Anda di halaman 1dari 3

c 

  
c  
  

 


   



Dalam era teknologi dan globalisasi ini, guru adalah sebagai agen perubahan
bagi membimbing murid-murid agar bersedia untuk menghadapi segala perubahan
yang akan berlaku. Malaysia menghadapi arus kemajuan dan cabaran dalam abad ke-
21. Justeru, keperluan terhadap terhadap pembentukan akhlak mulia dalam kalangan
murid semakin mendesak memandangkan masalah-masalah sosial yang timbul selari
dengan kepesatan kemajuan dunia. Masalah-masalah disiplin di peringkat sekolah
seperti ponteng, merokok dan penyalahgunaan dadah dapat ditangani sekiranya guru
berjaya membina kesepaduan antara ilmu dan pembentukan akhlak yang mulia dalam
diri murid-murid.

Jadi, guru harus berperanan sebagai agen perubahan dalam sistem pendidikan
di mana ia harus mengubah daripada gaya pengurusan dan kepimpinan yang bersifat
autokratik kepada demokratik. Peranan guru sebagai agen perubahan perlu berasaskan
perkara-perkara berikut:

1. Mengubah daripada strategi berpusatkan guru kepada strategi pemusatan murid.

2. Guru mengamalkan sifat penyayang terhadap murid, rakan sejawat, ketua, staf
sokongan dan sekolah.

3. Guru juga perlu bersikap terbuka secara proaktif dan bersedia untuk menghadapi
perubahan khususnya dalam bidang pendidikan.
Guru perlulah memusatkan proses pengajaran dan pembelajaran kepada murid
dan bukannya memusatkan kepada guru. Murid boleh bertanya jika terdapat sebarang
persoalan teantang pengajaran pada waktu tersebut. Bukan semata-mata mendengar
penjelasan dan penerangan daripada guru sahaja. Semua pendapat murid mestilah
dipertimbangkan dan diterima sekiranya pendapat tersebut benar dan tepat selain ia
berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, proses pengajaran
dan pembelajaran juga menggalakan murid mencari maklumat tambahan melalui
teknologi internet. Ini dapat melatih mereka mengadaptasi dengan kemajuan dan
perubahan yang berlaku mengikut peredaran semasa.

Selain daripada strategi berpusatkan guru kepada strategi berpusatkan murid,


guru juga perlu mengamalkan sikap penyayang. Hal ini kerana, kanak-kanak lebih
tertarik untuk berdamping dengan guru yang mempunyai sikap ini memandangkan guru
merupakan orang yang kedua rapat selain ibu bapa mereka. Bukan itu sahaja, guru
yang penyayang ini mampu membuat kanak-kanak lebih memberi perhatian serta
tumpuan terhadap sesi pembelajaran yang berlangsung. Ini membolehkan sesi
pengajaran berlangsung dengan jayanya. Guru juga perlulah mengamalkan sikap
penyayang ini bukan sahaja terhadap murid-murid malah harus juga menjadi
penyayang terhadap setiap masyarakat. Hal ini dapat menimbulkan rasa hormat
daripada masyarakat lebih-lebih lagi, tugas menjadi seorang guru adalah satu
profession yang dianggap mulia di sisi masyarakat. Guru boleh menerapkan prinsip
guru sayang murid, murid kasih guru. Jika prinsip ini dapat diterapkan dalam diri setiap
murid, gejala sosial yang berlaku dalam kalangan murid atau kanak-kana dapat
dikurangkan.
Guru yang sanggup menerima perubahan akan bersedia dengan setiap
perubahan yang berlaku terutamanya dalam bidang pendidikan. Sebagai contoh
pemansuhan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris kepada program memperkasa Bahasa Melayu memperkukuh Bahasa
Inggeris sedangkan program ini baru sahaja 7 tahun dilaksanakan bermula dari tahun
2003. Kesediaan guru dalam menerima perubahan ini dengan menghadiri kursus dan
sebagainya dapat dilihat tanpa sebarang rungutan. Sifat keterbukaan secara proaktif ini
mampu menjadikan guru sebagai agen perubahan yang sesuai mengikut peredaran
zaman dan masa.

Secara tuntasnya, guru selayaknya menjdai agen perubahan kerana pendidikan


anak-anak bangsa bermula di sekolah walaupun sesi persekolahan hanya tujuh jam,
tetapi ia mampu merealisasikan kehendak negara dengan menghasilkan murid yang
cerdik, cergas dan mampu membawa negara ke mata dunia. Guru ibarat ibu bapa di
sekolah dan segala nasihat dan tunjuk ajar guru akan diterima oleh murid. Jadi, sebagai
agen perubahan ia akan turut mempengaruhi akal dan minda murid untuk menghadapi
perubahan dan merealisasikan impian negara.