Kajian Tindakan Final
Kajian Tindakan Final
0 PENDAHULUAN
Membaca merupakan suatu kemahiran asas yang penting dalam proses pembelajaran
kerana dapat memudahkan proses menimba pelbagai ilmu. Keupayaan membaca dan menulis
yang sebahagian daripada kemahiran berbahasa merupakan asas dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (p&p) yang berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di sekolah (Abdul Rashid,
2011). Para penyelidik berpendapat jika kemahiran literasi membaca dan menulis tidak
diperoleh dan dikuasai dengan mahir, risiko kanak-kanak untuk gagal dalam sistem
persekolahan akan meningkat (Whitehurst dan Lonigan, 2001). Malah kegagalan membaca
juga akan menyumbang ke arah perlakuan salah laku, cemas, kurang motivasi dan perasaan
rendah diri (Mercer, 1992). Kegagalan membaca dengan baik menjadi bertambah teruk akibat
ketiadaan strategi pengajaran yang berkesan serta peluang untuk memahami konsep dan ini
memberi kesan jangka panjang bagi murid.
Menurut Marohaini Yusoff (1989), membaca ialah suatu perlakuan yang kompleks
dan tidak dapat diperhatikan. Terdapat dua komponen kemahiran membaca iaitu kemahiran
mengecam perkataan dan kemahiran memahami apa yang dibaca. Hakikatnya, kemahiran
membaca merupakan satu proses yang dinamik tetapi kompleks. Ia meliputi keupayaan
membaca dengan pantas, memahami fakta, kebolehan mengingati fakta serta membuat
interpretasi secara bijak dan analisis. Ketika seseorang itu membaca, dia sebenarnya sedang
berkomunikasi secara langsung dan sedar dengan bahan bacaannya. Dia mencuba menyelami
pemikiran dan idea yang cuba disampaikan oleh pengarang. Seseorang yang berjaya
menguasai kemahiran membaca bermakna dia telah berjaya merobohkan sebuah tembok
pemisah yang maha besar antara dirinya dengan lautan ilmu yang wujud dalam pelbagai
bentuk karya (Zulkifley Hamid, 1994).
Manusia dikatakan makhluk yang berorientasikan imej dan visual dan mereka banyak
belajar melalui penglihatan. Walaupun mereka mendengar dan membaca, apa yang didengar
dan dibaca biasanya akan divisualkan dalam pemikiran mereka untuk mendapatkan konsep
atau makna yang lebih jelas. Ini selaras dengan kata-kata yang pernah dimadahkan oleh Kung
Fu Tze, seorang pujangga dan ahli falsafah Cina; ...kalau saya dengar, saya lupa, kalau saya
lihat, saya ingat, dan kalau saya buat, saya tahu...
Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mencari suatu pendekatan terbaik bagi guru
dalam meningkatkan penguasaan konsep sains khususnya kepada murid yang tidak boleh
membaca iaitu murid Tahun 2 Wawasan dalam tajuk Makanan dan Khasiatnya.
Setelah itu, saya mengedarkan lembaran kerja sebagai latihan menguji tahap
penguasaan murid bagi tajuk Makanan dan Khasiatnya. Malangnya, hasil semakan didapati
terdapat murid yang tidak mampu menjawab soalan-soalan yang telah diberikan. Mereka
tidak dapat mengenal pasti makanan yang memberi tenaga, membantu tumbesaran dan
menjaga kesihatan dengan betul. Saya agak kecewa kerana menyangkakan bahawa semua
murid dapat menguasai hasil pembelajaran pada hari ini dengan baik. Hal ini menyebabkan
standard pembelajaran pada hari tersebut gagal dicapai 100% yang memerlukan murid
menaakul kepentingan pelbagai jenis makanan kepada manusia.
Saya juga berasa hairan kerana semasa sesi soal jawab, murid yang menghadapi
masalah untuk melengkapkan tugasan dalam lembaran kerja tersebut yang beria-ia merebut
peluang untuk menjawab soalan yang ditanya. Jadi, saya bertanya kepada murid yang tidak
mampu menjawab ini apakah masalah sebenar mereka. Kedengaran kawan-kawan yang lain
memberitahu Cikgu, depa tak reti baca. Cikgu, depa tak tau tulis. Saya telah meminta
kepastian daripada murid-murid tersebut dan mereka mengakuinya. Saya juga telah meminta
murid-murid ini membaca perkatan yang terdapat dalam buku teks, tetapi mereka tidak tahu
membaca.
