Anda di halaman 1dari 19

Nota Kecil

BMC
Business Model Canvas

MOHD YUSRY MOHAMAD YUSOPP

Founder dan Validasi


Founder adalah asas kepada sesebuah startup. Visi beliau menjadi
sebab tertubuhnya sesuatu startup.
Beliau yang menginpirasi dan mengkomunikasi idea sehingga
terbentuknya tim Founder.
Sekumpulan orang yang percaya dan mahu bersama-sama dalam
menggerakkan dan merealisasikan idea sesuatu startup itu.
Pengasas dan tim bertanggungjawab melakukan proses validasi ini
sendiri tanpa diserahkan kepada orang lain. Terutama kepada orangorang yang dibayar gaji.

Founder dan Validasi


Founder perlu melalui fasa validasi itu. Mereka sendiri perlu
melakukan sesi yang mensayat hati itu.
Ini sangat penting kerana jika terbukti sesuatu hipotesis itu terbukti
salah melalui sesi maklumbalas pelanggan.
Sudah tentu mudah kita melakukan pengubahsuaian atau
penambahbaikan pada idea tersebut.
Menyerahkan kepada orang lain bagi melaksanakannya akan
menimbulkan beberapa masalah.
Mereka tidak berani menyatakan apa yang sebenarnya dikatakan oleh
pelanggan. Mungkin mereka akan memilih maklumbalas yang baik-baik
sahaja untuk menjaga hati kita.

Founder dan Validasi


Jika ada maklumbalas yang tidak jelas. Sebagai founder kita boleh
bertanya lebih lagi. Sebagai contoh, jika mereka tidak berminat
dengan produk kita. Kita boleh bertanyakan mengapa dan mungkin
menyesuaikan dengan pelanggan kita.
Orang lain tidak dapat menjelaskan dengan baik jika ada maklumat
tambahan yang diminta oleh pelanggan. Sebagai pengasas sudah
tentu kita mempunyai maklumat yang cukup bagi menjawab segala
persoalan yang dilontarkan oleh pelanggan.
Ini menunjukkan founder dan tim perlu bersama-sama menjalankan
tugas yang tidak menyeronokkan ini. Ini kerana asas kepada bisnes
adalah produk itu mempunyai pasaran.
Apabila produk atau servis tidak diterima oleh pelanggan maknanya
tiada bisnes. Tiada bisnes menunjukkan tiada pendapatan.

Laut yang Semakin Merah


Bagi sesetengah usahawan, mereka sungguh beruntung kerana
memulakan bisnes dalam keadaan tiada atau kurang pesaing di dalam
bisnes mereka.
Ini kita gelarkan sebagai lautan biru.

Namun, lama kelamaan. Apabila orang lain mula menghidu peluang


dan mula bertindak. Mula muncul lebih banyak pemain.
Pada asalnya ia tidak menjadi masalah. Tapi kemudian kek pasaran
mula menjadi kecil.
Lebih menakutkan apabila pemain baru datang dengan tawaran nilai
yang lebih baik dan mengiurkan.

Laut yang Semakin Merah


Kita perlu bersedia menghadapi situasi lautan merah ini.
BMC dapat membantu kita mencari jalan keluar dan memastikan kita
menghidu peluang baru dan membuka lautan biru.
Kata kuncinya adalah inovasi dan menongkah arus.

Kelebihan Menggunakan BMC?


1. Ada idea terus lakarkan sahaja. Tiada salah, tiada betul. BMC
buatkan idea saudara lebih mudah dilihat dan difahami.
2. Jika ada kelompangan pada idea ia dapat dikesan. Setiap petak
mempunyai kaitan.

Sebagai contoh, dalam petak Aktiviti Utama adalah memotong buahbuahan. Jadi sudah tentu Sumber Utama perlu ada staf yang
memotong buah.
Atau kita ambil sahaja syarikat lain sebagai Rakan Utama yang
membekalkan buah-buahan yang siap dipotong.

Kelebihan Menggunakan BMC?


3. Oleh kerana pada fasa idea, kita hanya membuat andaian. Jadi tidak
perlu kita mengambil terlalu banyak masa mengarang ayat pada
perkara yang belum pasti.
Kita akan melakukan perubahan demi perubahan.
BMC hanya menggunakan kata kunci yang dapat difahami dengan
sekali imbas sahaja.
Ia membantu dalam proses komunikasi tim pengasas startup.
4. Apabila kita merasa tersekat dalam bisnes model sekarang. Kita
boleh melakukan inovasi mengikut petak.
Setiap petak pada BMC di bahagian kanan mempunyai ruang inovasi.

Jatuh Cinta Pandang Pertama


Fenomena jatuh cinta dengan idea pertama merupakan salah satu
perkara biasa.
Ia banyak berlaku dikalangan mereka yang mahu memulakan bisnes
pertama.
Ramai yang datang ke ABS bagi mempersembahkan idea mereka yang
pada mereka adalah yang terbaik di Malaysia.
Tetapi apabila diajukan pelbagai soalan idea itu belum cukup dalam
dan masih banyak perkara yang tidak difikirkan.

