Anda di halaman 1dari 11

PEMARKAHAN

Semester 1 Sesi 2015/2016


KBL 6014 : PENDIDIKAN INKLUSIF BAGI MURID-MURID BERMASALAH
PENGLIHATAN
TAJUK
TUGASAN 3
BAGAIMANA PENGAJARAN SAINS BAGI MURID PRASEKOLAH
BERMASALAH PENGLIHATAN

DISEDIAKAN OLEH
NAMA

NO. MATRIK

PROGRAM

NUR NADIA BINTI HASSAN

M20141000631

SARJANA
PENDIDIKAN
(PENDIDIKAN
KHAS)

PENSYARAH : DR. KANNAMAH MOTTAN


TARIKH : 4 DISEMBER 2015

PENGENALAN

Menurut Shahizan dan Ahmad Shahabudin (2006), pendidikan prasekolah adalah satu
program yang menyediakan pengalaman pembelajaran murid-murid yang berumur 4-6 tahun
dalam jangka masa satu tahun atau lebih sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal.
Konsep pembelajaran yang digunakan ialah "Belajar Sambil Bermain" dengan menekankan
"Pembelajaran Bertema". Kaedah pembelajaran meliputi aktiviti kelas, aktiviti kumpulan dan
aktiviti individu. Pendedahan terhadap aktiviti ini adalah bagi menyediakan asas yang kukuh
bagi pembelajaran berkonsepkan sekolah bestari.

Menurut Lee Shok Mee (1994) Sains merupakan sebuah proses pengumpulan ilmu
atau maklumat dan penyusunannya. Perkataan sains datang daripada bahasa Latin, scinetia,
yang bermakna mendapatkan ilmu atau maklumat. Seperti proses mendapatkan maklumat
yang lain, sains bermula dengan pengalaman, dan kemudiannya mendapatkan fakta dan
peraturan. Pembelajaran sains bertujuan mengkaji sesuatu perkara adalah dengan melihatnya
dengan teliti, mengukurnya, membuat uji kaji, dan cuba menerangkan mengapa sesuatu
perkara terjadi. Mereka yang melakukan perkara ini dipanggil ahli sains.

Brewer, 1995 mengatakan bahawa sains adalah semua yang wujud di sekitar kita,
tidak kira dimana kita berada. Pada murid-murid pra sains adalah pekara yang mereka hairan,
rasa takjub, serta ingin tahu dan terokai. Sains adalah pemikiran dan perbuatan dan ia berlaku
seiring. Sains adalah suatu proses memerhati, berfikir dan membuat perkaitan antara satu
tindakan dan kesan atau kejadian dan peristiwa. Ia juga adalah sesuatu yang boleh
menimbulkan rasa ingin tahu, minat dan proses penyelesaian masalah (Nani Menon &
Rohani Abdullah, 2003).

Pada peringkat awal sains, guru menyediakan peluang pembelajaran sains dengan
cara menyediakan persekitaran yang selamat untuk diterokai, menggalakkan murid-murid
memerhati, mencuba, bertanya soalan dan menyelesaikan masalah, mengubahsuai dan
membuat perkaitan antara satu sebab dengan sebab musabab. Murid-murid juga mendapat
pembelajaran melalui pengalaman dan membuat rumusan saintifik daripada pengalaman.

Kepelbagaian pendekatan, teknik dan kaedah pengajaran prasekolah dalam awal sains
penting bagi mencapai pembelajaran yang terancang, menyeluruh dan mampu menarik minat
murid kerana menurut kajian, pembelajaran yang pertama inilah yang akan menjadi asas
kepada pengetahuan sedia ada yang bakal mereka ada dalam minda bawah sedar. Umumnya,
murid-murid cenderung mengetahui fakta berkaitan fenomena alam semula jadi, cuaca,
haiwan, proses tumbesaran, manusia dan benda di persekitarannya. Setiap tingkah laku
mereka adalah suatu proses eksperimen yang berlaku secara spontan setiap hari. Apabila
mereka tersentuh objek, maka akan timbul beberapa soalan seperti Apa ini?, Bagaimana ia
berfungsi?, Kenapa?. Tingkah laku ini adalah suatu proses siasatan saintifik. Pengalaman
ini akan menggalakkan murid-murid supaya mahir berfikir, menyoal, menyelesaikan
masalah, membuat rumusan dan membina pengetahuan yang berasaskan pengalaman
saintifik.

