Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI

GADING
SRI GADING
83300 BATU PAHAT, JOHOR

KERTAS KERJA
PERKHEMAHAN TAHUNAN
UNIT BERUNIFORM PENDIDIKAN KHAS
(PENGAKAP)
SK SERI GADING
2015

CADANGAN TARIKH

: 02 SEPTEMBER 2015

CADANGAN TEMPAT

: PADANG SKSG

KERTAS KERJA PERKHEMAHAN TAHUNAN


UNIT BERUNIFORM PENDIDIKAN KHAS (PENGAKAP)
SK SERI GADING
2015

1. LATAR BELAKANG
Perkhemahan adalah penting untuk murid-murid Pendidikan Khas. Program
seperti ini harus dijalankan dengan konsep yang lebih terbuka dan mencabar kebolehan
pelajar di samping dapat menambahkan pengetahuan pelajar dan mendedahkan
mereka kepada persekitaran baru yang belum pernah mereka kenali sebelum ini.
Aktiviti perkhemahan juga dapat menenangkan fikiran murid dan mengukuhkan
pengetahuan bagi memastikan kandungan kurikulum dikuasai secara tidak langsung
dan tanpa tekanan. Aspek ini perlu diberi perhatian memandangkan pelajar
berkeperluan khas mempunyai potensi diri yang perlu dikenalpasti agar mereka tidak
merasa rendah diri tetapi mampu menjalani kehidupan bersosial yang lebih baik. Maka
program yang berbentuk outdoor ini seharusnya menjadi asas dalam memastikan
mereka dapat berdikari dalam menjalani kehidupan yang sebenar.

2. TUJUAN
Sesuai dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang berteraskan kepada
Falsafah Pendidikan Kebangsaan, maka program ini dirancang sebagai sebahagian
daripada usaha berterusan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani,
emosi dan intelek serta berpotensi untuk memberi sumbangan kepada kesejahteraan
dan kemajuan diri sendiri, masyarakat, bangsa, Negara dan agama.

3. OBJEKTIF
3.1

Mendedahkan para peserta kepada aspek-aspek asas perkhemahan.

3.2

Melatih para peserta berkomunikasi di antara satu sama lain.

3.3

Melatih para peserta melaksanakan aktiviti-aktiviti kehidupan seharian secara


teratur dan berdisiplin.

3.4

Mendedahkan para peserta dengan pelbagai kemahiran ikhtiar hidup.

3.5

Memberi peluang kepada para peserta mengembangkan kreativiti masingmasing.

4. STRATEGI PELAKSANAAN
4.1

Hari

: Selasa

4.2

Tarikh

: 02 September 2015

4.3

Tempat

: Padang SKSG

4.4

Peserta

: Murid Pendidikan Khas SKSG (8 orang)

5. SASARAN PESERTA
5.1

Murid lelaki

- 3 orang

5.2

Murid perempuan - 5 orang

5.3

Guru

- 3 orang

5.4

PPM

- 2 orang

6. TENTATIF
MASA
7.30 8.00 pagi
8.00 8.30 pagi
8.30 9.30 pagi
9.30 11.00 pagi
11.00 12.00 tengahari
12.00 12.30 tengahari
12.30 01.00 petang

BUTIRAN
Pendaftaran
Ice Breaking
Taklimat dan Pemasangan Khemah
Pertandingan Masakan (Sarapan Pagi)
Jamuan
Majlis Penutup
Bersurai dan Mengemas Tapak Perkhemahan

7. ANGGARAN PERBELANJAAN PERKHEMAHAN


BIL
1.

BUTIRAN
Beli dapur gas (portable) +

JUMLAH
RM 170

gas
RM 85 X 2
Hadiah (Freedom)

2.

RM 120

RM 15 X 8
Peralatan :
Manila Kad

3.

A4 (warna)

RM 10

Marker Pen
4.
JUMLAH

Pita Perekat
Makanan dan Minuman

RM 100
RM 400

8. JAWATANKUASA PERKHEMAHAN
Penasihat

: En Abd Rahim bin Jamaluddin

Pengerusi

: Pn Noor Lina binti Asrak

Timbalan Pengerusi

: Pn Zaiton binti Jamhari


Tn Hj Yazid bin Mohidin

Naib Pengerusi

: Pn Raha binti A. Razak

AJK

:
Kebersihan

- Pn Roshaida binti Razali

Peralatan

- Pn Suraidah binti Daud

Keselamatan

- Pn Normah binti Sukimin

Makanan

- Pn Azziadatur Rasyeeda binti Azman

9. PENUTUP
Diharapkan

dengan

perlaksanaan

perkhemahan

ini

murid

bermasalah

pembelajaran dapat menimba pengalaman sebenar untuk berdikari tanpa perlu bantuan
orang lain dan memberi kesedaran tentang pentingnya hidup dalam satu masyarakat.

Selain itu, dengan penglibatan murid-murid pada setiap aktiviti yang dijalankan,
diharapkan dapat memberi kesedaran kepada murid untuk memahami kebolehan diri
sendiri serta orang lain ke arah membentuk perkembangan positif serta berpotensi
menjadi individu yang cemerlang dan berdisiplin.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

..................................

...................................

Pn Azziadatur Rasyeeda bt Azman

Pn Raha bt A. Razak

Guru Pendidikan Khas

Penyelaras Pendidikan Khas

SK Seri Gading

SK Seri Gading

Disahkan oleh,
................................
En Abd Rahim b Jamaluddin
Guru Besar
SK Seri Gading