Pada akhir proses p&p, saya telah mengutip buku aktiviti Dunia Sains dan Teknologi
untuk disemak. Melalui semakan tersebut, didapati beberapa orang murid daripada kelas 2
Wawasan menghadapi kesukaran menjawab soalan yang telah dikemukakan. Mereka tidak
dapat membuat latihan yang memerlukan mereka membaca. Mereka hanya pandai meniru
tulisan, oleh sebab itu banyak soalan yang tidak berjaya dijawab dengan betul. Saya juga
telah merujuk kepada guru Bahasa Melayu Tahun 2 Wawasan, dan mendapati terdapat tujuh
orang murid kelas ini tidak tahu membaca.
Apabila saya membuat releksi kendiri, barulah saya sedar bahawa kaedah pengajaran
yang sebelum ini saya gunakan tidak berkesan kepada semua murid. Saya harus menukar
kaedah pengajaran agar murid yang tidak boleh membaca turut memahami konsep sains yang
diajar. Kalau sebelum ini saya hanya meminta murid merujuk buku teks dan membacanya,
maka selepas ini saya perlu menukar kaedah dan strategi p&p agar murid dapat memahami
standard pembelajaran.
Seperti yang kita sedia maklum, tanggungjawab mendidik anak-anak murid
merupakan satu usaha yang berterusan di mana seorang guru yang prihatin perlu mencari cara
penyampaian yang paling berkesan untuk mengajar murid-murid, tanpa mengabaikan murid
yang masih tidak boleh membaca supaya hasil pembelajaran dapat dicapai dengan jayanya.
Guru juga perlu menggunakan pendekatan yang berbeza agar proses p&p berjalan dengan
lancar tanpa ada sikap bias dan mengelakkan murid-murid tidak boleh membaca tidak tercicir
daripada menimba ilmu.
Lantaran itu, saya telah menggunakan intervensi Pictorial untuk murid-murid yang
tidak boleh membaca bagi mengajar tajuk Makanan dan Khasiatnya supaya dapat
membantu mereka belajar secara lebih efektif dan bermakna.
Sorotan Literatur
Kebolehan membaca kanak-kanak wujud sekiranya kanak-kanak itu memahami dan
bertindak secara bersesuaian apabila melihat perkataan-perkataan yang ditulis. Maksudnya,
kanak-kanak mesti berkeupayaan memahami konsep iaitu (1) semua benda mempunyai
nama, (2) nama benda boleh ditulis dalam perkataan, (3) kedua-duanya saling bertukar, dan
(4) simbol-simbol perkataan boleh dibaca (Mechdo, 1985).
Menurut Santhi Suppiah (1998), Dunn dan Dunn (1978) melalui Baharin Abu,
Othman Md Johan, Syed Mohd Shafeq Syed Mansor dan Haliza Jaafar (2007), perbezaan
atau variasi seseorang individu dengan norma kumpulan, sama ada dalam sifat kognitif,
emosi, fizikal, moral tingkah laku, sosial atau bakat sememangnya wujud dalam sesebuah
kumpulan. Seperti juga dalam Kelas 2 Wawasan, murid adalah terdiri daripada pelbagai
kebolehan. Sehubungan itu, saya perlu mempelbagaikan strategi p&p untuk memenuhi
keperluan kepelbagaian individu. Murid-murid tahun 2 yang berumur lapan tahun ini masih
di tahap perkembangan kognitif. Jean Piaget (1959) menegaskan pemikiran sebagai satu
proses yang disedari dan berkembang secara berperingkat-peringkat. Beliau berpendapat
bahawa perkembangan motor kanak-kanak adalah lebih baik.
Proses p&p dalam bilik darjah adalah satu bidang yang sentiasa menjadi bahan kajian
para penyelidik. Seseorang bakal pendidik harus memahami cara mengajar yang berkesan.
Mereka mesti belajar cara mengajar. Proses p&p dalam sains agak berbeza dengan subjeksubjek lain. Pengajaran sains melibatkan pembinaan konsep di samping penguasaan
kemahiran dan penyelesaian masalah. Guru memainkan peranan yang sangat penting dalam
membantu meningkatkan kefahaman murid-murid. Kanak-kanak itu ibarat bekas yang
kosong dan guru berperanan untuk memenuhkan bekas tersebut dengan ilmu pengetahuan.
