Anda di halaman 1dari 8

2

SULIT
Bahagian A
[75 markah]
Jawab mana-mana tiga soalan daripada bahagian ini.

1
(a) Firma XY mempunyai modal sebanyak RM5 juta. Firma itu mahu mengeluarkan
televisyen atau komputer.
Televisyen LED
Modal : RM5 Juta

Komputer
Modal : RM4.5 Juta

Bagaimanakah unit ekonomi diatas dapat meyelesaikan masalah ekonomi yang dihadapi?
[7 markah]
(b) Perbualan berikut berkaitan dengan ciri sistem ekonomi dua buah negara.

Terangkan empat cara penyelesaian masalah asas ekonomi di negara asal Martina.
[7 markah]

3757/2

@ 2015 Hak Cipta Panitia Ekonomi Asas SMKPR

[LIHAT SEBELAH

SULIT
(c) Gambar menunjukkan perbualan dua orang sahabat tentang tabungan.

(i) Terangkan tujuan Irfan dan Kamal membuat tabungan.

[4 markah]

(ii) Jelaskan tujuan membuat tabungan selain c (i).

[7 markah]

3757/2

@ 2015 Hak Cipta Panitia Ekonomi Asas SMKPR

[LIHAT SEBELAH

SULIT
2
a) (i) Terangkan dua peranan isi rumah dalam ekonomi.
[4 markah]
(ii)Perbincangan berikut berkaitan dengan penentu penawaran sesuatu pasaran.

Jelaskan lima faktor lain yang dimaksudkan oleh murid tersebut.

[9 markah]

b) Jadual di bawah ini menunjukkan fungsi pengeluaran jangka pendek bagi sebuah firma.
Bilanga Buruh
(Orang)
0
1
2
3
4
5
6
7
8

Jumlah keluaran
(Unit)
0
20
X
75
97
115
120
120
96

Keluaran Purata
(Unit)
20
22
25
24.25
23
20
17.14
12

Keluaran Sut
(Unit)
20
24
28
Y
18
Z
0
-5

(i) Hitungkan nilai X, Y dan Z.

[3 markah]

(ii) Jelaskan hubungan antara buruh dengan keluaran purata dan keluaran sut:

3757/2

a. Bilangan buruh 0 3 orang;

[3 markah]

b. Bilangan buruh 3 6 orang;

[2 markah]

c. Bilangan buruh 6 8 orang.

[3 markah]

@ 2015 Hak Cipta Panitia Ekonomi Asas SMKPR

[LIHAT SEBELAH

SULIT
(iii)

Nyatakan maksud jangka panjang.

[1

markah]
3
a) Rajah di bawah ini menunjukkan keluk penawaran firma X (Sx) dan keluk penawaran
firma Y (Sy).

(i) Dengan menggunakan kertas graf lukis keluk penawaran pasaran tersebut,
(Gunakan skala 2 cm = RM10 pada paksi harga dan 2 cm = 4 unit pada paksi kuantiti)
[6 markah]
(ii) Jelaskan pembentukan keluk penawaran pasaran tersebut.

[4 markah]

b) Apakah kesan peristiwa berikut terhadap pasaran buruh tempatan (setiap peristiwa berikut
tiada kaitan)
(i) kerajaan melonggarkan syarat permit pekerja asing.

[3 markah]

(ii) Peningkatan pembukaan kilang oleh pelabur asing di Wilayah Iskandar

[3 markah]

(iii)

Kerajaan menghantar pulang pendatang tanpa izin ke negara asal.

[3

markah]
c) Bagaimanakah ciri wang dapat mengatasi kelemahan sistem barter?

3757/2

@ 2015 Hak Cipta Panitia Ekonomi Asas SMKPR

[6 markah]
[LIHAT SEBELAH

SULIT

4
a) Gambar di bawah adalah perbualan antara seorang anak dengan bapanya.

(i)

Apakah keadaan ekonomi yang dihadapi?

[1

markah]
(ii)

Terangkan cara bank pusat mengawal keadaan ekonomi tersebut.

[9

markah]
b) Bezakan akaun tetap dan akaun semasa.

