Anda di halaman 1dari 20

GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

1.0

PENGENALAN

Apakah yang dimaksudkan dengan dasar?. Pada umumnya dasar merujuk kepada apa juga
tindakan yang diambil atau tidak diambil oleh kerajaan. Justeru ini, definisi dasar juga boleh
dibahagikan kepada dua iaitu yang pertama, dasar yang ditetapkan adalah segala sesuatu strategi
atau tindakan yang diambil oleh kerajaan berhubung dengan sesuatu masalah negara dan demi
menjamin jalan penyelesaian yang terbaik dapat dicapai oleh kerajaan disamping mengutamakan
kepentingan seluruh rakyat Malaysia yang pelbagai kaum ini. Selain itu, definisi dasar yang
kedua pula dapat ditakrifkan seperti berikut dimana keputusan yang diambil oleh kerajaan untuk
tidak berbuat apa-apa terhadap sesuatu perkara iaitu bermaksud, pihak kerajaan memutuskan
untuk mengelak dari membuat sebarang keputusan atau tidak mengambil apa-apa tindakan atau
dasar tertentu berhubung dengan sesuatu perkara serta tindakan kerajaan ini juga boleh
dinamakan sebagai keputusan untuk tidak membuat keputusan.
Namun pentakrifan dasar adalah lebih luas berdasarkan pandangan beberapa orang
penulis. Mengikut pandangan (Rose, 1969:1) dasar merupakan satu ciri yang panjang dan
berkaitan dengan kegiatan serta melibatkan keputusan yang konkrit yang bermaksud juga
merperlihatkan dasar sebagai satu bentuk atau siri untuk melakukan tindakan. Selain itu, bagi
pandangan seorang penulis iaitu (Friedrich, 1963:79) dasar sebagai satu haluan tindakan yang
memerlukan dasar untuk menyempurnakan sesuatu matlamat atau tujuan dan walaupun matlamat
atau tujuan kerajaan sukar diketahui, tetapi idea bahawa dasar melibatkan perlakuan tindakan
merupakan sebahagian definisi dasar
Istilah etika pula berasal dari perkataan Greek ethos, yang bermaksud khusus kepada
character, ataupun perwatakan dan keperibadian. (Gluck, 1986 : 176) telah mendifinasikan etika
1 | Page

GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

sebagai, kajian filosofikal terhadap moraliti. Manakala Shea (1988:17) pula mendefinasikan
etika sebagai prinsip-prinsip bertingkahlaku yang mengawal individu atau profesyen dan
sebagai satu standard tingkahlaku.
Etika kerja dapat disimpulkan sebagai panduan tingkahlaku yang diikuti oleh manusia
yang mempunyai kaitan rapat dengan kehidupan.

Hubungan etika kerja kakitangan awam

dengan kehidupan manusia digunakan untuk mengawal tingkahlaku ahli kakitangan awam dalam
bentuk menyuruh melakukannya dan meninggalkan perkara yang mendatangkan kesalahan sama
ada di sisi undang-undang negara mahupun statusnya sebagai professional. Oleh itu, etika kerja
kakitangan awam merupakan satu landasan kepada masyarakat yang membolehkan teknokrat
mengawal tingkahlakunya sendiri serta membolehkan masyarakat sosial mengawasi dan menilai
setiap tindak tanduk mereka dari semasa ke semasa. Antara berikut menunjukkan dasar-dasar
yang telah dikeluarkan oleh kerajaan bagi meningkatkan etika kakitangan awam selain untuk
memperkukuhkan pentadbiran.
2.0

DASAR PENSWASTAAN

Dasar penswastaan telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-empat iaitu Tun
Dr Mahathir Mohammad pada tahun 1983 selepas pelancaran Dasar Persyarikatan yang
melibatkan penglibatan pihak swasta dalam pembangunan negara. Pada dasarnya, penswastaan
melibatkan pemindahan beberapa kepentingan atau pelaburan kerajaan yang tertentu kepada
sektor swasta (Rohani Hj . Ab Ghani & Mohamad Idris Saleh, 2010). Menurut Rine (2009),
menerangkan bahawa penswastaan (privatization) bermaksud pemindaan perkhidmatan
pelaburan atau kepentingan kerajaan sama ada yang sedia ada atau yang baru dikendalikan oleh
sektor swasta.
2 | Page

GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

Konsep

penswastaan

ini

adalah

berlainan

dengan

konsep

pemilik

negaraan

(nationalization) kerana dasar ini bertujuan untuk menambahkan hak milik dan penguasaan
kerajaan dalam kegiatan ekonomi Malaysia berdasarkan idea Abdul Rahim Hj. Din dalam
seminar Pembangunan Negeri Pahang (1984). Hakikatnya, konsep dasar penswastaan lebih
berkesan berbanding dengan konsep dasar persyarikatan kerana kerjasama antara pihak swasta
dan kerajaan tidak dapat dicapai disebabkan oleh beberapa kekangan daripada pihak kerajaan
yang lebih mengutamakan kepentingan rakyat telah menghalang tujuan utama pihak swasta
untuk mengaut keuntungan (Rine, 2009).
2.1