Bagi murid-murid berkeperluan khas terutama murid-murid bermasalah penglihatan


juga tidak terlepas daripada menerima pendidikan yang sempurna seperti murid-murid typikal
yang lain agar mereka sama-sama dapat menimba ilmu pengetahuan demi meneruskan
kehidupan di masa hadapan. Pengajaran sains adalah salah satu pengajaran yang mencabar
bagi guru dalam menyampaikan ilmu sains kepada murid-murid bermasalah penglihatan.
Menurut Rakan & Bursuck 1999, guru perlu memahami ciri-ciri murid-murid berkeperluan

khas, keperluan dan strategi pengajaran yang berkesan. Stefanich and Norman (1996) pula
membuat kajian terhadap guru sains dan pengajar kolej sains di mana mereka ini tidak
mempunyai pengalaman mengajar murid berkeperluan khas. Sains merupakan satu proses
penerokaan alam semesta dan berpusatkan pelajar seperti pembangunan kognitif yang penting
untuk pertumbuhan diri semua murid termasuk murid-murid yang berkeperluan khas.
Individuals with Disabilities Education Act (IDEA), menyatakan bahawa semua murid-murid
yang kurang upaya berhak menerima pendidikan sepenuhnya. Menurut American Association
for the Advancement of Science (AAAS)1991 pula menjelaskan potensi keseluruhan
pengajaran sains murid kurang upaya masih belum direalisasikan. Inilah yang menjadi isu
kritikal bagaimana penglibatan murid bermasalah penglihatan dalam mempelajari sains.

CABARAN
Murid-murid bermasalah penglihatan mempunyai tahap keupayaan kognitif yang sama
seperti murid-murid lain. Walaubagaimanapun, pembelajaran di sekolah kini banyak
mengunakan deria penglihatan, dan ini menyebabkan murid-murid bermasalah penglihatan
kerap mengalami masalah dalam pembelajaran akademik. Mereka perlu didedahkan dalam
pelbagai pengalaman yang bersesuaian untuk diteroka. Namun begitu, mereka juga diberi
peluang dalam merasai pengalaman meneroka dalam aktiviti-aktiviti yang luar biasa untuk
meransang pertumbuhan intelek murid-murid bermasalah penglihatan ini.

Guru prasekolah adalah guru yang memainkan peranan paling penting kerana
merekalah yang memberikan pendidikan terawal dalam sistem persekolahan. Cabaran
bertambah apabila murid-murid yang di ajar itu adalah seorang yang berkeperluan khas
bermasalah penglihatan. Setiap guru perlulah mempunyai jiwa seorang guru yang berperanan
mendidik murid-murid tanpa mengira siapa murid itu dan bersedia menerima kekurangan

mereka. Guru perlu berusaha membuat yang terbaik untuk memastikan murid ini mendapat
pendidikan yang sempurna seperti murid typical yang lain.

Strategi pembelajaran visual merupakan satu strategi pembelajaran yang paling


berkesan dalam mengajar murid-murid prasekolah dalam pengajaran sains. Hal ini kerana,
bahan-bahan visual dapat memperkenalkan pelbagai jenis bahan yang hendak dipelajari.
Bahan-bahan yang boleh dilihat oleh murid lebih memudahkan pemahaman murid. Menurut
satu kajian pendidikan yang telah dijalankan menyatakan bahawa pembelajaran melalui
penglihatan adalah meliputi 83% berbanding pancaindera yang lain. Murid-murid prasekolah
pada tahap ini masih belum mencapai kemahiran berfikir dan menganalisis pada tahap yang
tinggi. Maka pembelajaran visual adalah lebih bersesuaian untuk mereka. Namun, bagi murid
bermasalah penglihatan, mereka telah kehilangan pancaindera penglihatan ini, maka
pembelajaran visual tidak bermakna.

Dalam pengajaran sains, banyak bahan yang memerlukan murid untuk mengenal,
melihat, meneroka dan memahami proses pengajarannya. Namun, penerimaan dan
pemahaman murid bermasalah penglihatan dalam ilmu sains adalah terhad. Murid tidak dapat
meneroka dengan lebih mendalam kerana kekurangan yang mereka hadapi. Aktiviti yang
melibatkan eksperimen tidak dapat dilakukan dengan teliti. Murid sekadar mengenal bahanbahan dan peralatan untuk eksperimen.

Kekurangan diri yang dialami oleh murid-murid bermasalah penglihat ini sedikit
sebanyak mengganggu tahap keupayaan murid untuk memahami konsep pembelajaran sains.
Hal ini kerana murid tidak dapat melihat objek sebenar dan proses sebenar aktiviti
eksperimen yang dipelajari. Murid tidak dapat membayangkan apa sebenar yang dipelajari

dan ini kemungkinan berlakunya pemahaman yang salah dalam pemikiran murid bermasalah
penglihatan.

