Anda di halaman 1dari 4

CARTA ORGANISASI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca. Untuk entry kali ini, saya
ingin menulis mengenai carta organisasi. Mungkin terdapat persoalan di kotak fikiran
kalian seperti berikut :- Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan carta organisasi?Apakah fungsi sebenar carta organisasi?- Apakah pentingnya adanya carta organisasi ini
kepada syarikat?- Bagaimana terciptanya carta organisasi ini?- dan siapakah yang
bertanggungjawab untuk membuat carta organisasi syarikat? Jadi mari sama-sama
menjawab persoalan tersebut.

Organisasi bolehlah diertikan sebagai :-

Satu unit sosial yang terdiri daripada manusia yang bekerjasama bagi mencapai
matlamat individu , kumpulan dan organisasi . Satu penyelarasan yang rasional
aktiviti-aktiviti manusia untuk mecipta matlamat dan tujuan bersama melalui
pembahagian dan fungsi buruh dengan melalui peringkat-peringkat kuasa dan
tanggungjawab.

DEFINISI CARTA ORGANISASI

Carta Organisasi tidak mempunyai definisi yang khusus . Namun demikian ianya bolehlah
ditakrifkan atau diertikan sebagai Satu bentuk rajah grafik yang menunjukkan
struktur susunan , kedudukan tempat atau posisi seseorang individu di dakam
sesuatu irganisasi selaras dengan bidang kuasa ( authority) , tugas dan
tanggungjawabnya. Satu Encyclopedia Perancis yang diterbitkan antara tahun
1751 dan 1772 mempunyai satu carta organisasi pengetahuan umum yang
pertama. Seorang jurutera Amerika-Scotland Daniel McCallum dikreditkan untuk

mewujudkan carta organisasi perniagaan yang pertama di Amerika sekitar tahun


1854.

Carta Organisasi bukan sekadar bertujuan memaparkan bagaimana sesebuah organisasi


itu perlu ditadbirkan mengikut struktur operasi organisasi itu tetapi carta itu
oerkulah menggariskan dengan jelas bidang tanggungjawab tiap-tiap anggota
organisasi itu. Setiap individu itu perlulah diberikan peranan yang khusus supaya
tidak berlaku pertindihan tugas dan kekliruan yang akan menghalang dan
mejejaskan kelicinan perjalanan organisasi itu.

Bentuk struktur organisasi dalam kebanyakan organisasi adalah terlalu kompleks untuk difahami .
Bagi mengatasi masalah ini, carta organisasi digunakan untuk menejelaskan sistem atau susunan
pengorganisasian dalam sesebuah organisasi . Cara organisasi merupakan gambarajah yang
menunjukkan fungsi-fungsi jabatan , unit-unit , atau individu-individu dan bagaimana mereka
berkait antara satu sama dengan lain .Unit unit yang berasingan ditunjukkan dalam kotak-kotak
segiempat yang berasingan. Kotak-kotak ini pula terus dihubungkan antara satu sama lain
menggunakan garisan terus . Garisan ini juga dapat menunjukkan rantaian perintah dan saluran
rasmi komunikasi antara unit dalam organisasi.
Secara umumnya carta organisasi dapat menunjukkan lima aspek pengurusan berikut:
a) Pembahagian Kerja
b) Hubungan ketua-pekerja bawahan
c) Jenis kerja yang dijalankan
d) Pengumpulan bahagian-bahagian kerja
e) Tingkat pengurusan
Secara umumnya carta organisasi diterima oleh kebanyakan organisasi sebagai sesuatu yang
berguna dan boleh membantu organisasi tetapi tidak semua pakar pengurusan yang bersetuju.
Misalnya, Robert Townsend , bekas Presiden Syarikat Avis , sebuah syarikat kereta sewa terbesar di
Amerika Syarikat pernah menyuarakan bahawa carta organisasi boleh menurunkan moral para
pekerja kerana mereka merasakan semua autoriti dan kebolehan adalah terletak kepada pihak
pengurusan atas sahaja seperti yang ditunjukkan di dalam carta organisasi.

TINGKAT PENGURUSAN
Ketua
Eksekutif
Pengurus-Pengurus
Bahagian
Penyelia
Atasan ( Eksekutif)
Membuat permulangan jangaka panjang .Menetapkan matlamat-matlamat/menentukan ia tercapai
mengikut tujuan organisasi ,Perhubungan awam. Membuat Dasar, Menganalisa perkara-perkara

yang berlaku di persekitaran luaran supaya organisasi itu dapat menyesuaikan diri kepada
perubahan-perubahan yang berlaku.
Pengurusan Pertengahan
Menyelaras dan menyatupadukan aktiviti-aktiviti bahagian untuk mencapai matlamat Pengawalan
kerja-kerja.
Pengurusan Bawahan
Penyelia , formen dan ketua kumpulan . Mereka mengawasi pekerjaan
harian di bahagian operasi seperti bahagian pengeluaran supaya pengeluaran/ tugas mengikut
perancangan seperti Inspektor Kawasan , Ketua Polis Balai dan sebagainya.
Contoh Gambarajah Carta Organisasi Syarikat

Anda mungkin juga menyukai