Pembelajaran adalah suatu aktiviti yang dapat mengembangkan potensi-potensi yang ada pada
setiap individu. Komponen-komponen yang ada dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
adalah guru dan pelajar. Guru adalah seseorang yang mempunyai pengetahuan, keterampilan dan
bersikap professional dalam menyampaikan ilmu kepada pelajar-pelajarnya.
Perkembangan pengetahuan pada masa kini sangat pesat dan mempunyai hubungan yang erat
dengan kemajuan teknologi. Oleh yang demikian, seorang guru dituntut untuk sentiasa
meningkatkan kualiti kaedah-kaedah pengajaran yang digunakan untuk menyampaikan ilmu
kepada pelajar-pelajarnya.
Terdapat banyak kaedah pengajaran yang boleh digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Seorang guru haruslah menggunakan sesuatu kaedah yang sesuai berdasarkan
pertimbangan perbezaan individu pelajar.
Dalam tugasan ini akan membincangkan secara terperinci bagaimana kaedah pengajaran dengan
menggunakan pendekatan induksi dan deduksi dalam pengajaran matapelajaran matematik.
Sebelum perbincangan lebih lanjut, terlebih dahulu kita pelu mengetahui maksud dan konsep
bagi induksi dan deduksi secara ringkas.
Induksi bermaksud penggunaan kuasa minda dengan memerhati peristiwa tertentu bagi
menghasilkan sesuatu kesimpulan. Pendekatan induktif dimulakan dengan sesuatu sebab atau
contoh dan menuju kearah sesuatu generalisasi ((J.M Kierzek dan W.Gibson, 1960). Ini
melibatkan satu proses pertimbangan yang tinggi kerana melibatkan aktiviti mengumpul dan
mentafsir maklumat-maklumat, generalisasi dan kesimpulan (Kamarudin Husin & Siti Hajar
Abdul Aziz, 2004). Konsep induksi lebih kepada mempelajari sesuatu berdasarkan sesuatu
hukum. Ia juga melibatkan proses produksi fakta untuk membuktikan satu pernyataan umum dan
boleh disimpulkan sebagai membuat satu penghuraian daripada khusus kepada umum
Deduksi pula bermaksud sesuatu pendekatan mengajar yang bermula daripada suatu atau
beberapa rumus, prinsip, hukum, teorem atau peraturan diikuti dengan aplikasinya ke atas contocontoh yang dikhususkan. Pendekatan ini juga digunakan untuk mendapatkan kesimpulan atau
generalisasi yang baru daripada rumus, prinsip, hukum, atau teorem yang diketahui. Kaedah
1
deduksi merupakan kaedah mengajar yang kompleks. Dalam konsep pengajaran deduksi,
masalah atau hipotesis harus didedahkan terlebih dahulu. Pelajar harus dibimbing mengingati
kembali generalisasi, prinsip atau teori yang membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau
hipotesis yang didedahkan. Pendekatan deduksi dapat disimpulkan sebagai satu proses
pengajaran yang bermula daripada umum kepada spesifik.
1. Dua Artikel Yang Menggunakan Pendekatan Induksi Dan Deduksi Dalam Proses
Pengajaran Dan Pembelajaran
ii)
iii)
Guru memulakan pengajaran dengan bertanyakan pelajar objek yang mereka boleh
lihat di sekeliling. Para pelajar akan menyebut apa sahaja objek yang mereka boleh
ii)
iii)
Guru menayangkan satu video pendek yang berkaitan seterusnya bertanya kepada
pelajar bagaimana seseorang menentukan ukuran tinggi pokok tanpa memanjat pokok
itu. Kebanyakan pelajar memberi bermacam-macam jawapan yang berdasarkan apa
yang mereka lihat sahaja. Guru mendengar semua jawapan pelajar dan menunggu
sehingga jawapan perkaitan konsep yang sesuai digunakan itu disebut oleh pelajar.
Setelah seorang pelajar menyebut konsep nisbah dan kadar, guru memuji pelajar itu
dan membimbing pelajar membuat kesimpulan iaitu tayangan video yang dilihat itu
iv)
v)
besar adalah adalah dua kali sisi yang sepadan bagi segitiga yang kecil.