Inilah antara kekangan dan cabaran yang dihadapi oleh guru prasekolah dalam
mengajar sains terhadap murid-murid bermasalah penglihatan. Guru perlu merealisasikan
pembelajaran sains dengan berorientasikan murid dan berusaha menyesuaikan kaedah
pengajaran sains untuk murid-murid bermasalah penglihatan. Kesedaran terhadap hak-hak
serta memahami keperluan pendidikan bagi murid bermasalah penglihatan adalah penting
bagi mencapai matlamat pembelajaran sains dikalangan murid tersebut. Penglibatan
sepenuhnya murid bermasalah penglihatan dalam pembelajaran sains akan memberi faedah
kepada murid itu sendiri dan pengalaman brharga untuk guru yang mengajar murid tersebut.

KEPERLUAN

KHUSUS

MURID

BERMASALAH

PENGLIHATAN

DALAM

PEMBELAJARAN SAINS

Murid bermasalah penglihatan mempunyai tahap keupayaan kognitif yang sama seperti
murid lain. Walaubagaimanapun, pembelajaran sekolah pada masa kini banyak bergantung
kepada penggunaan visual, murid-murid bermasalah penglihatan mula kerap menghadapi
masalah dalam akademik. Masalah penglihatan yang dialami menjadi penghalang kepada
murid untuk memperoleh pelbagai pengalaman dalam aktiviti-aktiviti yang jarang dilakukan.
Ini menyebabkan rangsangan terhadap pertumbuhan intelek murid-murid bermasalah
penglihatan menjadi kritikal. Dalam menyesuaikan murid-murid tersebut dalam kelas sains,
guru boleh mengambil beberapa cadangan yang dikemukan oleh American Association for
the Advancement of Science (AAAS)1991, Cetera (1983), Dubnick (1994), Lunney dan

Morrison (1981), Smith (1998b), Smith, Polloway, Patton, dan Dowdy (1998), Wagner
(1995a), Wohlers (1994), Ricker (1981), dan Ricker dan Rodgers (1981).

Antara cadangan yang dinyatakan adalah dengan menafsir bahan pembelajaran dalam
Braille dan adaptasi media elektronik. Di mana murid boleh mendapat maklumat melalui
membaca bahan bacaan yang telah dibraillekan atau media elektronik yang telah dimasukkan
perisian Jaws. Guru boleh membenarkan penerangan sains di dalam kelas dirakam. Ini dapat
membantu murid mendengar semula penerangan guru sebagai ulangkaji. Selain itu, guru
perlu menggalakkan perbualan secara langsung dan terus kepada murid bermasalah
penglihatan dalam intonasi yang biasa sahaja supaya murid berani yakin untuk memberi
respon terhadap guru. Dalam memberi penerangan atau memberi arahan kepada murid, guru
dilarang menggunakan ayat yang samar-samar atau tidak jelas terutama sekali dalam
melakukan eksperimen sains. Ini penting supaya murid paham dengan jelas apa yang
disampaikan dan tidak timbul kekeliruan.

Bagi murid low vision, guru perlu menyediakan bahan bertulis cetakan besar bagi
membantu memudahkan murid melihat dan membaca bahan bacaan tersebut. Murid
bermasalah penglihatan juga perlu diberi peluang merasai dan mengenali apa yang ada
disekeliling mereka, maka guru perlu memberi peluang kepada murid pengalaman
pembelajaran hands-on. Murid boleh merasai objek yang sebenar melalui sentuhan dan
secara tidak langsung berlaku proses penerokaan dalam aktiviti sains. Keperluan-keperluan
khas yang disenaraikan ini boleh digunakan oleh guru dalam mengajar sains kepada muridmurid bermasalah penglihatan. Aktiviti pembelajaran perlu mengikut keperluan dan
kesesuaian terutama kepada murid-murid prasekolah terutama murid bermasalah penglihatan

kerana pembelajaran sains pada peringkat ini memerlukan satu modifikasi khusus yang dapat
merangsang pemikiran aktif dan kreatif kanak-kanak tersebut.

ADAPTASI SAINS TERHADAP MURID BERMASALAH PENGLIHATAN

Sains memberi pelbagai peluang kepada murid-murid untuk meneroka dan mengakses bahan
secara nyata. Begitu juga bagi murid-murid prasekolah bermasalah penglihatan juga tidak
terlepas peluang mendapat pengalaman sains seperti murid-murid lain. Namun adaptasi
dalam pembelajaran sains penting bagi mencapai objektif pembelajaran sains berdasarkan
keperluan murid tersebut. Guru perlu mengadaptasi pembelajaran sains dalam kelas
prasekolah dengan menyediakan satu sudut atau ruangan sains seperti rumah tanaman
tumbuhan dan haiwan belaan di sekolah. Menyayangi haiwan dan tumbuhan adalah salah
satu cara murid belajar tentang kehidupan sains dan tanggungjawab. Murid bermasalah
penglihatan boleh melibatkan diri dalam ekperimen dan menambahkan pengalaman dalam
pembelajaran sains dengan mengadaptasi bahan pembelajaran dan modifikasi.