Begitu juga dengan murid-murid yang tidak boleh membaca, sewajarnya mereka tidak boleh
tercicir daripada dunia pendidikan kerana ini merupakan tanggungjawab saya sebagai seorang
guru sains untuk memastikan mereka menguasai konsep sains tanpa perlu memaksa mereka
untuk membaca.
Sehubungan dengan itu, guru juga berperanan untuk membimbing murid untuk
menghadapi cabaran pada masa hadapan. Meskipun, murid-murid tidak boleh membaca,
bukanlah bererti bahawa mereka tidak memahami konsep sains yang telah diajar oleh guru.
Guru hanyalah seorang fasilitator yang akan memantau perkembangan kanak-kanak dalam
mempelajari sesuatu konsep. John Dewey (1964) menguatkan lagi teori konstruktivisme ini
dengan mengatakan bahawa pendidik yang cekap haruslah melaksanakan p&p sebagai proses
menyusun atau membina pengalaman secara berterusan dan menekankan kepentingan
penyertaan murid di dalam setiap aktiviti p&p. Lantaran itu, saya sebagai guru perlu
memastikan bahawa aktiviti sepanjang proses p&p yang telah dirancang dapat melibatkan
semua kategori murid dalam kelas 2 Wawasan termasuk membantu murid yang tidak boleh
membaca.
Menurut Pengarah Program 2M i-Sina, Rahmalizah Ali, dalam usaha mengatasi
masalah buta huruf, ibu bapa perlu menilai tahap kemampuan sebenar anak-anak mereka.
Sehubungan dengan itu, guru dan ibu bapa memainkan peranan yang penting iaitu tidak
mengambil mudah isu murid-murid yang tidak boleh membaca kerana sebenarnya mereka
belum mampu menguasai kemahiran membaca dengan sempurna. Di sini saya akan
menggunakan kaedah Pictorial untuk meningkatkan penguasaan konsep sains mengenai
Makanan dan Khasiatnya bagi murid-murid yang tidak boleh membaca.
Masalah murid yang tidak boleh membaca tidak boleh dipandang remeh. Hal ini
kerana, lama-kelamaan ia boleh menimbulkan perasaan bosan untuk belajar dan secara tidak
langsung menjurus kepada penurunan prestasi murid. Bidang sains tidak seharusnya menjadi
perkara yang membosankan, sukar dan hanya sesuai untuk murid yang menguasai kemahiran
membaca dan menulis. Saya ingin membuktikan bahawa bidang sains itu menyeronokkan
dan murid yang belum menguasai kemahiran membaca juga boleh menaakul serta menerokai
sendiri bidang sains seperti murid-murid yang arif membaca dan menulis.
Saya mula mengesan masalah ini berdasarkan hasil semakan lembaran kerja murid
yang dibuat semasa sesi p&p di dalam kelas. Lembaran kerja ini adalah dari tajuk Makanan
dan Khasiatnya. Apabila saya meneliti jawapan murid-murid, saya berasa kecewa kerana
terdapat ramai murid yang tidak dapat menguasai tajuk yang diajarkan walaupun saya telah
cuba menjalankan aktiviti yang sesuai untuk menarik minat mereka dan meningkatkan
pemahaman mereka.
Saya juga terkilan apabila soalan tersebut tidak dapat dijawab oleh murid dengan
baik. Ketika sesi p&p, saya telah menjalankan aktiviti pengelasan di mana beberapa orang
murid diberikan gambar makanan dan mereka sendiri yang mengkategorikan fungsi makanan
sama ada memberi tenaga, membantu tumbesaran atau menjaga kesihatan. Situasi ini
menimbulkan beberapa persoalan contohnya; adakah semua murid benar-benar melibatkan
diri dalam sesi soal jawab? Adakah mereka benar-benar fokus dengan apa yang dilakukan?
Adakah mereka benar-benar faham bahawa mereka sedang melakukan pengelasan fungsi
makanan dan jenisnya?
Situasi ni juga mendorong saya untuk mencari jalan dan alternatif yang boleh diguna
pakai bagi mengatasi masalah murid-murid Tahun 2 Wawasan yang tidak boleh membaca
untuk menguasai konsep makanan dan khasiatnya. Berdasarkan pemerhatian saya, masalah
utama murid ialah kegagalan dalam menguasai kemahiran membaca apabila wujudnya huruf
dan perkataan kerana ia merupakan suatu perlakuan yang kompleks.
