27 APRIL 2015
WAKTU
KELAS
1 ARIF
TAJUK PDP
TERBUKA
KONSTRUK
OBJEKTIF PDP :
REFLEKSI PDP
HASIL PdP MENDAPATI SERAMAI 4/9 ORANG MURID TAHUN 1 ARIF MASIH TIDAK
MENGENAL HURUF A-Z SECARA RAWAK DAN TIDAK DAPAT MEMBACA SUKU KATA
TERBUKA KV APATAH LAGI PERKATAAN KVKV.
Rajah 1 menunjukkan carta konsonan huruf kecil dan huruf besar a-z yang
2. AKTIVITI
MENYATUKAN
SUKU
KATA
KV MEMBENTUK
PERKATAAN
KVKV
digunakan
untuk
latih tubi murid
tidak
menguasai
konsonan a-z
atau Konstruk
1 dalam Literasi.
Penguasaan perkataan KVKV bermula secara struktur fonologi perkataan iaitu KV.
Oleh itu, murid-murid telah dilatih tubi membaca dan menyebut suku kata kv
menggunakan kad imbasan dan carta suku kata. Setelah itu, cara alternatif untuk
meningkatkan penguasaan kemahiran perkataan suku kata terbuka seperti kvkv
dan kvkvkv, maka aktiviti menyatukan suku kata KV membentuk perkataan
adalah sangat kritikal dalam pengajaran pemulihan.
Aktiviti menyatukan suku kata yang telah saya gunakan mengambil kira faktor
aktiviti berkumpulan, menarik minat, memberikan cabaran berfikir dan menjana
kemahiran murid untuk berfikir sambil dipandu dengan gambar dan sebutan
perkataan oleh guru. Berdasarkan bentuk Bahan Bantuan Mengajar Matematik
menggunakan penyidai baju dan sepit berwarna, saya telah mengubah suai
untuk digunakan dalam PdP Bahasa Melayu. Untuk lebih terperinci sila lihat rajah
2 gambar di bawah.