OBJEKTIF DASAR PENSWASTAAN

Perkembangan jumlah sektor awam dengan begitu pesat dalam tempoh sepuluh tahun yang lalu
menyebabkan perbelanjaan sektor awam meningkat dengan begitu besar dari dua puluh lapan
peratus pada tahun 1975 kepada tiga puluh enam peratus pada tahun 1982 dan kegawatan
ekonomi Malaysia merupakan antara faktor-faktor utama yang menyebabkan Dasar Penswastaan
diperkenalkan (Pusat Maklumat Rakyat, 2010). Oleh yang demikian, rasional dan objektif dasar
ini telah diperkenalkan untuk menjaga kepentingan dan membantu kerajaan dalam hal
pembangunan negara supaya negara Malaysia tidak jauh ketinggalan dari negara-negara maju
yang lain.
Pelaksanaan dasar penswastaan bertujuan untuk meningkatkan kecekapan, daya dan mutu
pengeluaran oleh pihak penswastaan terutama dalam bidang perdagangan dan perindustrian.
Selain itu, penswastaan amat diperlukan untuk meringankan beban kewangan dan pentadbiran
kerajaan terutama ketika berlaku kemelesetan ekonomi yang memerlukan penglibatan pihak
swasta untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Dasar penswastaan juga berperanan
3 | Page

GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

sebagai batu loncatan untuk mencapai matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan mewujudkan
golongan usahawan bumiputera di samping menjalankan pengagihan sumber secara cekap dan
bersistematik demi memajukan negara (Rohani Hj . Ab Ghani & Mohamad Idris Saleh, 2010).
2.2

STRATEGI PERLAKSANAAN

Bagi memastikan dasar penswastaan ini berjalan lancar, kerajaan telah menubuhkan satu
jawatankuasa di Unit Perancangan Ekonomi dan terdapat beberapa isu yang perlu
dipertimbangkan dan di ambil kira oleh agensi-agensi kerajaan semasa menyediakan rancangan
penswastaan mereka contohnya Dasar Ekonomi Baru dan penswastaan, penswastaan dan Dasar
Hak milik, aspek perundangan, penilaian dan penentuan harga serta implikasi terhadap
kakitangan dan perkhidmatan di samping perundingan dengan sektor swasta dan perancangan
penswastaan. Tambahan pula, Pelan Induk Penswastaan (PIP) telah diperkenalkan sebagai
panduan pelaksanaan penswastaan bagi memudahkan prosedur pelaksanaan dan susunan
keutamaan projek yang akan diswastakan (Rine, 2009).
2.3

KESAN DASAR TERHADAP ETIKA KAKITANGAN AWAM

Tuntasnya, pelaksanaan Dasar Penswastaan dianggap telah berjaya kerana menunjukkan impak
yang baik terhadap ekonomi Malaysia dengan meningkatkan pendapatan dan mengurangkan
beban negara.

Manakala dalam konteks perkhidmatan, agensi-agensi kerajaan yang telah

diswastakan seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Syarikat Telekom Berhad (TM) dan Tol
Lebuhraya (PLUS) akan memperoleh keuntungan jika prestasi pekerja dan perkhidmatan mereka
ditingkatkan pada satu tahap ke tahap yang lain bergantung terhadap kesungguhan mereka
bekerja. Justeru itu, mutu perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat akan meningkat dan
peningkatan tahap perkhidmatan ini secara tidak langsung telah menyebabkan wujudnya satu
4 | Page

GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

persaingan sihat antara pekerja dalam agensi yang baru diswastakan atau di dalam negara secara
amnya hingga

akan menghasilkan satu budaya kerja yang luar biasa dan menyebabkan

produktiviti sesebuah agensi yang sudah diswastakan itu bertambah dengan baik dalam masa
yang singkat (Noor Azman, 2008).
Tambahan pula, persaingan yang sengit ini sudah pasti menyebabkan peluang pekerjaan
bertambah dan pelbagai idea baru turut terhasil melalui persaingan ini yang memerlukan satu
tahap kemahiran kerja yang tinggi. Selain itu, dasar ini memberikan satu suntikan baru terhadap
imej negara malah masyarakat luar akan melihat Malaysia sebuah negara yang cekap dan efektif
terutama dalam menguruskan negara. Maka, kemampuan negara mula menyerlah melalui sistem
pentadbiran yang sistematik, pengangkutan awam yang menyeluruh, kemudahan bertaraf
antarabangsa, dan sumber tenaga manusia yang berpengetahuan tinggi (Noor Azman, 2008).
3.0

DASAR PANDANG KE TIMUR.

