Anda di halaman 1dari 6

IPG Kampus Perempuan Melayu,

Jalan Maktab, Durian Daun, 75400 Melaka

KERTAS KERJA CADANGAN


Karnival Permainan Tradisional (KaPeTra) 2015
TEMPAT :
Dewan Sri Kandi,
Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu, Melaka

TARIKH :
11 Mac 2015

ANJURAN :
PISMP Pendidikan Khas Ambilan Januari 2013
dengan kerjasama
Jabatan Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan
IPG Kampus Perempuan Melayu,
Jalan Maktab, Durian Daun, 75400, Melaka.

1.0

PENGENALAN
Permainan Tradisional ini merupakan permainan yang diwarisi turun temurun di
mana ia melibatkan kemahiran asas lokomotor, bukan lokomotor dan manipulasi alatan
yang meliputi gaya hidup sihat untuk memperoleh kecergasan, ketenangan dan
menangani tekanan. Antara contoh permainan tradisional ialah congkak, batu seremban,
galah panjang, ketinting, rebut negeri dan lain-lain lagi. Diharapkan dengan pengelolaan
ini dapat menggalakkan generasi muda untuk melibatkan diri dalam permainan
tradisional supaya permainan tradisional ini tidak luput ditenggelami zaman di samping
mengekalkan warisan budaya kita.
Karnival Permainan Tradisional ini dianjurkan bagi memenuhi keperluan
sukatan PJM3123E (Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan
Sukan). Anjuran karnival ini sebagai salah satu ujian atau latihan kepada pihak
pengelola (PISMP Pendidikan Khas Ambilan Januari 2013 Semester 5) dalam
menguruskan dan mentadbir satu-satu program yang dirancang. Oleh itu, perancangan
yang teliti dan teratur diperlukan bagi memastikan kejayaan karnival ini.

2.0

RASIONAL
2.1
2.2

Melatih guru pelatih dalam mengendalikan dan menjayakan satu-satu program.


Memenuhi keperluan Jadual 3 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani

2.3

dan Sukan (PJM3123E) yang berkaitan permainan tradisional.


Memberi peluang kepada guru pelatih untuk mengaplikasikan ilmu yang mereka
peroleh dalam bilik kuliah seperti penyediaan kertas kerja, minit mesyuarat dan

3.0

2.4

surat-menyurat, pengendalian mesyuarat, pengagihan tugasan dan sebagainya.


Mengelakkan kepupusan warisan turun-temurun ini memandangkan permainan

2.5

tradisional kini bukan lagi menjadi pilihan generasi baru.


Menarik minat generasi baru terhadap permainan warisan ini di samping

2.6

memupuk perasaan cintakan permainan warisan ini.


Mengeratkan silaturahim antara guru pelatih.

MISI

Menjadi platform ke arah menjadi pendidik yang berkebolehan dalam setiap aspek
termasuklah dalam pengurusan dan pentadbiran satu program yang dirancang.
4.0

OBJEKTIF
4.1

Mengetengahkan permainan tradisional sebagai permainan warisan turun


temurun.

4.2

Memberi kesedaran kepada guru pelatih dan masyarakat tentang kepentingan


permainan tradisional sebagai satu warisan yang tidak boleh dilupakan.

4.3

Memupuk semangat kekitaan dalam diri peserta sepanjang pertandingan


dijalankan.

4.4

Melatih

peserta

untuk

berkolaborasi

dalam

tekanan

pertandingan

dan

perancangan strategi dalam suasana yang sihat.


4.5

Dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan pelajar di samping


mengekalkan warisan tradisi masyarakat Melayu dan masyarakat setempat.

4.6

Memperoleh pengetahuan asas dan pengalaman amali mengenai kemahirankemahiran asas permainan tradisional.

4.7

Menguasai

dan

mempraktikkan

kemahirankemahiran

asas

permainan

tradisional
4.8

Mengetahui, memahami dan menerangkan prinsipprinsip aplikasi sains dan


latihan yang dapat dikait bagi meningkatkan tahap penguasaan kemahiran
kemahiran asas permainan tradisional

4.9

Mengetahui, memahami dan mengamalkan peraturanperaturan permainan


tradisional dalam permainan dan pertandingan.

