Anda di halaman 1dari 7

TUGASAN (40%)

SEMESTER SEPTEMBER 2015


KOD KURSUS

EEM 433

NAMA KURSUS

PENTAKSIRAN DALAM PENDIDIKAN MORAL

PROGRAM

SARJANA MUDA PENDIDIKAN

NAMA PELAJAR

SITI ROSNAH BINTI ABDUL HAMID

NO. MATRIK

E30209120530

NAMA FASILITATOR
AKADEMIK

PUSAT
PEMBELAJARAN

ENCIK JUSTIN TOISIN

KOTA KINABALU (SABAH)

TUGASAN A
PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL MENGGUNAKAN KAEDAH PROJECTBASED
1.0 PENGENALAN
Negara sedang menuju ke arah mencapai matlamat Wawasan 2020 sebagai negara maju menurut
acuan sendiri. Sehubungan dengan itu, sudah menjadi tugas pendidik yang bertindak sebagai
pelaksana pendidikan untuk menyiapkan diri menghadapi gelombang inovasi dalam pendidikan
yang sentiasa mengalami perubahan selaras dengan perkembangan global dan dunia tanpa
sempadan.
Seorang guru masa kini perlu bijak dalam menangani semua perubahan yang berlaku dalam
sistem pendidikan, bijak mengenalpasti dan mengaplikasi pelbagai strategi dan kaedah yang
inovatif dalam pendidikan, mahir dalam menggunakan semua jenis teknologi dalam pengajaran
dan mampu menyesuaikan diri dalam perubahan teknologi tersebut. Seseorang guru masa kini
juga perlu mahir dalam merancang reka bentuk resos yang inovatif serta mampu menggunakan
pelbagai reka bentuk pentaksiran dan penilaian yang terkini serta inovatif. Di harap dengan
kemampuan guru mendepani semua perubahan dalam sistem pendidikan masa kini akan mampu
meletakkan Malaysia sebaris dengan negara-negara yang maju pada tahun 2020.

2.0 Penggunaan Projek Dalam Pentaksiran Pendidikan Moral


Proses pentaksiran pembelajaran ini berfokuskan tugasan berdasarkan isi pelajaran yang
melibatkan kutipan dan analisis data serta penyediaan satu laporan lengkap dan betul secara
holistik. Pelajar dapat melalui pengalaman belajar yang kompleks berdasarkan situasi sebenar
terhadap permasalahan autentik yang memerlukan pemikiran kritis. Proses ini memerlukan
pelajar mengaplikasikan pelbagai sumber maklumat, mementukan dan mengurus sumber, masa
dan bahan pembelajaran. Pelajar mempunyai autonomi dalam membina pembelajaran masingmasing dan rasa tanggungjawab dalam diri mereka akan turut meningkat
Projek perlu menarik dan bermafaat serta dapat membina kemahiran baru, namun masih
berfokus kepada aktiviti pembelajaran bukannya pentaksiran.Contoh aktiviti : pembelajaran
dalam bilik darjah Projek Amal Sekolahku

Peranan Guru Dalam Pentaksiran Berasaskan Projek:


Membantu pelajar mengenali strategi pembelajaran yang sesuai.
Terapkan kaedah inkuari menjana hipotesis, membuat ramalan dan
menyelesaikan masalah.
Pastikan pelajar mempunyai pengetahuan tentang projek yang hendak dijalankan.
Alat pengukuran informal.
Aplikasi teknik pengukuran mutakhir
Wujudkan suasana pembelajaran dan penerokaan.
Menarik perhatian murid-murid terhadap satu-satu topik yang khusus.

Apakah Kelebihan Pentaksiran Berasaskan Projek


Memberi peluang kepada pelajar menjana idea mengenai topik tugasan yang
dijalankan.
Mengajar mereka untuk menerima dan menghormati perbezaan individu.
Menggalakkan mereka untuk sedia menanggung risiko dalam berkongsi idea dan
pandangan masing-masing.
Menunjukkan bahawa sumbangan idea mereka dihargai.

Pentaksiran Pendidikan Moral Berasaskan Projek dalam Pembelajaran disokong oleh konsep
pembelajaran secara kendiri bagi memudahkan para pensyarah dan pelajar melalui proses
pembelajaran yang lebih berkesan dan efektif. PBM merangkumi cabaran kepada keadaan
penyelesaian masalah sebenar berkaitan topik yang hendak dibincangkan, melibatkan
penggunaan akal dan fikiran yang kritikal serta menyeluruh, kemahiran meyelesaikan
permasalahan yang berkaitan, memenuhi keperluan dan disiplin kerja atau tugasan, pembelajaran
kendiri, gerak kerja berpasukan dan gigih dalam menyelesaikan masalah yang berkaitan.
Hasil daripada pendekatan pengajaran berasaskan masalah, pelajar akan dapat :
a)

Belajar menyelesaikan masalah berdasarkan realiti permasalahan yang sebenar.

b)

Menguasai kemahiran pemikiran aras tinggi (high order thinking skills)

c)

Kemahiran menyelesaikan.

d)

Kemahiran mencari maklumat dari pelbagai bidang pengajian.

e)

Kemahiran pembelajaran secara kendiri (self Directed Learning Skills)

f)
g)

Kemahiran bekerja secara berkumpulan


Menguasai kemahiran berkomunikasi yang berkesan.

Penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif bagi menentukan peringkat
pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran. Ia sebagai satu proses/prosedur yang sisitematik
bagi membuat pertimbangan dalam mentafsir hasil pengukuran yang bertujuan memberikan
maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap, Ia merangkumi aspek pengujian
dan pengukuran.
Tujuan Penialaian:
a)

Membantu guru mengetahui keupayaan penguasaan pelajar.

b) Membantu guru membuat perbandingan antara pelajar dengan pelajar mahupun antara satu
kelas dengan kelas yang lain.
c)

Membantu perbandingan pencapaian pelajar dalam subjek tersebut dengan subjek lain.

d)

Menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dengan yang rendah pencapaiannya.

e)

Membantu guru melakukan pengayaan dan pemulihan.

f)
g)

Membolehkan guru menilai bahan dan teknik serta kaedah pengajaran.


Meningkatkan keberkesanan pengajaran.

Pendekatan Tindakan Sosial bertujuan untuk memberikan peluang kepada pelajar supaya dapat
bertindak ke atas nilai-nilai kendiri sebagai agen moral dalam menyelesaikan sesuatu masalah
atau konflik moral. Melalui pendekatan ini murid diberi peluang untuk bertindak dalam
menyelesaikan konflik atau sesuatu masalah. Pendekatan ini amat menarik keranai ia tidak hanya
tertumpu dengan pembelajaran di dalam bilik darjah sahaja. Murid berpeluang untuk berlajar
dengan aktif melalui aktiviti seperti projek atau kumpulan tindakan sosial.
Pelaksanaan pendekatan ini dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dapat melibatkan murid dan
guru dengan alam sekitar, pengguna atau kelab kebajikan. Disamping itu, melalui pendekatan ini
juga murid dapat diterapkan dengan nilai yang lebih meluas. Konsep penggabungjalinan dan
penerapan nilai dapat digunakan dalam pelaksanaan pendekatan ini. Walaupun pendekatan ini
mampu menarik minat murid semasa sesi pembelajaran ia juga terdapat kelemahannya. Dalam
pelaksanaan pendekatan ini sokongan dari orang lain diperlukan bagi melicinkan projek yang
hendak dijalankan.
Sebagai contoh, satu projek membersihkan kawasan tepi sungai berhampiran sekolah dirancang
untuk sesi pengajaran dan pembelajaran bagi tajuk Cintai Alam Sekitar. Bagi melaksanakan
projek ini bantuan dan kerjasama dari pihak keselamatan, perbadanan atau perbandaran juga
diperlukan bagi memastikan keselamatan murid terjamin.
Teknik Projek Dalam Pendidikan Moral memberi peluang kepada guru untuk mentaksir samada
pelajar mampu mempelajari sesuatu perkara melalui penglibatan diri secara langsung dalam
aktiviti pembelajaran sama ada dilaksanakan dalam bentuk kumpulan mahupun individu. Aktiviti
projek adalah aktiviti yang melibatkan murid merasai sendiri pengalaman pembelajaran iaitu
secara hands-on dan minds-on. Aktiviti ini dapat di jalankan secara membuat pemerhatian dalam
atau luar bilik darjah. ini termasuk mencari, mengumpul dan menganalisis sesuatu maklumat.

Antara langkah-langkah yang harus diikuti dalam kaedah projek ini adalah guru menerangkan
mengenai nilai yang hendak diperkukuhkan. Guru menentukan jenis projek yang sesuai
mengikut kebolehan murid-murid dari segi fizikal dan mental. Kemudian, guru menerangkan
bagaimana sesuatu projek itu di jalankan. Guru dan murid menentukan kumpulan kerja.
Pengawasan murid dilakukan oleh guru secara terbimbing semasa aktiviti berlangsung.
Kemudian hasil murid dikumpul dan dipamerkan serta dinilai. Rumusan akhir dan refleksi
diadakan di akhir aktiviti.
Kaedah projek dapat melibatkan diri murid dalam perancangan dan menghasilkan rancangan
mereka serta menerapkan nilai kerjasama dan bertanggungjawab.
Dalam pendidikan islam, kaedah projek dapat dijalankan seperti aktiviti membuat buku skrap
tentang alam sekitar ciptaan Tuhan. Guru boleh meminta murid menghimpunkan daun-daun
kering dan gambar-gambar bunga, binatang, air terjun dan benda-benda ciptaan Tuhan.
Kemudian tampal dan label dalam buku skrap.
Selain itu, guru boleh meminta murid membersihkan dan menjaga taman sains. Ini sebagai salah
satu usaha menerapkan nilai cintakan alam pemberian Tuhan kepada manusia. Dalam pendidikan
moral pula, guru boleh meminta murid membersihkan bilik darjah secara beramai-ramai. Murid
juga boleh mengumpul dan menampal gambar peminpin dan Raja dalam buku skrap.