Dasar pandang ke timur telah diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri yang ke-empat iaitu
Tun Mahathir Mohammad pada 8 Februari 1982 semasa persidangan 5 th Joint Annual Conference
Of MEJECA/JAMECA di Hotel Hilton Kuala Lumpur sebagai rujukan kepada pihak kerajaan
untuk membuat pengkajian, penelitian dan pengadaptasian terhadap contoh-contoh ataupun
teladan yang terbaik daripada negara-negara Timur misalannya Jepun dan Korea dengan
bersesuaian dengan keadaan kakitangan di Malaysia (Pusat Maklumat Rakyat, 2010).
Seperti yang kita sedia maklum bahawa negara Jepun dan Korea merupakan antara
negara yang begitu pesat membangun terutamanya dalam bidang perindustrian serta terkenal
dengan budaya kerjanya yang berdisplin dan ia di jadikan panduan kepada Malaysia bagi
mencapai matlamat pembangunan negara dengan meningkatkan prestasi pengurusan dan
5 | Page

GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

pembangunan sektor awam dan swasta. Perkara ini disebabkan Malaysia mempunyai asas untuk
menjadi antara negara perindustrian di Asia selepas Jepun dan Korea serta negara Barat hilang
keupayaan dalam ekonominya kerana lebih mementingkan keselesaan hidup malah tidak lagi
mementingkan kesanggupan dan keupayaan bekerja merupakan faktor utama pelaksanaan Dasar
Pandang Ke Timur (Jabatan Perdana Menteri, 2010).
3.1

OBJEKTIF DASAR PANDANG KE TIMUR

Perlaksanaan Dasar Pandang Ke Timur berobjektif bagi meningkatkan prestasi dan potensi
pengurusan dan pembangunan negara serta mewujudkan masyarakat yang mempunyai nilai-nilai
dan etika kerja yang positif dalam menjalankan tugasan mereka. Selain itu, dasar ini berobjektif
untuk menjalinkan hubungan perdagangan dengan negara-negara Timur tanpa mengabaikan
negara-negara Barat di samping memiliki etika kerja yang tinggi dalam meningkatkan mutu dan
produktiviti kakitangan (Wong Khek Seng, RaminahKok Meng Kee, 2006).
Tambahan pula, penumpuan dasar ini lebih terjerumus kepada kerajinan dan disiplin
kerja, kesetiaan kepada negara, mempertingkatkan kecekapan dan mengurangkan perbezaan dan
perpisahan antara eksekutif dan pekerja am. Dasar Pandang Ke Timur dilaksanakan bertujuan
menitikberatkan kejayaan kemajuan negara dalam jangka masa panjang serta terus
memperluaskan lagi perdagangannya dengan mengadakan hubungan perdagangan antara negaranegara di Asia (Jabatan Perdana Menteri, 2010).
3.2

STRATEGI PELAKSANAAN

Selaras dengan Dasar Pandang Ke Timur, kerajaan telah menyusun beberapa strategi dan
program bagi meningkatkan kecekapan, keberkesanan dan penghasilan kerja yang lebih baik dan

6 | Page

GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

bersistematik di kalangan pegawai dan kakitangan kerajaan dan swasta antaranya mengadakan
lawatan ke Korea Selatan dan Jepun untuk mewujudkan kerjasama yang lebih rapat dalam
bidang ekonomi, perindustrian, latihan teknikal dan akademik, program kemajuan serta
penyelidikan dan pengurusan. Di samping itu, bagi memantapkan lagi selok-belok teknikal dan
bidang pengurusan, para pegawai dan pelajar Malaysia telah di hantar ke Korea Selatan dan
Jepun untuk menimba ilmu dan pengalaman dalam bidang yang diceburi masing-masing (Wong
Khek Seng, Raminah, Kok Meng Kee, 2006:233).
Di antara program yang dilaksanakan bagi menjayakan dasar ini ialah melakukan
perubahan kepada struktur pentadbiran seperti mewujudkan sistem kad perakam waktu kerja
(punch card), penggunaan tanda nama (name tag), Penubuhan Pasukan Meningkatkan Mutu
Kerja (QCC), konsep pejabat terbuka, perkhidmatan kaunter atau perkhidmatan pembayaran bil
setempat dan mewujudkan fail meja dan manual prosedur kerja bertujuan untuk mendorongkan
kakitangan awam lebih berdisplin dan meningkatkan kecekapan dan daya pengeluaran mereka
(Jabatan Perdana Menteri, 2010).
Selain itu, Dasar Pandang Ke Timur diperkenalkan bagi mengubah sikap atau
keperibadian kakitangan ke arah yang positif seiring dengan kemajuan yang di kecapi oleh
kerajaan dengan melaksanakan konsep Bersih, Cekap dan Amanah, kepimpinan melalui teladan
dan perkhidmatan cemerlang bagi memberikan satu motivasi kepada kakitangan awam dalam
menjalankan tugasan mereka (Pusat Maklumat Rakyat, 2010).

Hal ini demikian kerana, sikap

kakitangan awam memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan mutu kerja dan sistem
pengurusan yang mementingkan kejayaan jangka masa yang panjang di samping, melaksanakan
pentadbiran negara (Pusat Maklumat Rakyat, 2010).