4.10

Mengendalikan sesi latihan dan pembelajaran dengan baik dan berkesan


berdasarkan pengetahuan yang diperoleh.

5.0

ANJURAN

PISMP Pendidikan Khas Ambilan Januari 2013, dengan kerjasama Jabatan Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan, IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka.

6.0

TARIKH, MASA DAN TEMPAT


Program ini dirancang untuk dilaksanakan seperti yang berikut:
Tarikh
Hari

:
:

11 Mac 2015
Rabu

Masa

2.00 petang 6.30 petang

Tempat

Dewan Sri Kandi,

IPG Kampus Perempuan Melayu, Melaka.

7.0

PUBLISITI
Antara strategi yang telah dirancang untuk mempromosikan program-program yang
bakal dijalankan adalah dengan menggunakan media cetak iaitu poster dan risalah. Di
samping

itu,

media

elektronik

juga

digunakan

untuk

menghebahkan

dan

mempromosikan program ini kepada peserta melalui emel dan sistem pesanan khidmat
ringkas atau sms dan surat menyurat.

8.0

9.0

SASARAN PESERTA

Pengelola
Peserta

:
:

Pensyarah Penasihat

ANGGARAN PERBELANJAAN
Rujuk Lampiran A

10.0

PISMP Pendidikan Khas Semester 5 Ambilan Januari 2013


3 unit PISMP Ambilan Jun 2014 dan
4 unit Pra PISMP Ambilan Jun 2014
7 orang (JPJK)

STRUKTUR ORGANISASI

Rujuk Lampiran B
11.0

SENARAI TUGAS JAWATANKUASA


Rujuk Lampiran C

12.0

TENTATIF MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN


Rujuk Lampiran D

13.0

ACARA YANG DIPERTANDINGKAN


Rujuk Lampiran E

14.0

JADUAL PERTANDINGAN
Rujuk Lampiran E

15.0

FORMAT PERTANDINGAN
Rujuk Lampiran F

16.0

PENUTUP
Adalah diharapkan Karnival Permainan Tradisional ini dapat dijalankan dengan
lancar dan teratur mengikut perancangan. Semoga perlaksanaan karnival ini akan terus
berjaya melahirkan pelajar yang aktif dan bertanggungjawab serta komited terhadap
tugas.
Jawatankuasa kerja juga menaruh harapan dan keyakinan yang tinggi terhadap
kerjasama dan komitmen semua ahli jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan
Karnival Permainan Tradisional ini. Kami Jawatankuasa kerja amat berharap mendapat
sokongan dan bimbingan sewajarnya untuk melahirkan pelajar PISMP selaras dengan
kehendak Falsafah Pendidikan Guru dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh yang
demikian, adalah diharapkan program ini mendapat kelulusan dan sokongan penuh
daripada pihak pengurusan Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu,
Melaka.
PERKARA

TANDATANGAN/ULASAN

Disediakan oleh,
Nurfairuza Syahira binti Mohd Sudud,
Pengerusi,
Karnival Permainan Tradisional 2015,
Institut Pendidikan Guru, Kampus Perempuan Melayu,
Melaka
Disokong oleh,
Ramle bin Taib,
Penyelaras Kursus PJM 3123E,
Karnival Permainan Tradisional 2015,
Institut Pendidikan Guru, Kampus Perempuan Melayu,
Melaka.
Disemak oleh,
Nur Farah Gan binti Abdullah,
Ketua Jabatan,
Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan,
Institut Pendidikan Guru, Kampus Perempuan Melayu,
Melaka.
Disahkan oleh,
Zamrah binti Bongsu,
Ketua Jabatan,
Jabatan Hal Ehwal Pelajar,
Institut Pendidikan Guru, Kampus Perempuan Melayu,
Melaka.
Disahkan oleh,
Senin bin Khamis,
Ketua Unit Khidmat Pengurusan,
Institut Pendidikan Guru, Kampus Perempuan Melayu,
Melaka.
Diluluskan oleh,
Timbalan Pengarah,
Institut Pendidikan Guru, Kampus Perempuan Melayu,
Melaka.

Anda mungkin juga menyukai