Selain itu, guru perlu melibatkan murid dalam penerokaan melalui sentuhan dan
perkembangan motor halus murid. Secara semulajadi, sains memberi peluang kepada murid
bermasalah penglihatan untuk mengembangkan penerokaan sentuhan dan motor halus
melalui penerokaan dan manipulasi bahan maujud. Antara aktiviti sains yang boleh
dijalankan untuk mengembangkan kemahiran ini adalah dengan menggosok bulu haiwan
belaan atau bermain tanah liat.

Adaptasi sains untuk murid low vision juga perlu disediakan dengan melibatkan
kemahiran visual. Adaptasi ini penting supaya murid boleh menggunakan sisa penglihatan

mereka yang masih ada dalam pembelajaran sains. Antara aktiviti yang boleh dijalankan
adalah seperti mengumpulkan item yang sama warna, cari objek yang sama bentuk, melihat
proses ais mencair, ais membeku, air hujan menitis di cermin dan ikan berenang serta
melompat di dalam tangki air.

Selain itu, guru berperanan dalam memberi kefahaman konsep kepada murid terutama
murid bermasalah penglihatan kerana meraka tidak dapat melihat. Ini merupakan cabaran
bagi murid tersebut apatahlagi mereka perlu memahami sesuatu yang abstrak dan tidak dapat
disentuh. Menggabungkan konsep adalah seperti saiz, kuantiti, tekstur, suhu, bau, rasa, bunyi,
perbandingan serta konsep kosong atau penuh. Ia secara tidak langsung akan melibatkan
konsep mendengar dan mengikut arahan apabila melakukan sesuatu eksperimen yang
bermula dengan langkah yang mudah dan berkembang kepada langkah yang lebih sukar.
Aktiviti seperti ini

menggalakkan murid mengecam, mengenalpasti dan meniru bunyi

haiwan.

KESIMPULAN

Apa yang paling penting dalam mengajar sains bagi murid bermasalah penglihatan adalah
dengan menyediakan pembelajaran yang diubahsuai mengikut keperluan murid. Cabarancabaran yang terpaksa dihadapi oleh guru sains adalah cabaran yang juga di alami oleh guru
dalam mengajar matapelajaran lain selain sains. Guru-guru perlu menimba pengetahuan dan
menggunakan sumber bahan serta teknologi yang diadaptasi mengikut kesesuaian murid
prasekolah bermasalah penglihatan dalam pembelajaran sains.

Sebenarnya mengajar sains prasekolah kepada murid bermasalah penglihatan tidak


semuanya sukar. Murid boleh mengadaptasi pembelajaran sains seperti murid lain. Tiga
perkara yang penting dalam menyesuaikan dan mengadaptasikan murid dalam kelas sains
adalah memberi galakkan untuk berdikari, menggunakan pengalaman sebenar serta
menggalakkan penggunaan Braille dalam pembelajaran. Dalam menggalakan murid untuk
berdikari, guru memberi peluang kepada murid untuk meneroka persekitaran sebanyak mana
yang boleh. Murid-murid prasekolah bermasalah penglihatan biasanya belajar mengenal apa
yang ada disekitarnya dengan menggunakan semua deria. Perkara paling utama sebagai guru,
perlu memastikan murid mengenal apa sahaja yang ada di dalam kelas dan pastikan bendabenda sentiasa berada di tempat yang sama dan tidak berubah.

Menerapkan pendekatan pembelajaran pengalaman hands-on bagi murid prasekolah


bermasalah penglihatan adalah pendekatan yang penting. Ini kerana mereka tidak boleh
melihat dan pendekatan ini dapat membantu dan memberi peluang kepada murid memperoleh
pengalaman secara langsung. Mendedahkan murid dengan objek sebenar dan memberi
rangsangan sentuhan, mendengar, meghidu dan meneroka adalah lebih baik daripada
bercerita atau membaca mengenai topik tersebut melalui buku.

Dan perkara yang paling utama, murid bermasalah penglihatan tidak akan terpisah
dengan bahan bersumberkan Braille. Pendedahan penggunaan bahan bacaan Braille adalah
penting kerana ini salah satu medium bahasa bagi individu bermasalah penglihatan. samada
murid yang buta sepenuhnya mahupun murid low vision perlu didedahkan daripada
prasekolah dengan bahan bacaan Braille untuk masa hadapan mereka.

RUJUKAN

Egelston-Dodd, J. (ed.), (1995). Improving science instruction for students with disabilities:
Proceedings of a working conference on science for persons with disabilities. IA:
University of Northern Iowa.
Kumar, D., Ramasamy, R. And Stefanish G.P, (2001). Science for students with visual
impairment: Teaching suggestions and policy implications for secondary educators.
Florida Atlantis University.
Bishop, V.E. (1991). Preschool Children with visual impairement. Texas School For The
Blind and Visually Impaired.

Anda mungkin juga menyukai