7 | Page

GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

Program kemajuan eksekutif dan hubungan di antara institusi-institusi merupakan antara


strategi pelaksanaan Dasar Pandang Ke Timur yang bertujuan menyediakan latihan kepada
eksekutif dalam mempelajari kaedah pengurusan dan pentadbiran kerajaan dan swasta di Jepun
dan Korea di samping, menyalurkan permohonan latihan yang di perlukan Malaysia terhadap
Institusi Pengajian Tinggi Jepun dan Korea. Skim latihan pembangunan usahawan diwujudkan
bertujuan untuk memberi pendedahan dan peluang kepada usahawan bumiputera terhadap idea
baru dan teknologi baru dalam memperluaskan perniagaan mereka bersama dengan rakan
perniagaan di negara matahari terbit itu (Jabatan Perdana Menteri, 2010).
3.3

KESAN PELAKSANAAN DASAR TERHADAP ETIKA KAKITANGAN AWAM

Pelaksanaan Dasar Pandang Ke Timur memberikan impak yang positif terhadap prestasi
kakitangan awam kerajaan dalam melaksanakan tugasan mereka bagi meningkatkan pengurusan
dan pembangunan di negara ini (Pusat Maklumat Rakyat, 2010). Di samping itu, dasar ini
melahirkan kakitangan yang berdisplin, amanah dan jujur dalam melaksanakan pekerjaan mereka
serta menanamkan sikap kepimpinan yang tinggi dalam diri kakitangan awam dan swasta dalam
menerajui sesuatu pentadbiran.
Selain daripada itu dasar ini juga dapat menaikkan semangat dan motivasi dalam
kalangan pekerja menerusi anugerah perkhidmatan cemerlang kepada kakitangan malah
anugerah ini menjadikan para pekerja lebih bersemangat dan terasa di hargai setelah bertungkuslumus dalam meningkatkan kualiti dan produktiviti mereka. Dasar Pandang Ke Timur juga
memberikan kesan yang positif dan bersistematik terhadap etika kerja dengan berlandaskan nilainilai murni.

8 | Page

GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

4.0

DASAR PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM

Dasar Penerapan Nilai-Islam dalam Pentadbiran mula diperkenalkan pada tahun 1985. Dasar ini
merupakan salah satu dasar bagi meningkatkan etika kerja bagi kakitangan awam. Secara
rasionalnya, Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam dalam pentadbiran merupakan salah satu
daripada usaha-usaha yang dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memasukkan unsurunsur Islam dalam pentadbiran dan kehidupan rakyat Malaysia. Oleh yang demikian, kerajaan
memberi perhatian kepada nilai-nilai khususnya terhadap nilai-nilai Islam dalam pentadbiran
iaitu dengan menerapkan sifat positif dan universal yang boleh diterima oleh semua bangsa di
Malaysia (Mohd Azami Ahmad, 2008).
Oleh itu, rakyat Malaysia seharusnya mempunyai identiti yang tersendiri dengan setiap
individu, organisasi dan semua sektor yang melaksanakan pelbagai aktiviti menjalankan kerja
yang boleh memberikan sumbangan kepada kesejahteraan negara. Urusan-urusan pentadbiran
yang dijalankan dengan penuh rapi, teliti, amanah dan bertanggungjawab boleh membentuk
identiti dan etika yang diperlukan oleh sesebuah pentadbiran dan negara. Selain itu, Dasar
Penerapan Nilai-nilai Islam dalam pentadbiran juga membimbing kepada pembentukan akhlak
yang berfaedah, berfungsi dalam kehidupan setiap kakitangan awam.
4.1

OBJEKTIF DASAR PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM

Objektif yang terdapat di dalam Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam adalah untuk membentuk
sebuah masyarakat Malaysia yang bermaruah, beridentiti kukuh dan disegani oleh masyarakat
lain.

Dalam pada itu juga ia adalah bertujuan untuk menubuhkan sebuah negara bahagia,

menghapuskan sikap negatif dalam menjalankan tugas yang diamanahkan dan menghasilkan
perkhidmatan yang bermutu. Berdasarkan objektif-objektif dasar ini, jelas menunjukkan bahawa
9 | Page

GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

dasar ini bertujuan untuk memupuk amalan dan nilai-nilai serta etika yang murni yang boleh
diterima oleh semua pihak terutama sekali kakitangan awam. Terdapat nilai-nilai Islam yang
telah dipilih untuk dijadikan asas dasar ini. Antaranya, nilai tanggungjawab, ikhlas, dedikasi,
sederhana, tekun, bersih, berdisiplin, amanah, bekerjasama, berbudi mulia dan bersyukur
(INTAN, 1991).
4.2

STRATEGI PERLAKSANAAN

Melalui nilai amanah, kakitangan awam harus menyedari bahawa amanah yang diberikan perlu
dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Kakitangan awam juga perlu berpengetahuan dan

berkemahiran dalam menjalankan tugas serta mementingkan tugas dan tiada penyelewengan
dalam tugas. Nilai tanggungjawab perlu diterapkan dalam diri individu melalui penerapan nilainilai seperti melaksanakan tugas dengan jujur, bersedia berkhidmat dan menghulurkan bantuan
Manakala, sifat ikhlas adalah menerapkan nilai-nilai seperti berhati mulia dalam
melaksanakan tugas tanpa mengharapkan balasan dan mempunyai niat bertugas kerana Tuhan.
Selain daripada itu, sifat dedikasi pula menerapkan semangat kesetiaan yang tinggi, komited dan
proaktif dalam tugas yang diamanahkan kepada kakitangan awam.