Seterusnya guru bersama-sama pelajar berbincang dalam menyelesaikan dua soalan
yang berkaitan dengan pengaplikasian pengetahuan konsep yang dijana oleh pelajar
sebentar tadi. Soalan kedua lebih kepada pengaplikasian konsep pada susunan objek
vi)
1.2 Artikel 2: Product Rule for Exponent-Like Terms with Exponent- Menggunakan
Pendekatan Deduksi
Rujukan: www.slideshare.net/jesnienadatel/detailed-lesson-plan-40148767?related=1
Dalam artikel ini, guru menggunakan kaedah pendekatan deduksi untuk mengajar subtopik
Product Rule for Exponent-Like Terms with Exponent.
i)
Pelajar dapat mengenalpasti hukum pendaraban bagi kuasa yang mempunyai sebutan
ii)
iii)
yang sama
Pelajar dapat memudahkan kuasa yang mempunyai asas dan sebutan yang sama
Pelajar dapat mengaplikasi konsep hukum kuasa untuk kuasa integer
ii)
bulatan
Guru seterusnya memberi arahan bagi aktiviti yang akan dijalankan dan setiap
kumpulan diminta untuk mengambil bahan bantu mengajar iaitu cip dari guru. Cipcip itu mempunyai dua warna iaitu kuning dan hijau. Dalam arahan itu, apabila guru
memberi dua nombor contohnya nombor 4 dan 5, pelajar diminta untuk menyusun cip
kepada 4 baris dan 5 kumpulan. Ini bermaksud nombor yang pertama merujuk kepada
bilangan baris manakala nombor yang kedua merujuk kepada bilangan kumpulan. Cip
yang berwarna kuning mewakili nombor genap manakala cip berwarna hijau
mewakili nombor ganjil. Sekiranya hasil tambah kedua-dua nombor yang diberi
adalah nombor genap, maka pelajar diminta memilih cip yang berwarna kuning dan
apabila hasil tambah kedua-dua nombor adalah nombor ganjil maka pelajar diminta
untuk memilih warna hijau. Aktiviti ini bertujuan untuk mengukuhkan konsep
iii)
iv)
v)
mendarab dua nombor kuasa yang mempunyai asas yang sama, kuasnya mestilah
ditambah.
Guru akhirnya memberi beberapa soalan kepada pelajar untuk mengukuhkan
vi)
kefahaman konsep.
1.3 Perbandingan Pendekatan Kaedah Pengajaran Induksi dan Deduksi Serta Implikasi
Pendekatan terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Menengah Atas
Berikut adalah beberapa perbezaan pendekatan yang dapat dilihat selepas meneliti artikelartikel yang dipilih.
a) i)
induksi. Kaedah ini akan memberi pengetahuan baru kepada pelajar. Guru memberikan
beberapa contoh ataupun situasi dan pelajar berusaha untuk mendapatkan kesimpulan
atau prinsip. Contohnya, pelajar dapat membuat kesimpulan iaitu meneliti contoh-contoh
ataupun situasi yang diberikan oleh guru dan menjana konsep akan dipelajari (Nisbah dan
Kadar).
Implikasi daripada pendekatan ini terhadap pengajaran dan pembelajaran Matematik
menengah atas adalah dapat melatih pelajar supaya berfikiran secara kritis agar lebih
memahami konsep daripada menghafal rumus
ii)
deduksi. Dalam kaedah ini, pelajar tidak memperolehi pengetahuan yang baru. Guru
menerangkan konsep secara terus dan pelajar cuma menggunakan konsep yang diberi.
Contohnya, guru menerangkan bahawa hukum pendaraban nombor kuasa adalah
sekiranya asas bagi dua nombor yang didarab itu sama, maka kuasa kedua-dua nombor
itu boleh ditambah.
Implikasi daripada pendekatan ini terhadap pengajaran dan pembelajaran Matematik
menengah atas adalah pelajar tidak dapat dilatih untuk berfikir secara kritis dan lebih
cenderung kepada menghafal rumus daripada memahami konsep.
b) i)
Dalam Artikel 1, guru bertindak menjana pemikiran melalui contoh-contoh dan
teknik soalan yang berkesan kepada pelajar ke arah pembinaan konsep pelajaran. Pelajar
5
terlibat secara aktif dalam aktiviti yang dijalankan. Sebagai contoh, semua pelajar
berpeluang untuk memberikan idea dan jawapan kepada pertanyaan dari guru.
Implikasi daripada pendekatan ini terhadap pengajaran dan pembelajaran Matematik
menengah atas adalah dapat meningkatkan minat dan penglibatan semua pelajar dalam
aktiviti PdP. Pembelajaran dengan kaedah ini tidak membosankan pelajar. Pelajar lebih
yakin daripada konsep yang mereka bina sendiri.
ii)
memberi perhatian bagaimana pengaplikasian konsep yang diberikan. Dalam kaedah ini,
aktiviti pembelajaran lebih berpusatkan guru dan pelajar tidak terlibat secara aktif.
Sebagai contoh, pelajar hanya melihat dan cuba memahami bagaimana penyelesaian bagi
contoh-contoh soalan yang diberikan menggunakan konsep yang diterangkan oleh guru.
Implikasi daripada pendekatan ini terhadap pengajaran dan pembelajaran Matematik
menengah atas adalah pelajar tidak dapat melibatkan diri secara aktif dalam sesi
pembelajaran dan pelajar cenderung untuk merasa bosan untuk belajar. Kebanyakan
pelajar tidak berminat untuk menghafal rumus yang terlalu banyak.
c) i)
Dalam Artikel 1, aktiviti PdP mengambil masa yang lama di mana objektif
pembelajaran tidak akan tercapai selagi mana pelajar gagal membentuk konsep daripada
contoh-contoh yang diberikan oleh guru. Sebagai contoh, sekiranya pelajar tidak dapat
mengaitkan contoh-contoh yang diberikan oleh guru dengan konsep Nisbah dan Kadar,
guru perlu memikirkan beberapa lagi contoh berturutan yang bersesuaian sehingga
pelajar dapat membuat generalisasi konsep.
Implikasi daripada pendekatan ini terhadap pengajaran dan pembelajaran Matematik
menengah atas adalah masalah menghabiskan silibus. Apabila aktiviti PdP mengambil
masa yang lama, kemungkinan besar guru dan pelajar sukar menghabiskan silibus yang
telah ditetapkan. Guru dan pelajar juga mungkin tidak berpeluang untuk mengulangkaji
semua konsep yang telah dipelajari kerana kekangan masa.
ii)
Dalam Artikel 2, aktiviti PdP boleh dilakukan dengan cepat kerana kurang
aktiviti yang dilakukan untuk mencapai objektif. Guru memberi penerangan konsep
secara terus disertai oleh beberapa contoh dan pelajar akan mengaplikasi konsep tadi
dalam menjawab soalan atau latihan-latihan pengukuhan yang akan diberikan oleh guru
kelak. Sebagai contoh, selepas guru menerangkan konsep pendaraban nombor kuasa yang
6
mempunyai asas yang sama berserta dengan beberapa contoh, pelajar hanya
menggunakan konsep yang diberikan itu untuk menjawab soalan-soalan latihan
kemudiannya.
Implikasi daripada pendekatan ini terhadap pengajaran dan pembelajaran Matematik
menengah atas adalah menjadi mudah bagi guru dan pelajar untuk menghabiskan silibus
atau sukatan pelajaran yang ditetapkan. Ini akan memberi peluang kepada guru dan
pelajar untuk mengulangkaji keseluruhan konsep yang dipelajari untuk mengukuhkan
lagi pemahaman pelajar.
d) i)
Dalam Artikel 1, aktiviti PdP memerlukan bahan bantu mengajar yang pelbagai.
Proses PdP akan menjadi lebih berkesan dengan penggunaan alat bahan bantu yang
pelbagai dalam menjana pelajar berfikir, membuat pemerhatian seterusnya membina
konsep. Proses menjana kemahiran berfikir pelajar secara kritis dapat dipermudahkan
dengan penggunaan contoh-contoh dan bahan bantu mengajar yang sesuai dan pelbagai.
Sebagai contoh, penggunaan ICT melalui tayangan video sangat membantu pelajar dalam
membuat pemerhatian, mengumpul maklumat dari apa yang mereka lihat seterusnya
membuat generalisasi.
Implikasi daripada pendekatan ini terhadap pengajaran dan pembelajaran Matematik
menengah atas dapat meningkatkan kebolehan pelajar membuat pemerhatian, mentafsir
maklumat dan membuat analisis. Melalui pendekatan ini juga secara tidak langsung
dapat menjana keupayaan berfikir aras tinggi di kalangan pelajar.
ii)
Dalam Artikel 2, aktiviti PdP tidak memerlukan bahan bantu mengajar yang
pelbagai. Ini kerana penerangan konsep secara terus lebih kepada arahan-arahan ataupun
hanya menunjukkan langkah-langkah bagaimana sesuatu konsep digunakan untuk
menyelesaikan masalah, Tugas pelajar hanya memahami penggunaan konsep. Sebagai
contoh, guru pada kebiasaannya menunjukkan contoh-contoh penyelesaian bagi soalan
pada papan putih.
Implikasi daripada pendekatan ini terhadap pengajaran dan pembelajaran Matematik
menengah atas adalah tidak dapat mengembangkan keupayaan pelajar untuk membuat
pemerhatian, mentafsir maklumat dan seterusnya membuat analisis. Keseronokan suasana
PdP juga dikaitkan dengan kepelbagaian bahan bantu mengajar yang digunakan. Pelajar
cenderung untuk lebih seronok dan berminat untuk belajar apabila guru menggunakan
alat bahan bantu mengajar yang pelbagai.