[7 markah]

c) Jelaskan cukai langsung berikut:


(i)

Cukai pendapatan individu

[2

markah]
(ii)

Cukai pendapatan syarikat

[2

markah]

3757/2

@ 2015 Hak Cipta Panitia Ekonomi Asas SMKPR

[LIHAT SEBELAH

SULIT
(iii)

Cukai pintu

[2

markah]
(iv)

Duti setem

[2 markah]

5
(a) Terangkan masalah yang dihadapi oleh ekonomi Malaysia jika bergantung kepada sektor
utama.

[6 markah]

(b) Jadual berikut menunjukkan nilai import sebuah negara bagi tempoh enam bulan pada
suatu tahun.
Butir
Eksport barang perkilangan

(i)

Jumlah (RM Juta)


222 031

Eksport komoditi utama

17 250

Import barag penggunaan

64 563

Import barang perantaraan

15 563

Eksport perkhidmatan

29 847

Import perkhidmatan

21 449

Hitung imbangan dagangan dalam RM juta.

[3

markah]
(ii)

Tafsirkan kedudukan imbangan dagangan di (b)(i).

[2

markah]

3757/2

@ 2015 Hak Cipta Panitia Ekonomi Asas SMKPR

[LIHAT SEBELAH

SULIT
(c) Peta di bawah menunjukkan perdagangan sebuah negara.

Bezakan perdagangan antara tempat A dan B dengan tempat A dan C.

[8 markah]

(d) Jelaskan sekatan perdagangan yag berikut:


(i)

Tarif

[3

markah]
(ii)

Subsidi

[3

markah]
Bahagian B
[25 markah]
Soalan ini wajib dijawab.
6. Aiman adalah lulusan diploma dari sebuah universiti awam. Pada mulanya dia bekerja
disebuah butik pakaian dengan menerima gaji RM 900 sebulan. Beliau tidak berpuas hati
dengan gaji yang diterimanya dan bercadang utuk membuka perniagaan sendiri dengan
bantuan bapanya.
Bapa Aiman adalah seorang kakitangan kerajaan. Bapanya bersetuju untuk mengeluarkan
modal sebanyak RM80 000 kepada Aiman bagi membuka sebuah butik pakaian. Bapa
Aiman mengeluarkan wang simpanannya tetapi masih lagi tidak mencukupi untuk
memulakan perniagaan tersebut. Setelah modal yang di kumpul telah mencukupi Aiman
memulakan perniagaan tersebut dengan menyewa sebuah premis kedai dengan kadar
sewa bulanan RM2 000.

3757/2

@ 2015 Hak Cipta Panitia Ekonomi Asas SMKPR

[LIHAT SEBELAH

SULIT
Pada peringkat awal, perniagaan butik yang diusahakan oleh Aiman kurang mendapat
sambutan. Bagi meningkatkan permintaan pelanggan di perniagaan butiknya, Aiman telah
menjalankan promosi supaya butiknya dikenali. Disamping itu, Aiman juga menjual
pakaian butiknya secara dalam talian. Hasil kerja keras Aiman dan seorang pekerjanya,
perniagaan butiknya memperlihatkan peningkatan jualan yang mengalakkan. Ini
mendorong Aiman untuk membeli sebuah premis kedai berharga RM480 000 untuk
dijadikan premis perniagaan barunya. Aiman menggunakan wang simpanannya berdikitdikit di samping membuat pinjaman dari bank untuk membeli premis tersebut.
Perniagaan yang pesat berkembang menyebabkan Aiman sibuk dan kesuntukan masa.
Aiman yang mempunyai seorang pekerja sahaja telah menambah kepada 8 orang pekerja.
Namun begitu, Aiman yang telah berkahwin sering terlewat menjelaskan bil elektrik,
sewa kedai, bil internet dan bil-bil yag lain.

(a) (i) Tentukan pekerjaan Aiman yang pertama dan yang kedua.
(ii) Adakah anda bersetuju dengan pertukaran pekerjaannya.
Jelaskan empat alasan anda.
(b) Terangkan dua cara lain bapa Aiman boleh mengumpul modal RM 80 000.
(c) Nyatakan empat sebab permintaan pakaian butik Aiman meningkat.
(d) Apakah kemudahan perkhidmatan yang disediakan oleh bank perdagangan
membantu Aiman menjelaskan bil-bilnya?

[2 markah]
[8 markah]
[4 markah]
[4 markah]
yang dapat
[7 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

3757/2

@ 2015 Hak Cipta Panitia Ekonomi Asas SMKPR

[LIHAT SEBELAH

Anda mungkin juga menyukai