Sifat sederhana pula

menerangkan kakitangan awam harus mempunyai keseimbangan dalam membuat keputusan,


rajin mempelajari pengetahuan dan kemahiran serta berusaha gigih menghasilkan kerja yang
diamanahkan. Kakitangan awam juga harus mempunyai nilai tekun iaitu berusaha bersungguhsungguh untuk mencapai kesempurnaan dalam tugas dan kehidupan dan meninggikan imej
perkhidmatan dan organisasi
Nilai seterusnya iaitu nilai bersih pula menerangkan bahawa kakitangan awam harus
mengamalkan sifat bersih dalam pemilikan harta dan membuat pertimbangan yang teliti dan adil
10 | P a g e

GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

dalam membuat keputusan. Sifat berdisiplin menunjukkan bahawa kakitangan awam harus
mengamalkan cara bekerja yang kemas dan terancang, mempunyai etika kerja dan
profesionalisme yang tinggi.

Manakala, sifat bekerjasama pula, kakitangan awam perlu

mengamalkan sikap tolong-menolong, secara sukarela menyertai aktiviti-aktiviti organisasi dan


mengutamakan kepentingan organisasi. Selain itu, kakitangan awam harus mempunyai sifat
berbudi mulia iaitu dengan bertimbang rasa, bertolak-ansur dan menghormati pelanggan atau
pelawat.

Melalui sifat bersyukur pula, kakitangan awam harus bersyukur kerana dapat

melaksanakan tugas yang diamanahkan bagi menjamin kesejahteraan hidup (Mohd Azami
Ahmad, 2008). Strategi yang dilaksanakan bagi mencapai objektif-objektif dasar ini adalah
untuk menerapkan nilai Islam melalui pelaksanaan dasar kerajaan dalam perkhidmatan awam,
mengadakan kursus bina negara, pelbagai program dan projek sejajar pembangunan ummah
kakitangan awam dan menitikberatkan kebajikan bekerja.
4.3

KESAN PELAKSANAAN DASAR TERHADAP ETIKA KAKITANGAN AWAM

Kejayaan dasar ini adalah disebabkan oleh peruntukan kewangan yang mencukupi, jentera
pelaksanaan yang sesuai dan cekap serta kesanggupan kumpulan sasaran menerima dasar ini.
Kejayaan rancangan-rancangan yang diatur oleh kerajaan sebahagian besarnya bergantung
kepada penjawat-penjawat dalam perkhidmatan awam (Mohd Azami Ahmad, 2008).
Penghayatan nilai-nilai Islam oleh kakitangan awam akan menjamin kelancaran dan
kecekapan pentadbiran kerajaan dan mengelakkan berlakunya perbuatan rasuah, penyelewengan
dan sebagainya. Oleh yang demikian, nilai-nilai Islam dalam etika kakitangan awam boleh
diamalkan oleh semua rakyat Malaysia, sama ada mereka Islam atau bukan Islam. Menurut Tun
Mahathir, beliau menegaskan bahawa nilai Islam dalam pentadbiran dapat diterima oleh semua
11 | P a g e

GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

kerana penerapan ini dapat meningkatkan kualiti pekerjaan dan etika kakitangan awam (Mohd
Azami Ahmad, 2008).
5.0

DASAR PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI

Dasar ini juga telah dilaksanakan bagi meningkatkan etika kakitangan awam di negara ini.
Dasar yang dilaksanakan ini adalah untuk mengagalakkan pengamalan serta penghayatan nilainilai murni dan etika bagi memperkukuhkan tahap integriti kakitangan awam. Selain itu, ianya
juga adalah untuk mewujudkan kakitangan awam dan warganegara Malaysia yang beridentiti dan
disegani oleh masyarakat lain. Nilai yang diterapkan dalam dasar ini adalah bersifat positif dan
universal iaitu boleh di terima oleh semua bangsa dan penganut pelbagai agama di Malaysia
(Pusat Maklumat Rakyat, 2010).

5.1

OBJEKTIF DASAR PENERAPAN NILAI-NILAI MURNI

Pelaksanaan dasar ini oleh kerajaan adalah untuk membentuk etika kakitangan awam dan
menghapuskan sikap negatif dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Kerajaan juga mahu
melahirkan kakitangan awam yang bermutu dan hasil kerja yang baik dihasilkan oleh kakitangan
awam di negara ini (Zalina Abd Rahman, 1990).
Dalam dasar ini, penekanan diberikan kepada kakitangan awam secara berterusan
bertujuan untuk menggalakkan kakitangan awam bagi membina tingkah laku yang baik melalui
penerapan nilai-nilai murni yang diperkenalkan kepada kakitangan awam tersebut (Zalina Abd
Rahman, 1990). Kehendak dalam berkelakuan beretika adalah berasaskan kepada menjalankan
tugas secara profesional, mempunyai daya keutuhan dalam menjalankan tugas, memberi

12 | P a g e

GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

perkhidmatan yang berkualiti, adil dan saksama dalam semua urusan dan mengelakkan daripada
berlakunya percanggahan dalam kepentingan
5.2