Dalam sesuatu proses bacaan, terdapat susun atur tugasan seperti berikut:
i.
ii.
iii.
Menterjemahkan makna perkataan itu dengan mengaitkannya dengan apa yang sedia
ada di kepala.
iv.
Mengumpul dan mencantumkan idea, perkataan, dan ayat sehingga menjadi sebuah
idea yang lengkap.
v.
menyebabkan murid yang tidak boleh membaca tersebut tidak dapat memahami apa yang
diajar dengan baik. Saya juga tahu bahawa terdapat banyak cara lagi untuk beri murid faham
apa yang diajar.
Satu inovasi perlu dilakukan demi membantu murid-murid yang tidak boleh membaca
ini untuk mendekati serta mencintai mata pelajaran sains di samping merangsang minda
murid dalam menguasai konsep sains. Guru yang bijak akan mengambil peluang dengan
memancing murid untuk meminati pelajaran yang diajar dengan cara mengambil kira
keupayaan kognitif dan potensi murid. Saya akan menggunakan kaedah Pictorial yang boleh
membantu murid dalam menguasai konsep sains tanpa perlu membaca arahan secara
mekanis. Rasionalnya adalah memberikan peluang kepada murid-murid yang lemah dalam
kemahiran membaca untuk menguasai konsep Makanan dan Khasiatnya dengan hanya
berpandukan gambar sebagai rangsangan.
Pendidikan dilihat sebagai satu ruang yang menyediakan pelbagai peluang untuk
memperkembangkan potensi yang ada dalam diri seseorang individu. Menurut Sharifah
Alwiah (1987), guru merupakan individu yang paling penting dalam menentukan kejayaan
pelajar. Guru menjadi tonggak inspirasi dan motivasi dalam sesuatu p&p yang bermakna.
Proses p&p merupakan tunjang utama dalam sistem pendidikan di setiap sekolah. Proses ini
menjadi medium kepada aliran penyampaian ilmu yang diberikan oleh guru dan diterima oleh
murid. Pendekatan konstruktivisme dalam mata pelajaran sains yang menekankan tentang
pembinaan pengetahuan sedia ada murid untuk memahami dan menguasai pengetahuan baru
dilihat dapat memberi pembelajaran yang bermakna kepada kanak-kanak. Antara unsur
penting dalam konstruktivisme adalah:
i.
ii.
iii.
Pembelajaran berlaku apabila murid menghubungkan idea asal dengan idea baru bagi
menstrukturkan semula idea.
Guru perlu mengambil kira struktur kognitif yang telah sedia ada pada murid-murid.
Apabila maklumat yang ingin disampaikan disesuaikan dan diserap untuk dijadikan
sebahagian daripada pemahaman mereka, struktur baru mengenai sesuatu bentuk ilmu
pengetahuan dapat dibina. Proses p&p terganggu apabila murid-murid yang tidak boleh
membaca didapati gagal menyelesaikan soalan yang diberikan secara bertulis dalam lembaran
kerja di dalam buku aktiviti Dunia Sains dan Teknologi.
Saya telah membuat pengumpulan data awal untuk mengesahkan amalan guru yang
kurang berkesan sebelum ini. Data awal ini dikumpul dengan cara pemerhatian, ujian secara
lisan dan lembaran kerja murid dan akan dianalisis bagi membuat rumusan terhadap hasil
kajian. Hasil pengumpulan data awal ini, murid kajian telah dikenalpasti iaitu terdiri daripada
tujuh orang murid Tahun 2 Wawasan. Justeru itu, melalui kajian ini saya mencuba kaedah
pengajaran yang lebih menarik iaitu Pictorial demi meningkatkan penguasaan konsep murid
dalam sains tanpa perlu menguasai kemahiran membaca untuk tajuk Makanan dan
Khasiatnya.
Objektif Umum
Objektif umum kajian ini adalah untuk meningkatkan kefahaman konsep sains bagi murid
Tahun 2 Wawasan yang tidak boleh membaca dengan menggunakan kaedah Pictorial dalam
tajuk Makanan dan Khasiatnya.
Objektif Khusus
Objektif khusus kajian ini adalah seperti berikut :
1. Meningkatkan kefahaman konsep sains mengenai Makanan dan Khasiatnya dengan
menggunakan kaedah Pictorial bagi murid yang tidak boleh membaca.
