidak
mempunyai kawalan terhadap defenden kedua. Defenden
pertama juga menghujahkan bahawa oleh kerana kerja
tersebut telah disubkontrakkan secara tidak sah oleh defenden

kedua kepada defenden ketiga, maka sebarang tuntutan ganti


rugi hendaklah dibuat terhadap defenden kedua atau ketiga.
Defenden kedua menghujah bahawa plaintif adalah pekerja
kepada defenden pertama atau ketiga. Defenden ketiga
walaupun mengakui bahawa ia menyediakan pekerja tetapi
adalah atas permintaan defenden pertama dan kedua.
Mahkamah memutuskan bahawa bukanlah tugas plaintif untuk
membuktikan dengan siapa beliau berkhidmat. Adalah
memadai jika ada keterangan yang beliau telah digajikan untuk
menjalankan kerja tersebut oleh mana-mana defenden dan
kemalangan tersebut berlaku semasa dia menjalankan tugas.
Telah wujud hubungan majikan dan pekerja dan
dibawah Common Law, wujud tugas berhati-hati oleh defenden
pertama, kedua, dan ketiga terhadap plaintif. Defenden kedua
dan ketiga khususnya mempunyai tugas berhati-hati terhadap
plaintif yang merupakan pekerja mereka.
Dlam kes Sim Kim San v Fong Ah Yin & YL, defenden pertama
telah mendapat tender daripada defenden ketiga untuk
melakukan sesuatu kerja termasuklah mengganti dan
memasang bull wheel pada salah satu jendela kepunyaan
defenden ketiga. Defenden pertama telah menggajikan
defenden kedua, seorang foreman bersama-sama pekerja
lain, termasuk plaintif. Plaintif telah mengalami kecederaan
apabila tali besi yang menggantung bull wheal tersebut
putus. Mahkamah memutuskan bahawa defenden kedua dan
plaintif adalah pekerja kepada defenden pertama. Tali besi
tersebut yang digunakan oleh defenden kedua telah dibekalkan
oleh dredge master dan tali tersebut tidak cukup kuat untuk
menampung barangan yang berat. Defenden kedua bertindak
sebagai foreman diputuskan tidak bertanggungan kerana
beliau bertindak sebagai wakil majikan. Lagipun beliau tidak
boleh disifatkan mempumyai kemahiran dan pengetahuan
separti seorang jurutera. Defenden ketiga pula tidak
bertanggungjawab kerana dia telah melepaskan semua
tanggungjawab kepada kontraktor iaitu defenden pertama.
Harus diingat bahawa tanggungjawab majikan hanyalah kepada
pekerjaan pekerja yang dilakukan dalam bidang kuasanya
tanpa apa-apa kecuaian. Sekiranya pekerjaan yang dilakukan
pekerja adalah bukan bidang tugasnya, maka majikan adalah
tidak boleh dipersalahkan sebagaimana diputuskan Mahkamah
di dalam kes Govalan v Kuala Lumpur-Kepong Amalgamated

Ltd, di mana pekerja telah menjalankan tugas bukan


sebagaimana yang diarahkan kepadanya.
Majikan dan orang yang bekerja sendiri adalah berk ewajipan
menyediakan kenyataan bertulis mengenai dasar amnya
berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerjanya,
organisasi dan perkiraan yang sedang berkuatkuasa bagi
menjalankan dasar itu dan memberitahu pekerja-pekerjanya
tentang dasar tersebut. Kegagalan mematui peruntukan ini jika
sabit kesalahan boleh didenda RM 50,000 atau penjara 2 tahun
atau kedua-duanya sekali. Majikan dan orang yang bekerja
sendiri juga berkewajipan kepada orang-orang lain selain dari
pekerja mereka seperti memastikan setakat yang praktik
mereka tidak terdedah kepada risiko bahaya dari tempat kerja,
dan memberi maklumat tentang aspek aktiviti di tempat kerja.
Tanggungjawab Pekerja
Akta ini bukan sahaja meletakkan tanggungjawab kepada
majikan dan orang yang bekerja sendiri tetapi juga terhadap
pekerjanya. Tanggungjawab pekerja antara lain adalah
memberi perhatian munasabah terhadap keselamatan dan
kesihatan dirinya dan orang lain semasa menjalankan aktivitiaktivitinya, memberi kerjasama samada kepada majikan atau
orang lain dalam hal berkaitan dengan pematuhan terhadap
Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994, memakai
peralatan perlindungan diri yang dibekalkan oleh majikan, dan
mematuhi mana-mana arahan keselamatan dan kesihatan
seperti yang dikehendaki di bawah Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerja 1994 dan peraturan-peraturannya.
Kegagalan mematuhi peruntukan ini boleh mengakibatkan
pekerja terbabit didenda RM 1000 atau penjara 3 bulan atau
kedua-duanya sekali.
Kesihatan di Tempat Kerja
Definisi penyakit pekerjaan adalah penyakit yang disebabkan
atau berpunca daripada aktiviti dan faktor persekitaran di
tempat kerja. Jenis-jenis penyakit pekerjaan boleh dibahagikan
kepada dua bahagian iaitu organ sasaran dan agen penyebab.
Jenis-jenis penyakit pekerjaan mengikut organ sasaran adalah
penyakit sistem kardiovaskular seperti penyakit paru paru
pekerjaan, penyakit kulit pekerjaan, penyakit otot rangka,
penyakit sistem pembiakan, penyakit sistem saraf pusat,
penyakit berkaitan bangunan, penyakit hati, penyakit ginjal,