STRATEGI PERLAKSANAAN

Usaha-usaha peningkatan etika kakitangan awam dalam konteks penerapan nilai-nilai murni
telah dilaksanakan sejak zaman awal merdeka lagi. Bagi maksud wacana ini, ia menggariskan
tiga pendekatan yang diambil oleh Kerajaan dalam inisiatif tersebut iaitu penubuhan institusi,
penerapan nilai dan pendekatan pentadbiran. Tujuan penubuhan institusi adalah bagi melahirkan
penjawat awam yang terlatih dan professional dalam menjalankan tugas (Ibrahim & Wan Roslili
Abd Majid, 1995) Contohnya ialah INTAN dalam misi untuk membangunkan sumber manusia
sektor awam melalui latihan yang berkualiti.
Dalam pendekatan penerapan, pelbagai dasar dan program diperkenalkan seperti Kod
Etika Kerja (1981), Dasar Pandang ke Timur (1982), Penerapan Nilai Islam (1985), Budaya
Kerja Cemerlang (1989), dan Dasar Pensyarikatan Malaysia (1991). Manakala pendekatan
pentadbiran merujuk kepada arahan dan garis panduan yang dikeluarkan melalui Pekeliling
Kemajuan Pentadbiran Awam.

Peranan PKPA adalah menerangkan dasar dan proram

pembaharuan Kerajaan dengan memberi panduan bagi memudahcara perlaksanaannya di semua


peringkat pentadbiran secara seragam (Zalina Abd Rahman,1990).
Dalam Dasar Penerapan Nilai-nilai Murni ini, terdapat nilai-nilai yang telah disarankan
kepada kakitangan awam iaitu mulia, bersih, amanah, berketerampilan, beradab sopan, keadilan,
bebas, bertanggungjawab, ikhlas dan banyak lagi. Nilai mulia diri seseorang dapat ditafsirkan
sebagai seorang yang mudah memberi pertolongan kepada orang lain tanpa mengharapkan
balasan serta mempunyai gerak geri dan tingkah laku yang sopan terhadap orang lain (Ismail
13 | P a g e

GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

Ibrahim & Wan Roslili Abd Majid, 1995). Contohnya, seseorang kakitangan awam hendaklah
saling tolong menolong antara satu sama lain, bersopan santun dalam berkomunikasi serta saling
hormat menghormati ketika menjalankan tugas. Menurut Zalina Abd Rahman (1990) dalam
melaksanakan sesuatu tugas yang diberikan, seseorang kakitangan awam itu hendaklah ikhlas
dan menganggap ia sebagai satu amanah dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka.
Kakitangan tersebut juga hendaklah bersedia membantu dan berhemah ketika berhadapan dengan
auditi bagi membolehkan advisory role dapat dilaksanakan dengan berkesan. Mereka hendaklah
bersedia dalam mendengar pendapat orang lain dan tidak memandang rendah terhadap
kemampuan mereka.
Seseorang kakitangan awam yang beradab sopan pula merupakan seorang yang sentiasa
menjaga tutur katanya terhadap orang lain. Sentiasa memberikan layanan yang baik terhadap
orang lain. Beliau juga akan memastikan percakapannya adalah sopan, lemah lembut tetapi
tegas. (Ibrahim & Wan Roslili Abd Majid, 1995)

Contohnya seseorang kakitangan awam

hendaklah sentiasa menjaga percakapannya terutamanya terhadap ketua dan rakan sekerja
dengan memastikan percakapannya tidak mengguris hati dan perasaan orang lain. Mereka perlu
bersopan santun ketika berkomunikasi menggunakan telefon terutamanya terhadap orang lain.
Seterusnya ialah tidak meninggikan suara ketika sedang marah.
5.3

KESAN PELAKSANAAN DASAR TERHADAP ETIKA KAKITANGAN AWAM

Pembudayaan nilai-nilai murni dalam Perkhidmatan Awam perlu sentiasa ditingkatkan dalam
segala aspek pengurusannya. Kerajaan sebenarnya telah berada di landasan yang betul dalam
usaha-usaha penerapan nilai-nilai murni melalui pembaharuan pentadbiran yang telah dimulai
sejak merdeka lagi. Walaupun tidak dilabelkan sebagai gagasan memperkasakan nilai-nilai
14 | P a g e

GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

murni, falsafah tersebut sebenarnya telah terpancar dalam setiap usaha-usaha pemahaman yang
dilaksanakan.

Namun cabaran masa depan dengan segala kecaman menuntut peningkatan

berterusan dalam penghayatan kualiti dan nilai-nilai murni. Ini kerana dalam analisis akhir, nilainilai tersebutlah yang akan membezakan antara yang terbilang atau terbuang.
Apa yang boleh dilihat disini adalah mengenai penerapan nilai-nilai murni ini akan
mengeratkan hubungan antara pekerja dan majikan serta mengeratkan hubungan antara kaum di
dalam organisasi untuk menghasilkan satu team work yang baik.

