Anda di halaman 1dari 11

PENGERTIAN

PENSEJARAHAN MALAYSIA

PENGENALAN

Apakah mereka tidak mengembara di


mukabumi, lalu mereka
memerhatikan bagaimana akibatnya
orang-orang yang sebelum mereka?

PENGERTIAN
PENSEJARAHAN
Pensejarahan (historiography)
berasal dari perkataan sejarah
(history).
Sejarah secara umumnya diertikan
sebagai the record of events or the
events themselves.

Peristiwa
Peristiwa : peristiwa sejarah lazimnya
dicatatkan perkara-perkara seperti (i)
benar / sahih ataupun tidak peristiwa
itu; (ii) bagaimana, sebab-musabab,
perkembangan dan kesan daripada
peristiwa berkenaan; (iii) tokoh /
watak yang menjadi pelaku dalam
sesuatu peristiwa; (iv) bila peristiwa
tersebut terjadi

Catatan mengenai peristiwa


Catatan mengenai peristiwa :
(a)siapakah yang mencatatkan peristiwa itu
(b)bagaimana peristiwa tersebut dicatatkan
(c)apakah cara dan kaedah (metodologi), pendekatan
dan teori yang digunakan dan diambil oleh pencatat
berkenaan
(d)sekiranya dalam konteks pengertian pencatatan
peristiwa pada masa ini, di mana nilai-nilai ilmiah
atau saintifik terterap ke dalam pencatatan tersebut
dengan menggunakan sumber kedua (secondary)
dan bagaimanakah sumber-sumber ini dikendalikan
dan dipersepsikan.

Menurut pandangan Muhd. Yusof


Ibrahim, pensejarahan dapat
ditakrifkan sebagai hasil karya atau
penulisan yang ditulis oleh ahli
sejarah atau sejarawan.

Sejarawan akan mengkaji dan


menyelidik tentang zaman,
masyarakat, peristiwa yang telah
berlaku dan akan menghasilkan
penulisan pensejarahannya. Sejarawan
akan melakukan kajiandalam bidang
atau mengikut kepakaran masingmasing seperti bidang politik,
ekonomi, ketenteraan dan sosial.

Pendapat ini adalah selari dengan


Khoo Kay Kim yang menyatakan
pensejarahan merujuk kepada
penulisan sejarah atau karya
sejarah , yang dihasilkan oleh
sejarawan.

Mentafsir peristiwa sejarah bukanlah


mudah dan kemuktamadan sukar dicapai.
Para sejarawan akan cuba menghampiri
kebenaran sedekat mungkin. Bagi
sejarawan Malaysia, soal kekurangan
sumber, jurang masa, penguasaan
bahasa, perbezaan kebudayaan, soal
psikologi dan lain-lain lagi menjadi
hambatan.

Mohd. Taib Osmanpula


mentakrifkan pensejarahansebagai
kisah tentang peristiwa peristiwa
bersejarah yang telah disusun dalam
bentuk sastera yang agak baik juga
dan fungsinya adalah untuk
pengajaran dan kemegahan generasi
semasa pengarang dan keturunanketurunan mereka.