Anda di halaman 1dari 4

Sirih berlipat sirih pinang,

Sirih dari istana diraja,


Pemanis kata selamat datang,
Sembah salam pembuka bicara.
1.ALU-ALUAN
Yang Berusaha
Pn Nazila Mahamud
Guru Penolong Kurikulum
SK Taman Dato Harun (1)
Yang Berusaha
Pn Pakhithai Boospon a/p Ponniah
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Yang Berusaha
En Hussin b Juri
Guru Penolong Kanan Petang
Yang Dihormati.
Ketua Ketua Panitia, Guru-Guru, dan seterusnya murid-murid yang dikasihi
sekalian.
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Selamat datang ke Majlis Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Sekolah
Kebangsaan Taman Dato Harun (1)
Sempena dengan sambutan Hari Guru ini , sama-samalah kita memanjatkan
setinggi rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan
izinNya dapat kita sama-sama berhimpun di sini dengan penuh kedamaian
dan keamanan bagi memberi pengiktirafan guru-guru
2. DOA
Kelip-kelip kusangka api,
Kuala Selangor sumpah keramat,
Mohon restu majlis diberkati,
Agar majlis mendapat rahmat.
Untuk memberkati majlis, dengan sukacitanya dijemput Al Fadhil Ustaz
Sharudin b Jahari untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan

DOA
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al Fadhil Ustaz Sharudin b
Jahari
3. UCAPAN PERUTUSAN MENTERI PELAJARAN
Seterusnya, Kita akan menyaksikan Ucapan Perutusan Menteri Pelajaran
Malaysia yang disampaikan secara langsung oleh Yang Berhormat Menteri
Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dari
____________________________. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
UCAPAN PERUTUSAN
Begitulah tadi perutusan yang disampaikan sendiri oleh Menteri Pelajaran
Malaysia yang disiarkan secara langsung dari _______________________________.
Diharapkan segala pesanan dan harapan dapat kita guru laksanakan sebaik
mungkin.
4. UCAPAN PERUTUSAN KETUA PENGARAH PELAJARAN
Dengan ini, majlis menjemput Encik Hussin b Juri Gr Penolong kanan
Kokurikum untuk membaca perutusan Yang Berbahagia Ketua Pengarah
Pelajaran Malaysia . Dengan segala hormatnya dipersilakan.
UCAPAN PERUTUSAN
Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Hussin b Juri
atas ucapan itu tadi.
5. IKRAR GURU
Majlis diteruskan dengan upacara Lafaz Ikrar Guru . seterusnya diikuti
dengan Negaraku, Nyanyian Lagu Guru Malaysia dan lagu Tema

LAFAZ IKRAR GURU


Tegak tugu kerana sendi,
Runtuh sendi tugu binasa,

Mulia guru kerana budi,


Generasi cemerlang tersohor bangsa.
Majlis diteruskan dengan persembahan ________________________________
Teriam kasih atas persembahan itu tadi
Dipersilakan pula persembahan __________________________________
Terima kasih atas persembahan itu tadi
Dipersilakan pula persembahan __________________________________
Terima kasih atas persembahan itu tadi
Dipersilakan pula persembahan __________________________________
Terima kasih atas persembahan itu tadi
Dipersilakan pula persembahan __________________________________
Terima kasih atas persembahan itu tadi
Dipersilakan pula persembahan __________________________________
Terima kasih atas persembahan itu tadi
Majlis diteruskan dengan persembahan ________________________________
Teriam kasih atas persembahan itu tadi
Dipersilakan pula persembahan __________________________________
Terima kasih atas persembahan itu tadi
Dipersilakan pula persembahan __________________________________
Terima kasih atas persembahan itu tadi
Dipersilakan pula persembahan __________________________________
Terima kasih atas persembahan itu tadi
Dipersilakan pula persembahan __________________________________
Terima kasih atas persembahan itu tadi
Dipersilakan pula persembahan __________________________________
Terima kasih atas persembahan itu tadi
6. PENUTUP
Bagi pihak sekolah , majlis juga merakamkan ucapan terima kasih kepada
Tetamu jemputan dan semua hadirin yang turut sama meluangkan masa

untuk hadir pada majlis ini . Terima kasih kalungan budi juga diberikan
kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung
bagi memastikan majlis ini dapat dilaksanakan dengan sempurna.
Tenang-tenang air di kali
Tempat mandian putra puteri
Sempurna sudah majlis dirai
Salah dan silap harap dimaafi
Hinggap tempua di hujung dahan
Kenari berbalah berebut taman
Sajian tersedia jemputlah makan
Awal bismillah menjamah hidangan
Majlis dengan hormatnya mempersilakan Barisan Guru guru Penolong Kanan
bersama semua guru untuk menikmati jamuan. Dengan hormatnya
dipersilakan.
Bagi pihak majlis, kami hanya mampu mengungkapkan ;
Kalau ada silap sepatah, jangan simpan di dalam hati.
Sekian . Wabilahitaufiq walhidayah wassalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai