Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Berita mengenai pelaksanaan waktu kerja 9 jam sehari untuk guru mendapat pelbagai riaksi
daripada orang ramai terutamanya golongan guru sendiri.Berita ini sudah kami kongsikan
sebelum ini di Guru Bakal Berkerja 9 Jam Sehari Mulai 2012.Adakah Ia Rasional?
Kami sendiri tidak bersetuju dengan perlaksanaan ini kerana ia pasti akan membebankan lagi
tugasan guru.Sekarang ini guru-guru pun sudah berkerja 24 jam,memang betul secara official
guru berkerja dari jam 7.30 pagi hingga 1.30 petang tetapi ia tidak termasuk lagi dengan kelas
tambahan selepas kelas,atau pun pada waktu malam,itu tidak termasuk lagi untuk mengajar
pasukan sukan sekolah atau kokurikulum.Betul tak?
Sebenarnya terdapat pelbagai komen mengenai isu ini tapi hari ini kami ingin berkongsi satu
komen yang cukup bernas daripada seorang guru.Dibawah ini adalah komen berkenaan:Salam semua..
Saya langung xbersetuju dgn perkembangan ini.. Sepatutnya KPM mencari formula utk
mengurangkan beban kerja guru.. Guru kini terlalu banyak perlu membuat kerja pengkranian..
Malahan. Kerani skang dh menjadi lebih bos dr guru.. Sepatutnya.. KPM beri perhatian
kepada pelaksanaan inkuiri di sekolah yg langsung tidak dapat di implimentasikan.. Isu
kenaikan gaji guru yg lambat, insentif yg kurang.. Di Malaysia, dari segi gaji.. Memang di
akui guru dilayan sebagai kelas kedua.. Kenaikan pangkat yg amat sukar juga perlu diberikan
perhatian.. System sedia ada patut di rombak, ini keran system sekarang terlalu birokrasi,
malahan merupakan satu bentuk birokrasi melampau.. Guru tiada kebebasan membuat
keputusan, guru tidak lagi dihormati oleh pelajar.. Malah. KPM menarik kuasa meroton, ini
telah menimbulkan pola masalah disiplin yg sgt ketara.. Pelajar bukan saja merokok di
sekolah.. Malahan, kini mereka berani melakukan maksiat di sekolah.. Apa nak jadi ? Ini
sepatutnya difokuskan..
Ini belum masuk masalah dgn PPD dan JPN.. Pegawai mereka terlalu angkuh bila berurusan
dengan guru.. Ibarat guru ini orang bawahan yg tidak penting.. Mengenai insentif dan elaun..
Ianya lebih dinikmati oleh pentadbiran sekolah.. Ketua2 jabatan di KPM tidak turun ke
sekolah untuk mahami dan menyelesaikan masalah dari akar umbinya.. Malahan, sukar untuk
seorg guru naik jawatan ke PPD dan JPN jika tiada KABEL.. Inilah realiti pahit yg dihadapi
oleh guru..
Masalah lain ada lah dasar KPM itu sendiri.. Mereka seolah2 menghalang sebahagian besar
guru untuk menyambung pelajaran ke peringkat master dan phd.. Pentadbir akan mengenakan
tekanan kepada guru yg menyambung pelajaran, seolah2 takut oang bawahan mempunyai
kelulusan akademik dan gaya pemikiran yang lebih kehadapan berbanding mereka.. Padahal..
Bila guru menyambung pelajaran, ianay membantu mereka meningkatkan kualiti pengajaran,
memahami pelajar dgn lebih mendalam, malah boleh mebentuk satu persekitaran
pembelajaran yg lebih baik.. Tapi.. Guru disekat dari mencintai budaya cintakan ilmu.. Dasar
KPM menyebabkan ilmu guru masih ditakuk lama dan punya segelintir pelajar tidak
menghormati guru dan memberi perhatian semasa sesi P&P.. Pelajar merasakan guru mereka
sebagai bodoh..
Kepada yg mengatakan bahawa kerja guru ini mudah.. Dh bayar beribu2 ok lah tension.. Anda
sebenarnya tidak pernah menjadi guru dalam erti sebenar.. Setiap pelajar perupakan amanah

kepada anda.. Guru berdedikasi berusaha untuk memikul amanah tersebut sepenuh hati..
Namun, mereka ditekan dari kanan, kiri, depan, belakang, atas dan bawah.. Cikgu mengalami
tekanan perasaan, mengalami tekanan darah tinggi.. Tapi.. Ibu bapa akan menunding jari
kepada guru bila apa2 terjadi kepada anak mereka.. Akan dipersalahkan oleh KPM bila
berlaku sesuatu yg buruk..

SELAIN komen diatas,terdapat satu komen yang menarik perhatian kami.Komen berkenaan
mengatakan beliau setuju pelaksaan kerja 9 jam sekiranya:1. Guru hanya mengajar dalam kelas, tidak ada kelas tambahan.
2. Guru bukan jadi jurulatih sebarang sukan dan permainan.
3. Guru bukan penasihat kelab dan persatuan @ unit uniform.
4. Guru bukan pemandu kepada pelajar sertai apa-apa acara, majlis, karnival,
pertandingan dan yang sewaktu dengannya.
5. Guru bukan kerani yang perlu isi apa-apa borang termasuk buku rekod
kehadiran pelajar, soal selidik, markah peperiksaan, SKT dan yang sewaktu
dengannya.
6. Guru bukan tukang gunting, tukang jaga disiplin, tukang sapu dan yang
sewaktu dengannya.
7. Guru bukan warden asrama.
8. Guru tidak perlu pedulikan disiplin pelajar.
9. Guru tidak perlu hantar pelajar sakit ke klinik @ hospital @ balik rumah.
10. Guru bukan PENGASUH
11. GURU hanyalah GURUmasuk kelas MENGAJAR BUKAN
MENDIDIK..
Itulah antara alasan-alasan atau sebab-sebab kenapa ramai guru tidak bersetuju dengan sistem
baru ini.Sebenarnya terdapat banyak lagi komen-komen menarik mengenai isu ini,anda boleh
baca di artikel Guru Bakal Berkerja 9 Jam Sehari Mulai 2012.Adakah Ia
Rasional? dan Guru Kerja 9 Jam Bermula Tahun 2012. Apa Pendapat Anda?.
Sekian.
Sekiranya anda ingin berkongsi berita-berita terkini atau artikel-artikel menarik,sila
emailkan ke kongsi@2dayblogger.com