Secara kesimpulanya

pengurusan kakitangan awam akan bertambah baik dan dapat meningkatkan mutu kerja supaya
tidak terus berada pada takuk yang lama. Oleh itu dasar ini harus diteruskan dan diperbaiki dari
semasa kesemasa mengikut peredaran masa.
6.0

DASAR KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

Dasar Kepimpinan Melalui Teladan telah dilancarkankan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada
19 Mac 1983.

Kandungan yang terdapat di dalam dasar ini adalah untuk menanam dan

memupuk sifat kepimpinan yang berkesan bagi dicontohi, dihayati dan diamalkan oleh segenap
lapisan masyarakat terutamanya kakitangan awam. Selain daripada itu, ia juga adalah bertujuan
untuk menerap nilai kebertanggungjawaban dan etika murni di kalangan kakitangan awam
khususnya masyarakat amnya. Justeru itu, ia adalah bagi mengubah sikap dalam mencapai dan
memperkukuhkan nilai-nilai bagi mempertingkatkan etika kerja serta daya pengeluaran negara
(Noor Azman Mahat, 2008).

15 | P a g e

GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

6.1

OBJEKTIF DASAR KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

Pelaksanaan dasar ini adalah bagi memupuk kesederhanaan dalam setiap tutur kata dan tindakan
yang dilakukan oleh kakitangan awam bagi mewujudkan etika kerja yang baik dalam kalangan
mereka. Dasar ini juga bertujuan menjadikan kakitangan awam sebagai masyarakat yang
berakhlak tinggi, bersih hati, fikiran dan segala tindak tanduk mereka dalam melakukan sesuatu
perkara. Selain itu, harapan lain ialah bagi melahirkan kakitangan awam yang berakhlak tinggi,
sentiasa memperbaiki kelemahan dan kekurangan diri dan membangunkan diri sendiri. Seorang
kakitangan awam yang diharapkan juga adalah seorang yang berhemah tinggi, berwibawa dan
tegas dalam melaksanakan tugas (Munirah Ahmad Masduki, 2004).
Seorang pekerja yang baik adalah mereka yang santiasa bermuhasabah dalam melakukan
sesuatu. Mereka yang cemerlang ialah mereka yang sangat kerap membuat penilaian terhadap
tugas dan tanggungjawab serta memiliki tahap-tahap pencapaian dan natijah atas hasil usahanya.
Tujuan penilaian dibuat ialah untuk mencari kelemahan-kelemahan supaya diperbaiki dan untuk
melihat kejayaan yang boleh dipertingkatkan (Jamiah Manap et al, 2007)
Menurut Jamiah Manap et al, (2007) kakitangan yang cemerlang ialah kakitangan yang
prihatin terhadap kepentingan umum, sanggup berkorban dan tidak mementingkan diri sendiri.
Dalam melaksanakan tugas beliau dapat membezakan kepentingan diri atau keluarga dengan
kepentingan umum. . Selain itu ialah sifat keterbukaan dan sedia menerima pandangan yang
baik. As-samahah iaitu bersifat terbuka dan mengamalkan dasar bersedia menerima kritikan,
bersedia mendengar, menerima pandangan, berbincang, menerima teguran dan mengamal
pentadbiran dengan cara yang baik. Sebagai pekerja, mereka mestilah memiliki keyakinan diri,
kental dan tidak merasa terancam dengan pandangan-pandangan dan saranan orang lain.
16 | P a g e

GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

6.2

KESAN DASAR KEPADA KAKITANGAN AWAM

Kakitangan awam yang baik serta sempurna dan cemerlang adalah menjadi harapan semua
rakyat. Hakikat ini memang diakui oleh semua pihak sehingga telah menjadi amalan dalam
perkhidmatan awam untuk sentiasa Berkhidmat Untuk Negara seperti yang diikrarkan dalam
setiap kali urusan surat-menyurat. Usaha ke arah perkhidmatan yang diingini itu telah pun
dibantu lagi dengan pembentukan satu Etika Perkhidmatan Awam yang kemas dan kinkrit. Garis
Panduan etika itu telah ditimbali lagi dengan pengisytiharan nilai-nilai murni yang lain melalui
dasar-dasar seperti Dasar Kepimpinan Melalui Teladan ini. Segala keunggulan nilai-nilai itu akan
tinggal begitu sahaja sekiranya perkhidmat-perkhidmat awam tidak melakukannya. Oleh yang
demikian langkah seterusnya ialah untuk kita mengamalkan segala panduan yang telah
meningkatkan etika kerja kakitangan awam (Munirah Ahmad Masduki, 2004).
7.0

DASAR BERSIH, CEKAP DAN AMANAH

Dasar Bersih, Cekap dan Amanah merupakan salah satu dasar bagi meningkatkan etika
kakitangan awam. Dasar ini dilancarkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada pertengahan
April 1982. Objektif utama dasar ini adalah untuk meningkatkan daya pengeluaran negara dan
mutu kerja bagi mewujudkan satu etika kerja dan sikap berkhidmat yang baik. Sifat-sifat yang
ingin diterapkan ke dalam jiwa setiap golongan pekerja dan rakyat adalah melalui sifat bersih
iaitu mempunyai moral yang tinggi, bertatatertib dan berdisplin, tidak menyeleweng dan tidak
terlibat dalam rasuah, tidak mementingkan diri sendiri dan sebagainya (Noor Azman Mahat,
2008).