penyakit psikiatri atau gangguan kesihatan mental, penyakit


kanser pekerjaan. Manakala jenis-jenis penyakit pekerjaan
mengikut agen penyebab adalah seperti logam, gas, pelarut,
racun serangga, hilang pendengaran akibat
kebisingan, gegaran, suhu, radiasi, tekanan, agen berjangkit
penyakit pekerjaan berjangkit.
Di antara fungsi seksyen kesihatan di bawah akta ini adalah
bertujuan memantau pemberitahuan penyakit dan keracunan
pekerjaan yang di laporkan, memantau aktiviti penyiasatan
penyakit pekerjaan oleh negeri-negeri, menganalisa data
penyakit dan keracunan pekerjaan yang dilaporkan dan
menyediakan laporan kejadian penyakit dan keracunan
pekerjaan, merancang dan melaksana dan memantau program
pengawasan kesihatan warga JKKP, memberi input kepakaran
dalam penggubalan dasar kesihatan pekerjaan, memberi
khidmat nasihat kepada pejabat negeri, agensi-agensi luar,
pengamal kesihatan dan orang-ramai
Jenis-jenis hazad pekerjaan pula boleh dibahagiakan kepada
lima iaitu hazad fizikal, hazad kimia, hazad biological, hazad
kimia, hazad ergonomic, hazad psikososial. Di antara jenis-jenis
hazad fizikal adalah suhu terlampau seperti sejuk atau panas,
mekanikal, gegaran, kebisingan, elektrikal, radiasi, tekanan
rendah atau tinggi dan pencahayaan. Hazad kimia pula terdiri
daripada asid atau alkali, pelarut, bahan disinfeksi, gas
anastasia dan ubat sitotoksik. Manakala jenis-jenis hazad
biological adalah seperti virus, bakteria, protozoa, kulat,
plasmodium dan jenis-jenis hazad ergonomic pula antara lain
adalah pergerakan berulang, tiada pergerakan, mengangkat
beban, kecederaan otot rangka, unit paparan visual. Akhir
sekali hazad psikososial adalah seperti stress pekerjaan,
depresi atau kerisauan, ketagihan dadah atau ubat, dan
penderaan seksual.
Penguatkuasaan
Penguatkuasaan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
1994 di peruntukkan di bawah Bahagian XI. Kuasa-kuasa diberi
kepada Pegawai Keselamatan dan Kesihatan untuk mengambil
tindakan bagi melaksanakan tujuan akta termasuklah
termasuklah kuasa untuk memasuki premis, memeriksa,
meneliti, mengeledah, mengambil salinan, menyita dan
menyiasat. Setelah kuasa-kuasa itu dilaksanakan, pegawai

tersebut boleh mengambil langkah yang terakhir iaitu dengan


mengemukakan notis kepada majikan.
Penutup
Dengan penguatkuasaan AKKP, dunia pekerjaan dan
perindustrian di Malaysia telah memasuki era baru dengan
perhatian yang serius diberikan kepada keselamatan dan
kesihatan para pekerja. Kewujudan akta ini yang diperkenalkan
kerajaan hingga ke hari ini telah berjaya mencapai objektifnya
iaitu menyediakan suasana kerja yang selamat dan sihat bukan
sahaja terhadap pekerja tetapi sesiapa sahaja yang berada di
tempat kerja.

Anda mungkin juga menyukai