Berikut pula adalah beberapa persamaan bagi kedua-dua pendekatan selepas meneliti
artikel-artikel yang dipilih.
a) Kedua-dua kaedah pendekatan memerlukan guru yang aktif, kreatif dan berkebolehan
untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan
b) Kedua-dua kaedah akhirnya menjurus kepada pengaplikasian konsep yang diberi atau
diperolehi untuk menjawab soalan
1.4 Kebaikan dan Keburukan Melaksanakan Pendekatan Induksi dan Deduksi Di Sekolah
a) Pendekatan Induksi
i) Kebaikan
Dapat mengasah kemahiran berfikir di kalangan murid kerana murid sendiri
membina konsep pelajar hasil daripada penelitian, pengamatan dan pentafsiran
yang menyeronokkan
Meningkatkan kemahiran lisan pelajar kerana pendekatan induksi ini memerlukan
ii) Kelemahan
Pendekatan PdP memerlukan masa yang panjang untuk membimbing pelajar
a) Pendekatan Deduksi
i) Kebaikan
Memudahkan tugas guru kerana guru menerangkan konsep asas manakala pelajar
guru
PdP tidak memerlukan masa yang panjang untuk dijalankan
Pembelajaran dapat meninggalkan kesan yang memuaskan di kalangan pelajar
kerana tidak berhadapan dengan risiko mendapat hasil yang salah atau tidak
sempurna
ii) Kelemahan
Pendekatan PdP mungkin membosankan kerana pelajar perlu menghafal rumus
dalam PdP
Tidak menjamin ingatan kekal pelajar terhadap rumus-rumus yang diberikan
kerana pelajar hanya menghafal rumor-rumus itu.
4 Sains
Bilangan Pelajar
25 orang
Tarikh
15 September 2015
Hari
Selasa
Masa
Mata pelajaran
Matematik
Tajuk
2. Pelajar diminta untuk menumpukan perhatian kepada isi kandungan video itu
3. Setelah selesai tayangan itu, seorang pelajar dipilih secara rawak untuk menjelaskan apa
yang berlaku
Pelajar akan menjawab Itu merupakan video mengenai jenis-jenis kata
4. Guru mengiakan dan menjelaskan bahawa video itu mempunyai kaitan dengan konsep
pelajaran hari ini
Langkah 1 : Konsep Ayat Pernyataan atau Bukan Pernyataan (15 minit) Pendekatan
Deduksi
10
Bahan Bantu Mengajar : Perisian Powerpoint, Papan Putih Dan Pen Marker
1. Guru memulakan pengajaran dengan menunjukkan kepada pelajar beberapa jenis ayat:
i)
Siapa nama awak?
ii)
Sila siapkan kerja rumah awak
iii)
Kucing itu kepunyaan saya
2. Seterusnya guru memberitahu bahawa paparan itu menunjukkan jenis-jenis ayat yang
biasa didengar dalam kehidupan seharian. Guru menerangkan setipa jenis ayat tersebut
kepada pelajar
Ayat i) merupakan ayat pertanyaan, ayat ii) merupakan ayat seruan dan ayat iii)
merupakan ayat pernyataan
3. Guru memberi penekanan dalam memberi penerangan bagi ayat iii) iaitu ayat pernyataan
yang menjadi konsep yang perlu difahami oleh pelajar dalam pelajaran ini
4. Guru menerangkan kepada pelajar bahawa ayat pernyataan merupakan sesuatu ayat yang
menyatakan sesuatu
5. Seterusnya guru menunjukkan beberapa contoh ayat yang lain dan meminta pelajar untuk
memberitahu jenis-jenis ayat itu.
Langkah 2 : Pembinaan Konsep Pernyataan Benar Dan Pernyataan Palsu (20 minit)
Pendekatan Induksi
Bahan Bantu Mengajar : Perisian Powerpoint, pen Marker, Papan Putih
1. Guru memaparkan dua jenis ayat dan meminta pelajar memberitahu apa yang dapat
mereka perhatikan.
i)
Sebuah segitiga mempunyai 3 sisi
ii)
Hasil tambah dua nombor genap adalah nombor ganjil
2. Pelajar akan menjawab ayat-ayat itu adalah ayat prrnyataan
3. Guru mengiakan dan mengucapkan terima kasih kepada pelajar. Seterusnya guru
bertanya lebih spesifik apa yang dapat pelajar bandingkan dantara kedua-dua ayat
tersebut.