17 | P a g e

GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

7.1

OBJEKTIF DASAR BERSIH, CEKAP DAN AMANAH

Dasar Bersih, Cekap dan Amanah bertujuan memupuk nilai mulia, sikap positif dan moral yang
tinggi dalam kalangan masyarakat Negara ini. Bersih yang dimaksudkan dalam dasar ini ialah
kebersihan dari segi, sama ada kebersihan moral ataupun fizikal. Cekap pula merujuk kepada
perlaksanaan tugas menhikut tatacara pekerjaan. Ia boleh dicapai melalui latihan dan amalan
yang dapat membantu membuat keputusan yang cepat dan menyediakan perkhidmatan kualiti.
Amanah pula merupakan satu nilai yang merangkumi sifat murni, gigih dan ikhlas yang perlu
ada pada setiap individu dalam masyarakat. Ia berkaitan dengan soal tanggungjawab dalam
menjalankan kerja, mengawal kewangan dan harta benda milik kerajaan dan rakyat. Dasar ini
merupakan dasar yang diperlukan di setiap peringkat perlaksanaan supaya ia menjadi benteng
kuat dalam mewujudkan nilai integriti pegawai awam (INTAN, 2006)
7.2

STRATEGI PERLAKSANAAN

Dalam melaksanakan konsep ini Kerajaan telah mempraktikkannya sendiri terlebih dahulu
dengan mengambil daya utama bagi membaiki perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan oleh
pentadbiran awamnya melalui langkah-langkah tertentu, di antaranya ialah mengadakan Manual
Prosedur Kerja (MPK) dan Fail Meja (FM), pengluasan khidmat pusat-pusat pembayaran bil
setempat, pejabat pelan terbuka, kad perakam waktu, pengisytiharan harta oleh para anggota
cabinet dan pegawai serta kakitangan kerajaan, pemakaian 'name tag' oleh kakitangan kerajaan,
menegaskan dan mengukuhkan peranan Badan Pencegah Rasuah khasnya bagi menyiasat
tuduhan-tuduhan rasuah, perkhidmatan cemerlang dan juga penghantaran pegawai-pegawai
melanjutkan pelajaran (Noor Azman Mahat, 2008; Jabatan Perdana Menteri, 2010).

18 | P a g e

GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

7.3

KESAN DASAR TERHADAP KAKITANGAN AWAM

Bersih, Cekap dan Amanah adalah satu konsep yang murni. Sifat-sifat ini adalah asas yang
penting di dalam mengujudkan satu masyarakat Malaysia yang benar-benar bertamaddun dan
bermoral bersesuaian dengan Islam sebagai ugama rasmi. Dengan itu konsep ini tidak boleh
dipisahkan dan hendaklah berjalan seiring dengan
Dasar Penerapan Nilai-Nilai dan Konsep Kepimpinan Melalui Teladan serta Rukun
Negara. Jika dikaji keseluruhannya slogan BCA ini akan memberi kesan dalam pencapaian satu
pentadbiran yang benar-benar berhasrat mencapai daya pengeluaran yang tinggi melalui etika
dan nilai bekerja yang progresif selaras dengan kehendak- kehendak moral yang murni dan
terpuji.
8.0

KESIMPULAN

Secara keseluruhannya dapat disimpulkan disini bahawa tujuan utama dasar-dasar di atas di
keluarkan adalah untuk meningkatkan produktiviti serta memantapkan pentadbiran mengikut
contoh dari negara-negara yang maju. Setiap dasar ini saling berkait antara satu sama lain kerana
ia adalah bertujauan untuk meningkatkan etika kakitangan awam dan juga meningkatkan mutu
kerja di dalam pentadbiran awam selain menjadikan sesebuah Negara maju sebagai mentor
contohnya Dasar Pandang Ke Timur yang mengambil contoh Negara Jepun dan Korea.
Etika kerja bukanlah merupakan jalan penyelesaian masalah yang
kompleks, tetapi ianya tetap penting dan mempunyai peranannya yang
tersendiri untuk mengawal tingkahlaku para pekerja awam. Etika kerja telah
menentukan asas-asas hubungan di antara para penjawat awam dengan
masyarakat, majikan, pelanggan dan rakan sekerja. Etika kerja telah wujud
19 | P a g e

GMGA 1013 ASAS PENTADBIRAN AWAM

sejak dahulu lagi sehingga ke hari ini masih dianggap penting dan
berfaedah. Sesiapapun tidak terkecuali daripada patuh kepada prinsip dan
nilai etika. Oleh itu, pelbagai lagi perubahan telah dijalankan oleh pemimpin
negara supaya pentadbiran awam di Malaysia ini dapat seiring dengan
negara-negara maju di dunia antaranya seperti Islam Hadari, Gagasan 1
Malaysia, Model Ekonomi Baru dan juga Program Transformasi Kerajaan
(GTP). Diharap pada masa akan datang pentadbiran yang ada di Negara kita
ini akan berkembang menjadi sebuah pentadbiran yang produktif dari segi
pengurusan dan sebagainya.

20 | P a g e