2. Merancang tindakan untuk meningkatkan kefahaman konsep sains mengenai makanan
yang memberi tenaga, membantu tumbesaran, dan menjaga kesihatan dengan menggunakan
kaedah Pictorial bagi murid yang tidak boleh membaca.
3. Mengkaji sejauh mana penggunaan kaedah Pictorial ini berkesan untuk membantu murid
yang tidak boleh membaca memahami konsep sains mengenai Makanan dan Khasiatnya.
Soalan Kajian
1. Apakah tindakan guru untuk meningkatkan kefahaman konsep sains terhadap tujuh orang
murid Tahun 2 Wawasan yang tidak boleh membaca mengenai Makanan dan Khasiatnya?
2. Adakah penggunaan kaedah Pictorial dapat meningkatkan kefahaman konsep sains
terhadap tujuh orang murid Tahun 2 Wawasan yang tidak boleh membaca mengenai makanan
yang memberi tenaga, membantu tumbesaran, dan menjaga kesihatan?
3. Adakah penggunaan kaedah Pictorial berkesan untuk meningkatkan kefahaman konsep
sains terhadap tujuh orang murid Tahun 2 Wawasan yang tidak boleh membaca mengenai
Makanan dan Khasiatnya?
Guru menyampaikan
isi pelajaran dengan
kaedah membaca
+ pemerhatian
Guru membuat
temu bual dengan
murid selepas
tindakan
Murid membuat
lembaran kerja
Murid membuat
lembaran kerja
Guru membuat
temu bual dengan
murid sebelum
tindakan
Guru menyampaikan
isi pelajaran dengan
mengaplikasikan kaedah
Pictorial
+ pemerhatian
Pengumpulan data
dan analisis
maklumat
kaedah Pictorial yang melibatkan gambar-gambar makanan yang terdiri daripada pelbagai
jenis dan fungsi iaitu memberi tenaga, membantu tumbesaran dan membantu menjaga
kesihatan. Gambar-gambar makanan ini digunakan sebagai rangsangan untuk murid
khususnya yang menghadapi masalah membaca nama makanan supaya dapat mengelaskan
khasiat makanan mengikut kumpulan yang betul.
Saya telah menyiapkan carta Makanan dan Khasiatnya semasa p&p seterusnya.
Carta tersebut menunjukkan tiga kumpulan fungsi makanan iaitu, makanan yang memberi
tenaga, makanan yang membantu tumbesaran dan makanan yang membantu menjaga
kesihatan. Carta tersebut tidak mempunyai tulisan, hanya gambar untuk murid lihat dan ingat.
Makanan seperti nasi, roti, telur, susu, ayam, daging, bijirin, tomato, betik dan sebagainya
tidak ditulis dalam bentuk ejaan, tetapi digantikan dengan gambar-gambar makanan tersebut
(Rujuk Rajah 2).
Kemudian, saya telah mengedarkan dua jenis lembaran kerja murid kepada 2
Wawasan. Satu dalam bentuk tulisan untuk murid yang boleh membaca, di mana murid perlu
membaca dan menulis makanan mengikut kumpulan yang betul. Dan satu lagi dalam bentuk
gambar, di mana murid yang tidak boleh membaca perlu menggunting gambar makanan dan
melekatkan mengikut kumpulan yang betul.
Hakikatnya, kajian ini dilakukan untuk membantu dan memudahkan murid yang tidak
boleh membaca menguasai konsep sains tanpa perlu membaca secara mekanis perkataan
demi perkataan bagi menguasai dan memahami jenis makanan dan khasiatnya.
Pemerhatian
Analisis
lembaran kerja
Temu bual
Temu bual
Kaedah pertama yang digunakan ialah temu bual. Temu bual merupakan satu
pemerhatian yang lebih menjurus kepada respon berbentuk verbal dan juga gerak badan. Ia
membolehkan guru mengkaji dengan lebih terperinci akan masalah murid-murid tersebut.
Saya menjalankan sesi temu bual ke atas murid yang terlibat untuk mendapatkan maklum
balas terhadap kaedah Pictorial yang saya gunakan. Apabila saya meminta murid
menunjukkan makanan yang memberi tenaga, murid tersebut dapat menunjukkan gambar
makanan dengan betul dan yakin. Apabila ditanya sama ada murid faham atau tidak apa yang
diajar, murid menjawab Saya dah faham, cikgu.