4. Pelajar akan memberi bermacam-macam pendapat, contohnya:
i)
Satu ayat pernyataan panjang dan satu lagi ayat pernyataan pendek
ii)
Satu pernyataan mengenai objek iaitu segitiga dan satu lagi pernyataan mengenai
nombor
5. Guru menerima semua pendapat pelajar dan membuat pertanyaan seterusnya sehingga
pelajar dapat menyebut perkaitan dengan konsep yang dipelajari. Guru meminta pelajar
untuk menganalisis lebih terperinci.
11
6. Pelajar akan menyebut pernyataan benar dan satu lagi pernyataan salah
7. Guru memberi pujian kepada pelajar dan membetulkan konsep yang disebut oleh pelajar
iaitu satu Pernyataan Benar dan Pernyataan Palsu
8. Selepas pelajar memperolehi konsep itu, guru akan memberi beberapa contoh dan
mengajak pelajar berbincang bersama untuk menentukan sama ada Pernyataan Benar atau
Palsu
Pernyataan?
i)
2+5
ii)
Seekor ayam mempunyai 4 kaki
iii)
Siapa nama ibu awak?
iv)
Dilarang merokok di kawasan sekolah
v)
Ayah saya seorang Doktor
2. Tentukan sama ada pernyataan di bawah adalah BENAR atau PALSU
i)
5>2
ii)
Pentagon mempunyai 6 sisi
iii)
Sifar adalah nombor Perdana
iv)
Hasil tambah sudut pedalaman bagi sesuatu polygon ialah 360o
v)
5.3 adalah nombor pecahan
3. Setiap kumpulan di bekalkan dengan kertas mahjung dan pen marker.Pelajar diminta
untuk menyelesaikannya secara perbincangan dan menulis penyelesaiannya pada kertas
mahjung tersebut
12
4. Setelah siap, setiap kumpulan diminta untuk menampal hasil kerja masing-masing di
hadapan. Setiap kumpulan membandingkan jawapan masing-masing.
5. Guru memaparkan jawapan penyelesaian yang sebenar. Kumpulan yang mempunyai
jawapan yang semuanya betul akan diberikan hadiah
Penyelesaian yang dipaparkan pada slaid:
1. i)
ii)
iii)
iv)
v)
2. i)
ii)
iii)
3. iv)
v)
Bukan Pernyataan
Pernyataan
Bukan Pernyataan
Bukan Pernyataan
Pernyataan
Pernyataan BENAR
Pernyataan PALSU
Pernyataan PALSU
Pernyataan BENAR
Pernyataan PALSU
Penutup: (5 minit)
Bahan Bantu Mengajar: Lembaran kerja.
Pengedaran Lembaran kerja dan membuat kesimpulan tentang konsep yang dipelajari.
1. Pelajar diedarkan dengan lembaran kerja dan diminta untuk menyelesaikannya di rumah.
2. Pelajar diminta mengimbas kembali apa yang telah dipelajari pada hari itu.
3. Guru meminta agar pelajar membuat ulang kaji yang lebih lagi di rumah.
Premis 2 :
Kesilapan Lazim
Pelajar tidak tahu makna istilah. Contohnya Heksagon
Oleh itu pelajar tidak akan mengetahui ciri-ciri heksagon
dalam matematik
Guru perlu mengenalpasti pengetahuan sedia ada pelajar yang berkaitan dan
sentiasa peka kepada mana-mana bahagian yang mungkin pelajar masih
lemah
ii)
Contoh Soalan
2. Berdasarkan maklumat di bawah, buat satu kesimpulan secara deduksi bagi
isipadu suatu kubus dengan sisi 2 cm.
Isipadu suatu kubus dengan sisi x cm ialah x3
cm3 .
Kesilapan Lazim
Pelajar keliru konsep deduksi iaitu mengaplikasikan rumus yang diberikan
yang diberi
Pelajar mestilah tahu membezakan antara konsep kesimpulan induksi dan
konsep kesimpulan deduksi
14
Reference
[1] Ayalon, M. & Even, R.: 2006, 'Deductive reasoning: Different conceptions and
approaches', In J. Novotn?, H. Moraov?, M. Kr?tk?, and N. Stehilkov? (Eds.), Proceedings
30th Conference of the International Group for the Psychology of Mathematics Education,
Vol. 2 (pp. 89-96). Prague:PME.
[2] Clements, D. H., and Battista, M. T.: 1992, 'Geometry and spatial reasoning', in D A.
Grouws (Ed.), Handbook of research on mathematics teaching and learning (pp. 420-464).
New York: Macmillan.
15
16