Beri masa kepada satu idea dan cuba fikirkan lebih banyak idea lagi dan
lagi.

Jatuh Cinta Pandang Pertama


Penggunaan BMC amat membantu dalam memandu kita melihat idea
kita lebih berstruktur.
Ini kerana biasanya idea lahir dalam bentuk satu visi atau cerita dalam
minda kita.

BMC memandu kita untuk melakarkan idea tersebut dengan


menjelaskan lagi:
Siapakah pelanggan kita?
Apakah nilai yang pelanggan kita mahukan?
Bagaimana kita mahu memasarkan kepada pelanggan kita?
Bagaimana kita mahu membina hubungan agar mereka membeli dan
terus membeli dari kita?
Bagaimana cara duit masuk ke dalam syarikat?

Hipotesis
Pada fasa idea, semuanya ada hipotesis.
Hipotesis bermaksud jangkaan, atau kita rasa.
Kita rasa inilah pelanggan kita.
Kita rasa inilah nilai yang pelanggan kita mahukan.
Apabila kita melakukan sesi validasi.
Kita perlu bersedia untuk salah dari awal.
Apabila kita keluar dari bangunan, atau melancarkan prototaip produk
kita.
Maklumbalas dari golongan manusia yang dipanggil early adopter
amat diperlukan.

Siapakah Early Adopter?


Early Adopter adalah sekumpulan orang yang sanggup membayar
walaupun pada peringkat idea atau prototaip.
Dari sini barulah kita tahu, siapakah pelanggan yang sebenar.
Kemudian apakah nilai sebenar yang paling ketara atau nilai baru yang
kita tidak sangka-sangka yang dimahukan oleh pelanggan.
Jangan terkejut jika nilai itu bukan bersifat logik, tetapi lebih kepada
emosi.

Idea Bisnes dan BMC


Apabila staf atau rakan kongsi di ABS mempunyai idea bisnes.
Kami menggalakkan mereka melakar idea bisnes mereka di atas Kanvas
Model Bisnes atau Business Model Canvas (BMC).
Salah satu fungsi BMC adalah sebagai alat cheklist. Apabila mereka
mempunyai idea, idea itu lebih tersusun dan boleh diorganisasi secara
sistematik.
Dari sini kita dapat melihat adakah idea itu sudah difikirkan cukup
mendalam.

Idea Bisnes dan BMC


Kemudian, kami akan meminta mereka memvalidasi idea tersebut.
Kami tidak akan mengatakan tidak pada idea baru. Idea baru belum
nampak logiknya.
Logik akan muncul apabila idea itu berjaya dilaksanakan.

Bagi membantu proses validasi, kami akan ajarkan Customer


Development Model.
Kita akan keluar dari bangunan dan mula menguji adakah idea bisnes
atau prototaip kita benar-benar dimahukan oleh pelanggan.

Apakah itu Model Bisnes?


Apabila kita bertanya kepada seorang pemilik bisnes.
Apakah model bisnes mereka?
Ada yang keliru. Ada yang menyatakan model bisnes mereka adalah
menjual produk. Sebagai contoh, cendol.
Guru Dr Alexander Osterwalder berkata,"Ini bukan zaman produk,
tetapi zaman model bisnes."

Dalam bisnes yang produknya cendol. Ia boleh terdiri dari pelbagai


jenis model bisnes.
Produknya sama, model bisnesnya berbeza

Apakah itu Model Bisnes?


Model bisnes pembekal bahan mentah cendol
berbeza dengan
Model bisnes cendol secara drive thru

berbeza dengan
Model bisnes cendol delivery
berbeza dengan
Model bisnes cendol frozen

Ikat Perut!
Ikat perut, jangan habiskan duit sebelum berjumpa dengan model bisnes yang
sebenar.
Jangan jatuh cinta dengan idea yang pertama.
Idea yang pertama tidak semestinya yang terbaik.
Delay judgement (tangguhkan penilaian). Kemudian fikirkan semula.
Apabila kita sudah fikirkan. Uji dahulu idea tersebut.
Idea boleh diuji dengan sesi temubual, menunjukkan prototaip.
Sehingga kita berjumpa dengan idea yang benar-benar dimahukan oleh pelanggan.
Idea atau model bisnes itu juga perlu mempunyai 3 ciri.
1. Menguntungkan
2. Boleh diskala
3. Boleh diulang-ulang

Berminat menyertai training/coaching


Anjuran ABS Consulting & Services
Mohon hubungi
Mohd Hir Farouq 013 692 8946

Saya dan Puan Irnee Ismail banyak menulis artikel BMC di Page Facebook ini.
Dipersilakan tuan dan cik puan untuk like.