Dalam kajian ini, bentuk soalan yang digunakan untuk sesi temu bual ialah soalan
tertutup. Soalan bagi temu bual yang dibina adalah menjurus kepada objektif kajian iaitu,
meningkatkan kefahaman konsep sains menggunakan kaedah Pictorial bagi tajuk Makanan
dan Khasiatnya. Saya menemu bual murid tersebut seorang demi seorang, dan kesimpulan
yang saya dapat buat ialah penggunaan kaedah Pictorial ini dapat meningkat kefahaman
bagi tajuk tersebut walaupun mereka tidak boleh membaca. Borang temu bual dimuatkan
dalam Lampiran A.
Pemerhatian
Kaedah ketiga yang digunakan ialah pemerhatian. Pemerhatian merupakan salah satu
teknik pengumpulan data yang sesuai digunakan bagi mengenal pasti masalah dalam proses
p&p. Melalui kaedah pemerhatian yang terancang, pelbagai data yang berguna dapat
diperoleh untuk membantu penyelidik memahami tindakan yang dilaksanakan.
Dalam kajian ini, pemerhatian dilakukan di awal tindakan, pemerhatian ketika
tindakan berjalan dan pemerhatian di akhir tindakan. Pemerhatian di awal tindakan adalah
seperti membuat pemerhatian terhadap latihan murid yang lepas, antaranya membuat
semakan terhadap buku latihan murid. Pemerhatian ini adalah untuk mendapatkan gambaran
awal mengenai masalah yang dihadapi murid serta mengenal tahap prestasi murid ketika itu.
Ketika tindakan berjalan pula adalah pemerhatian yang akan dilakukan sepanjang proses
tindakan itu berlangsung. Ini bermaksud bermulanya penerangan sehingga tamat menjalankan
kaedah yang dirancang, pemerhatian akan sentiasa berlaku. Ia disebabkan guru ingin melihat
dan meneliti sebarang perkembangan dan perubahan terhadap prestasi murid ketika
menjalankan kaedah tersebut. Ini penting kerana guru dapat mengenal pasti sama ada murid
mampu membuat perubahan yang positif atau sebaliknya. Bagi pemerhatian di akhir pula,
tindakan dijalankan selepas melaksanakan kaedah Pictorial tersebut. Pemerhatian ini adalah
bertujuan bagi memastikan murid-murid dapat menerima dengan baik atau dapat menilai
sama ada kaedah yang digunakan mampu dilaksanakan dengan jaya ataupun tidak.
Fokus utama pemerhatian ini adalah untuk melihat tingkah laku murid yang
menunjukkan mereka berminat terhadap sesi p&p. Saya melihat dan memerhati tingkah laku
tujuh orang murid Tahun 2 Wawasan yang tidak menguasai kemahiran membaca terlibat
secara aktif dalam aktiviti p&p yang telah saya rancang dengan menggunakan kaedah
Pictorial. Saya melihat murid dapat mengelaskan dan memadankan gambar makanan dan
khasiatnya dengan betul.
Pemerhatian berstruktur digunakan kerana lebih mudah dan sistematik di mana aspek
yang hendak diperhatikan haruslah dikenal pasti terlebih dahulu. Pemerhatian berstruktur ini
melibatkan aspek memerhati, mendengar dan merekod maklumat berdasarkan kriteria-kriteria
yang telah ditetapkan dalam borang pemerhatian (Lampiran D). Dapatan pemerhatian ini
membuktikan sama ada kajian ini berjaya atau tidak dalam meningkatkan kefahaman konsep
sains menggunakan kaedah Pictorial bagi tajuk Makanan dan Khasiatnya.
Pemerhatian
Dalam kajian ini, saya telah melaksanakan pemerhatian berstruktur terhadap tingkah
laku murid semasa saya menggunakan carta dan lembaran kerja Makanan dan Khasiatnya
dengan kaedah Pictorial. Saya menjalankan pemerhatian terhadap tujuh orang murid yang
tidak menguasai kemahiran membaca ini sepanjang p&p saya. Saya juga telah menempatkan
murid-murid tersebut dalam satu kumpulan agar lebih mudah pemerhatian dijalankan.
Pemerhatian ini dilaksanakan dengan bantuan seorang rakan guru berdasarkan senarai
semak yang dirancang terlebih dahulu (Lampiran D). Instrumen senarai semak Skala
Guttman telah digunakan iaitu analisis skor Ya atau Tidak untuk mencatat setiap perlakuan
dan tindak balas murid.
