Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN MASALAH PEMBELAJARAN DAN SIKAP MURID

MAKLUMAT MURID :

a)

NAMA MURID

KELAS

ISMA HARIZ

PRASEKOLAH 2

NAMA GURU

KELAS

SITI AISHAH BINTI LOKMAN

PRASEKOLAH

Laporan Masalah Pembelajaran Murid

Sepanjang pemerhatian dan pemantauan saya bermula dari awal persekolahan (11 Januari 22 Januari 2015),
saya dapati Isma Hariz mengalami kesukaran dalam menguasai sesuatu pembelajaran yang diajar oleh guru mengikut tahap
umurnya. Isma Hariz tidak fokus dalam arahan dan pengajaran guru. Hal ini menyebabkan perkembangan pembelajaran Isma
Hariz ketinggalan jauh daripada rakan-rakan yang sebaya dengannya. Kesukaran Isma Hariz memahami setiap pengajaran
dan arahan yang disampaikan menyebabkan Isma Hariz tidak dapat melaksanakan tugasan dan aktiviti dengan baik. Isma
Hariz belum lagi boleh memegang alat tulis dengan betul dan tidak boleh menulis dengan baik. Isma Hariz perlukan bimbingan
dan perhatian sepenuhnya daripada guru.
Isma Hariz tidak mampu menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru dengan baik. Hal ini kerana Isma Hariz
mempunyai pertuturan yang tidak jelas dan sukar difahami. Isma Hariz lebih suka mengasingkan diri dan menyusun pensil
warna serta lego bersendirian.
Semasa sesi Pembelajaran dan Pengajaran berlaku, Isma Hariz dilihat tidak memberikan fokus dan seperti berada di dunianya
sendiri. Semasa aktiviti bermain di taman permainan, Isma Hariz akan membiarkan dirinya di tolak oleh rakan-rakan lain. Isma
Hariz hanya bermain satu permainan sahaja iaitu gelongsor. . Perkembangan Isma Hariz boleh dipertingkatkan dengan
pemerhatian yang lebih dan khusus daripada guru khas dan ibu bapa di rumah.
b)

Laporan Masalah Sikap Murid

Isma Hariz banyak mendiamkan diri di kelas. Isma Hariz tidak berkomunikasi dengan rakan-rakan yang lain.
Apabila rakan-rakan lain bermain, Isma Hariz hanya melihat dari jauh. Isma Hariz tidak akan maklumkan kepada guru jika dia
mahu pergi ke tandas. Guru yang perlu mengingatkan, membawa dan menguruskan Isma Hariz untuk ke tandas sebelum dan
selepas rehat.
Isma Hariz sukar memahami arahan dan soalan yang diberikan oleh guru. Perkembangan sosial Isma Hariz di
sekolah juga sangat rendah. Banyak bergerak dan bermain secara bersendirian. Walaubagaimanapun Isma Hariz adalah

u.p: i. Mohd Shah bin Abu Bakar, Penyelia Kanan Pengurusan Prasekolah , PPD
Johor Bahru
ii. Prasekolah, SK Taman Suria

seorangrid yang baik dan berpotensi untuk lebih maju.


Laporan Oleh :

ITI AISHAH BINTI LOKMAN)

Guru Kelas
Prasekolah 2,
SK Taman Suria, Johor Bahru

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN SURIANO. TEL: 07-33


JKR 5512 JALAN SURIA UTAMA,NO. FAKS: 07-3348857
TAMAN SURIAE_Mail: suriajba1068@yahoo.com
81100 JOHOR BAHRU, JOHOR.
( JBA 1068 )

Rujukan Kami: JBA1068/600-2/1/2 (125)


Tarikh : 22 Januari 2015

Ibu Bapa / Penjaga,


Puteri Adeleeya Batiesyah bte Mohamad Najib Iskandar,
No 19, Blok A, Tingkat 1,
Jalan Sri Stulang, Pangsapuri Desa Belantik,
80150, Johor Bahru.
Tuan / puan
PENGGURURAN PERSEKOLAHAN PRASEKOLAH SESI 2015
Nama Murid : Puteri Adeleeya Batiesyah bte Mohamad Najib Iskandar,
No. Surat Beranak : CE 00199
Dengan segala hormatnya merujuk perkara di atas.
2.
Puteri Adeleeya Batiesyah bte Mohamad Najib Iskandar gagal menghadirkan diri ke sekolah pada waktu
persekolah mengikut masa yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
3.
Sehubungan itu, jika pihak tuan / puan gagal untuk menghantar Puteri Adeleeya Batiesyah bte Mohamad
Najib Iskandar ke sekolah sehingga 1 Februari 2015, pihak sekolah akan menggugurkan pendaftaran anak tuan /
puan sebagai murid Prasekolah SK Taman Suria bagi sesi 2015.
4.

Segala kerjasama dan perhatian pihak tuan amatlah diihargai.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

u.p: i. Mohd Shah bin Abu Bakar, Penyelia Kanan Pengurusan Prasekolah , PPD
Johor Bahru
ii. Prasekolah, SK Taman Suria

Saya yang menurut perintah,

___________________________
( KARTINI BT ABD SHUKOR)
Guru Besar,
SK Taman Suria,
Johor Bahru, Johor

u.p: i. Mohd Shah bin Abu Bakar, Penyelia Kanan Pengurusan Prasekolah , PPD
Johor Bahru
ii. Prasekolah, SK Taman Suria

Anda mungkin juga menyukai