Pemerhatian perlu untuk memerhati tingkah laku tujuh orang murid yang tidak
menguasai kemahiran membaca ini agar terlibat secara aktif dalam aktiviti p&p yang telah
saya rancang. Saya juga perlu membuat pemerhatian untuk melihat sama ada kajian yang
dilaksanakan mampu meningkatkan minat murid terhadap kaedah Pictorial ataupun tidak.
Analisis dibuat melalui borang pemerhatian sebelum dan selepas kaedah Pictorial dalam
Jadual 1 di bawah.
Bil
Item
1.
2.
3.
4.
5.
Sebelum
Selepas
Tidak
Tidak
Tidak
Ya
Ya
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Ya
Temu bual
Dalam kajian ini, data melalui sesi temu bual yang dijalankan juga telah dianalisis.
Temu bual ini dilakukan sebanyak dua kali kepada murid iaitu, sebelum kaedah Pictorial
diperkenalkan dan selepas kaedah Pictorial diperkenalkan. Ia betujuan untuk mendapatkan
maklum balas terhadap keberkesanan kaedah yang digunakan.
Penggunaan temu bual secara berstruktur direkod menggunakan borang senarai semak
temu bual yang telah disediakan terlebih dahulu item-itemnya (lampiran A). Senarai semak
temu bual ini adalah berdasarkan senarai semak Skala Guttman seperti yang telah digunakan
dalam pemerhatian. Instrumen senarai semak Skala Guttman telah digunakan iaitu analisis
skor Ya atau Tidak untuk mencatat setiap perlakuan dan tindak balas responden.
Dalam kajian ini, bentuk soalan yang digunakan untuk sesi temu bual ialah soalan
tertutup. Soalan bagi temu bual yang dibina adalah menjurus kepada objektif kajian iaitu,
meningkatkan kefahaman konsep sains menggunakan kaedah Pictorial bagi tajuk Makanan
dan Khasiatnya. Saya menemu bual murid tersebut seorang demi seorang. Analisis dibuat
melalui borang temu bual sebelum dan selepas kaedah Pictorial dalam Jadual 2 di bawah.
Jadual 2 : Senarai semak temu bual sebelum dan selepas kaedah Pictorial
Bil
Item
Sebelum
Selepas
1.
Tidak
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Ya
Tidak
Ya
2.
3.
4.
5.
Jadual 3 : Analisis markah lembaran kerja sebelum dan selepas kaedah Pictorial
Bil
Murid
Markah Sebelum
Markah Selepas
Bil betul
Bil betul
Pertambahan
markah
1.
2.
3.
4.
L01
L02
L03
L04
(12 soalan)
3
2
2
4
(12 soalan)
10
10
9
12
7
8
7
8
5.
L05
6.
P01
10
7.
P02
12
kerja sebelum dan selepas. Ini membuktikan bahawa kaedah Pictorial yang digunakan
berjaya meningkat kefahaman bagi tajuk tersebut walaupun mereka tidak boleh membaca.
Secara kesimpulannya, didapati berlakunya peningkatan yang sangat ketara selepas
kaedah Pictorial diperkenalkan kepada murid. Sebelum kaedah Pictorial diperkenalkan,
mereka hanya mendapat markah yang rendah. Namun, selepas diperkenalkan kaedah
Pictorial, murid-murid berjaya mendapat markah yang tinggi. Peningkatan ini sangat baik
dan menunjukkan kesan yang sangat positif.
7.0 DAPATAN
Dapatan kajian ini akan melihat sejauh mana penggunaan kaedah Pictorial dalam
tajuk Makanan dan Khasiatnya berkesan untuk meningkatkan kefahaman konsep sains
terhadap tujuh orang murid Tahun 2 Wawasan yang tidak boleh membaca. Instrumen yang
digunakan untuk mendapatkan maklumat sepanjang kajian adalah melalui analisis lembaran
kerja, temu bual dan pemerhatian. Berdasarkan kepada data yang telah dianalisis dan
dibincangkan secara terperinci sebelum ini, dapat dilihat dengan jelas bahawa kaedah
Pictorial berkesan kepada murid tidak boleh membaca kerana dapat meningkatkan
kefahaman dan ingatan terhadap konsep sains bagi tajuk Makanan dan Khasiatnya.
Sebelum kaedah Pictorial ini diperkenalkan kepada murid, mereka tidak dapat
menjawab lembaran kerja yang diberi dengan betul kerana mereka terpaksa membaca namanama makanan dan mengelaskan ke dalam kumpulan khasiatnya. Tetapi selepas
diperkenalkan kaedah Pictorial, murid begitu seronok dan berminat untuk belajar walaupun
mereka tidak boleh membaca. Dalam lembaran kerja yang baru, murid diminta menggunting
gambar-gambar makanan dan melekatkannya ke dalam kumpulan khasiat yang betul. Murid
dapat mengingat makanan dan khasiatnya dengan melihat carta Pictorial yang telah guru
gunakan. Tenyata wujud peningkatan dari segi prestasi murid terhadap tajuk yang dipelajari.
Walaupun murid dalam kajian ini mempunyai pencapaian akademik yang rendah,
namun dengan penggunaan kaedah Pictorial ternyata dapat membantu murid tersebut dalam
mengingat dan memahami fakta sains. Banyak kajian yang dijalankan mendapati apabila
gaya pengajaran yang dijalankan bersesuaian dengan gaya pembelajaran murid, pengetahuan
yang diajar dapat disimpan dengan lebih lama.
Kesimpulannya, berdasarkan hasil analisis data dari pelbagai aspek yang diambilkira,
dapat dikatakan bahawa pengajaran menggunakan kaedah Pictorial boleh membantu murid
memahami dan menguasai tajuk Makanan dan Khasiatnya.
8.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA
menunjukkan murid yang pada sebelumnya merupakan murid yang kurang berjaya di sekolah
menjadi seorang yang berjaya dalam pelajarannya.
Saya juga ingin mengubahsuai kaedah Pictorial ini dan jadikan dalam bentuk
interaktif selaras dengan kehendak globalisasi yang mementingkan pengunaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi dalam bidang pendidikan. Sehubungan itu, saya berharap agar
kajian tindakan ini tidak akan berhenti setakat ini sahaja malahan akan diperkenalkan di
peringkat antarabangsa.
Adalah diharapkan kajian-kajian yang bakal dijalankan pada masa hadapan dapat
mengukuhkan lagi kajian ini dan membuka ruang kepada penggunaan Pictorial bagi tajuktajuk yang lain. Selain itu, kajian ini dapat membantu murid-murid meningkatkan pencapaian
dalam mata pelajaran sains.
SENARAI RUJUKAN
Marohaini Yusoff (1989). Strategi Bacaan dan Kefahaman. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Mercer. (1992). Teaching Student with Learning Problem, (5th ed.). New Jersey:
U.S.A. Prentice-Hall, Inc
Mertler, C. A. (2006). Measuring Teachers Knowledge and Application of Classroom
Paper presented at the Annual Meeting of the American Educational Research
Association. Montreal, Quebec, Canada.
LAMPIRAN A
Borang temu bual berstruktur.
Murid : ___________
Bil
Item
1.
2.
3.
4.
5.
Sebelum
Selepas
LAMPIRAN C
Lembaran kerja Makanan dan Khasiatnya
Nama : ________________________________________
Kelas : _____________
LAMPIRAN D
Borang pemerhatian berstruktur.
Bil
Item
1.
2.
3.
4.
5.
Sebelum
Selepas
Oleh
Noor Azliana Bt Khazali
hanimazliana@yahoo.com.my
ABSTRAK
Kajian tindakan ini dijalankan untuk meningkatkan kefahaman konsep sains murid Tahun 2
Wawasan dengan menggunakan kaedah Pictorial dalam tajuk Makanan dan Khasiatnya
bagi murid yang tidak boleh membaca. Responden kajian ini terdiri daripada 7 orang murid
dari kelas 2 Wawasan di Sekolah Kebangsaan Pauh, Arau, Perlis. Mereka dipilih
berdasarkan perolehan markah terendah dalam lembaran kerja untuk tajuk Makanan dan
Khasiatnya. Data kajian dikumpul melalui instrumen analisis lembaran kerja, pemerhatian
dan temubual. Dapatan kajian menunjukkan berlakunya peningkatan markah dalam
lembaran kerja yang diedarkan. Keputusan kajian menunjukkan bahawa penggunaan
Pictorial berkesan dalam membantu meningkatkan penguasaan murid Tahun 2 Wawasan
bagi tajuk Makanan dan Khasiatnya. Kajian ini diharapkan dapat meningkatkan kualiti
amalan pengajaran guru dan pembelajaran murid.